Hebahan

Wednesday, September 16, 2009

Berkorban demi cinta??

Perrrghhh! Topik kali ni, dengar tajuknya saja sudah ada yang tangkap leleh. Tahap karatnya boleh menandingi emas 24 carat! Haha. Boleh blah ke tak boleh blah, tiada orang kisah!

Al-kisahnya begini. Pernahkah kalian melalui atau menjalani hubungan jarak jauh? Kalau bukan anda sendiri alami mungkin ada di kalangan rakan-taulan teman-teman sekalian yang pernah melaluinya. Pernah, sedang atau akan. Segalanya mungkin.

Hakikatnya, kini aku yang sedang berdepan dengannya. Sakitnya menanggung rindu. Bebannya rasa tak keruan bila berjauhan. Sampai makan tak lalu, tidur tak lena,dan mandi tak basah. Maaf! Itu bukan aku. Aku akui sedang berdepan segala macam risiko melalui perhubungan jarak jauh.

Aku masih lena makan. Tengoklah pipiku yang gebu. Haha. Ramai yang geram nak cubit. Tidur aku masih lena, malah dapat mimpikan perkara-perkara yang indah. Dan aku masih mandi menggunakan air ya! Sebab tu basah. Basah dismbah air. Dan ini menyedarkan aku. Aku bukan bermimpi.

Aku di alam nyata. Sekali-sekala di alam maya. Aku sedar, dan boleh bertanya khabar lagi dengan kawan-kawan lain sebab dunia ini bukan kami berDUA saja. Bercinta bagi aku bukan bermakna kita akan membataskan segenap pergerakan kita. Buat ini tak boleh, buat itu boleh. Kawan dengan kawan perempuan lain tak boleh, dia nak kawan dengan lelaki lain boleh.

Itu syarat yang telah kami setujui bersama. Kalau dia telah menemui lelaki yang lebih baik daripada aku, lebih layak dijadikan suami sehidup semati... silakanlah. Berterus-terang saja. Begitu juga aku. Sebab sepanjang bercinta kita tak boleh jangka apa jua perkara yang mendatang.

Hari ini mungkin dia nampak setia, tapi esok belum tentu. Aku pun sama, 2X5 = 5X2! Bukan mahu bersangka buruk, tetapi itulah risikonya bercinta. Sebab dia dan aku manusia. Manusia boleh berubah sekelip mata kalau Allah palingkan terus hati dia daripada memandang kita. DAN setelah istilah bercinta itu dinaiktaraf, yakni istilah bertukar kepada bertunang atau berkahwin, maka tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul di pundak ini juga seiring dan sejalan.

Perkahwinan bukanlah kemuncak,dan klimaks kepada percintaan, sebaliknya itulah penanda aras bermulanya sebuah percintaan. Jadi, buat apa nak bercinta kaw-kaw sebelum kahwin, kita simpan dulu, tolak ketepi dahulu rasa gelora yang mencengkam itu. Kelak, rasa hilang seri dan manisnya menjelang pernikahan.

Mungkin orang yang bersikap reserved. Simpan dulu. Tak tunjuk betul-betul. Tapi, percayalah, kalau boleh aku mahu saja menyegerakan agar ada ikatan yang sah. Aku bukanlah penjaga cinta, bukan juga pemilik cinta, jauh sekali menjadi hamba cinta. Cinta takkan mengatasi segala-galanya kerana aku bukan pemain cinta. (cewah, macam-macam lagu ada di sini.. haha)

Aku bukan seperti warga emas yang telah berkorban demi cinta ini. Rela mengikut kekasih ke negeri asing, meninggalkan anak-anak ketika zaman perang dunia kedua. Itu bukan aku. Itu kisah hidup Mariam yang telah berhijrah ke Korea sehingga ada nama Korea iaitu Kim Soon Ae. Dan kini telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Aku hanyalah pewaris cinta. Cinta itu datang sendiri tanpa diminta. Cinta hadir sebagai anugerah, dan cinta pergi umpama musibah. Rasa ingin disayangi tak sama dengan rasa menyayangi seseorang. Kadang-kadang, orang yang menyayangi kita lebih memahami kita berbanding orang yang kita sayang! Dapat tangkap??

Tapi tipulah kalau kata aku tak sayangkan dia. Tak betul kalau ada yang assume aku tak take care, tak ambil berat pasal dia. Boleh bertahan ke hubungan jarak jauh?? Di hati kami, akan ketemui segala jawapannya. Soal hati, kalau dah berkenan, kalau dah jodoh tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, bertemu juga dalam periuk belanga.

Cuba bayangkan cerita ini. Ketika awal Ramadhan baru ini, sekolah juga bercuti selama 1 minggu. Dan inilah peluang terbaik buat kami berjumpa, kerana jarak benar-benar memisahkan kami. Dari Labuan dia datang, bersama-sama sedikit ole-ole.


Dan aku datang hanya sehelai sepinggang?? Ya. Dan aku ke sana dengan Panda kesayangan aku. Meredah hujan. Kala hujan lebat, tersangkut! Aku tak rela meneruskan perjalanan. Justeru, jangan harap aku nak redah lautan api. Hujan lebat sikit, angkat bendera putih. Yang penting.. aku promo Digi beb. Sebab pakai benda alah ni..


Tunduk tak bererti mengalah. Aku lebih suka mengukur baju di badan sendiri. Biar bakal isteri aku tahu, kalau nak hidup bersama-sama nanti, dia bukan berkahwin dengan hartawan, jauh sekali bukan rupawan. Kita harus bermula dari bawah. Susah senang kena lalui bersama. Kita akan mendaki tangga-tangga bahagia ke puncak bersama-sama.

Aku tak mampu janjikan kemewahan, tapi kesenangan mungkin... Senang hati dan gembira. Itulah bahagia. Bahagia yang akan terpancar dari mata yang berkaca. Lihatlah sinar di mata. Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia sekadarnya, kelak nanti cinta itu bertukar menjadi benci. Jika kamu membenci seseorang, bencilah dia juga sewajarnya, kelak benci itu berbalik menjadi cinta.

Cintailah dia kerana ALLAH. Dan cinta ALLAH itu mengatasi segala-galanya termasuk cinta dan sayang kita kepada kedua ibu bapa kita.

Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain seluruhnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

“Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s : Moga ada jodoh antara kami, berkat doa kalian yang tak berpenghujung =)

No comments:

Post a Comment