Hebahan

Monday, February 28, 2011

8 x 3 = ?

Ini bukan masa menghafal sifir ya. Sebab sifir 8 ataupun sifir 3 telahpun dihafal.
Masa untuk merasai 'kesenangan' menghafal sifir telah lama berlalu. Selanjur masa, tanpa disedari, sifir itu sudah dihafal secara tidak langsung. Tak sengaja??

Sudah! Jangan buang masa. Usah berlengah. Aku nak cerita pasal apa kali ini ya? Bukan pasal sifir, tetapi masih berkait dengan nombor. Nak cerita berkenaan angka!

Angka 8 dan 3! Itulah nombor bertuah kali ini. Tiada kaitan dengan hantu nombor ekor dalam cerita Ngangkung, tetapi ada kaitan dengan jumlah kutipannya. Bukan jumlah anak ya :P


8 JUTA! Kita abaikan nombor 2, yakni 2 Alam :P

Lebih 8 juta ringgit telah dikutip oleh 3 filem, yang bergenre seram yang telah ditayangkan kira-kira 3 bulan. Secara kebetulan ketiga-tiga filem ini ditayangkan berturut-turut.

Wah! Mewah dan meriah industri filem tempatan. Kaya betul produser ni. Rakyat Malaysia memang tak lokek berbelanja untuk berhibur menonton wayang. Ada yang siap tengok berulang-ulang kali.


8 x 3 = 24. Senang cerita, hampir 25 juta ringgit telah dibelanjakan rakyat Malaysia dengan membeli tiket wayang cerita seram. Itulah penangan cerita seram. Nampak gayanya bukan Fesbuk saja ada hantu, pawagam-pawagam pun ada hantu, tapi tetap laku, orang tak putus-putus menyerbu.

Tahniah untuk 3 filem ini:


Ngangkung


Hantu Kak Limah Balim Rumah (HKLBR)


Khurafat

Aku dah tengok ketiga-tiganya. Bagi aku, yang terbaik dari sudut jalan cerita, lakonan dan kutipan, tempat pertama,HKLBR, sebab paling mudah, dekat di hati. Lawak, sinikal, saspen, sarkastik,semua rasa ada. Dan yang paling penting, dialognya menjadi sebutan sebab orang ingat. Dahlah beberapa panggung saja yang menayangkan HKLBR, tetapi tetap berjaya box-office.

Macam cerita P.Ramlee, ramai orang ingat dialognya. Nampak gayanya, kita bakor aje.. pelawok-pelawok, khek khek khek, angkat tangan macam saya, Hasan Mutalib, dan banyak lagi adegan meninggalkan kesan di hati penonton, terutama dengan dialek Peraknya.

Tahniah Mamt Khalid, kehampaan Estet berjaya ditebus. Kedua, Khurafat. Khurafat jauh lebih baik daripada Ngangkung (dan juga filem Haq-tuih). Tak salah kalau dikatakan ini filem terbaik Syamsul Yusof. Dengan bajet rendah, sejuta lebih, tetapi pulangannya..??


Plot dan jalan ceritanya menarik, ada twist (walaupun bagi sesetengah orang klise, tapi aku suka!) Dan lakonan yang memberangsangkan terutama Sabrina Ali dan Syamsul sendiri. Sayang sekali Liyana Jasmay agak kurang menyerlah.

Ngangkung?? Malas nak ulas lanjut. Tarikan utamanya sudah tentu Shaheizy Sam. Tak dinafikan ceritanya agak lucu, tapi unsur didaktik dan propagandistik agak membebankan. Moralnya tetap ada tetapi pengajaran secara halus wajar diselitkan secara sindiran dan sinikal umpama tergigit cili padi yang halus, tetapi kesannya...??

Lebih-lebih lagi kalau anda menonton Sini Ada Hantu, 70 peratus kandungan Ngangkung ada diselitkan ketika cerita Hantu Nombor Ekor. Lebih kurang saja ceritanya. Apa-apapun, tahniah kepada pasukan Tayangan Unggul, Metrowealth dan Skop Production.

Kini setelah menghantui pawagam, ketiga-tiga fielm itu menghantui Astro First! Apakah rasional dan justifikasinya? Boleh untungkah produser? DVD tak jual kah? Dengar cerita DVD asli HKLBR harganya RM10! Tetapi, ada pihak yang sudah menangguk di air keruh ekoran kewujudan Astro First. Pertama, sudah boleh muat turun. Kedua, cetak rompak pun bersepah. Selalunya kena tunggu 2 ke 3 bulan.

Siapa yang untung?? Penonton?? Pelakon?? Produser?? Astro?? Lanun?? Tepuk dada lah...

Hadiah Ulangtahun~

Selamat Ulangtahun Sayang.. dendangan Imran Ajmain seakan-akan kedengaran di gegendang telinga.

Itulah tandanya, ada orang menyayangi dan mencintai aku seadanya. Ulangtahun aku yang ke-27 kali ini hanya disambut bersama orang yang paling rapat dan dekat di hati.

Mama.. Papa.. Adik Yaa dan isteri tercinta. Cukuplah doa-doa yang elok lagi baik telah mereka titipkan. Paling terharu, isteri aku memberikan kejutan yang paling indah dalam hidup ini.


Aduhai~ so sweet sayang. I love you more than you know...

Panda diiktiraf oleh isteriku sebagai 'individu' yang penting dan banyak berjasa di dalam hidup ini. Banyak jasa dan pengorbanan Panda, motor kesayanganku. Terima kasih kepada Kak Ida, kakak iparku yang telah mereka bentuk dan membuat kek ini. Lain kali buat kek bentuk Panda atau motor ya akak...



Kek ni ada 3 lapis. 3 rasa. Strawberi, Keju dan Coklat. Nak tempah tak kek macam ni?? Sila klik sini. Citarasa Ummi bakery. Jangan malu-malu. Boleh beli kek, biskut, buat hiasan hantaran dan macam-macam lagi. Nak belajar buat kek pun boleh dengan Kak Ida.

Dan ini dia sepasang baju ke pejabat tanda cinta daripada isteri tercinta...

Friday, February 25, 2011

2 tahun


Ya! 2 tahun. Bukan umur sesiapa, tetapi usia blog "misi si tukang tulis" ini. 2 tahun aku bertukang dalam menulis. Kemahiran penulisan~ subjek kegemaranku!


Dengan jumlah pembaca mencecah 25K pengunjung, seperti mana yang tertera di sebelah kanan blog ini, selepas trafik. Tapi sudah ditegaskan sejak awal 'kelahiran' blog ini, angka itu bukan matlamat utama. Misi tetap diteruskan. Misi si tukang tulis, bercerita kisah hitam putih kehidupan. Jatuh bangun. Canda tawa. Suka luka duka. Antara dosa dan pahala, syurga dan neraka, semuanya di tangan kita.


