Hebahan

Friday, July 1, 2011

CDC berantai Jun 2011

Kali ini Carta Darjah Celcius(CDC) agak istimewa. Selalunya berita paling hangat diletakkan di atas.Berita suam-suam kuku makin ke bawah. Dan berita tahap sejuk beku di kedudukan paling bawah. Kali ini, CDC menampilkan berita yang agak seimbang kehangatannya. Tambah menarik berita CDC kali ini berantai.

Terimalah CDC berantai buat kali pertama :

Maharaja Lawak - SEPAH


Tak dinafikan, inilah rancangan realiti yang paling menjadi & hangat diperkatakan. Saling diikuti saban minggu sehingga "terpaksa" dipanjangkan 3 minggu lagi! Inilah rancangan realiti Malaysia yang menggunakan format sendiri. Penonton sampai kena berebut tiket dan terpaksa tengok di luar melalui layar putih! Klau nak tengok secara langsung sebab tak langgan Mustika! haha

Setelah ada 5 pemenang Raja Lawak, idea menghimpunkan kesemua finalis (ada juga tak menyertai seperti Kumpulan Cham) dalam satu gelanggang yang dikenali Maharaja Lawak merupakan satu idea yang bijak! Ada beberapa perkataan atau ayat yang boleh lawan "kita bakor!"

Apa pun tak boleh?
Boleh tuju lagu?
Best berooo k!
Terkanjat Boboi
Dafi~ baik punya
Mael Lambung
Achai pun.. atoi~
Ustazah Siti Nurbayah
Manisnya kurma ini.. haaaaa
Soul..soul..soul
Abang.. abang..
OMG... GRRRRRRR...
Fine..fine...fine..

Jom kita saksikan beberapa sedutan yang menarik ketika peringkat akhir.







Tahniah kepada Sepah yang ada brand 'lawak kampung' dan digelar Bujang Lapok Milenium. Tapi Nabil juga yang untung sebab sorang-sorang rembat 150K. JOZAN? Walaupun disebut-sebut sejak dari awal selaku juara pilihan namun rezeki tak berpihak kepada mereka. Namun, sudah tertulis "Mael Lambung vs Achai" The Movie akan menampilkan mereka berdua. Arahan Ahmad Idham? Atoi~

TT : Dengarnya AF pun nak guna format yang sama walaupun dah ada juara ke-9. Ala-ala AF All Starz.

Hazama - Juara AF9


Inilah juara AF yang terbaru. Setelah 5 tahun menanti nak masuk AF, Hazama dapat juga masuk AF dan jadi juara!


TT: Siapakah bakal dinobatkan Imam Muda 2? IM Nazrul atau IM Hassan? Malam ini di Astro Oasis

MEXICO - Juara Piala Emas CONCACAF

Mexico dinobatkan Juara Piala Emas CONCACAF buat kali keenam apabila meledak empat gol berturut-turut selepas ketinggalan dua gol ketika menewaskan Amerika Syarikat (AS) 4-2 di Stadium Rose Bowl.

Pablo Barrera meledak gol keduanya dalam permainan itu pada minit ke-50 untuk mendahului tuan rumah selepas terikat 2-2 dan Giovani Dos Santos melebarkan jurang kemenangan pada minit ke-76 buat Mexico yang ketinggalan dua gol selepas 23 minit.



Dos Santos menjaringkan gol paling cantik dalam kejohanan apabila menggelecek penjaga gol AS, Tim Howard yangkeluar dari kawasannya, kemudian menewaskan dua pertahanan sebelum melambung bola melepasi Eric Lichaj.

Penyerang sensasi Mexico, Javier Hernandez aka Chicharito yang bermain untuk kelab Inggeris Manchester United, dinamakan sebagaiPemain Paling Berharga Piala Emas selepas mendahului senarai penjaring tahun ini dengan tujuh gol. Mexico dan AS memenangi 10 daripada 11 kejuaraan Piala Emas yang dipertandingkan sejak 1991.


TT : Bulan ini bermula pula Kejohanan Piala Copa Amerika 2011 di Argentina.

Harimau Malaya

Tahniah kepada pasukan bola sepak Mexico, sekarang kita beralih ke tanahair. Apa cerita Harimau Malaya?
Pasukan Malaysia kesayangan kita?

Tahniah kepada pasukan Olimpik bawah 23tahun yang mara ke peringkat kumpulan, dan menjadi wakil solo Asia Tenggara!


Dan juga skuad senior yang telah mara ke pusingan seterusnya bagi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.


Perjalanan masih jauh. Moga cekal, kental dan tabah apa yang bakal dirempuh & ditempuh. Berdebar juga menantikan undian peringkat kumpulan seterusnya.

