Hebahan

Saturday, August 8, 2009

Membuat 'hantaran' kah ??

Baca tajuk saja...dah tentu ada yang sudah faham apa ceritanya.

Perlu dijelaskan, setiap orang akan melalui juga detik-detik bahagia ini termasuk diri ini. Bezanya cepat atau lambat saja atau tak sempat langsung.

Mula-mula sekali, ambil not wang kertas. Emm.. aku mahu rasmikan not RM 50 yang baru.

















Kemudian lipat dua.














Lepas tu buat camni.















Camnilah.. camnilah...
















Buat lagi















Tiru macam ni..















Teruskan lagi...
















Dan lagi...















Dan lagi...

















Terbalikkan..

Lipat lagi begini

Dan begini..

Betulkan.. bagi nampak bentuk LOVE..

Dan inilah hasilnya... untukmu sayang~

Emm.. boleh buat hantaran ni? Kalau RM 10,000, kena sediakan not RM 50 sebanyak 200 keping ya! Tapi... aku punya kah? Atau bukankah? Tunggu~ Masanya akan tiba jua. Hanya Dia & aku saja yang tahu jawapannya.

p/s - Credit to this couple - Wan & Audrey who teached me this 'origami'. Rasa macam Scofield dah bagi maklumat besar kat Sara pulak! Haha

Saturday, August 1, 2009

Cerita jalan-jalan; episod 3- Bersamamu~

Mungkin ini tajuk yang ditunggu-tunggu... Mungkin juga entri ini tak perlu. Setengah orang tak berapa suka nak baca blog yang berbentuk diari ni. Contohnya, macam ni.. Hari ni aku suka sangat dapat keluar dengan dia. Makan-makan... minum-minum... Teman dia shopping... Main boling seround...tengok wayang. Dan balik nak dekat tengah malam. Aku lah orang paling bahagia di dunia. Terima kasih kat dia kerana sudi keluar dengan aku. I love you, sayang~

Isy.... klise seklise-klisenya. Bapak bosan cerita macam tu dikongsi dalam blog. Nenek depan rumah aku pun bahagia macam kau! haha.. Itu bukan aku yang kata ya. Mereka yang kata sebegitu. Kisah rutin seharian. Kehidupan anak muda yang tengah hangat bercinta. Darah tengah tak pahit.. Haha.

Jadi bagi sesiapa yang dah tahu lebih kurang cerita macam mana aku nak kongsikan sebentar lagi. Baik awal-awal kalian klik [X] sebelah atas di penjuru kanan sekali. Tak mahu? Apa kata tekan Alt+F4. Selamat bertemu kembali. Daaa~

Baiklah.. terima kasih andai ada yang masih setia tak jemu-jemu lagi untuk meneruskan pembacaan. Ayuh, kita mulakan saja menyelak diari seorang lelaki. Lelaki yang punya pacar. Ada kekasih hati. Sejarah hidup aku. Kamus hidup aku buat pertama kalinya ada perkataan "dating" bermula pada awal tahun 2004. Sambut harijadi sama-sama ya. Bulan 2 sama--sama ;>

Masa tu di Matrikulasi. Yang bestnya sebab tak dirancang. Mastermind projek itu semestinya teman-teman sebilik dia di mana salah seorang daripadanya budak sepraktikum. Walaupun hanya sejarah, dan sejarah itu takkan berulang lagi.. sebab dia kini bahagia bersama orang yang dia betul-betul cinta bersama seorang cahaya mata bukti cinta mereka.

Bagi aku, yang lepas tu, biarkan saja ia berlalu. Usah diungkit-ungkit, takut hati yang sakit. Yang kelakarnya, dia ada seorang lagi adik perempuan. Adik perempuan dia kahwin dengan abang ipar kepada ibu saudara aku. Haha. Kompleks tak? Dapat tak gambarannya??

Kita terus saja menggali kisah aku yang terkini. Memang aku dengan dia. Bermula sebagai kawan. Tapi terpisah seketika. Kami kenal sejak kecil lagi. Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu suka buat buku biodata. Kena tulis nama, DOB,POB, Makanan kegemaran,Minuman Kegemaran dll. Masa tu mana ada lagi internet. Apatah lagi rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook & etc.

Aku simpan lagi buku itu. Masih ada lagi alamat yang ditulis. Maka, aku beranikan diri menghantar kad hari raya. Aku sertakan bersama nombor telefon bimbit. Tak sangka betul kad raya aku dibalas! Yang penting, dia bagi nombor hp dia juga. Maka, bermulalah musim berbalas SMS.

Forward.. memforward. Kata-kata nasihat.. Hadith ke.. Tafsir ke... Ayat-ayat kelakar ke... Dan perlu diingatkan, kami tak mainlah missed call subuh... Missed call tahajjud and etc. Haha. Ada ya yang menggunapakai trend sebegitu. Kami menjadi diri kami sendiri mengikut keselesaan kami sendiri. Cewaaaah~

Dan buat pertama kalinya, selepas kira-kira 8 tahun terputus pandangan, kami bertentang empat mata buat kesekian kalinya. Dalam keadaan yang sangat suspens sebenarnya. Yalah..dulu budak-budak mentah. Kanak-kanak Ribena. Sekarang pun masih macam budak-budak lagi. Haha.. Sebab sama-sama kecil molek. Haha. Comel apa~

Oklah..setelah berjumpa..kami berkawan seperti biasa, sehinggalah tiba-tiba entah macam mana entah kami berkeyakinan untuk lebih serius. Sama-sama memberi ruang dan peluang kepada diri masing-masing untuk meneroka kehidupan pihak sebelah sana.

Segalanya berjalan lancar. Dan "dating" kami yang rasmi buat pertama kalinya sekitar tahun 2007. Trend kami, senang saja. Janji jumpa di KL Sentral...pukul sekian-sekian..tunggu di tempat sekian-sekian. Lepas jumpa baru buat keputusan bersama. Nak makan dulu kah.. Nak qada' hajat dulu kah... Nak solat dulu..kah

Begitu juga destinasi seterusnya..terus nak ke KLCC.. Midvalley... Times Square.. One Utama.. The Curve.. boleh kata semua dah singgah. Yang penting, kaki melangkah sesuka hati saja entah ke mana-mana. Sebab mulut masing-masing sibuk nak bercerita. Sampai boleh terlepas dan terlajak tempat yang patut singgah.

Lebih kurang...setahun setengah jugalah kami 'serius'. Tapi cuba teka berapa kali sahaja kami keluar berjumpa?? TEET! Ada pernah dekat 3 bulan tak berjumpa ya. Masing-masing sibuk. Masa tu aku tengah tensi dengan FYP (final year project) lagi. Nasib baik tak kena 'extend' ya.

Akhirnya keputusan sebulat suara...berpisah jalan terbaik. Orang kata, kalau dah tak nampak serasi awal-awal lagi masa bercinta, baik berpisah saja..sebelum esok lusa "bercerai' selepas berkahwin. Perkara yang aku tak suka kalau berlaku. Aku nak kahwin..sekali tu sahaja dalam hidup. Arasy Allah berggegar setiap kali ada 'masjid' yang runtuh.

