Hebahan

Thursday, April 30, 2009

Aku & blog ...


Si tukang tulis memulakan misi sejak usianya genap 25 tahun, 25 Februari yang lalu. Hitam putih Kehidupan, menjadi tema blog si tukang tulis. Kini telah 2 bulan berlalu. Pelbagai respon yang positif mahupun negatif telah diterima. Maklum balas ini benar-benar membuatkan tukang tulis semakin bersemangat menjadi seorang wartawan 'indie' atau nama glamornya... Blogger!

Tukang tulis telah mengupas isu 'politik' selaku generasi muda, warganegara Malaysia yang telah keluar mengundi. Tukang tulis juga telah menganalisis laporan-laporan sukan walaupun...bukan ternyata seorang ahli sukan yang hebat. Tukang tulis juga telah menambah elemen-elemen 'hiburan' sebagai perencah dan perisa tambahan dari perspektif dan sudut pandang yang berbeza di samping himpunan kisah-kisah peribadi tukang tulis untuk dikongsikan bersama pembaca.

Kalau pembaca perasan, setiap tajuk dan entri, pasti ada label di bawahnya seperti Lampu suluh, post morterm etc. Tukang tulis menganggap itu sebagai kata kunci kepada topik. Para pembaca boleh memanfaatkan 'kata kunci' itu di mana setiap kata kunci itu akan ada kaitan dengan entri-entri yang pernah disisipkan. Lembahan cinta merupakan kisah cinta...segala rasa yang terkumpul di lembah hati samada suka, duka ataupun lara, berbentuk cerita, diari atau puisi.

Corak, congak rawak pula lebih fokus kepada jangkaan, sasaran ataupun target mengenai sesuatu isu seperti politik, sukan dsb. Kisah terpencil pula merupakan diari kehidupan tukang tulis, yang semua orang pernah alami. Tiada bezanya...mungkin seolah-olah 'deja-vu' pula yang melanda. Post-mortem pula merupakan analisis selepas tukang tulis habis melalui suatu fasa persembahan, samada anugerah-anugerah, filem, lagu-lagu, perlawanan bola dsb. Lampu suluh pula lebih merujuk kepada tazkirah-tazkirah kecil, kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan bersama.

Blog ini menjadi platform kepada tukang tulis meneruskan misi dan agenda memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia. Tukang tulis sedaya upaya menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan menggunakan pendekatan yang lebih santai, sinis, sarkastik, satira, berhemah dan lebih berdiplomasi dalam menghuraikan apa jua isu yang hangat ataupun sebaliknya.

Moga-moga Bahasa Melayu yang digunakan Tukang Tulis berjaya difahami semua pembaca, segenap lapisan masyarakat Malaysia tak kira di mana jua anda berada. Tukang tulis bukannya seorang sasterawan negara ataupun pengkaji bahasa yang tegar. Masih banyak kelemahan dan kekurangan dari sudut kandungan dan penggunaan bahasa yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Mengapa Bahasa Melayu? Bukan kerana tukang tulis orang Melayu. Tapi...Tukang tulis ni orang Malaysia. Dan tukang tulis juga bukan seorang 'pengguna' bahasa Inggeris yang baik. Dalam erti kata yang lain, tukang tulis boleh membaca dan memahami bahasa Inggeris tetapi tidak pula terlalu ghairah menggunakan bahasa itu sebagai lidah rasmi.

Pernah juga tukang tulis menggunakan bahasa Inggeris, tetapi tidak sekerap bahasa Melayu. Tukang tulis juga ada sedikit asas memahami bahasa al-Quran, bahasa Arab. Pada masa hadapan, sekiranya tukang tulis berkesempatan dan diberi peluang, tukang tulis mahu menguasai semua bahasa 'rakyat Malaysia' iaitu Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazan, Bahasa Orang Asli dan sebagainya termasuk 'bahasa isyarat'! Tinggi betul cita-cita ini.

Berbalik kepada hasil tulisan di dalam blog ini, tukang tulis akui, dari sudut 'teknikal' seperti 'setting' dan sebagainya, amat ketara sekali kelemahannya. Kan? Contohnya, awal-awal blog ini wujud tiada gambar-gambar hiasan, tiada ruangan 'shoutbox', tiada jam, tiada 'link' kepada Facebook tukang tulis, tiada 'lagu-lagu tema' yang menarik menghiasi blog ini dan macam-macam lagi. Tukang tulis akan cuba belajar dengan pantas dengan lebih terperinci dan mendalam lagi bagi mempertingkatkan lagi mutu dan daya penarik blog ini.

Kerana buat masa ini, setelah 25 entri yang telah tertera dan terpampang di skrin komputer, tukang tulis hanya menekankan isi kandungan ataupun 'content' semata-mata. Beginilah cara tukang tulis mengupas sesuatu topik kulit demi kulit dengan kelas dan gaya tersendiri. Walaupun topik utamanya 'bola sepak', tetapi masih ada cerita-cerita dan kisah sampingan yang menarik yang menjadi perhatian.

Sesetengah pembaca memberi respon kepada tukang tulis, kadang-kadang mereka lebih seronok membaca cerita sampingan itu (atau lebih mudah lagi...iklan!) berbanding topik utama yang didiskusikan. Sebagai contoh, isu hangat PPSMI yang diperdebatkan di Facebook tukang tulis. Tiba-tiba boleh terkeluar cerita "The pearl", analogi "Kerusi" dan sebagainya. Teringat pula kepada bakti dan jasa guru-guru yang pernah mengajar subjek terbabit.

Dan dalam masa yang sama, ada juga yang melemparkan kritikan. Tulisan panjang berjela. Tak larat nak baca. Haha! Bagi tukang tulis, kalau anda tak gemar membaca novel, tak suka membaca tulisan atau artikel ilmiah, sukakan bacaan yang ringan, santai dan ada tempias 'gossip'...bacalah apa yang ditulis tukang tulis. Kalau tak nak baca...tekan Alt+F4 ataupun klik [x] di ruang atas sebelah kanan... (Ada aku kisah?? haha..=)

Seperti tukang tulis tegaskan melalui entri pertama, tiada golongan sasaran ataupun jangkaan jumlah pembaca yang melayari blog ini, serta jangka hayat sampai bila blog ini akan terus bernafas bersama aktiviti "gotong-royong" (a.k.a mengupdate menebas sawang-sawang). Tiada juga sasaran kerja tahunan atapun KPI (key performance indicators) yang menjadi kayu ukur penilaian. Misi si tukang tulis, semoga sesiapa saja yang membaca tulisan di blog ini mendapat manfaat untuk kebaikan bersama.

Monday, April 27, 2009

Aku ... & pesta buku

Semalam, 26 April merupakan hari terakhir berlangsungnya Pesta Buku di PWTC. Semalam juga bermakna peluang terakhir kepada mereka yang ulat buku menggali dan mengorek khazanah ilmu yang tersirat di sebalik buku semahu-mahunya. Dengan harga yang lebih murah, berpatutan dan apa yang penting...kerjasama! Eh, kerjasama pulak. Apa yang penting ialah kepuasan.


( Kami bermula di sini)

Menyorot kembali kisah aku.. dan pesta buku yang saban tahun diadakan ini, aku menggamit kembali rindu ini kepada alam remaja yang aku lalui suatu masa dahulu. Ya! Aku membesar dengan Pesta Buku ini. Aku semakin dewasa di hadapan bangunan PWTC itu. Hentian Putra... The Mall a.k.a Yaohan...Ah! Begitu banyak memori indah dan gundah. Di pesta buku ini menjadi pertemuan empat mata antara aku dan dia yang istimewa di hati... Haha!

Kenapa? Kerana aku...yang lahir di Kota Bharu...membesar di Gombak...lalu alam remajaku menjengah bandar Kota Bharu gara-gara bersekolah arab di negeri serambi Makkah. Dari usia 13 tahun aku sudah terbiasa dengan hiruk-pikuk Hentian Putra. Segenap sudut Hentian Putra yang dahulunya 'penuh asap' telah aku hafal.

Kerana bas-bas itulah yang akan menuju ke Pantai Timur sebagai destinasinya. Di sinilah berlakunya detik perpisahan. Aku meninggalkan kedua ibu bapaku dan adika-adikku demi menuntut ilmu jauh beribu batu. Dan dalam masa yang sama, di sini juga aku menemui rakan-rakan, sahabat seperjuangan yang mungkin nasib mereka lebih malang daripada aku.


( Dan berakhir melalui pintu ini)

Orang-orang kampung ingat...orang bandar yang tinggal di KL ni semuanya hidup senang. Semua anak orang kaya. Padahal di sini lah aku bertemu dengan sahabat yang sememangnya hidup agak melarat di kota raya. Rumah setinggan. Keluarga porak peranda. Jiwa memberontak kerana merasakan diri 'terpaksa' hidup di Kota Bharu dan macam-macam lagi sehinggakan ada yang terbawa-bawa 'musibah' ini bersama-sama.

