Mungkin kedengaran agak klise di situ. Dejavu juga harus~
Aku SENGAJA menyembunyikan status dan tarikh sebenar hari kelahiranku di FB. Mungkin sudah biasa 'dihujani' dengan ucapan yang lebat di paparan dinding FB oleh sahabat-handai yang berjumlah 1984 orang setakat ini. Wall juga SENGAJA diactivate. Supaya tiada hiasan sebegini :)
SENGAJA! Itulah sebabnya. Atau mungkin faktor usia! Dalam usia 27 tahun, bakal bergelar bapa, mungkin elemen kejutan sudah tak diperlukan lagi. Cukuplah orang yang rapat, dan tersayang mewarnai hari ini. Tak sangka, isteriku yang tercinta pakar juga bab membuat kejutan.
Aku amat terharu. Biarpun hanya sebiji kek daripada isteri. (bagaimana bentuk an hiasannya, tunggu entri akan datang ya) SMS dan ucapan daripada ahli keluarga (termasuk En Zuhair yang ingat hari kelahiranku). Hari ini cukup indah! Teruja, ghairah dan meriah.
ALHAMDULILLAH...
Hari ini sudah 27 tahun aku dibenarkan hidup di muka bumi Allah ini. Sampai bilakah aku akan terus dibenarkan bernafas, dan diberikan hak untuk manjadi khalifah, semuanya aalah ketentuan-Nya.
27 tahun, usia yang matang, sementelah aku akan bergelar ayah. Moga aku mampu menggalas amanah, mendidik diri, isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Membimbing mereka ke jalan yang diredhai.
Aku mahu jadi Hamba Allah yang bertaqwa, anak yang soleh, suami mithali, bapa yang bertanggungjawab, pekerja yang telus dan dedikasi. Bunyi klise tapi itulah hakikatnya :)
Harapanku, moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah, rezeki lebih murah dan lebih tekun beribadah. Amin~
No comments:
Post a Comment