Hebahan

Wednesday, July 29, 2009

Cerita dunia, dunia derita ...

Banyak sangat benda dan perkara yang menyerbu di minda. Melanda negara... melata di jiwa. Pesona di mata, terpana di hati. Melanda negara... tak kira apa jua isu. Untuk kesekian kalinya... setelah denggi berlalu di awal tahun 2009, silih berganti pula dengan Chikugunya. Nah.. datang pula influenza A. Selsema Babi... sampai ada nama universiti baru di Malaysia. USB ataupun Universiti Selsema Babi! Haha. Dah berapa banyak kampus yang telah ditutup. Lewat ini di UPM. Semuanya gara-gara ramai yang didapati positif H1N1. H1N1.. orang ahli kimia kata, mono hidrogen nitrit. HN saja. Nombor satunya hilang.. Tak perlu seperti 1Malaysia ataupun 1Utama dsb. Dan kes kematian ekoran penyakit ini di Malaysia telah melonjak ke EMPAT angka, dan jika tidak dibendung.. dibiar menular.. bila-bila masa darurat amat wajar diisytihar.

Ini dia doa yang boleh diamalkan.. moga-moga kita terhindar dari wabak...


Pandemik.. Epidemik.. Sindemik.. Endemik.. Apa itu?? Akademik? Tahu kan.. Ini dia wacana akademik. Google saja rangkaian kata itu untuk maklumat lebih lanjut. Aku mahu terangkan secara ringkas mengikut pemahaman aku. Epidemik ni lebih kurang maknanya wabak. Wabak pula maknanya penyakit yang menular... merebak melebihi batas normal, contohnya H1N1 inilah. Endemik pula penyakit yang berlaku di KAWASAN/POPULASI tertentu dan tertutup. Kira macam eksklusif sikitlah pesakitnya.

Pandemik pula merujuk kepada epidemik yang terjadi dengan lebih meluas mencakupi pelbagai daerah/negara di dunia. Sindemik pula maknanya gabungan beberapa jenis penyakit lagi. Ewah... ewah.. macam doktor atau pakar biologi. Jangan "biol" sudahlah...Haha

Itu baru berita penyakit, belum masuk bab politik, ekonomi, sukan dll. Dunia takkan habis. Tak pernah aman kecuali kita yang mententeramkan diri. Masa itu, baru 'aman' akan datang. Yang mula akan berakhir. Yang sudah, akan menyusul pula yang baru. Silih berganti. Kata orang... yang patah akan tumbuh, yang hilang berganti.


Walaupun yang baru tumbuh tak sama. Walaupun yang diganti tak serupa. Tetapi itulah sifat manusia. Manusia perkataan melayu, perkataan arabnya, insan. Kata dasarnya na-si-ya maknanya lupa... manusia mudah lupa... kepada penciptanya.. Sifat makhluk. Makhluk juga perkataan arab. Bukan perkataan melayu. Makhluq.. maf'ul bih. Faa'il nya ialah khaliq. Kata dasarnya kha-la-qa yang bermakna cipta. Makhluk itu ciptaan. Khaliq itu pencipta. Maka, siapa lagi hebat??

Sudah tentu khaliq lebih hebat. Manusia cipta kereta, manusia rasa bangga, walaupun kereta itu ada kelemahannya. Tetapi, siapa yang cipta manusia... yang asalnya dari titisan air mani, yang kalau jatuh tumpah ke tanah, ayam tak patuk, itik tak sudu. Manusia juga seperti kereta. Ada kelemahannya.. ada jangka hayatnya.

Sedangkan Kekasih Allah... Muhammad Pesuruh Allah juga diambil nyawa, inikan pula kita manusia biasa. Bukan ulama' jauh sekali anbia'. Bulan Ogos ini ada dua kematian yang agak mengejutkan. Seorang yang masyhur sekeliling dunia, seorang lagi hanya terkenal seantero Malaysia, sepelusuk buana menerusi "kerja" mereka. Ingatlah... hasil tangan atau "kerja" mereka juga makhluk. Ada kelemahannya juga.

Betapa bertuah dan hebatnya 2 makhluk Allah itu di pandangan mata "mereka" yang seolah-olah tak dapat menerima hakikat mengapa secepat ini mereka merasa "kehilangan". Itulah janji Allah. Tak perlu disangkal, tak payah nak sangsi. Tiada yang kekal melainkan Allah. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Bersediakah kita untuk mati sebentar lagi??


Sebentar lagi?? Mungkin sejurus aku menamatkan entri ini. Mungkin juga tak sempat siapkan entri ini dan di"post" kepada kalian. Sebentar lagi mungkin seminggu, sebulan atau setahun dari sekarang. Hatta 100 tahun lagi sekalipun, masa ajal itu akan tiba. Tak lewat walau sesaat, tak cepat walau sesaat.

Aman saja.. bumi Malaysia... kalau politik bersih. Kata mereka. Politik itu kotor?? Politik tidak kotor.. tetapi orang politik yang mengotorkannya. Islam itu indah ..aman. Tetapi penganutnya yang menggambarkan Islam itu buruk dan ganas. Orang tanya, mengapa orang sanggup politikkan agama?? Soalannya tergantung. Ya! Mana ada orang asingkan agama dalam kehidupan. Agama untuk dipraktikkan di mana saja. Agama tak boleh dipisahkan dari diri. Masa kita solat itu sudah tentu. Masa kita belajar... bekerja... bersukan... makan... berak... kencing... juga tak boleh kata kita berpisah dengan agama seketika. Kena sentiasa ingat Allah. Sama juga politik. Kita tak boleh kata politik suku... agama suku.. Salah! Kerana politik dan agama bersatu..seiring sejalan.

Maka, tak wujud istilah "mempolitikkan agama" atau "mengagamakan politik". Aku teringat arwah Tok Ayah. Mama pernah tanya...
"Tak bolehkah kita tak ambil tahu...tak kisah pasal politik? Sebab permainan orang politik sangat kotor."
Balas arwah..
"Kalau kita tak ambil tahu pasal politik.. kalau kerajaan naikkan harga beras... naikkan minyak.. sesuka hati macam negara ini negara mereka saja... bagaimana caranya kalau bukan dengan politik? Kalau sistem pendidikan anak bangsa diperkotak-katikkan. Sekejap bahasa Malaysia.. sekejap kot Inggeris pulok... kalau bukan dengan politik, bagaimana caranya kita nak pertahankan hak kita?? Nak berdemonstrasi.. mogok... Bukankah itu perlukan pengaruh? Dan pengaruh takkan kuat kalau bukan melalui saluran politik. Demonstrasi.. mogok.. hantar memo bantahan.. itu sebahagian daripada politik. Tetapi politik bukan hanya bermaksud membantah.. berdemo.. dan mogok saja kerjanya. Berpolitiklah dengan bijak~"

Ambik! Itu baru bab politik. Arwah Tok Ayah kata, kita "berjiwa kecil". Kena "berjiwa besar". Apa bezanya? Berjiwa kecil... kita hanya memikirkan diri kita sahaja... tak fikir masalah orang lain sekeliling kita, sedangkan kita hidup bermasyarakat. Sebab tu arwah suka sangat tengok berita dunia. Kemaslahatan saudara seagama di luar negara sangat diambil berat. Dulu ada Dunia Jam 10 yang hanya ada 2 orang saja. Sekarang namanya Berita Dunia dan bukan lagi di Jam 10.

Berjiwa besarlah kita... Fikir nasib saudara seagama kita di luar negara. Syukur kita tak mengalami nasib yang sama seperti mereka. Tertindas... terasing di bumi sendiri. Kita juga mungkin mengalami nasib seperti mereka suatu hari nanti kalau kita terus alpa dan leka dengan dunia. Dunia menipu...pandangan mata yang tersipu. Malu telinga mendengar... kelu lidah bergetar rebah.