Aku kagum dan "salute" habis mereka yang berjaya melupakan duka lara mereka di sini. Memulakan hidup baru di Kota Bharu. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu. Begitu lekas bumi beredar. Begitu laju waktu bergerak. Kini, masing-masing telah membawa haluan hidup masing-masing. Ada yang masih macam dulu. Tak berganjak walau seinci. Ada yang berubah habis. Dulu kopiah melekat atas kepala, sekarang entah di mana. Contohnya aku! Ada yang dulu agak nakal, tapi sekarang warak habis. Di manakah kalian berada wahai sahabat-sahabat ?

Ingatkah lagi, suatu ketika dulu, ketika cuti sekolah pasti akan berlangsung Pesta Buku di PWTC. Kita selalu nak berjumpa ala-ala 'reunion' walaupun cuti sekolah tak sampai seminggu. Masa tu, aku ada driver. Driver bas! Haha. Mana ada 'transport' wajib lagi masa tu. Maka aku bersiap-siap awal-awal pagi lagi. Yang penting seluar slack hitam dan kasut kulit hitam tetap menjadi pilihan. Nasib baik tak pakai batik asrama je...

Lalu aku menapak.. Ya..berjalan kaki menuju ke "bus stop". Tunggu bas Intrakota nombor 11. Dari Taman Jasa, Sungai Tua, bas ini akan masuk Kampung Nakhoda. Haa.. di sini pasti aku ketemu kembali kawan-kawan sekolah rendah. Kemudian bas bergerak ke Kampung Laksamana sebelum masuk Selayang Baru. Kalau nak pergi Warta Selayang...turunlah aku di situ. Dulu famous gila dapat jalan-jalan sekitar Warta Selayang. Haha.

Kemudian bas mula menuju ke Kuala Lumpur. Bila dah sampai dekat PWTC, baru turun. Janji Melayu... Cakap pukul 11 pagi. 11.30 sampai. Okaylah tu =) Lepas tu, lepak-lepak, pusing-pusing dalam PWTC. Kawan-kawan yang gila komik...takkan lepaskan peluang. Masa tu famous gila Majalah Ujang.. Apo?... Gila-gila (bolehlah). Dulu mana ada Utopia, Hype dan macam-macam lagi lambakan majalah dan komik seperti hari ini. Aku bukan gila komik...tetapi satu-satunya komik yang aku baca dari mula sampai habis...ialah komik Dragon Ball. Haha! Lepas tu, ada pulak anime nya di TV2 setiap hari Sabtu dan Ahad. Nostalgia sangat benda-benda ni...


( Suatu ketika dulu..di sinilah aku menunggu Papa dan Mama menjemput aku pulang ke rumah jam 5, 6 pagi...kadang-kadang sampai 8 pagi sebab bas lambat. Jalan inilah yang menyambut kepulangan aku dari KB)

Setelah penat merewang...memborong apa-apa yang patut, aku dan kawan-kawan aku meneruskan 'outing' ini. Menuju ke Jalan TAR. Masuk SOGO... Dulu mana ada Mid Val.. KLCC dan Timesquare. Masuk SOGO tunggu jam besar itu... Setiap kali genap satu jam... ada patung-patung comel menari-nari. Tak ada yang menarik sangat pun...tetapi bila kenang balik detik-detik tersebut.. tersentuh hati dan jiwa ini.

Ah! Kita tinggalkan peristiwa yang telah berlaku kira-kira 10 tahun dulu. Ayuh kita berpijak di bumi realiti. Di alam nyata. Sekali lagi aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Pesta Buku di PWTC. Suasananya masih belum berubah. Orang ramai masih berpusu-pusu. Berduyun-duyun memeriahkan PWTC. Apa maknanya? Maknanya Rakyat Malaysia masih cintakan ilmu???

Ilmu yang diperoleh melalui pembacaan, sebagaimana wahyu pertama... IQRA' ! Hakikatnya sikap gemar membaca rakyat Malaysia masih rendah lagi. Kesedaran terhadap budaya membaca masih belum "merebak" dengan pantas dan jitu. Kita tak boleh menilai samada rakyat Malaysia suka membaca atau tidak melalui kehadiran ke Pesta Buku yang hanya setahun sekali diadakan seperti ini. Kerana...yang pergi Pesta Buku belum tentu beli buku. Dan yang beli buku, belum tentu baca buku-buku itu sampai habis...sampai rabak buku itu kulit ke kulit. Kan??

(Pemandangan Komuter Putra dari kejauhan. Ramai orang tu ...)


Tepuk dada...tanya selera. Orang Jepun, katanya... suka membaca di mana saja. Menunggu bas, semasa berada di dalam bas/ keretapi dsb. Begitu juga Mat Salih dan Minah Salih. Mantan PM, Tun Dr. M benar-benar menggalakkan sikap suka membaca. Membaca menambah pengetahuan dan membawa kita selangkah ke hadapan. Ah! Teori lagi. Tukang tulis pun sama. Aku pun sama. Kenapa aku suka gemar membaca berita-berita yang ringan? Gosip-gosip hiburan dan gosip politik. Berita sukan yang santai. Tetapi bukan karya-karya yang 'berat'?? Yang tinggi nilai bahasa dan estetikanya...

Cukup! Tak larat aku nak taip. Orang lain pun dah tak larat nak baca. Apa yang aku dapat sempena Pesta Buku baru ni? Novel lagi? Haha... Sufia punya idealah ni. Adik Ya nak cari majalah Ana Muslim... tapi novel pula yang dibeli. Hanya 3 beranak yang bersiar-siar. Papa di Kota Bharu, menjenguk Tok Mek. Cici dan Min di kampus masing-masing. Masa begitu mencemburui kita...Klise!


Sunday, April 26, 2009

RED / MERAH


Entri kali ni ingin mengupas mengenai Piala FA. Yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun berdekatan dengan venue itu, berlangsung juga AF dalam waktu yang sama. Kali ni pasal FA ya...bukan AF. Haha. Walaupun Kelantan kalah, tetapi kalah kali ini dengan bermaruah. Biarpun pernah dititik Selangor 3-0 dalam perlawanan liga. Kelantan tak menyerah kalah sebegitu saja.

Orang kata sehingga keringat yang terakhir. Sehingga pengadil meniup wisel yang terakhir, dan memutuskan sepakan penalti sebagai penentuan juara. Selangor perlu berterima kasih kepada D. Surendran dan Amri Yahayah yang beraksi cemerlang. Gol tandukan Amri seperti 'recycle'! Sebagaimana gol yang dihasilkan pada aksi separuh akhir Selangor melawan Perlis.

Yang penting, semua 'ore Klate' pakai baju merah. Dan tak ganas. Adalah mercun yang terlepas dibawa masuk. Tapi tak sampai 50 das rasanya. Lempar-lempar botol mineral tu adatlah kan...



Gelombang merah? Apa yang merah? Lautan merah. Merah warna garang. Tanda tidak mudah mengalah. Merah juga menakutkan. Kalau kita sekolah, takut sangat ada warna merah dalam 'report card'. Kalau kita sudah bekerja, takut sangat 'punch card' kita ada warna merah.

Sebelum ni, di negara jiran. Kecoh...bergaduh dan merusuh sebahagian warga Thai yang menyokong kepimpinan Abhisit, dan mantan PM, Thaksin. Sebagai tanda sokongan, mereka memakai 'baju tema'. Si baju kuning yang menawan lapangan terbang, dan baru-baru ini, si baju merah yang menghalang Sidang Kemuncak ASEAN.

Mengapa memilih warna merah? Pasukan bola juga tidak terkecuali. Red Giants dan The Red Warriors di persada bola sepak tempatan. Manakala Red Devils dan The Reds mewarnai Liga Perdana Inggeris. Bukan sekadar merah warna yang ada. The Blues dan macam-macam warna lagi yang ada. Tapi merah juga yang famous dan glam serta nampak 'vogue da vass'...katanya.

Dulu ada cerita Bawang Putih Bawang Merah, lalau jalan ceritanya diubah, dan diolah oleh pengkarya sinetron dari seberang sehingga wujudnya kisah Bawang Merah Bawang Putih yang menjadi 'kegilaan' gara-gara pari-pari. Nah, kali ni pengkarya Malaysia 'twist' balik cerita mereka dengan kisah Merah Puteh.

Bawang putih dan bawang merah yang dulunya wanita yang bercakaran telah berubah menjadi lelaki macho yang saling hormat-menghormati dalam cerita kali ini. Bukan sekadar watak 'pari-pari' yang ada. Watak 'witch' bernama Mulan pun ada. Jangan lupa, sebelum animasi Geng meletup, dulu pernah ada animasi Putih yang menggunakan suara erra Fazira, M.Nasir, Datuk Mustapha Maarof (pelakon asal BPBM), Kak Engku dll.



Apa signifikan nya merah dalam topik ini? Merah... Parah atau punah? Ghairah atau amarah? Pasrah atau rebah? Cerah atau ceria hidup kita dengan warna merah? Mengapa merah? Semua terserah kepada interpretasi masing-masing. Bagi aku, entri kali ini bertajuk Merah sebagai satu 'tanda'.

