Hebahan

Monday, November 23, 2009

Buat iklan aka mengepeng molek~

Saja nak buat iklan walaupun tak ditaja. Orang Kelantan kata mengepeng molek. Bahasa Melayu standardnya berkempen sungguh... Sengoti~ Layaaan sudah!

Inilah iklan TM yang ada di kaca TV. Kisah orang kertas bercinta.



Ni lagu versi Bahasa Melayu nyanyian Tomok,



Ni pulak versi Katy Perry Malaysia, Shila .. (motif sangat dapat gelaran sebegitu)



Dan inilah versi terbaik, rendisi Bunkface.

Sunday, November 22, 2009

GHADAB = MARAH

Seorang rakan blogger, Epi, pernah meminta pendapat aku, bagaimana kita mahu mengawal perasaan marah. Akhirnya aku berjaya juga membuka topik ini. Alhamdulillah. Jangan marah ya Epi.. terlambat memberi maklum balas & membuat liputan/tinjauan sewajarnya =)

Marah!! Apa itu marah?? Adakah macam ni
-->
ataupun ni
-->

atau pernah tonton filem ini
-->
ataupun rasa macam nak bagi ni
-->
Marah. Satu perasaan. Mungkin kerana nafsu ammarah ataupun peringkat nafsu yang selainnya? Adakah wujud di dunia ini orang yang Halim, yakni lemah lembut, dan pemaaf. Bak kata Nelson Mandella kita mungkin dapat memaafkan.. tetapi untuk meLUPAkan?? To forgive where forgiveness is necessary, without forgetting.

Marah ada banyak jenis. Mungkin puncanya juga pelbagai. Ada setengah orang jenis panas baran, darah orang muda katanya. Ada orang mudah marah, sebab tersiku pun nak mengamuk. Terpijak kasut bila nak masuk lif pun nak kecoh.

Marah dan gaduh. Bila marah dan gaduh bertemu.. maka kecohlah jadinya. Ada sesetengah orang memang semulajadinya memek muka yang dianugerahkan Allah memang 'ketat'. Dengan misai melentik, payah nak senyum.. tapi hatinya baik. Pemaaf orangnya.

Ada sesetengah orang payah nak nampak dalam keadaan marah. Kena provoke macam mana sekalipun tetap cool~ Tapi awas, orang seperti ini, jika sekali-sekala orang pijak kepala, ataupun benar-benar menguji tahap kewarasan dan kesabarannya, mimpi ngerilah orang yang mencari pasal itu. Takde kerja cari kerja. Kena sembur free-free.

Mungkin AKU salah seorang manusia yang berpewatakan seperti itu. Kalau orang kenal aku luar dan dalam, walaupun aku nampak sentiasa ceria + tersenyum, aku juga seorang yang agak serius. Ada sesetengah lawak yang tak boleh diterima akan mendapat respon
bo-layan. Tapi, sememangnya aku lebih banyak ketawa dan gelak dengan gelagat & ragam manusia.

Aku juga orang menjaga tutur kata. Jarang sekali perkataan yang menjelikkan atau menjengkelkan terkeluar daripada mulut ini. Apatah lagi perkataan mencarut dan sebagainya. Itu bukan aku. (Tak percaya sudah! =P) Tapi, aku juga pernah marah seorang kawan dan akibatnya dekat 2 ke 3 bulan tak bertegur-sapa. Haha.


Ada seorang kawan ni.. suka benar jadikan aku bahan 'eksperimen' untuk disampahkan. Kiranya aku menjadi modal untuk diejek dan sebagainya lah. Mungkin dia hanya berniat untuk bergurau. Tetapi, suatu hari gurauan itu melampau sangat. Melepasi tahap kesabaran dan menjangkaui sempadan yang telah aku berikan.


Jangan kata aku tak pernah beri amaran. Tapi
mamat ni degil juga. Keras kepala dan laser juga mulutnya. Mungkin secara tidak sengaja (mungkin juga dengan sengaja) dia telah bermain-main di 'daerah' kepala. Huh~ aku bab main kepala ni memang sensitif sikit. Biarpun waktu itu, Papa yang masih bayar zakat fitrah aku yang masih belajar, rasa tanggungjawab menjaga kepala sangat penting.

Satu perkataan TUNGGAL; terkeluar daripada mulut ini. "Hey bab1 tunggal!"


Terus tak bertegur-sapa berbulan-bulan. Kah.. kah.. kah.. Tetapi jangan risau. Kami masih berkawan baik, mungkin aku berjaya memberi mimpi buruk kepadanya. Mission accomplished!


Jadi, penting tak rasa "Marah" ini?? Adakalanya kita perlu 'rasa' ini sebagai senjata. Orang psikologi kata, kalau nak marah seseorang.. kita hanya perlu marah selama 2 atau 3 MINIT sahaja. Lepas tu, kembali normal. Marah juga penting sebagai amaran atau tanda protes.

Di dalam bahasa Arab istilahnya Ghadab bermaksud keras, kasar, atau padat. Ghadab dapat diertikan sikap seseorang yang sedang marah, kerana tidak senang terhadap perilaku atau perbuatan orang lain. Amarah kerap membuat seseorang bertindak kasar, jahat, bahkan sadis. Perkataan maaf nyaris tak berlaku kepada orang yang ghadib (pemarah) yang bergejolak adalah nafsu ingin melampiaskan dendam kebencian.

Sikap marah ini sering kita saksikan dalam realiti kehidupan saat ini.

Cuba gambarkan cerita ini. Biarkan imaginasi anda berlari...

Anda telah berkeluarga. Ada seorang isteri dan seorang anak. Suatu pagi anda terbangun lambat untuk ke tempat kerja. Dalam keadaan kelam-kabut itu, isteri anda tak sempat menguruskan minum pakai anda kerana menguruskan satu-satunya anak tunggal anda ke sekolah. Tiba-tiba anak anda tertumpah secawan kopi ke atas kemeja anda yang baru saja digosok sebentar tadi.
Apa reaksi anda??