Dari pentas politik, ke arena sukan, lalu terjun ke dunia hiburan, bukan sekadar berangan, malah impian mampu menjadi kenyataan, kerana kita insan yang hidup dengan pedoman, punya akal fikiran, punya kemahuan mahupun kebencian.Yang penting, selagi berupaya, aku mahu terus menulis dan menulis. Tanpa rasa jemu. Sehinggalah DIA yang telah menulis sampai bila aku akan terus menulis. Yang tinggal hanyalah sekeping kertas...

27 tahun~

Mungkin kedengaran agak klise di situ. Dejavu juga harus~

Aku SENGAJA menyembunyikan status dan tarikh sebenar hari kelahiranku di FB. Mungkin sudah biasa 'dihujani' dengan ucapan yang lebat di paparan dinding FB oleh sahabat-handai yang berjumlah 1984 orang setakat ini. Wall juga SENGAJA diactivate. Supaya tiada hiasan sebegini :)


SENGAJA! Itulah sebabnya. Atau mungkin faktor usia! Dalam usia 27 tahun, bakal bergelar bapa, mungkin elemen kejutan sudah tak diperlukan lagi. Cukuplah orang yang rapat, dan tersayang mewarnai hari ini. Tak sangka, isteriku yang tercinta pakar juga bab membuat kejutan.

Aku amat terharu. Biarpun hanya sebiji kek daripada isteri. (bagaimana bentuk an hiasannya, tunggu entri akan datang ya) SMS dan ucapan daripada ahli keluarga (termasuk En Zuhair yang ingat hari kelahiranku). Hari ini cukup indah! Teruja, ghairah dan meriah.

ALHAMDULILLAH...

Hari ini sudah 27 tahun aku dibenarkan hidup di muka bumi Allah ini. Sampai bilakah aku akan terus dibenarkan bernafas, dan diberikan hak untuk manjadi khalifah, semuanya aalah ketentuan-Nya.

27 tahun, usia yang matang, sementelah aku akan bergelar ayah. Moga aku mampu menggalas amanah, mendidik diri, isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Membimbing mereka ke jalan yang diredhai.

Aku mahu jadi Hamba Allah yang bertaqwa, anak yang soleh, suami mithali, bapa yang bertanggungjawab, pekerja yang telus dan dedikasi. Bunyi klise tapi itulah hakikatnya :)

Harapanku, moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah, rezeki lebih murah dan lebih tekun beribadah. Amin~

Wednesday, February 23, 2011

Need You Now ~

Oh.. lagu country ini akhirnya dinobatkan Song Of The Year dan Record Of The Year setelah mengetepikan cabaran daripada Bruno Mars, Celo Green, Eminem & Rihanna, B.O.B dan lain-lain. Memang layan, dan membuai perasaan bila dengar lagu ni.



Picture perfect memories
Scattered all around the floor
Reaching for the phone 'cause
I can't fight it anymore

And I wonder if I
Ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one
I'm all alone
And I need you now
Said I wouldn't call
But I've lost all control
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now

Another shot of whiskey
Can't stop looking at the door
Wishing you'd come sweeping
In the way you did before

And I wonder if I
Ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one
I'm a little drunk
And I need you now
Said I wouldn't call
But I've lost all control
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now

Whoa, whoa
Guess I'd rather hurt
Than feel nothing at all

It's a quarter after one
I'm all alone
And I need you now
And I said I wouldn't call
But I'm a little drunk
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now
I just need you now

Oh baby, I need you now

Tuesday, February 22, 2011

Carta Lagu Popular

 
Itu dia. Lagu-lagu yang mewarnai carta-carta lagu popular di stesen radio. Dan mungkin juga lagu-lagu yang mendominasi carta-carta di TV (Muzik-muzik contohnya). Harap nampak lah ya, sebab gambar yang ditangkap dengan henfon, 2 megapiksel saja :P

Kali ni, nak buka topik berkisar lagu popular! Apa yang menyebabkan sesebuah lagu itu popular? Adakah kerana kerap diputar dan diulang siar di radio, maka lagu yang ala-ala je pun boleh menjadi siulan. Contoh? Ada beberapa lagu Indonesia yang klise, muzik kampung, era 90-an pun masih diputarkan di radio yang tagline nya muzik terkini, lebih hangat, hits terbaik dan sebagainya dengan alasan itu "permintaan" pendengar (atau penerbit@penyampai yang syok sendiri).

Maka, lagu-lagu yang berkualiti, standard menang AIM, atau paling koman AJL, agaknya. sukar kedengaran dimainkan di corong radio dengan alasan "tiada permintaan". Lagu yang ada jiwa, lirik terlalu mendalam sama nasibnya denan drama-drama atau filem yang "berat". Contohnya berapa kerat yang tonton filem Muallaf, maka banyak itulah orang yang dengar lagu Noryn Aziz atau Shohaimi Meor Hassan (lagu Kalau Berpacaran terkecuali :) contohnya.

Berkenaan dengan carta pula, jika anda masih ingat ketika awal tahun 2000, radio swasta mula berkembang dalam industri penyiaran, lagu-lagu Indonesia telah mendominasi carta-carta lagu di radio. Sheila On 7,  Kris Dayanti, Melly Goeslow, Peterpan, Samsons, Letto, Radja, Irwansyah, Acha Septriasa, Agnes Monica, Dewa, Bunga Citra Lestari dan ramai lagi pernah mendominasi carta.

Namun, sekarang telah berubah. Fenomena itu telah berlalu. Mungkin nisbah 7 lagu tempatan kepada 3 lagu dari seberang amat relevan waktu ini. Buktinya seperti gambar di atas. Juaranya bukan lagi lagu gubahan komposer dari sana. Kini, setelah kebanjiran band-band indie, muzik tempatan sudah mula mendapat tempat. 

Soalannya.. sampai bilakah fenomena ini akan bertahan dan berterusan???