Walaupun telah 'terpisah'... kawan tetap kawan. Itu perkara yang tak boleh diubah. Mungkin selesa mengenalinya sejak kecil lagi. Entahlah, kawan perempuan yang aku kenal, tak sama macam dia. Bila bersama dia, aku rasa selesa. Nak bercerita masalah ke...nak cerita apa-apa saja topik. Orang kata, mungkin juga jodoh kami masih kuat! Amiiin~

Dan sekarang kami berserah. Bagi aku, kalau dia jumpa mana-mana lelaki yang lebih bagus daripada aku, yang boleh diangkat sebagai calon suami dia, teruskanlah. Aku doakan kebahagiaannya. Cuma yang penting kena jujur bagitahu duduk perkara sebenar. Sebab aku sentiasa cermin diri ni. Besar ya cermin di rumah. Top to toe~ Aku sedar diri aku macam mana. Seteruk mana...sejahat mana...dosa dah kumpul banyak mana.

Aku bukanlah sempurna sifatnya... tapi bukan juga cacat sehingga melemahkan jiwa dan pergerakan. Cetek dan dangkal pemikiran mengenai agama dan kehidupan. Sebab u orang kata, hidayah Allah itu mahal. Dia akan beri kepada sesiapa saja yang Dia mahu. Siapa sangka.. orang yang kita nampak jahil suatu ketika dulu, bila jumpa sekrang kita yang tersipu-sipu malu dengan perubahan dan penghijrahannya. Malik Nor contohnya...

Hidayah Allah akan menjengah... jika itu kehendak-Nya. Aku tak kata aku ni jahil sangat. Teruk sangat sampai sanggup berkompromi dengan dosa, tetapi tahap keimanan aku macam statik. Tak naik-naik. Kat situ saja. Kadang-kadang turun.. lepas tu sedar.. naik sikit saja. Itulah iman manusia. Bukan iman para nabi yang semakin naik. Bukan juga iman para malaikat yang sentiasa konsisten.

Oklah.. tamat sudah kisah selaku 'lelaki' bernama kekasih. Sekarang, kisah seorang anak pula. Sebagai anak, sudah tentu aku sayang orang tua aku. Selalu jalan-jalan dengan mama dan papa. Kadang-kadang dengan Mama saja. Teman Mama ke pasar, isi minyak kereta, ke bank dll. Aku pernah juga teman Papa, ke bengkel kereta, menghantar papa ke tempat kerja dll. Kalau keluar dengan Papa dan mama, adik-adik tak ikut pun pernah. Rasa macam aku seorang saja anak Papa dan mama. Terus rindukan adik-adik. Hehe. Walaupun kedengaran cerita ini biasa saja...tetapi inilah saat yang paling bahagia.

Dan kemuncak segalanya, sudah tentu keluar satu keluarga. Semua ikut. Cukup korum! Ada satu kisah yang aku takkan lupa. Berjalan-jalan di Sunway Piramid. Papa yang memandu kereta menurunkan kami SEMUA di depan lobi Sunway sementara Papa akan memarkir kereta di mana-mana saja asal tak kena bayar ikut jam.

Sayangnya.. tiada ruang langsung. Maka terpaksalah meletak kereta di dalam bangunan itu. Mama terus terdetik, emm nanti ada masalah nanti ni. Masalah?? Apa masalah ni. Jeng...jeng...jeng.. Nantikan~ Kemudian kami meneruskan 'window shopping' kami. Adik Ya sudah dibelikan benda yang dia nak, maka sibuklah nak balik. Haha. Ditambah dengan lapar lagi.

Dan kemuncak ceritanya.. masa untuk pulang ke rumah. Dan.. tak jumpa kereta 'parking' kat mana. Papa sempat salin nombornya sahaja, K41 ke apa entah nmbornya tapi lebih kurang begitulah. Pusing punya pusing. Tawaf punya tawaf bangunan 'piramid' itu.. yang ketemu cuma jalan buntu.

Tanya punya tanya.. orang yang tak boleh harap. Orang tu kata kena straight.. orang ni suruh belok kanan. Pakar tengok map.. seperti aku(cewah..walaupun..) juga gagal mengesan. Kalau lah boleh apply GPS yang aku belajar dengan Dr. Rashid dulu... Haha.

Rajin usaha tangga tak guna dah. Eskelator juga yang membantu. Akhirnya ketemu juga tempat parkir kereta. Fuuh! Lega satu saat saja. Misi seterusnya... mencari kereta. K41.. tapi yang di situ B13, C17. Kwang..kwang..kwang. Lepas tu kena 'alert' Red Zone atau Orange Zon la pulak.

Rupa-rupanya di situ parkir untuk penyewa hotel bersebelahan! Maka..pusinglah lagi sekali. Rasa kaki macam nak tercabut. Haha. Dan akhirnya.. setelah berhabis kira-kira setengah jam mencari kereta, yang dicari-cari telah nampak di depan mata. Moral cerita..beringatlah.. seandainya esok lusa hari kelak.. mahu simpan dan letak kereta di pusat membeli belah yang 'mega' 'giga' seperti Mid Valley.. KLCC.. Times Square dll.. Gunakanlah henfon anda yang punya
kamera. 0.7 Megapixel pun takpe. Janji ada 'foto'nya. Nak tanya Pak Gad n Mak Gad senang sikit kan?? Haha.

Jalan-jalan dengan orang tersayang. Sebagai lelaki bergelar 'abang' selalu juga keluar bersama-sama adik beradik. Aku abang Long. Adik ada 3. 2 orang lelaki, Cic dan Min. Adik bogsu perempuan, Sufia. Selalunya 3 orang abang Sufia ni akan tinggalkan adik Ya. Kami selalu tengok wayang, turun downtown... dan karaoke! Tapi bukan karaoke di tempat terbuka itu. Haha. Kecian Sufia kena tinggal. Tapi pernah juga keluar 4 beradik.

Antaranya menonton Cicakman 1, sangat berbaloi dan aku siap belanja diorang makan lagi. Haha. Aku ni bukanlah abang sangat bagi mereka, tapi sekurang-kurangnya aku dah tunjukkan contoh yang baik untuk adik-adik ikut. Faktanya, buat masa ni rekod pelajaran aku masih terbaik~ tetapi aku lebih suka kalau ada antara adik-adik aku yang akan pecah rekod terbaik ni. Mungkin Cici belajar sampai Master. Min ada IR. Dan adik Ya jadi doktor!
Amin ;)

Jalan-jalan dengan orang tersayang lagi. Siapa? Dengan kawan-kawanlah.. Kawan baik... kawan karib..kawan rapat. Apa bezanya? Dengan kawan sekuliah... kawan sekolej... kawan seuniversiti... kawan sematrikulasi... kawan semaahad... kawan sekolah rendah.. kawan tadika... Siapa lagi?? Haa... kawan satu pejabat. Tambahan terkini. Dan kawan seFesbuk mungkin~ Semua kawan-kawan yang aku sayang. Itu prinsip. Mahu berkawan dengan semua orang walaupun... bukan semua orang mahu kawan dengan kita. Mahu buat baik dengan semua orang walaupun... bukan semua orang nak buat baik dengan kita!

Festival Filem Malaysia ke-22

Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM-22) yang ala-ala Anugerah Oscars akan dirasmikan pada 5 Ogos manakala acara kemuncaknya iaitu Malam Anugerah pada 8 Ogos 2009.

Selaku seorang rakyat Malaysia, yang menyokong filem Malaysia dengan selalu menonton wayang cerita Melayu, maka aku menganggap diri ini ada hak untuk menjadi juri secara tidak langsung. Maka, seandainya aku berangan menjadi juri... maka inilah senarai Top 5 yang aku mahukan. Masalah utama kali ini, seperti FFM-21 tahun lepas. Filem Wayang dan Johnny Bikin Filem tak dapat dinilai sewajarnya.

