Cuba anda taip perkataan TYPEWRITER! Apa yang anda rasakan dan alami?
Betul ke? Cuba taip sekali lagi. T-Y-P-E-W-R-I-T-E-R. Entri ini tiada kaitan dengan Azlan & The Typewriter ya!
Sebenarnya, inilah tajuk "science fact" yang aku kena kongsi bersama rakan sekerja. Di Petrosains, sudah menjadi rutin harian, setiap kali ada morning roll call akan ada slot science fact yang akan dikendalikan oleh staf dan juga sukarelawan. Semua orang ada giliran dan akhirnya tibalah masanya giliran aku berkongsi fakta sains.
Berbalik kepada topik kali ini. Cuba anda taip sekali lagi. TYPEWRITER! Senang tak waktu menaip? Ada tak terfikir kenapa papan kekunci (keyboard) itu, abjad-abjadnya tidak disusun mengikut turutan ABC?? Sebaliknya bermula dengan huruf QWERTY&...P?
Cuba kita renung sejenak.. sebelum wujudnya PC, laptop & segala bagai.. apakah alat yang wujud terlebih dahulu sebelum direvolusikan menjadi PC atau komputer riba yang wujud hari ini??
Ya betul.. MESIN TAIP!
Kita ambil contoh alat-alat lain yang telah diinovasikan atau melalui "zaman revolusi"??
MP3 player sekarang..kita patah balik ke belakang.. ada discman(CD).. sebelum itu.. walkman(guna kaset).. sebelum itu lagi..apa dia??
Ya! Piring hitam!
Contoh kedua.. sekarang kita ada external hard disc yang saiznya TERA!
Sebelum ini.. 500 GB pun dah rasa besar. Sebelum itu..kita ada zaman thumbdrive! Terkenal waktu belajar hatta waktu kini sekalipun! Ingat lagi thumbdrive Kingston?? Bukan yang 4GB atau 8GB tetapi yang 256MB punya! Haha.
Kita patah balik sekali lagi.. pernah jumpa disket?? Wow~ Klasik sangat kan. Boleh masuk muzium walaupun disket wujud tahun 90-an! 90-an zaman disket dan video tape!
Pantas kan teknologi?? Suatu revolusi & inovasi..
Jadi anda tanya, waktu hadir ini.. bolehkah kita ketemu mesin taip?? Mesin taiplah punca wujudnya PC lewat hari ini. Namun, siapakah pencipta mesin taip?? Christopher Latham Scholes pada tahun 1866! Tetapi mesin taip waktu itu ikut susunan abjad ABCDE. Tak macam keyboard hari ini.
Cuba taip sekali lagi TYPEWRITER. Perlahan-lahan. Dan anda akan dapati, TYPEWRITER dapat ditaip melalui baris pertama keyboard anda. Baris QWERTY sampai huruf P, anda akan mampu taip TYPEWRITER. Perkataan yang terpanjang melalui baris QWERTY ialah RUPTUREWORT! Anda Google sendiri untuk mengetahui maknanya.
Sebenarnya, hasil jasa baik James Densmore.. terhasillah papan kekunci seperti sekarang. Sebabnya, kalau disusun ikut ABC, akan ada besi mesin taip yang tersangkut. QWERTY disusun mengikut kekerapan ejaan seperti ejaan THE dan yang berakhir ING. Maka, lebih senang jejari kita menaip. Konsonan dan juga vokal yang rawak.
Anda menaip dengan pantas?? Siapakah yang mencipta rekod jurutaip terpantas di dunia. Mengikut The Guinness Book of World Record,Barbara Blackburn merupakan pemegang rekodnya. Rekod terbaik 212 patah perkataan seminit. Dan boleh menaip secara konsisten purata sebanyak 150 patah perkataan selama 50 minit! Hebat tak?? Sebab tu dulu ada kelas menaip! Sekarang kita panggil kelas komputer.
Sekian untuk kali ini. Science fact ini sepatutnya 2 minit. tetapi aku rasa terlebih sudah! Takpe, 1 Julai aku kena kongsi satu lagi fakta sains. Oh, esok! Tajuk apa?? Tunggu~
Perempuan-perempuan
Di sekeliling aku
Yang aku sayangi
Yang aku cintai
Tanpa mereka
Hidup ini tak bererti
Perempuan-perempuan
Di sekeliling aku
Beraja di mata
Bertakhta di hati
Amanah & tanggungjawab
Tergalas di pundak lelaki
Macam aku
Perempuan-perempuan
Di sekeliling aku
Pelengkap hidup
Penyeri hati
Penawar duka
Penyejuk mata
Perempuan itu...
