Kerap kali kita dimomokkan bahawa sesuatu anugerah itu berprestij, hebat, spektakular dan sebagainya. Namun, sejauh manakah kehebatannya?? Adakah sekadar omongan kosong, umpama tin kosong yang begitu kuat bunyinya.
Atau adakah anugerah itu sekadar syok sendiri atau di mana kesudahannya anugerah itu umpama rumah yang sudah siap tetapi pahatnya masih berbunyi! Kali ini merupakan penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-25. Ada desas-desus mengatakan bahawa anugerah itu hanya memfokuskan "anak emas" ataupun menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja. Namun, ternyata sejurus berakhirnya AJL-25, segala jangkaan, ramalan dan telahan pihak terbabit meleset sama sekali.
Sekaligus, wujud pula persepsi baru. Reaksi yang berbeza apabila calon "underdog" diangkat selaku juara baru. AJL sudah diberi jolokan baru, Anugerah Juara Lain. Variasi ekspresi telah disuarakan, ada yang bersetuju memukul canang setelah juara baru dinobatkan. Tidak kurang pula yang tegar dan defensif dengan opsyen masing-masing.
Nah~ Terimalah saja. Nama Ana Raffali terpahat selaku pemenang Anugerah Juara Lagu edisi ke-25. Selaku penyanyi, komposer dan penulis lirik, ternyata AJL masih mengekalkan prestijnya apabila KOMPOSER diangkat selaku pemenang.
Memang itulah objektif asal Anugerah Juara Lagu. Bukan mahu melahirkan penyanyi atau penghibur yang hebat, sebaliknya komposer yang kreatif dan kritis gubahannya. Liriknya yang bukan sekadar puitis tetapi berbekas di jiwa. Lalu, adunan akhirnya barulah terletak sepenuhnya di atas bahu penyampai yakni penyanyi atau pelantun lagu tersebut.
Memang itulah objektif asal Anugerah Juara Lagu. Bukan mahu melahirkan penyanyi atau penghibur yang hebat, sebaliknya komposer yang kreatif dan kritis gubahannya. Liriknya yang bukan sekadar puitis tetapi berbekas di jiwa. Lalu, adunan akhirnya barulah terletak sepenuhnya di atas bahu penyampai yakni penyanyi atau pelantun lagu tersebut.
Tolong Ingatkan Aku.. terukir selaku Juara AJL25. Turut terkena tempiasnya ialah orang yang bertanggungjawab membawa Ana Raffali ke kancah mainstream. Tidak lain tidak bukan Aidit Alfian orangnya. Suatu ketika, Keliru karya Aidit juga pernah menimbulkan kontroversi ketika muncul juara AJL17. Salah seorang juri, Habsah Hassan sendiri mendedahkan beliau tak memilih Keliru selaku juara. Kali ini, juri sebulat suara rasanya. Tiada pertikaian. Penonton yang membuat penilaian berbeza. Hanya jauhari yang mengenal manikam~
Cuba bayangkan kalau Faizal Tahir menang, pasti ada cakap belakang mengatakan Faizal menang atas tiket "anak emas" Media Prima. Kalau Black menang pula pasti dituduh selaku Juara Mentor yang dilahirkan TV3. Alih-alih, nama Hafiz, Juara AF7 yang menang Anugerah Vokal Terbaik. Ana Raffali, pejuang muzik indie pula juara keseluruhan sebagai indikasi bahawa AJL berada di landasan tepat menuju transisi yang lebih dinamik.
Ayuh, kita imbas semula AJL-25 yang berlangsung malam tadi. Pembukaanya dengan mengimbas Juara Lagu pertama, Sekadar di Pinggiran dendangan Fran, seterusnya lagu-lagu yang mewakili setiap kategori, Pop Rock (Tanya Sama Itu Hud Hud), Balada (Pada Syurga Di Wajahmu) dan Irama Malaysia (Ghazal Untuk Rabiah) yang telah dijulang selaku juara buat kali pertama kategori masing-masing.
Imbasan memori itu seakan-akan membuka mood penonton yang mula meletakkan harapan supaya penganjuran ke-25 ini bersifat lebih matang seiring dengan angkanya setaraf jubli perak. Seterusnya peserta mula bergilir melakukan persembahan sebagaimana urutan berikut:
1. Cinta Sempurna - Yuna (Ciptaan Yuna sepenuhnya)
Sayang sekali, lagu ini sebagai pembuka. Kalau tak pasti jadi pencabar utama. Vokal Yuna ampuh diiringi piano(keyborad) yang 'lebih besar'.