Kali ini, giliran filem Papadom, Jomlah C.I.UM dan Momok the Movie tidak dapat dinilai dan diukur kemampuannya untuk bersaing kerana masih belum ditayangkan secara umum. Juri je lah yang nilai sebab mereka dapat tengok free~ huhu

Lihat saja imaginasi aku selaku juri ~ Senarai ini disenaraikan sebelum senarai Top 5 pilihan juri diumukan. Haha~

ANUGERAH PERDANA (13 Anugerah)

Filem Terbaik

Geng: Pengembaraan Bermula
Histeria
Kami
Papadom
Talentime


Pengarah Filem Terbaik


Afdlin Shauki - Los n Faun
Bade Hj Azmi - Maut
James Lee - Histeria
Yasmin Ahmad - Talentime
Yusri - Cicakman 2

p/s : Setem arahan Kabir Bhatia yang bukan warganegara Malaysia,dan tak boleh dicalonkan.


Pelakon Lelaki Terbaik


Adlin Aman Ramlee - Los n Faun
Afdlin - Papadom - walaupun tak tengok lagi!
Asrulfaizal- Budak Kelantan
Que Haidar - Maut
Rashidi Ishak - Setem


Pelakon Wanita Terbaik


Fazura - Selamat Pagi Cinta
Nadia Mustafar - Jangan Tegur
Liyana Jasmay - Kami
Nabila - Bohsia
Vanidah Imran - Setem

p/s:Dijangka laluan mudah buat LJ bagi kategori ini sebab tiada saingan sengit


Lakon Layar Terbaik


Kami
Histeria
Setem
Papadom
Talentime


Cerita Asal Terbaik


Jangan Tegur
Los n Faun
Maut
Setem
Talentime


Sinematografi Terbaik


Budak Kelantan
Histeria
Maut
Los n Faun
Talentime


Penyunting Terbaik


Budak Kelantan
Bohsia
Geng: Pengembaraan Bermula
Jangan Pandang Belakang Congkak
Maut


Skor Muzik Asal Terbaik


Budak Kelantan
Los n Faun
Histeria
Syurga Cinta
Talentime


Filem Dokumentari Terbaik




Filem Animasi Terbaik




Filem Pendek Terbaik


Sinkronis...sebab dah tengok karya Jaja.



Filem Digital Terbaik




ANUGERAH CIPTA (12 Anugerah)



Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik


Danny - Budak Kelantan
Nas-T - Kami
Shaheizy Sam - Bohsia
Shafei Naswip - Talentime
Sathiya - Setem


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik


Azean irdawati - Talentime
Ida nerina - Los n Faun
Sukarnia - Talentime
Scha - Histeria
Salina saibi - Bohsia


Penataan Seni Terbaik


p/s: I don't have any idea about this category..haha


Penataan Bunyi Terbaik


Antoo Fighter
Bohsia
Cicakman 2
Jangan Pandang Belakang Congkak
Jangan Tegur


Pelakon Kanak-Kanak Terbaik


Amelia Henderson - Talentime
Eric Fuzi - Brainscan
Erin Malik - Brainscan
Hadziq Tom2 Bak - Syurga Cinta
Nik Adruce - Brainscan


Pengarah Harapan Terbaik


Azizi chunk - Antoo Fighter
Fariza Azlina & suami - Kami
James Lee - Histeria
Norliana samsudin - Selamat Pagi Cinta
Wan Azli - Budak Kelantan


Pelakon Harapan Lelaki


Asrulfaizal - Budak Kelantan
Mahesh - Talentime
Nas-t - Kami
Shaheizy sam - Bohsia
zahiril Adzim - Kami


Pelakon Harapan Wanita


Heliza - Syurga Cinta
Jaclyn victor - Talentime
Juliana Evans - Kami
Sabrina Hassan - Maut
Scha - Histeria


Lagu Tema Asal Terbaik


Talentime, Pergi - Aizat
Histeria - Nadia
Sayang - Ajai n Marsha
Selamat Pagi Cinta
Los n Faun

p/s: Dibius cinta ciptaan Melly Goeslow..~


Pereka Kostum / Busana Terbaik


Cicakman 2
Los n Faun
Antoo Fighter
Sifu dan Tongga
Brainscan : Aku dan topi ajaib


Poster Terbaik


Histeria
Jin Hutan
Jangan Tegur
Los n Faun
Syurga Cinta


Filem Komedi Terbaik


Antoo Fighter
Cicakman 2
Jangan Pandang Blkg Congkak
Los n Faun
Setem


ANUGERAH KHAS JURI


5 Anugerah dan mengikut keputusan JURI-JURI


Box-office --> Geng


Dan sekarang... kita saksikan pula, apa kata juri. Maknanya aku ada unsur-unsur penjurian dalam diri ini. Dan seperti dijangka, Papadom arahan Afdlin akan memberikansaingan sengit kali ini. Dan untuk ramalan pemenang FFM-22, aku BOLDkan mereka yang menjadi pilihan gue untuk diangkat sebagai pemenang.


FILEM TERBAIK


Semua dicalonkan. Top 5 diumum pada Malam Anugerah nanti.

Pilihanku - TALEnTIME


PENGARAH FILEM TERBAIK



Pierre Andre - Jangan Tegur
Bade Hj. Azmi - Maut
Afdlin Shauki - Papadom
Ahmad Idham - Syurga Cinta
Yasmin Ahmad - Talentime



PELAKON LELAKI TERBAIK


Que Haidar - Maut
Afdlin Shauki - Papadom
Rashidi Ishak - Setem
Awal Ashaari - Syurga Cinta
Mahesh - Talentime


PELAKON WANITA TERBAIK


Nabila - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Nadia Mustafar - Jangan Tegur
Liyana Jasmay - Papadom
Sharifah Amani - Sayang
Heliza Helmi - Syurga Cinta


LAKON LAYAR TERBAIK


Afdlin Shauki - Papadom
Ahmad Idham - Syurga Cinta
Bade Hj. Azmi - Maut
Syamsul Yusof - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Yasmin Ahmad - Talentime


CERITA ASAL TERBAIK


Afdlin Shauki - Papadom
Yasmin Ahmad - Talentime
Fariza Azlina - Kami The Movie
Bade Hj. Azmi - Maut
Nor Shuhadatul Ain - Syurga Cinta


SINEMATOGRAFI TERBAIK


Madnor Kassim - Setem
Mohd Filus - Cicakman 2: Planet Hitam
Omar Ismail - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Mohd Helmi - Histeria
Soon Keong - Talentime


PENYUNTING TERBAIK


Faizul Mohd Noh - Setem
Bade Hj. Azmi - Maut
Affandi Jamaludin - Talentime
Syamsul Yusof - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Cicakman 2: Planet Hitam (2008)


SKOR MUZIK ASAL TERBAIK


Pete Teo - Talentime
Pacai - Setem
Pacai - Papadom
Edry (KRU) - Cicakman 2: Planet Hitam
Geng: Pengembaraan Bermula (2009)


PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK



Shaheizy Sam - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Nas-T - Kami The Movie
Que Haidar - Papadom
Syafie - Talentime
Indi Nadarajah - Setem


PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK


Salina Saibi - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Scha - Histeria
Noorkhiriah - Papadom
Vanidah Imran - Setem
Adibah Noor - Talentime


PENATAAN SENI TERBAIK


Nazrul Asraff - Maut

Nazrul Asraff - Papadom
Nazrul Asraff - Setem
Nick - Talentime
Yusry KRU & Johan Lucas - Cicakman 2: Planet Hitam


