Hebahan

Tuesday, June 2, 2009

Halawatul iman~ & Mukmin sebenar


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ
وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا



Hati aku tersentuh membaca matan hadith ini. Rindu pada zaman persekolahan di Maahad membuatkan imaginasi fikiran ini menerawang kembali memori dulu. Kalau tak silap belajar pasal hadith ini masa Tingkatan 1. Buku kuning.

Lepas tu jumpa lagi hadith ini masa Tingkatan 4 untuk periksa SMU. Masa belajar dulu, setiap
tahun ada peperiksaan besar. Tingkatan 2 ada PMRU, Ting. 3- PMR,Ting. 4-SMU dan Ting. 5 - SPM lah. Tapi tak rasa tertekan pun. Otak..hati dan fikiran bersih kot.

Bila masuk universiti..5 subjek satu semester pun rasa macam nak gila. Nak pecah otak dibuatnya. Tepuk dada..tanya iman. Cermin diri...baru kusedari...hati ini makin hitam...ataupun sememangnya hitam legam~

Bila baca hadith ini, aku teringat pula kepada Surah Al-Anfal ayat 2-4 yang berikut :


Maksudnya [ Sesungguhnya orang mukmin itu apabila didatangkan ayat-ayat Allah, maka bertambahlah keimanannya. Dan kepada tuhan mereka bertawakkal. iaitu mereka yang mendirikan solat dan menafkahkan(menginfakkan) sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka. Mereka itu Mukmin yang sebenar-benar Mukmin] Moga kita (terutamanya aku si tukang tulis) dapat manfaat daripada petikan Al-Quran dan sepotong hadith ini. Moga santapan rohani ini mengenyangkan jiwa kita dan menyejukkan hati yang kehausan.


Berita ringkas - Ayuh kita fikir dan renungkan~


1. Universiti Sains Malaysia kecoh~

Ingin ditegaskan, ini bukan sabotaj ataupun memburuk-burukkan universiti ini, sebab ni tempat Papa belajar dulu.

Universiti bertaraf APEX pun bermasalah! Ini bukti..sistem yang digunapakai manusia itu lemah. Undang-undang ciptaan manusia memang ada kepincangan. Manusia itu tidak sempurna. Biarpun sebaik-baik kejadian...tetapi ada sambungan lagi dalil naqli itu. Kemudian kami rendahkan darjat mereka serendah-rendahnya kecuali yang beriman & beramal soleh serta beroleh ganjaran. Rujuk Surah At-Tiin : Ayat 4-6.

Universiti terbaik sekalipun..macam Oxford ke..Harvard University sekalipun..pasti ada kelemahannya. Ada juga cacat celanya. Dari luar nampak gah..bila berada di dalam..baru tahu "true color", baru rasa apa maknanya gundah gelisah.

Moral of the story..sebagus mana sekalipun seseorang ataupun benda itu. Sebersih mana nama dan imej seseorang itu. Setinggi dan sewara' mana seseorang itu hal-hal hukum-hakam agama, masih tak dapat lari dari kesilapan.

Soalnya..kenapa kalau di depan nama orang itu ada pangkat Ustaz, bila buat silap kecil yang melibatkan kisah peribadi menjadi satu isu yang besar. Mungkin kalau ustaz itu namanya tak glamor atau ala-ala saja...mungkin orang tak ambil port. Bila rumahtangga 'mereka' berkocak, retak menanti belah...sibuk nak jaja. Hidung panjang ke hidung sensitif ni..cepat saja dapat hidu berita sedangkan ramai lagi kes yang sebegitu berlaku pada orang biasa.

Kalau takut dilambung ombak...jangan berumah di tepi pantai. [Sumber]

2. Cadangan had 10 subjek menduduki SPM (4 subjek teras + 6 elektif)

Pro & Kontra ambil lebih 10 subjek (6 subjek teras + elektif berapapun tak kisah)

Kontra - Nak jadi akauntan.Tapi belajar Biologi. Ada kaitan tak? Nak jadi ahli fizik, tetapi ambil subjek ekonomi sebagai elektif. Alih-alih Fizik dapat A2, Ekonomi Asas dapat A1. Apa cer?? Kiranya macam tiada fokus. Hala tuju tak jelas. Semua berebut nak kejar A1. Sangat-sangat exam-oriented.


Pro - Ilmu! Ilmu Allah itu luas. Umpamanya..kita ambil jarum celup dalam lautan. Saki baki yang melekat, itulah ilmu kita. Selalunya budak aliran Sains akan ambil subjek budak aliran Sastera seperti Perdagangan, Prinsip Akaun dsb. Tetapi beranikah budak aliran Sastera ambil subjek Kimia dan Biologi?? Matematik Tambahan tu mungkin berani ambil.. Hakikatnya budak sekolah agama SMKA ataupun sekolah agama negeri yang untung sebab subjek seperti Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, Bahasa Arab Tinggi, Bahasa Arab Komunikasi, Pend. Al-Quran dan As-Sunnah serta Pend. Syariah Islamiah merupakan 'makanan harian' ataupun subjek boleh score. Bukan score A1 tetapi kebarangkalian dapat gred C6 ke bawah amat kecil.

Kalau had subjek 10 saja, 6 subjek teras iaitu BM,BI,M3,Sains,Sejarah dan PI dikurangkan jadi 4. Mungkin BM,BI, M3 dan Sains. Habis tu..subjek PI? Budak sekolah agama mungkin ambil juga termasuk Tasawwur Islam. Budak SMKA boleh ambil PQS (Pend. Al-Quran & As-Sunnah) dan subjek PSI (Pend. Syariah Islamiah). Maka, kebarangkalian non-muslim ambil subjek Pend. Islam dan Tasawwur Islam akan berkurang. Sedangkan, ada rekod bahawa non-muslim juga berjaya mendapat A1 bagi subjek tersebut.

