Hebahan

Sunday, June 26, 2011

Pra Kelahiran

Aku masih ingat lagi waktu itu. Saat isteriku disahkan mengandung. Bukan main teruja. Maklumlah.. kami bakal bergelar ibu & ayah. Dan setelah berusaha sekian lama... hubungan jarak jauh katakan :P

Tapi cuba bayangkan.. mereka yang pernah terlanjur. Walaupun sekali berlaku, tapi terus melekat. Itulah penangan perbuatan haram. Cara halal kan sudah ada? Islam itu cantik. Islam itu mudah. Cuma kita kadang-kadang membuatkan Islam nampak tak cantik. Kita juga yang adakalanya menampakkan Islam itu payah.


Kita sambung cerita ya. Maka bermulalah perjalanan. Manusia itu kejadian daripada tanah. Makanan kita sumbernya tanah. Dan bermula dari setitik mani, yang seandainya jatuh atau tumpah ke tanah... ayam tak patuk, itik tak sudu!

Dari setitis benih.. lalu terbentuk segumpal darah, lalu darah itu membentuk daging, tulang dan organ-organ lain menyusul. Maka terciptalah jasad lengkap  lalu ditiupkan roh ke dalam tubuh itu. Maka bermulanya kehidupan. Di dalam rahim ibu, dapat dirasai degup jantungnya. Ibu merasakan pergerakan zuriatnya. Adakalanya anak menendang perut ibunya. Intim sekali anak & ibu.

Benar sekali Firman Allah di dalam Surah At-Tin ayat 4-6 " Sesngguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian". Tetapi bukan kejadian yang paling sempurna! Sambung Firman Allah " Kemudian kami kembalikan manusia itu serendah-rendahnya (yakni neraka). Kecuali mereka yang beriman & beramal soleh, maka bagi mereka ganjaran  pahala yang tidak putus-putus "

Lalau apakah tujuan terciptanya manusia?? BANYAK sebabnya. Antaranya selaku KHALIFAH di muka bumi. Dan juga untuk beribadat kepada Allah selari dengan Firman Allah " Tidak aku jadikan manusia & jin melainkan untuk beribadat kepada-Ku " Surah Adz-Dzariat (56)


Memang takkan habis kalau nak kupas topik ini selanjutnya. Namun yang menjadi persoalannya, bagaimana pula persediaan kita selaku ibu bapa yang akan menyambut "orang baru", penyeri rumahtangga. Penyejuk di mata penawar di hati. Apakah yang patut menjadi amalan ibu-ibu mengandung?? Adakah ibu SAHAJA memainkan peranan?

Bagaimana pula pantang larang ketika mengandung?? Apakah yang boleh, tak boleh, patut dan tak patut dibuat? Adakah ibu mengandung tak boleh tengok kartun?? Adakah ibu mengandung tak boleh tengok cerita hantu? Tak boleh makan nenas sebab tajam. Bagaimana pula dengan suami? Benarkah kalau isteri mengandung, suami tak boleh "membunuh"? Misal kata ular ada masuk dalam rumah, maka si suami tak boleh bunuh atau memukul ular itu sampai mati! Benarkah akan ada akibat buruk yang menanti kalau kita mengingkarinya? Macam mana kalu isteri & suami dipisahkan hubungan jarak jauh?


Kalau kita selami Islam itu sedalamnya.. Islam itu mudah. Islam bukan agama yang menakutkan. Sebab yang halal itu jelas.. yang haram pun jelas. Cuma kita bersikap culas, tak boleh berfikir secara waras! Tak kiralah waktu isteri mengandung ke.. isteri berpantang ke.. datang bulan ke.. hidup bujang ke hatta waktu usia lanjut sekalipun, agama tak pernah berpisah daripada jasad tubuh kita. Jadilah Hamba Allah yang bertaqwa, jadilah anak yang soleh, jadilah manusia yang positif. Manusia berjaya.. insan yang cemerlang... (Johan aka Fazilah Kamtumi sila habiskan.. )



Cerita Tukang Tulis :

Alhamdulillah.. sepanjang isteriku mengandung, tak banyak benda yang sulit dan menyukarkan. Payah sedikit itu adatlah. 3 bulan pertama agak mencabar. Morning sickness agak teruk. Alahan?? Bukan alahan bau badan suami, tetapi alahan bau masakan. Maka, 3 bulan pertama isteriku tak masuk dapur sebab tak boleh bau bahan/benda yang dimasak.