Situasi A

Anda marah dan mengherdik anak anda. Anak anda mula teresak-esak dan 'melalak'. Anda cuba 'tangan' anak anda tetapi isteri anda menghalang. Tak pasal-pasal bergaduh dengan bini pula. Lepas perang mulut selesai, anda naik atas, ambil saja kemeja yang berkedut belum bergosok. Anda turun semula dan anak anda masih menangis. Isteri anda memujuk namun gagal.


Anda mengalah... Memujuk anak supaya ke sekolah. Sayangnya, bas sekolah sudah terlepas. Anda terpaksa meredah
jammed menghantar anak ke sekolah. Anda lewat ke kerja. Lampu merah pun anda redah. Tak sangka pula waktu itu polis rajin bekerja. Anda disaman. Punch card anda merah hari itu. Dipanggil menghadap bos yang lebih 'singa' daripada anda.

Anda tersilap melakukan kerja yang diperintahkan semalam. Anda tertekan. Rasa macam nak baham orang waktu makan tengahari nanti..


Situasi B

Anda meninggikan suara kerana terkejut. Kemudian anda tenang. Anak kecil itu mula tersak-esak. Rasa marah anda yang menebal tadi semakin hilang. Isteri anda datang memujuk. Anda biarkan isteri anda memujuk. Anda membelai kepala anak anda lalu mencium kepalanya. Anda naik ke atas dengan tenang. Sempat lagi gosok baju cincai kira.


Anda turun segera mahu ke tempat kerja. Anak anda telahpun menaiki bas ke sekolah. Isteri anda telah sediakan beg bimbit dan kunci kereta. Anda menuju ke tempat kerja dengan tenang. Dan hari itu segalanya berlalu dengan tenang. Anda sampai awal ke tempat kerja, sempat membuat pembetulan mengenai kerja semalam.


Jadi, situasi mana pilihan anda. Kawal emosi cepat melenting itu. Acting is reacting~

Jika perilaku marah ini dibiarkan tumbuh pada diri seseorang maka kehidupan akan terasa sangat panas membara, ketenangan individu mauhpun sosial akan terbang semakin jauh daripada sekitar kita, yang ada rasa was-was dan khuatir serta diselimuti ketakutan yang akan menemani gerak langkah kita.

Ada kata-kata menarik untuk dihayati.

Sebaik-baik mereka yang membuat dosa atau kejahatan ialah mereka yang bertaubat dan memohon keampunan.


Kita tak gagal apabila terjatuh ke bawah, tetapi kita gagal seandainya kita tak mampu bangkit kembali.


Orang yang paling gagah bukannya mereka yang mampu menjatuhkan pihak lawannya, tetapi orang yang gagah itu ialah mereka yang berjaya mengawal kemarahannya.


Nabi SAW bersabda: “Sebenarnya marah itu dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan diciptakan dari api. Dan api dapat dipadamkan dengan air, maka jika salah seorang di antara kamu marah, hendaklah ia berwudhu ” (HR. Abu Daud).


Renung-renungkan~ baca lagi dengan lebih lanjut "marah" salah satu tajuk khutbah jumaat di sini.

Separuh Akhir Muzik-muzik 24 - umpama Champion League


Ya! Itu tepat sekali bagi pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik edisi ke-24 yang telahpun memilih 14 finalis yang akan berentap di Anugerah Juara Lagu 24 kelak. Mengapa? Kerana kita ada Juara beberapa rancangan realiti TV. Ada JUARA daripada rancangan Akademi Fantasia musim 5 (Mila), 6(Stacy), dan 7(Hafiz), jutawan baru daripada rancangan One In A Million 3(Tomok) , Gangstarz 2(One Nation Emcee), Malaysian Idol 1(Jaclyn Victor), termasuk juara Bintang HMI tahun 2000, Alyah Abu Hassan.

Macam perlawanan bola sepak juara antara juara-juara atau terkenal dengan nama manjanya Champion League, yang menampilkan kelab bola sepak Eropah yang menjadi juara Liga Inggeris, Liga Belanda, Liga Sepanyol, Liga Jerman, Liga Itali dan yang setaraf dengannya. Objektif ataupun al-ahdafnya tetap sama iaitu mahu mencari jaguh sebenar dan beradu nasib di pentas yang sama.

Separuh Akhir Muzik-muzik yang kembali ke format lama, iaitu kategori TERBUKA, di mana tiada lagi lagu yang akan dipertandingkan mengikut kategori samada POP ROCK, BALADA, mahupun IRAMA MALAYSIA/ETNIK KREATIF. Sebanyak 30 buah lagu telah disenarai pendek untuk dinilai oleh JURI yang SAMA selama 3 Minggu berturut-turut; 6, 13 dan 20 November 2009.

Belum lagi pertandingan bermula, kumpulan Meet Uncle Hussain yang layak ke Semi dengan lagu Pari-pari Di Bawah Angin, menarik diri dan digantikan oleh kumpulan Grey Sky Morning, dengan lagu Cinta Gila. Manakala, Faizal Tahir membuat 'kejutan' di saat-saat akhir ekoran masalah kesihatan, lalu digantikan oleh Shila mendendangkan lagu Bencinta. Nasib berbeza yang menimpa kedua-dua lagu berkenaan.

Dan daripada link ini, aku telah membuat ramalan lagu mana yang layak ke final AJL 24, Januari 2010 nanti. Daripada 14 lagu tersebut, 9 LAGU yang aku ramal telahpun berjaya. Lagu-lagu yang berjaya menembusi benteng Separuh Akhir, melepasi tembok kebal juri profesional yang dikepalai Azhar Borhan adalah seperti berikut:


Kau Aku (Aizat)
Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
Aku Scandal (Hujan)
Dan Sebenarnya (Yuna)
Aurora (Estranged)
Bengang (Akim)
Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
Masih Jelas (Hafiz)
Situasi (Bunkface)
Rindu Terhenti (Tomok)
Pakai Buang (Stacy)
Pergi (Aizat)
Bencinta (Faizal Tahir)
Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

Lagu yang diBOLD merupakan pilihan aku. 9/14 betul ataupun 64% tepat. Manakala 5 lagu di bawah yang menjadi pilihan aku gagal ke peringkat seterusnya;

Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)
Khatimah Cinta (6ixth Sense)
Patri (Jinbara)
Mirage (Pesawat)
Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)

Bagi aku, apa-apapun keputusan juri, pasti akan kedengaran lagi bunyi pahat biarpun rumah telah siap dibina. Sama juga halnya jika JARI yang menjadi JURI. Jadi, gunakanlah JARI itu memberi isyarat DIAM! Syyyy~ Tak payah banyak bunyi ya.