Ibuku
Insan yang mengandungkan
Serta melahirkanku
Jasa & pengorbananmu
Tiada asa untuk digalas
Tidak ternilai untuk dibalas
Susumu takkan dibalas tuba
Baktiku kepadamu cuba dilaksana
Perempuan itu...
Isteriku
Teman sehidup semati
Berkongsi hidup
Suka duka tawa canda
Menyemai kasih di taman cinta
Ke akhir hayat ke Firdausi
Setia berdiri di segenap posisi
Menjadi tonggak kejayaan
Nadi kemegahanku
Perempuan itu..
Puteriku.. zuriatku
Segala doa & harapan
Moga kebaikan & keberkatan
Mengulit mimpi indahmu
Lalu terjaga melarik realiti
Moga cerah masa depanmu
Terjamin redha-Nya
Perempuan itu...
Adikku
Perlukan bimbingan
Juga dorongan
Serta perhatian
Bukan tempelan
Tetapi tanggungan
Menyusuri rentetan kejayaan
Melalui denai kepayahan
Dengan meyakinkan
Lalu bijak, masak & matang
Perempuan-perempuan
Di sekeliling aku
Fitnah juga ujian
Mehnah juga dugaan
Bukan barang permainan
Tapi punya perasaan
Lindungi & pelihara
Agar hati tidak rawan
Hidup tidak keruan
Selamat lahir ke dunia puteriku, Sumayyah Hannani binti Mustakim. Detik 00:43, 30 Mei 2011. Bersamaan 26 jamadilakhir 1432.
ALHAMDULILLAH... Segala debaran reda akhirnya. Perjuangan seorang ibu berjihad, mempertaruhkan nyawa sewaktu melahirkan anak disaksikan sendiri oleh aku selaku suami & bapa!
Di dalam dewan bersalin itu, baru aku tahu mengapa darjat ibu 3 KALI lebih hebat daripada seorang bapa. Segala kesakitan yang ditanggung saat melahirkan umpama menghapus segala dosa. Demikian jikalau ibu bertarung lalu tewas di pertempuran, maka syahid kecil layak baginya. Amat tepat sekali pepatah, syurga itu di telapak kaki ibu.
ALHAMDULILLAH.. ibu dan bayi selamat. Aku sudah bergelar Walid! Dan isteriku sudah menjadi Ummi kepada anak perempuan sulung kami yang telah dipersetujui bersama menamakannya Sumayyah Hannani binti Mustakim.
Saat melahirkan amat mendebarkan. Setelah segala persiapan dilakukan, termasuklah beg yang telah lengkap terisi semua keperlan telah disimpan di belakang bonet kereta. Walaupun kami tahu, kami tak perlu menunggu sampai genap 40 minggu di mana isteriku akan merasa sakit untuk bersalin, dan lepas tu baru bergegas ke hospital! Semua itu takkan dialami kali ini gara-gara BP tinggi. Dan doktor telah menetapkan bahawa tarikh 26 Mei 2011, isteriku kena masuk wad!
Ya! Induce! Pernah dengar? Inilah dia istilah buat mereka yang dipaksa bersalin lebih awal. Proses mengecutkan rahim supaya csegera bersalin. Kandungan isteriku sudah 38 minggu. Jika dicongak, dikira besar kemungkinan 27 Mei hari Jumaat insya allah isteriku akan bersalin. Cantik.. hari Jumaat dan kebetulan bersamaan 23 Jamdilakhir, tarikh kami sah diijabkabulkan tahun lepas.
Walaupun berat untuk melaksanakan proses induce (termasuk runsing kena caesar), namun kami akur. Nak buat macam mana. Masa check up 6 bulan di An-Nur, Bangi okay saja. Tiada masalah. Alih-alih bila nak daftar klinik kerajaan, doktor kata BP (blood pressure) tinggi. Dan amat berisiko sekiranya kami tunggu sehingga genap 40 minggu.
Maka, tak dapat tidak, kami kena bersedia dan berserah kepada Allah. Kita manusia hanya merancang. Dia juga merancang. Dan Dia ALLAH itu sebaik-baik perancang! Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya.
