Hebahan

Thursday, September 10, 2009

BERZAKAT...

Entri sebelum ini merupakan 'artikel' terpanjang pernah aku hasilkan. Ala-ala menulis jurnal pula rasanya.Terima kasihlah kepada mereka yang sanggup baca ke noktah terakhir. Aku tahu, kalau panjang berjela-jela sekalipun, kalau mesej tak sampai tak guna juga kan?? Harapnya pembaca dapat jugalah sedikit manfaat walaupun sekelumit hasil tulisan terdahulu.

Berzakat... menunaikan zakat merupakan rukun Islam ketiga. KETIGA jika disebut mengikut turutannya. Selepas mendirikn solat, mengeluarkan zakat. Tetapi masih ramai antara kita yang kurang arif bab-bab zakat ini. Di kepala kita, hanya satu zakat yang kita keluarkan saban tahun. Itu pun kalau ya bayar, yakni Zakat Fitrah.

Ada banyak jenis zakat lagi sebenarnya. Zakat pendapatan, zakat binatang ternakan, zakat emas dan perak dll. Semuanya dikira berdasarkan haul dan nisabnya. Tulah.. siapa kata dalam Islam tiada aplikasi Matematik. Macam mana kita nak kira berapa jumlah zakat yang kita perlu keluarkan sebenarnya. Maklumat lanjut anda boleh google sendiri zakat, salah satu hasil pencariannya di sini.

Kita ambil satu contoh misalnya. Zakat pendapatan. Menurut salah seorang bos aku, (ya lah.. mentang-mentang gaji besar kan??? hehe.. sorry Bos!)kalau kita bayar Zakat Pendapatan, kita boleh tolak jumlah Cukai Pendapatan atau nama glam & grandnya, "Income Tax". Haa.. bagus kan?? Kita bayar zakat, dah memenuhi tuntutan agama, jadi bila kita bayar pulak income-tax (sebab jumlahnya makin sikit selepas ditolak bayaran zakat dll, ada lah lagi beberapa tips yang diberikan bos aku itu macam mana nak kurangkan income-tax, hehe..), maka kita juga memenuhi tanggungjawab selaku warganegara Malaysia.

Ramai antara kita yang sudah bekerja, dan bilamana bekerja, sudah tentunya dapat gaji, dan bila dapat gaji sudah tentunya kena bayar zakat. Pengiraan zakat boleh dikira dari pendapatan kasar iaitu belanja wajib, termasuk hutang dan tanggungan lain, tidak termasuk barangan yang tidak perlu seperti make-up, aksesori kereta etc) Maka, kalau ingin selamat dunia dan akhirat, pakailah kiraan gaji kasar.

Selepas itu, BAHAGI apa yang kita ingin bayar (kasar atau bersih, bergantung kepada kita,berlaku jujurlah dengan diri sendiri, lagi banyak lagi bagus) DENGAN 40. Maka itulah zakat kita. Bayar lebih tidak apa, jangan kurang. Sila bayar kepada asnaf iaitu orang yang layak menerima zakat seperti orang dhaif, faqir,muallaf, ibnus sabil (anak jalanan, pelajar/ siswa contohnya =), dan amil, senang cerita pergi saja Baitulmal atau pusat zakat terdekat. Apa sangatlah 2.5% dari seluruh harta anda dibandingkan dengan sumbangan yang dapat kita beri untuk Islam (berbanding balasan akhirat kelak kalau kita tak bayar).

Untuk zakat pendapatan, haul iaitu tempoh setahun tidak termasuk dalam pengiraan, kerana gaji kita dapat secara bulanan. Maka kawan-kawan, tunaikanlah zakat pendapatan.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, tahun ini merupakan tahun kedua aku membayar zakat Fitrah. Di KL/Selangor, bayaran telah ditetapkan sebanyak RM 7/sekepala.


INILAH WANG RM 7 BAGI MENGGANTIKAN BERAS FITRAH YANG WAJIB ATASKU TAHUN INI KERANA ALLAH TA'ALA...
(Satu Fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras bernilai RM 7!)

Daripada Ibnu Abbas, katanya "Rasulallah SAW telah mewajibkan zakat fitrah sebagai membersihkan (diri) orang yang berpuasa dan memberi makan orang yang miskin. Bagi mereka yang menunaikan sebelum solat Aidilfitri, maka zakatnya itu diterima. Dan bagi mereka yang menunaikannya SESUDAH solat Aidilfitri, maka zakatnya itu dikira sebagai SEDEKAH BIASA" - Hadith Riwayat Abu Daud & Ibnu Majjah

P/s: Sesungguhnya zakat itu menyucikan harta, menyucikan jiwa. Sebenarnya, semua duit yang kita dapat ada hak orang lain di dalamnya.

No comments:

Post a Comment