Ini mungkin entri terakhir aku tulis menjelang Aidilfitri. Sementelah kita telah berada di fasa terakhir, 10 hari terakhir Ramadhan, moga-moga Ramadhan tahun ini telah membawa rahmat kepada kita, dan kita juga mendapat maghfirat sekaligus bebas daripada api neraka. Moga sasaran menjadi manusia bertaqwa, natijah Ramadhan kali ini menjadi kenyataan. Bagaimana KPI Ramadhan kita?? Adakah ini Ramadhan kita yang terakhir??? TEET!
Berbalik kepada tajuk topik kali ini, beruzlah; sayugia diingatkan agar kita menyebutnya dengan tepat dan betul. Ber-uz-lah! Bukannya beruz-lah. Ingat ni beruslah ke?? Nak berus apa? Berus gigi?? Berus baju?? Dengan kata dasarnya Uzlah; kalimah arab yang membawa pengertian "pengasingan". Mengasingkan diri dari hiruk-pikuk dan yang sewaktu dengannya.
Masih segarkah ingatan kita akan peristiwa "wahyu pertama"?? Bagaimana junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW disapa Jibril ketika sedang beruzlah. Ya.. Baginda sedang beruzlah ketika masyarakat setempat masih jahil dan belum mendapat hidayah. Dalam konteks ini, aku bukanlah umpama seorang nabi yang sedang beruzlah menantikan wahyu, sebaliknya aku hanyalah Hamba-Nya yang lemah, yang mahu mengadu kepada Tuhannya yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Wahyu merupakan hak eksklusif Nabi. Dan Rasul mendapat hak eksklusif bagi menyampaikan kandungan wahyu atau amanant tersebut kepada umatnya. Beruzlah bukan hak milik eksklusif Nabi. Beruzlah milik semua orang. Kalau ayat yang lebih glam atau grand yang kita nak guna a.k.a ayat artis (haha) "I need privacy!" Toing~. Tetapi dalam konotasi yang sedikit berbeza nada dan intonasinya, maksud dan tujuan kita mengasingkan diri agar kita tak terus hanyut dengan arus dunia. Masa untuk duduk berehat.. lupakan dunia seketika.
Arus dunia memang laju. Kita memang takkan mampu mengejarnya. Boleh lemas dan hanyut kita dibuatnya. Justeru, pengasingan diri daripada memikirkan hal-hal duniawi atau beruzlah merupakan langkah bijak bagi mengelakkan diri daripada hilang fokus terhadap 10 hari terakhir Ramadhan. Orang pertikaikan.. kenapa 10 hari terakhir ni baru terhegeh-hegeh sibuk nak ke masjid? Kenapa tak amalkan sepanjang tahun?? Istiqamah..
Ya! Istiqamah benda paling mencabar dalam hidup. Kalau orang bagi aku soalan tadi, aku akan jawab, daripada aku sibuk nak shopping raya, nak buka puasa kat hotel-hotel mewah atau restoran eksklusif ataupun sibuk nak buat reunion segala, rasanya lebih afdal aku sibukkan diri nak cari malam 1000 bulan, malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar memang misteri dan kita tak tahu bilakah waktunya.
Mungkinkah telah berlalu.. atau kita masih berpeluang bertemu Lailatul Qadar dengan saki-baki Ramadhan yang masih bersisa ini?? Mungkin~ Begitu pantas masa berlalu. Sekejap saja masa terasa. Alhamdulillah, kali ini pintu hati aku dibuka, dan dalam masa yang sama aku memilki peluang dan kesempatan untuk fokus terhadap ibadah.
Inilah bulan untuk berpesta ibadah, tetapi tetap ada yang masih menjadi kaki kelab. Aku tak mahu lepaskan kesempatan ini kerana aku sememangnya bekerja secara "freelance" waktu ini. Di masa mendatang, mungkin aku sibuk dengan kerja, sibuk memenuhi tuntutan duniawi atau mungkin aku dah tak berpelung langsung bertemu Ramadhan.
Kesempatan yang ada ini terutama 10 hari terakhir Ramadhan menjadi kenangan terindah bagi aku dan Papa. Kisah 2 beranak. A father-son story. Papa punya idea, nak join program qiamullail yang dianjurkan Masjid besi. Mungkin ni peluang bagi aku untuk rasa rapat dan dekat dengan Papa. Lewat kebelakangan ini, topik anak beranak yang kami bualkan agak klise~ jadi memerlukan sesuatu topik yang segar-bugar. Dalam erti kata lain, mahu beriktikaf di masjid sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan yang ada.