Maka, tak dapat tidak, aku telah pun ambil cuti bermula Khamis, 26 Mei sehingga hari Selasa, 1 Jun 2011. Cuti lain stand-by untuk kecemasan. Pagi Khamis itu, segala persiapan dibuat. Solat Hajat berjemaah semakin kerap memohon kepada-Nya agar dipermudahkan segala urusan. Kira-kira jam 12 tengahari, kami bergerak ke Hospital Putrajaya.
Mak ai! Kena beratur.. nak masuk wad pun ada waiting list ok. Giliran ke-16. Maka, kami pun balik ke rumah. Nasib baik dekat kan? Harap-harap lepas Asar dah dapat masuk. Tunggu punya tunggu, dah pukul 5. Telefon hospital.. dan wad penuh lagi katanya. Maka lepak di rumah saja. Tiba-tiba saja dapat panggilan, lepas Maghrib kena buat ECG apa entah. Yang kesan denyut pergerakan bayi.
Maka sekali lagi ke sana. Tunggu bukan main lama. Isteri di dalam, aku menunggu sendirian di luar. Nasib baik ada budak ni. Mula-mula dia nyenyak tidur, tapi bila emak dia dah selamat bersalin, budak ni teruja! Maklumlah dapat adik baru. Baru tunjuk true colour lepas bangun tidur. Ayat kegemaran dia.. "Mael lambung! Sambil baling selipar dekat adik dia. Maharaja lawak! M-A Ma, H-A Ha R-A Ra J-A Ja Maharaja!
Ya! Kelas mengeja ya~ Maklumlah Maharaja Lawak tengah meletup. Itulah hiburan aku waktu itu. Taklah sunyi, mengantu & bosan. Layan saja karenah nakal budak "baru nak naik" ni. Tup-tup, dah pukul 11 lebih. Nak dekat pukul 12 tengah malam. Masih menunggu wad kosong. Penuh lagi~
Akhirnya.. kami kena balik juga. Sebab tak ada katil. Maka, esok kami datang lagi. Pagi.. pukul 10 lebih. Dan... masih dalam senarai menunggu. Kali ni nombor 4. Emm... balik dulu. Lepas Jumaat nanti kami datang balik. Aduhai~ memang letih dan penat sebab menunggu. Innallaha ma'as sobirin~ S-A-B-A-R. Dan sekali lagi.. menunggu sepanjang hari petang itu.
Dan kejadian semalam berulang lagi sekali. Pisang berbuah lagi buat kesekian kalinya. Sampai ke malam menunggu.. tapi kena balik akhirnya. Alasan sama, tiada katil kosong. Takpe. Kita fikir positif. Kena sabar. Moga-moga anak kami dapat mewarisi sikap sabar itu. Kan? Emm.. ada can lagi isteri aku nak tengok Maharaja Lawak. Last kopek! Padahal aku yang beriya nak tengok. Haha
Maka, 27 Mei bukan harinya seperti yang aku jangka. Tunda. Dan kali ini, hari Sabtu confirm dapat masuk wad. Doktor Maria siap telefon, bersama jaminan dapat MC 2 hari yang panjang sebelum ini. Maka lepas Zohor, isteriku dimasukkan ke wad 2A. sepanjang petang hingga Maghrib aku menemani isteri tercinta. Kemudian terpaksa berpisah seketika sebab tak boleh teman hatta suami sekalipun. Jumpa esok ya sayang.
Pagi Ahad.. lepas solat Subuh aku dapat SMS. Isteriku kata, sudah kena induce. Sakit sangat. Rasa macam nak bagi penampar tawar dekat orang. Aku cepat-cepat ke hospital. Aku saksikan sendiri betapa sakitnya yang tak dapat digambarkan. Aku cuba mengurangkan kesakitan isteri..cuba picit-picit, urut-urut apa yang patut tapi sayang, tak meninggalkan kesan.
Nasib baik tengahari Mama & Mok datang jenguk. Ada orang boleh tolong picit-picit kan. Serius aku tak pakar bab urut-mengurut ni. Nak mengurat tahulah! Haha. Walaupun ku cuba melawak, tapi masa itu kurang sesuai. Yang menanggung sakitnya waktu itu isteriku. Dari pagi sampai ke petang, dengan sakit yang tak tertanggung itu, baru terbuka 1 cm!