Kita merantau ke Selatan Thai. Ingat lagi peristiwa jemaah Isyak dibedil dengan M16 tanpa perikemanusiaan. Di Mindanao, Selatan Filipina...bagaimana nasib minoriti Islam di sana. Di Kemboja?? Di Myanmar bagaimana nasib puak Rohingya dilayan sebegitu rupa oleh junta Burma. Di Xinjiang, tanah besar China, bagaimana layanan etnik Han terhadap etnik Uighur yang menyebabkan lebih kurang 190 orang terbunuh.. Di Iraq?? Afghanistan?? Lubnan?? Palestin???


Aneh! Bukankah kuasa politk yang membuatkan Islam tertindas sebegitu?Jadi, tak bolehkah umat Islam berpolitik? Itu antara pesanan arwah yang aku masih ingat. Dan aku dah ketemu jawapan.. mengapa arwah aktif berpolitik melalui saluran yang PASti ini... Betapa teguhnya pendirian.. Jawatan Guru Besar ditolak ketepi sebegitu saja semata-mata memilih untuk berjuang.

Sayang sekali perjuangan orang-orang dulu seperti arwah, tak sama dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan orang sekarang. Aku pun sama. Aku tak layak langsung nak berbicara soal perjuangan... keadilan... dan kemanusiaan! Mungkin lagi teruk daripada mereka yang tak pernah sekolah agama! Aku ni tak boleh harap walaupun sekolah arab. Itu yang mereka sungutkan kan?? Haha. Mungkin aku lebih kejarkan keseronokan... hiburan... dan tak boleh terima teguran. Hakikatnya, jauh di sudut hati, terdetik.. tertanya-tanya.. mengapa aku begini.Mungkin aku telah temui noktah "pelarian" ini?? TEET!

Buat sahabat.. kalian lebih mengenali diri ini. Mungkin luaran nampak lain, dalamannya berbeza. Terima kasih atas teguran yang membina. Kutukan yang menyedarkan dan segala respon yang positif mahupun negatif. Dunia yang menjerat aku... dimensi yang memerangkap aku sebegini... Walaupun luaran aku nampak ceria... hati menangis siapa yang tahu. Jiwa berperang hanya tuhan yang tahu. Aku rebah.. bangkit.. jatuh dan bangun kembali... semua telah diatur oleh-Nya.

Dunia... jalan yang aku pilih... hanya percaturan tuan dunia. Hitam atau putih. Dosa atau pahala. Syurga atau neraka. Derita atau bahagia. Pilihan di tangan kita. Yang halal itu jelas... yang haram juga jelas... Cuma kita yang bersikap culas, tak boleh berfikir secara waras. Moga aku ditemukan jalan keluarnya... Jalan keluar dari neraka. Ya Allah..aku berserah.

Inilah diriku... Yang kamu lihat. Tiada topeng...untuk menjadi orang lain. Orang telah nampak sisi hitam hidup aku. Mungkin ada yang tak perasan.. tak sedar ataupun buat-buat tak tahu saja. Ada juga yang melihat aku begitu bersih.. Umpama warna putih..sedangkan hakikatnya aku tak sunyi dari berbuat dosa. Dunia takkan habis kalau kita mengikut rentaknya.. melainkan kita sendiri yang berhenti. Memang tak larat nak kejar kehendak dunia. Kerana lambat laun, kita akan meninggalkan dunia yang fana menuju akhirat yang abadi.


Thursday, July 23, 2009

Cerita jalan-jalan; Episod 2 : MUSibah - malang tak berbau~

Aik? Cakap episod kedua bersama yang tersayang. Sayang ke orang yang bernama musibah?? Haha... Tunggu... cerita itu akan menyusul jua. Cuma ini cerita jalan-jalan yang agak terkini. Nah.. aku buka helaian diari aku...

{ 23 Julai 2009, sesuatu telah berlaku dalam hidup ini. Semuanya gara-gara SYMP. SYMP? Apa itu? Saya yang menurut perintah. Biasalah.. kerja kerajaan. Aku mendapat arahan orang atasan supaya menghadiri "bengkel" berkenaan piagam pelanggan.

"Bengkel" itu bertempat di Bahagian Farmasi, PJ. Betul-betul depan Matrikulasi UIA. Dekat dengan UM. Sepatutnya aku ke sana dengan kenderaan kementerian. Tapi sayang, driver yang berkhidmat dengan jabatan ada kursus induksi lah pulak. Kan??

Maka, aku mengharapkan agar ada mana-mana pemandu dari Bahagian Pengurusan yang akan membawa aku ke sana. Sayang sekali... pemandu tak cukup. Maka, aku buat keputusan taknak pergi. Namun, gara-gara SYMP, aku kena pergi ke sana juga akhirnya.

Ke sana? Dengan Panda kah? Itulah perancangan asalnya. Tetapi memandangkan hari semalam (21 Julai) hujan lebat sangat, maka aku tak mahu ambil risiko. Sanggup tinggalkan Panda di rumah. Pinjam kereta orang tua, Kia Rio. Awal-awal lagi dah rasa tak sedap hati, tapi aku tetap meneruskan juga perjalanan.

Lambat sikit sampai "bengkel" takpe. Tapi kalau dah lambat banyak?? Sebelum sampai ke PJ lagi kereta dah buat hal. Tiba-tiba enjin mati. Dekat lampu isyarat pulak tu! Nasib cepat-cepat alihkan kereta ke tepi dan akhirnya dapat teruskan perjalanan.

Alih-alih..dah masuk seksyen 17, dah nak sampai Matrik UIA, elok-elok saja depan kilang susu itu.. sekali lagi enjin mati. Cuba hidupkan enjin... berjaya! Tapi... berasap~ Panik.. Aku kelam-kabut sangat. Tak tahu nak buat apa buat sementara. Aku rasa sebab temperature naik. Jarum dah mencanak naik ke H. Hot..& Cold. Katy Pary lah pulak tiba-tiba ada kat radio. Haha.

Tengoklah jarum merah itu...mencanak naik ke huruf H mewakili Hot. 0 km/j. Berhenti terus ya.

Aku cuba cari botol-botol mineral kosong dalam kereta. Tiada~ Aku cek sendiri bonet depan. Memang kurang air tu,kering. Wah... bergunalah juga Dr. Rimfiel pernah ajar enjin-enjin ni masa buat degree dulu... walaupun... ingatan telah hilang. Haha.

Bukan takde duit, malas nak cucuk dekat bank.. Haha. Padahal memang dah kering tengah bulan

Dalam fikiran aku... habis duit aku kali ni. Sebab tu aku taknak call Papa lagi. Mesti bising kalau duit mengalir selaju air terjun. Rupa-rupanya poket aku kosong! Ya. Tak sempat nak cucuk duit. Di mana ATM?? Telefon Jemi.. Paniklah juga. Trauma pun ada. Nasib baik aku tak dikejarkan ke wad Trauma & Kecemasan PPUM. Haha.

Bila dah rasa rileks sikit.. baru ringankan tulang menelefon. Kawan-kawan ya. Mana-mana kawan yang pernah belajar di UM atau Matrik UIA. Tujuannya nak tanya, tahu tak "bengkel" betul untuk baiki kereta. Mat Yie... dan Azmi yang pernah belajar di UIA. Iwan dan Lutfi yang pernah belajar di UM. Sayang lagi sekali...mereka berada di luar tempat kejadian.

Aku telefon pulak Shahril... sebab tahu dia kadang-kadang tak kerja pagi kalau dah shift malam. Alamak.. dia pun dah siap-siap nak ke kerja. Ada beberapa nama lagi yang terlintas, tapi aku rasa macam tak sempat.