Cuma aku ingin memberi sedikit justifikasi mengapa aku berasa sedikit ralat apabila 3 Lagu TERBAIK di hatiku ini gagal menambat hati juri. 3 lagu berkenaan ialah Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor) Khatimah Cinta (6ixth Sense) dan Patri (Jinbara). Bagi aku ketiga-tiga lagu ini sangat romantis, dan indah bahasanya. Melodinya memang sesuai untuk orang yang hangat bercinta macam aku. Cewah~

Manakala baki 2 lagu, iaitu Pesawat-Mirage menjadi pilihan aku kerana band ini merupakan pelapis terbaik kepada MUH dan Hujan. Band ini ada class kata aku. Manakala Pari-pari Di Bawah Angin sememangnya menjadi suatu keajaiban kerana aku mengharapkan Azlan, bekas vokalis MUH dapat melupakan 'sengketa' lama dan bersatu semula demi lagu ini. Sayang seribu kali sayang... sayang sayang buah kepayang.

Kesemua 14 lagu ini diumukan ketika pusingan ketiga telahpun selesai. Mungkin rezeki tak berpihak kepada Nubhan-Seadanya Aku dan Raja Gelek-ONE yang pada mulanya tersenarai Top 5 tersingkir jua akhirnya... Dan yang penting.. irama malaysia dan etnik kreatif tidak akan kedengaran terenjut-enjut untukmu oh anok-anok~ Maka, jangan ada yang jadi gila sebab gagal ya. Cuba lagi lain kali. Dan semoga AJL 24 nanti keputusannya tak klise dan sudah boleh dijangka siapa pemenang yang 'ditentukan' TV3.

Monday, November 16, 2009

Diari seorang penganggur; menampilkan Amer

Sekali lagi aku menampilkan Amer sebagai tukang tulis di sini. Ada kesinambungan daripada kisah yang lalu. Ada orang pertikaikan juga, mengapa aku memilih kisah hidup dia? Kenapa kisah orang yang 'gagal' dijadikan bahan cerita??

Aku ada satu alasan. Pernah dengar ayat sebegini tak?? Jika anda mahu tahu kekuatan anda, tanyalah rakan karib anda. Jika anda mahu tahu kelemahan anda, tanyalah musuh anda. Sama juga halnya dengan kisah di sini.

Al-kaedahnya.. jika anda mahu masuk syurga, tetapi 'tak mampu' melakukan amal kebajikan, maka jauhkanlah diri daripada terjebak dan dibelenggu dosa. Jika anda mahu berjaya dalam hidup, tetapi tak mampu ikut jejak langkah mereka yang berjaya, maka jadikanlah kisah hidup mereka yang 'gagal' sebagai pedoman dan pengajaran!

Mudah kan? Itulah hitam putih kehidupan. Umpama putaran roda. Klise tak klise~ Selamanya kita takkan berada di atas, dan kita juga takkan selamanya di bawah. Anda tidak gagal apabila berada di bawah, tetapi anda gagal sekiranya gagal bangkit kembali.

Kisah Amer kali ini ada juga kaitan dengan aku yang pernah bergelar penganggur kehormat selama 3 bulan sebanyak 2 kali dalam tempoh satu tahun. Situasi sebegini benar-benar mencabar dan menduga keimanan. Sebabnya..satu sahaja. DUIT! Jangan tipu. Betul... duit bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya mahukan DUIT. Sekian buat pendahuluan. Ayuh kita mulakan dan teruskan cerita Amer...


Diari seorang pengangur

aku…macamana mahu dimulai. ajarlah aku untuk menanggung beban, ajarlah aku untuk mebalas jasa ibu bapa ku, ajarlah aku untuk bersyukur dan ajarlah aku untuk mengingatkan mati. pernah aku teringat cerita cerita orang maksudnya kata kata orang dahulu, bila seseorang nak mati, rezeki utk tuan punya dikerat dan dipotong. kalo lah perbandingan dibuat pada aku ni, sejak bulan 5 baru ini aku dibuang, elaun aku hilang, kerja baru tak dapat, hs aku hilang semua kabel untuk minta kerja hilang, nasib malang, tapi…takkan lah nak mati dah kan, aku tak bersedia lagik, amalan aku pon tak cukup, hutang byk lagik tak bayar dan cita cita aku masih tak tercapai. cita cita, teringat aku pasal cita cita, sejak sekolah rendah lagi bila guru bertanya, kamu nak jadi apa bila dewasa kelak? kelat? tanya mindaku pada umur 7 tahun.

penulis berasal dari kelantan dan perkataan kelak bunyinya seakan-akan kelat bermaksud pahit dan kelat.
aku senyap tak paham soalan tersebut, cuba mencari contoh daripada jawapan murid yang lain, ada yang menjawab askar, guru, polis, doktor, sampai giliran aku, aku cuma jawab seperti jawapan orang lain, juruterbang. dan bermula dari itu aku berfikir manusia kita perlu ada angan angan atau panduan untuk tindakan kita dewasa kelak. kemudian cita cita aku berubah selepas umur bertambah, dari darjah satu ke darjah dua, tiga, empat, lima, enam. masuk aja sekolah menengah perubahan masa dan pendedahan ilmu menyebabkan cita cita aku sekali berubah, daripada juruterbang, pensyarah, doktor, sekarang bercita cita menjadi ulama`.