25 tajuk telah ditulis merangkumi variasi topik yang membangkitkan satu aroma yang lebih enak dan harum. Biarpun Hitam Putih Kehidupan telah muncul 2 bulan, maklumbalas yang tukang tulis dapat daripada pembaca dan sahabat-sahabat amat memberansangkan. Terima kasih kerana sokongan anda. Jika ada jubli emas..jubli perak... Blog ini dapat jubli paling rendah. Jubli merah !

Monday, April 20, 2009

Analisis: Separuh Akhir Piala FA

Fergie 'meroyan' tak dapat penalti =P

Sengal punya Fabianski. Almunia cedera kan...

Detik punah... lebur... hancur... musnah.. kebabom...1 piala terlepas. Haha =P

Yang mana dulu nak dibuat analisis? Liga Malaysia atau Liga Inggeris? Haha.. Adillah kan? Kalau boleh layan bola Inggeris, apa salahnya tengok orang kita bermain. Rasanya kita mulakan dengan Liga Malaysia dululah. Keputusannya tidak mengejutkan sangat. Sudah diduga..aksi Kelantan melawan Selangor di final.

Harapnya, jangan Stadium Nasional tu kena bom sudah. Haha. Selangor layak sebagaimana Chelsea layak. Haha. Dengan agregat dan kemenangan tipis 3-2. Setelah terikat 1-1 di Stadium Utama, Selangor menang 2-1 hasil jaringan Amri Yahyah. Siapa kata pemaian yang cedera tak boleh buat 'comeback'??

Kelantan pula layak dengan agak kontroversi. Pasukan The Red Warriors sebelum ini kalah kepada pasukan NS 2 kali berturut-turut. Tiba-tiba menang! Yang penting, penyokong bola NS lebih beretika dan tinggi semangat kesukanannya.

Ada hikmahnya 'balasan' diterima oleh Kelantan. Dapat Stadium baru. Bukit Jalil lagi. Lagipun di KL dan Selangor bersepah ore Klate. Eh, ada kaitan ke dengan piala FA? Bukan hari tu main kt NS ke? Haha. Nasib baik Presiden KAFA tak nekad nak tarik diri daripada menyertai Liga Super. Dengan KL Plus pun dapat lawan balik.

Cukulah kot...Ayuh kita terbang ke England. Keputusannya agak mengejutkan. Hancur lebur harapan MU merangkul 5 piala. Quintuple tak menjadi. Satu piala terlepas.Quadraple pun belum tentu lagi. Silap besar Fergie nak tiru gaya Wenger konon nak turunkan Team B! Macheda tak sesuai kot jadi first 11. Haha. Dua-dua bungkus...

Isu menarik yang mahu dikupas ialah mengenai PENJAGA GOL. Kisah Penjaga Gol. Fabianski memang sengal konfiden lebih nak ke depan. Ben Foster gagal mengulangi kejayaannya ketika menjadi hero Piala Liga melawan Tottenham Hotspurs. Ternyata bekas penjaga gol MU,Tim Howard yang dipinjamkan kepada Everton menjadi wira.

Fergie terlalu yakin tak mahu menurunkan Ronaldo, Rooney , Van De Saar dll. Si kembar ala-ala Upin Ipin dari Brazil itu yang menjaga bek MU. Si Wenger pulak, katanya...Samir Nasri dan Arshavin main sub. Cakap je lah 2 orang tu tak cukup tinggi. Song tak main bek tengah diganti dengan Mikael Silvestere! Pastu nak salahkan padang pulak. Apa kes??

Fergie berang MU tak dapat penalti masa Welbeck dijatuhkan...tapi perlu ingat Foster mungkin juga dapat kad gara-gara terbagi penampar kat pemain Everton. Tahun lepas kan Chelsea banyak melepas. Bawah si 'beruk' Israel tu pun Champion League n EPL dapat no. 2.

Chelsea nampaknya semakin menjadi hasil sentuhan 'emas' Hiddink. Orang kata dia ni ala ala Raja Midas. Apa dia sentuh semua jadi emas. Euro tahun lepas Russia menjadi sehingga Arshavin dan Pavlyuchenko menjadi pemain EPL. Kali ini, baru berapa bulan saja dah hampir dapat 1 piala. Tapi, peminat The Blues pasti sedih sebab Hiddink macam tak berminat je jadi Manager tetap.

Rasanya Chelsea kalah kot semi Champion League dengan Barca. Yang menarik tentunya MU lawan Arsenal. Kita tengok, antara 2 harimau luka ini, mana yang lebih ganas. Tapi aku harap sangat final Barca-Arsenal. Haha. Eh, The Reds apa cer?? EPL aje la harapan yang ada. Kan??

Inilah bola...Bola tu bulat juga. Seperti dunia. Ada naik turunnya. Padang tu memang pentas lakonan. Skripnya bergantung kepada bola. The director is Mr Manager. Tapi, kita kena ingat, bola sepak juga pentas kehidupan. Skrip telah tertulis dan Pengarah-Nya hanya SATU. "Yang mencipta kematian dan kehidupan bagi menguji siapa antara kamu yang terbaik amalannya" Surah Al-Mulk:2. Wallahu a'alam.

Tuesday, April 14, 2009

JT = Jangan Tegur = Jangan Takut = Jangan Tidur = Jangan Tengok ?


Ini filem Melayu terkini aku tengok di pawagam. Cerita orang putih?? Download sudah.. kecuali cerita aksi dan thriller boleh dipertimbangkan untuk ditonton di pawagam. Aku bukan penggemar cerita seram sebab aku lebih suka cerita yang ada thrill dan suspen. Yang berbentuk realiti atau diadaptasi daripada mana-mana karya.

Kali ini aku menonton cerita JT dengan sedikit info & sedikit harapan. (low expectation sebab pernah letak high expectation sewaktu menonton Congkak). Hasilnya..seperti yang dijangka. tiada pembaharuan. Masih lagi cerita ulangan (ada satu babak tu recycle Jangan Pandang Belakang). Klise seperti Congkak pun ada. Dalam Congkak, mereka diganggu kerana tak solat 5 waktu. Kali ni, watak Baizura tu 'lemah' kerana digambarkan tak baca Yaa-Siin ketika neneknya meninggal dunia, apatah lagi nak mengaji al-quran. Mungkin dia datang bulan kot..haha.

Ada macam tengok Expose Mistik kat Astro pun ada. Rasanya Expose Mistik nampak lagi real. Dan ada sedikit persamaan dengan cerita MAUT, Bade Hj. Azmi. cerita part 1, ketika Syaaban. Lakonan Liyana Jasmay, yang didatangi roh bagi menyelesaikan kes pembunuhan yang membawanya ke lokasi tragedi pembunuhan. Cuma dalam JT, huraiannya sedikit panjang. Kira macam short story dikembangkan ceritanya.. tapi tak ada yang menarik sangat pun. Sampai aku boleh tertidur gara-gara perjalanan cerita yang lambat. Tersedar pun bukan sebab takut dengar orang menjerit, tapi sebab bunyi dia yang kuat dan berkualiti.(haa..sistem bunyi boleh beri kredit)

Cerita JT ni macam nak cuba takut-takutkan penonton tapi macam anjing menyalak bukit saja. Tak payahlah buat benda yang sia-sia. Kita dah tau... hantu takkan kacau kalau tak tegur. Kalau tegur juga, mental dah bersedia. Jari dah nak tutup lubang telinga kot kot ada juga yang sampai hati nak menjerit. Meracau!

Gandingan Pierre- Julia selaku teraju utama macam tak ngam. Mungkin Pierre ambil pengajaran pasal heroinnya dalam JPB dikutuk. Lakonan Julia selaku watak utama (setelah pembantu dalam Kayangan, dan cameo Cicakman 2), boleh diasah lagi. Kenapa tiada chemistry? Watak suami Natasya digambarkan penyayang, tapi bila tidur atas kerusi dalam wad pun boleh tidur mati bila Natasha kejut nak ke toilet. Pun boleh!

Elok-elok je jalan ke toilet macam orang sakit (baru lepas koma) sebab suami tidur mati, tiba-tiba lari macam pelesit sebab nampak hantu dalam khayalannya. Siap lampu rosak lagi tu. Yang best sekali, dalam hospital tu 3 orang je ada. Natasha, suami dia & doktor cantik lakonan Rozita Che Wan. Aku lebih suka scene yang tiada dialog. Contohnya..rumah yang ada lampu tak
betul itu. Sekejap nyala..sekejap padam. Dan memang rumah itulah punca segala masalah, yang memberi jawapan kepada Natasha. Natasha siap bawa adik dia lagi, konon-konon nak buat teman. Bajet berhantu lah rumah tu. Haha.

Adegan Natasha kena kacau di rumah mak dia tu logik juga, sebab rumah mereka tinggal suami isteri dah kena pagar. Tetapi, Natasha jadi mangsa juga, walaupun rumah itu telah dipagar. Mungkin suami dia tak reti nak pagar kot. Ustaz datang pun pakai seluar pendek je. Maka muncul pula seorang lagi Ustaz nak pagar rumah mereka. Ingatkan hebat sangat Ustaz baru tu.. rupa-rupanya mereka saling bergantung antara satu sama lain juga.

