Hopefully, when I declare this month of October is a review month, everything will come & go smoothly. Due to time constraint, I'll make sure that it is short, simple & sweet! Haha.
These are some reviews that I will cover soon :
a) PAPADOM
b) Bagan Pinang by-election NOT small election ya~
c) Drama series entitled _ _ _ _ _ starting with G
d) Albums. Not photo albums but HER album. Guess who??
e) Songs
f) Sports perhaps!
Daaa~
Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa - Surah Al-Hujrat : 13
Hebahan
Saturday, October 3, 2009
Monday, September 28, 2009
Berita hangat September > menaiki darjah kepanasan
Tangga SEPULUH - Masih sejuk, tapi lama kelamaan topik ini makin panas! Kelayakan Piala Dunia 2010 yang bakal berlangsung di Afrika Selatan tahun hadapan. Pasukan yang gagal ke peringkat akhir Euro 2008, England akhirnya layak ke Piala Dunia setelah menduduki tangga teratas kumpulan. Itupun setelah menewaskan Croatia. Kiranya misi membalas dendam berjaya setelah Croatia menyingkirkan mereka ketika Euro. Yang penting kesemua gol dihasilkan oleh pemain-pemain TOP 4 pasukan BPL. Mungkin jalan yang sukar dan berliku akan ditempuh pasukan berikut; Czech, France, Argentina, Nigeria, Egypt, Portugal, Sweden, Greece, Poland, Rusia, Croatia dan Ukraine. Sisa-sisa play-off masih ada, jalan belakang masih ada kan?

Seterusnya masih berita sukan. Semakin menaiki darjah kehangatan. Setelah kekalahan mengejut Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David di Terbuka Britain di peringkat suku akhir itu bukanlah penghalang bagi beliau untuk bangkit kembali. Masih kekal selaku pemain nombor SATU dunia, Nicol memang berada di kelas tersendiri setelah memeneangi gelaran Terbuka Dunia di Amsterdam buat kali keempat.

Atlit berikut meledak gara-gara "krisis identiti" yang dihadapinya. Ramai yang ragu-ragu akan jantinanya. Lelaki atau Wanita? Juara dunia acara 800m kategori wanita dari Afrika Selatan, tetapi dek susuk tubuhnya yang nampak tegap di samping kegarauan suaranya, orang mula mempertikaikan statusnya. Dan setelah ujian dilakukan, terbukti beliau boleh dikategorikan sebagai khunsa, yakni mempunyai kedua-dua alat kelamin.

Daily Telegraph Sydney tidak menyebutkan sumber terbabit dalam ujian ke atas juara dunia 800 meter wanita itu berkata, pelari tersebut dilahirkan dengan dua organ lelaki dan wanita serta tidak mempunyai rahim atau ovari. Isy, tiba-tiba teringat seorang bekas atlit SUKMA suatu ketika dulu. Masih terbayang lagi Petra Nabila Mustafa.
(9) Bukan populariti yang dikejar beliau meskipun kedudukan beliau jatuh dari tangga pertama bulan lalu. (Alaa.. aku yang suka suki buat carta ni, jadi sesuka suki juga aku mengubahsuai)

Kartika Sari Dewi - yang melonjak namanya gara-gara rela menerima hukuman 6 kali sebatan kini semakin tenang. Tenang setelah bertudung dan menunggu masa hukuman sebat yang dijangka dilakukan Aidiladha ini. Semoga Kartika terus tabah. Hukuman 6 kali rotan itu sebenarnya tidak menepati kehendak syarak yang memperuntukkan hukuman 40 kali rotan (ada riwayat menyebut 80 kali). Alih-alih muncul pula wanita ini.

Wartawan wanita dari negara Sudan. Lubna Hussein yang didapati bersalah memakai seluar panjang. Sebuah mahkamah syariah di Sudan mengenakan denda sebanyak 500 pound Sudan (RM715) terhadapnya. Namun Lubna, 34, enggan membayar denda itu tetapi sanggup dipenjarakan.Berdasarkan undang-undang Sudan, Lubna boleh dikenakan 40 kali sebatan. Lubna ditahan bersama 12 wanita lain oleh polis di kafe Kawkab Elsharq di sini pada 3 Julai lalu. Sepuluh daripada mereka telah mengaku bersalah dan dikenakan 10 kali sebatan.
Lubna yang merupakan wartawan dengan sebuah akhbar Sudan, Al-Sahafa, meminta dibicarakan di mahkamah syariah atas dakwaan berpakaian tidak senonoh.
Nombor (8). Akhirnya.. setelah beberapa kali usahanya dihalang pihak berkuasa negara, Alain Robert aka Spiderman berjaya menawan puncak tertinggi KLCC pada 1 September 2009. Baru saja sambutan kemerdekaan. Orang sibuk bersahur, dia sibuk memanjat. Yang penting pandai bodek, bawa bendera Malaysia lagi. Timbul pula persoalan sampingan; adakah sistem keselamatan negara benar-benar terjamin. Mudah saja orang luar membolosi kawasan panas. Sekuriti yang berkualiti kah?

(7) 3P! Pelantikan, pencapaian & pengiktirafan. Setelah 'rival'nya menjadi Menteri Tak Berfolio, kini giliran Dato' Tony Fernandez pula merasa. Merasa menjadi peneraju pasukan Formula 1, 1Malaysia (1MF1T). Adakah rakyat Malaysia bakal menjadi pemandu Formula 1 kelak? Fairuz Fauzy, Jazeman Jaafar atau Alex Yoong??? Haha.

Selebriti bidang masakan, Chef Wan pula mengharumkan nama Malaysia setelah diiktiraf sebagai "The Best Celebrity Chef In The World” di ‘World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009′ bertempat di Comedie Francaise near Palais Royal 'Iron Chef yang World'. Selain dinobatkan sebagai ’selebriti chef terbaik dunia’, buku masaknya “Sajian Aidilfitri bersama Chef Wan” terbitan Avon Cosmetic Malaysia 2008, juga diiktiraf sebagai buku kutipan amal terbaik.

