Hebahan

Saturday, July 2, 2011

KL - BANGKOK - PATTAYA !

Nasi Goreng Pattaya satu!


Selama ni.. selalu makan nasi goreng Pattaya ni. Tapi benarkah originaliti masakannya dari sana?? 

Alih-alih... aku yang akan menjejakkan kaki ke sana. Isnin baru ni, sejurus habis mesyuarat jabatan, bos minta tunggu. 3 orang! Aku, KI & Fakhrin. Alamak! Apakah??

Oh..rupa-rupanya kami kena wakili Petrosains menyertai Konferens Antarabangsa anjuran Dr. Jamchai dari Thailand. Dr. Jamchai ni pernah datang Petrosains buat bengkel berkaitan permainan Sains. Dan konferens kali ni boleh kata lanjutan kepadanya malah lebih meriah sebab ada pensyarah & pendidik dari negara China, Jepun dan sebagainya.

Dan esok, insya allah kami akan bertolak ke Bangkok terlebih dahulu sebelum singgah & menginap di Pattaya. Doakan yang terbaik, sebab kami pun ada benda yang kena present. Harap semuanya berjalan lancar, sebab runsing juga memandangkan Pilihan Raya Umum negara Thai berlangsung esok. Insya allah kami di sana sampai Jumaat.Sempat juga pergi kenduri kahwin ex-roommate, RO.


Off to Bangkok, then Pattaya. Sawadikaap. Sabhai sabhai~ 

TT: Membayangkan dunia tanpa internet selama 6 hari, sebab manalah mampu nak beli smart-phone, boleh on9 on the spot on the dot! 

No comments:

Post a Comment