Apa yang boleh diberi pujian, pemilihan pelakon yang tak klise. Takde Mak Mah kali ini. Ikon pelakon seram seperti Maya Karin juga tiada. Ada muka baru seperti Julia. Nadia Mustafar penyelamat cerita ini (tapi lakonannya macam dalam Kelibat, Afdlin Shauki sebagai Tanti), Ellie Suriati adalah kunci jawapan segala persoalan. Lakonannya menjadi tetapi pernah tengok lakonannya yang lebih berkesan dan emosi. Dan sebab tu kot suaminya turut diundang berlakon.

Pierre selaku pengarah muda dan penulis skrip. Sentuhan akhir cerita ini bukan hasil kerja tangannya gara-gara kontroversi "Meliliea n bla bla". (Haha, kalau watak Baizura @ Natasha tu lelaki, Pierre sesuai kot lakonkan watak orang yang merasakan "orang yang dia nampak" tu wujud, walhal hakikatnya..tidak). Dengan usia yang muda (lagi muda dari aku..haha..cam tak percaya), dia menghasilkan skrip cerita yang orang muda seperti aku tak boleh buat. Tentu pengalaman hidup dan kajian terperinci telah dibuat ketika menghasilkan cerita ini. Ini harus diberi kredit. Grafnya meningkat setahap tetapi tidak mendadak setelah 9 September & I'm not single.

Secara peribadi, aku lebih suka I'm not single. Haha. Adakah Jangan tegur = jangan tengok? Aku tak boleh kata sebegitu. Sebab selera kita tak sama. Tak adil kan? Sebab ada peminat tegar yang suka cerita cenggini. Kalau tension.. nak rasa menjerit..vokal all out dilontarkan sepenuhnya, boleh berlatih di sini. Bila hantu tu kena tegur...sedialah buat bubbling ke apa ke sebelum menjerit. Orang tak marah punya.

Kantoi di ABPBH , huh~


Nabil pula tahun ini...


Ada yang kata kami kembar..haha. Padahal jarak usia kami 6 tahun =)





Betapa meluas dan besar pengaruhnya, skop dan peranan media. Media berhak menyampaikan dan menyalurkan maklumat mengikut acuan mereka sendiri. Jikalau liputan yang diberi memberi gambaran yang negatif, maka buruklah hasil dan reputasi bahan yang di'lacur'kan itu. Andai, info dan khabar diberi gambaran yang baik dan indah belaka, maka positif dan bersihlah imej pihak berkenaan.

Kini,aku mula memahami sedikit sebanyak realiti dunia penyiaran.. alam pekerjaan sektor kewartawanan setelah aku dengan sengaja menceburkan diri aku selaku aktivis bebas ataupun wartawan indie yang lebih glamor bergelar blogger. Seorang doktor, tugasnya merawat penyakit dan pesakit, tapi itu bukan jaminan doktor akan sihat walafiat sentiasa.

Begitu juga wartawan. Wartawan melaporkan sesuatu kejadian, ataupun peristiwa tertentu. Tetapi itu bukan bermakna wartawan tidak menjadi sebahagian daripada kejadian ataupun peristiwa terbabit. Aku telah menghadiri sebuah majlis buat julung kalinya dalam hidup aku. Anugerah Bintang popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) bertempat di Arena of Stars, Genting Highland.

Dan secara tidak sengaja, tanpa aku minta...ABPBH yang boleh ditonton secara langsung melalui TV3 atau boleh didengar melalui radio Hot.FM, wajah aku yang 'paten' ini dapat ditatap di kaca televisyen seluruh Malaysia. Walaupun hanya berdurasi lebih kurang 3 saat sebanyak 3 kali sahaja, namun mata mereka tajam dan otak mereka pantas menterjemah imej dan wajah 'muka bulat bersama senyuman' itu seorang yang bernama Mustakim!

Kantoi! Keluar TV! Berigat... bahasa Klatenya. SMS masuk berderu-deru.. atau bahasa pasar yang aku suka guna ialah 1000 mesej diterima(satira sangat). Semua sibuk bertanyakan adakah aku yang mereka lihat sebentar tadi? Adakah benar Mustakim Bahrudin yang mereka kenal itu berada di puncak Genting menyaksikan ABPBH?

Ada respon yang positif dan negatif aku telah terima. Yang positif, sudah tentu daripada mereka yang telah sedia maklum 'true colour' aku yang tak pernah disembunyikan. [Adakah ini 'salam perkenalan' kau terhadap dunia hiburan?] Haha... tergelak seorang diri macam orang gila tatkala membaca SMS itu. Ada lagi [ Amboi..kt Genting ek?]

SMS yang negatif.. berbaur sindiran dan nasihat sudah tentu aku terima dari kalangan sahabat- sahabat Maahadku. Terkejut.. tidak percaya dan sebagainya. Maklum saja... budak sekolah Arab, tiba-tiba dapat disaksikan berada antara celahan ribuan manusia di puncak Genting. [Semangat teh..nk jd artis jugok ko?] ,yang ni pulak, [ ku cari ghazali, ku cari shafie, ct juga yg kujumpa], ada lagi [guano napok ore mace demo dale TV tuh?] dll.

Ada pihak yang skeptikal dengan kewujudan aku di majlis berkenaan. Maksiat... Dosa... dan sebagainya sudah pasti berlegar-legar di minda mentafsirkan kehadiran aku di situ. Aku tak mahu melatah. Tak mahu menafikan, malah mengaku saja. Betullah tu. Akulah tadi yang korang nampak. Aku sangat-sangat menghargai segala nasihat dan teguran sahabat-sahabat sekalian. Betapa ukhwah fillah itu.. suatu kemanisan yang begitu nikmat sekali. Itu tandanya mereka menyayangi dan cakna hal aku. Jazakallahu khairan kathira.

Kesempatan yang ada ini, ingin aku jelaskan kehadiran aku di sana. Mengapa sebabnya? Mungkin ada yang kata, tak payahlah nak jelas-jelaskan. Tak guna bagi alasan. Sudah terang lagi bersuluh. Kau insan berdosa! (Wah, begitu cepat sekali hukuman dijatuhkan, habis tu...artis nasyid pun ramai yang duduk dalam majlis berkenaan. Apa bezanya dengan orang yang menonton? Sama juga halnya menonton hiburan yang lagha dan melalaikan... katanya! Katanya.. begitu dan begini...)

Ya lah... yang penting aku mengaku. Tapi rasanya mereka dah boleh agak aku ni bagaimana orangnya. Aku pernah jadi Maktabah (Pustakawan) sewaktu di Maahad dulu. Salah satu tugasnya, mengasingkan berita hiburan di suatu tempat di belakang Perpustakaan. Siapa yang pergi kutip baca berita-berita hiburan itu? Haha. Lepas tu, masa Form 5, siapa yang beria-ia mahukan kita buat persembahan 'lakonan'? Akulah orang yang begitu "sungguhe" menulis skrip dan jalan cerita untuk dipersembahkan. Persembahan hari guru "Diari seorang siswa" juga bertulangbelakangkan aku selaku pencetusnya. Adakah aku berbangga? Tak. Tapi puas.

Satu kepuasan yang aku rasa dapat menzahirkan segala apa yang berada di benak fikiran ini. Kerana, idea-idea kreatif tersebut tidak mati sebegitu saja. Di UPM, pementasan SEL berjaya 'dibebaskan' biarpun karya dan arahan pertama aku dalam bidang tetaer ini dikritik hebat sehingga pulang tangan kosong sewaktu Festival teater inter kolej (FESTIK 2007). Kepuasan tetap ada, kerana usaha itu masih berterusan dan berkembang sehingga membuahkan kemenangan besar Kolej 10+11 (Seta Arts - Protes) pada FESTIK 2009.

Isu kantoi ini bukannya isu besar. Kecil saja isunya. Tapi hati ini begitu terkesan sekali. Getarnya masih terasa. Aku mula berimaginasi yang bukan-bukan. Nasib baik aku bersama adik aku. Cuba bayangkan aku bersama dengan orang tak sepatutnya. Maknanya, orang yang boleh menimbulkan fitnah dan keraguan. Kau buat apa dengan dia tu berdua-duaan sampai larut malam di puncak Genting. Haa! Mendapatlahkan.. Seantero Malaysia akan tahu aku bersama siapa dan sebagainya. Keluarga telah sedia maklum.. tapi sahabat-handai, teman sepejabat, saudara-mara di kampung termasuk 'orang istimewa' itu tak tahu menahupun tentang perkara ini.

Ingin dikhabarkan, perkara berseronok dan berhibur merupakan alasan no. 5 aku ke sana. Pertama sekali, aku ke sana kerana memang sikap aku suka memerhati. Memerhatikan gelagat dan ragam orang. Ribuan manusia yang hadir, macam-macam peel aku tengok. Contohnya, orang awam yang hadir. Ada sesetengah tu bergaya nak mengalahkan artis. Haha. mentang-mentang dapat tiket VIP. Aku tak kisah sangat hal ni...tapi sudah pasti ada yang meluat dengan aksi sebegini.