Masya allah. Patutlah darjat ibu 3 KALI ganda lebih besar daripada darjat bapa. Nak masuk Maghrib, dah 2 cm. Dan segalanya mungkin! Aku kena bersedia. Dan waktu itu tiba akhirnya. Jam 11.30 malam isteriku sudah masuk ke dewan bersalin. Aku gagahkan diri menemani isteri. Lengan ini digenggam sekuat mungkin oleh isteriku. Perjuangan bermula.. tawakkal kepada Allah.
Aku tiba-tiba diarah keluar. Mungkin ada beberapa prosedur sebab isteriku masih belum cukup teran atau ayat drama "push". Aku keluar lalu menelefon Mama, ibuku. Rasa terharu.. dan macam-macam perasaan ada. Saat bergelar ayah ibu akan menjelma. Harap-harap tak payah caesar.
Tiba-tiba jururawat panggil. ALHAMDULILLAH.. dah selamat bersalin. Sayangnya aku tak dapat dengar tangisan anak kecilku. Aku mahu azan & iqamatkan telinganya. Dan akhirnya momen itu nyata. Macam-macam perasaan & perkara bermain di benak fikiran. Takpe.. yang penting ibu & bayi selamat. Alhamdulillah. Begitu tenteram jiwa saat menatap wajah anak buat kali pertama. Inilah dia wajah yang dinantikan selama ini.
Anakku.. jadilah hamba Allah yang bertaqwa, jadilah anak yang solehah, dan jadilah orang yang berguna kepada agama & masyarakat. Hidup di dunia ini sementara & hati-hatilah dengan tipu dayanya. Tabahlah menghadapi pancaroba.
Sah! Bayi perempuan. Nama seperti yang telah kami bincangkan. Hak anak untuk diazan & diiqamatkan sudah aku sempurnakan. Seterusnya, tahliq (cukur jambul), tahnik(belah mulut) & aqiqah. Perkara-perkara ini tak sampai jatuh hukum wajib, tetapi sebagai tanda meraikan & tanda kesyukuran, kita ibu dan bapa kena laksanakan.
Itu bab hak anak. Hak ibunya? Yakni kali pertama aku menguruskan uri. nasib baik ada orang tua yang bagi tunjuk ajar. Mok (yakni nenek sebelah mama) bagi tunjuk ajar, kaifiyat menguruskan uri. Bermula daripada proses basuh. Letak asam keping, garam, besi tajam & tanam! Harus diingatkan.. uri inilah pendamping anak kita sewaktu di alam rahim.
Seterusnya prosedur & syarat-syarat di bumi Malaysia. Proses mendapatkan surat beranak yang bermula dengan pendaftaran dan seterusnya mengambil MyKid! Susu ibu memang penting! Walaupun awal-awal pasca kelahiran, susu ibu sedikit, namun setelah berurut & berpatang.. susunya cukup. Tapi kami stand-by juga dengan susu temurun keluarga isteri, Mamex! Dan yang penting... pastikan botol susu bebas BPA! Aku tersilap beli hari itu. BPA bahaya kalau kita buat susu panas! Takut ada kesan kimia.
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman aku bergelar bapa. Saat-saat getir. Pertarungan nyawa bak telur di hujung tanduk. Janganlah kita baru tergadah setelah terhantuk. Tak cukup buku kalau nak cerita panjang lebar lagi. Apa-apapun persediaan ibu & ayah itu sendiri, dan juga khidmat nasihat & pandangan orang tua amat penting. Iseriku kini berpantang di Sungai Besar bersama Maya (panggilan manja)
Lahir ke dunia, kita diiringi azan & iqamat, mati kelak kita diiringi solat. Betapa singkatnya waktu antara azan & solat, begitulah pendeknya hidup kita di dunia.
Demikian saat lahir ke dunia. Macam-macam hak yang perlu dipenuhi. Tak kira hak dunia mahupun hak akhirat! Begitu juga saat kematian kelak. Ada hak yang perlu disempurnakan. Hak mayat untuk dimandikan, dikafankan, disembahyangkan &dikebumikan secepat mungkin. begitu tersusun cantik sekali kehidupan manusia yang telah diaturkan Allah. Rugilah mereka yang tidak pernah berfikir...