2. Berlari - Tomok (Ciptaan Tomok & Shazee Ishak/ Tomok),
Lebih matang. Tomok berjaya menyerlahkan sisi kematangan di dalam persembahannya. Masih ingat tahun lepas? Ala-ala video klip 80-an atau 90-an. Nah, kali ini Tomok bukan sekadar Berlari malah Menari! Transformasi berjaya.
3. Pelita (A.P.I/ Loque),
Angkatan Pemuda Indie (API), gabungan beberapa kumpulan indie. Vokal Lan dan Noh di tahap optimum. Cuma tiada faktor-X!
4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir (Ciptaan Edry Abdul Halim),
Jika tahun lepas, persembahan Tomok ala-ala 80-an, 90-an. Kali ini milik Shahir apabila persembahan dimulakan dengan puisi. Dan tirai ala-ala Zaiton Sameon. Berbaloikah penampar Nasha Aziz??
5. Drama King - Meet Uncle Hussain & Black (Ciptaan Taja/ Tun Teja),
Nasib baik rendisi kali ini lebih mantap berbanding Separuh Akhir. Imitasi berlaku. Dejavu dirasakan apabila topeng badut trademark MUH digayakan.
6. Noktah Cinta -Hafiz (Ciptaan Ajai/ Sheikh Qalam),
Vokalnya jelas, lunak. Bulat sebutannya. Sebenarnya aku sudah beberapa kali mendengar Hafiz menyanyikan lagu ini secara langsung. Graf naik mendadak apabila ada elemen kejutan atau gimik kena tembak dilakonkan.
7. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali (Ciptaan Ana Raffali sepenuhnya).
Lagu ini kuat dari sudut liriknya yang ada penceritaan. Bak kata pengacara, lagu ini lagu cinta yang mahu mengingatkan pasangan yang sedang hangat bercinta. Bukan sebab terlalu asyik bercinta, atau kecewa sebab pasangan curang lalu berpisah. Dimulakan dengan gesekan celo oleh Raja Nazrin. Muzik ala-ala Jewel ada, ala-ala Taylor Swift atau Miley Cyrus, ditambah dengan lakonan dramatik Zahiril Adzim yang turut berlakon video klip lagu ini, sudah pasti lagu ini ada kelas tersendiri.
8. Selamat Malam - Faizal Tahir (Ciptaan Audi Mok/ Faizal Tahir),
Macam filem Cinta. Ada 5 kisah dalam satu filem. Kali ini ada 3 kisah dalam satu lagu. Ternyata FT pukul habis peserta lain bila tiba bab persembahan atau on stage! All out habis. Jika ini pertandingan mencari penyanyi atau penghibur terbaik, beliaulah orang yang paling layak.
9. Ku Ada Kamu - Adira (Ciptaan Edry Abdul Halim),
Kalaulah Adira menyanyi atas buaian sampai habis?? Pasti akan diingati. Macam Ning pakai kain batik sewaktu mengalunkan Awan Yang Terpilu dulu~
10. Extravaganza - Bunkface (Ciptaan Sam Bunkface/ Bunkface),
Sorry to say, tukar TV 1. Tengok drama Trilogi Cinta. Lagi best. Macam mana boleh masuk akhir, patutnya Mirwana,Fiq!
11. Sofea Jane - Black (Ciptaan Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril),
Nasib baik sempat tengok. Mungkin lagu ni persis lagu Indonesia. Ingatkan ada kejutan atau sesuatu di luar jangka.
12. Hanyut - Faizal Tahir (Ciptaan Audi Mok/ Faizal Tahir),
Wow! "Speeches" Jatuh dalam air. Lemas! Hanyut kah?? Haha
13. Jahat - Stacy (Ciptaan Edry Abdul Halim)
Sudah dapat dijangka. Apa lagi mampu dilakukannya selain menari sambil menyanyi. Eh, menyanyi sambil menari. Sama saja!
14. Mencari Konklusi - Hujan (Ciptaan Noh Hujan).
Kalaulah lagu Kau Harus Ada yang masuk...Mahukan Selamat Malam sebagai penutup!
Penutup 3 diva sementara menunggu keputusan dianggap "mengisi kekosongan". Apa makna kejuaraan, belajar daripada mereka. Kak Pah serba merah, tahu sedikit makna bertudung. Berbanding Siti, yang hanya ada skaf menutup helaian rambut. Namun, tak dinafikan vokalnya masih mantap biarpun kini persis Saerah.