Lepas tu, kalau had subjek 10 saja,fokus pelajar akan tumpu kepada "markah". Bukan lagi A1. Faham tak? Maknanya macam kita belajar dekat universiti... Ada A+, A- dsb. Dan pointer jadi penentu cemerlang atau tidak seseorang pelajar itu. Kira nanti ada bezalah, budak yang dapat A dengan 80 markah berbanding budak yang dapat A dengan 95 markah.

Sumber

3. Chin Peng kembali ke Malaysia??

No to komunisme! Lagi bagus bagi 'peluang kedua' kepada tahanan ISA..bebaskan semua~ Idea komunisme.. nasionalisme.. kena tunduk kepada ideologi Islamisme. Kenapa mesti wujud perkataan 'peluang kedua' kerana tak mustahil akan tercipta pula 'peluang' yang seterusnya iaitu 'peluang terakhir'!

Kita hidup di dunia yang fana..sibuk buat dosa...ada tak 'peluang kedua' hidup di dunia andai takdirnya umur kita pendek?

Paling kelakar ada juga kenalan yang tak kenal siapa Chin Peng. Adakah rakyat Malaysia yang merdeka begitu buta sejarah? TEET!

Sekian berita ringkas. Ringkas ke? Terlebih sudah~

Sunday, May 31, 2009

Episod akhir ~


Ada 2 episod akhir yang hendak dikhabarkan. Memandangkan aku dah ulas isu ini dari awal lagi. Tak sedap sebenarnya nak ulas 2 cerita ni, tapi apakan daya, bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kan?? 2 episod akhir yang klise...yang tak boleh lawan 2 episod akhir Prison Break yang sudah berakhir.

Maka, tak dapat tidak...ingin disahkan kemenangan Chelsea merangkul piala FA. Guus Hiddink membuktikan sentuhan "midas"nya. Dapat juga Chelsea satu piala. Dan Chelsea juga sebenarnya bermain lebih baik menentang Barcelona berbanding MU. Haha. Kemenangan 2-1 walaupun ketinggalan 1 gol pada minit pertama lagi hasil jaringan Saha, tetapi Lampard akhirnya tak lambat menjaringkan gol kemenangan setelah Drogba mendapatkan equaliser.

Masih lagi berita bola. Tetapi bola politik. PKR yang mendapat tendangan penalti di Penanti tak mensia-siakan peluang ini dan ini menjadikan agregat terkini 5-1! Biarpun PKR menang dengan majoriti yang lebih besar, harus diingatkan bahawa 46.15% sahaja yang keluar mengundi. Maknanya pengundi tegar BN buat tak peduli je. Mereka tak nak pangkah Kak Min yang tiba-tiba glamour nak lawan isteri Ustaz Akhil Hayy, Puan Maizawati Zainal.

Cukup sampai di sini. Melaporkan dari luar jendela~

Thursday, May 28, 2009

AND so it goes...CATALAN


Malas nak cakap banyak..tak larat nak taip panjang lebar lagi. Kalian pun faham-faham saja apa ceritanya. Mata sudah berat jam 4.30 pagi. Berjaga dari jam 1 pagi semata-mata perlawanan akhir Champions League. Tapi sempat tidur sekejap pukul 10 lebih tadi...

Aku tertarik dengan satu klip.. Christiano Ronaldo menemuramah diri sendiri. Memang berbakat besar menjadi aktor terbaik! Alaa.. isu-isu klise! Tak jadi ke Real Madrid dan isu siapa lebih hebat. Ronaldo atau Messi.

Sebaik saja first eleventh diumumkan. Kedua-dua pasukan menggunakan formasi 4-3-2-1. Yang penting... Ronaldo jadi striker! Winger pulak Rooney dan Ji Sung. Tapi aku suka acara pembukaan. Ada tarian wanita bersopan. Bukan menutup aurat ya. Baju lebuh..tutup rambut.. cuma baju agak fit menampakkan cutting.

Wisel ditiup pengadil tanda bermulanya perlawanan. Semua penyokong Gunners, The Reds dan The Blues seoalah-olah bersatu ala-ala Pakatan Rakyat menentang red devils. Tanda-tanda kekalahan MU aku dah nampak.

Pertama, jersi PUTIH. Kedua..first ever freekick from Ronaldo is failed. Si Park Ji Sung pula gagal manfaatkan peluang bola muntah itu. Ketiga..first corner untuk MU juga gagal disempurnakan. 10 minit pertama, 5 percubaan dibuat MU tapi tak membuahkan hasil. Masuk saja minit kesepuluh, Barca mula menyerang. Bermula dengan gerakan Iniesta dan akhirnya Eto'o terus hasilkan gol.

Etok! Bahasa Kelantan untuk etak. Haha. Jual etok molek. Boleh pulak si Fergie keluarkan Anderson. Keluarkan saja Ji Sung itu. Ganti pula dengan Tevez yang kita tahu isunya. Bermain sepenuh jiwakah dia??

Berbatov masuk dah terlambat. Baru nak tukar strategi. Ronaldo main sayap. Tercungap-cungap. 3 insiden dengan Puyol. Bergasak! Orang kata ni bukan MU vs Barcelona. Tapi Ronaldo vs Messi. Whatever~ yang penting Messi jaring gol kedua dengan penuh bergaya bak helang terbang di angkasa, dan Barcelona menang 2-0. Noktah. Wah, panjang juga aku taip =P

Messi si tukang tulis gol ke-2! Katup~


Tuesday, May 26, 2009

Down memory Lane ~

Entri kali ni..aku sengaja tak nak letakkan satu gambar sekalipun. Sengaja membiarkan imaginasi anda berlari-lari... menyelusuri memori semalam yang pernah kalian lalui. Moga-moga "gambar" itu lebih jelas terpahat di ingatan. Orang kata, MASA kecil umpama mengukir di atas batu.. TIKA dewasa umpama mengukir di atas air ~.

