Hebahan

Saturday, September 26, 2009

Batin & Zahir dimaafkan. Salam Aidilfitri ~

Tahun ini, hanya 29 hari kita berpuasa. Semuanya melalui melalui perkiraan falak. Ilmu falak yang menghitung pergerakan bulan yang mengelilingi bumi. Manakala bumi mengelilingi matahari selama kira-kira 365 hari. Sebab tu setiap kali pengumuman bagi mengisytiharkan tarikh mulanya Ramadhan atau Syawal kita akan mendengar perkataan DITETAPKAN pada tarikh sekian-sekian haribulan. Kita takkan dengar lagi, "malam ni nampak anak bulan." Kan?? Cuba ingat balik apa yang telah berlaku di kaca TV pada malam raya baru ni.. Hehe

Apabila Ramadhan pergi, ada yang menangis dan gembira. Menangis sebab bulan yang penuh barakah telah pergi. Bimbang di hati andai tak dapat bertemu Ramadhan lagi. Tipulah kalau kita tak rasa gembira kan?? Siapa tak gembira, mahu merayakan kejayaan berpuasa selama 29/30 hari. Samada berkesan atau tidak tarbiah Ramadhan itu, terpulang kepada individu.

Syawal menjelma, hari raya disambut dengan gembira. Seperti biasa aku balik ke Kelantan. Seronok balik Kelantan. Dapat jumpa balik sahabat-sahabat Ma'ahad. Alhamdulillah. Aku semakin menemui 'diri' aku yang telah hilang berkat Ramadhan. Harap kekalkan momentum ini. Konsisten. Istiqamah! Diri aku yang hilang?? Aku sendiri tahu apa yang telah aku hilang. Kembali menemui jati diri. Mengekalkan, meningkatkan, meladeni dan melestarikan.

Hari raya baru ini, sahabat Ma'ahadku, Fakhri melangsungkan perkahwinannya. Tahniah ya sodiqi a'alaa walimah. Terima kasih kepada Faris Ikram (Payih) yang menumpangkan aku dalam Honda Civicnya. Begitu juga Izuan merangkap bapa dua-pupuku yang menemukan aku dengan Murshidi, Fauzan(Poje), Raja, Afiq, Zaki, Ghufran, Che Wan, Shah Iram dll. Aku juga salut dengan kesabaran Fathi Shafiq aka Opak yang bersabar. Bersabar menunggu. Penantian itu penyeksaan. Benarkah??

Banyak yang telah berubah. Kota Bharu telah berubah wajah. Seakan-akan mengalami pasca-pemodenan. Taraf bandaraya dah layak ni. Tapi apakan daya.. Walaupun KB lebih membangun daripada KT, tetapi KT tu taraf bandaraya ya!

KB lebih membangun daripada KT??? Kelantan lagi hebat daripada Terengganu?? Ni bukan nak bergaduh ya, wahai orang-orang Ganung. Kawe nok royat fakta. Kita ambil satu contoh. Kenderaan. Kenderaan yang berdaftar di Kelantan kini bermula dengan DBM, tetapi di Terengganu?? Baru TA_. Menjelang cuti perayaan, jalanraya utama ke Kota Bharu mengalami kesesakan luar biasa gara-gara pertambahan kenderaan dari negeri luar. Atau dalam erti kata yang berbeza, orang Kelantan di luar negeri balik kampung pakai kereta.

Kita ambil contoh kedua. Pasaraya. Di KT, soho benar ada Mydin Mall yang besar itu dan Masjid Kristal yang tiada orang bersolat Berbeza pula di KB. Selepas ada Billion yang berkembar dengan Hotel Reinassance, KB Mall dibuka. Selepas itu satu-satunya Tesco di KB yang merekodkan Tesco paling untung dibuka di Malaysia. Kini dibuka pula KBTC (K.Bharu Trade Centre) yang menempatkan Giant dan Parkson.

Dan kita ambil contoh terakhir. Jalanraya. Sekarang Kota Bharu telah mengaplikasi JALAN SEHALA. Maknanya sebelum ni, jalan 2 hala dengan 2 lane sebelah menyebelah melawan arus. Setelah JALAN SEHALA diaplikasi, jalanraya nampak semakin lebar dengan 4 lane. Sangat luas. Mungkin ini satu inisiatif mengelakkan kesesakan jalanraya walaupun akhirnya lebih banyak jammed daripada roti ketika cuti raya baru ni. Apa-apapun tahniah! Rasa seperti berada di bandaraya metropolis pulak. Hehe.