Mengidam?? Rasanya isteriku tak mengidam benda yang bukan-bukan. Neither Telur puyuh nor Telur penyu. Alhamdulillah.. mungkin bila isteriku sebut nak makan apa dan di mana, hajatnya ditnaikan secepat mungkin. Emm.. aku kot yang suka sangat bandung cincau sepanjang tempoh 38 minggu itu. Tapi sepanjang mengandung, isteriku mengamalkan minum Jus Kurma dan Susu Anmum saja :)

Persediaan? Persediaan dari segi mental? Fizikal? Mentalitinya aku semakin kerap membelek koleksi majalah isteri. Pa&Ma contohnya dan beberapa majalah berbentuk kekeluargaan lagi. Tak mainlah majalah hiburan! Haha. Walaupun nak juga baca tapi taknak habiskan duit.


Mentalitinya juga aku harus bersedia. Bersikap lebih matang. Banyak bersabar melayan ragam & karenah isteri. Mesti rajin membantu. Pastikan isteri tak buat kerja-kerja berat. Jaga makan minum. Lebih-lebih lagi isteri terlebih sensitif ketika mengandung. Aku akui.. aku agak lemah bab ini. Dan aku cuba perbaiki fasa akan datang. Aku bukan suami sempurna tetapi mencuba sehabis baik!

Lebih-lebih lagi isteri aku darahnya tinggi sewaktu mengandung. Memang ada kes macam ni, masa mengandung ada diabetis, BP tinggi contohnya. Alhamdulillah.. aku sentiasa menemani isteriku berjumpa doktor untuk check up ataupun temujanji. 6 bulan pertama dapat guna perkhidmatan Doktor Khamsiah (An-Nur Bangi) tetapi rezeki nampaknya bersalin di hospital kerajaan. Nanti aku ceciter melalui entri Pasca Kelahiran.

Secara fizikalnya.. barang-barang bayi dibeli yang perlu sahaja. Tak perlu terlalu ghairah sampai siap beli pram atau stroller. Runsing takut rasa teruja itu bertukar jadi berduka. Lagipun orang tua kami memang larang beli barang-barang yang tak perlu lagi. Baju si kecil (saiz newborn) juga tak perlu banyak sebab anak-anak cepat membesar. Tunggu masa betul-betul sesuai baru boleh jadi untuk dibeli.

Nama ? Ada hadis Nabi bersaba " Setiap kelahiran(anak) itu dilahirkan mengikut fitrah (seperti kain putih),& ibu bapalah (yang mencorakkannya) menjadi Yahudi,Majusi atau Nasrani ". ANAK ITU AMANAH & ANUGERAH.

Kami telah sepakat. Kalau bayi lelaki, isteri akan bagi nama. Kalau anak perempuan, aku sendiri yang akan bagi nama. Aku mahu nama yang mudah. Tak terlalu milenia sampai bebrbelit lidah nak sebut. Bunyi yang klasik, tapi jarang orang letak nama itu. Ya! Memang mudah memberi nama yang baik kepada anak-anak bak ahli syurga, tetapi mengasuh & mendidik anak-anak menjadi ahli syurga bukan senang.

Dan lagu ini memberi inspirasi...



Lahir ke dunia, kita diiringi azan & iqamat, mati kelak kita diiringi solat. Betapa singkatnya waktu antara azan & solat, begitulah pendeknya hidup kita di dunia.

No comments:

Post a Comment