Hari Jumaat, malam Sabtu baru ni, Mama beri aku satu soalan(dalam dialek Klate)

"Pagi esok Papa & Mama nak gi jalan2 kat Pasar Selayang, nak makan nasi berlauk kat situ.
Adik Ya dengar, dia pun nak ikut juga..."

Aku terus bertanya " Bukan Sufia ada tusyen Cikgu Nik ke?"

"Papa kata takpelah..bukan selalu miss tusyen tu. Hari Ahad pun ada tusyen juga. Cici nak
ikut. Abe nak ikut juga ke?" Mama sambung cerita.


"Okay je..tak kisah" Ehmm..begitulah aku. Memang tak banyak soal. Orang ajak ke sana boleh, kawan ajak ke situ pun boleh. Ke mana-mana saja, boleh asalkan bagitahu awal-awal.

Maka keesokan paginya lepas solat Subuh, kami 4 beranak terus menuju ke Selayang. Orang kata "tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain..." Selayang, Batu Caves, Gombak dah sebati dengan jiwa ini. Takkan sesat punyalah kalau datang sini.

Sebab apa? Kerana aku melalui dunia kanak-kanak dan menempuh alam persekolahan (tadika & sekolah rendah di sini) Hampir 15 tahun aku tinggal di rumah bernombor 93, Jalan Jasa 4, Taman Jasa, Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Wah, alamat lengkap ini masih terpahat di ingatan.

Aku ingat lagi..aku selaku anak sulung, akulah orang yang pertama kena lalui segala-galanya bersendiri. Menempuh dunia baru keseorangan. Hari pertama aku ke sekolah iaitu Tadika Islam Kampung Nakhoda (kira sekolah lah juga kan)..aku menangis! Haha. Lepas tu ok je sebab dah jumpa "geng", Boy, Azzuan, Fadli dll.

Menangis sebab terpisah. Kena pulak naik bas ke Tadika Islam itu. Yang penting...sepanjang perjalanan dari rumah ke Tadika Islam itu...Cik Ra, adik Papa kena "follow" bas itu. Kalau tak...aku akan nangis! Kesiannya kat aku. Haha.

Sama juga halnya masa aku berusia 2-3 tahun. Mama kata, kalau nak balik kampung di Kelantan, sepanjang perjalanan dari KL ke KB aku nak tengok kambing! Kalau takde kambing, aku akan menangis juga! Haha... Macam... Ah, malas lah nak taip. Itulah aku suatu ketika dulu.

Baiklah..kita sambung cerita tadi. Lebih kurang 9 pagi kami sampai di Pasar Selayang. Bukan Pasar Borong Selayang ya. Ini pasar kecil saja. Ala-ala pekan koboi gitu~. Sebaik saja aku dapat hirup udara tatkala menjejakkan kaki dari luar kereta, seluruh memori silam yang indah memenuhi segenap mindaku.

Pasar Selayang ni banyak sangat kenangan. Ada pasaraya Bintang yang masih lagi hidup. Dulu "soho" lah mari sini. Soho tu bahasa Klate. Masyhur~ Rasa macam bangga sangat-sangat kalau dapat pergi Bintang. Semata-mata nak beli Tora dan Din-Dang! Haha.

Kami sefamili bersarapan pagi di sebuah kedai yang menyediakan masakan Pantai Timur. Nasi berlauk.. Tau tak? Nasi berlauk ni boleh kata menu wajib sarapan pagi. Ore Klate memang biasa makan nasi untuk sarapan. Lepas tu suka manis-manis. Jawapannya, ore Klate ramai menghidap kencing manis. Aku memilih untuk makan nasi dagang. Cici masih tak boleh lari dari nasi lemak. Nasi kerabu pun ada.

Lepas sarapan, kami berpecah. Mama dan Ya nak cari apa entah. Papa pun nak cari benda. Jadi , aku dan Cici berteman. Bersaing..melalui jalan kenangan. Dia sebut..dulu masa kecik-kecik dulu sanggup "gatih" basikal nak datang sini. Banyak barang stylo dan murah katanya... Haha.. aku tahu..di pasar inilah jersi Real Madrid warna putih Cici tolong belikan.

Berdekatan dengan pasar ni..ada kedai basikal. Kalau rosak ke..nak beli basikal baru, kat kedai tu lah. Biasalah...naik basikal dari Selayang Baru ke Taman Jasa. Ada short-cut. Seronok sangat meronda degan basikal. Lepas tu, Cici tunjuk, kedai seberang jalan itu. Kedai itulah tempat membeli komik. Dragon Ball... Shin Chan dll.

Belakang pasaraya Bintang, ada satu kedai gunting rambut. Kedai ni jadi tempat wajib tiap kali cuti sekolah dah nak habis. Kami 3 beradik lelaki(masa tu Sufia belum lahir) selalu buat bising kat kedai ni. Keadaannya sekarang, masih belum berubah. Cuma dah ada Astro sekarang.

3 adik-beradik lelaki yang jarak usianya dekat-dekat. Faham-faham aje lah. Tak bergaduh tak sah kan? Yang selalu kena denda..semestinya aku..walaupun aku ni abang yang baik. Cewah!! Aku dulu "jealous" dengan rambut Cici. Sebab rambut dia cantik.

Jangan harap dia nak potong botak ok! Kalau tak "slope"..dia akan kata kat Uncle tu.. "Jangan potong pendek..SEDERHANA" Sedehana? Maknanya apa? Maknanya rugilah bayar kat Uncle tu. Uncle tu untung sebab dapat duit..tapi takde gaya gunting rambut langsung.