LAGU TEMA ASAL TERBAIK


Antoo Fighter (2008)
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008)
Senario The Movie: Episode 1 (2008)
Selamat Pagi Cinta (2008)
Jin Hutan (2009)


PENATAAN BUNYI TERBAIK


Addaudio Ex Sdn. Bhd. - Histeria
Azman Hassan dan Shazrin Kurr - Setem
Azman Hassan - Maut

Mohd Mohsin - Cicakman 2: Planet Hitam


PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK


Hadziq - Syurga Cinta
Nik Adruce - Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
Siti Nayli Yusrina - Momok The Movie
Pathieswaran - Jomlah C.I.U.M


PENGARAH HARAPAN TERBAIK


Effendee - Kami The Movie
Azizi Chunk - Antoo Fighter
Norliana Samsudin - Selamat Pagi Cinta
James Lee - Histeria
Wan Azli - Budak Kelantan


PELAKON HARAPAN LELAKI


Isma Yusof - Setem
Zahiril Adzim - Kami The Movie
Nabil - Sifu & Tongga
Radhi (OAG) - Antoo Fighter
Faizal AF4 - Momok The Movie


PELAKON HARAPAN WANITA


Ayu - Histeria
Heliza Helmi - Syurga Cinta
Yasmin Khaniff -
Jaclyn Victor - Talentime
Zalina - Jin Hutan


PEREKA KOSTUM / BUSANA


Cicakman 2: Planet Hitam (2008)
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008)
Los dan Faun (2008)
Sifu & Tongga
Antoo Fighter (2008)


POSTER TERBAIK


Kami The Movie (2008)
Histeria (2008)
Setem (2009)
Rasukan Ablasa (2009)
Cicakman 2: Planet Hitam (2008)


FILEM KOMEDI TERBAIK


Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008)
Sifu & Tongga (2009)
Senario The Movie: Episode 1 (2008)
Cicakman 2: Planet Hitam (2008)

Los dan Faun (2008)


FILEM DIGITAL TERBAIK


Vikrant (2008)
Tiga Budak Melayu (2009)
Aathma (2007)


All the best for the nominees.

For more info click here.

Setem - Melekat dan tersekat??


Min dapat cuti seminggu. Uitm dilanda H1N1.. H1N1 pun dah sampai ke Serdang. UPM pula dapat cuti. Setengah orang suka..sebab dapat cuti awal walaupun lepas ni dah tak dapat cuti dah kecuali cuti raya. Haha. Dalam keadaan berhati-hati mengelakkan diri daripada sebarang keramaian, masih sempat juga aku membeli tiket wayang. 2 tiket menonton Setem.

Memandangkan orang tersayang jauh di mata (walaupun hakikatnya kami tak pernah tengok wayang bersama), maka aku mengajak Min yang kelapangan untuk menemani aku. Sebab tiket dah beli awal-awal. Officemate tak jadi nak teman. kira ni rezeqi Alimin lah. Hari tu dapat gi ABP.. Haha..

Setem..arahan Kabir Bhatia. Daya tarikan yang sangat kuat. Dengan barisan pelakon gred 'A'. Afdlin Shauki, Vanida Imran dan Que Haidar. Ditambah dengan respon positif yang dibaca melalui ulasan akhbar dan rakan-rakan blogger, maka melangkahlah kami..pada hari pertama tayangan di GSC Alamanda jam 9.40 malam.

Kabir Bhatia?? Cuba bayangkan cerita-cerita ini. Cinta.. Sepi.. Manjalara... Kekasihku Seru.. Idaman sehingga ke musim Astana Idaman.. dan terkini... Nur Kasih! Semuanya sentuhan Kabir bersama isterinya Mira. Oh, lupa... cerita yang aku tak tengok... Sutra Maya (sebab ada FS..terus tak tengok...haha), Hartamas yang disiarkan di NTV7 pernah tengok awal-awalnya saja.

Cerita-cerita yang tersenarai di atas..pelbagai genre yang telah diarahkan Kabir. Cinta.. Keluarga.. Komedi.. Seram... dan Islamik. Cuma aku ternanti-nanti, bila pula genre 'aksi' yang akan diarah Kabir. Maka, setem digolongkan sebagai filem yang bergenre 'komedi'.

Seperti tajuknya..Setem, maka ceritanya pasal Setem lah. Setem.. jilat... lekat.. gosok! Kalau cerita Los n Faun.. jam yang hilang dijadikan modal cerita. Kali ini.. setem. Sepanjang menyaksikan filem ni, rasa macam 'deja-vu' lah. Macam pernah tengok saja jalan ceritanya... tapi tak ingat cerita mana.

Ada rasa macam Baik Punya Cilok.. 'Biar betul' arahan Aziz M. Osman suatu ketika dulu pun ada rasa lah. Rasa macam tengok Prison Break pun ada. Haha. Mungkin sebab cerita ni pasal STRATEGI. PLAN. PERANCANGAN. Bagaimana kita nak...? Macam mana kalau tak jadi? Kantoi! Apa plan B nya?? Siapa sasaran kali ini dll. Klise??? Klise itu perlu~ tiba-tiba.

Ok lah tu.. Yang penting rasa berbaloi beli tiket kan?? Nak ulas mengenai lakonan. Afdlin, seperti
biasa.. kelakar semulajadi. Yang menyerlah mungkin Rashidi Ishak, hero drama Hartamas ini. Sisi lakonan yang lebih matang berbanding sebelum ini. Que Haidar dan Vee sebagai pasangan adik beradik sangat ada 'kimia'.

Dan paling menyerlah sudah tentu Sathiya... dan Indie Nadarajah. Geng Tosai. Isma yang melakonkan Ariyanto juga ada class.. walaupun tak banyak dialog. Ekspresi muka..dan bahasa 'lisan'nya jelas. Sampai Min ingat ni orang Indonesia betul! PATI mana entah katanya.. Haha. Memang 'kena' dengan muka buruh kontrak yang bersepah di Malaysia.

Filem ni orang kata ada semangat 1Malaysia?? I don't think so. Kalau 1Malaysia.. semangat bersatu-padu kena ada. Tapi mereka bercakaran~ Cuma geng Anak Yatim(Melayu) dan geng Tosai(India) saja yang bersatu di akhir cerita. Itupun setelah masing-masing mendapat ganjaran besar.

Geng Piranha.. yang mewakili 'kongsi gelap' Cina nampak kurang menyerlah. Min ujar.. kalau takde pun takpe. Haha. Yang bajet best.. jadi Burn tu pun bajet best! Ingat ni cerita Wanted ke??
Ala-ala the Matrix.

Secara keseluruhan.. Setem menghiburkan. Membuatkan diri rasa melekat di tempat duduk. Tak mahu berganjak. Tapi dalam masa yang sama.. aku memang rasa sedikit tersekat. Tersekat sebab kena menerima hakikat elemen "kebetulan" dalam cerita. Elemen "kebetulan" memang menarik, tapi... lu pikir lah sendiri. Haha.

Adegan yang menarik..lain daripada lain sudah tentu adegan Que Haidar yang membawa watak Iskandar yang buta.. dan boleh bawa kereta! Itu best~ Seterusnya, Harun Salim Bachik@ HSBC yang tiba-tiba nak cakap 'Malaysia'. Dan yang penting Aziz M.Osman dan Azwan Ali pun ada!

Sinopsis cerita?? Google lah sendiri.. hehe ;>

Wednesday, July 29, 2009

Cerita dunia, dunia derita ...