Tak sempat sebab apa? Elok-elok kereta rosak... masa tulah rasa nak berak! Haha. Perut meragam. Aku makan kuih pau yang mama kukus je untuk sarapan tadi. Maka, aku berlari rasa macam tak cukup tanah. Takut terkeluar apa yang tak patut keluar. Kalaulah ditambah dengan hujan lebat seperti hari semalam... haru-biru dibuatnya. Setelah berlari-lari anak, akhirnya bertemu juga Matrik UIA.

Yang aku nampak masjid Matrik UIA itu. Terus menuju ke toilet. Melepas! Usai qada' hajat, cepat-cepat sucikan diri. Berwudhu' Sembahyang sunat Dhuha ya... jam 11 pagi. Setelah sekian lama tak buat. Masa ni baru nak ingat tuhan. Takkan semata-mata masuk masjid untuk berak kan?? Hormatlah sikit tuan rumah-Nya ada..~

Orang kata... berubah sebab ditimpa musibah. Tak ikhlas. Bagi aku, orang nak kata macam tu, katalah. Soal ikhlas.. kita dan Allah saja yang tahu. Orang nak pertikai amal ibadat kita, teruskanlah... Paling tidak.. bila dilanda musibah.. inilah hikmahnya. Allah suruh hamba-Nya mengingati-Nya.. kembali kepada-Nya.

Bagi aku.. kalau ada seorang perempuan yang tak pakai tudung. Tiba-tiba nak pakai tudung sebab suka dekat seorang lelaki yang alim, biarkanlah... Sekurang-kurangnya itu langkah permulaan membuat penghijrahan. Paling tidak, ada respon & tindak balas. Daripada yang langsung buta mata hati. Hidayah masih tak menjengah. Walaupun ditimpa musibah.. tetapi hati masih keras... dan hitam. Sedangkan batu yang keras, boleh ada kesan lekuknya kalau sentiasa ada air yang menitis di atasnya.

Baiklah..kembali ke cerita tadi. Setelah selamat berak..aku carilah pulak ATM. Kering poket. Kalau pomen datang, ingat nak bayar dengan daun ke?? Maka, menjelajah lah aku sekitar kampus Matrikulasi UIA ini. Dulu.. selalu juga datang ke sini. Menjenguk kawan-kawan semaahad. Tapi sekarang junior yang aku tak kenal adalah.

Sepanjang-panjang kaki mengorak melangkah... menjelajah... fikiran ini turut terbang.. menerawang. Aku mula terfikir.. Malangkah nasib aku hari ini. "Bengkel" yang sepatutnya aku pergi.. dah tak pergi. Tunggu respon kawan-kawan yang aku telah SMS. Ada juga yang forwardkan nombor kawan-kawan yang mungkin ada di sekitar PJ.

Inilah kereta yang tersadai di tepi jalan di depan kilang susu. Nasib baik hari tak hujan...Kan??

Tunggu... punya tunggu... akhirnya tiada yang datang. Memandangkan waktu Zohor dah hampir, lekas-lekas aku "beriktikaf". Wah...selalunya sekali seminggu setiap hari Jumaat. Sementara menantikan masuk waktu Zohor.. dan dapat panggilan kawan-kawan, aku mahu tenangkan diri. Tak best tensi-tensi ni. Mengaji Al-Quran~..

Mungkin inilah hikmahnya.. dah lama juga aku tak mengaji Al-Quran. Ada dekat seminggu tinggalkan al-quran sebab terkejar ke sini ke sana. Sepatutnya, sebelum masuk Ramadhan, aku dah khatam satu Al-Quran. Tapi sekarang baru habis surah Thaha. Habis juz 16. Maka, kesempatan ini aku ambil... sempat baca setengah juz 17. Habis Surah Al-Anbiya'. Sempat ke nak khatam sebelum Ramadhan ni?

Selalunya... kebiasaannya aku berjaya khatam sebelum Ramadhan. Sebab masa Ramadhan nak khatam Al-Quran sekali lagi dalam tempoh sebulan. Kiranya.. dalam masa setahun, paling tidak 2 kali khatam. Teruk kan?? Kalau sahabt-sahabat aku yang Huffaaz...ada gelara Al-hafiz..Al-Quran tu ingat di "mulut" saja. Begitulah caranya memotivasikan diri. Kalau aku pandang orang yang langsung tak mengaji Al-Quran.. maka lambat-laun makin kuranglah masa untuk Al-Quran.

Betapa banyaknya dosa...kalau kita dah hafal ayat-ayat Al-Quran atau surah-surah tertentu, alih-alih lupa! Makan semut banyak kah?? Atau hati yang semakin gelap buat dosa tak ingat dunia. Setelah selesai 'hutang' Zohor. Aku ikhtiar sendiri.

Tak nampak tanda-tanda "penyelamat" akan muncul. Sobek kereta sendiri apa-apa yang dah mula terimbas kembali di memori. Akhirnya...alhamdulillah. Suhu kereta dah turun. Air pun berjaya dimasukkan setelah berjaya mendapat benjana air.

Inilah 'benjana' yang berjasa... Dikutip dari mr. tong-sam-pah. Amek kau.. Slurrpeeeeeeee~ daaa

Tada. Inilah hasilnya. Alhamdulillah,suhu sudah turun.Rasa macam nak terbang ke rumah terus.

Aku mula memandu..keluar dari situ. Kereta Rio itu sempat lalu betul-betul depan wad Trauma & Kecemasan PPUM. Aku hanya "tersenyum sorang-sorang" memandang perkataan 'trauma' itu. Harap-harap semuanya berakhir dengan cepat.

Ah! Perut lapar. Peristiwa tadi memang membantutkan selera. Alang-alang lalu Federal Hi-way menuju ke Seremban katanya... maka tersinggahlah aku di Mid Valley. Wah... nak melantak ke? Makanlah apa-apa yang patut. Sebab tengok kereta dah boleh jalan. Konfiden... masalah selesai.

Pukul 3 lebih keluar dari Mid Valley. Menuju ke rumah... Putrajaya. Cepat-cepat nak gi ofis ni. Nak ambik adik Ya lagi. Aku dah janji dengan Sufia, nak beli donut The Big Apple untuknya. Ya nak pilih sendiri. Elok-elok saja masuk kawasan Putrajaya,memandu perlahan di lorong paling kiri, sekali lagi peristiwa di luar dugaan berlaku.

Jarum suhu melonjak lagi sekali. Terus ke Hot... Dan enjin mati. Alamak! Dah nak sampai dah ni. Lebih kurang 2 km lagi nak sampai rumah. Elok-elok saja aku cuba hidupkan enjin, tak sempat nak pasang lampu kecemasan. BOOM! Aku ke depan. Dari tingkap pemandu, aku nampak seorang lelaki terpelanting! Kaget!

Aku keluar dari perut kereta. Lelaki itu mengaduh. Menggelupur.. berguling-guling atas rumput tepi jalan. Boleh pula aku macam takde perasaan. Buat tak nampak dia yang minta tolong itu. Panik ada, cuak ada. Aku tak langgar orang, orang langgar aku dari belakang. Yang aku nak tengok... kereta. Naaah~

Asalnya motor itu dah ter'selit' ke bawah di celah-celah tayar. Agak sendiri laju mana dia bawa...

Motor mamat ni terselit baik punya celah kereta. Nasib dia tak terselit celah kereta tu. Masa tu dah ada beberapa orang yang menghulirkan bantuan. Ada juga polis yang bertugas. Orang-orang yang lalu-lalang ada yang hulurkan baantuan. Mamat itu terus dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Sesi bercerita dimulakan. Yang penting aku tak langgar orang. Aku tak lenyek motor dia. Lorong motor kan ada disediakan... Dan aku memberhentikan kereta di lorong sebelah kiri. Bukan tengah-tengah jalan. Dan yang penting...had laju di situ 80km/j.