Alaa..biasalah masa-masa kecik dulu. Gaduh-gaduh manja. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Air dicincang takkan putus punya. Dulu masa sekolah rendah, suka sangat kumpul pemadam! Yang ada gambar bendera itu~ ataupun yang ada ABC..atas dia warna hijau atau merah. Pastu buat koleksi. Main lawan pemadam. Kalau tak..main jentik pen!

Wah..kenangan itu~ Pastu, pencil-box pun taknak kalah. Lagi banyak tingkat, lagi banyak boleh buka, lagi banyak boleh tekan..keluar atas bawah, lagi bangga. Haha. Sama juga dengan beg sekolah. Lagi banyak zip boleh buka...lagi seronok nak tunjuk. Beg SWAN. Kasut PALLAS. Baju sekolah suka beli kat Globe, Jalan TAR. Haha. Dulu sebelum ada Clorox..orang guna nila nak basuh baju dan kasut sekolah. Kan?? Bajet jadi "pengawas" warna biru~

Sebelah kedai gunting tu, ada kedai jahit. Ingat lagi...dulu "fesyen seluar tempah", dan "rambut belah tengah"! Haha. Kelakarlah..teringat aku kat Cici. Aku usik dia..selaku "raja seluar tempah + rambut belah tengah". Jadi rebutan beb. Ramai kakak nak minta jadi adik angkat diorang. Lepas tu fesyen seluar poket tepi pula melanda sebelum "baggy"..haha. Mangsa fesyen~

Seberang jalan tu, ada kedai kek Wendy. Sedap betul kek yang kedai ni buat. Tempat wajib membeli menu wajib tiap kali hari jadi. Aduhai~ Banyaknya perkara yang aku nak cerita. Takut tak terlepas melakarkan memori indah itu di sini.

Apa ni...banyak sangat kenangan. Aku dah lama tak jumpa "sharpener" bulat yang ada cermin kat belakang itu. Aku dah tak jumpa "gam kanji" sekarang.. Alaa..yang dalam tiub macam ubat gigi itu~. Lepas tu..buku 555 tu standard lah. Haa..bekal air. Dulu dalam kelas, kena letak bekas-bekas air kat belakang kelas. Nak minum angkat tangan. Aku punya bekas air..yang bila tekan..keluar straw. Yang penting...seminggu aku tinggalkan bekas air aku lupa nak bawa balik. Aku ingat ada orang curi. Rupanya terjatuh belakang meja. Air MILO basi! Eeeee...

Mesti ada yang dah meluat baca cerita ni kan? Motif?? Apa tujuan nak cerita segala kenangan yang telah pun berlalu itu. Lepas tu lepas lah.. Kan?? Aku nak je jawab..ada aku kisah? Haha.. Alaa..bila aku buka cerita ni..maknanya..aku melalui zaman kanak-kanak...membesar secara normal. Macam kanak-kanak lain. Bukan anak orang kaya yang diulit kemewahan. Bukan juga anak orang miskin yang serba-serbi kedaifan. Alhamdulillah~ Tiada apa yang menarik..tetapi amatlah istimewa.

Tu cerita sekolah rendah. Sekolah menengah pun best. Aku dulu sekolah Maahad. Sekolah Arab. Kena duduk asrama. Kali pertama duduk asrama. Bila ingat balik..hebat juga aku boleh "survive" sebab cuba bayangkan betapa dhaifnya asrama aku itu.

Nak mandi..di tempat terbuka. Banyak paip sepanjang-panjangnya. Air berkarat. Nak tapis kena guna kain dua tiga lapis. Habis saja sesi persekolahan..kena berlari. Lumba siapa sampai dulu kat asrama. Hadiahnya..dapat mandi kat tempat yang lebih bagus.

Kat asrama dulu..ada lori sampah yang diberi nama "Pajero"..siapa buat salah, Ustaz Zawawi bagi kontrak..bawa Pajero ke Tong Sampah besar. Ustaz Awie...rinduanya. Rindu juga akan line beliau " Ana sayang ko enta..ana nak buang setan dalam badan tu " Zas!!! Kena rotan sahabat aku. Semua kecut perut.

Selain kontrak "bawa Pajero"..ada juga kontrak "menimba". Haha. Cuba teka timba apa? Jeng.. jeng..jeng.. Timba kumbahan itu! Yucks! Dulu rasa terancam sangat. Takut sangat kalau terlanggar peratusan asrama hatta terlambat solat jemaah satu rakaat sekalipun! Tapi sekarang, bila ingat balik..rindunya...akan keakraban..ukhwah yang betul-betul kerana Allah.

Zaman dulu suka sangat main ejek nama mak bapak. Dan bagi gelaran. Contohnya, kawan aku namanya Mohd Fikri Hamzah..orang panggil USOP, sebab suara macam Usop Sontorian. Yang kena ejek nama mak bapa..akan usaha pula cari nama datuk..nama nenek sekalipun. Kelakar betul. Siap nak bertumbuk tu memang adatlah kan. Nama ayah dia Ahmad..orang panggil Mat pun nak melenting. Nama mak dia pulak Sabariah.. Tekalah pula orang cakap apa kat dia.. Haha

Aku rasa tak mampu lah nak ceritakan segalanya. Banyak sangat kenangan indah. Memori yang terpahat di ingatan akan kekal untuk dikenangkan. Cuba renungkan ayat aku ini.. " Suatu hari nanti..kita akan gelakkan diri kita dengan apa yang kita buat hari ini, sebagaimana kita tersenyum sinis pada waktu ini dengan apa yang kita buat semalam ".