Satu cita cita yg semakin simbolik dengan kehidupan, ada juga kawan nakal sering bercakap mengenai cita cita sendiri mahu menjadi orang yg berguna. aku kagum dengan kekereatifan diorang. sambung pengajian selepas spm. selepas spm aku diterima masuk pra universiti (matrik), sekali lagik cita cita ku bertukar. mahu jadi seorang dr. kata ku, bukan dr medical tapi, dr haiwan, veterinar. kalo disini disebabkan pendedahan ilmu menyebabkan minda kita menjadi luas dan kita sering nampak peluang untuk pekerjaan di masa depan.tapi itu cuma cita cita. akhir nya aku diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraaan. Entah macamana tersangkut bidang ini pulak.

Tapi nak ceritakan, asal sebenarnya cita cita ku nak menjadi seorang dr haiwan disebabkan galakkan oleh orang tua untuk membina empayar penternakkan lembu, sebab itulah tujuan aku untuk bercita cita menjadi seorang dr haiwan dulu. kemudian tawaran ke universiti untuk keputusan akademik seperti aku layak untuk kejuruteraan pertanian. hebat sungguh peta dalam rancah kehidupan manusia, kebetulan ini bermaksud ini lah bidangnya yg aku cari cari. cita cita sebagai penternak lembu semakin bersinar menyinari kalbu.
selang beberapa tahun di pengajian universiti. cita cita aku kemudian tersasar. nak jadi engineer katanya. disebabkan pengaruh prestige nama dan ilmu baru cenderung ke arah enginia. masuk tahun keempat dan seterusnya sem akhir aku kandas, projek tahun akhir. aku terkandas dalam projek membuatkan aku terpaksa menanggung sendiri pembiayaan aku untuk yuran shj, sara diri orang tua sanggup hulurkan kerana inginkan anaknya grade. tahun kelima aku bersyukur aku grade.


tapi aku terpikir cita cita aku sebagai enginia tak layak. menggangur… dan kemudian, seorang member aku yg setahun grade awal pada aku rekomenkan aku sebagai penolong penyelidik. seronok kerja itu. rilek, buat eksperimen, buat gaji sendiri, pagi minum, tengahari rehat, petang minum, lepas waktu keja main pingpong.sesudah setahun kerja sebagai penolong penyelidik, ada tawaran untukku untuk sambung pengajian. aku tak mao sebenarnya sambung blaja. degree pon aku dah terlebih setahun inikan pula bidang yang lebih tinggi akademik. aku grade pon sampai tahap ini hasil meniru dalam peperiksaan. tapi selepas aku meminta pendapat semua orang bagus atau tidak sambung blaja…semua memberi komen positif aku setuju…sambung pengajian. aku sesat…tidak ada cita cita sekarang. satu sem…hanya satu sem…aku fail. dismiss. orang amik master nak jgk amik master. menyampah aku har har. so bulan 5 baru ni aku fail dah abis kesemua elauan di tarik dan aku menggangur merayu mencari kerja. dan cita cita ku…aku hanya nak mati shahid tue aja.

Thursday, November 12, 2009

Mengada-ngada ~ menampilkan - Amer


Ada orang bertanya, mengapa blog ini tak dinamakan sempena nama aku? mustakimbahrudin.blogspot.com ke... mustakim.blogspot.com ke?? Mengapa mesti misisitukangtulis.blogspot.com??

Mengada-ngada betul soalan ni.. Kan?? ISA lah. Ikut suka aku. Tapi aku bukan suka-suka saja bagi misi si tukang tulis. Kenapa bukan misi si penulis?? Apa beza penulis dan tukang tulis?? Penulis, mungkin agak formal.. skema kata orang. Terikat dengan dateline, prosedur dan macam-macam terma dan syarat lagi. Tetapi selaku 'tukang tulis', aku bebas nak bertukang.

Nak edit sana-sini ke.. Tak mahu adjust apa-apa yang patut ke.. Aku mahu tulis berita politik ke.. sukan ke.. hiburan ke.. semasa ke.. Itulah tugas seorang tukang tulis. Mungkin juga dengan penambahan 'tukang' itu menjadikan aku lebih 'seni'. Seni dalam bertukang.. seni dalam bidang penulisan.

Misi?? Mengapa mesti ada misi?? ISY~ itu perlu. Aku memang perlukan misi untuk dilaksanakan. Aku letakkan satu misi terlebih dahulu. Misi aku mahu menampilkan tukang-tukang tulis selain aku yang bernama Mustakim Bahrudin. Mungkin mereka berbakat untuk menulis tetapi tak berkesempatan menghasilkan blog.. ataupun ada blog, tapi tak sempat nak kemaskini. Jadi, kalau anda selaku pembaca blog ini mahu menyumbangkan artikel yang menarik ataupun mahu berkongsi masalah/cerita dan sebagainya, jangan malu-malu, jangan segan-segan, hantarkan saja ke emel; mustakimbahrudin@gmail.com.

Maknanya, aku ni macam founder ataupun pengasas kepada blog ini yang akan menampilkan seramai mungkin penulis mahupun tukang tulis. Senang cerita.. akulah ketua editor. Berangan~ Kan?? Lantaklah apa orang nak kata. Janji, aku ada misi untuk dilunaskan, dan aku takkan sia-siakan kesempatan yang terbentang luas di depan mata ini.

Dan buat pertama kalinya, aku menampilkan penulis yang bernama Mohamad Amiruddin Mohd Nor aka Amer. Beliau merupakan senior aku, di Ma'ahad dan juga di UPM. Aku terbaca nota yang ditulis beliau di dinding Fesbuk. Aku tertarik dengan ceritanya kerana kisahnya hampir sama dengan kisah aku. Pasal kursus sarjana muda aku di UPM yang agak unik namanya, Kejuruteraan Biologi & Pertanian. Walaupun di luar negara terkenal dengan singkatannya AE ataupun Agriculture Engineering, tapi sayangnya situasi di Malaysia bukan begitu.