TT: Viet6 - Maca0

Juara Piala FA - Terengganu

Bagaimana pula dengan suasana bola sepak tempatan. Liga Super sudah sampai ke puncaknya menyaksikan perebutan 3 penjuru antara Kelantan-Selangor-Terengganu. 6 Julai ini akan terjawab segalanya.

Piala FA telah menjadi milik Terengganu setelah menumpaskan tetangga, Kelantan yang terkenal dengan jolokan The Red Warrior 2-1. Ternyata bola itu bulat. Macam-macam boleh berlaku selagi pengadil tak tiup wisel penamat kan?

TT: Pengajaran kepada ore Klate yang suka bakar mercun! Kalau tak, ref tiup wisel on time!


TERENGGANU - Juara SUKMA & Juara keseluruhan Tilawah

Bulan nang (6) memang bulang Ganu. Dapat Piala FA. Dan jadi johan keseluruhan SUKMA XVI selama 3 tahun berturut-turut!Tahniah. Bukan kategori sukan saja, mereka juga johan keseluruhan Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan bertempat di Kuching.

SUKMA ada hero & heroin, yang mendapat Atlit Lelaki Terbaik yang menjadi milik atlet Johor, Ahmad Shafie Abdul Jabar, 20, yang meraih tiga emas menerusi acara kanu, manakala atlet berbasikal Ju Pha Som Net, 18, dari Perlis, pula merangkul gelaran Atlet Wanita Terbaik hasil kecemerlangan menyumbangkan empat emas.

Sekalung tahniah kepada Qari dari Negeri Sembilan, Amirahman Haji Abas dan Qariah dari Johor, Hjh. Suraya Haji Abdul Rahman yang bergelar juara musabaqah kali ini.

TT: Inilah hero & heroin kitab Alquran,filem Al-Quran. Penerbit merangkap Penulis Skripnya Allah, Tuan Direktor, Rasulullah aka Alquran bergerak

Hero & Heroin NORA ELENA



Ya! Inilah fenomena terbaru. Selepas Nur Kasih, Adamaya, Trilogi Cinta.. kini drama Nora Elena pula menghantui sesiapa saja. Satu lagi drama adaptasi novel. Nampak gayanya, demam adaptasi novel semakin menjadi-jadi.

Kini dua lagi drama sedang bersiaran juga adaptasi novel. Drama ini bertambah hangat gara-gara aktresnyayang very the "diva". Dewa Cintaku lakonan FS vs ID (perang twitter). Dan juga Stanza Cinta yang menampilkan Nur Fathia! Siap baling telefon bimbit gitu~

Sebenarnya kalau diperhatikan, kekuatan sesuatu drama bergantung kepada  watak antagonisnya. Ingat tak watak Sarah & Nurseha? Kini watak Yvonne pula. Setelah bertahun-tahun berlakon, nama Siti Saleha mula meniti di bibir peminat drama Melayu ekoran watak Nora Elena.

Tidak terkecuali heronya, Adam Seth lakonan Aaron Aziz.

TT : Tak sabar tunggu Ombak Rindu.


KL Gangster 

Memang nama Aaron Aziz hangat bulan Jun. Ada drama & filem. Serentak! Tambahan pula KL Gangster berjaya memecah rekod 1.5 juta dalam sehari. Dan kini kutipannya mencecah RM 12 juta. Terduduk-duduk David Teo~ Kongsi yang disasar RM 10 juta hanya berjaya memungut RM 8 juta saja.Ok lah tu. Banyak untung maa~.

TT : Jangan mengamuk.. jangan jadi pemberontak.


ASTRO

Jangan mengamuk! Siap ada protes lagi. Gara-gara ASTRO ada harga baru. Kenaikan harga yang sesuka hati menjadi puncanya. PPIM siap buat kempen boikot tak bayar bil ASTRO selama 3 bulan!


TT: Petrosains pun sudah review harga buat PERTAMA kali selepas 12 TAHUN beroperasi! Anjakan paradigma!

PAS

Tahniah kepada pucuk pimpinan baru. Anjakan paradigmakah??


Presiden kekal milik TG Abdul Hadi Awang. Timbalan Presiden milik Mat Sabu. Naib Presiden milik Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Komentar?? Ustaz Nasha kalah bermakna Perpaduan Melayu tak disokong?? Mat Sabu selaku Timbalan Presiden?? Emm.. rasanya dengan ada Mat Sabu di kerusi Timbalan Presiden.. maka PAS tak memerlukan lagi PKR sebagai penghubung & pengerat kerjasama dengan DAP.

TT: BERSIH 2.0 tanggal 9 Julai 2011! Kesian Wardina Safiyyah yang turut terkena tempiasanya sampai terpaksa berehat mengacarakan MHI!

No comments:

Post a Comment