Kumpulan Raihan terus mengharumkan nama negara biarpun tanpa kelibat Nazrey Johani. Mereka dijadualkan menghadiri Konsert EID Celebration di Leicester Hall, London pada 24 September ini, namun sekadar impian semata-mata kerana terpaksa ditangguhkan penganjur berikutan berlakunya demonstrasi anti-Islam di kota itu sekarang. Yang penting, lagu raya mereka bertajuk Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda sangat sedap. Mungkin boleh jadi lagu raya evergreen 5-10 tahun akan datang. Kolaborasi yang menarik bersama Hujan.
Lagu raya alaf baru yang sedap. Satu lagi lagu raya best bertajuk Mensyukuri Syawal, dendangan Meet Uncle Hussain(MUH). Apa??? MUH?? Mereka berdiri tanpa Lan okay~
Semakin panas. Menduduki carta di posisi nombor (6). Kematian. Setiap masa ada saja orang yang lahir ke dunia dan meninggalkan kita. Ada yang pergi meninggalkan nama. Berbekas dan terkesan. Terasa kehilangannya. Dua orang tokoh, bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia pada 11 September 2009. Manakala bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar meninggal dunia pada 25 September 2009.
Tetapi kematian yang menjadi tajuk utama, dan perbualan di kedai kopi sudah tentu kematian Mariam Johari, 88 atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang telah berhijrah ke Korea dan terkandas di negara itu selama 63 tahun. Mariam meninggalkan 3 orang anaknya di Plentong, Johor Bahru. Kemuncak kontroversinya gara-gara wasiat Mariam yang mahu dikebumikan sebagaimana cara hidup masyarakat di Korea.

Manakala taraf warganegara Malaysia telah beliau lepaskan. Awalnya sukar meramalkan apakah jenazah Mariam dapat dibawa ke tanah air? Ditambah pula dengan kesempitan wang di pihak keluarganya. Tiba-tiba muncul seorang selebriti untuk menyumbang RM11,000 bagi menguruskan jenazah Mariam ke sini. Siapakah??? Jeng.. jeng.. jeng..
Ibarat orang berbudi kita berbahasa, atas keluhuran budi selebriti itu, satu hari kelak pastinya akan mendapat ganjaran di sisi Ilahi. Apapun sudah ketentuan atas inisiatif Majlis Agama Islam Johor dan sokongan Wisma Putra, Aidilfitri kali ini tentunya syahdu buat Ramlah Sonni, 74, Jelani, 72 dan Jamnah, 67, yang sekian lama terpisah menyimpan rindu dendam penyudahnya dapat bertafakur di pusara ibunda tercinta. Natijahnya Mariam dan satu lagi kisah, Natrah adalah mangsa peperangan. Natrah bakal dipentaskan kelak oleh sutradara Erma Fatima. Kisah gempar suatu masa dulu gara-gara murtad. Al Fatihah buat mereka yang pergi dahulu.
Nombor (5), berita politik terus hangat membara. Mula-mula sekali sudah tentu PRK ke-9, di Negeri 9 setelah ADUN Bagan Pinang, YB Azman Mohd. Noor meninggal pada bulan SEMBILAN, yakni bulan September dan Ramadhan. Yang penting 09.09.09 bukan tarikh mengundinya. PRK DUN Bagan Pinang akan berlangsung pada 11 Oktober 2009 manakala hari penamaan calon pada 3 Oktober 2009. Soalannya, bolehkah UMNO/BN mempertahankan kubu mereka?? Sama2 kita saksikan peperangan ini nanti.

(4) - Dari Negeri Sembilan kita ke negeri Selangor pula. Setelah dihambat kontroversi kepala lembu, arak dsb kini isu Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) pula. Malas nak ulas sebab takkan habis, ayuh kita tingkatkan darjah celcius kita. 80 darjah celcius~
(3)- 85 degree; isu Datuk Seri Anwar Ibrahim! Kes liwatnya yang tertangguh-tangguh lagi. Tak payahlah tunda-tunda lagi. Kasi cepat habis, lagi bagus. Kan??
Naikkan lagi darjah kepanasan dengan isu yang lebih hangat. 90 darjah celcius~ Kelantan Darul Naim ada minyak??? TEET! Semenjak 2004?? Tuntutan royalti minyak telah dituntut oleh kerajaan Kelantan. Haa.. itu lah berita hangatnya, ditambah berita ini... ini.. dan ini. Rakyat didahulukan katanya...
Naib juara carta berita hangat September dengan markah 90%, sudah tentu mengenai konflik kerajaan BN. BN?? Apa itu?? Orang kata Barang Naik?? Berapa naik??? Banyak naik.. Taklah!! Ada yang kata kerajaan B!n1 N@j!_..?? Ngoklah! Ada ke BN pun tak tahu. Be End!
Barisan Nasional lah. Setelah MCA masih dalam kemelut. MIC pula mencelah menimbulkan dilema. Dilema samada kerjasama bersama MIC harus diteruskan atau tidak! Sudah ada alternatif kepada MIC, parti untuk orang India. Makkal Sakhti + KIMMA(Kesatuan India Muslim Malaysia). Amek kau Sami Bulu~ Ada hati nak kalung selipar dekat Tun. Tun kata kau patut berehat 20 tahun. Haha.
Dan parti UMNO sendiri.. kerajaan BN. Tahniah buat PM kerana mengotakan janji untuk penduduk MU walaupun kalah. Jambatan baru menghubungkan MU Baru dan Lama telah dirasmikan. Tetapi.. tiba-tiba ada quote yang menarik dan menyerlah daripada 2 orang paling penting dalam Malaysia ni. PM kita kata ini. Tapi first lady kita nak overshadow pulak kata ini. Memang ada class~ Zasss! SATU MALAYSIA!
SAPU MALAYSIA! Berengset punya Indon! Inilah berita paling hangat dengan 100 darjah celcius. Cair... macam kena lahar gunung berapi Krakatoa. SAPU Malaysia - rakyat diutamakan~ 50 org wat onar. Nasihat terbuka buat mereka, mereka tak boleh memilih jiran. Ada desas-desus mengatakan kerajaann Indo sengaja nak alih isu bagi cover krisis ekonomi.
Maka, bersemangatlah mereka menyapu. Nak usir rakyat Malaysia. Ashraf Sinclair selamat pulak! Haha. Ada orang kata mereka sebenarnya diupah. Dapat duit tu. Dan ada yang menyedapkan cerita, mereka tulah PATI yang kena tangkap, diberi makanan percuma dan dihantar balik dengan percuma.