Kisah kehilangan.. keazaman.. dan harapan. Secara rasminya, misi si tukang tulis menampilkan,Amir dengan ceritanya.. "Ngada-ngada"
(p/s - dengan keizinan beliau, ini hanyalah 'copy & paste semata-mata tanpa edit bagi mengekalkan keaslian. Jadi jika ada singkatan perkataan, agak-agak sendiri maknanya =)


Memang degree mung susoh mir, kata salah seorang membe aku ketika minum dan berbual malam itu. Dan aku mengimbau balik kenangan aku sewaktu belaja dahulu. Erm…susah. Dan jawab ku kepadanya…betol bagi aku amik degree memang susah…biarlah orang lain kata degree ni senang tapi betol degree ni susah. Betol betol mencabar…mental, fizikal…keazaman…

Apabila sesesorang tanya aku degree dulu kamu belaja apa…aku akan jawab…survive. Itulah jawapan paling sesuai bagi degree…ya survive…degree mengajar untuk survive. Waktu belaja degree ni lah aku tau pekerjaan mencuci pinggan di hotel, membasuh cooling tower, kerja membuat minuman di laksa shake, pengangkut sampah, kerja kitchen crew di Mc D, kerja di seven e, pengutip besi buruk, peniaga pasar Ramadan.

Semua pengalaman tue mula membina aku…sedikit demi sedikit…cara nak bertoleransi…hubungan antara bos dan pekerja…kenal perangai membe…tak terpikir pon waktu kecil kecil dulu aku mampu buat kerja tue…dan sekarang aku telah buktikan…kita manusia boleh dipushkan buat kerja apa bidang pon…percayalah…pengalaman akan membina keyakinan diri.

Dan dengan waktu degree lah aku melangkah masuk kedalam sawah padi…bemain kotor membuat telaga satu perjalanan aku membuat Master…tapi malang sekerat jalan…terlalu banyak gred F dalam hidup aku…

Rupa rupanya sudah banyak cerita dalam hidup ku. 26 tahun umur sudah ada beberapa cerita…aku anggap menarik walaupun orang lain tak anggap sebegitu. Kalau dipikirkan aku patut mati lama dah…kejadian tue berlaku ketika tingkatan 4…aku keluar curi malam malam.dah la malam…lompat pagar asrama…sorang sorang pulak tue…boring dok dalam hostel…nak tengok dunia…aku fobia duduk dalam kawasan berpagar, susah bernafas…ketika lalu dikawasan rumah kampong. Aku hampir hampir di patuk ular tedung. Hitam dan panjangnya sedepa…sebesar lengan aku berdiri paras lutut sejengkal dengan aku…ntah macamana sedar sedar aku terlompat jauh terkejut baru aku sedar itu ular tedung…fiuh panjang umur. Tapi tetap tak serik serik…

Teringat tingkatan 2 dulu. Akibat main bola waktu maghrib, aku terjatuh dan tangan aku patah. Bangun bangun aku dah ada dua siku pada satu lengan…aku pegang…bila dilepaskan tangan aku membelok keluar…setahun tangan aku tak boleh mengangkat benda berat…

Waktu degree dulu ada praktikal…satu lagi pengalaman ditinggalkan membe…duduk sorang sorang di rumah estate bertemankan ikan sepat yang aku pelihara dan bunyi bunyi burung hantu…pernah pukul 4 pagi aku tersedar terdengar bunyi bising burung murai berkicau di pokok jambu liar dekat depan laman rumah aku…banyak perkara menarik berlaku sewaktu praktikal…tapi jika ada masa nanti aku akan coretkan.

Tapi yang menarik sewaktu aku mula masuk belaja di universiti…setelah lama berkenalan dengan membe membe sekelas…baru mereka mengaku yang aku ni menakutkan…kerana rupaku seperti penagih dadah…aku terketawa…aku tak terkejut…sebab ketika tingkatan 4 lagi ayahku sendiri menyangka begitu tehadapku…malah penagih sendiri mengajak aku sama sama stim melayan syabu sebelum aku naik bas pulang ke kelantan. Aku ni bersih…Cuma hisap rokok aje…aku perlu rokok untuk kalenjar pituitari aku perlukan nikotin untuk rembeskan hepatamin akibat aku buat kerja kerja sewaktu degree dahulu…kalo tidak tubuh aku tak larat nak buat kerja kerja tersebut…tanyalah mana mana orang yang buat kerja berat pastinya surya original pilihan mereka ketika membuat kerja kerja berat tak pon rokok gulung daun nipah tak pon lenteng untuk orang jawa dan orang sabak bernam.

Bercerita tentang dadah…ramai membe aku yang involve…kuda, syabu, gas (ubat batuk), pok teh (heroin) (kokain), ganja, air daun ketum, gam …malah aku ada sekali sewaktu diorang sedang layan. Aku jadi pemerhati…tapi kalo diorang layan aku cepat cepat beredar…takut woo…kalo kena rush…sampai aku masuk lokap. Tapi percayalah geng geng penagih ni terutamanya yang main pok teh ni susah nak dapat penyakit, seperti demam ke selsema ke radang ke…last last mati pon sebab over dos tak pon mati penyakit aids.

Teringat juga cerita cerita aku budak budak dulu…nak jadik gangster…pegi pukul budak budak hostel…belaja pukulan muay thai…ponteng kelas lepak ngan budak kampong…nak jadik gangster…aku teringat kata kata salah seorang otai…kita ni gedebe tok mano…last skali kena kita semula…kemudian dia menceritakan tentang riwayat hidup seorang orang gedebe kemudian mamat tue accident lumpuh…kemudian dah tak boleh nak buat apa…orang yang berdendam dengan dia cari dia balik nak balas dendam tengok keadaan dia yang lumpuh pon jadi kesian…habis segala yang gedebe dia tue…dan nasihat otai tue kat kami yang budak budak ni…kita gedebe pon tapi ada lagik yang gedebe pada kita…kemudian dia bergegas keluar bersama membenya…nak buat kira orang katanya.