Sejurus...tiba 2, 3 orang kawan kepada "orang yang langgar aku" tadi. Mereka berbasa-basi. Aku ambil nombor mereka...aku simpan barang-barang milik "orang yang langgar aku". Ada usaha membawa motor itu lari... kata orang yang memerhatikan kesan kemalangan tadi. Tapi berjaya dihalang. Belakang kereta disondol motor itu.. hingga kemek bonet dan pecah lampu. Cuba bayangkan, hadlajunya 80km/j. Nah hadiah sampai terperosok ke bawah kereta.


Aku mula call Papa. Janji dengan Adik Ya dilupakan. Kecian Ya.. kena balik jalan kaki pulak tu. Papa.. biasalah.. menadah telinga saja aku. Haha. Bising sebab duit habis "parok". Dan yang penting.. tiba-tiba "orang yang langgar aku" buat panggilan. Nak aku bayar bil hospital dia dan gantirugi motor. TING-TONG~

Katanya.. aku yang salah. Tak bagi lampu kecemasan. Whatever. Kalau taknak bayar, kita buat repot polis. Silakan~ Dia yang mula buat repot.. malam tu juga, tapi tak jadi sebab nak buat esok hari. TAK BAWA LESEN! Siapa yang mencari pasal hah??

Sejurus selepas kemalangan tadi... dah ada orang yang cari makan. Mereka menawarkan khidmat "towing"... uruskan insuran... baiki kereta dengan satu pakej. Pakej yang menarik. Kalau aku tuan kereta, aku okay je kalau ada yang menawarkan diri menghulurkan tangan. Sambut saja tangan mereka. Tapi kata putus di tangan papa.

Papa nak minta tolong kawan papa. Sebenarnya sama saja. Bayar kurang seposen dua je kan. Timbul pulak isu kalau nak claim insuran kena tengok first party ke third party. Adoyaiii~ Dan situasi ke saat ini, laporan polis telah dibuat. Polis dah ambil keterangan aku. Terserah mereka bagi menentukan siapa benar dan salah. Wah.. macam mahkamah pulak. Kalau aku kalah.. see ya in court la, beb. Haha

Apa-apapun, kemalangan telah berlaku. Mujur tak melibatkan nyawa. Mujur tak dilanggar oleh lori atau bas dsb. "Geroh" org Klate royat. Malas ulang panjang...sebab aku pernah kata benda yang sama di sini. What's next?? }

Tuesday, July 21, 2009

Lagi kisah bedah siasat; Episod 3 - MAS vs MAN U

Suasananya sama seperti PRK Manek Urai. Ayat glamor masa kini. Kita kalah bermaruah! Majoriti 65. Kalah tipis 3-2. Manchester United 3, Amri Yahyah 2. Haha. Tetapi, bolehkah keputusan ini memberi cerminan bahawa perkembangan dan kemajuan bola sepak Malaysia telah maju setapak?

Walaupun Rajagopal membariskan barisan terbaik negara, dengan hanya "memanaskan badan" melawan Zimbabwe. Tetapi, keputusan menentang Manchester United agak mengejutkan. Adakah Man U bermain di bawah keupayaan sebenar, ataupun permainan skuad negara benar-benar meningkat mendadak??

Manchester United tu. Juara hat-trick EPL. Mungkin kehilangan Ronaldo dan Tevez telah dirasai ketidakhadirannya. Tempang mungkin jentera serangan MU. Nasib baik, "hero tua" Owen yang berjersi nombor 7 menjadi wira. Itulah yang aku suka pasal Owen. Sewaktu di Real Madrid, walaupun sebagai sub.. tetapi setiap kali diturunkan, pasti ada gol yang terhasil. Haha.


Mungkin kecederaan yang kerap melanda pemain "rendah" ini, (Hakikatnya tinggi juga kalau di Malaysia, 173 cm dan ada juga gol yang dihasilkan Owen melalui tandukan) menyebabkan Owen mengambil masa untuk kembali cergas dan fit seperti sediakala. Nani dan Rooney pasti menjadi taruhan Fergie di masa mendatang.

Kata Fergie, corak permainan pantas Malaysia telah berjaya mematahkan sendi dan tulang MU. Tambahan pula, Amri bertindak bijak. Katanya, dia selalu menyaksikan rakaman ataupun siaran bola melibatkan MU. Van de Saar gemar berada di luar gawang ketika MU hebat menyerang.

Justeru, kesempatan ini diambil Amri secara "bijak" yang terus membuat lambungan cantik dari jarak 30 m terus ke gawang MU. Manakala gol kedua pula membuktikan Ben Foster masih mentah! Boleh?? Haha. Maknanya Foster masih perlukan masa untuk meningkatkan lagi mutu mengawal gawang daripada dibocori.

Apa kata PM kita,Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menjangkakan Malaysia akan kalah tipis kepada Manchester United dalam bola sepak persahabatan Jelajah Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kita kalah 3-2. Saya ingat kita kalah 6-0," katanya berseloroh. Haha. Reaksi sama BN kalah di MU dulu. Baca sini. Suasana yang sama, situasi yang berbeza. Manchester United kini melakukan siri Jelajah Asia dan Malaysia merupakan destinasi pertama persinggahan pasukan bola sepak ternama itu.

Perlawanan menentang Indonesia telahpun dibatalkan kerana tragedi pengeboman itu. Kerana apa? Sebab 2 hotel yang dibom itu, Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz-Charlton, merupakan tempat di mana skuad MU akan menginap kelak. Dan berita baiknya, ada rematch melawan Malaysia pada 20 Julai 2009-Isnin. Baik ke berita ini? Nampak gaya Fergie tak puas hati nampak. Seek for the revenge nampak?? Haha. Kita tengok.. adakah Malaysia akan dibelasah??

Nah~ 2-0. Kalah ya...bukan menang. Tetapi skuad negara menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Cuba sedaya-upaya merapatkan kedudukan. Gol pertama Macheda, dan sekali lagi.. Owen menjaringkan gol. Nampak gayanya, pasukan "setan merah" ni menjadikan Siri Jelajah Asia 2009 ni sebagai medan memanaskan badan. Warm-up! Tetapi, ada "rumours" mengatakan pasukan "setan merah" ni sengaja menjadikan perlawanan kelihatan seimbang... tanda penghormatan kepada penaja mereka, AirAsia yang juga merupakan tuan rumah kali ini. Karut lagi mengarut~

Apa kata Sir Alex Ferguson?? “Anda sentiasa bimbang terhadap pasukan yang pantas kerana mereka benar-benar mampu mengancam anda. Namun, skuad anda tidak mempunyai penyudah,” katanya. Apa-apapun.. syabas kepada skuad negara. Moga momentum ini berterusan. Masa tak diberi harapan.. baru ada bunga kejayaan. Tetapi setelah berputik kejayaan.. bertukar menjadi debu-debu kekecewaan. Malaysia Boleh!

Monday, July 20, 2009

Kisah bedah siasat; Episod 2: Anugerah Planet Muzik 2009 - Penganjuran Terburuk?!?!?


Nah. Itu saja kesimpulannya. Aku tak ralat kalau daripada 9 Kategori Terbaik dan dibolot Indonesia 7 Anugerah hatta mereka menyapu bersih kesemua anugerah sekalipun! Bukan soal siapa menang, dan siapa pulang tangan kosong. Menjadi tuan rumah bukan tiket untuk mendominasi segala-galanya.

Menjadi tuan rumah perlu menyiapkan rumah! Menyediakan rumah dengan segala kelengkapan, moga-moga kenangan lebih indah dan memorinya lebih abadi. Tapi sayang, melodinya kurang enak. Awal-awal lagi disambut dengan letupan bom yang menggegarkan seluruh dunia. Tapi, itu di luar bidang kuasa tuan rumah, tetapi ekoran tragedi ini, sedikit sebanyak telah mencalarkan imej penganjur. Kerisauan pasti melanda delegasi Malaysia. Takziah kepada mangsa.