Bermula dengan isu TKI(tenaga kerja Indonesia), di Malaysia orang gajilah, yang didera. Alaa.. berapa kerat sangat yang kena dera. Itupun sebab majikan bukan Islam. Yang buat perangai, yang mencuri, dan lain-lain.. apa kes??? Seterusnya isu Manohara yang kini meledak dengan sinetron. Bajet artis! Dan kemuncaknya.. lagu Negaraku dan Tarian Pendet. Pihak Discovery Chanel sudah memberikan ulasan mereka. Tepuk dada, tanya selera.

Mereka bukan main semangat, usaha gegeh ke Kedutaan Malaysia nak pijak dan bakar Jalur Gemilang. Yang melucukan, sesudah dibakar, dipijak pulak api tersebut supaya padam agar tidak terus menghanguskan Jalur Gemilang. Mereka sendiri yang memadamnya. Hahaha. Begitulah pemikiran mundur dan primitif rakyat Indonesia. Yang penting, kita jangan mengikut jejak langkah mereka yang tidak bertamadun itu. Bendera dibakar, Malaysia tak panas pun.
Tup.. tup.. gempa bumi melanda mereka. Siapa yang hulur tangan ringankan beban?? Haha. Tiba-tiba aku sangat patriotik! Bagi sokongan tak berbelah bagi anda selaku rakyat Malaysia di sini.
Kemuncak segala berita tadi sudah tentu kematian - Noordin Mohd Top! Ada ke patut depa kata kita eksport pengganas. Setelah Indonesia dilanda gempa bumi, merebak pula musibah ke jiran tetangga lain, Filipina yang banjir besar. Kota Manila dilanda Taufan Ketsana mengorbankan kira-kira 105 orang. Bersyukurlah~ kita di bumi bertuah.
TAMAT berita. NOKTAH>.
Saturday, September 26, 2009
Batin & Zahir dimaafkan. Salam Aidilfitri ~
Tahun ini, hanya 29 hari kita berpuasa. Semuanya melalui melalui perkiraan falak. Ilmu falak yang menghitung pergerakan bulan yang mengelilingi bumi. Manakala bumi mengelilingi matahari selama kira-kira 365 hari. Sebab tu setiap kali pengumuman bagi mengisytiharkan tarikh mulanya Ramadhan atau Syawal kita akan mendengar perkataan DITETAPKAN pada tarikh sekian-sekian haribulan. Kita takkan dengar lagi, "malam ni nampak anak bulan." Kan?? Cuba ingat balik apa yang telah berlaku di kaca TV pada malam raya baru ni.. Hehe
Apabila Ramadhan pergi, ada yang menangis dan gembira. Menangis sebab bulan yang penuh barakah telah pergi. Bimbang di hati andai tak dapat bertemu Ramadhan lagi. Tipulah kalau kita tak rasa gembira kan?? Siapa tak gembira, mahu merayakan kejayaan berpuasa selama 29/30 hari. Samada berkesan atau tidak tarbiah Ramadhan itu, terpulang kepada individu.
Syawal menjelma, hari raya disambut dengan gembira. Seperti biasa aku balik ke Kelantan. Seronok balik Kelantan. Dapat jumpa balik sahabat-sahabat Ma'ahad. Alhamdulillah. Aku semakin menemui 'diri' aku yang telah hilang berkat Ramadhan. Harap kekalkan momentum ini. Konsisten. Istiqamah! Diri aku yang hilang?? Aku sendiri tahu apa yang telah aku hilang. Kembali menemui jati diri. Mengekalkan, meningkatkan, meladeni dan melestarikan.
Hari raya baru ini, sahabat Ma'ahadku, Fakhri melangsungkan perkahwinannya. Tahniah ya sodiqi a'alaa walimah. Terima kasih kepada Faris Ikram (Payih) yang menumpangkan aku dalam Honda Civicnya. Begitu juga Izuan merangkap bapa dua-pupuku yang menemukan aku dengan Murshidi, Fauzan(Poje), Raja, Afiq, Zaki, Ghufran, Che Wan, Shah Iram dll. Aku juga salut dengan kesabaran Fathi Shafiq aka Opak yang bersabar. Bersabar menunggu. Penantian itu penyeksaan. Benarkah??
Banyak yang telah berubah. Kota Bharu telah berubah wajah. Seakan-akan mengalami pasca-pemodenan. Taraf bandaraya dah layak ni. Tapi apakan daya.. Walaupun KB lebih membangun daripada KT, tetapi KT tu taraf bandaraya ya!
KB lebih membangun daripada KT??? Kelantan lagi hebat daripada Terengganu?? Ni bukan nak bergaduh ya, wahai orang-orang Ganung. Kawe nok royat fakta. Kita ambil satu contoh. Kenderaan. Kenderaan yang berdaftar di Kelantan kini bermula dengan DBM, tetapi di Terengganu?? Baru TA_. Menjelang cuti perayaan, jalanraya utama ke Kota Bharu mengalami kesesakan luar biasa gara-gara pertambahan kenderaan dari negeri luar. Atau dalam erti kata yang berbeza, orang Kelantan di luar negeri balik kampung pakai kereta.
Kita ambil contoh kedua. Pasaraya. Di KT, soho benar ada Mydin Mall yang besar itu dan Masjid Kristal yang tiada orang bersolat Berbeza pula di KB. Selepas ada Billion yang berkembar dengan Hotel Reinassance, KB Mall dibuka. Selepas itu satu-satunya Tesco di KB yang merekodkan Tesco paling untung dibuka di Malaysia. Kini dibuka pula KBTC (K.Bharu Trade Centre) yang menempatkan Giant dan Parkson.
Dan kita ambil contoh terakhir. Jalanraya. Sekarang Kota Bharu telah mengaplikasi JALAN SEHALA. Maknanya sebelum ni, jalan 2 hala dengan 2 lane sebelah menyebelah melawan arus. Setelah JALAN SEHALA diaplikasi, jalanraya nampak semakin lebar dengan 4 lane. Sangat luas. Mungkin ini satu inisiatif mengelakkan kesesakan jalanraya walaupun akhirnya lebih banyak jammed daripada roti ketika cuti raya baru ni. Apa-apapun tahniah! Rasa seperti berada di bandaraya metropolis pulak. Hehe.
Baiklah, ada cerita menarik di kampung. Walaupun Tok Mek (nenek sebelah Papa) masih belum mampu berjalan seperti dahulu, tetapi sekurang-kurangnya ada perkembangan. Setiap butir bicara Tok Mek dapat didengar dengan jelas. Tok Mek boleh mengengsot menguruskan diri sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Yang penting, Tok Mek hanya tinggal puasa 2 hari sahaja. Berlainan pula dengan Mok (nenek sebelah mama. Aku ada 2 orang nenek). 8 hari tak dapat berpuasa. Mok kena makan ubat sebab kena gout.