Banyak sangat benda dan perkara yang menyerbu di minda. Melanda negara... melata di jiwa. Pesona di mata, terpana di hati. Melanda negara... tak kira apa jua isu. Untuk kesekian kalinya... setelah denggi berlalu di awal tahun 2009, silih berganti pula dengan Chikugunya. Nah.. datang pula influenza A. Selsema Babi... sampai ada nama universiti baru di Malaysia. USB ataupun Universiti Selsema Babi! Haha. Dah berapa banyak kampus yang telah ditutup. Lewat ini di UPM. Semuanya gara-gara ramai yang didapati positif H1N1. H1N1.. orang ahli kimia kata, mono hidrogen nitrit. HN saja. Nombor satunya hilang.. Tak perlu seperti 1Malaysia ataupun 1Utama dsb. Dan kes kematian ekoran penyakit ini di Malaysia telah melonjak ke EMPAT angka, dan jika tidak dibendung.. dibiar menular.. bila-bila masa darurat amat wajar diisytihar.

Ini dia doa yang boleh diamalkan.. moga-moga kita terhindar dari wabak...


Pandemik.. Epidemik.. Sindemik.. Endemik.. Apa itu?? Akademik? Tahu kan.. Ini dia wacana akademik. Google saja rangkaian kata itu untuk maklumat lebih lanjut. Aku mahu terangkan secara ringkas mengikut pemahaman aku. Epidemik ni lebih kurang maknanya wabak. Wabak pula maknanya penyakit yang menular... merebak melebihi batas normal, contohnya H1N1 inilah. Endemik pula penyakit yang berlaku di KAWASAN/POPULASI tertentu dan tertutup. Kira macam eksklusif sikitlah pesakitnya.

Pandemik pula merujuk kepada epidemik yang terjadi dengan lebih meluas mencakupi pelbagai daerah/negara di dunia. Sindemik pula maknanya gabungan beberapa jenis penyakit lagi. Ewah... ewah.. macam doktor atau pakar biologi. Jangan "biol" sudahlah...Haha

Itu baru berita penyakit, belum masuk bab politik, ekonomi, sukan dll. Dunia takkan habis. Tak pernah aman kecuali kita yang mententeramkan diri. Masa itu, baru 'aman' akan datang. Yang mula akan berakhir. Yang sudah, akan menyusul pula yang baru. Silih berganti. Kata orang... yang patah akan tumbuh, yang hilang berganti.


Walaupun yang baru tumbuh tak sama. Walaupun yang diganti tak serupa. Tetapi itulah sifat manusia. Manusia perkataan melayu, perkataan arabnya, insan. Kata dasarnya na-si-ya maknanya lupa... manusia mudah lupa... kepada penciptanya.. Sifat makhluk. Makhluk juga perkataan arab. Bukan perkataan melayu. Makhluq.. maf'ul bih. Faa'il nya ialah khaliq. Kata dasarnya kha-la-qa yang bermakna cipta. Makhluk itu ciptaan. Khaliq itu pencipta. Maka, siapa lagi hebat??

Sudah tentu khaliq lebih hebat. Manusia cipta kereta, manusia rasa bangga, walaupun kereta itu ada kelemahannya. Tetapi, siapa yang cipta manusia... yang asalnya dari titisan air mani, yang kalau jatuh tumpah ke tanah, ayam tak patuk, itik tak sudu. Manusia juga seperti kereta. Ada kelemahannya.. ada jangka hayatnya.

Sedangkan Kekasih Allah... Muhammad Pesuruh Allah juga diambil nyawa, inikan pula kita manusia biasa. Bukan ulama' jauh sekali anbia'. Bulan Ogos ini ada dua kematian yang agak mengejutkan. Seorang yang masyhur sekeliling dunia, seorang lagi hanya terkenal seantero Malaysia, sepelusuk buana menerusi "kerja" mereka. Ingatlah... hasil tangan atau "kerja" mereka juga makhluk. Ada kelemahannya juga.

Betapa bertuah dan hebatnya 2 makhluk Allah itu di pandangan mata "mereka" yang seolah-olah tak dapat menerima hakikat mengapa secepat ini mereka merasa "kehilangan". Itulah janji Allah. Tak perlu disangkal, tak payah nak sangsi. Tiada yang kekal melainkan Allah. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Bersediakah kita untuk mati sebentar lagi??


Sebentar lagi?? Mungkin sejurus aku menamatkan entri ini. Mungkin juga tak sempat siapkan entri ini dan di"post" kepada kalian. Sebentar lagi mungkin seminggu, sebulan atau setahun dari sekarang. Hatta 100 tahun lagi sekalipun, masa ajal itu akan tiba. Tak lewat walau sesaat, tak cepat walau sesaat.

Aman saja.. bumi Malaysia... kalau politik bersih. Kata mereka. Politik itu kotor?? Politik tidak kotor.. tetapi orang politik yang mengotorkannya. Islam itu indah ..aman. Tetapi penganutnya yang menggambarkan Islam itu buruk dan ganas. Orang tanya, mengapa orang sanggup politikkan agama?? Soalannya tergantung. Ya! Mana ada orang asingkan agama dalam kehidupan. Agama untuk dipraktikkan di mana saja. Agama tak boleh dipisahkan dari diri. Masa kita solat itu sudah tentu. Masa kita belajar... bekerja... bersukan... makan... berak... kencing... juga tak boleh kata kita berpisah dengan agama seketika. Kena sentiasa ingat Allah. Sama juga politik. Kita tak boleh kata politik suku... agama suku.. Salah! Kerana politik dan agama bersatu..seiring sejalan.

Maka, tak wujud istilah "mempolitikkan agama" atau "mengagamakan politik". Aku teringat arwah Tok Ayah. Mama pernah tanya...
"Tak bolehkah kita tak ambil tahu...tak kisah pasal politik? Sebab permainan orang politik sangat kotor."
Balas arwah..
"Kalau kita tak ambil tahu pasal politik.. kalau kerajaan naikkan harga beras... naikkan minyak.. sesuka hati macam negara ini negara mereka saja... bagaimana caranya kalau bukan dengan politik? Kalau sistem pendidikan anak bangsa diperkotak-katikkan. Sekejap bahasa Malaysia.. sekejap kot Inggeris pulok... kalau bukan dengan politik, bagaimana caranya kita nak pertahankan hak kita?? Nak berdemonstrasi.. mogok... Bukankah itu perlukan pengaruh? Dan pengaruh takkan kuat kalau bukan melalui saluran politik. Demonstrasi.. mogok.. hantar memo bantahan.. itu sebahagian daripada politik. Tetapi politik bukan hanya bermaksud membantah.. berdemo.. dan mogok saja kerjanya. Berpolitiklah dengan bijak~"

Ambik! Itu baru bab politik. Arwah Tok Ayah kata, kita "berjiwa kecil". Kena "berjiwa besar". Apa bezanya? Berjiwa kecil... kita hanya memikirkan diri kita sahaja... tak fikir masalah orang lain sekeliling kita, sedangkan kita hidup bermasyarakat. Sebab tu arwah suka sangat tengok berita dunia. Kemaslahatan saudara seagama di luar negara sangat diambil berat. Dulu ada Dunia Jam 10 yang hanya ada 2 orang saja. Sekarang namanya Berita Dunia dan bukan lagi di Jam 10.

Berjiwa besarlah kita... Fikir nasib saudara seagama kita di luar negara. Syukur kita tak mengalami nasib yang sama seperti mereka. Tertindas... terasing di bumi sendiri. Kita juga mungkin mengalami nasib seperti mereka suatu hari nanti kalau kita terus alpa dan leka dengan dunia. Dunia menipu...pandangan mata yang tersipu. Malu telinga mendengar... kelu lidah bergetar rebah.