Begitu cepat anakku membesar. Hari kelima sudah tercabut tali pusatnya. Hari itu tak sabar bila anak ini lahir. Sekarang rasa tak sabar melihat perkembangan anak. Mahu dengar apa perkataan pertama keluar daripada mulutnya. Mahu melihatnya membesar dengan sihat. Duduk.. merangkak.. berjalan & berlari. SUBHANALLAH~
Aku masih ingat lagi waktu itu. Saat isteriku disahkan mengandung. Bukan main teruja. Maklumlah.. kami bakal bergelar ibu & ayah. Dan setelah berusaha sekian lama... hubungan jarak jauh katakan :P
Tapi cuba bayangkan.. mereka yang pernah terlanjur. Walaupun sekali berlaku, tapi terus melekat. Itulah penangan perbuatan haram. Cara halal kan sudah ada? Islam itu cantik. Islam itu mudah. Cuma kita kadang-kadang membuatkan Islam nampak tak cantik. Kita juga yang adakalanya menampakkan Islam itu payah.
Kita sambung cerita ya. Maka bermulalah perjalanan. Manusia itu kejadian daripada tanah. Makanan kita sumbernya tanah. Dan bermula dari setitik mani, yang seandainya jatuh atau tumpah ke tanah... ayam tak patuk, itik tak sudu!
Dari setitis benih.. lalu terbentuk segumpal darah, lalu darah itu membentuk daging, tulang dan organ-organ lain menyusul. Maka terciptalah jasad lengkap lalu ditiupkan roh ke dalam tubuh itu. Maka bermulanya kehidupan. Di dalam rahim ibu, dapat dirasai degup jantungnya. Ibu merasakan pergerakan zuriatnya. Adakalanya anak menendang perut ibunya. Intim sekali anak & ibu.
Benar sekali Firman Allah di dalam Surah At-Tin ayat 4-6 " Sesngguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian". Tetapi bukan kejadian yang paling sempurna! Sambung Firman Allah " Kemudian kami kembalikan manusia itu serendah-rendahnya (yakni neraka). Kecuali mereka yang beriman & beramal soleh, maka bagi mereka ganjaran pahala yang tidak putus-putus "
Lalau apakah tujuan terciptanya manusia?? BANYAK sebabnya. Antaranya selaku KHALIFAH di muka bumi. Dan juga untuk beribadat kepada Allah selari dengan Firman Allah " Tidak aku jadikan manusia & jin melainkan untuk beribadat kepada-Ku " Surah Adz-Dzariat (56)
Memang takkan habis kalau nak kupas topik ini selanjutnya. Namun yang menjadi persoalannya, bagaimana pula persediaan kita selaku ibu bapa yang akan menyambut "orang baru", penyeri rumahtangga. Penyejuk di mata penawar di hati. Apakah yang patut menjadi amalan ibu-ibu mengandung?? Adakah ibu SAHAJA memainkan peranan?
Bagaimana pula pantang larang ketika mengandung?? Apakah yang boleh, tak boleh, patut dan tak patut dibuat? Adakah ibu mengandung tak boleh tengok kartun?? Adakah ibu mengandung tak boleh tengok cerita hantu? Tak boleh makan nenas sebab tajam. Bagaimana pula dengan suami? Benarkah kalau isteri mengandung, suami tak boleh "membunuh"? Misal kata ular ada masuk dalam rumah, maka si suami tak boleh bunuh atau memukul ular itu sampai mati! Benarkah akan ada akibat buruk yang menanti kalau kita mengingkarinya? Macam mana kalu isteri & suami dipisahkan hubungan jarak jauh?
Kalau kita selami Islam itu sedalamnya.. Islam itu mudah. Islam bukan agama yang menakutkan. Sebab yang halal itu jelas.. yang haram pun jelas. Cuma kita bersikap culas, tak boleh berfikir secara waras! Tak kiralah waktu isteri mengandung ke.. isteri berpantang ke.. datang bulan ke.. hidup bujang ke hatta waktu usia lanjut sekalipun, agama tak pernah berpisah daripada jasad tubuh kita. Jadilah Hamba Allah yang bertaqwa, jadilah anak yang soleh, jadilah manusia yang positif. Manusia berjaya.. insan yang cemerlang... (Johan aka Fazilah Kamtumi sila habiskan.. )
Cerita Tukang Tulis :
Alhamdulillah.. sepanjang isteriku mengandung, tak banyak benda yang sulit dan menyukarkan. Payah sedikit itu adatlah. 3 bulan pertama agak mencabar. Morning sickness agak teruk. Alahan?? Bukan alahan bau badan suami, tetapi alahan bau masakan. Maka, 3 bulan pertama isteriku tak masuk dapur sebab tak boleh bau bahan/benda yang dimasak.