Biasalah, bila balik ke kampung sekali-sekala. Mesti ada soalan cepumas.. Toing~ Masa kecil-kecil dahulu, di alam persekolahan; aku selalu kena tanya soalan-soalan macam ni ( dapat nombor berapa dalam kelas? periksa dapat berapa A? sekarang belajar U mana? kos apa?). Sekarang, setelah habis belajar suasananya tetap sama, situasinya saja yang berubah. Soalan-soalan maut tetap ada.. macam berikut (kerja mana sekarang? ok gaji? bila mau kahwin? mana pasangan? orang mana? macam mana kenal? bla.. bla.. )Hua hua hua.
Jangan tertekan dengan soalan-soalan itu. Jawab spontan saja. Haha. itu tanda orang cakna akan kehidupan kita. Ramai yang sayangkan diri kita. Tak gitu?? Haha. Tak payah serabutkan otak nak pusing balik. Teruskan saja melangkah. Sampai masanya, semua orang akan terkatup mulut masing-masing. Kita lahir ke dunia dengan menangis, manakala orang lain ketawa gembira. Dan bila kita mati kelak, biarlah mereka menangis kerana merasa kehilangan dan kita pergi dengan tersenyum dan tenang menghadap Allah.
Bertukar posisi dan kedudukan. Ada positif dan negatifnya. Ada hitam-putihnya. Tangan yang memberi pasti ada tangan yang menerima. Tangan dihulur, maaf dipinta. Elok benar. Hari raya ni kan?? Bukan bermakna bulan lain kita boleh buat salah. Bila-bila masa pun kita lakukan kesilapan dan sentiasa memohon keampunan.
Bumi mana yang tak basah. Lautan mana tak bergelora. Cewah~ Jadi, apa salahnya memohon kemaafan secara khusus dan berterus-terang ketika menyambut hari raya ni. Dulu kad raya, macam-macam jenis sampai ke tangan kita. Sekarang SMS macam-macam bahasa sampai ke henfon kita. Kan?? Ada yang berpantun bagai.. menulis jawi.. ayat-ayat puitis dan sebagainya. Walaupun hanya diforward yang penting niat kita baik.
Orang yang pernah buat hal dengan kita dah minta maaf. Apa salahnya kita juga merendahkan diri, kikis ego kita meminta maaf juga kan?? Ular takkan hilang bisanya walau menyusur akar sekalipun! Cuma yang best sekali SMS yang aku dapat daripada seorang kawan. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir je!
Apa kes?? Haha. Zahir je. Batin?? Mungkin dia faham perkataan Batin itu menjurus yang itu saja. Walhal Batin itu mendalam maknanya. Batin ni perkataan Arab. Batnun. Maknanya perut. Manakala Zahir asalnya Zohrun, maknanya belakang yang terletak di belakang kita. Belakang kita mewakili luaran kita. Mana tau tangan kita pernah hayun melempang muka seseorang. Maaf Zahir.
Manakala perut pula mewakili dalaman diri kita yang terletak di sebelah hadapan. Berlawanan dengan belakang.. Hati perut kita. Ada parut hanya luaran. Mungkin hati kita busuk. Hati kita pernah mencemuh walaupun manis ungkapan bibir kita. Justeru, dalamn kita, hati perut kita juga memohon kemaafan. Maaf Batin.
Maka jadilah Maaf Zahir dan Batin. Maaf Luar dan Dalam. Maaf yang Terang ataupun Sembunyi. Maaf yang elas ataupun Kabur. Itulah kemaafan. Allah Al-Ghaffur, Allah Maha Pengampun. Nabi Muhammad juga ampunkan umatnya. Kemaafan itu dendam terindah. Tetapi harus diingatkan kemaaan juga bukan lesen untuk kita terus melakukan kseilapan dan kesalahn yang sama berulang-ulang!
Jadi kawan-kawan yang mengenali Mustakim Bin Bahrudin, maaf banyak-banyak ok.Kita layan gambar-gambar ni.
Wednesday, September 16, 2009
BERUZLAH
Ini mungkin entri terakhir aku tulis menjelang Aidilfitri. Sementelah kita telah berada di fasa terakhir, 10 hari terakhir Ramadhan, moga-moga Ramadhan tahun ini telah membawa rahmat kepada kita, dan kita juga mendapat maghfirat sekaligus bebas daripada api neraka. Moga sasaran menjadi manusia bertaqwa, natijah Ramadhan kali ini menjadi kenyataan. Bagaimana KPI Ramadhan kita?? Adakah ini Ramadhan kita yang terakhir??? TEET!
Berbalik kepada tajuk topik kali ini, beruzlah; sayugia diingatkan agar kita menyebutnya dengan tepat dan betul. Ber-uz-lah! Bukannya beruz-lah. Ingat ni beruslah ke?? Nak berus apa? Berus gigi?? Berus baju?? Dengan kata dasarnya Uzlah; kalimah arab yang membawa pengertian "pengasingan". Mengasingkan diri dari hiruk-pikuk dan yang sewaktu dengannya.
Masih segarkah ingatan kita akan peristiwa "wahyu pertama"?? Bagaimana junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW disapa Jibril ketika sedang beruzlah. Ya.. Baginda sedang beruzlah ketika masyarakat setempat masih jahil dan belum mendapat hidayah. Dalam konteks ini, aku bukanlah umpama seorang nabi yang sedang beruzlah menantikan wahyu, sebaliknya aku hanyalah Hamba-Nya yang lemah, yang mahu mengadu kepada Tuhannya yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Wahyu merupakan hak eksklusif Nabi. Dan Rasul mendapat hak eksklusif bagi menyampaikan kandungan wahyu atau amanant tersebut kepada umatnya. Beruzlah bukan hak milik eksklusif Nabi. Beruzlah milik semua orang. Kalau ayat yang lebih glam atau grand yang kita nak guna a.k.a ayat artis (haha) "I need privacy!" Toing~. Tetapi dalam konotasi yang sedikit berbeza nada dan intonasinya, maksud dan tujuan kita mengasingkan diri agar kita tak terus hanyut dengan arus dunia. Masa untuk duduk berehat.. lupakan dunia seketika.