Sememangnya terjadi.. tetapi itulah pengalaman yang berharga. Benar.. pengalaman mendewasakan. Pengalaman... guru yang tiada harganya jika kita tak mampu menilai. Biarpun mata tertutup, tetapi celikanlah mata hati kita. Jangan hanya sekadar mampu melihat tapi tak dapat memandang!

Saturday, May 23, 2009

SYURGA CINTA ~ filem terbaik MIG?


Aku mencuri sedikit masa, lantaran kesibukan, kekangan dan kesuntukan masa yang amat. Terus-terang aku cakap, daya tarikan yang paling kuat supaya aku menonton filem ini sudah tentu kerana Heliza. Dek renungan matanya yang bundar menawan itu...yang ada iras-iras Reese Witherspoon.

Biarpun ini lakonan pertama Heliza, ia tetap memberansangkan dan tidak menghampakan. Sebagaimana aku suka lakonan Jac dalam Talentime, begitu juga Heliza. Bezanya, Heliza diberikan watak utama. Lakonannya tetap ada chemistry bersama teraju utama gandingannya, Awal Ashaari dan boleh diasah lagi. Tahniah kerana filem ini "bebas sentuhan" dan tiada ungkapan "I love you" antara Irham dan Syuhada tetapi getar cinta mereka dapat dirasakan.

Biarpun telah banyak filem dilakonkan Awal. Pernah menjadi watak utama dalam Impak Maksima dan Apa Kata Hati?. Tetapi...kita boleh kata ini "lakonan pertama" seorang yang bernama Awal Ashaari. Lakonan yang biasa tetapi ada kualiti. Sebagaimana aku menganggap "lakonan pertama" Danny dan Bienda dalam Budak Kelantan.

Akhbar mengulas filem ini tak bersandarkan populariti pelakonnya. Hello, Awal, Heliza dan Haziq Tom Tom Bak tu tidak popular ke? Mungkin definisi popular itu subjektif kot. Popular tu, mungkin pelakon filem ini bukanlah nama-nama besar yang pernah meraih anugerah Terbaik ataupun Paling Popular yang menghasilkan kejayaan besar dalam filem ataupun kerjaya lakonan mereka sebelum ini. Agaknya itulah tafsirannya...

Sebelum mejejakkan kaki ke dalam pawagam, "mindset" aku kuat mengatakan cerita ini macam cedok sikit filem "Kiamat Sudah Dekat" yang diedarkan oleh MIG juga. Tetapi setelah menonton, perkara ini memang diakui terdapatnya elemen daripada filem tersebut seperti watak budak bernama Ikmal, Syuhada ada atuk yang alim, dan ibu bapa Irham yang sesat-barat. Sama tapi tak serupa.

Ceritanya berada di kelas yang berbeza. Terdapat ramuan-ramuan perisa tambahan yang lebih menarik untuk dikupas terutama skripnya yang agak bagus. Mungkin boleh lawan skrip "CINTA" yang ala-ala iklan Petronas itu. Ditambah muzik latar, sentuhan Mohram yang mendayu-dayu adakalanya menggamit kesayuan dan menginsafkan.

Kelangsungan cerita ini hidup kerana penangan keserasian 3 watak utama. Pertama, Irham lakonan Awal. Kedua, Syuhada yang dibawa Heliza. Dan orang ketiganya Ikmal lakonan Haziq Tom-Tom Bak. Ketiga-tiganya berlakon "bersama-sama" dan bukan masing-masing hanya menjayakan watak sendiri. Pelakon pembantu juga memainkan peranan mereka dengan baik sekali. Shahezy Sam yang cemerlang sebagai Acai lewat lakonannya dalam Bohsia. Fizz Fairuz dan Hisham Ahmad Tajuddin juga membawa lakonan yang mengesankan.

Inilah yang dinamakan lakonan berkumpulan yang saling bantu-membantu. Apa yang kurang ditampung oleh pelakon pembantu sehingga nampak berjaya. Macam lakonan berkumpulan yang baik dihasilkan cerita Los & Faun, Cuci serta Kala Malam Bulan Mengambang. Kenapa tak ada kategori Lakonan Berkumpulan Terbaik ek?

Semasa pembikinan filem ini, telah terpalit 2 kontroversi. Pertama, perang yang meletus antara David Teo dan Yasmin Ahmad. Isu siapa tiru siapa. Sebab masa tu, filem Muallaf baru habis penggambaran. David pula dah umum nak buat cerita ala-ala "racial-love" trademark Yasmin. Alih-alih, pihak penerbitan yang berbincang membuat langkah bijak. Isu orang yang hanya Islam pada nama, atas IC saja menjadi taruhan. Kedua, isu Awal yang lengkap berjubah berserban tetapi pakai subang macam pokok krismas. Tengok dulu...baru anda faham apa ceritanya.

Apa yang aku suka pasal cerita ini, kita tak nampak halangan yang akan wujud antara Irham dan Syuhada, melainkan diri mereka sendiri. Irham anak orang kaya tapi pegangan agamanya goyah. Syuhada juga orang kaya berada tetapi yatim piatu dijaga atuknya yang alim dan pendirian Syuhada juga fleksibel. Dia tak mudah menghukum orang yang jahil seperti Irham, malah memberi ruang dan peluang kepada Irham sehingga akhirnya Syuhada sendiri yang kecewa.

Unsur didaktiknya tetap ada biarpun tidak setebal mesej yang dibawakan Ayat-ayat Cinta. Kalau nak diikutkan, filem Ayat-ayat Cinta itu lebih ringan daripada novel asal yang diadaptasi daripadanya. Syurga Cinta menyampaikan dakwah secara halus. Yang jahil, mungkin terdetik nak berubah. Yang dah baik juga takkan merasa diri sudah cukup bagus dan sempurna.