Monday, February 14, 2011

Lagu Menjadi Februari

Tak payah banyak cakap. Tak perlu banyak bunyi. Tak payah taip panjang lebar. Nah, 15 lagu bari pilihan tukang tulis bulan ini. Layan~



Ana Raffali - Sehabis Baik (OST Karipap Cinta)



Adi - Suatu Ketika (OST Gemilang)
Nana - Tak Tahan
Sofazr - Maaf Dari Hati
Maher Zain - Insya Allah (Malay version)



First Edition ft. Aizat - Perpisahan Ini
Stacy ft. Akim - Jahatnya Cinta
Dina Nazir ft. Zizan - Selamat Tinggal



Itulah Sayang - Yuna, Najwa, Mira(Tilu) & Liyana Fizi



3 suara (Ning,Jac & Shila) - Di mana di mana
Marsha - Bersama Kita
KRU - Ganas
Nubhan - Beri Rasa
Bunkface - Dunia



Tom - Lagu Untuk Kuala Lumpur (Kota rayaku)

Sunday, February 13, 2011

Anugerah seri Angkasa


Ini merupakan pengiktirafan untuk industri penyiaran TV dan Radio. Kali terakhir anugerah ini berlangsung pada 11 Mac 2006. Masa tu drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, lakonan hebat Safura menang besar. Setelah kira-kira 5 tahun berlalu, tanggal 18 dan 19 Februari 2011 akan mengembalikan semula anugerah ini di persada arus perdana. Pernah tak tengok "iklan TV1" mengenai berita tergempar yang dibaca Farid Ismeth, Berita Dunia (dulunya Dunia Jam 10), di mana ada laporan menyatakan bahawa akan kelihatan beberapa meteor yang akan berterbangan di angkasa terus terjatuh di Kuala Lumpur? Haha. Pasti tergamam lalu tersenyum sendirian waktu pertama kali menontonnya.

Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara (JKKN), melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) akan memancarkan secara langsung satu anugerah yang cukup berprestij bagi menghargai karyawan industri hiburan tempatan. Anugerah yang julung kali itu diadakan selama 2 hari iaitu malam Anugerah Seri Angkasa 2011 memperlihatkan sebanyak 521 pencalonan, merangkumi 323 kategori televisyen dan 198 kategori radio. Bakal disiarkan secara langsung menerusi 3 rangkaian televisyen tempatan iaitu RTM 1, TV9 dan Astro Prima, Anugerah Seri Angkasa menyenarai pendek bagi setiap kategori yang tercalon bagi merebut 'antara yang terbaik' pada malam kegemilangan penggiat seni hiburan tempatan pada 18 dan 19 Februari 2011.

Berikut adalah senarai TOP 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-

KATEGORI TV

Anugerah Drama TV Terbaik

   1. Perempuan (RTM – TV2)
   2. Sebelum Akhirat (TV3)
   3. Sekudus Doa Arisya (RTM – TV2)
   4. Denai Berbisik (Astro Prima)
   5. Anak-Anak Lorong (Astro Prima)

Anugerah Pengarah Drama TV Terbaik

   1. Anak-Anak Lorong – MP Roslin (Astro Prima)
   2. Saham Neraka – Erma Fatima (TV3)
   3. Apa Dosaku – Bernand Chauly (Astro Citra)
   4. Perempuan – Mohd Fahmi Sarindi (RTM – TV2)
   5. Sebelum Akhirat- Murali Abdullah (TV3)

Anugerah Pelakon Drama TV Lelaki Terbaik

   1. Janji Yang Satu – Zamarul Hisham (RTM TV2)
   2. Sebelum Akhirat – Fauzi Nawawi (TV3)
   3. Denai Berbisik – Zul Huzaimi (Astro Prima)
   4. Kaki – Rosyam Nor (RTM TV1)
   5. Melukut Kasih di Kaki Santubong – Eman Manan (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Drama TV Wanita Terbaik

   1. Apa Dosaku – Elaine Daly (Astro Citra)
   2. Kaki – Ellie Suriaty Omar (RTM TV1)
   3. Bebayang Fitri – Kartina Aziz (RTM TV2)
   4. Sebelum Akhirat – Lisdawati (TV3)
   5. Perempuan – Dira Abu Zahar (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik

   1. Bebayang Fitri – Abu Bakar Omar (RTM TV2)
   2. Saham Neraka – Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (TV3)
   3. Denai Berbisik – Hanis Kamal (Astro Prima)
   4. Salam Terakhir – Kaza (Astro Prima)
   5. Melukut Kasih di Kaki Santubong – Shafie Naswip (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik

   1. Saham Neraka – Erma Fatima (TV3)
   2. Sebelum Akhirat – Fadhilah Mansor (TV3)
   3. Kaki – Fauziah Nawi (RTM TV1)
   4. Salam Terakhir – Intan Azura (Astro Prima)
   5. Anak-Anak Lorong – Wan Maimunah (Astro Prima)

Anugerah Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik

   1. Surat Daripada Amin – Shafimie Saedon (Media Prima TV9)
   2. Misteri Rumah Tua – Muhd Azzammuddin Lop Hisyam (Media Prima TV9)
   3. Kaki – Muhammad Budiman Isemail (RTM TV1)
   4. Anak-Anak Lorong – Eyra Hazali (Astro Prima)
   5. Anak-Anak Lorong – Eqmal Hazali (Astro Prima)

Anugerah Skrip Drama TV Terbaik

   1. Sebelum Akhirat – Jumal Yunus (TV3)
   2. Denai Berbisik – Danial (Astro Prima)
   3. Anak-Anak Lorong – Mohd Rohizan Ramli (Astro Prima)
   4. Bebayang Fitri – A Wahid Nasir (RTM TV2)
   5. Perempuan – Siti Jaslina Ibrahim (RTM TV2)

Anugerah Komedi TV Terbaik

   1. Cuci Cuci Services (Episod 17) RTM TV2
   2. Masak Lomak Cili Api (Episod 19) RTM TV2
   3. Pak Pong (RTM TV1)
   4. Simpang 3 (TV3)
   5. Saham Neraka (TV3)

Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik

   1. Nabil – Simpang 3 (TV3)
   2. Hamidah Wahab – Saham Neraka (TV3)
   3. Bell Ngasri – Simpang 3 (TV3)
   4. Ebby Yus – Masak Lomak Cili Api (RTM TV2)

Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik

   1. Pertandingan Akhir Adik-Adikku (RTM TV1)
   2. Showdown 2010 – Episod 9 (8TV)
   3. I Wanna Be A Model – Season 3 (8TV)
   4. Sehati Berdansa musim ke-3 – Episod 2 (Astro Ria)
   5. Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 – Astro Ria

Anugerah Hiburan / Muzik Terbaik

   1. Shout Award 2009 (8TV)
   2. Ultimate Power Group Grand (8TV)
   3. Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
   4. Varnagal (RTM TV2)
   5. Konsert Inilah Sharifah Aini (Muzik Aktif)

Anugerah Candawara Game Show TV Terbaik

   1. Laxmana (RTM TV1)
   2. Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)
   3. Kata Kau – Episod 3 (TV3)
   4. Ewah-Ewah Musim ke-3 (TV3)
   5. Whack It – Episod 2 (8TV)

Anugerah Dokumentari TV Terbaik

   1. Xplorasi: Taman Negara Kayan Mentarang (RTM TV1)
   2. Madrasah Salasiah Rasulullah – Episod 1 (Astro Oasis)
   3. Selepas 271208 (Bernama TV)
   4. We’re 1 Malaysia (8TV)
   5. Malaysia My Home: Story of Sabah & Sarawak (Astro Saluran 301)