Arus dunia memang laju. Kita memang takkan mampu mengejarnya. Boleh lemas dan hanyut kita dibuatnya. Justeru, pengasingan diri daripada memikirkan hal-hal duniawi atau beruzlah merupakan langkah bijak bagi mengelakkan diri daripada hilang fokus terhadap 10 hari terakhir Ramadhan. Orang pertikaikan.. kenapa 10 hari terakhir ni baru terhegeh-hegeh sibuk nak ke masjid? Kenapa tak amalkan sepanjang tahun?? Istiqamah..
Ya! Istiqamah benda paling mencabar dalam hidup. Kalau orang bagi aku soalan tadi, aku akan jawab, daripada aku sibuk nak shopping raya, nak buka puasa kat hotel-hotel mewah atau restoran eksklusif ataupun sibuk nak buat reunion segala, rasanya lebih afdal aku sibukkan diri nak cari malam 1000 bulan, malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar memang misteri dan kita tak tahu bilakah waktunya.
Mungkinkah telah berlalu.. atau kita masih berpeluang bertemu Lailatul Qadar dengan saki-baki Ramadhan yang masih bersisa ini?? Mungkin~ Begitu pantas masa berlalu. Sekejap saja masa terasa. Alhamdulillah, kali ini pintu hati aku dibuka, dan dalam masa yang sama aku memilki peluang dan kesempatan untuk fokus terhadap ibadah.
Inilah bulan untuk berpesta ibadah, tetapi tetap ada yang masih menjadi kaki kelab. Aku tak mahu lepaskan kesempatan ini kerana aku sememangnya bekerja secara "freelance" waktu ini. Di masa mendatang, mungkin aku sibuk dengan kerja, sibuk memenuhi tuntutan duniawi atau mungkin aku dah tak berpelung langsung bertemu Ramadhan.
Kesempatan yang ada ini terutama 10 hari terakhir Ramadhan menjadi kenangan terindah bagi aku dan Papa. Kisah 2 beranak. A father-son story. Papa punya idea, nak join program qiamullail yang dianjurkan Masjid besi. Mungkin ni peluang bagi aku untuk rasa rapat dan dekat dengan Papa. Lewat kebelakangan ini, topik anak beranak yang kami bualkan agak klise~ jadi memerlukan sesuatu topik yang segar-bugar. Dalam erti kata lain, mahu beriktikaf di masjid sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan yang ada.
Elok juga. Papa perlukan teman, dan aku memang lapang. Peluang nak dapat pahal depan mata. Mahunya tak..selama ni banyak sangat kumpul dosa mengumpat mengata mereke cerita tanpa kita sedar. Nescaya inilah peluang terbaik. Maka, kami 2 beranak sepakat. Tapi hanya dapat mengikuti program masjid selama 5 malam saja kerana waktu ini kami sekeluarga telahpun bersiap-siap mahu pulang ke kampung. Kelik Klate la pulop!
Jadi, sebagai kesimpulannya, apa yang telah aku peroleh sepanjang 5 hari beruzlah?? Adakah aku menemui malam Lailatul Qadar?? Jawapannya, walaupun beruzlah, mengasingkan diri daripada mengikuti hal-hal duniawi, aku masih mengikuti perkembangan kawan-kawan terutama ada satu kisah yang amat menyayat hati dan sukar untuk dikongsi di sini.
Aku masih buka Fesbuk, tetapi aktiviti berfesbuk di waktu malam terhad sehingga jam 12 tengah malam saja. Nanti apa maknanya Qiamullail, kalau tak tidur. Sebab Qiamullail bermakna kita bangkit menghidupkan malam dengan amal ibadah. Macam mana nak bangkit kalau tak tidur. Macam mana nak dapat mimpi kalau tidur pun tak lena??? Kan??
Beriktikaf di masjid sepatutnya boleh dijadikan amalan sepanjang tahun. Begitu juga solat sunat witir. Dua perkara ini akan aku cuba pertahan dan amalkan usai Ramadhan nanti. Iktikaf ini mudah saja; masuk ke masjid + berwudhu' + solat sunat tahiyatul masjid + niat iktikaf + segala apa yang kita buat di dalam masjid yang tidak melibatkan hal dunia hatta tidur sekalipun tetap ada nilai pahalanya. Selama mana kita berada di dalam masjid, selama itulah pahala tidak putus-putus sehinggalah kita keluar daripada masjid.