Dan kemuncaknya... perkara yang paling menjengkelkan berlaku menjadi tatapan khalayak secara langsung di seluruh rantau ini. LIVE~ menyaksikan Kaka Slang "melondehkan" kemarahannya. Kononnya nak suruh pengebom yang telah mati itu mencium belakangnya. Mungkin di Indonesia gelagat seperti itu dianggap "beradab" tetapi di Malaysia & Singapura, itu biadab namanya! Macam tak ada adat ketimuran langsung.

Kau bajet kau "hensem" macam Kaka Brazil itukah?? Walaupun...macam orang muka pecah rumah. Maaflah. Bukan maksudberkasar tetapi sangat menjengkelkan peristiwa itu. Rasa macam nak muntah. Sudahlah berbangga tak memakai baju,menunjukkan "art" kononnya yang terpampang di tubuh. Tattoo~. Apakah hukumnya jika orang Muslim bertattoo??Tapi aku tak tahu..apakah pegangan hidup "orang asli" itu.

Di Indonesia telah berlaku. Perkahwinan campur antara agama. Sang suami Muslim, si isteri non-muslim. Di Singapurajuga telah berlaku. Suami Buddha, isteri Islam. Di Malaysia?? Mungkin berlaku...tetapi "mereka" tak sekonfidenrakan taulan mereka di Indonesia atau Singapura mendedahkan kepada umum. Sorok-sorok. Cover-line.

Pasti menjadi cemuhan masyarakat Malaysia yang lebih sensitif.. kalau ada yang terlalu berani mempersenda agama.Nah~ buktinya. Sedangkan Faizal Tahir yang hanya membuka baju, menunjukkan dadanya yang dicat "S" digantung 3bulan. Dihukum berbakti membuat kerja-kerja amal. Inikan pula nak tunjukkan apa-apa yang tak patut. Cuma yang pelik di Malaysia, kalau lelaki buka baju.. kena "banned", tapi perempuan yang tak cukup kain itu?? Tersembul segala isi itutak dihukum pula..

Berbalik kepada majlis, yang dihoskan bersama Aznil, Nirina dan Aura. Telah terbukti.. Aznil berada di kelas tersendiri.Kalau tiada Aznil malam tu.. hambar dan tawar lagilah maknanya. Walaupun dah bertahun-tahun tak mengendalikan majlissecara langsung, sentuhan berbisanya masih belum hilang. Lihat saja, bagaimana Aznil cover Nirina yang hampir mendedahkan kelangkangnya gara-gara duduk di 'puncak angkasa'.

Sayang sekali, pengacara kali ini kurang menonjol. Pengacara yang ada dalam tiada. Banyak guna voice-over... Nampak terkejar-kejar. Banyak masa persembahan yang menarik terpaksa dipotong. Save bajet ke?? Aduhai~ Persembahan yang biasa saja. Shout!Awards punya persembahan pukul habis APM. Dah lah recycle persembahan Aizat, Ayu, Hujan dan Faizal Tahir yang pernah kita saksikan sebelum ini di mana-mana majlis di Malaysia. Ya! Faizal ke Jakarta akhirnya setelah selesai isu 'seperti Misha'. Hehe.

Yang paling berkesan bagi aku...persembahan pembukaan. Agak unik..tarian trademark kebudayaan Indonesia. Tapi,bila tengok sekali imbas, macam FESTRI (Festival seni tari) UPM saja! Haha. Seterusnya, keunikan 'angkasawan'segera yang memegang piala. Mentang-mentang ada di Planet. Haha. ST12...walaupun menyanyikan semula Isabela versi dangdut...tapi itu sudah cukup membuktikan lagu-lagu Malaysia pernah mendapat tempat di sana suatu ketika dulu.

Seterusnya aku suka Taufik dan Hady Mirza berkolaborasi menyanyikan lagu Kepada-Nya. Sangat ketuhanan. Isabella juga masih evergreen. Dinyanyikan Faizal dan Taufik, seterusnya oleh ST12. ST12 bukan merosakkan lagu Isabela.. tetapi inilah bezanya. Nafas baru. Dinyanyikan semula dengan susunan muzik yang baru. Ini wajar dicontohi pengkarya tempatan. Lagu Suci Dalam Debu, Di Persimpangan Delima, dan Janji Manismu juga pernah dirakam semula di Indonesia dengan nafas baru ini.

Walaupun, orang Malaysia dah biasa tengok persembahan Faizal, Stacy, Ayu, Aizat, dan Hujan. Tetapi, inilah barisanterbaik yang diidamkan Faizal Tahir. Faizal pernah ulas perkara ini melalui tulisannya di akhbar Bi-Pop dulu. Cuma yang penting... Dafi buat persembahan rupanya. Tapi tak disiarkan penganjur. Apa kes?? Patut bagi can Yuna buat persembahan. Hehe

Mengulas soal kemenangan, bukan sesuatu yang mengejutkan Datuk Siti kalah. Kepada Bunga ya. Walaupun orangkata album pertama Bunga lebih berkualiti, tetapi Siti tetap Siti. Di Indonesia, Singapura atau Malaysia, itulahSiti yang kita kenali. Dengan imej tudung "celang-cerlup" nya. Cantik sungguh "tudung" Siti malam itu. Tutup habis!


Lawanya "tudung" dia. Jambul semakin ke depan.Tapi oklah tu,,berbanding Hajah SM, KD&DM


Satu lagi isu yang agak menarik..samada kebetulan atau tidak, itu aku tak pasti. Lagu Terbaik APM, LaskarPelangi. Rasa macam kurang sesuailah. Sebabnya..ada rasa "sedikit unsur plagiat". Tak percaya? Cuba dengarlagu Raihan "Ashabul Kahfi" yang dihasilkan sekitar tahun 2002. Ada lah.. sedikit persamaan. Korus LaskarPelangi dan Verse Ashabul Kahfi.

Kelakar juga Aizat kalahkan Afghan kategori 'vokal' untuk Artis Baru. Tapi, Afghan menang 2 kategori penting.Penyanyi Lelaki Terbaik dan Album Terbaik. Band Hujan walaupun menerima pencalonan terbanyak, tapi tiadarezeki satupun yang tersangkut. Maka, adakah ini penganjuran terburuk APM setakat ini? Terserah anda.. Inilah pemenang malam itu:
1. Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki)
Aizat - Hanya Kau Yang Mampu
2. Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru wanita)
Ayu - Hanya Di Mercu
3. Persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik)
Kotak - Masih Cinta
4. Kolaborasi terbaik dalam lagu
Lagu Be Te - Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq
5. Artis lelaki terbaik
Afgan - Confession No. 1
6. Artis wanita terbaik
Bunga Citra Lestari - Tentang Kamu
7. Duo atau kumpulan terbaik
Yovie & Nuno - The Special One
8. Lagu terbaik
Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)
9. Album terbaik
Confession No. 1 - Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka
10. Artis Singapura paling popular - berdasarkan SMS
Taufik Batisah
11. Artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS
Siti Nurhaliza
12. Artis Indonesia paling popular berdasarkan SMS
Yovie & Nuno.
13. Artis serantau paling popular berdasarkan SMS
Malaysia : Siti Nurhaliza.
14. Lagu paling popular (Singapura) berdasarkan SMS
Impianku (Didicazli)
15. Lagu paling popular (Malaysia) berdasarkan jumlah muat turun
Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
16. Lagu paling popular (Indonesia) berdasarkan jumlah muat turun.
Kuil Cinta - Slank
17. Anugerah Cinta Planet Muzik - khas untuk artis atau organisasi yang memberikan sumbangan tanggungjawab sosial.
Dik doank
18. Anugerah Khas Planet Muzik - ditujukan kepada insan seni yang terus-menerus memberikan sumbangan
Gigi

Cerita bedah siasat; Episod 1 : Shout!Awards - Anugerah Alternatif??

