Itu dia. Lagu-lagu yang mewarnai carta-carta lagu popular di stesen radio. Dan mungkin juga lagu-lagu yang mendominasi carta-carta di TV (Muzik-muzik contohnya). Harap nampak lah ya, sebab gambar yang ditangkap dengan henfon, 2 megapiksel saja :P
Kali ni, nak buka topik berkisar lagu popular! Apa yang menyebabkan sesebuah lagu itu popular? Adakah kerana kerap diputar dan diulang siar di radio, maka lagu yang ala-ala je pun boleh menjadi siulan. Contoh? Ada beberapa lagu Indonesia yang klise, muzik kampung, era 90-an pun masih diputarkan di radio yang tagline nya muzik terkini, lebih hangat, hits terbaik dan sebagainya dengan alasan itu "permintaan" pendengar (atau penerbit@penyampai yang syok sendiri).
Maka, lagu-lagu yang berkualiti, standard menang AIM, atau paling koman AJL, agaknya. sukar kedengaran dimainkan di corong radio dengan alasan "tiada permintaan". Lagu yang ada jiwa, lirik terlalu mendalam sama nasibnya denan drama-drama atau filem yang "berat". Contohnya berapa kerat yang tonton filem Muallaf, maka banyak itulah orang yang dengar lagu Noryn Aziz atau Shohaimi Meor Hassan (lagu Kalau Berpacaran terkecuali :) contohnya.
Berkenaan dengan carta pula, jika anda masih ingat ketika awal tahun 2000, radio swasta mula berkembang dalam industri penyiaran, lagu-lagu Indonesia telah mendominasi carta-carta lagu di radio. Sheila On 7, Kris Dayanti, Melly Goeslow, Peterpan, Samsons, Letto, Radja, Irwansyah, Acha Septriasa, Agnes Monica, Dewa, Bunga Citra Lestari dan ramai lagi pernah mendominasi carta.
Namun, sekarang telah berubah. Fenomena itu telah berlalu. Mungkin nisbah 7 lagu tempatan kepada 3 lagu dari seberang amat relevan waktu ini. Buktinya seperti gambar di atas. Juaranya bukan lagi lagu gubahan komposer dari sana. Kini, setelah kebanjiran band-band indie, muzik tempatan sudah mula mendapat tempat.
Soalannya.. sampai bilakah fenomena ini akan bertahan dan berterusan???
No comments:
Post a Comment