Kami 2 beradik tiba di Genting Skyway jam 4 petang lebih. Nak naik kereta kabel kerana nak elak masalah 'parking'. Setelah mengesahkan terdapat kabel terakhir jam 12 malam, kami meneruskan rancangan asal menaiki kereta kabel. Tiba di sana, cari toilet dulu..(sejuk kot). Selepas itu, cari surau nak solat Asar. Adik aku, Putra@ Min bertanya kepada seorang Pak Guard, di mana letaknya surau.

Setelah diberitahu, kami mencari surau yang dikatakan berada di First World Hotel. Tapi tak jumpa. Maka bertanya lagi kali kedua. Rupa-rupanya kami perlu berpatah balik ke tempat asal. Maka, ada beberapa assumption. Pertama, kami kena tipu sebab Pak Guard tu memang tak tahu. Kedua, memang kami tak jumpa surau yang dikatakan itu. Ketiga, mungkin Pak Guard baru bekerja, masih tak familiar dengan lokasi dan kedudukan. Keempat, alhamdulillah, solat Asar dan masih ramai orang yang berpusu-pusu bersolat Asar.

Tapi apa yang ingin aku tekankan...kemungkinan, KEMUNGKINAN ya. Ini BUKAN TUDUHAN. KEMUNGKINAN @ PROBABILITY orang awam yang tak bersolat Maghrib amat besar. Kalau red carpet yang bermula 6.30 petang lagi sehingga menjelangnya majlis, sudah pasti ramai yang terlepas Maghrib. Kamipun lewat solat Maghrib. 8 malam ya...dengan jumlah jemaah lelaki kira-kira 8 orang saja(termasuk kami 2 beradik). KEMUNGKINAN yang tak solat Maghrib amat besar sekali. Dengan laporan kehadiran penonton mencecah angka ribuan di mana mereka bersolat? Surau lengang saja..

Orang perempuan mungkin ada alasan 'keuzuran' dsb. Mungkin juga mereka solat di surau tempat kami solat Asar tadi. Cuba bayangkan artis yang bermekap segala...yang mungkin mengambil masa yang lama untuk bersiap dan mereka tiba sebelum Maghrib, KEMUNGKINAN juga mereka meninggalkan solat Maghrib. KEMUNGKINAN juga mereka bersolat di belakang pentas yang KEMUNGKINAN disediakan ruang solat.

Bagaimana pula mereka yang dah mekap tebal-tebal... colour rambut dan sebagainya. Sembahyang Maghrib ke tak? Haa.. Ada sumber menyatakan sesetengah artis ambil wudhu' siap-siap sebelum dimekap. Lepas tu jurumekapnya pula pasangan muhrim. Jadi tak batallah air sembahyang kalau artis lelaki dimekap lelaki dan sebaliknya. Artis nasyid dan beberapa artis lain sampai selepas Maghrib. Mungkin mereka dah solat awal waktu di bilik masing-masing. Alhamdulillah.

Tak kiralah..artis ke...wartawan ke...penganjur ke...peminat ke...orang awam ke... Kewajipan ini wajib dilakukan. Takde istilah qadha' nanti-nanti. Tiba-tiba teringat arwah penyanyi nasyid Kumpulan Raihan dulu. Mungkin, arwah mengalami 'kejutan' yang lebih besar daripada kejutan yang aku terima. Sebabnya, aku pernah juga menghadiri AIM tahun lepas di PWTC. Surau untuk solat Maghrib memang penuh, dan Ustaz Asri Rabbani sendiri yang mengimamkan jemaah. Tapi, situasi di sini memang berbeza.

Sebab kedua, aku ke sana, istilah once in a lifetime. Once in a blue moon. Mengapa peluang ini hadir? Semuanya gara-gara menang tiket melalui Hot.FM. Masa tu memang aku seorang penganggur. Takde kerja. Papa kata, daripada duduk saja tu, sambil dengar radio...masuklah pertandingan teka bunyi ke.. apa ke... yang hadiahnya agak lumayan. Hot.FM ada Suria.FM ada tawar hadiah mencecah angka ribuan tu. Tapi, biasalah, dah banyak kali cuba..tapi tak pernah sangkut pun.

Cuma kali ini berjaya dapat tiket ABP. Mungkin aku cuba kali ketiga baru dapat. Haha. Mungkin juga keinginan menyaksikan ABP buat pertama kali meluap-luap. Sebab AIM,FFM, Hits1, dan beberapa konsert telah dihadiri. Venue seperti PWTC, Stadium Negara, Stadium Melawati, KLCC, IB, KLPAC pernah dijejaki.Usaha tangga kejayaan. Maka peluang keemasan yang hadir sekali seumur hidup ini takkan dilepaskan sebegitu saja.

Masalahnya, tiket ada 2 saja. Mula-mula dah plan nak pergi bersama x-roomate tapi ditolak mentah-mentah saat-saat akhir (Rahman mesti mengamuk punya). Seterusnya tawaran itu bertukar dan berpindah hak milik. Tangan ke tangan. (Dari Shahril ke Wan ke Fazley ke Affero dll). Kawan perempuan tak berani nak ajak. Banyak hati yang perlu dijaga. Kantoi keluar TV pulak tu. Nasib baik dia kenal Putra. Kalau tak...memang tak lah.

Sebab ketiga, cuti yang aku minta seminggu lebih awal telah lulus. Kalau tak lulus, memang tak pergi punya. Kalau tak cuti, memang kena masuk lewat 13 April sebab nak jumpa doktor J di UPM. Doktor gigi lah. Lepas tu, Isnin nak cuti sebab nak selesaikan tunggakan 'hutang' PTPTN. Dah 3 surat amaran aku terima.

Sebab seterusnya.. sebab keempat, aku nak berdrama! Haha. Misi mustahil aku berjaya kali ini. Ala-ala cerita Slumdog millionaire. Jamal masuk WWTBAM kerana nak suruh kekasihnya perasan dia masuk TV. Dan aku juga berjaya merealisasikan misi mustahil ini. SMS dari Labuan adalah SMS pertama aku terima. Dia cakap, nampak aku kat TV. Cam sangat muka aku. Ya lah.. adik aku siap angkat tangan lagi masa kamera zoom. Harap-harap babak ini juga seperti cerita Yo Soy Betty La Fea..bukan Ugly Betty ya. Di mana Armando tengok Betty yang 'buruk' bahagia bersama lelaki lain 'keluar TV'. Aku harap orang-orang yang pernah kecewakan aku ...yang melukakan hati aku (termasuk dia yang pernah aku cerita dalam blog ni tajuk February) dia dapat tengok.." I still survive without you.." Aku bahagia walaupun dulu kau permainkan perasaan aku. Cewah, tiada dendam ya ;P

Dan sebab kelima..barulah nak berhibur. Tapi tak seronok pun. Aku suka memerhatikan orang belakang tabir, macam musician bawah Ramli MS. Bagaimana hebat sebuah persembahan. Apa yang berlaku waktu iklan (tolonglah..si DB dan A hanya buat lawak dalam dunia mereka sendiri). Tak seronok sebab tak boleh fokus setiap persembahan gara-gara 'kuar TV lah'. SMS masuk bertalu-talu. Persembahan yang paling berkesan, Jamal, Ayu, Sarah & Aizat. Yang lain hilang fokus, terutama Hujan & CT. Masa Faizal buat persembahan penutup dah kena beransur nak kejar kereta kabel sebelum 12 tengah malam.

Gambar-gambar? Aku tak bergambar dengan sesiapa pun. Haha. Kelakar kan? Ambil gambar mereka tu adalah. Tapi nak siar buat apa. Bukan eksklusif sangat pun. Lagipun Min tak set flash. Jadi tak terang sangat. Fesyen? Ada yang labuh sangat kain bawah, tapi atas tak cukup kain. Tak cukup kain atas bawah pun ada. Yang nampak 'gems' kat TV taklah 'berisi' sangat. Keputusan? Malas nak ulas ABP. Klise. Lagipun semua dah tahu siapa menang dan kalah balik tangan kosong tanda zaman kejatuhan telah bermula terutama orang itu. Haha.

Friday, April 10, 2009

Statistik : Apa hasil 'kabinet' Malaysia?



Hari ini, semua orang dah tahu barisan kabinet Malaysia. Kalau tak tahu, tak payah tinggal di bumi Malaysia ini. Kena campak ke negara Papua New Guinea ataupun Timor Leste baru tau. Secara kesimpulannya, rata-rata negeri memiliki menteri/tim. menteri (kecuali Perlis).

Berikut adalah statistik dan fakta-fakta menarik.