Aku ada terdengar…baru baru ni ada budak universiti bunuh diri…katanya tension sebab kena extend…janganlah bro…jangan amik tindakan tersebut…dah kita ni laki laki…tue baru secebis kesusahan hidup…bangun…dan mara…kurang kurang kita ada cerita yang boleh dikongsi…lagipon orang lain hidup susah lagi daripada kita…masalah orang lain besar lagik daripada kita…kita sikit tue pon dah nak mati…orang lain semangat nak berperang…ni kita masalah sikit dah nak bunuh diri…kalo nak mati pon…jom join aku…kita belaja buat nitroglycerin…kita buat trigger lepas tue kita pegi perang kalo mati dunia kenal kita…kurang kurang ada yang respek kita

Penulis sekarang penganggur setelah gagal dalam master setelah belaja degree selama 5 tahun





Monday, November 9, 2009

Pisau Cukur - Tajam & Mengancam



Di sebalik kehangatan bola sepak yang melanda negara, di sebalik kesibukan yang melanda, aku masih berjaya mencuri masa menonton wayang. Ini semua gara-gara aku telahpun menyenaraikan 3 filem tempatan 'wajib' aku tonton sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya.

3 filem yang dimaksudkan adalah seperti berikut; Papadom, Pisau Cukur dan Estet. Papadom telahpun menemui penonton Oktober lalu, manakala Pisau Cukur telahpun menyusul kini. Sayang sekali Estet tidak dapat ditayangkan pada tahun ini. Khabarnya Februari 2010 dijadualkan menemui khalayak walaupun aku telah menonton Estet yang belum sempurna sebanyak 2 kali hasil jemputan abang Mamat Khalid.


Pisau Cukur sekali lagi gandingan 3 nama, Bernard Chauly-Rafidah Abdullah-Nur Fazura, menghasilkan suatu yang segar dan baru. Tambahan pula, filem ini menampilkan Maya Karin, Aaron Aziz, Eizlan Yusof dan banyak lagi nama besar dan pernah menang anugerah. Adakah Pisau Cukur ini tajam atau tumpul? Mengancam atau terancam?

Lakonan Fazura memang mengancam habis. Sebagai penggemar lakonan Fazura yang tak klise, aku akan menyokong karier Fazura dengan sentiasa menonton hasil kerja beliau samada filem mahupun drama di kaca TV. Ada orang tanya kenapa suka sangat Minah ni? Best sangat ke? Bagi aku, satu perkara saja yang aku suka pasal Fazura.

Dia menjadi diri sendiri. Tak plastik dan menipu orang lain seperti pelakon itu. Contohnya, ketika ditanya wartawan sejurus filem Gol & Gincu dilancarkan, "Adakah anda gedik macam Puteri tu?". Lalu dengan penuh keyakinan jawapan YA diberikan. Apabila episod kelam menyelubungi Fazura, gara-gara 'kasut tumit tinggi' dan memerlukannya ulang-alik, naik tangga turun tangga mahkamah, dan akhirnya kes itu selesai, Fazura ditanya soalan yang lebih kurang begini "Masih ke kelab lagi ke?" Dan jawapan sama tetap diberikan. YA! Masih ada ke sana lagi.

Kali ini, berkenaan gadis pisau cukur pula, atau istilah Inggerisnya, "Gold digger". "Adakah anda seorang pisau cukur? Gemar mendekati lelaki kaya". Lebih kurang begitulah soalan wartawan yang memang itulah kerjanya. Apa jawabnya? YA. Sebab semua orang mahu hidup senang,. Setiap orang akan ada sekelumit perasaan macam Intan dan orang seperti Intan ada di mana-mana walaupun hakikatnya Intan didekati atau dihampiri oleh golongan tertentu. Sudah! Ada orang kisah aku suka Fazura. Haha. Kesimpulannya, I prefer this F than other F.

Pisau Cukur memang diciptakan khusus buat Fazura menang anugerah. Nampak macam terlalu yakin atau over confident. Tetapi setelah menonton memang tak tak dinafikan lagi hakikatnya. Gedik yang dibuat sangat natural. Berbanding Maya Karin yang perlu usaha sedikit melenturkan lakonan dan lidahnya. Namun, chemistry mereka berdua selaku kawan serumah sangat menjadi.


Selalunya, apabila ada 2 watak utama yang dibarisi pelakon wanita, pasti ada salah seorang yang nak tunjuk hebat atau berlagak diva. Contohnya Maya pernah di"overshadow" oleh seorang lagi aktres dalam filem Anak Halal. Dan hal sebaliknya berlaku dalam filem Pisau Cukur dan diakui sendiri oleh Maya yang senang bekerjasama dengan Fazura.

Apakah daya tarikan filem Pisau Cukur ini? Pertama, kelainan jalan ceritanya. Semuanya gara-gara nama ini, Bernard Chauly, yang mengarah cerita tulisan Rafidah Abdullah. Cerita ini langsung tak menggunakan kapal mewah sebagai lokasi penggambaran walaupun cerita ini berkisarkan apa yang berlaku (ada 2 cerita, satu kes pembunuhan, satu lagi kisah Bella yang mahu mengubat duka lara setelah tersingkir rancangan realiti TV) di atas sebuah kapal mewah umpama Titanic yang berlayar di lautan selama beberapa hari. Lokasi sebenar hanyalah sebuah kolam renang yang lama dan dijadikan sedikit renovasi sebelum penggambaran bermula. Ketahui dengan lebih lanjut di sini.

Kedua, pelakon-pelakon kelas A banyak membintangi filem ini. Rahim Razali, Khatijah Tan, Umie Aida, Liyana Jasmay yang pernah dapat anugerah pelakon terbaik. Nas-T, Nabil, Raja Lawak, Sharifah Sofea yang terkenal sebagai Katrina(Nur Kasih) pun ada. Yang penting, setiap kali kemunculan pelakon-pelakon terbabit tidak akan meneggelamkan mana-mana pelakon.