Kita merantau ke Selatan Thai. Ingat lagi peristiwa jemaah Isyak dibedil dengan M16 tanpa perikemanusiaan. Di Mindanao, Selatan Filipina...bagaimana nasib minoriti Islam di sana. Di Kemboja?? Di Myanmar bagaimana nasib puak Rohingya dilayan sebegitu rupa oleh junta Burma. Di Xinjiang, tanah besar China, bagaimana layanan etnik Han terhadap etnik Uighur yang menyebabkan lebih kurang 190 orang terbunuh.. Di Iraq?? Afghanistan?? Lubnan?? Palestin???


Aneh! Bukankah kuasa politk yang membuatkan Islam tertindas sebegitu?Jadi, tak bolehkah umat Islam berpolitik? Itu antara pesanan arwah yang aku masih ingat. Dan aku dah ketemu jawapan.. mengapa arwah aktif berpolitik melalui saluran yang PASti ini... Betapa teguhnya pendirian.. Jawatan Guru Besar ditolak ketepi sebegitu saja semata-mata memilih untuk berjuang.

Sayang sekali perjuangan orang-orang dulu seperti arwah, tak sama dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan orang sekarang. Aku pun sama. Aku tak layak langsung nak berbicara soal perjuangan... keadilan... dan kemanusiaan! Mungkin lagi teruk daripada mereka yang tak pernah sekolah agama! Aku ni tak boleh harap walaupun sekolah arab. Itu yang mereka sungutkan kan?? Haha. Mungkin aku lebih kejarkan keseronokan... hiburan... dan tak boleh terima teguran. Hakikatnya, jauh di sudut hati, terdetik.. tertanya-tanya.. mengapa aku begini.Mungkin aku telah temui noktah "pelarian" ini?? TEET!

Buat sahabat.. kalian lebih mengenali diri ini. Mungkin luaran nampak lain, dalamannya berbeza. Terima kasih atas teguran yang membina. Kutukan yang menyedarkan dan segala respon yang positif mahupun negatif. Dunia yang menjerat aku... dimensi yang memerangkap aku sebegini... Walaupun luaran aku nampak ceria... hati menangis siapa yang tahu. Jiwa berperang hanya tuhan yang tahu. Aku rebah.. bangkit.. jatuh dan bangun kembali... semua telah diatur oleh-Nya.

Dunia... jalan yang aku pilih... hanya percaturan tuan dunia. Hitam atau putih. Dosa atau pahala. Syurga atau neraka. Derita atau bahagia. Pilihan di tangan kita. Yang halal itu jelas... yang haram juga jelas... Cuma kita yang bersikap culas, tak boleh berfikir secara waras. Moga aku ditemukan jalan keluarnya... Jalan keluar dari neraka. Ya Allah..aku berserah.

Inilah diriku... Yang kamu lihat. Tiada topeng...untuk menjadi orang lain. Orang telah nampak sisi hitam hidup aku. Mungkin ada yang tak perasan.. tak sedar ataupun buat-buat tak tahu saja. Ada juga yang melihat aku begitu bersih.. Umpama warna putih..sedangkan hakikatnya aku tak sunyi dari berbuat dosa. Dunia takkan habis kalau kita mengikut rentaknya.. melainkan kita sendiri yang berhenti. Memang tak larat nak kejar kehendak dunia. Kerana lambat laun, kita akan meninggalkan dunia yang fana menuju akhirat yang abadi.


Thursday, July 23, 2009

Cerita jalan-jalan; Episod 2 : MUSibah - malang tak berbau~

Aik? Cakap episod kedua bersama yang tersayang. Sayang ke orang yang bernama musibah?? Haha... Tunggu... cerita itu akan menyusul jua. Cuma ini cerita jalan-jalan yang agak terkini. Nah.. aku buka helaian diari aku...

{ 23 Julai 2009, sesuatu telah berlaku dalam hidup ini. Semuanya gara-gara SYMP. SYMP? Apa itu? Saya yang menurut perintah. Biasalah.. kerja kerajaan. Aku mendapat arahan orang atasan supaya menghadiri "bengkel" berkenaan piagam pelanggan.

"Bengkel" itu bertempat di Bahagian Farmasi, PJ. Betul-betul depan Matrikulasi UIA. Dekat dengan UM. Sepatutnya aku ke sana dengan kenderaan kementerian. Tapi sayang, driver yang berkhidmat dengan jabatan ada kursus induksi lah pulak. Kan??

Maka, aku mengharapkan agar ada mana-mana pemandu dari Bahagian Pengurusan yang akan membawa aku ke sana. Sayang sekali... pemandu tak cukup. Maka, aku buat keputusan taknak pergi. Namun, gara-gara SYMP, aku kena pergi ke sana juga akhirnya.

Ke sana? Dengan Panda kah? Itulah perancangan asalnya. Tetapi memandangkan hari semalam (21 Julai) hujan lebat sangat, maka aku tak mahu ambil risiko. Sanggup tinggalkan Panda di rumah. Pinjam kereta orang tua, Kia Rio. Awal-awal lagi dah rasa tak sedap hati, tapi aku tetap meneruskan juga perjalanan.

Lambat sikit sampai "bengkel" takpe. Tapi kalau dah lambat banyak?? Sebelum sampai ke PJ lagi kereta dah buat hal. Tiba-tiba enjin mati. Dekat lampu isyarat pulak tu! Nasib cepat-cepat alihkan kereta ke tepi dan akhirnya dapat teruskan perjalanan.

Alih-alih..dah masuk seksyen 17, dah nak sampai Matrik UIA, elok-elok saja depan kilang susu itu.. sekali lagi enjin mati. Cuba hidupkan enjin... berjaya! Tapi... berasap~ Panik.. Aku kelam-kabut sangat. Tak tahu nak buat apa buat sementara. Aku rasa sebab temperature naik. Jarum dah mencanak naik ke H. Hot..& Cold. Katy Pary lah pulak tiba-tiba ada kat radio. Haha.

Tengoklah jarum merah itu...mencanak naik ke huruf H mewakili Hot. 0 km/j. Berhenti terus ya.

Aku cuba cari botol-botol mineral kosong dalam kereta. Tiada~ Aku cek sendiri bonet depan. Memang kurang air tu,kering. Wah... bergunalah juga Dr. Rimfiel pernah ajar enjin-enjin ni masa buat degree dulu... walaupun... ingatan telah hilang. Haha.

Bukan takde duit, malas nak cucuk dekat bank.. Haha. Padahal memang dah kering tengah bulan

Dalam fikiran aku... habis duit aku kali ni. Sebab tu aku taknak call Papa lagi. Mesti bising kalau duit mengalir selaju air terjun. Rupa-rupanya poket aku kosong! Ya. Tak sempat nak cucuk duit. Di mana ATM?? Telefon Jemi.. Paniklah juga. Trauma pun ada. Nasib baik aku tak dikejarkan ke wad Trauma & Kecemasan PPUM. Haha.

Bila dah rasa rileks sikit.. baru ringankan tulang menelefon. Kawan-kawan ya. Mana-mana kawan yang pernah belajar di UM atau Matrik UIA. Tujuannya nak tanya, tahu tak "bengkel" betul untuk baiki kereta. Mat Yie... dan Azmi yang pernah belajar di UIA. Iwan dan Lutfi yang pernah belajar di UM. Sayang lagi sekali...mereka berada di luar tempat kejadian.