Anugerah Majalah TV Terbaik

   1. Education of Refuge Children – Episod 38 – Edisi Siasat Mandarin (ntv7)
   2. Catatan Saksi – Mavi Marmara – Astro Awani
   3. Kepala Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi – Agrotek (RTM TV1)
   4. Bersamamu Musim 19 – Bersamamu – TV3
   5. Gay Terlampau – 360 (TV3)

Anugerah Bicarawara TV Terbaik

   1. Sehati Sejiwa (Emelda & Adlin) RTM TV1
   2. Isu Khas Gaza (RTM TV1)
   3. News Talk Series 2 (Astro AEC)
   4. Biz Talk (P1 WiMax) Astro 502
   5. Biz Talk Sunway Lagoon Night Park (Astro 502)

Anugerah Animasi Tempatan TV Terbaik

   1. Mat Kacau – Astro Ceria
   2. Abus Episod 8 – RTM TV1
   3. Kacang – Pensil Ajaib RTM TV2

Anugerah Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik

   1. Kafe Sukan Astro Arena
   2. Sekilas Liga Malaysia RTM TV1
   3. Menggapai Harapan RTM TV1

Anugerah Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik

   1. Belalang Episod 15 (Astro Ceria)
   2. Geng Bas Sekolah Musim 3 – Episod 1 (Astro Ceria)
   3. Tom Tom Bak Musim 4 – Episod 1 (Astro Ceria)
   4. 1Q Xiao Tai Yang 2009 – Episod 5 (Astro XTY)
   5. Idola Kecil 2 – Konsert Akhir (TV9)

Anugerah Pengacara TV Terbaik

   1. Ally Iskandar – Mentor 4 Episod 8 (TV3)
   2. Cheryl Samad – Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
   3. Wan Kamaruddin Wan Ibrahim – Talian Hayat – Bukit Besi (ntv7)
   4. Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar – Palestin Kami Bersamamu (RTM TV1)
   5. Sarimah Ibrahim – Konsert Akademi Fantasia 8 (Astro Ria)

Anugerah Liputan Berita TV Terbaik

   1. Gasing Terbang – Majidah Ismail (RTM TV1)
   2. OKU – Industrial Rehal (RTM TV1)
   3. Catatan Saksi Mavi Marmara – Ashwad Ismail (Astro Awani)
   4. Usahawan Kambing – Nur Asyran Bt Mohd Nor (RTM TV1)
   5. Agenda Awani Siaran Langsung – Ashwad Ismail (Astro Awani)

Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik

   1. Isu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur – Aminhayat Abd Rahim (TV9)
   2. Barah Kolorektal – Barah No.1 Lelaki – Aminhayat Abd Rahim (TV9)
   3. Stigma Pendermaan Organ – Aminhayat Abd Rahim (TV9)
   4. Filthy Rats Can Cause Death – Melissa Ong Kim Lean (ntv7)
   5. Bisayak di Sandakan (Edisi 7) ntv7

Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik

   1. Berita Nasional 8 Malam – Fathil Idayat (RTM) TV1
   2. Edisi 7 – Jasmine Abu Bakar (ntv7)
   3. Berita Bernama – Zulkifli Bujang (Bernama TV)
   4. Awani 7:45 – Zaiful Bin Mohd Arifin (Astro Awani)
   5. Awani 7:45 – Ashwad Ismail (Astro Awani)

Anugerah Buletin TV Terbaik

   1. Berita Nadi Arena (Sukan) Astro Arena
   2. Bisnes Awani (Astro Awani)
   3. Awani 7:45 (Astro Awani)

Anugerah Wartawan TV Terbaik

   1. Awani 7:45 (Ashwad Ismail) Astro Awani
   2. Eksklusif 1 Abuya – Hanim Muhili (RTM TV1)
   3. Bisayak di Sandakan Edisi 7 – Charles Mohan A?L M.Muthiah (ntv7)
   4. Majalah 3: Ratapan Duka Sumatera Barat – Nurul Fariha Onn (TV3)
   5. Talasemia Seiuskah Ia? – Rubiah Abd Hamid (RTM TV1)

Anugerah Pengulas TV Terbaik

   1. Pahlawan Akhir Sukan Sea 2009 – Mohd Hafizal Bin Ahmad (RTM TV1)
   2. Piala Dunia 2010: USA vs Ghana – Akbar Sahari (Astro Arena)

Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik

   1. Songkok – World Evalution (RTM TV1)
   2. Aktifpedia – Paintball – Muhd Muzammil (Astro Arena)
   3. Bisayak di Sandakan – Edisi 7 – Ahmad Fairuz bin Ismail (ntv7)
   4. Showdown 2010 – Episod 6 (8TV)
   5. Talian Hayat – Bukit Besi, Terengganu) – Wan Kamarudin Wan Ibrahim (ntv7)


Anugerah Jurukamera TV Terbaik (Penerbitan Kamera Tunggal)

   1. Nur Ar-Rahman (Panggung RTM) Mohd Asri Bin Alias (RTM TV2)
   2. Dosa Semalam (Media Space Distribution Sdn Bhd) RTM TV2
   3. Budak KL Media Space Distribution Sdn Bhd (RTM TV2)
   4. In Person With Christine Chin – Muhamad Adzad Bin Abd Wahab (Astro Awani)
   5. Talian Hayat – Natseven TV Sdn Bhd (ntv7)


Anugerah Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik

   1. Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
   2. Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional (RTM TV2)
   3. Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-22 (RTM TV1)
   4. Pertandingan Akhir Bintang Ai Minnal 2010 (RTM TV2)
   5. Malam Seribu Bintang Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 (RTM TV2)


Anugerah Rekaan Set TV Terbaik

   1. Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM TV2)
   2. Miss Astro Chinese International Pageant 2009 (Astro Wah Lai Toi)
   3. Astro Star Quest Grand Final 2010 (Astro Wah Lai Toi)
   4. Kemuncak Sehati Berdansa Musim Ke-3 (Astro Ria)
   5. Whack It (8TV)

Anugerah Audio Rancangan TV Terbaik

   1. Songkok (RTM TV1)
   2. Xpresi Kembara : Pulau Redang, Terengganu (RTM TV1)
   3. Ra Ra Rasiga (RTM TV2)
   4. Budak KL (RTM TV2)
   5. Perempuan (RTM TV2)

Anugerah Penerbitan Kapsul TV Terbaik

   1. Kapsul Ramadan – Puan Zauyah Yusoff (Muzik Aktif)
   2. Kapsul Go Green Campailin – Azlinda Bt Mohd Salim (ntv7)
   3. Treler Gejala Buang Bayi – Abdul Malik Hashim (Filem Negara)
   4. Treler Colour of Malaysia – Rupeh Bin Abdullah (Filem Negara)
   5. Treler Budaya Membaca – Hadiah Hari Jadi – Mohd Kamarul Ariffin Mohammad Azmi (Filem Negara)