Mengidam?? Rasanya isteriku tak mengidam benda yang bukan-bukan. Neither Telur puyuh nor Telur penyu. Alhamdulillah.. mungkin bila isteriku sebut nak makan apa dan di mana, hajatnya ditnaikan secepat mungkin. Emm.. aku kot yang suka sangat bandung cincau sepanjang tempoh 38 minggu itu. Tapi sepanjang mengandung, isteriku mengamalkan minum Jus Kurma dan Susu Anmum saja :)
Persediaan? Persediaan dari segi mental? Fizikal? Mentalitinya aku semakin kerap membelek koleksi majalah isteri. Pa&Ma contohnya dan beberapa majalah berbentuk kekeluargaan lagi. Tak mainlah majalah hiburan! Haha. Walaupun nak juga baca tapi taknak habiskan duit.
Mentalitinya juga aku harus bersedia. Bersikap lebih matang. Banyak bersabar melayan ragam & karenah isteri. Mesti rajin membantu. Pastikan isteri tak buat kerja-kerja berat. Jaga makan minum. Lebih-lebih lagi isteri terlebih sensitif ketika mengandung. Aku akui.. aku agak lemah bab ini. Dan aku cuba perbaiki fasa akan datang. Aku bukan suami sempurna tetapi mencuba sehabis baik!
Lebih-lebih lagi isteri aku darahnya tinggi sewaktu mengandung. Memang ada kes macam ni, masa mengandung ada diabetis, BP tinggi contohnya. Alhamdulillah.. aku sentiasa menemani isteriku berjumpa doktor untuk check up ataupun temujanji. 6 bulan pertama dapat guna perkhidmatan Doktor Khamsiah (An-Nur Bangi) tetapi rezeki nampaknya bersalin di hospital kerajaan. Nanti aku ceciter melalui entri Pasca Kelahiran.
Secara fizikalnya.. barang-barang bayi dibeli yang perlu sahaja. Tak perlu terlalu ghairah sampai siap beli pram atau stroller. Runsing takut rasa teruja itu bertukar jadi berduka. Lagipun orang tua kami memang larang beli barang-barang yang tak perlu lagi. Baju si kecil (saiz newborn) juga tak perlu banyak sebab anak-anak cepat membesar. Tunggu masa betul-betul sesuai baru boleh jadi untuk dibeli.
Nama ? Ada hadis Nabi bersaba " Setiap kelahiran(anak) itu dilahirkan mengikut fitrah (seperti kain putih),& ibu bapalah (yang mencorakkannya) menjadi Yahudi,Majusi atau Nasrani ". ANAK ITU AMANAH & ANUGERAH.
Kami telah sepakat. Kalau bayi lelaki, isteri akan bagi nama. Kalau anak perempuan, aku sendiri yang akan bagi nama. Aku mahu nama yang mudah. Tak terlalu milenia sampai bebrbelit lidah nak sebut. Bunyi yang klasik, tapi jarang orang letak nama itu. Ya! Memang mudah memberi nama yang baik kepada anak-anak bak ahli syurga, tetapi mengasuh & mendidik anak-anak menjadi ahli syurga bukan senang.
Dan lagu ini memberi inspirasi...
Lahir ke dunia, kita diiringi azan & iqamat, mati kelak kita diiringi solat. Betapa singkatnya waktu antara azan & solat, begitulah pendeknya hidup kita di dunia.
Ini adalah kesinambungan kepada siri Kisah Murah Rezqi I hingga V.
Tapi kali ini kisahnya sedikit berbeza. Berbeza sebab "rezqi" itu memberi tafsiran yang jauh berbeza. Rezqi juga ujian atau mehnah daripada Allah. Nikmat yang Allah beri kepada kita juga suatu ujian yang tak terduga sama sekali.
Sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud, " DIA yang menjadikan mati & kehidupan bagi menguji di kalangan kamu siapakah yang paling elok amalannya "
Mengapa disebut mati atau maut terlebih dahulu?? Sebab kita asalnya tiada, lalu diberi peluang yakni kehidupan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi. Mati pasangannya hidup. Dan kedua-duanya silih berganti.
Dan tatkala kita mula menghirup oksigen di muka bumi Allah ini, telah tertulis 3 perkara di luh mahfuz. Rezeki kita, jodoh kita dan ajal maut kita. Mati itu pasti.. takkan lewat, takkan cepat hatta sesaat!
Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Baqarah (155-156), yang bermaksud " Dan kami menguji kamu dengan sesuatu yang terdiri daripada ketakutan, kelaparan dan kehilangan harta, nyawa & hasil tanian(buah-buahan). Dan khabarkanlah berita gembira buat mereka yang sabar. Yakni mereka yang ditimpa musibah lalu mereka berkata 'Sesungguhnya kita datang daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali'.
Ternyata hidup ini pasti ada musibah atau ujian yang datang menerjah. Tanpa diduga, tanpa dipinta, tanpa dipaksa, tanpa disangka-sangka sama sekali. Itulah "rezqi" juga namanya. Tanda Allah aksihkan hamba-Nya. Mahu memberi peringatan supaya kita tidak terus hanyut dan leka dengan arus dunia.
Aku juga tidak terkecuali. Aku juga pernah ditimpa malang yang tak berpenghujung. Sudahlah badan tak bermaya.. sakit. Bak kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga! Malang tak berbau. Tak putus-putus nasib buruk. Dejavu! Apa pula lepas ni??. Anggaplah kesemuanya itu kifarah kepada dosa-dosa yang pernah kita buat samada disedari atau tidak.
Kenal PANDA?? Motor kesayangan aku. Yang aku usung ke hulu ke hilir, berulang-alik Putrajaya-KLCC demi sesuap nasi. Usianya sudah melebihi 18 tahun. Namun, lewat kebelakangan ini Panda mula "meragam". Hari itu ada orang curi minyak. Lalu aku menapak. Bulan lepas baru saja tukar tayar baru.Tiba-tiba saja pancit. Apa pula lepas ni?
Sekarang... nah! Rantai putus pulak.
Alhamdulillah. Banyak makna yang tersirat. Pasti ada hikmahnya di sebalik apa yang melanda.Adakah ini tanda-tanda supaya aku melupakan Panda? Kereta baru? Oh, tak mungkin buat waktu ini. Selagi masih bertenaga, aku akan terus ulang-alik Putrajaya-KLCC dengan Panda. This is the most convenient way. Free traffic-jammed, free tol & save more fuels.
Aku setia dengan Panda. Itulah Panda yang sekian lama berkhidmat. Tak tahu sampai bila Panda akan bertahan. Saat itu aku rasakan Panda bagai telur di hujung tanduk, namun Panda tetap berjuang & tak mengalah. Aku pernah fobia memandu. Sebab kes 2 tahun lepas. Baca di sini. Aku ingatkan kes itu sudah tutup kes. Alih-alih, tiba-tiba dapat satu surat daripada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Budak yang langgar bontot kereta Mama yang aku bawa telah mengheret kes kemalangan itu ke mahkamah! Dia mahu mencabar keputusan polis yang menyatakan keputusan 50-50. Dua-dua salah dan kena tuntut daripada pihak insuran masing-masing.
Yang menjadi masalahnya, Mama turut terheret sama ke kancah mahkamah ini. Itu memang aku tak puas hati. Namun, setelah mendapat nasihat daripada banyak pihak, maka tak dapat tidak, kami akur dan pasang peguam juga. Lawan tetap lawan!
Maka, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup dua beranak, aku & mama menjejakkan kaki ke mahkamah & memasuki kamar mahkamah! Dasar profesionalisme seorang peguam. Kredibiliti, akauntabiliti dan digniti!
Murahkah rezqi aku kalau begini ceritanya?? Sebenarnya apabila satu pintu rezqi tertutup, mungkin lebih banyak pintu-pintu lain atau lebih tepat lagi peluang & rezqi lain terbuka. Rezqi bukan soal RM atau $ semata-mata.
Hidup aman, tenteram, bahagia. Sihat tubuh badan. Ada ibu, bapa, adik-beradik, saudara-mara juga memurahkan rezqi kita. Isteri dan anak-anak kita juga sudah tertulis rezqi mereka. Usaha, ikhtiar & tawakkal pada-Nya.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti dirancangkan. Kes mahkamah mungkin selesai di luar mahkamah?? Atau pihak insuran akan ambil alih kes ini? Mudah-mudahan. Amin~ Minggu itu penuh debaran! Debaran pertama diatasi minggu itu. Nantikan debaran kedua bergelar bapa melalui entri selanjutnya.
Momen itu indah... ketika aku di sini, dia di sana.
Apakah medium yang menghubungkan kami? SMS.