Aku telefon pulak Shahril... sebab tahu dia kadang-kadang tak kerja pagi kalau dah shift malam. Alamak.. dia pun dah siap-siap nak ke kerja. Ada beberapa nama lagi yang terlintas, tapi aku rasa macam tak sempat.

Tak sempat sebab apa? Elok-elok kereta rosak... masa tulah rasa nak berak! Haha. Perut meragam. Aku makan kuih pau yang mama kukus je untuk sarapan tadi. Maka, aku berlari rasa macam tak cukup tanah. Takut terkeluar apa yang tak patut keluar. Kalaulah ditambah dengan hujan lebat seperti hari semalam... haru-biru dibuatnya. Setelah berlari-lari anak, akhirnya bertemu juga Matrik UIA.

Yang aku nampak masjid Matrik UIA itu. Terus menuju ke toilet. Melepas! Usai qada' hajat, cepat-cepat sucikan diri. Berwudhu' Sembahyang sunat Dhuha ya... jam 11 pagi. Setelah sekian lama tak buat. Masa ni baru nak ingat tuhan. Takkan semata-mata masuk masjid untuk berak kan?? Hormatlah sikit tuan rumah-Nya ada..~

Orang kata... berubah sebab ditimpa musibah. Tak ikhlas. Bagi aku, orang nak kata macam tu, katalah. Soal ikhlas.. kita dan Allah saja yang tahu. Orang nak pertikai amal ibadat kita, teruskanlah... Paling tidak.. bila dilanda musibah.. inilah hikmahnya. Allah suruh hamba-Nya mengingati-Nya.. kembali kepada-Nya.

Bagi aku.. kalau ada seorang perempuan yang tak pakai tudung. Tiba-tiba nak pakai tudung sebab suka dekat seorang lelaki yang alim, biarkanlah... Sekurang-kurangnya itu langkah permulaan membuat penghijrahan. Paling tidak, ada respon & tindak balas. Daripada yang langsung buta mata hati. Hidayah masih tak menjengah. Walaupun ditimpa musibah.. tetapi hati masih keras... dan hitam. Sedangkan batu yang keras, boleh ada kesan lekuknya kalau sentiasa ada air yang menitis di atasnya.

Baiklah..kembali ke cerita tadi. Setelah selamat berak..aku carilah pulak ATM. Kering poket. Kalau pomen datang, ingat nak bayar dengan daun ke?? Maka, menjelajah lah aku sekitar kampus Matrikulasi UIA ini. Dulu.. selalu juga datang ke sini. Menjenguk kawan-kawan semaahad. Tapi sekarang junior yang aku tak kenal adalah.

Sepanjang-panjang kaki mengorak melangkah... menjelajah... fikiran ini turut terbang.. menerawang. Aku mula terfikir.. Malangkah nasib aku hari ini. "Bengkel" yang sepatutnya aku pergi.. dah tak pergi. Tunggu respon kawan-kawan yang aku telah SMS. Ada juga yang forwardkan nombor kawan-kawan yang mungkin ada di sekitar PJ.

Inilah kereta yang tersadai di tepi jalan di depan kilang susu. Nasib baik hari tak hujan...Kan??

Tunggu... punya tunggu... akhirnya tiada yang datang. Memandangkan waktu Zohor dah hampir, lekas-lekas aku "beriktikaf". Wah...selalunya sekali seminggu setiap hari Jumaat. Sementara menantikan masuk waktu Zohor.. dan dapat panggilan kawan-kawan, aku mahu tenangkan diri. Tak best tensi-tensi ni. Mengaji Al-Quran~..

Mungkin inilah hikmahnya.. dah lama juga aku tak mengaji Al-Quran. Ada dekat seminggu tinggalkan al-quran sebab terkejar ke sini ke sana. Sepatutnya, sebelum masuk Ramadhan, aku dah khatam satu Al-Quran. Tapi sekarang baru habis surah Thaha. Habis juz 16. Maka, kesempatan ini aku ambil... sempat baca setengah juz 17. Habis Surah Al-Anbiya'. Sempat ke nak khatam sebelum Ramadhan ni?

Selalunya... kebiasaannya aku berjaya khatam sebelum Ramadhan. Sebab masa Ramadhan nak khatam Al-Quran sekali lagi dalam tempoh sebulan. Kiranya.. dalam masa setahun, paling tidak 2 kali khatam. Teruk kan?? Kalau sahabt-sahabat aku yang Huffaaz...ada gelara Al-hafiz..Al-Quran tu ingat di "mulut" saja. Begitulah caranya memotivasikan diri. Kalau aku pandang orang yang langsung tak mengaji Al-Quran.. maka lambat-laun makin kuranglah masa untuk Al-Quran.

Betapa banyaknya dosa...kalau kita dah hafal ayat-ayat Al-Quran atau surah-surah tertentu, alih-alih lupa! Makan semut banyak kah?? Atau hati yang semakin gelap buat dosa tak ingat dunia. Setelah selesai 'hutang' Zohor. Aku ikhtiar sendiri.

Tak nampak tanda-tanda "penyelamat" akan muncul. Sobek kereta sendiri apa-apa yang dah mula terimbas kembali di memori. Akhirnya...alhamdulillah. Suhu kereta dah turun. Air pun berjaya dimasukkan setelah berjaya mendapat benjana air.

Inilah 'benjana' yang berjasa... Dikutip dari mr. tong-sam-pah. Amek kau.. Slurrpeeeeeeee~ daaa

Tada. Inilah hasilnya. Alhamdulillah,suhu sudah turun.Rasa macam nak terbang ke rumah terus.

Aku mula memandu..keluar dari situ. Kereta Rio itu sempat lalu betul-betul depan wad Trauma & Kecemasan PPUM. Aku hanya "tersenyum sorang-sorang" memandang perkataan 'trauma' itu. Harap-harap semuanya berakhir dengan cepat.

Ah! Perut lapar. Peristiwa tadi memang membantutkan selera. Alang-alang lalu Federal Hi-way menuju ke Seremban katanya... maka tersinggahlah aku di Mid Valley. Wah... nak melantak ke? Makanlah apa-apa yang patut. Sebab tengok kereta dah boleh jalan. Konfiden... masalah selesai.

Pukul 3 lebih keluar dari Mid Valley. Menuju ke rumah... Putrajaya. Cepat-cepat nak gi ofis ni. Nak ambik adik Ya lagi. Aku dah janji dengan Sufia, nak beli donut The Big Apple untuknya. Ya nak pilih sendiri. Elok-elok saja masuk kawasan Putrajaya,memandu perlahan di lorong paling kiri, sekali lagi peristiwa di luar dugaan berlaku.

Jarum suhu melonjak lagi sekali. Terus ke Hot... Dan enjin mati. Alamak! Dah nak sampai dah ni. Lebih kurang 2 km lagi nak sampai rumah. Elok-elok saja aku cuba hidupkan enjin, tak sempat nak pasang lampu kecemasan. BOOM! Aku ke depan. Dari tingkap pemandu, aku nampak seorang lelaki terpelanting! Kaget!

Aku keluar dari perut kereta. Lelaki itu mengaduh. Menggelupur.. berguling-guling atas rumput tepi jalan. Boleh pula aku macam takde perasaan. Buat tak nampak dia yang minta tolong itu. Panik ada, cuak ada. Aku tak langgar orang, orang langgar aku dari belakang. Yang aku nak tengok... kereta. Naaah~

Asalnya motor itu dah ter'selit' ke bawah di celah-celah tayar. Agak sendiri laju mana dia bawa...