Post-morterm atau bedah siasat selalunya dilakukan sejurus mendapat mayat yang diysaki mati secara mengejut bagimengkaji bagaimana dan mengapa punca kematian dialami oleh individu yang kehilangan nyawanya secara mengejut.

Dalam konteks ini, bedah siasat yang dilakukan hanyalah sekadar "gambaran" kepada apa yang telah berlaku sepanjang majlis yang memakan masa kira-kira 3 jam. Selalunya, aku, si tukang tulis kerap melakukan "post-morterm" terhadap mana-mana majlis atau anugerah tak kira formal atau tidak dan tanpa mempedulikan skala majlis itu ditonton umum atau hanya dihadiri kelompok kecil.

Di UPM, banyak juga majlis-majlis yang kami telah "post-morterm". Hi-Dinner kolej kediaman, SIDRAT, FESNIK, FESTIK,MASENI, Battle of the band, ABP, AIM, AJL, Anugerah Era(era dulu-dululah) hatta Anugerah Seri Angkasa sekalipun. Baru-baru ini, buat julung kalinya,stesen 8tv yang dinaungi Media Prima telah menganjurkan Shout!Awards pada 17 Ogos bersamaan hari Jumaat, 8.30 malam. Bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil dan dapat disaksikan di 8tv. Ah, Nur Kasih terpaksa dikorbankan~

Maka, hasil bedah siasat adalah seperti berikut :
Pro
Kita akan tengok muka-muka yang biasa menang di anugerah-anugerah lain akan kalah seperti CT, Fafau dan MUH, sebaliknya muka-muka yang layak menang tapi tak pernah di anugerah-anugerah sebelum ini tiba-tiba menang. Bila nama-nama seperti Stacy, Jac, Bunkface yang menjadi pilihan pengundi. Tetapi memang tak ralat menyaksikan nama-nama ini menjadi besar.Nama-nama alternatif yang menjadi taruhan dan menjadi pilihan.

Yang paling bagus mengenai Shout! walaupun kali pertama diadakan, majlis nampak berjalan dengan agak lancar. Tak tersekat-sekat. Dengan barisan persembahan yang bertenaga daripada anak-anak Malaysia. Sangat variasi, dan semangat 1Malaysia terbukti. Bagus sangat tiada persembahan daripada artis Indonesia. Sangat muak ya. Cuba bandingkan dengan Anugerah Planet Muzik di Indonesia malam berikutnya...(nantikan ulasan di entri Episod 2). Inilah dimensi muzik Malaysia.

Shout! lebih menghiburkan berbanding APM 2009. Tak nak percaya sudah! Siapa terbang ke Jakarta buang masa saja.. Boleh?? Haha. Tetapi rasanya begitulah hakikatnya. Persembahan yang dibuka oleh Pop Shuvit dengan lagu Oh Shizuka sehinggalah ke klimaksnya persembahan Sean Kingston (walaupun persembahannya membuatkan ramai yang bangun dari tempat duduk dan keluar). APM sangat mendatar. Pengacara gagal berfungsi. Aznil saja yang menonjol. Cukup! Terlebih sudah. Tunggu episod 2 ya.

Shout! memang ada graf naik turunnya. Dan kemuncak bagi aku, yang akan melekat di ingatan aku ialah ketika menyampaikanAnugerah Best On Screen Chemistry (Pasangan di kaca TV). Dimulakan dengan persembahan Jazz yang dibarisi RezaSalleh, Paolo Delfino & Mia Palencia. Di atas 'kaca' pentas tiba-tiba muncul wajah-wajah yang tercalon. Lagu-lagu yang membuai-buaisehinggalah ke lagu terakhir..."Lucky". Cuma sayang sekali..kemenangan sudah dijangka kerana kelibat Upin dan Ipin awal-awal lagi telah kelihatan.
Seterusnya, aku mahu memberi kredit kepada persembahan 2 band ini. Pesawat dan Komplot. Sangat best! Lebih-lebih lagi lagu Mirage dan Nora Zen dipersembahkan. Live okay~. Seterusnya yang best di mata aku ialah Caprice dan Rahim Maarof. Gabungan yang menarik. Dan Joe Flizzow juga secara hakikatnya berjaya menenggelamkan Sean Kingston. Haha. One Buck Short juga hebat, walaupun..vokalisnya 'comel' tapi tetap lincah~

Estranged pula dah tunjuk "true colour" muzik mereka. Sebab itu aku menamakan Anugerah Alternatif. Kita tak dapat rasa "ambient" ini di anugerah lain. Wah.."ambient"! Credit to Halim yang memperkayakan vocab English aku. Haha.Seterusnya..persembahan tribute Jac untuk MJ. Yang lain-lain?? Bolehlah..taklah teruk sangat persembahan Nikki dan Shila. Dan persembahan terburuk bagi aku ialah lagu-lagu rap. Sorry..bukan tak suka tapi tak melekat di telinga,tak berbutir noktah bicaranya.

Shout! juga menggabungkan muzik, filem, TV dan radio di dalam satu anugerah termasuk anugerah "fesyen". Kategorimuzik ada ENAM(6) pencalonan, yang kebiasaannya anugerah lain ada LIMA (5) sahaja. Contoh anugerah "fesyen" seperti Stylo Awards yang dimenangi Dynaz Mokhtar. Yang penting, pakaian Dynaz paling sopan malam tu dan menang "Stylo Awards" ya. Anugerah "Hot Chicks" pula dimenangi Marion, MC malam tu dan yang penting juga.. pakaian Marion lebih tertutup berbanding calon-calon lain. Fazura pun sama ya. Aku sokong dia sebab dia menjadi diri sendiri dan tak seplastik FS. Tapi ralat juga tengok pakaiannya... macam tak "tele" atau selari dengan statement Faz pada hari ini di sini. Sedikit kecewa.. (perlu ker..?~)
Kontra
Menggunakan khidmat 3 orang pengacara. Marion, Jien dan Sarah. Tapi sayang sekali. Kalau ya pun nak jadikan Majlis Anugerah ini bersifat "alternatif" kerana menggunakan "Bahasa Inggeris" sepenuhnya. Kononnya nak tiru MTV awards tetapi...tiada identiti. Maaf untuk dinyatakan bahawa kecelaruan identiti melanda. Tiada identiti Malaysia. Hello~ kita di Malysia..bukan di US.

Nasib baik dengar juga Bahasa Melayu sepatah dua. Jangan ke mana-mana. Terima kasih banyak-banyak. Apa khabar?? Itu sajakah "bahasa kebangsaan" yang mereka kuasai. Mereka?? Sama saja.. Pengacara, penyampai termasuk pemenang. Aku bukan anti-BI.Kalau siapa baca blog ini dari awal..mereka tahu betapa aku menyokong PPSMI. Nabil dan Apek penyelamat, seakan terpaksa men'skipping'kan diri.

Jadi cadangannya, buatlah macam OIAM. Ada pengacara yang berbahasa Melayu. Lebih bagus...kalau nak bersifat alternatif sangat, Marion, Jien dan Sarah kena cakap Melayu 100%. Itulah kelainan namanya. Sarimah... Cheryl Samad dan Naz, pengacara yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan lancar berbahasa Melayu. Cuba contohi Macam-macam Aznil dan 3R..boleh saja guna bahasa Melayu..dan yang penting..siap menang anugerah lagi di peringkat Asean.