Anugerah Promo/Montaj/Teaser TV Terbaik

   1. Corporate Social Responsibility (ntv7)
   2. Astro Arena Channel ID (Astro Arena)
   3. Di Luar Lingkungan (RTM TV1)
   4. 1 Malaysia Concept on Acceptance (Bernama TV)
   5. Montaj – Video Umum (RTM Muzik Aktif)


Anugerah Pengimbang Muzik Terbaik

   1. Xpresi Kembara: Pulau Redang, Terengganu
   2. Inilah Sharifah Aini (RTM Muzik Aktif)
   3. Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
   4. Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-22 (RTM TV1)
   5. Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM TV2) 

KATEGORI RADIO

Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik

   1. Norlela Binti Mohamad Zin – Negeri FM
   2. Mark Foong Ling (Sam Mak) – 988 FM
   3. Farahida Haji Fauzi – Terengganu FM
   4. Roslinda Binti Abdul Majid – Suria FM

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik

   1. Amran Tut – Sarawak FM (RTM)
   2. Chong Keat Aun – AI FM (RTM)
   3. Azlan Idris – Bernama Radio 24

Anugerah Pengulas Radio Terbaik

   1. Laporan F1 2010 – Nurjamalina Jamali (Hot FM)
   2. Normal Cross Chef – Muhamad Nazri Noran (Era FM)


Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik

   1. NKRA – Indeks Jenayah Jalanan – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
   2. Laporan Langsung Siapa Menteri Besar Perak – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
   3. Laporan F1 2010 – Nurjamalina Jamali (Hot FM)
   4. Cr Hari Ibu – Zarith Sofia Hatun Bt Abdul Rahman Khan (Berita Radio RTM)
   5. Transformasi Setahun PM – Siti Hanom Hamdan (Berita Radio RTM)

Anugerah Buletin Radio Terbaik

   1. Wong Chew Yat (988 FM)
   2. Endok Baleana Bachok (Bernama Radio 24)
   3. Mohd Fauzee Jaffar (Klasik Nasional)
   4. A. Vasanmuthaliar A/L Arumugam (Minnal FM)
   5. Reagan A/L Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik

   1. Berita Nasional – Mahendran A/L Veluplay (Minnal FM RTM)
   2. Bernama Radio – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
   3. Berita Kedah FM – Rozainida Binti Zainul (Kedah FM RTM)
   4. Bernama Radio – Zulkifli Bujang (Bernama Radio 24)
   5. Berita Radio Bahasa Inggeris – Priscilla Ann Yap (Traxx FM RTM)


Anugerah Majalah Radio Terbaik

   1. Feminin – Suara Malaysia (RTM)
   2. Hidayahmu Aidilfitri – Perak FM (RTM)
   3. Terengganu Indah (Tasik Kenyir Indah Dalam Kenangan) – Terengganu FM (RTM)
   4. Zainal Alam Dalam Kenangan – Klasik Nasional (RTM)
   5. Philippines: Jose Rizal (Asean Focus) – Traxx FM

Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik

   1. ICT dan Anda – Irma Marina (Bernama Radio 24)
   2. Minnalin Tamilosai – Pon Kogilam (Minnal FM)
   3. Ceria Pagi – Nazim (Suria FM)
   4. Suria Cinta – DJ Lin (Suria FM)
   5. Kopi Panas – Norlela Mohd Zin & Mohd Saharani Muhamad (Negeri FM)


Anugerah Rancangan Hiburan Radio Terbaik

   1. Konsert Masihkah Kau Ingat (Klasik Nasional)
   2. Semanis Lebaran 2009 (KL FM)
   3. Ria Gongxi Gongxi (Perak FM)
   4. Jom Raya (Muzik FM)
   5. Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)


Anugerah Bicarawara Radio Terbaik

   1. Konsumer Bersama PPIM Halal Beli – Nazira Noran (Bernama Radio 24)
   2. Kerusi Panas – Syezliza Basri (Bernama Radio 24)
   3. Traxx 101 – Rohani Harithuddin (Traxx FM RTM)
   4. Suri – Puteri Nurzaitul Shima Hassan (Bernama Radio 24)

Anugerah Drama Radio Terbaik

   1. Tasik – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
   2. Pencarian Nyonya Cantek – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
   3. Sayang Masih Belum Terlambat – Fauziah Mohd Sidek (Klasik Nasional)
   4. Annei Nijem – Sunderam D/O Manikam (Minnal FM)
   5. Embun Hibiscus – Nizuan Hanafi (Bernama Radio 24)

Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik

   1. Sheikh Raffie Rahman – Embun Hibiscus (Episod 65) (Bernama Radio 24)
   2. Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
   3. Mohd Fauzi Nawawi – Tasik (Klasik Nasional)
   4. The Kee Guan – I Love Alam Semulajadi (988 FM)
   5. Vairaccanu A/L Chatiah – Hunt (Minnal FM)


Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik

   1. Wan Syarina Wan Abdul Rahman – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
   2. Balamanni A/P Iyadillai – Annei Nijem (Minnal FM)
   3. Eliza Abdul Razak – Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)
   4. Ng Lih Jinn – Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
   5. Kartina Aziz – Tasik (Klasik Nasional)

Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik

   1. I Love Alam Semulajadi – Loh Peng Sum (Star FM)
   2. Pencarian Nyonya Cantik – Amelia Binti Hashim (Klasik Nasional)
   3. Tasik – A.Wahid Bin Nasir (Klasik Nasional)

Anugerah Kapsul Jingle/Teaser/Sketsa/Promo Radio Terbaik

   1. Kempen Membaca – Negeri FM
   2. Kempen Kebersihan / Pelancongan dan Keselamatan – Negeri FM
   3. SMS Penipuan – Era FM
   4. Bawa Beg dari Rumah – Era FM
   5. Kidney – THR Raaga


Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik

   1. Irama Cinta – Choo Seau Wei (AI FM)
   2. Embun Hibiscus – Ahmad Zaini Ahmad Norbi (Bernama Radio 24)
   3. Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2010 – RTM Pulau Pinang (Mutiara FM)

Monday, February 7, 2011

TRILOGI Cinta !

Ya~ Inilah drama Melayu yang akan buat ramai tertunggu-tunggu di depan kaca TV setiap hari Ahad sehingga Selasa jam 10 malam. Terutama sesiapa yang pernah habiskan trilogi novel Sharifah Abu Salem, Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.

