Hebahan

Thursday, June 30, 2011

TYPEWRITER

Cuba anda taip perkataan TYPEWRITER! Apa yang anda rasakan dan alami?


Betul ke? Cuba taip sekali lagi. T-Y-P-E-W-R-I-T-E-R. Entri ini tiada kaitan dengan Azlan & The Typewriter ya!

Sebenarnya, inilah tajuk "science fact" yang aku kena kongsi bersama rakan sekerja. Di Petrosains, sudah menjadi rutin harian, setiap kali ada morning roll call akan ada slot science fact yang akan dikendalikan oleh staf dan juga sukarelawan. Semua orang ada giliran dan akhirnya tibalah masanya giliran aku berkongsi fakta sains.

Berbalik kepada topik kali ini. Cuba anda taip sekali lagi. TYPEWRITER! Senang tak waktu menaip? Ada tak terfikir kenapa papan kekunci (keyboard) itu, abjad-abjadnya tidak disusun mengikut turutan ABC?? Sebaliknya bermula dengan huruf QWERTY&...P?

Cuba kita renung sejenak.. sebelum wujudnya PC, laptop & segala bagai.. apakah alat yang wujud terlebih dahulu sebelum direvolusikan menjadi PC atau komputer riba yang wujud hari ini??


Ya betul.. MESIN TAIP!

Kita ambil contoh alat-alat lain yang telah diinovasikan atau melalui "zaman revolusi"??
 
 
MP3 player sekarang..kita patah balik ke belakang.. ada discman(CD).. sebelum itu.. walkman(guna kaset).. sebelum itu lagi..apa dia??

Ya! Piring hitam!
 

Contoh kedua.. sekarang kita ada external hard disc yang saiznya TERA!
 

Sebelum ini.. 500 GB pun dah rasa besar. Sebelum itu..kita ada zaman thumbdrive! Terkenal waktu belajar hatta waktu kini sekalipun! Ingat lagi thumbdrive Kingston?? Bukan yang 4GB atau 8GB tetapi yang 256MB punya! Haha.
 
 
Kita patah balik sekali lagi.. pernah jumpa disket?? Wow~ Klasik sangat kan. Boleh masuk muzium walaupun disket wujud tahun 90-an! 90-an zaman disket dan video tape!


Pantas kan teknologi?? Suatu revolusi & inovasi..

Jadi anda tanya, waktu hadir ini.. bolehkah kita ketemu mesin taip?? Mesin taiplah punca wujudnya PC lewat hari ini. Namun, siapakah pencipta mesin taip?? Christopher Latham Scholes pada tahun 1866! Tetapi mesin taip waktu itu ikut susunan abjad ABCDE. Tak macam keyboard hari ini.
 

Cuba taip sekali lagi TYPEWRITER. Perlahan-lahan. Dan anda akan dapati, TYPEWRITER dapat ditaip melalui baris pertama keyboard anda. Baris QWERTY sampai huruf P, anda akan mampu taip TYPEWRITER. Perkataan yang terpanjang melalui baris QWERTY ialah RUPTUREWORT! Anda Google sendiri untuk mengetahui maknanya.

Sebenarnya, hasil jasa baik James Densmore.. terhasillah papan kekunci seperti sekarang. Sebabnya, kalau disusun ikut ABC, akan ada besi mesin taip yang tersangkut. QWERTY disusun mengikut kekerapan ejaan seperti ejaan THE dan yang berakhir ING. Maka, lebih senang jejari kita menaip. Konsonan dan juga vokal yang rawak.


Anda menaip dengan pantas?? Siapakah yang mencipta rekod jurutaip terpantas di dunia. Mengikut The Guinness Book of World Record, Barbara Blackburn merupakan pemegang rekodnya. Rekod terbaik 212 patah perkataan seminit. Dan boleh menaip secara konsisten purata sebanyak 150 patah perkataan selama 50 minit! Hebat tak?? Sebab tu dulu ada kelas menaip! Sekarang kita panggil kelas komputer.

Sekian untuk kali ini. Science fact ini sepatutnya 2 minit. tetapi aku rasa terlebih sudah! Takpe, 1 Julai aku kena kongsi satu lagi fakta sains. Oh, esok! Tajuk apa?? Tunggu~

No comments:

Post a Comment