Sebut pasal kecelaruan identiti ni..aku nak sentulah sikit pasal band ni. Mungkin menghadapi masalah identiti juga. Band yang dimaksudkan ialah...Bunkface! Pemenang besar malam itu. Maaflah penyokong Bunkface. Cuba dengar muzik Greenday, Blink 182dan Fall Out Boys. Cukup ambil 3 band ni saja. Apa beza muzik mereka?? Teet! Bezanya Bunkface ada nyanyi lagu berbahasa Melayu. Alaa..orang kata... Beyonce Malaysia dah ada, Norah Jones Malaysia ada, jadi mereka nak jadi ala-ala FOB Malaysia. So what??

Whatever! Talk to the hand.. kerana barisan pemenangnya sangat alternatif. Adakah pengundi sangat selektif? Kita tengok pemenang kategori radio. Pemenangnya di kalangan radio Inggeris. Tak kira Media prima atau tidak. Fly.FM Pagi Show...yang bersifat1Malaysia. (nadia-Melayu, Ben-Cina, Phat-India). Haha. Dan juga JJ. Yang penting..siap kata Hitz.FM rocks~

Masih lagi berkisar kisah kecelaruan identiti. Menurut wartawan di akhbar,ulasan daripada Ahmad Izham, ujarnya...publisiti telah dibuat, tetapi pencalonan yang diterima sangat sikit. Justeru, pencalonan banyak didominasi oleh nominasi dari Media Prima sendiri. Nah~jalan penyelesaiaannya-> JJ dari Hitz.fm boleh saja menang Coolest DJ.

Jadi, kalau ada Shout!Awards di tahun-tahun mendatang...hantarlah pencalonan ya. Kalau ditimbulkan soalan, wajar atau tidak anugerah Shout!awards ini diadakan?? Jawapan peribadi aku...anjurkan saja. Walaupun anugerah ini sedikit urban...bayangkan ramai yang tak tahu langsung pasal anugerah ini..walaupun...aku dah "cover topic" ni..dalam blog ini awal-awal lagi. Ceh...bajet ramai sangatlah tu menjenguk blog Hitam-Putih ini... Hitam-Putih sangat old-school~
Teruskan dengan syarat...tiada lagi "orang luar". Orang-orang kita saja. Lantaklah orang cakap ni anugerah syok sendiri.Ada aku kisah?? Haha... Kau ingat senang nak anjurkan benda-benda ini?? Kah..kah..
Dan untuk penambahbaikan.. inilahcadangan untuk kelainan. Tambah lagi anugerah alternatif... Soundtrack Awards (untuk lagu soundtrack filem-filem Malaysia),Rural Awards (Lagu Asli, Etnik & Nasyid),Urban Awards (Lagu R&B, Jazz & Blues) Haha.. serta anugerah kolaborasi(Featuring Awards).

Berikut adalah pemenang yang mengungguli kategori masing-masing :


KATEGORI MUZIK

Anugerah Rockstar:
Bunkface
Ramalan TT: Salah. (MUH)

Anugerah Popstar:
Stacy
Pilihan TT: Salah (Datuk CT)

Anugerah Power Vocal:
Jaclyn Victor
Pilihan TT: Salah (Lan MUH)

Anugerah Flava (Hip Hop/R&B):
Joe Flizzow
Pilihan TT: Salah (Malique)

Anugerah Break Out (Best New Act):
Bunkface
Pilihan TT: Salah (MUH)

KATEGORI TV DAN FILEM

Anugerah Best On Screen Chemistry (sepasang):
Upin dan Ipin (Upin & Ipin TV Series)
Pilihan TT: Salah (ZA & LJ)

Anugerah Fresh TV Series (Siri TV baru termasuk Drama dan/ atau Sitcoms):
Ghost
Pilihan TT: BETUL

Anugerah Breakthrough Film:
Kami the movie
Pilihan TT: BETUL

Anugerah Favourite TV Program (Bukan Drama):
Field Trip! USA
Pilihan TT: Salah (Destinasi bajet)

Anugerah Favourite TV Host:
Naz - The Breakfast Show
Pilihan TT: Salah (Qi)

KATEGORI RADIO

Anugerah Coolest Radio Announcer:
JJ
Pilihan TT: Salah (Fafau)

Anugerah Favourite Radio Show:
Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)
Pilihan TT: Salah (Hot.FM AM Crew)

KATEGORI THE WORKS

Anugerah Stylo (Anugerah Paling Bergaya):
Dynaz Mokhtar
Pilihan TT: Salah (Sazzy)

Anugerah Hot Chick:
Marion Caunter
Pilihan TT: Salah (Fazura~)

Anugerah Hot Guy:
Faizal Tahir
Pilihan TT: BETUL

OVERALL ULTIMATE SHOUT!AWARDS : BUNKFACE


Nampak tak seorang lagi hajjah di situ?




Thursday, July 16, 2009

Cerita PANAS Kolej-10, tempat di mana aku belajar suatu ketika dulu~

Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong. Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu. Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini. Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.

Originally copy and paste from this link..

Tamat berita PANAS daripada oven.

Wednesday, July 15, 2009

Cerita pasal Man U - 2 kisah SAMA tapi TAK SERUPA~

Ada 2 cerita pasal Man U ni. Pertama, sudah tentu pasal Manchester United, kelab bola sepak Inggeris yang sangat terkenal di Malaysia. Kedua, pasal Man U yang kurang glamour. Kemajuannya memang jauh terbelakang berbanding Manchester United. Kawasannya agak mundur berbanding bandar-bandar lain yang berhampiran dengannya. Penduduknya ramai yang bekerja sendiri...jadi petani dan penoreh getah. Itulah dia... MANek Urai namanya. Eja betul-betul.. M.A.N.E.K. Sangat klasik.. dan ada kelas~
Manek Urai

Kita bercerita pasal bola dulu lah. Pasal kehampaan peminat setia Manchester United. Kehampaan?? Teet! Maklum sajalah. Penghijrahan Pemain Terbaik dan Pemain Termahal di dunia iaitu Pelakon Versatile... eh.. pelakon pula.. pemain yang menjadi kegilaan dan rebutan banyak kelab iaitu CR7. Siapa lagi kalau bukan Christiano Ronaldo namanya yang berjersi nombor 7 yang berhijrah ke Real Madrid.

Banyak betul kan dana Real Madrid ni? Kaka lagi... Karim Benzema lagi... Okay.. Abaikan Real Madrid. Fokus!! Man U. Bukan saja kehilangan Ronaldo. Tevez pula akhirnya ke City setelah sekian lama berdolak-dalik. Dan akhirnya, sebagai galang ganti... memperkenalkan...

Gabriel Obertan

Antonio Valencia...dan

Michael Owen! Owen?? Teet!

Ya..Owen bekas pemain Liverpool..Real Madrid dan Newcastle yang akan menyarung jersi nombor 7! Haha.. Bagilah can ya. Owen baguslah, cuma selalu "injured" saja.

Dan Sabtu ini..pasukan Man U akan berkunjung ke Malaysia. Dan Owen turut serta ya. Maka, berduyun-duyunlah peminat dan penyokong fanatik Manchester United akan berbolong-bolong, berduyun-duyun ke Stadium Nasional. Man U akan melawan pasukan bola sepak kebangsaan yang giat berlatih menentang pasukan Zimbabwe lewat kebelakangan ini. Haha.

Anda ingat lagi impian Man U nak dapat 5 piala musim ini?? Berjayakah?? Yang dapat hanyalah Piala EPL, Piala Dunia Kelab FIFA .. dan Carling Cup. Carling Cup?? Ingat lagi tak bagaimana perlawanannya. Haha. Man U menentang Tottenham Hotspurs. Dan berkesudahan 0-0. Akhirnya Man U menang juga melalui penalti setelah masa tambahan juga berakhir 0-0.