1.(4+2+1)-8 = -1 ( 8 menteri OUT..7 menteri baru termasuk 4 taraf senator dan 2 orang naik pangkat)
2. 93% menteri LELAKI, 7% menteri WANITA
3. Perlis tiada wakil dalam kabinet, Melaka hanya ada seorang Tim. Menteri.
4. Johor ada 5 Menteri, Pahang dan Sabah masing-masing 4
5. Perak dan Kuala Lumpur masing-masing ada 3 Menteri
6. Sarawak, N9, PP ada 2 Menteri
6. Seorang Menteri mewakili Terengganu, Kelantan dan Kedah.
7. 25 % Menteri baru, 25 % Menteri kekal, 50% Menteri bertukar portfolio
8. 16% Jemaah Menteri (Menteri + Tim. Menteri) merupakan Senator
9. 76% Menteri Bumiputera
10. Tim. Menteri, 30% dari Borneo
11. Tim. Menteri paling ramai dari Johor, 1.75%
12. 45% Tim. Menteri bertukar portfolio
13. Jemaah Menteri dari negeri Johor, Pahang, Perak, Kedah, Sabah & Sarawak > 5 orang
14. Kelantan, Terengganu, PP, Selangor, KL & N9 < 5 orang
15. Jemaah Menteri, 27% dari Borneo, Melayu, 47%, Cina, 19% dan India, 7%
16. Kementerian yang kekal 100% tiada perubahan ialah Kem. Sains, Teknologi & Inovasi.
17. Kem. Pengajian Tinggi juga kekal 100% tetapi ada penambahan seorang tim. Menteri.
18. Kem. Sains, Teknologi & Inovasi juga kementerian Borneo. Begitu juga Kem. Sumber Asli & A.Sekitar.
19. Orang Johor mendominasi Kementerian Pelajaran. Orang Sabah pula dapat Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi.
20. 24% Kementerian berubah wajah, menteri dan tim. menteri BARU.
21. 48% Kementerian > 1 Tim. Menteri
22. Kementerian yang paling best sekali ialah Kementerian Tenaga, Teknologi HIJAU & Air =)
23. Kementerian yang dibubar...MECD. Keusahawanan tu... MARA sekarang di bawah Kem. L.Bandar & Wilayah.
24. Artis-artis & selebriti ada satu kementerian je sekarang, Kem. Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan.
25. Ketua Pemuda UMNO tiada dalam senarai...

Katanya, ada beberapa alasan. Pertama, bukan ini kali pertama sayap Pemuda tak ada jawatan Menteri. Ini kali ketiga berlaku. Kedua, kalau you jadi Ketua Bahagian, itu bukan tiket jadi calon wakil rakyat. Sama juga jika you tu pegang sayap, bukan tiket jadi Menteri. Seterusnya, ada orang kata nak uji KJ...dia akan berjuang demi parti ataupun jawatan. Satu lagi alasan kelakar, KJ masih 'HIJAU'...13 bulan selaku ahli Parlimen. Masih tak terbiasa dengan sepak terajang politik. Habis tu..dia menang kan Ketua Pemuda. Orang yang dapat undi paling sikit pula yang jadi Tim. Menteri.

Maaf ya, huraian no. 25 agak panjang sikit. Cuba bayang dalam satu keluarga, ayah kita bagi kereta baru kepada mak. Adik perempuan dapat. Adik lelaki kita pun dapat. Orang yang tiada kaitan darah daging pun dapat juga. Bohonglah kalau kita tak kecil hati. Terasa hati... Sama juga halnya ini. Hari tu masa ayah Mertua ada kuasa, kalau dia dilantik, orang kata kroni. Orang siap ramal lagi... karier politik KJ akan berakhir sejurus tampuk pemerintahan bertukar tangan.

Hakikatnya, KJ menang besar juga selaku Ketua Pemuda. Ketua Puteri yang menang 6 undi pun jadi Tim. Menteri. Timbalan Pemuda pun jadi Tim. Menteri. Yang kalah tu pun sama. Yang bukan ahli Parlimen, dilantik jadi Senator, padahal ditolak rakyat masa PRU-12. At least, bagilah juga jawatan Tim. Menteri tu dekat KJ. Kementerian HIJAU tu ke.. Belia & Sukan ke... Pemuda kan? Takkanlah KJ nak minta jawatan tu. Obviously, PM sekarang lebih mahu menjaga hati Tun Chedet berbanding menjaga hati Tun Pak Lah. Menteri yang berjaya menurunkan kadar tol pun tersingkir....

Apa-apa pun ini pilihan PM kita yang baru. Kuasa di tangannya. Suka hatilah dia nak lantik siapa jadi kabinet. Kabinet? Di rumah kita wajib ada dapur kabinet... ataupun kabinet almari baju. Apakah hasil 'masakan' ataupun 'fesyen' kabinet kali ini? Pedas.. Panas... Masam... Busuk... Mentah... Suam kuku...Manis...Sedap...Lazat....Tak menarik... Ketinggalan zaman...Stylo...Best... Kekampungan... Syok sendiri....Plastik...Palsu... Segalanya terjawab suatu hari nanti.


Jemaah menteri (Menteri dan timbalan menteri berjumlah 68 orang berbanding 69 orang zaman Tun Pak Lah). Kalau nak praktik kira-kira @ ilmu hisab @ matematik...kira jumlah bilangan berdasarkan peratus yang tertera.

Wednesday, April 8, 2009

Gomo Klate Gomo !


Kes ini mungkin lebih hangat daripada pilihanraya ataupun Champion League! Aduhai...sedih betul kawe dengan sikap ore2 Klate terutama sekali penyokong bola sepaknya. Merusuh lagi! Bergaduh pulok. Nampak gayanya ore Klate ni memang "pongoh"lah. Aku bukan nak mengutuk asal-usul salasilah keturunan sendiri tetapi kalau beginilah hakikatnya "semangat kesukanan" yang ditunjukkan, bikin malu Tok Guru jah. Kasi malu Anuar Musa jah. Orang kata, cermin keretanya pun pecah juga dek perusuh.

Ni bukan soal politik. Tak kira org PAS ke UMNO ke...Sama saja "peel"nyo. Ini masalah sikap! Ore Klate memang agak terkenal dgn sikap yg agak "agas". Dalam konteks ini, "agas" itu merujuk kepada sikap taksub. Terlalu bangga dengan kelebihan diri. Ya lah..siapa sangka pendatang baru Liga Super secara tiba-tiba boleh mendominasi tiga tempat teratas.

Ala-ala Wigan-Reading dan Hull yang buat pertama kalinya mendapat "promotion"..terus mengganas. Tetapi di Klate, keganasan itu berlanjutan ke luar stadium. Sekali lagi Halim Napi menjadi hero kampung membelasah ataupun istilah Klate nya.. "menghenja" tok laki Rita Rudaini. Aduhai! Sedih-sedih ya amat!

Gomo Klate Gomo ke... The Red Warriors ke...sama saja istilahnya. Hanya tinggal perkataan kalau tidak diterjemahkan dalam sikap dan "attitude" yang sebenar. Kelanatn nampak gah pada awal-awal permulaan Liga Super. Walaupun diberi kekalahan percuma 3-0 kepada KL Plus, pasukan Klate tetap di puncak.

Namun, rentak mula sumbang apabila pertama kali kalah kepada Selangor. Kena belasah 3-0. Masa tu penonton dan penyokong sudah mula bikin kecoh. Api yang kecil ini semakin melarat dan membesar. Kemuncaknya...setelah kekalahan kali kedua-dua berturut-turut kepada pasukan N9.

Musnah harapan pemain-pemain dan pengurusan ke Manchester United sekiranya gagal mendapat Piala F.A. Itu janji Presiden KAFA sendiri. Sudahlah kalah di stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad. Walaupun kemeriahan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV seakan-akan memenuhi stadium, tapi ini bukan Old Trafford! Akhirnya..dapat stadium berkecuali, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa guna stadium meriah..tetapi penyokong fanatik dan pemain-pemainnya tiada langsung semangat kesukanan. Tak boleh menerima hakikat kekalahan menanggung malu di hadapan penyokong sendiri. Betapa 'unik' dan 'pelik'nya sikap org Klate. Apa-apa saja... Asabiahnya... Politiknya...Makanannya...Bahasanya...hatta Kebersihannya.

Semua nak jadi lain dari yang lain. Nak merasa ada kelas...dan eksklusif. Agresif yang tidak bertempat. Tok Guru kata polis nak jaga keamanan negeri kita..tetapi kita pergi bakar trak Polis. Ini bukan kali pertama Tok Guru melahirkan rasa terkilan. Banyak kali dah. Dulu isu kebersihan. Sekarang isu sukan pulak.

Walaupun MBnya Tok Guru..yang tawadhuk dan sederhana sikapnya, tetapi rakyat Klate itu (bukan semua) gagal mencontohi ketokohan beliau. Ala...Tak kira. Lantiklah sesiapa saja MB.. Tok Guru ke...Alim Ulama' lain ke...Pakar motivasi ke...hatta 'Nabi' sekalipun...kalau masalah ini dari dalam diri. Tak ke mana juga.

Ingat! Kalau bala nak turun ke atas satu kampung...atau satu negeri, semuanya kena. Tak kira orang tu alim atau wara' setara mana sekalipun. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana kerbau seekor, habis lumpur terpalit kepada orang lain juga. Jangan kita menjadi ore Klate yang hanya menang sorak, negeri tergadai. Pak Kaduk sangat!