Kini setelah naskhah trilogi tersebut berjaya diangkat ke naskhah drama bersiri, sudah pasti imaginasi yang pernah bermain di benak minda akhirnya jelas terpapar di alam realiti yakni di kaca TV. Razif, sang suami yang penyayang, tiada dendam kesumat, setia menyintai dan menerima seadanya kelebihan dan kekurangan isteri. Salmi, isteri yang curang dan akhirnya mendapat pembalasan, dipungut semula oleh suami dan memanfaatkan peluang kedua yang hadir.



Nurjinnah, yang hadir ketika anak-anak perlukan belaian ibu, datang ketika suami memerlukan perhatian isteri. Norseha, biarpun dirinya adik, tetapi lagaknya mengalahkan bapanya sendiri. Tergamak mahu merosakkan rumahtangga kakak sendiri. Mak Nab yang penyabar, ibu razif yang cerewet, ayah Razif yang supporting, kini menjelma di depan mata!

Nah~ Nurjinnah.. Gadis hitam manis, asal dari kampung menjadi milik Fouziah Ghaus. Razif..  Suami yang setia, bapa penyayang aksi bersahaja Rosyam Nor. Salmi..  isteri yang lumpuh, dan penuh prasangka dijayakan oleh Amyza Adnan. Serta Siti Fazurina pemeran Norseha, yang gedik dan meluat dibuatnya. Dan yang penting, lakonan budak-budak ini sangat semulajadi!


Secara tuntas, barisan pelakonnya mantap & buat kali pertama lakonan Fouziah Ghaus membuka mata TT yang selama ini sepi saja memandang lakonannya yang kurang impak. Dan tunjang kekuatan cerita ini sudah tentu milik Mak Wan yang sebelum ni sekadar jadi orang gaji dalam drama Mertua vs Menantu.

Watak Mak Nab,dipersembahkan dengan penuh emosi dan dramatik. Lebih mengujakan dan memberi warna ialah watak Norseha. Ala-ala Sarah dalam drama Nur Kasih. Kalau tiada watak Norseha, tiada maknanya drama ini. Dan kemunculan Reza Hasbi,anak didik Rosyam Nor daripada rancangan realiti Pilih Kasih musim pertama wajar dipuji.

Ternyata kemunculan Naib Juara Pilih Kasih ini dinanti-nantikan oleh mereka yang pernah mengundi Reza sebelum ini. Plot dan jalan cerita lebih indah disulami lagu-lagu yang menguatkan lagi kesan penceritaan. Lirik yang kena dengan situasi dan keadaan. Lagu Melakar Rindu, nyanyian asal Jeslina Hashim kini dinyanyikan semula oleh Julfekar dengan susunan muzik yang lebih segar. Dua lagu ciptaan Audi Mok yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti iaitu lagu Dalam Diamku dan Tanpamu.

Pasti ramai tertanya-tanya, hebat sangatkah drama ini? Jawapan tulus ikhlas daripada Tukang Tulis(TT), drama ini jauh lebih berkualiti daripada sinetron-sinetron dari seberang yang entah apa-apa merepek meraban, panjang berjela-jela tiada pokok pangkalnya! Tak percaya? Cuba tengok daripada episod satu di sini.

Sinopsis Trilogi Cinta (TV1)

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan.

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?




OST TRILOGI CINTA - MELAKAR RINDU

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya
Ditambah dengan lagu yang dramatik dan melankolik seperti ini





Justeru, adakah sampai tahap atau mutu drama Korea yang menjadi kegilaan ramai masyarakat Malaysia? TT berani katakan, inilah alternatifnya. Drama yang ala-ala Korea, romantis, sedih, bungkam, rencam, sarkastik.. semua rasa ada. Cukup rencahnya untuk menjadi sebuah naskhah yang bermutu. Sementelah, trend semasa, filem atau drama adaptasi sudah diterima secara meluas. Bukti? Lord Of The Rings... Harry Potter... Narnia! 

Alaa..itukan karya luar! Baiklah, ini dia karya anak tempatan. Jogho.. daripada novel Juara. Ranjau Sepanjang Jalan, tulisan Shahnon Ahmad yang diangkat menjadi filem. Buai laju-laju, filem arahan U-Wei daripada novel Swing My Swing High, My Darling. Alamak..itu karya berat. Hanya orang seni yang boleh layan, boleh 'masuk' dan memahami. 

Emm.. ok. Pernah tonton filem Ayat-ayat Cinta? Laskar pelangi? Ini contoh filem yang "berat" dan menghiburkan. Ada tonton drama Hani yang juga kini hangat ditayangkan di TV 3, setiap Selasa, 9 malam. Aku Bukan Rabiatul.. Cinta Sempurna yang pernah disiarkan di Astro? Cinta Madinah dan Julia lakonan Wardina Safiyyah juga adaptasi novel.

Adaptasi maknanya kita menyesuaikan sesuatu perkara/keadaan dengan persekitaran atau sekeliling. Apabila kita pindah..Karya adaptasi..kita dah cukup kenal dengan watak-watak terbabit. Mungkin dah tahu jalan cerita samada separuh atau keseluruhannya namun tetap teruja untuk menonton. Maka wujud satu lagi trend adaptasi, yakni daripada filem ke drama, ataupun drama ke filem. 

Contohnya drama Adamaya adaptasi filem I'm Not Single. Sembilu.. Gerak Khas..  Puteri (yang Nora Danish berlakon tu. Adaptasi filem Puteri Impian lakonan Amy Mastura). Ada juga adaptasi yang remake seperti Appalam.. Aku Tak Bodoh..  Sembilu 2005. Macam filem Hindi, Don. Lepas ni, TT ramal demam adaptasi melanda! Dijangka Malaysia akan dilimpahi karya-karya adaptasi selepas ini. Filem Ombak Rindu, Hanyut, Lukisan Hati dan sutradara Aziz M.Osman akan remake filem Azura. 

Wednesday, February 2, 2011

Pemindahan Januari @ January Transfer


Di Petrosains, tempat aku bekerja ada satu pameran namanya transfer basket. Ala-ala props mereka yang bekerja atas pelantar minyak di tengah laut. Haha. Tapi ini kisah pemindahan pemain bulan Januari yang telah tamat tempohnya. Ini dia senarai 10 pemain yang hangat diperkatakan dan diramal bersinar karier mereka di tempat baru ~


Fernando Torres;  Liverpool - Chelsea
Andy Caroll; Newcastle - Liverpool
Darren Bent; Sunderland - Villa
Robbie Keane; Spurs - West Ham (loan)
David Bentley; Spurs - Birmingham (loan)
James Beattie; Rangers - Blackpool (loan)
Roque Santa Cruz; Man City - Blackburn (loan)
Obafemi Martin; Rubin Kazan - Birmingham (loan)
Steven Pienaar; Everton- Spurs

Stephen Ireland; Villa- Newcastle (loan)

Pemain lain dari luar Liga BPL yang bakal mencuri tumpuan :

Sulley Muntari;  Inter - Sunderland (loan)
Luis Suarez; Ajax - Liverpool
David Luiz; Benfica - Chelsea
Hatem Ben Arfa; Marseille - Newcastle
Edin Dzeko; VFL Wolfsburg - Man City
Michael Bradley; Borussia Monchengladbach - Aston Villa

Pemain yang keluar dari Liga BPL

Emmanuel Adebayor; Man.City- Real Madrid (loan)

Ryan Babel; Liverpool- TSG Hoffenheim
Tuncay Sanli; Stoke- Vfl Wolfsburg


Charlie Adam - key player Blackpool gagal dipancing Spurs

Mahu tahu lebih lanjut? More details? Click here, Klik sini. 