Yang penting apa?? Yang penting menang kan?? Haha. Begitu juga kisahnya PRK Manek Urai. Walaupun PAS menang dengan majoriti kecil.. 65 undi. Menang tetap menang ya. Ramai juga tu 65 orang. Satu dewan kuliah agaknya. Haha. Tetapi kira persaingan sengitlah. Walaupun bosan tiada jaringan... tetapi kemenangan itu ada manisnya. Dan pahitnya menerima kekalahan... sesukar macam mana sekalipun harus ditelan dan diterima dengan hati terbuka.


Walaupun... undi rosak lagi banyak daripada majoriti. Hello.. Ingat ya. PAS pernah merasai detik-detik sebegini ketika PRU-12 tahun lalu di Kuala Terengganu. PAS kalah kepada BN dengan majoriti 628. Undi rosaknya 931. Dan ada calon bebas... nenek itu.. mendapat 685 undi. Mat Sabu kalah kepada arwah Razali Ismail. Kekalahan memang pahit. Penyokong Pas dah rasa... Nah.. sekarang giliran penyokong BN pula rasa macam mana PAS rasa dulu.

Kemenangan ini bukan untuk dibanggakan. Kerana realitinya... suasana politik di Kelantan, landskapnya berbeza. Tidak seperti di Permatang Pauh... KT... dan Bukit Gantang. Dengan majoritinya 99% Melayu yang tinggal di kawasan yang agak konvensional dan tradisional. Ingat lagi PRK Pengkalan Pasir pada tahun 2005. BN menang dengan 129 undi dan kerajaan PAS Kelantan hanya ada SATU kerusi yang lebih. Simple majority~untuk terus memerintah Kelantan.

Tekanan sebenarnya dirasai BN walaupun PAS mempertahankan "status quo". Kerana apa? Kerana negeri Kelantan akan terus di bawah pemerintahan guru kalau kalah sekalipun kerusi Manek Urai. Sedangkan BN yang telah berturut-turut mengalami kekalahan dalam PRK di semenanjung sebenarnya yang melipatgandakan usaha membuktikan BN masih relevan dan diterima. Hasilnya, memang memberansangkan.

Dan perlu diingatkan juga BN pernah menang di DUN Manek Urai ketika PRU 11 dengan majoriti sebanyak 53 undi. Jadi, bukanlah sesuatu yang mengejutkan sekiranya majoriti kemenangan PAS berkurangan. Sedangkan Pengkalan Pasir yang menjadi kubu kuat PAS sekian lama boleh ditawan BN, apatah lagi Manek Urai yang pernah dimenangi BN pada PRU-11.
Bila-bila masa orang boleh "berbalik".

Sebenanrnya.. bila PRK berlangsung... semua calon dan parti boleh fokus. Bertumpu di satu kawasan. Berkampung di satu tempat. Dan strategi yang digunapakai BN, yang dikepalai Ketua Penerangannya memang tepat sekali. Sanggup tinggal bersama orang kampung.. dan menoreh getah bersama-sama ya. Sampai jadi modal berkempen.



Ada seorang saudara-mara di Manek Urai bercerita, pukul 12 tengah malam...orang-orang BN masih setia berkunjung rumah ke rumah. Nak jumpa pengundi. Nak bantu orang susah. Satu keluarga dapat lebih kurang RM 300 ke RM 500 bergantung kepada jumlah ahli keluarga. Anak-anak diberi basikal percuma. Jalan-jalan habis ditar. Siapa dia yang terasa terhutang budi. Dapat RM 500 di M.U(Manek Urai) tak sama nilainya dapat RM 500 di KL (Kuala Lumpur ya.. bukan Kuala Lipis ataupun Kedai lalat)

Jadi, pengundi Manek Urai berada dalam dilema. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Terutama sekali yang setia menyokong PAS dan Tok Guru. Yang atas pagar tak fikir panjang lagi..pangkah dacing saja. Dan merekalah yang mempengaruhi penyokong setia PAS. "Alaa...kita kasi canlah demo nak buat pembangunan sinih. Retok baru. Sekali ni jah kito wi BN mene'.."

Memang betul. Manek Urai jadi anak angkat BN lah. Janji..kalau BN menang. Manek Urai akan jadi anak emas BN. Wah, penduduk dan pengundi lain tak cemburu hijau ke? Sangat pilih kasih. Siap nak gantikan jambatan baru lagi. Macam janji Anwar dulu..hari ni bentuk kerajaan..esok terus turun harga minyak. Hari ni BN menang, esok kita buat terus jambatan baru. politik..politik.. Akhirnya..kedua-duanya hanya mengomong kosong. Impian memang indah kan??

Apa-apapun... PAS telah membuktikan. Samada calonnya seorang Doktor Perubatan...(Dr Lolo, Dr Mariah), Doktor Falsafah ke (Dr. Hasan Ali).. Ir. ke (Ir. Nizar, Ir. Hamzah) hatta seorang peraih ikan sekalipun(Abe Uji)... kalau Allah takdirkan menang...menang juga akhirnya.


Tapi perlu diingatkan juga..makin kita dapat kerusi selesa...lena juga dibuatnya. Jangan hanya goyang kaki. Bila-bila masa BN boleh menang di Kelantan. Saudara-mara di sana cerita..."sebab Tok Guru jah..ore undi PAS. Kalu dok..." Betul juga hal ini. Usia Tok Guru semakin bertambah. Dekat 20 tahun memerintah Kelantan. Siapa kata ulama' tak boleh
memerintah dan menjadi Ketua Negeri?

Jadi, walaupun kalah, tetapi BN berjaya mengurangkan majoriti dengan banyak. Ada angin perubahan katanya. Danbenda ini akan menjadi modal untuk ahli politik terus bersuara. Katanya nanti..rakyat tidak menolak kita sepenuhnya. Masih ada harapan... walaupun....

Dan inilah hadiah buat PM yang telah 100 hari menjadi PM. Hadiah ke kalau kalah?? Alaa..kemenangan moral tu besar juga maknanya. Kan?? Masa Pak Lah nak bersara dulu..tergelincir di Kuala... Masa PMke-6 baru menjawat jawatan PM, terspit antara 2 bukit. Nasib baik menang di Sarawak. Nah...hadiah hari ke-100.. Terburai di Manek Urai.

Kalau nak diikutkan...BN patut menang di Man U. Sebab apa? Di sana mana ada internet. Orang tengok TV, dengar radio, baca akhbar perdana. Media pula dah bijak sikit sekarang. Dulu...statement tak nak kalah ada saja kedengaran. Peluang BN cerah..dihighlightkan. Tajuk utama.

Sekarang..trend media lebih kepada memburukkan kerajaan negeri. Melaga-lagakan ahli-ahli PAS. Katanya..PAS hadapi masalah kepimpinan. Ada 2 golongan... Tidur sebantal dengan PKR dan DAP, tapi mimpi lain-lain. Lepas tu, pemimpin BN lebih digambarkan merendah diri..sanggup merasai denyut nadi rakyat.

PAS melawan seluruh jentera kerajaan. Berapa ramai Menteri yang turun padang kali ni. Bagus-bagus.. Dengan isu PPSMI dimansuhkan lagi. Sangat relevan.. kerana rata-rata pelajar luar bandar tak mencapai hasrat PPSMI. Secara tidak langsung orang kampung Manek Urai akan berbicara soal ini. Ditambah dengan 11 imbuhan lagi. Media menggambarkan kerajaan BN sangat prihatin. Kan??

Kawasan ini perlukan pembelaan. Perlukan pembangunan. Nah... Lagipun, jika dikaji PRU-12, BN memang mempunyai reputasi baik di kawasan pedalaman. Modal nak buat pembangunan memang sangat relevan. Kita ambil Selangor contohnya, BN menang di Sabak Bernam, Sungai Besar,Tanjung Karang tetapi kalah di Ampang, Pandan, Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya dan Subang. Apa maknanya? Di kawasan kampung masih perlu pembangunan. Dan kawasan seperti Tanjung Karang tidaklah semundur Manek urai. Kan??