Kita tak terasa berat kepala. Tak terasa kena bebel dengan Syuhada dan atuknya. Malah setiap tutur bicara yang keluar dari mulut mereka, menggambarkan betapa indahnya Islam. Addinu..nasihah. Agama itu nasihat. Skrip yang cukup bagus disulami dengan tafsir Al-Quran dan hadis-hadis serta pujangga yang puitis sekali.

Ditambah dengan unsur humor yang tak keterlaluan. Ngam-ngam. Tak lebih. Tak kurang. Dalam sibuk bergelak tawa kita turut terasa pedasnya tergigit cili. Babak yang aku takkan lupa ialah ketika Irham nak minum arak nak baca bismillah! Terasa beb kalau benda tu kena atas diri sendiri. Unsur suspens dan seram juga ada. Rasanya lebih takut daripada cerita Jangan Tegur itu. Haha.

Tidak salah kalau dikatakan, cerita-cerita sebegini harus diperbanyakkan. Bukan kita mengharapkan lambakan cerita-cerita yang klise yang lebih kurang begini ceritanya , tetapi hadirlah bersama perkembangan, kemajuan dan kelainan dari sudut naratifnya, aspek lakonannya, dan mesejnya. Cukup-cukuplah hasilkan cerita Mat Rempit lagi dan yang berkaitan dengannya. Itu memang klise! Tidak ralat bagi aku melabelkan filem ini sebagai Filem Terbaik MIG dan Ahmad Idham. Eh, MIG tu apa? Metrowealth International Group Production, David Teo punya company.

Thursday, May 21, 2009

Bibik oh bibik ...

Ini satu kisah. Satu cerita. Khabar berita yang dicanang-canang sebagai isu utama dalam keluarga aku dewasa ini. Mama dan Papa merupakan orang Kelantan sejati. Kedua-dua orang tua aku bekerja. Jadi, bukanlah suatu yang menghairankan jika aku kata, kami 4 beradik membesar dengan orang luar yakni orang gaji.

Jarak usia antara aku dan Cici, 2 tahun. Manakala 4 tahun memisahkan Cici dan Min. Dan Min pula tua 8 tahun daripada Sufia. Wah... Teori janjang aritmetik ke? Haha. Fasa pertama, aku dan Cici ada pembantu rumah yang membesarkan kami.

Kebanyakannya kakak-kakak dari Kelantan yang tengah tunggu keputusan SPM ataupun yang ada SPM tapi tak cukup duit sambung belajar. Ada juga orang Siam yang menjaga kami. Ramai juga. Antaranya Kak Da, Kak Yoh, Kak Ti, Kak Jah dll. Wah..ingatan aku masih boleh tahan~

Seterusnya fasa kedua. Tahun 90-an, setelah kelahiran Min. Min masa baru lahir dulu ada sakit kulit. Gatal-gatal..kuku tercabut dan yang berkait dengannya. Dan penyakit ini berjangkit mungkin sebab darah kami sebagai satu keluarga. Habis mak saudara,bapa saudara, tok ayah dan nenek (mok & tok mek) turut terkena tempiasnya.

Alhamdulillah..setelah berusaha dan berikhtiar. Jumpa bomoh-bomoh tradisional, siap mandi laut segala, semuanya hampir pulih. Min sihat dan sudahpun nak masuk 19 tahun Oktober nanti. Ramai juga yang jaga kami 3 beradik.

Antaranya, seorang warga Indonesia (buat pertama kalinya) yang kami panggil 'nenek'. Bukan bibik ya. Sebab usianya memang melayakkan kami panggil nenek. Papa dan Mama pun panggil dia makcik. Kemudian, datang pula pemegang rekod paling lama sebagai orang gaji paling lama berkhidmat dengan keluarga kami, yang dah anggap macam kakak sendiri.

Siti Lili Suriani Mustapha aka Kak Lili. Dari umur Min 5 tahun..sampailah Min darjah 6 dan dapat adik baru, Sufia. Kak Lili memang supporting habis. Kak Lili ni sebaya dengan Mak Su kami iaitu Su Lili. Kak Lili juga sebaya dengan Kak Ijah jiran rumah sebelah kiri, sebaya juga dengan Kak Dila, jiran rumah sebelah kanan, dan sama umur juga dengan Kak Suraya, jiran belakang rumah. Kenapa tak cakap je satu Jalan Jasa 4, Taman Jasa sebaya dengan Kak Lili? Haha

Takkan aku lupa...peristiwa naik bas, ke Warta Selayang...Kak Lili belanja makan kami 3 beradik. Habis jauh, ke Jalan TAR lah. Bangunan SOGO itu memang banyak kenangan. Satu lagi, Selayang Mall...ada Mydin di situ. Masa kecik-kecik dulu, memang seronok main game dekat tingkat atas sekali.

Boleh kata Min ni memang manja giler lah dengan Kak Lili. Ya lah...cuba bayangkan, pergi dan balik sekolah Kak Lili yang uruskan. Masa Min darjah 1, masuk Tae-Kwan-Do. Dan yang penting, Kak Lili kena ada kat tepi. Haha. Akhirnya, separuh jalan saja kelasnya. Bila Min dah besar sikit, Cici yang carry ke sekolah naik basikal. Oh ya, untuk pengetahuan umum, masa Min darjah 1, aku berada di Kota Bharu...sekolah Ma'ahad.

Fasa ketiga,setelah Sufia lahir ke dunia, Kak Lili sekejap saja dapat jaga Adik Ya. Sebabnya, masa tu Kak Lili dapat penyakit. Kanser kalau tak silap. Maka dari situlah orang gaji yang datang silih berganti. Tangan yang memangku Sufia sering bertukar tangan.