Top 10 biggest transfers of all time


1. Cristiano Ronaldo
(Man Utd to Real Madrid, 2009, £80 million)

2. Zlatan Ibrahimovic
(Inter Milan to Barcelona, 2009, £56.5 million)

3. Kaka
(AC Milan to Real Madrid, 2009, £56 million)

4. Fernando Torres
(Liverpool to Chelsea, 2011, £50 million)

5. Zinedine Zidane
(Juventus to Real Madrid, 2001, £46.5 million)

6. Luis Figo
(Barcelona to Real Madrid, 2000, £37 million)

7. Hernan Crespo
(Parma to Lazio, 2000, £35.5 million)

8. Andy Carroll
(Newcastle to Liverpool, 2011, £35 million)

9. David Villa
(Valencia to Barcelona, 2010, £34 million)

10. Gianluigi Buffon
(Parma to Juventus, 2001, £32.6 million)

Tuesday, February 1, 2011

CDC Januari 2011

Jendela 2011 dibuka dengan pelbagai isu, kontroversi dan penuh spekulasi. Semoga ekspresi, persepsi dan reaksi yang senada mahupun berbeza bunyinya membolehkan kita menjadi insan yang lebih matang, cekal, dan bijak d masa hadapan. Ini dia, berita yang menghangatkan Januari ini. Terimalah Carta Darjah Celcius (CDC) Januari 2011 secara rasminya. 

1. INTERLOK


Novel Interlok, karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang kini berusia 91 tahun. Semuanya gara-gara ada perkataan "pariah" yang dikatakan menghina kaum India dan beberapa perkataan sensitif lagi. Dan secara tidak langsung novel ini didakwa menghina orang Melayu juga. Ada usul supaya novel ini ditarik daripada menjadi buku teks Komponen Sastera Subjek Bahasa Melayu Tingkatan 5.


Setelah beberapa rundingan "meja bulat", kata putusnya Kementerian Pelajaran Malaysia mengekalkan novel tersebut cuma perlukan pindaan. Pindaan?? Macam mana tu?

Tukang Tulis : Tak pernah baca novel Interlok, tetapi secara rasionalnya, sebagai individu berusia 27 tahun, rasanya tiada masalah untuk memahami. Cuba bayangkan adik-adik di usia 17 tahun membacanya, mungkin boleh jadi bahan ejekan sesama mereka. Perkataan "P" itu menjadi modal besar, mungkin~ 

2. Protes Rakyat di Negara Timur Tengah

Presiden Tunisia, Zine Al Abidin Ben Ali digulingkan rakyat! Beliau dilaporkan meninggalkan negara itu dengan membawa 1,5 ton emas bernilai lebih dari 45 juta euro. Dalam beberapa minggu terakhir, telah terjadi protes jalanan besar-besaran di Tunisia terhadap apa yang telah digambarkan sebagai pencurian kekayaan Tunisia dan kurangnya kesempatan kerja bagi warga masyarakat.

Banyak anggota keluarga Ben Ali telah meninggalkan negara Afrika itu kerana takut akan keselamatan peribadi mereka. Pemerintahan Ben Ali selama 23-tahun telah berakhir setelah berminggu-minggu protes jalanan terjadi di seluruh negara Afrika Utara tersebut.


Leila Trabelsi, isteri presiden dikatakan telah pergi ke Bank of Tunisia untuk mengambil emas batangan. Namun Direktor bank menolak, isteri Ben Ali kemudian memanggil suaminya, tapi Direktor bank juga awalnya menolak, namun akhirnya bersetuju, menurut sumber.


Mesir - rusuhan dan tunuk perasaan secara besar-besaran berlaku kerana menggesa Presiden Hosni Mubarak berundur. Protes juga di sebabkan tekanan kehidupan di Mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yang sangat rendah, berbeza dengan golongan kaya yang makin meningkat pendapatan mereka.


Hakikatnya - rakyat marhaen makin tertekan, kemampuan untuk membeli barangan keperluan dan makanan makin mengecil! Bukan saja kadar pengangguran makin naik,  malah harga rumah di sana di paras yang takkan termampu dimiliki oleh orang miskin dan golongan pertengahan

 Dan berita paling mengejutkan bahawa kira-kira 6000 banduan terlepas dari penjara. Antara kes prison break terbesar setakat ini dan agak-agaknya apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk. Itulah yang paling mengejutkan sebab ada beberapa kes jenayah seperti rogol telah berlaku. Runsing gadis Malaysia akan dan telahpun menjadi mangsa. Terpaksa berkurung di dalam rumah. Macam mana nak makan ya?


Rakyat Mesir memprotes kerajaan yang dimulakan dengan "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage). Kerajaan Mesir kemudiannya menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.

Protes ini secara tidak langsung menjejaskan ekonomi, disebabkan Mesir mengawal laluan minyak melalui terusan Suez, harga minyak akan naik di seluruh dunia dan seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia

Tukang Tulis : Sejarah membuktikan suara rakyat suara keramat! Di Malaysia?? Tunggu PRU-13 nanti. Dan sama-sama kita berdoa nasib rakyat Malaysia di Mesir aman tenteram. Status terkini, nasib pelajar Malaysia di sini.

3. Bola Sepak!


Jepun, jagoan Asia setelah menumpaskan pasukan Australia 1-0 di perlawanan akhir Piala Asia 2011 di Qatar.



Kelantan, The Red Warriors merangkul Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah yang pertama setelah menumpaskan juara Liga Super musim lalu, Selangor 2-0 di Shah Alam. Penjaga gol nombor 1 Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dipilih selaku pemain terbaik perlawanan, Man Of The Match.


Katanya Kelantan menang 2-0 sebab ada 2 orang pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul fahmi Che Mat. Jangan lupa, ikuti perkembangan permata baru, Nurul Azwan Roya, K.Soley (nama Islamnya, Solihin) dan juga Nicholas Chan, anak jati Kelantan yang berlatih di Cardiff City


Tukang Tulis : January Transfer hangat juga. Fernando Torres sah ke Chelsea. Andrew Carol ke Liverpool.