Elok juga. Papa perlukan teman, dan aku memang lapang. Peluang nak dapat pahal depan mata. Mahunya tak..selama ni banyak sangat kumpul dosa mengumpat mengata mereke cerita tanpa kita sedar. Nescaya inilah peluang terbaik. Maka, kami 2 beranak sepakat. Tapi hanya dapat mengikuti program masjid selama 5 malam saja kerana waktu ini kami sekeluarga telahpun bersiap-siap mahu pulang ke kampung. Kelik Klate la pulop!
Jadi, sebagai kesimpulannya, apa yang telah aku peroleh sepanjang 5 hari beruzlah?? Adakah aku menemui malam Lailatul Qadar?? Jawapannya, walaupun beruzlah, mengasingkan diri daripada mengikuti hal-hal duniawi, aku masih mengikuti perkembangan kawan-kawan terutama ada satu kisah yang amat menyayat hati dan sukar untuk dikongsi di sini.
Aku masih buka Fesbuk, tetapi aktiviti berfesbuk di waktu malam terhad sehingga jam 12 tengah malam saja. Nanti apa maknanya Qiamullail, kalau tak tidur. Sebab Qiamullail bermakna kita bangkit menghidupkan malam dengan amal ibadah. Macam mana nak bangkit kalau tak tidur. Macam mana nak dapat mimpi kalau tidur pun tak lena??? Kan??
Beriktikaf di masjid sepatutnya boleh dijadikan amalan sepanjang tahun. Begitu juga solat sunat witir. Dua perkara ini akan aku cuba pertahan dan amalkan usai Ramadhan nanti. Iktikaf ini mudah saja; masuk ke masjid + berwudhu' + solat sunat tahiyatul masjid + niat iktikaf + segala apa yang kita buat di dalam masjid yang tidak melibatkan hal dunia hatta tidur sekalipun tetap ada nilai pahalanya. Selama mana kita berada di dalam masjid, selama itulah pahala tidak putus-putus sehinggalah kita keluar daripada masjid.
Perumpamaan orang mukmin ketika berada di dalam masjid umpama ikan di dalam air. Tenang saja. Manakala perumpamaan orang munafiq ketika berada di dalam masjid umpama burung di dalam sangkar. Menggelupur nak bebas, keluar ke sini sana. (macam burung bawah ni..haha)
Witir adalah penutup segala 'aktiviti malam' kita. Witir bermaksud ganjil. Sebab itu witir ni 1, 3 atau 5 rakaat hingga maksimum 11 rakaat. Asalkan ianya dilakukan secara ganjil rakaatnya, maka itulah witir. Apa hikmah solat sunat witir?? Baca sini.
"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Beruzlah.. menyepikan diri buat seketika. Baguslah. Benar! Sepi itu indah. Dan aku juga akan menyepikan diri buat seketika di arena blog ini termasuk Facebook! Apa sebabnya?? I need privacy but I'll be back. This is I promise you~ Tetapi selama mana aku akan menyepi?? Sehari?? Seminggu cuti hari raya?? Atau sebulan?? Jawapannya.. seminggu hari raya je lah! Duduk di kampung payah nak dapat capaian internet. Tak berayalah aku kalau nak hadap benda ni 24/7 kan?? Haha
Buat masa ni aku masih "addict" dengan benda alah ni. Seminggu tu pun tak tahulah macam mana nanti. Melupakan Fesbuk, melupakan blog, melupakan Panda.. Seminggu?? 7 hari je... sama dengan 168 jam..sama dengan 10,080 minit, sama dengan 60,4800 saat! Banyak tuh~ hehe. Akhir kata.. selamat hari raya Maaf Zahir dan Batin. Bertemu lagi insya allah =)
wah suka bace blog muz...ape yg dia kate dekat kat sekeliling kite dgn contoh yg mudah & tekesan dihati. Teruskan menulis.
ReplyDeleteThanx..moga2 kita mendapat manfaat & amalkan b'sama. Ingat2kan juga sahabatmu ini.. =)
ReplyDelete