Hebahan

Friday, February 25, 2011

2 tahun


Ya! 2 tahun. Bukan umur sesiapa, tetapi usia blog "misi si tukang tulis" ini. 2 tahun aku bertukang dalam menulis. Kemahiran penulisan~ subjek kegemaranku!


Dengan jumlah pembaca mencecah 25K pengunjung, seperti mana yang tertera di sebelah kanan blog ini, selepas trafik. Tapi sudah ditegaskan sejak awal 'kelahiran' blog ini, angka itu bukan matlamat utama. Misi tetap diteruskan. Misi si tukang tulis, bercerita kisah hitam putih kehidupan. Jatuh bangun. Canda tawa. Suka luka duka. Antara dosa dan pahala, syurga dan neraka, semuanya di tangan kita.


Dari pentas politik, ke arena sukan, lalu terjun ke dunia hiburan, bukan sekadar berangan, malah impian mampu menjadi kenyataan, kerana kita insan yang hidup dengan pedoman, punya akal fikiran, punya kemahuan mahupun kebencian.Yang penting, selagi berupaya, aku mahu terus menulis dan menulis. Tanpa rasa jemu. Sehinggalah DIA yang telah menulis sampai bila aku akan terus menulis. Yang tinggal hanyalah sekeping kertas...

No comments:

Post a Comment