Hebahan

Tuesday, June 21, 2011

Kisah Murah "Rezqi" VI

Ini adalah kesinambungan kepada siri Kisah Murah Rezqi I hingga V.

Tapi kali ini kisahnya sedikit berbeza. Berbeza sebab "rezqi" itu memberi tafsiran yang jauh berbeza. Rezqi juga ujian atau mehnah daripada Allah. Nikmat yang Allah beri kepada kita juga suatu ujian yang tak terduga sama sekali.

Sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud, " DIA yang menjadikan mati & kehidupan bagi menguji di kalangan kamu siapakah yang paling elok amalannya "

Mengapa disebut mati atau maut terlebih dahulu?? Sebab kita asalnya tiada, lalu diberi peluang yakni kehidupan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi. Mati pasangannya hidup. Dan kedua-duanya silih berganti.

Dan tatkala kita mula menghirup oksigen di muka bumi Allah ini, telah tertulis 3 perkara di luh mahfuz. Rezeki kita, jodoh kita dan ajal maut kita. Mati itu pasti.. takkan lewat, takkan cepat hatta sesaat!

Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Baqarah (155-156), yang bermaksud " Dan kami menguji kamu dengan sesuatu  yang terdiri daripada ketakutan, kelaparan dan kehilangan harta, nyawa & hasil tanian(buah-buahan). Dan khabarkanlah berita gembira buat mereka yang sabar. Yakni mereka yang ditimpa musibah lalu mereka berkata 'Sesungguhnya kita datang daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali'.

Ternyata hidup ini pasti ada musibah atau ujian yang datang menerjah. Tanpa diduga, tanpa dipinta, tanpa dipaksa, tanpa disangka-sangka sama sekali. Itulah "rezqi" juga namanya. Tanda Allah aksihkan hamba-Nya. Mahu memberi peringatan supaya kita tidak terus hanyut dan leka dengan arus dunia.

Aku juga tidak terkecuali. Aku juga pernah ditimpa malang yang tak berpenghujung. Sudahlah badan tak bermaya.. sakit. Bak kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga! Malang tak berbau. Tak putus-putus nasib buruk. Dejavu! Apa pula lepas ni??. Anggaplah kesemuanya itu kifarah kepada dosa-dosa yang pernah kita buat samada disedari atau tidak.

Kenal PANDA?? Motor kesayangan aku. Yang aku usung ke hulu ke hilir, berulang-alik Putrajaya-KLCC demi sesuap nasi. Usianya sudah melebihi 18 tahun. Namun, lewat kebelakangan ini Panda mula "meragam". Hari itu ada orang curi minyak. Lalu aku menapak. Bulan lepas baru saja tukar tayar baru.Tiba-tiba saja pancit. Apa pula lepas ni?

Sekarang... nah! Rantai putus pulak.


Alhamdulillah. Banyak makna yang tersirat. Pasti ada hikmahnya di sebalik apa yang melanda.Adakah ini tanda-tanda supaya aku melupakan Panda? Kereta baru? Oh, tak mungkin buat waktu ini. Selagi masih bertenaga, aku akan terus ulang-alik Putrajaya-KLCC dengan Panda. This is the most convenient way. Free traffic-jammed, free tol & save more fuels.

Aku setia dengan Panda. Itulah Panda yang sekian lama berkhidmat. Tak tahu sampai bila Panda akan bertahan. Saat itu aku rasakan Panda bagai telur di hujung tanduk, namun Panda tetap berjuang & tak mengalah. Aku pernah fobia memandu. Sebab kes 2 tahun lepas. Baca di sini. Aku ingatkan kes itu sudah tutup kes. Alih-alih, tiba-tiba dapat satu surat daripada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.



Budak yang langgar bontot kereta Mama yang aku bawa telah mengheret kes kemalangan itu ke mahkamah! Dia mahu mencabar keputusan polis yang menyatakan keputusan 50-50. Dua-dua salah dan kena tuntut daripada pihak insuran masing-masing.


Yang menjadi masalahnya, Mama turut terheret sama ke kancah mahkamah ini. Itu memang aku tak puas hati. Namun, setelah mendapat nasihat daripada banyak pihak, maka tak dapat tidak, kami akur dan pasang peguam juga. Lawan tetap lawan!

Maka, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup dua beranak, aku & mama menjejakkan kaki ke mahkamah & memasuki kamar mahkamah! Dasar profesionalisme seorang peguam. Kredibiliti, akauntabiliti dan digniti!


Murahkah rezqi aku kalau begini ceritanya?? Sebenarnya apabila satu pintu rezqi tertutup, mungkin lebih banyak pintu-pintu lain atau lebih tepat lagi peluang & rezqi lain terbuka. Rezqi bukan soal RM atau $ semata-mata.


Hidup aman, tenteram, bahagia. Sihat tubuh badan. Ada ibu, bapa, adik-beradik, saudara-mara juga memurahkan rezqi kita. Isteri dan anak-anak kita juga sudah tertulis rezqi mereka. Usaha, ikhtiar & tawakkal pada-Nya.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti dirancangkan. Kes mahkamah mungkin selesai di luar mahkamah?? Atau pihak insuran akan ambil alih kes ini? Mudah-mudahan. Amin~ Minggu itu penuh debaran! Debaran pertama diatasi minggu itu. Nantikan debaran kedua bergelar bapa melalui entri selanjutnya.

No comments:

Post a Comment