Perumpamaan orang mukmin ketika berada di dalam masjid umpama ikan di dalam air. Tenang saja. Manakala perumpamaan orang munafiq ketika berada di dalam masjid umpama burung di dalam sangkar. Menggelupur nak bebas, keluar ke sini sana. (macam burung bawah ni..haha)

Witir adalah penutup segala 'aktiviti malam' kita. Witir bermaksud ganjil. Sebab itu witir ni 1, 3 atau 5 rakaat hingga maksimum 11 rakaat. Asalkan ianya dilakukan secara ganjil rakaatnya, maka itulah witir. Apa hikmah solat sunat witir?? Baca sini.
"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Beruzlah.. menyepikan diri buat seketika. Baguslah. Benar! Sepi itu indah. Dan aku juga akan menyepikan diri buat seketika di arena blog ini termasuk Facebook! Apa sebabnya?? I need privacy but I'll be back. This is I promise you~ Tetapi selama mana aku akan menyepi?? Sehari?? Seminggu cuti hari raya?? Atau sebulan?? Jawapannya.. seminggu hari raya je lah! Duduk di kampung payah nak dapat capaian internet. Tak berayalah aku kalau nak hadap benda ni 24/7 kan?? Haha
Buat masa ni aku masih "addict" dengan benda alah ni. Seminggu tu pun tak tahulah macam mana nanti. Melupakan Fesbuk, melupakan blog, melupakan Panda.. Seminggu?? 7 hari je... sama dengan 168 jam..sama dengan 10,080 minit, sama dengan 60,4800 saat! Banyak tuh~ hehe. Akhir kata.. selamat hari raya Maaf Zahir dan Batin. Bertemu lagi insya allah =)
Labels:
Congak corak rawak,
Kisah terpencil,
Lampu suluh
Berkorban demi cinta??
Perrrghhh! Topik kali ni, dengar tajuknya saja sudah ada yang tangkap leleh. Tahap karatnya boleh menandingi emas 24 carat! Haha. Boleh blah ke tak boleh blah, tiada orang kisah!
Al-kisahnya begini. Pernahkah kalian melalui atau menjalani hubungan jarak jauh? Kalau bukan anda sendiri alami mungkin ada di kalangan rakan-taulan teman-teman sekalian yang pernah melaluinya. Pernah, sedang atau akan. Segalanya mungkin.
Hakikatnya, kini aku yang sedang berdepan dengannya. Sakitnya menanggung rindu. Bebannya rasa tak keruan bila berjauhan. Sampai makan tak lalu, tidur tak lena,dan mandi tak basah. Maaf! Itu bukan aku. Aku akui sedang berdepan segala macam risiko melalui perhubungan jarak jauh.
Aku masih lena makan. Tengoklah pipiku yang gebu. Haha. Ramai yang geram nak cubit. Tidur aku masih lena, malah dapat mimpikan perkara-perkara yang indah. Dan aku masih mandi menggunakan air ya! Sebab tu basah. Basah dismbah air. Dan ini menyedarkan aku. Aku bukan bermimpi.
Aku di alam nyata. Sekali-sekala di alam maya. Aku sedar, dan boleh bertanya khabar lagi dengan kawan-kawan lain sebab dunia ini bukan kami berDUA saja. Bercinta bagi aku bukan bermakna kita akan membataskan segenap pergerakan kita. Buat ini tak boleh, buat itu boleh. Kawan dengan kawan perempuan lain tak boleh, dia nak kawan dengan lelaki lain boleh.
Itu syarat yang telah kami setujui bersama. Kalau dia telah menemui lelaki yang lebih baik daripada aku, lebih layak dijadikan suami sehidup semati... silakanlah. Berterus-terang saja. Begitu juga aku. Sebab sepanjang bercinta kita tak boleh jangka apa jua perkara yang mendatang.
Hari ini mungkin dia nampak setia, tapi esok belum tentu. Aku pun sama, 2X5 = 5X2! Bukan mahu bersangka buruk, tetapi itulah risikonya bercinta. Sebab dia dan aku manusia. Manusia boleh berubah sekelip mata kalau Allah palingkan terus hati dia daripada memandang kita. DAN setelah istilah bercinta itu dinaiktaraf, yakni istilah bertukar kepada bertunang atau berkahwin, maka tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul di pundak ini juga seiring dan sejalan.
Itu syarat yang telah kami setujui bersama. Kalau dia telah menemui lelaki yang lebih baik daripada aku, lebih layak dijadikan suami sehidup semati... silakanlah. Berterus-terang saja. Begitu juga aku. Sebab sepanjang bercinta kita tak boleh jangka apa jua perkara yang mendatang.
Hari ini mungkin dia nampak setia, tapi esok belum tentu. Aku pun sama, 2X5 = 5X2! Bukan mahu bersangka buruk, tetapi itulah risikonya bercinta. Sebab dia dan aku manusia. Manusia boleh berubah sekelip mata kalau Allah palingkan terus hati dia daripada memandang kita. DAN setelah istilah bercinta itu dinaiktaraf, yakni istilah bertukar kepada bertunang atau berkahwin, maka tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul di pundak ini juga seiring dan sejalan.
Perkahwinan bukanlah kemuncak,dan klimaks kepada percintaan, sebaliknya itulah penanda aras bermulanya sebuah percintaan. Jadi, buat apa nak bercinta kaw-kaw sebelum kahwin, kita simpan dulu, tolak ketepi dahulu rasa gelora yang mencengkam itu. Kelak, rasa hilang seri dan manisnya menjelang pernikahan.
Mungkin orang yang bersikap reserved. Simpan dulu. Tak tunjuk betul-betul. Tapi, percayalah, kalau boleh aku mahu saja menyegerakan agar ada ikatan yang sah. Aku bukanlah penjaga cinta, bukan juga pemilik cinta, jauh sekali menjadi hamba cinta. Cinta takkan mengatasi segala-galanya kerana aku bukan pemain cinta. (cewah, macam-macam lagu ada di sini.. haha)
Aku bukan seperti warga emas yang telah berkorban demi cinta ini. Rela mengikut kekasih ke negeri asing, meninggalkan anak-anak ketika zaman perang dunia kedua. Itu bukan aku. Itu kisah hidup Mariam yang telah berhijrah ke Korea sehingga ada nama Korea iaitu Kim Soon Ae. Dan kini telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Aku hanyalah pewaris cinta. Cinta itu datang sendiri tanpa diminta. Cinta hadir sebagai anugerah, dan cinta pergi umpama musibah. Rasa ingin disayangi tak sama dengan rasa menyayangi seseorang. Kadang-kadang, orang yang menyayangi kita lebih memahami kita berbanding orang yang kita sayang! Dapat tangkap??
Tapi tipulah kalau kata aku tak sayangkan dia. Tak betul kalau ada yang assume aku tak take care, tak ambil berat pasal dia. Boleh bertahan ke hubungan jarak jauh?? Di hati kami, akan ketemui segala jawapannya. Soal hati, kalau dah berkenan, kalau dah jodoh tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, bertemu juga dalam periuk belanga.
Mungkin orang yang bersikap reserved. Simpan dulu. Tak tunjuk betul-betul. Tapi, percayalah, kalau boleh aku mahu saja menyegerakan agar ada ikatan yang sah. Aku bukanlah penjaga cinta, bukan juga pemilik cinta, jauh sekali menjadi hamba cinta. Cinta takkan mengatasi segala-galanya kerana aku bukan pemain cinta. (cewah, macam-macam lagu ada di sini.. haha)
Aku bukan seperti warga emas yang telah berkorban demi cinta ini. Rela mengikut kekasih ke negeri asing, meninggalkan anak-anak ketika zaman perang dunia kedua. Itu bukan aku. Itu kisah hidup Mariam yang telah berhijrah ke Korea sehingga ada nama Korea iaitu Kim Soon Ae. Dan kini telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Aku hanyalah pewaris cinta. Cinta itu datang sendiri tanpa diminta. Cinta hadir sebagai anugerah, dan cinta pergi umpama musibah. Rasa ingin disayangi tak sama dengan rasa menyayangi seseorang. Kadang-kadang, orang yang menyayangi kita lebih memahami kita berbanding orang yang kita sayang! Dapat tangkap??
Tapi tipulah kalau kata aku tak sayangkan dia. Tak betul kalau ada yang assume aku tak take care, tak ambil berat pasal dia. Boleh bertahan ke hubungan jarak jauh?? Di hati kami, akan ketemui segala jawapannya. Soal hati, kalau dah berkenan, kalau dah jodoh tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, bertemu juga dalam periuk belanga.
Cuba bayangkan cerita ini. Ketika awal Ramadhan baru ini, sekolah juga bercuti selama 1 minggu. Dan inilah peluang terbaik buat kami berjumpa, kerana jarak benar-benar memisahkan kami. Dari Labuan dia datang, bersama-sama sedikit ole-ole.