Baiklah, ada cerita menarik di kampung. Walaupun Tok Mek (nenek sebelah Papa) masih belum mampu berjalan seperti dahulu, tetapi sekurang-kurangnya ada perkembangan. Setiap butir bicara Tok Mek dapat didengar dengan jelas. Tok Mek boleh mengengsot menguruskan diri sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Yang penting, Tok Mek hanya tinggal puasa 2 hari sahaja. Berlainan pula dengan Mok (nenek sebelah mama. Aku ada 2 orang nenek). 8 hari tak dapat berpuasa. Mok kena makan ubat sebab kena gout.

Biasalah, bila balik ke kampung sekali-sekala. Mesti ada soalan cepumas.. Toing~ Masa kecil-kecil dahulu, di alam persekolahan; aku selalu kena tanya soalan-soalan macam ni ( dapat nombor berapa dalam kelas? periksa dapat berapa A? sekarang belajar U mana? kos apa?). Sekarang, setelah habis belajar suasananya tetap sama, situasinya saja yang berubah. Soalan-soalan maut tetap ada.. macam berikut (kerja mana sekarang? ok gaji? bila mau kahwin? mana pasangan? orang mana? macam mana kenal? bla.. bla.. )Hua hua hua.

Jangan tertekan dengan soalan-soalan itu. Jawab spontan saja. Haha. itu tanda orang cakna akan kehidupan kita. Ramai yang sayangkan diri kita. Tak gitu?? Haha. Tak payah serabutkan otak nak pusing balik. Teruskan saja melangkah. Sampai masanya, semua orang akan terkatup mulut masing-masing. Kita lahir ke dunia dengan menangis, manakala orang lain ketawa gembira. Dan bila kita mati kelak, biarlah mereka menangis kerana merasa kehilangan dan kita pergi dengan tersenyum dan tenang menghadap Allah.

Bertukar posisi dan kedudukan. Ada positif dan negatifnya. Ada hitam-putihnya. Tangan yang memberi pasti ada tangan yang menerima. Tangan dihulur, maaf dipinta. Elok benar. Hari raya ni kan?? Bukan bermakna bulan lain kita boleh buat salah. Bila-bila masa pun kita lakukan kesilapan dan sentiasa memohon keampunan.

Bumi mana yang tak basah. Lautan mana tak bergelora. Cewah~ Jadi, apa salahnya memohon kemaafan secara khusus dan berterus-terang ketika menyambut hari raya ni. Dulu kad raya, macam-macam jenis sampai ke tangan kita. Sekarang SMS macam-macam bahasa sampai ke henfon kita. Kan?? Ada yang berpantun bagai.. menulis jawi.. ayat-ayat puitis dan sebagainya. Walaupun hanya diforward yang penting niat kita baik.

Orang yang pernah buat hal dengan kita dah minta maaf. Apa salahnya kita juga merendahkan diri, kikis ego kita meminta maaf juga kan?? Ular takkan hilang bisanya walau menyusur akar sekalipun! Cuma yang best sekali SMS yang aku dapat daripada seorang kawan. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir je!

Apa kes?? Haha. Zahir je. Batin?? Mungkin dia faham perkataan Batin itu menjurus yang itu saja. Walhal Batin itu mendalam maknanya. Batin ni perkataan Arab. Batnun. Maknanya perut. Manakala Zahir asalnya Zohrun, maknanya belakang yang terletak di belakang kita. Belakang kita mewakili luaran kita. Mana tau tangan kita pernah hayun melempang muka seseorang. Maaf Zahir.

Manakala perut pula mewakili dalaman diri kita yang terletak di sebelah hadapan. Berlawanan dengan belakang.. Hati perut kita. Ada parut hanya luaran. Mungkin hati kita busuk. Hati kita pernah mencemuh walaupun manis ungkapan bibir kita. Justeru, dalamn kita, hati perut kita juga memohon kemaafan. Maaf Batin.

Maka jadilah Maaf Zahir dan Batin. Maaf Luar dan Dalam. Maaf yang Terang ataupun Sembunyi. Maaf yang elas ataupun Kabur. Itulah kemaafan. Allah Al-Ghaffur, Allah Maha Pengampun. Nabi Muhammad juga ampunkan umatnya. Kemaafan itu dendam terindah. Tetapi harus diingatkan kemaaan juga bukan lesen untuk kita terus melakukan kseilapan dan kesalahn yang sama berulang-ulang!

Jadi kawan-kawan yang mengenali Mustakim Bin Bahrudin, maaf banyak-banyak ok.Kita layan gambar-gambar ni.

Keluargaku =)

Keluarga sebelah Papa, Kg. Chempaka, Panji, K.Bharu (famili Pak Su Yie jah xdop)

Famili besar sebelah Mama. Kampung Permatang Pusu, Melor, K.Bharu.

4 beradik

Inilah Pantai Cahaya Bulan (PCB)




No comments:

Post a Comment