Kepada orang-orang luar Kelantan, perlu diingatkan, bukan semua orang Klate macam tu. Teringat kisah seorang sahabat di mana ibunya tak bagi dia ber"gewe" dengan orang Klate. Benci sangat ore Klate yang suka mengamalkan poligami. Yang lelakinya sibuk nak kahwin dua. Yang perempuan pulak sibuk nak jadi bini no.2.

Bukan semua ya...dan bukan segelintir. Aku sendiri ralat dengan segala yang berlaku. Akhir kata, aku mewakili rakyat Kelantan yang lain... "I'm sorry....!" =)

Tuesday, April 7, 2009

Pilihanraya kecil 2 bukit, 1 batang : PR 2 - BN 1

PR dapat 2 bukit. BN dapat batang! Haha. Ini bukan cerita lucah yang melampau ya. Tetapi hakikatnya, keputusan pilihanraya kecil ini sememangnya aku nanti-nantikan. Lebih menarik daripada perlawanan Champion League Man. U melawan Porto, dan Arsenal menentang Villareal awal pagi nanti. Malah lebih menarik lagi daripada pertembungan klasik Liverpool dan Chelsea esok hari.

BN mendahului 1 gol kosong pada separuh masa pertama. Namun PR memberi equaliser dan akhirnya menang tipis 2-1. Man of the match sudah tentu milik Datuk Seri Ir. M. NIzar yang memperoleh majoriti yang lebih besar berbanding keputusan PRU-12 tahun lalu. Nizar bukan dilahirkan untuk pilihanraya, tapi beliau dilahirkan untuk Perak. Bukan aku yang kata. Penganalisis politik yang kata..kalau tengok Channel 501 lah.

Aku setiap hari menonton Buletin Utama. Tak pernah miss ya. Membaca akhbar-akhbar arus perdana seperti Berita Harian, Utusan, Kosmo dan Metro. Kalau tak beli baca internet.(Padahal berita pertama yang dibaca berita hiburan. Haha =P). Aku menjangkakan BN memiliki peluang cerah menyapu bersih ketiga-tiga kerusi.

Tambahan pula dengan saf kepimpinan BN yang baru. Dan kemuncaknya kembalinya Tun Dr. Mahathir kepada UMNO. Kusangka panas hingga ke petang...pagi-pagi lagi dah lencun. Walaupun gerimis mengundang...basah kuyup juga dibuatnya. Apa boleh buat. Kuasa di tangan rakyat. Demokrasi masih subur di bumi Malaysia.

BN menjaringkan gol pendahuluan di Batang Air. Batang air ke batang ai? Ke batang u! Ops. Terlebih sudah. Konfius.. BN menang dengan majoriti yang lebih besar. Adakah ini bermakna PR harus lupakan Sarawak? Kalau ya jawapannya, adakah adil kita mengatakan Perak harus ditadbir Nizar yang juga mendapat majoriti yang lebih besar di bukit pertama, Bukit Gantang? Tepuk dada...

Kita ke Bukit yang kedua pula, Bukit Selambau. Hari ini dalam sejarah. Pengundi menggunakan kertas A4. Dan harus melipat empat sebelum dimasukkan ke dalam peti undi. Semuanya gara-gara 13 orang calon bebas menawarkan diri. Ini adalah gol kemenangan di minit-minit terakhir. Mungkin ketika waktu kecedaraan seperti MU menang lawan Villa baru ni.

Rakyat telah berkuasa...pengundi telah bersuara. Aku tak mengundi pun.. Tapi tetap teruja nak tahu keputusannya. Saluran Astro Awani merupakan saluran terbaik di kaca TV. Seimbang dari segala segi. Adil dalam menyampaikan maklumat kepada penonton. Masa PRU-12 baru-baru ni, Astro Awani juga pilihan utama. Stesen lain?? Lu pikirlah sendiri.

Apa-apapun..kepada pemimpin yang menang, jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin. Begitu juga menteri kabinet baru yang khabarnya akan diumukan esok. Selamat bertugas.

Sunday, April 5, 2009

Bahasa SMS ! (Korg leh fhm x apa yg ak tules nih?)


Tatkala kita sibuk memperdebatkan isu PPSMI yang diaplikasi dalam sistem pendidikan adik-adik kita di sekolah, tanpa kita sedari, kita telah memandang enteng satu isu yang nampak remeh tetapi hakikatnya menjejaskan kredibiliti dan daulat Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan.

Isu tersebut bermula dengan penggunaan telefon bimbit di kalangan kanak-kanak dan remaja atau lebih tepat lagi mereka yang berusia 18 tahun ke bawah. Seiring teknologi masakini yang telah menjadi trend dan gaya hidup, tidak sah hidup ini kalau tiada telefon bimbit. Bayangkan kanak-kanak seawal usia 5 tahun (mungkin lebih muda) sudah pandai minta telefon bimbit sebagai hadiah hari lahir daripada ibu bapa mereka.

Apabila ada telefon, kegunaannya bukan sekadar untuk berbual malah, di pasaran sekarang terdapat macam-macam fungsi telefon dengan variasi model yang rambang mata dibuatnya. Kalau ibu bapa membelikan "handphone" yang cokia contohnya Nokia 3310 yang boleh pengsan anjing kalau kena baling (walhal suatu ketika dulu model ni paling famous dan bergaya ketika aku di Matrikulasi, ada vibrator beb!) tak kisahlah kan? Memang berfungsi untuk berkomunikasi semata-mata. Tetapi bayangkan dalam usia tak sampai 10 tahun dah guna I-phone, PDA! Telan air liur orang tua macam aku tengok. (Wah, mengaku tua tak tahan ni..=)

Yang penting, itu hak ibu bapa mereka. Bukan duit kita pun! Kalau guna untuk kebaikan (mungkin bukan semua orang), tidak mengapalah kan. Tetapi hakikatnya yang berlaku, tanpa kita sedari atau tidak, telefon bimbit tersebut turut mendail talian hayat ke neraka melalui gejala-gejala negatif seperti ketagihan main game (faham betul-betul...kegilaan berbeza dengan ketagihan, kalau main game sampai lupa solat ataupun main game yang ada unsur tak sesuai pun salahkan?), bertukar-tukar gambar & video 18SX, atau yang lebih teruk lagi merakam aksi 18SX dan macam-macam lagi (dah banyak bukti kita lihat), apa kejadahnya ? Apa ke hal nya, Yob? Guano gamok orang kite ?

Nampaknya istilah-istilah seperti bluetooth, infrared, MMS, download, dan sebagainya lebih mudah larut dan meresap ke gegendang telinga mereka. Cuba bayangkan, seorang cucu darjah 3 yang taipkan mesej, mewakili neneknya nak balas SMS daripada Mak Long. Memang tidak dinafikan, kanak-kanak sekarang begitu 'mesra alam' dengan gajet-gajet seperti PSP, PS3 dll. Zaman aku dulu...(lahir tahun 80-an) seronok main di luar rumah, yang keluarkan peluh! (cewah...;)

Jadi, aku malas nak hurai dengan lebih lanjut mengenai kesan sampingan @ side effect akibat kecenderungan adik-adik kita terhadap gajet. Terus fokus kepada isi penting, iaitu bahasa SMS. Kerana di mana ada semut, di situ ada gula. Di mana ada telefon bimbit, di situ ada bahasa SMS. Aku mendapat SMS ini daripada Sufia. " Abe, t amek Ya kt kolah k " Ringkas saja mesejnya, tetapi maknanya begitu besar bagi aku. Bukan sekadar hubungan adik-abang.

Tetapi isu yang turut terpalit sama ialah penggunaan Bahasa Melayu. Aku tertanya-tanya, bagaimana dia boleh menghasilkan karangan Bahasa Melayu yang baik dan bermutu kalau kebiasaan ini berterusan seolah-olah membunuh Bahasa Melayunya. Ejaan nanti hanya tinggal t. Sekolah dah jadi kolah. Ingat kolah ikan ke? Ni berlaku bila berSMS. Hal sama turut berlaku Waktu bersembang (chatting) samada melalui ruang sembang seperti YM dsb. ataupun secara langsung menerusi kaca televisyen seperti saluran @15 di Astro yang sudah pasti menjadi tatapan sesiapa saja. Mata menjadi saksi!

Aku bukan bersikap prejudis. Aku membuka pintu hati dan kotak fikiran aku seluas-luasnya apabila mahu membahaskan isu ini.SMS adalah singkatan Short Message Service yang bermaksud Servis Pesanan Ringkas. Dah nama pun ringkaskan, nak taip panjang-panjang buat apa? Lagipun muat-muat 160 ruang saja. Kalau melebihi 160 ruang (bukan 160 patah perkataan ya!) akan dicaj kita menghantar SMS yang baru.