Dan aku datang hanya sehelai sepinggang?? Ya. Dan aku ke sana dengan Panda kesayangan aku. Meredah hujan. Kala hujan lebat, tersangkut! Aku tak rela meneruskan perjalanan. Justeru, jangan harap aku nak redah lautan api. Hujan lebat sikit, angkat bendera putih. Yang penting.. aku promo Digi beb. Sebab pakai benda alah ni..

Tunduk tak bererti mengalah. Aku lebih suka mengukur baju di badan sendiri. Biar bakal isteri aku tahu, kalau nak hidup bersama-sama nanti, dia bukan berkahwin dengan hartawan, jauh sekali bukan rupawan. Kita harus bermula dari bawah. Susah senang kena lalui bersama. Kita akan mendaki tangga-tangga bahagia ke puncak bersama-sama.
Aku tak mampu janjikan kemewahan, tapi kesenangan mungkin... Senang hati dan gembira. Itulah bahagia. Bahagia yang akan terpancar dari mata yang berkaca. Lihatlah sinar di mata. Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia sekadarnya, kelak nanti cinta itu bertukar menjadi benci. Jika kamu membenci seseorang, bencilah dia juga sewajarnya, kelak benci itu berbalik menjadi cinta.
Cintailah dia kerana ALLAH. Dan cinta ALLAH itu mengatasi segala-galanya termasuk cinta dan sayang kita kepada kedua ibu bapa kita.
Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain seluruhnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
“Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s : Moga ada jodoh antara kami, berkat doa kalian yang tak berpenghujung =)
Labels:
Kisah terpencil,
Lampu suluh,
Lembahan cinta
Buat Renungan
“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi SAW telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” - Hadith Riwayat Muslim
Mereka yang dijangkiti dosa ada empat RASA.
1. Rasa bersalah dengan dosa
2. Rasa biasa dengan dosa
3. Rasa seronok dengan dosa
4. Menjadi pembela/mempromosikan dosa
“Sebahagian tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa”
Maka apabila hati kita telah mati, segala kebaikan di depan mata yang Allah bentangkan untuk menjawab permintaan kita memohon jalan yang lurus, pasti terhijab dari pandangan mata.
Soalnya bagaimana menghidupkan semula hati yang telah mati? Bawalah hati itu mendekati tuhan, pasti kita akan merasa tenang (Ar-Ra’d:28).
Larikan diri seketika daripada kesibukan dunia yang saban hari meletihkan dan melelahkan kita dengan pelbagai kerenah manusia yang tidak henti-henti. Duduklah sejenak dan renungkan ke dalam dasar hati, dan muhasabah kembali tujuan kita hidup di dunia ini dan halatuju kita selepas mati.
Bukankah Rasullullah mengajar kita bahawa dosa kejahatan itu ialah yang meresahkan hati, dan semestinya hati yang resah dengan dosa ialah hati yang terpandu oleh kesedaran bertuhan. Maka mulakanlah langkah perubahan anda (jika anda ikhlas mahu berubah), dengan mencari hati anda kembali.
“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” - Imam al-Ghazali
Mereka yang dijangkiti dosa ada empat RASA.
1. Rasa bersalah dengan dosa
2. Rasa biasa dengan dosa
3. Rasa seronok dengan dosa
4. Menjadi pembela/mempromosikan dosa
“Sebahagian tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa”
Maka apabila hati kita telah mati, segala kebaikan di depan mata yang Allah bentangkan untuk menjawab permintaan kita memohon jalan yang lurus, pasti terhijab dari pandangan mata.
Soalnya bagaimana menghidupkan semula hati yang telah mati? Bawalah hati itu mendekati tuhan, pasti kita akan merasa tenang (Ar-Ra’d:28).
Larikan diri seketika daripada kesibukan dunia yang saban hari meletihkan dan melelahkan kita dengan pelbagai kerenah manusia yang tidak henti-henti. Duduklah sejenak dan renungkan ke dalam dasar hati, dan muhasabah kembali tujuan kita hidup di dunia ini dan halatuju kita selepas mati.
Bukankah Rasullullah mengajar kita bahawa dosa kejahatan itu ialah yang meresahkan hati, dan semestinya hati yang resah dengan dosa ialah hati yang terpandu oleh kesedaran bertuhan. Maka mulakanlah langkah perubahan anda (jika anda ikhlas mahu berubah), dengan mencari hati anda kembali.