Kak Lah..Kak Da(satu-satunya orang gaji warga Indo yang kami tak panggil Bibik, tapi kena hantar balik sebab rekod kesihatan tidak baik)...Mek Da (orang ulu...Kuala Krai yang memperkenalkan kami istilah "kuro bani")... Bibik tua. Dan seorang lagi Bibik yang menjadi topik utama cerita kali ini. Bibik Nurul. Inilah orangnya ...

Sebenarnya Bibik ini asalnya bekerja dengan orang lain. Masalahnya, majikannya Datuk mana entah tak bayar gaji. Lebih malang, anak majikannya terlibat dengan dadah, dan pernah barang kemas Bibik dicuri. Bibik Nurul mengadu kepada jiran tetangganya, Cikgu Sulastri yang kebetulan kawan sekampus Mama sewaktu di UM.

Maka, Mama disyorkan supaya mengambil Bibik Nurul kerana kebetulan pada waktu itu, memang tiada orang gaji di rumah. Cici, abang yang paling besar di rumah (sebab aku masih di KB) yang meringankan beban Mama. Cici yang basuh baju...lipat baju...dan sudah tentu dia handal memasak daripada aku.

Bibik Nurul "lari" dari sana. Tinggal bersama kami di Taman Jasa, Sungai Tua, Batu Caves. Bukan kami yang "culik" ya. Dari usia Sufia 4 tahun sampailah sekarang Sufia darjah 5 dan kami dah pindah ke Putrajaya. Mungkin orang kedua paling lama berkhidmat selepas Kak Lili.

Bibik Nurul ni memang manjakan Sufia sangat. Sufia makan bersuap..mata tengok ke TV. Apa lagi. Kartun-kartun ASTRO lah. Dulu siap kena dukung lagi walaupun...(dah besar panjang). Rajin tu tak payah cakaplah. Ada 3 biji kereta di rumah..3 biji Bibik basuh. Sudahlah pandai memasak. Spagheti dan makaroni contohnya...

Jadi, apa dan bagaimana layanan kami terhadapnya? Aku rasa...ini win-win situation. Dia dah lepas dari mulut harimau..tapi tak masuk ke mulut buaya. Dia "lari" dengan tiada permit dan passport yang sah. Sekarang dah ada. Permit baru saja disambung Januari lalu sehingga tahun 2011. Bibik yang dulu tak pakai tudung, sekarang dah pakai. Dulu tak lekat solat 5 waktu, sekarang nampak juga bersolat. Bukan sebab mama atau papa yang memaksa. Orang tua kan.. Mungkin malu dengan Sufia... keinsafan dan hidayah yang Allah bagi kepada sesiapa saja.

Tahun 2006 atau 2007 lebih kurang, Papa yang uruskan anak sulung Bibik nak kerja kat KL. Papa yang recommend si Henry itu bekerja di Balakong. Tak puas hati lagi? Papa kira pula supaya dapat kerja di Jusco Mid Valley. Sampailah peristiwa "kantoi" di malam hari. Henry dihantar balik ke Indonesia. Gara-gara nak lari dari polis sebab passport mati tak di"renew". Itulah.. Papa dah pesan banyak kali, degil lagi. Papa dan Mama layan macam keluarga sendiri. Bukan Bibik Nurul ni seorang tau. Memang semua dilayan macam tu.

Mana ada orang gaji yang panggil Papa, Tuan atau ada perkataan "Encik" di hadapan. Panggil Abang Din saja. Mama pulak...mereka panggil Kak Zam saja. Bibik pernah kami bawa balik Kelantan. Dah sikapnya memang "cak ligah" ataupun rajin. Tak boleh duduk diam. Kebetulan pula ada kenduri besar masa tu. Ganjarannya..bibik dapat hadiah daripada orang-orang kampung. Ada yang bagi kain...dan sebagainya.

Soalannya...adakah Bibik perfect? Rajin saja tidak mencukupi kan? Bibik layan Sufia macam anak sendiri. Ya lah...Bibik takde anak perempuan. Anaknya kesemuanya lelaki. Tapi tetap ada kekurangannya. Apa dia? Biarlah kami simpan peristiwa "kantoi" itu sebagai rahsia. Fail sulit! Isunya sekarang? Setelah permit diperbaharui sehingga 2011 pada Januari 2009 yang lalu. Hello, aku sendiri yang pergi ke Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang itu ya. Masa tu memang aku tanam anggur lagi. Bibik pernah balik sekali tahun 2005 tak silap,dan kali ini Bibik menyatakan hasratnya untuk balik sekali lagi. Ada dua urusan. Pertama, Henry dah nak kahwin rasanya. Kedua, ibu kepada bibik sakit tenat. Bibik ni anak tunggal, suaminya telah tiada, maka anak-anaknya yang menjaga ibunya. Senang cerita..nenek dijaga cucunya.

Maka, setelah berbincang, Mama dah beli tiket pergi-balik. Tiket ke Jogjakarta melalui Airasia. Bibik berangkat pada 20 Februari 2009. Mama bagi masa 3 bulan untuk Bibik lunaskan segala urusan di sana. Aku sempat lah juga menjadi Bibik di rumah. Sufia siap tersilap memanggil nama Bibik lagi. Rindu lah tu. Mengikut perancangan, esok, 22 Mei 2009, lepas solat Jumaat Bibik harus kembali.

Tetapi...apakan daya. Isnin baru ni Bibik buat panggilan, bercakap dengan Mama. Katanya, hatinya berat nak tinggalkan ibunya yang terlantar. Ibunya mengalami kegagalan buah pinggang. Kaki membengkak dan sebagainya. Orang-orang kampung pasti sibuk mengata kalau tingalkan ibu yang seakan-akan nazak.