Dalam konteks yang lebih luas, bukan sekadar bahasa SMS yang menjadi isunya, bahasa rojak pun wujud di situ. Sudahlah bahasa harian kita bercakap bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris. Begitu banyak sebenarnya cabaran yang dihadapi Bahasa Melayu yang semakin terhakis dignitinya. Orang kata, yang paling penting maklumat sampai. Orang yang menerima mesej faham. Habis tu, macam mana pula kes 'couple' bergaduh @ perang besar gara-gara SMS? Maklumat sampai sangat lah tu agaknya.

Jika isu bahasa SMS tidak melanda, kita sebenarnya memang tidak dapat mengelakkan diri kita daripada terdedah kepada bahasa singkatan ini. Namun pendedahannya tidaklah begitu meluas dan menyeluruh. Sebagai contoh, kerjaya wartawan dan pelajar universiti yang menuntut kemahiran menyalin nota dengan pantas dan ringkas. Apa yang menarik, seniman negara, arwah P.Ramlee sendiri yang memperkenalkan singkatan-singkatan seperti Pawagam (Panggung Wayang Gambar), Kugiran (Kumpulan Gitar Rancak) dsb.

Dalam kehidupan seharian kita juga tidak terkecuali menggunakan bahasa singkatan seperti KL (Kuala Lumpur), KLCC (Kuala Lumpur City Centre), PWTC (Putra World Trade Centre), UPM (Universiti Putra Malaysia) termasuk singkatan parti politik seperti UMNO (United Malays National Organization...bahasa Melayu lah sangat), DAP (Democratic Action Party) PAS (Parti Islam Semalaysia...ada yang tanya kenapa tak PIS singkatannya? Jawapannya mudah... Parti Islam Semalaysia dalam tulisan JAWI ialah PA-ALIf-SIN dan bunyinya PAS). Dan macam-macam lagi singkatan yang kita gunakan seperti PM, DYMM, S.U dll.

Justeru, satu panduan telah dibuat oleh DBP (haha..singkatan kepada apa pulak ni? Lu fikirlah sendiri!) agar penyalahgunaan atau kekeliruan dapat dihindarkan. Inisiatif ini seharusnya mendapat sokong pelbagai pihak terutama mereka yang menyayangi Bahasa Melayu...Bahasa kebangsaan. Bahasa jiwa bangsa...ringankan jejari anda mengklik sini

Akhir kata, Bahasa Melayu...bahasa pertuturan orang Melayu. Dan orang Melayu gemar mengajuk cara percakapan orang lain. Kalau jumpa Mamak, lenggok bahasa kita terus ada Macha...Ane'... Kalau kita bersembang dengan orang Cina, tergeliat lidah menyebut lu...gua... maaa... Jika direnung-renung balik, kita kaji sendiri..banyak perkataan bahasa Melayu adalah bahasa celup daripada bahasa asing seperti Portugis (almari contohnya), Sanskrit (dewa sakti contohnya), Arab (berlambak-lambak seperti Dunia Akhirat) serta Bahasa Inggeris (tak payah cakap...semua nak diMelayukan kalau boleh). Jadi, sekental mana keasliannya Bahasa Melayu (perkataan amuk dan keris contoh Bahasa Melayu "pure" @ asli)? Tepuk dada...tanya selera...congak minda.

Friday, April 3, 2009

Terima kasih Pak Lah, Selamat bertugas Najib.


Hari ini, 3 April 2009 dengan rasminya proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar. Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Datuk Seri Mohd Najib sah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi PM Malaysia yang ke-5 kira-kira 5 tahun lebih.

Sepanjang tempoh itu, rakyat Malaysia boleh menilai sejauh mana kemampuan beliau mengemudi negara. Terima kasih daun keladi kerana menjadi pemimpin yang bersederhana dalam segala segi. Kesabaran beliau dan kekentalan hati ketika berdepan kritikan-kritikan dan tohmahan sangat dikagumi.

Sebagai rakyat Malaysia, benda yang paling tak boleh dilupakan ialah lawatan mengejut Pak Lah ke stesen Komuter Serdang. Sebagai bekas warga UPM... aku tahu sendirilah betapa seksanya berhimpit-himpit dan berasak-asak dengan warga asing. Dan sebagai warga Putrajaya yang sudah menetap kira-kira 6 tahun, sempat juga tangan ini berjabat dengan tangan beliau yang sangat lembut. (atau tangan aku yang terlalu kasar? haha)

Rekod kemenangan BN dalam pilihan raya. Antara rekod paling cemerlang pada tahun 2004 serta peristiwa tsunami yang menimpa BN tahun lalu juga berlaku ketika di bawah tampuk kepimpinan Pak Lah. Kerana sikap keterbukaan yang beliau milikilah menjadikan Malaysia memiliki pasukan pembangkang yang kuat dan berat. Hal ini sangat penting sebagai check and balance. Dan akhirnya beliau mewariskan tampuk kepimpinan negara kepada pelengkap teori R-A-H-M-A-N. Lengkap sudah teori ini. Selanjutnya...? Kita tunggu...

Kepada PM yang baru, selamat menjalankan tugas dengan bersih, amanah dan tanggungjawab. Begitu berat tugas ini sebenarnya memandangkan beliau menerima jawatan ini ketika masalah kemelesetan ekonomi dan ketidakstabilan politik negara sedang berlaku. Jika beliau seorang pemimpin yang bijak, semua ini akan dilalui dengan mudah dan sudah pasti rakyat Malaysia yang bertuah sekaligus persepsi negatif rakyat terhadap BN akan berubah.

Kita tengok...sejauh mana konsep "One Malaysia" mampu beliau bawa. Sabda nabi, "Kullukum raa'in wa kullukum mas'uulun 'an ra'iyyatih" Setiap kamu adalah pemimpin (penjaga), dan setiap kamu akan dipersoalkan mengenai apa yang kamu jaga (dipertanggungjawabkan)"

Langkah pertama telah beliau ambil...sejurus pelantikan beliau selaku PM. Permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang ditarik baru-baru ini dikembalikan haknya serta-merta. Manakala 13 tahanan di bawah ISA juga dibebaskan serta-merta. Wow! Satu perang psikologi yang begitu hebat sekali. Tahniah. Kita tengok keputusan 3 pilhanraya kecil yang akan diadakan nanti. Bagaimana keputusannya... Menang 3-0, 2-1 atau kalah 1-2, 0-3 ?

Wednesday, April 1, 2009

Employed finally...

This is my first ever...English article in this blog. Hopefully, everybody who reads this entry will understand the story that I wanna to tell about. It is about my long waiting job hunting has ended already. Right now, I am employed. No more...unemployed or jobless situation. No more tears !

Today, 1 st of April 2009 I am officially working with the government, serving the people or 'rakyat' specifically. Which part of government? And what position ? Haha... Let it be like that. I dont wanna make it a secret but I have to tell nothing about it. I have no idea...

This morning, I woke up as usual. No more sleeping after Subuh. I had my simple breakfast. Just nuggets that Mama fried it earlier plus two slices of bread. Then, I rushed to my workplace with my luvly "Panda" that took about 8 minutes to arrive. You can imagine how far it is from my house...

I punched my card before 8 a.m. Then I had to wait the instruction from my new boss. Where I am located, and which unit I am absorbed. As I was so unfamiliar with the new environment, and I needed time to adapt with it. What I could do is just smiling =)

I heard some of the peers whispering.. " Tu lah bos baru kau!". What?? Oh, no! Am I ready and well-prepared to be a good boss? Or do I look very bossy and deserved to be in this post? Whatever ! Whatever it takes... I will take the challenge and I won't take it for granted. I'll try my best.

Then, after 10 a.m, my boss gave me some instruction and briefly gave the task and responsible within this week. Then he took me to my 'place' and introduced me to some of the workers. They looked cold-hearted even I was warm-hearted. Maybe it takes time to be familiar amongst us.

Then, my boss left me with the files...and opened PC. I started to read and listing what I needed to review, what I needed to recheck and assure. Time flew...and it was lunch time. The important thing was... " I'm alone! " my heart began to yell to tell everybody. Maybe some of them gave their respect as I was their new boss.

But for me..it doesn't matter you are a boss or a cleaner. As long as we are respecting each other, we can get along. Have a meal together and included using the same surau to pray. In this context, as you can see upon my blog entitled "Hitam Putih Kehidupan",the most taqwa person is the best person through Allah's judgement.

So, my appetite gone with the wind. I didn't take anything. After Zohor prayer, I continued my job. Shortlisting what I should do by tomorrow. If something unclear, I asked some of my colleagues. Actually, for the first day situation like today, I would like to have a light talk or 'borak-borak' but the atmosphere was so... cloudy. Silent moment!

Evereybody seems to be committed with their job and task. I can't hear any music, except a phone ringing. You know me laaa... I am an updated person who like to hear and sing current hit song. A person who sat next to my table was hearing instrumental. Korean OST perhaps! Aaaah, I wanna be an enthusiastic and energetic person!

Finally...5 o'clock. I felt the time moved very slow. Maybe this is my first day as an employee. Like my ex-roommate, Rahman said...it was totally different between studying and working. Welcome to the new world! Hopefully, everything will be fine and smoothly towards my future undertakings.