Ketiga, cerita ini memang kelakar. Genre Komedi lah kiranya. Mesti tergelak-gelak dengan telatah kesemua watak dan setiap butir bicara yang keluar daripada mulut pelakonnya. Satu lagi yang aku perasan corak penceritaan Bernard-Rafidah yang gemar wujudkan watak anti-hero. Jika Gol dan Gincu memperkenalkan Redza, lakonan Pierre Andre. Kali ini, giliran Redza Minhat pula.

Siapa Redza Minhat ni? Yang aku tahu, Mamat ni aktivis teater. Aku pernah tonton teater Allah! lakonan Redza bersama 2 orang lagi pelakon di The Actor's Studio@Lot10. Bekas student MMU yang gemar bermain ragbi atau lebih mesra dengan panggilan Rodek ini menunjukkan lakonan yang meyakinkan lebih-lebih lagi adegan tarian ballroom yang memerlukan usaha gigih melenturkan tubuh mengikut nada irama. Jika diberi lebih peluang, mungkin sisi bakatnya lebih menyerlah.


Orang kata, dalam setandan pisang, pasti ada pisang yang busuk. Sama juga halnya di sini. Orang kata, filem ini nampak seperti merendahkan wanita terutama wanita Melayu yang berpakaian seksi, gedik dan gilakan harta. Betapa murahnya maruah wanita Melayu. Tetapi dalam filem ini, ada justifikasinya mengapa perkara ini terjadi.

Contohnya, Intan Mastura, lakonan Fazura, merupakan selebriti TV. Pengacara yang mahu membuktikan dia bukan sekadar baca skrip depan kamera. Dan Intan sendiri yang dihimpit golongan VIP manakala Bella,lakonan Maya Karin yang pernah hidup susah dibela ibu tunggal. Lalu ibunya meninggal dunia dan neneknya mengambil alih tugas menjaga Bella dan adiknya. Bella bukannya melacurkan diri, bukan juga terhegeh-hegeh mengejar kemewahan sebaliknya mengharapkan jodohnya bersama lelaki yang menjamin masa depan dirinya dan anak-anak.

Segalanya bergantung kepada niat. Anda mahu hidup senang dengan cara yang mudah, atau mahu hidup susah dengan cara yang senang. Atau lebih rela menempuh kesusahan demi kesenangan. Pisau Cukur di tangan anda.. terserah, mahu mencukur atau dicukur.


Piala Malaysia milik N9 - Hikmah di sebalik kekalahan


Sah! Piala Malaysia menjadi milik pasukan Negeri Sembilan. Setelah 61 tahun menanti, piala yang menjadi rebutan itu menjadi milik Jang! Hobin Jang Hobin~ Sang rusa berjaya menanduk Sang kijang!

Anak Kijang belum cukup dewasa lagi. Demikian kata seorang sahabat. Persoalannya mengapakah pasukan Kelantan dianggap sebagai favourite memenangi piala ini, manakala pasukan N9 dianggap underdog?? Walhal jika kita amati 4 perlawanan terakhir antara Kelantan & Negeri Sembilan, 3 kemenangan menjadi milik N9, manakala Kelantan berjaya menundukkan N9 ketika separuh akhir piala FA. Inilah penangan "MEDIA" yang berjaya meletakkan Kelantan di bawah limelight~

Menang sorak, kampung tergadai!! Kenakah ayat ini dengan situasi penyokong Kelantan?? Ada yang kena, ada yang tidak. Yang kena, memang mereka(eh, kami sebab aku tergolong di kalangan mereka) menang sorak. 70% penonton Kelantan membentuk gelombang merah menenggelamkan unsur 'kuning'.

Manakala yang tergadai bukannya kampung, bukan juga negeri. Yang akan bergolok gadai kelak sudah tentu Persatuan Bola Sepak Kelantan yang diterajui Tan Sri Annuar Musa. Apakah hukuman yang bakal dihadapi ekoran tindak-tanduk "segelintir" penyokong di luar batas fikiran?? Tak serikkah dengan hukuman yang pernah dikenakan dulu.

Sepanjang penglibatan Kelantan dalam liga bola sepak tempatan musim ini memang penuh dengan kontroversi. Bermula dengan penarikan diri pasukan Polis daripada Liga Super. Maka, Kelantan diberi keutamaan kerana mendapat tempat ketiga Liga Perdana. Alih-alih, Polis tak jadi tarik diri, tetapi Kelantan terus dibenarkan beraksi kerana wang yang telah dilaburkan sebagai persediaan menghadapi Liga Super.

Di bawah kendalian Peter Butler, yang boleh berbahasa Indonesia, Kelantan memang mengancam dan menjadi pesaing utama. Namun, hujan pula di tengahari, gara-gara 'rusuhan' kecil dan membakar trak polis setelah kalah kepada Negeri Sembilan juga. Hukuman dikenakan, Kelantan hilang hak tuan rumah,mereka berkubu di Bukit Jalil sehingga hampir-hampir menarik diri. Maka kesudahan Liga Super Kelantan gagal menempatkan diri selaku Top 4.

Menjelang Piala Malaysia, Peter Butler pula mengundurkan diri. Katanya.. isterinya ada sedikit masalah. Masalah kesihatan rasanya. Hakikatnya??? Aku pun tak tahu.. Haha. Itu tak penting, yang penting Kelantan berjaya mengenepikan juara treble musim lalu, Kedah, lalu mara ke peringkat seterusnya sehinggalah berjaya melangkah ke Bukit Jalil kali kedua tahun ini.



Adakah patut kerusi dibakar? Kain rentang yang besar itu juga dibakar. Penyokong Kelantan juga beransur-ansur meninggalkan stadium setelah NS mendahului 2-0. Mercun dan percikan bunga api menghiasi stadium menjadikan momen terindah terakam di benak fikiran semua penonton di stadium dan kaca TV. Sedangkan Tok Guru telahpun memberi peringatan berulang-ulang kali, jangan tunjuk sikap kebudak-budakan, tetapi tonjolkan semangat kesukanan yang tinggi. "Nak takbir bulih, tapi jange bakar mercun". Jadi, adakah semua rakyat Kelantan tak mendengar kata??