Akak Ziana kita? Class kau Maria eh Ziana. Cuma dengar khabar, Ziana nombor 2 telah berjaya curi limelight. Overshadow semua yang beraksi kot? Ternyata ramalan aku agak tepat. 4/5 betul. sepertimana ramalan aku di entri sudah.(klik sini). Perlu diingatkan, sebelum AJL25 bermula, kesemua 14 lagu telah dinilai oleh juri samada dari sudut komposisi lagu, susunan muzik, dan juga lirik. Persembahan di malam kemuncak hanya memberi markah selebihnya.
Kalau diikutkan, ketika AIM 17 bagi kategori Lagu Rock Terbaik, calon-calonnya ialah Drama King, Mencari Konklusi, Bencinta, Kelibat Si Penyair dan Situasi. Pemenangnya? Bunkface, Situasi! Lagu Terbaik milik Dan Sebenarnya ya. Walaupun album Faizal Tahir, Adrenalin menang album Terbaik, tetapi lagu Hanyut dan Selamat Malam tak tercalon langsung bagi kategori lagu terbaik. Tak percaya? Klik sini.
Justifikasinya, panel juri AIM dan AJL berbeza sama sekali. Maka, tak mustahil lagu Tolong Ingatkan Aku boleh dicalonkan sekali lagi bagi kategori Lagu Terbaik AIM 18. Dan pencabar terkuatnya sudah tentu lagu berhantu Aizat, Sungai Lui. Tunggu saja AIM yang bakal berlangsung Oktober atau November 2011 nanti.
Trivia:
- Jika tahun lepas, trend bawa segerombolan penari begitu ketara ketika AJL24. Namun kali ini trend berubah 360 darjah. AJL25 lebih banyak membawa elemen dramatik, dan ala-ala teater muzikal. Siap dengan props segala.
- Dimulakan dengan A.P.I, dengan imej celoreng pasca peperangan. Seterusnya, Shahir yang kena penampar Nasha Aziz. Hafiz pula adegan kena tembak. Ana Raffali membawakan Zahiril Adzim menjayakan teater muzikalnya. MUH dengan topeng "badut" keramat mereka. Adira dengan buaiannya. Dan paling mencuri tumpuan sudah tentu pemenang Persembahan Terbaik, Faizal Tahir.
- Ana Raffali menggunakan props penjara atau sangkar. Begitu juga Faizal bagi lagu Hanyut.
- Ketika Noorkhiriah tampil ketika persembahan Faizal (Selamat Malam), filem Papadom lakonan beliau ditayangkan di Astro
- Khabarnya Vanida Imran turut terlibat di dalam salah satu persembahan AJL25 tetapi langsung tak terperasan kelibatnya
- Hafiz melakonkan semula babak "Video Klip" Noktah Cinta. Begitu juga Ana Raffali menampilkan Zahiril Adzim sekali lagi selaku heronya.
- Adegan tukar-tukar baju melibatkan Ana Raffali (persalinan putih ke merah) dan juga Hafiz (adegan buang kain tukar persalinan putih)
- Modal utama 3 pengacara, FBI, Cheryl, dan Ally ialah sindir-menyindir dan broken English. Buat masa ni masih relevan, tetapi untuk jangka masa panjang? Fikirkan!
- Music Mapping menjadi tema yang dipilih dalam meneruskan kelangsungan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 kali ini, bertujuan menterjemahkan transisi dan perjalanan muzik di negara kita sejak dulu hingga sekarang.
- Barisan juri profesional untuk AJL25 daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, M Nasir sebagai Ketua Juri; Habsah Hassan; Hasridz Murshim Hashim (Acis); Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer); Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search); Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) dan Andy Flop Poppy.
- Ada orang pertikai penglibatan M.Nasir sebab bekas Juara. (hello, tahun lepas pun Siti jadi juri). Dan juga Andy Flop Poppy sebab terlibat dalam pembikinan album Ana Raffali. (habis tu ada 6 orang lagi juri, takkan semua ada kepentingan memenangkan Ana Raffali)
- Terimalah hakikat rezeki berpihak kepada Ana Raffali yang memenangi RM 35 ribu :)
- Apa-apapun, pentas memang vogue de vass!
Juri mula bertelagah.. Azmeer pulak tak puas hati.
ReplyDeletehttp://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2011%2F1%2F11%2Fmstar_hiburan%2F20110110163641&sec=mstar_hiburan