Semua melalui sms. SMS menyatukan semua. SMS menceriakan suasana. Short message service. Sweet message delivered :)
Aku di Putrajaya, isteriku di kampung; berpantang 44 hari bersama anak sulung kami.
Tanggal 6 Jun 2011. Setahun sudah kami sah diijabkabulkan.
SMS kepadanya:
Selamat ulangtahun perkahwinan sayang. Moga kehadiran Sumayyah Hannani mengerat & mengukuhkan lagi kasih sayang kita kerana Allah :)
SMS daripadanya :
Thanx abg.. hepi 1st anniversary. Insya Allah dgn kehadiran Sumayyah dapat menambah seri dlm keluarga kita & mempereratkan kasih sayang antara kita. Ummi n Maya miz n luv u walid so much...
Terimalah lagu ini.. untukmu isteriku;
Dan hari ini. 19 Jun 2011. Aku di Sungai Besar. Menjenguk isteri dan anak tercinta. Hari ini hari lahir ayah mertuaku. Berbalas SMS juga walaupun satu rumah! Mungkin segan nak cakap depan-depan. Momen indah melihat ayah tersenyum lebar di dapur ketika membaca SMS daipada isteriku mewakili kami bertiga :)
Oh, hari ini juga hari bapa. Aku melayangkan SMS kepada Papa yang berada di Putrajaya.
Happy Father's Day Papa. Tq 4 everything. From Abe, Nurul & baby Maya :)
SMS daripada Papa.
Same 2 u since u r now also a Papa.
Auw! So sweet Papa. I love you :) Rupanya aku juga seorang bapa tanpa disedari...
Ringkas saja tajuk entri kali ini. Semudah menulis huruf S.
Mengapa S? Jom kita mengimbau kenangan... Ini merupakan kesinambungan kepada entri ini. Sila klik.
Masih ingat era rock kapak ahun 90-an? Suatu ketika muncul begitu banyak kumpulan rock kapak atau rock leleh atau rock lentok umpama cendawan selepas hujan. Masih ingat lagi pakaiannya, seluar ketat, singkat. Rambut uncang teh! Mungkin boleh layan flem Rock arahan Mamat Khalid. Dengar-dengar ada sequel~
Tapi sedar tak ada satu paten (pattern) iaitu dengan menamakan kumpulan bermula dengan huruf S! Jom kita senaraikan kumpulan yang bermula dengan huruf S. Tapi bukan semua kumpulan rock kapak ya. Boyband pun ada!
S! Sinar.FM sangat kan?? I follow~
Spoon - Kini (yang dinyanyikan oleh adik arwah Along yang terkenal dengan lagu Rindu serindu-rindunya!)
Screen - Bila Cinta Didusta
Stings -Kusapu Air Mata Perpisahan
Scan - Kau Dipaksa Aku Terpaksa
Scoin -Kumenangis Kehilanganmu
Spin - Hadirlah Mustika
Sunday - Semakin Hampir Semakin Jauh
Shades - Malam
Slash - Taman Astakona
Success - Kerana Cinta Aku Turutkan
Samudera - Titian Hasrat
Sweet Child - Tinggal Sayang, Tinggallah Pujaan (penyanyi dia Achong artis jemputan Maharaja Lawak bersama kumpulan Jambu!)
Sejati - Bila Bunga Dipetik Orang
Dan antara nama-nama kumpulan yang tak boleh blah! :P
SUP - Kau Merasa Aku Terasa
Selsius - Sejarah Sebuah Cinta
Storm - Kau Yang Terindah
Straw - Cinta Bukan Cuma Semalam
Lima kumpulan ini meletup selepas album yang seterusnya! Berikut merupakan single pertama daripada album pertama!
Spring - Sejiwa (kemudian terkenal dengan lagu Sampai Hati)
Slam - Buat Seorang Kekasih (kemudian terkenal dengan lagu Tak Mungkin Berpaling)
Spider - Mungkinkah Terjadi (kemudian terkenal dengan lagu Aladin)
Sofaz - Cintai Aku (seterusnya terkenal dengan lagu Janjiku- album kedua)
Dan ini kumpulan yang layak diiktiraf lagenda yakni, kumpulan Search! Tahu tak lagu malar segar Isabella merupakan lagu daripada album keempat Search!
Search - Kejora
p/s: Ada lagi tak kumpulan yang bermula dengan huruf S?? Bagitau Tukang Tulis! Kumpulan nasyid pun ada banyak, Saujana, Saff-One, Shoutul Harakah dll :)