“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” - Imam al-Ghazali
Thursday, September 10, 2009
BERZAKAT...
Entri sebelum ini merupakan 'artikel' terpanjang pernah aku hasilkan. Ala-ala menulis jurnal pula rasanya.Terima kasihlah kepada mereka yang sanggup baca ke noktah terakhir. Aku tahu, kalau panjang berjela-jela sekalipun, kalau mesej tak sampai tak guna juga kan?? Harapnya pembaca dapat jugalah sedikit manfaat walaupun sekelumit hasil tulisan terdahulu.
Berzakat... menunaikan zakat merupakan rukun Islam ketiga. KETIGA jika disebut mengikut turutannya. Selepas mendirikn solat, mengeluarkan zakat. Tetapi masih ramai antara kita yang kurang arif bab-bab zakat ini. Di kepala kita, hanya satu zakat yang kita keluarkan saban tahun. Itu pun kalau ya bayar, yakni Zakat Fitrah.
Ada banyak jenis zakat lagi sebenarnya. Zakat pendapatan, zakat binatang ternakan, zakat emas dan perak dll. Semuanya dikira berdasarkan haul dan nisabnya. Tulah.. siapa kata dalam Islam tiada aplikasi Matematik. Macam mana kita nak kira berapa jumlah zakat yang kita perlu keluarkan sebenarnya. Maklumat lanjut anda boleh google sendiri zakat, salah satu hasil pencariannya di sini.
Kita ambil satu contoh misalnya. Zakat pendapatan. Menurut salah seorang bos aku, (ya lah.. mentang-mentang gaji besar kan??? hehe.. sorry Bos!)kalau kita bayar Zakat Pendapatan, kita boleh tolak jumlah Cukai Pendapatan atau nama glam & grandnya, "Income Tax". Haa.. bagus kan?? Kita bayar zakat, dah memenuhi tuntutan agama, jadi bila kita bayar pulak income-tax (sebab jumlahnya makin sikit selepas ditolak bayaran zakat dll, ada lah lagi beberapa tips yang diberikan bos aku itu macam mana nak kurangkan income-tax, hehe..), maka kita juga memenuhi tanggungjawab selaku warganegara Malaysia.
Ramai antara kita yang sudah bekerja, dan bilamana bekerja, sudah tentunya dapat gaji, dan bila dapat gaji sudah tentunya kena bayar zakat. Pengiraan zakat boleh dikira dari pendapatan kasar iaitu belanja wajib, termasuk hutang dan tanggungan lain, tidak termasuk barangan yang tidak perlu seperti make-up, aksesori kereta etc) Maka, kalau ingin selamat dunia dan akhirat, pakailah kiraan gaji kasar.
Selepas itu, BAHAGI apa yang kita ingin bayar (kasar atau bersih, bergantung kepada kita,berlaku jujurlah dengan diri sendiri, lagi banyak lagi bagus) DENGAN 40. Maka itulah zakat kita. Bayar lebih tidak apa, jangan kurang. Sila bayar kepada asnaf iaitu orang yang layak menerima zakat seperti orang dhaif, faqir,muallaf, ibnus sabil (anak jalanan, pelajar/ siswa contohnya =), dan amil, senang cerita pergi saja Baitulmal atau pusat zakat terdekat. Apa sangatlah 2.5% dari seluruh harta anda dibandingkan dengan sumbangan yang dapat kita beri untuk Islam (berbanding balasan akhirat kelak kalau kita tak bayar).
Untuk zakat pendapatan, haul iaitu tempoh setahun tidak termasuk dalam pengiraan, kerana gaji kita dapat secara bulanan. Maka kawan-kawan, tunaikanlah zakat pendapatan.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini, tahun ini merupakan tahun kedua aku membayar zakat Fitrah. Di KL/Selangor, bayaran telah ditetapkan sebanyak RM 7/sekepala.

INILAH WANG RM 7 BAGI MENGGANTIKAN BERAS FITRAH YANG WAJIB ATASKU TAHUN INI KERANA ALLAH TA'ALA...
(Satu Fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras bernilai RM 7!)
Daripada Ibnu Abbas, katanya "Rasulallah SAW telah mewajibkan zakat fitrah sebagai membersihkan (diri) orang yang berpuasa dan memberi makan orang yang miskin. Bagi mereka yang menunaikan sebelum solat Aidilfitri, maka zakatnya itu diterima. Dan bagi mereka yang menunaikannya SESUDAH solat Aidilfitri, maka zakatnya itu dikira sebagai SEDEKAH BIASA" - Hadith Riwayat Abu Daud & Ibnu Majjah
P/s: Sesungguhnya zakat itu menyucikan harta, menyucikan jiwa. Sebenarnya, semua duit yang kita dapat ada hak orang lain di dalamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