Kekalahan memang perit dan pahit untuk diterima. Tetapi adakah perkara ini takkan berlaku sekiranya Piala Malaysia berjaya dirangkul pasukan Kelantan?? TIDAK! Perkara sama tetap akan berlaku. Mercun pasti ada yang dibakar. Percayalah... kerana inilah hakikatnya sikap dan karaktor rakyat Kelantan.

Pernah tonton filem Budak Kelantan?? Begitulah gambarannya. Orang Kelantan memang unik , pelik, dan adakalanya jelik. Memang orang Kelantan mahu nampak lain daripada yang lain. Bangga dengan tutur bicara mereka. Suka berniaga dan pandai berniaga macam orang Cina. Bila berada di luar Kelantan, suka cari "gu". Set-set kito. Itulah ukhwah namanya.

Aku ambil contoh, Papa dan Mama aku sendiri. Mereka boleh dikatakan antara anak Kelantan yang merantau, mencari rezeki di bandaraya Kelantan sekitar awal 80-an dulu, lalu menetap dan bermastautin di Kuala Lumpur. Mereka kenal setiap anak Kelantan yang sama-sama memulakan kehidupan di kota lumpur ini. Saling kunjung-berkunjungan, ziarah-menziarahi memang menjadi rutin wajib.

Kalau tak, aku takkan kenal punya Pakcik Zoo, Haji Lah, Pakcik Dusuki dan ahli keluarga mereka. Keluarga kami tiada bau-bau bacang, cuma saudara seagama dan berasal dari negeri yang sama. Inikan pula mereka yang benar-benar ada pertalian darah dengan kami. Sepupu sepapat, dua pupu, mak sepupu, pak sepupu, toksah cakap lah. Kenal.. bukan tak kenal~

Baiklah, kita kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Negeri Sembilan memang layak memenangi perlawanan itu. Mereka menguasai permainan, malah ayam tambatan pasukan The Red Warrior, Indra Putra dan Norfarhan dikawal dan dirantai dengan ketat! Lebih mengharukan, benteng pertahanan Kelantan sangat rapuh dan begitu mudah dibolosi sebanyak 3 kali. Nasib baik, gol saguhati pada minit kecederaan daripada Indra sangat lawa. Ala-ala Rooney~ Hati-hati. Namun, itu sudah terlambat dan tak mampu mengubati kedukaan penyokong tegar.

Harapan hancur berkecai. Musnah. Ramalanku terpesong. Ingatkan setelah Kelantan mendapat royalti bermula 2010 berita baik ini juga akan menyusul. Tetapi ternyata ada yang lebih berkuasa. Kita cuba lagi di masa mendatang. Yang penting tahun 2009, penyokong Kelantan turun ke Bukit Jalil sebanyak dua kali. Biarpun tak menang sebarang piala, tetapi keseronokan dan kepuasan bersorak membentuk 'warna merah' ternyata suatu sejarah.

Merah.. bukan lagi suatu perkara yang gah. Bukti? Red Giants tak masuk pun final Semi Piala Malaysia, Red Warriors pun kalah kepada orang kuning, Red Devils pun baru saja kalah dengan The Blues, The Reds?? dah banyak kali kalah sudah. Jadi jangan agah. Agah ni bahasa Kelantan. Maknanya jangan kita ni mendabik dada. Jangan action lebih. Biarpun Tok Guru telah menawarkan "percutian" menjalankan umrah sebagai daya penarik dan pembakar semangat, tetapi itu bukan rezeki pasukan Kelantan. Redha.. dan terima hakikat. Tok Guru kata ""Masa kita menang tak timbul pula sebarang masalah, takkanlah kita nak menang selama-lamanya, matahari pun ada naik dan jatuh!" Tak percaya? Selak Berita Harian 9 November 2009 muka surat 47.

Jadi, di sebalik kekalahan ini apakah hikmahnya? Pertama, Kelantan masih belum kalah apabila berada di bawah ataupun terlepas 2 piala tahun ini, tetapi pasukan Kelantan dianggap kalah sekiranya gagal bangkit kembali di masa mendatang. Kelantan seharusnya menjadi tumpuan, perhatian dan menjadi pilihan menjelang musim bola sepak Liga Super, Piala FA mahupun Piala Malaysia.

Kedua, orang Kelantan membuktikan kuasa membeli di tangan KITA (akupun orang Kelantan, cek IC lah). Biarpun harga tiket final Piala Malaysia naik 100%, daripada RM10 naik menjadi RM20, kita berjaya conquer stadium dengan nisbah 70:30. Jadi, siapa kata orang Kelantan miskin tak hidup senang? Ingat mereka habis RM20 sajakah?? Tidak kalau dicampurkan dengan minyak kereta atau harga tiket bas, penginapan lagi, makan minum lagi, dan macam-macam lagi kaedah menghabiskan wang. Bukannya daun...

Maka, tak hairanlah, satu-satunya Tesco di Kelantan itu merupakan antara pelaburan Tesco yang paling membawa pulangan dan keuntungan yang besar. Adakah rakyat Kelantan mewah berbelanja atau membazir atau itukah tandanya rakyat Kelantan miskin...? Tepuk dada, celikkan mata.

Ketiga, tanpa mengira fahaman parti politik, tak kira BN atau PAS. Orang kuat Annuar Musa ataupun Tok Guru Nik Aziz, rakyat Kelantan bersatu di bawah satu nama, satu negeri.. Kelantan Darul Naim. Maka, tak payahlah nak usulkan lagi retorik 'kerajaan perpaduan'. Ternyata, orang Kelantan yang majoritinya Melayu bersatu.

Apa lagi hikmahnya di sebalik kekalahan ini? Banyak cukuplah tiga perkara yang aku 'nampak' ini. Okaylah.. kasi can, aku bagi satu lagi fakta. Kelantan kalah kepada Negeri Sembilan sebagaimana PAS kalah PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Boleh?? Haha. Adakalanya kita kena melihat melalui mata orang lain... kerana di situ kita akan 'nampak' sisi pandang dan sudut yang berbeza. Wallahu a'alam.