4. Anugerah - 3M (Messi, Mourinho, Marta) Terbaik + Olimpian Malaysia



Lionel Messi (gambar) bersama Barcelona mengatasi kegagalannya di Piala Dunia apabila berjaya memikat juri yang memilih penyerang Argentina itu sebagai Pemain Terbaik Dunia 2010.

Messi menang anugerah Fifa Ballon d'Or buat kali kedua berturut-turut mengatasi dua lagi rakan sepasukan dari Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez. Messi, 23, meledak 58 gol tahun lalu membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan La Liga dan mendahului musim ini. Bagaimanapun, dia gagal menjaringkan sebarang gol di Afrika Selatan menyaksikan Argentina tersingkir di suku akhir. Sebaliknya Iniesta dan Xavi menyinar ketika membantu Sepanyol muncul juara.


Jose Mourinho pula menerima anugerah jurulatih terbaik selepas menjulang Inter Milan menjuarai tiga trofi termasuk Liga Juara-Juara.Mourinho menewaskan Vicente del Bosque yang membawa Sepanyol memenangi Piala Dunia dan Pep Guardiola dari Barcelona untuk menerima penghormatan itu. Jurulatih kelahiran Portugal itu membawa Inter menjulang kejuaraan Serie A Coppa Italia dan Liga Juara-Juara.

Penyerang Brazil, Marta pula menerima anugerah Pemain Terbaik Wanita buat tahun kelima berturut-turut menewaskan pemenang tiga kali dari Jerman, Birgit Prinz dan pemain baru dari Kosovo, Lira Bajramaj. Marta terpilih selepas mempamer aksi hebat dalam Liga Profesional Wanita Amerika Syarikat (AS) bersama pasukan juara, Gold Pride. Dia kini ejen bebas selepas kelab Santa Clara di California itu dibubar.

Olimpian Malaysia milik ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dan jaguh karate R. Puvaneswaren masing-masing dipilih sebagai penerima Anugerah Coca-Cola Olimpian Wanita dan Lelaki 2010 daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan anugerah kepada kedua-dua atlet itu yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 ekoran pemilihan tersebut. 


Tukang Tulis : Akhirnya Anugerah Seri Angkasa akan kembali Februari ini

5. Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor.


Ini dia Datuk Mohd Khusrin Munawi, SUK Selangor yang baru. Namanya meledak dan menjadi tumpuan gara-gara pelatikan beliau oleh Sultan Selangor tidak senada dengan MB Selangor. Khusrin juga dikatakan lompat kedudukan daripada JUSA C terus ke JUSA A tanpa melalui JUSA B. JUSA? Akronim kepada Jawatan Utama Sektor Awam. Masa JUSA C, Khusrin jadi Pengarah JAIS. Banyak juga isu hangat seperti isu makanan halal (sijil palsu), isu tiada tauliah bagi penceramah agama, dan operasi tangkap basah malam tahun baru.


Tukang Tulis : Secara peribadi tak nampak sangat isu atau agenda pihak tertentu. Jawatan KSU bukan jawatan politik yang perlu usul undi tak percaya

6. PRK TENANG


Status quo kekal. Milik BN juga walaupun hari tu beria-ia mahukan majoriti melebihi 5000. Sekadar melebihi 3000 undi juga gagal menyapu bersih semua peti undi setelah tewas di kawasan majoriti Cina. Adakah orang Cina lebih bijak memilih??

Tukang tulis : Minyak RON 97 naik lagi buat kesekian kalinya.. oh. yeah~ Hadiah tahun baru sempena kemenangan BN di Tenang. Tenang hati dibuatnya... Tapi memang tak dinafikan, memang tenang melihat wajah Cikgu Mala


7. Jurulatih merajuk dan terkilan...


2 jurulatih kebangsaan merajuk. Pertama, Datuk Misbun Sidek  meletakkan jawatan selaku jurulatih perseorangan negara. Hingga kini, beberapa usaha jalan damai telah dilakukan. Nantikan saja kesudahannya. Adakah Datuk Misbun ekal bersama BAM? Kedua, jurulatih Karate kebangsaan, P.Arivalan pula ditamatkan khidmatnya

Tukang Tulis : Terbuka Korea akhirnya menemukan Lin Dan & Chong Wei. Namun, Chong Wei kalah buat kesekian kalinya. Adakah ini badi? Sementara itu satu lagi permainan raket, yakni tenis, menyaksikan tiada lagi final Nadal-Federer yang tewas di pusingan awal. Djokovic muncul juara mengalahkan Murray di kejohanan Terbuka Australia. Sukan berbasikal, Le Tour De Langkawi di Malaysia juga rancak berlangsung.

8. TRILOGI CINTA



Drama bersiri yang diadaptasi daripada trilogi novel Sharifah Abu Salem, Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, Tiada Lagi Mimpi. Lakonan hebat Rosyam Nor, Fouziah Ghaus, Amyza Adnan, Mak Wan, Aida Rahim, Siti Fazurina dan lain-lain.

Sinopsis? Nantikan, review khas Trilogi Cinta di entri akan datang.

Tukang Tulis : Hebat juga trilogi cinta Jejai-Fasha-Nora. Moga-moga berakhir sudah.

9. Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali juara AJL-25


Tak perlu ulas panjang lebar sebab sudah ada entri khas AJL 25 di entri lepas.

Tukang Tulis : 2 FT kalah malam itu. Faizal Tahir dan Fernando Torres (Liverpool kalah dengan M.U)

10. Ariel "peterporn" dihukum

Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan & dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000). Sebelum ini ada pihak yang mahukan Ariel meringkuk 5 tahun di penjara. Namun mahkamah memutuskan 42 bulan selayaknya setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.


Tukang Tulis : Kes Mahkamah mendiang Teoh Beng Hock menemui jalan buntu. Kini sudah ada Suruhanjaya Siasatan.

Berita Bonanza : 

Kampung Baru berusia 111 tahun

Tanggal 6 Januari 2011, kampung Baru berusia 111 tahun. Inilah satu-satunya kawasan orang Melayu di tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Dibayangi KLCC. Dihimpit kemewahan dan kesenangan orang luar yang datang bertandang. Silih berganti, hari berganti hari, terdengar ura-ura tanah di Kampung Baru mahu dilelong. Benarkah?  

 
Tukang Tulis : Tun Dr. M sindir rakyat Singapura, termasuk Melayu Singapura. Jadi "darat" apabila masuk negara Malaysia. Darat?? Dialek Kelantan.. maknanya "Jakun". Jakun tu apa pula? Google lah! Terminal Bersepadu Selatan - Bandar tasik Selatan sudah mula beroperasi. Rekabentuknya persis lapangan terbang