Motor mamat ni terselit baik punya celah kereta. Nasib dia tak terselit celah kereta tu. Masa tu dah ada beberapa orang yang menghulirkan bantuan. Ada juga polis yang bertugas. Orang-orang yang lalu-lalang ada yang hulurkan baantuan. Mamat itu terus dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Sesi bercerita dimulakan. Yang penting aku tak langgar orang. Aku tak lenyek motor dia. Lorong motor kan ada disediakan... Dan aku memberhentikan kereta di lorong sebelah kiri. Bukan tengah-tengah jalan. Dan yang penting...had laju di situ 80km/j.

Sejurus...tiba 2, 3 orang kawan kepada "orang yang langgar aku" tadi. Mereka berbasa-basi. Aku ambil nombor mereka...aku simpan barang-barang milik "orang yang langgar aku". Ada usaha membawa motor itu lari... kata orang yang memerhatikan kesan kemalangan tadi. Tapi berjaya dihalang. Belakang kereta disondol motor itu.. hingga kemek bonet dan pecah lampu. Cuba bayangkan, hadlajunya 80km/j. Nah hadiah sampai terperosok ke bawah kereta.


Aku mula call Papa. Janji dengan Adik Ya dilupakan. Kecian Ya.. kena balik jalan kaki pulak tu. Papa.. biasalah.. menadah telinga saja aku. Haha. Bising sebab duit habis "parok". Dan yang penting.. tiba-tiba "orang yang langgar aku" buat panggilan. Nak aku bayar bil hospital dia dan gantirugi motor. TING-TONG~

Katanya.. aku yang salah. Tak bagi lampu kecemasan. Whatever. Kalau taknak bayar, kita buat repot polis. Silakan~ Dia yang mula buat repot.. malam tu juga, tapi tak jadi sebab nak buat esok hari. TAK BAWA LESEN! Siapa yang mencari pasal hah??

Sejurus selepas kemalangan tadi... dah ada orang yang cari makan. Mereka menawarkan khidmat "towing"... uruskan insuran... baiki kereta dengan satu pakej. Pakej yang menarik. Kalau aku tuan kereta, aku okay je kalau ada yang menawarkan diri menghulurkan tangan. Sambut saja tangan mereka. Tapi kata putus di tangan papa.

Papa nak minta tolong kawan papa. Sebenarnya sama saja. Bayar kurang seposen dua je kan. Timbul pulak isu kalau nak claim insuran kena tengok first party ke third party. Adoyaiii~ Dan situasi ke saat ini, laporan polis telah dibuat. Polis dah ambil keterangan aku. Terserah mereka bagi menentukan siapa benar dan salah. Wah.. macam mahkamah pulak. Kalau aku kalah.. see ya in court la, beb. Haha

Apa-apapun, kemalangan telah berlaku. Mujur tak melibatkan nyawa. Mujur tak dilanggar oleh lori atau bas dsb. "Geroh" org Klate royat. Malas ulang panjang...sebab aku pernah kata benda yang sama di sini. What's next?? }

Tuesday, July 21, 2009

Lagi kisah bedah siasat; Episod 3 - MAS vs MAN U

Suasananya sama seperti PRK Manek Urai. Ayat glamor masa kini. Kita kalah bermaruah! Majoriti 65. Kalah tipis 3-2. Manchester United 3, Amri Yahyah 2. Haha. Tetapi, bolehkah keputusan ini memberi cerminan bahawa perkembangan dan kemajuan bola sepak Malaysia telah maju setapak?

Walaupun Rajagopal membariskan barisan terbaik negara, dengan hanya "memanaskan badan" melawan Zimbabwe. Tetapi, keputusan menentang Manchester United agak mengejutkan. Adakah Man U bermain di bawah keupayaan sebenar, ataupun permainan skuad negara benar-benar meningkat mendadak??

Manchester United tu. Juara hat-trick EPL. Mungkin kehilangan Ronaldo dan Tevez telah dirasai ketidakhadirannya. Tempang mungkin jentera serangan MU. Nasib baik, "hero tua" Owen yang berjersi nombor 7 menjadi wira. Itulah yang aku suka pasal Owen. Sewaktu di Real Madrid, walaupun sebagai sub.. tetapi setiap kali diturunkan, pasti ada gol yang terhasil. Haha.


Mungkin kecederaan yang kerap melanda pemain "rendah" ini, (Hakikatnya tinggi juga kalau di Malaysia, 173 cm dan ada juga gol yang dihasilkan Owen melalui tandukan) menyebabkan Owen mengambil masa untuk kembali cergas dan fit seperti sediakala. Nani dan Rooney pasti menjadi taruhan Fergie di masa mendatang.

Kata Fergie, corak permainan pantas Malaysia telah berjaya mematahkan sendi dan tulang MU. Tambahan pula, Amri bertindak bijak. Katanya, dia selalu menyaksikan rakaman ataupun siaran bola melibatkan MU. Van de Saar gemar berada di luar gawang ketika MU hebat menyerang.

Justeru, kesempatan ini diambil Amri secara "bijak" yang terus membuat lambungan cantik dari jarak 30 m terus ke gawang MU. Manakala gol kedua pula membuktikan Ben Foster masih mentah! Boleh?? Haha. Maknanya Foster masih perlukan masa untuk meningkatkan lagi mutu mengawal gawang daripada dibocori.

Apa kata PM kita,Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menjangkakan Malaysia akan kalah tipis kepada Manchester United dalam bola sepak persahabatan Jelajah Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kita kalah 3-2. Saya ingat kita kalah 6-0," katanya berseloroh. Haha. Reaksi sama BN kalah di MU dulu. Baca sini. Suasana yang sama, situasi yang berbeza. Manchester United kini melakukan siri Jelajah Asia dan Malaysia merupakan destinasi pertama persinggahan pasukan bola sepak ternama itu.

Perlawanan menentang Indonesia telahpun dibatalkan kerana tragedi pengeboman itu. Kerana apa? Sebab 2 hotel yang dibom itu, Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz-Charlton, merupakan tempat di mana skuad MU akan menginap kelak. Dan berita baiknya, ada rematch melawan Malaysia pada 20 Julai 2009-Isnin. Baik ke berita ini? Nampak gaya Fergie tak puas hati nampak. Seek for the revenge nampak?? Haha. Kita tengok.. adakah Malaysia akan dibelasah??

Nah~ 2-0. Kalah ya...bukan menang. Tetapi skuad negara menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Cuba sedaya-upaya merapatkan kedudukan. Gol pertama Macheda, dan sekali lagi.. Owen menjaringkan gol. Nampak gayanya, pasukan "setan merah" ni menjadikan Siri Jelajah Asia 2009 ni sebagai medan memanaskan badan. Warm-up! Tetapi, ada "rumours" mengatakan pasukan "setan merah" ni sengaja menjadikan perlawanan kelihatan seimbang... tanda penghormatan kepada penaja mereka, AirAsia yang juga merupakan tuan rumah kali ini. Karut lagi mengarut~

Apa kata Sir Alex Ferguson?? “Anda sentiasa bimbang terhadap pasukan yang pantas kerana mereka benar-benar mampu mengancam anda. Namun, skuad anda tidak mempunyai penyudah,” katanya. Apa-apapun.. syabas kepada skuad negara. Moga momentum ini berterusan. Masa tak diberi harapan.. baru ada bunga kejayaan. Tetapi setelah berputik kejayaan.. bertukar menjadi debu-debu kekecewaan. Malaysia Boleh!