Dia manusia juga. Ada kehidupan. Ada anak-anak. Ada ibu bapa. Cuba kita berada di tempatnya? Lebih-lebih lagi...kita dah guna segala kudrat tenaga yang dia ada sepenuhnya. Sebaik mungkin. Kita pun ada hati perut. Mama jadi serba salah. Papa juga resah gelisah. Aku ambil kisah ya..

Kalau nak diikutkan. Harga tiket yang dibeli melalui online itu agak murah. Sebab beli awal. Dan Mama tak pernah claim balik dengan menolak gaji dan sebagainya. Sama juga urusan permit dan passport. Tak pernah tolak gaji. Aku pernah dengar isu 'cakap belakang'. Bibik sebenarnya tak puas hati, gaji standard orang gaji sekarang RM 500.

Betul tu... Memang gajinya dulu bermula agak rendah. Sebab dulukan..kita 'curi' dia bekerja dengan kami. Tapi dari semasa ke semasa, Mama dah "up"kan gajinya. Dah lebih RM 400 pun, cuma tak sampai angka 500 je. Adakah ibu bapa aku majikan yang "zalim"? Bibik hakikatnya, jaga Sufia yang dah besar. Bukan bayi kecil. Sufia seorang! Cici di UDM, Min di UiTM.

Bukan kena hantar dan ambil Sufia ke sekolah. Bibik urus rumah saja. Memasak. Membasuh. Mengemas. Dapat bilik besar. Ada TV (walaupun bukan Astro)..makan free (biarpun dia yang masak. Tapi kami siap ajak makan semeja lagi..cuma dia saja yang segan). Bibik nak keluar ke bandar hujung minggu...boleh saja. Sempat lagi ke Alamanda masa Sufia ke sekolah agama.

Sedangkan kami pernah juga mengajak Bibik keluar bersama kami, cuma jarang-jarang saja Bibik menerima ajakan kami. Alasan Bibik tak nak ikut kami jalan-jalan...tak suka air-cond. Klise tak jawapan? Ada satu cerita, Kami satu keluarga hantu durian, tapi Bibik tak tahan bau durian.

Ok lah...bagaimana kesudahannya? Aku mengaharapkan juga pandangan daripada kawan-kawan dan pembaca. Apa langkah terbaik supaya tiada hati yang terguris. Umpama menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus, tepung tak berterabur.

Antara pilihan yang ada:

a) Mama bertegas push saja supaya balik (tapi sampai ke hari ini gagal dihubungi. Hari tu Bibik cakap nak telefon balik)
b) Bagi masa sebulan lagi tapi harga tiket nanti kena tolak gaji (tiket yang dah "burn" tu biarlah)

c) Ikut Bibiklah nak datang bekerja balik bila-bila masa tapi tiket kena beli sendiri

d) Cari Bibik kontrak, PKS mungkin...masalahnya ada ke?

e) Mungkin Bibik sebenarnya tak sampai hati nak cakap tak nak kerja dengan kami. Nak gaji lebih tapi
tak berani nak cakap. Mungkin ni peluang nak "lari" lagi sekali (kalau nak buruk sangka lah)
f) Cari saja Bibik baru..Daia...lupakan yang lain...

g) Tak payah ada orang gaji terus...semua dah besar...kongsi-kongsi buat kerja (masalahnya kekangan masa lah...sebagaimana suasana rumah sekarang. Agak kelam-kabut. Kerja pejabat lagi. Kadang-kadang Mama/Papa "outstation" lagi dll)

h) Cadangan lain


Apa yang pasti...kalau jawab a) macam salah je...

Bila tiba bab orang gaji ni..memang macam-macam karenah manusia. Lain padang lain belalangnya. Banyak manusia, banyak ragamnya. Pernah dulu, masa aku kami tinggal di Segambut, Papa dan Mama ambil 2 orang gaji sekaligus. Apa yang penting...dua-dua tak boleh pakai. Bergaduh sesama sendiri. Sebabnya sorang ni jealous yang tu kerja kurang, dia kena kerja lebih. Akhirnya, both of them are fired! Haha.

Ada pula yang tak tahu memasak tapi mengaku boleh memasak. Bila tanya, tahu tak buat pizza? Beres...Haha...kesudahannya Rebes! Ada juga yang kerja balik hari. Waktu siang saja datang rumah, kemas-kemas, basuh baju dan memasak. Tapi yang tak tahannya, dia bawa ke rumah 2 ke 3 orang anaknya berkampung di rumah kami macam rumah sendiri. Habis segala coklat dan buah-buahan dalam fridge disebat! Haha.

Ada jenis yang malas nak mam^&*. Selagi Sufia tidur atas buai. Selama itulah juga dia tidur. Ore Klate kata "badi tewah". Maknanya...bertanding siapa tidur lagi lama. Maka, jawapannya, baju-baju disidai di ampaian pukul 2 atau 3 petang. Kak Rokiah, jiran sebelah rumah nak angkat baju yang dah kering...dia baru nak sidai! Haha. Ada juga yang jenis cover baik punya. Depan Mama Papa, pijak semut pun tak mati. Nasib baik kami "bijak"! Haha. Silaplah nak jolok sarang tebuan kan...

Ada juga orang gaji yang pernah bawa anak kecil tinggal dengan kami. Ok juga kan. Dapat adik ekstra. Mejak kot nama manjanya. Cuma yang kelakar...bila dia nak minum air..dia akan sebut "nak atap...nak atap.." Haha. Ada seorang bibik yang pernah kerja dengan kami, kerjanya hanya nak balik kampung setiap bulan! Apa? Ingat Indonesia tu dekat?? Haha. Ah, sudahlah. Macam-macam cerita. Tak habis dua tiga malam kalau nak cerita.