Pasti di kalangan sahabat yang rapat dengan aku telah tahu...betapa "obses"nya aku dengan drama bersiri ini. Semalam episod terakhir telah disiarkan buat kesekian kalinya di 8tv. Walaupun aku dah tahu perjalanan akhir cerita ini, namun aku tetap menjadi penonton setia drama bersiri ini setiap hari Isnin jam 10.30 malam.
Mungkin salah satu sebabnya kerana sarikata Bahasa Melayu yang tertera di kaca TV. Walaupun cerita yang telah dimuat turun mempunyai "subtitle" Bahasa Inggeris...dan aku siap ada kamus di tangan lagi semata-mata nak faham betul-betul jalan cerita ini... kepuasan di tahap maksimum tetap dirasai walaupun diulang tayang berulang-ulang kali. Best drama-series ever~
Kenapa obses sangat ni?? Mungkin kerana penangan Season 1 nya yang membuatkan aku terus jatuh cinta dan melekat di depan PC setiap kali episod baru habis di"download". Di US tayang hari Isnin malam...Paling awal pagi Rabu dah boleh tengok..lengkap dengan subtitle Englishnya.
Sambil menyelam minum air ujarnya... Syok melayan cerita yang penuh dengan aksi saspen dan "thriller", dalam masa yang sama boleh meningkatkan kosa kata Inggeris. Siapa kata aku anti-BI?? Haha. Prison Break... drama wajib budak lelaki di U. Masuk saja kampus... budak lelaki mesti suka download cerita sebegini. Prison Break... Heroes.. Lost.. Smallville.. dan yang sewaktu dengannya.
Ketagih! Addicted! Entah berapa season cerita ini akan melalut. Sebab tu aku kata PB best drama-series ever. 4 musim cinta Michael Scofield-Sara Tancredi meruntun jiwa aku. Just nice. Ngam-ngam lah 4 musim. Tak panjang sangat & tak pendek sangat. Berbanding Smallville yang sudah 8 musim tak kesudahan lagi..
Oklah..tanpa membazirkan perkataan, aku nak ulas drama bersiri ini secara pandangan peribadi. Kalau yang tak pernah tengok drama ini.. aku cadangkan tengoklah dari Season 1. Kerana Season 1, aku merasa seolah-olah seperti suasana politik di Malaysia. Korupsi... Kambing hitam... konspirasi... dan begitu politikus!
Musim pertama, aku mengenali watak Scofield, seorang jurutera struktur yang sanggup merompak bank, jenayah berprofil tinggi... semata-mata mahu masuk ke Penjara Fox River. Kira penjara ini ada penjenayah besar dan berpengaruhlah. Orang yang pernah "hijack" kapal terbang... kepala gangster besar... termasuk abangnya, Lincon yang dituduh membunuh adik kepada Vice President.
Bagi Scofield, Lincon hanyalah kambing hitam. Scofield, selaku jurutera struktur telah mengkaji struktur dan selok-belok penjara Fox River, demi membawa keluar abangnya yang akan menjalani hukuman mati di kerusi elektrik sampai mati.
Dalam masa yang sama, bekas kekasih Lincon, Veronica merupakan peguam bela kepada Lincon. Semakin lama, dia menyiasat dan semakin mendapat bukti bahawa Lincon tidak bersalah di mana Terrence Stedtman adik VP yang dibunuh masih hidup! Lebih-lebih lagi isteri Lincon telah dibunuh, manakala anaknya LJ yang terlibat dengan dadah(kerana protes) menjadi buruan seterusnya. LJ melarikan diri daripada dibunuh oleh ejen FBI iaitu Danny dan Kellerman.
Di Fox River,Scofield, bertemu sahabat sejatinya, yang boleh dipercayai yang tinggal satu sel bersamanya, Fernando Sucre. Di sana juga, Scofield bertemu dengan pelbagai jenis manusia lagi dan akhirnya terpaksa bersekongkol dengan orang-orang seperti T-Bag, Abruzzi, Benjamin dan Haywire semata-mata menjaga rahsia dan memastikan rancangan untuk melarikan diri dari penjara berjaya.
Seorang lagi pemeran penting sudah tentu anak Gabenor Tancredi, Sara yang menjadi doktor di situ. Scofield yang telah memetakan plan penjara di tubuhnya melalui tattoo mendakwa dirinya mempunyai penyakit diabetis dan memerlukan suntikan insulin. Hakikatnya, bilik rawatan itu merupakan medan mereka melepaskan diri dari penjara.
Lebih-lebih lagi, warden penjara yang sangat menjengkelkan iaitu Bellick yang sememangnya bodoh-bodoh alang. Haha. Scofield bernasib baik kerana mendapat kepercayaan Ketua Penyelaras Penjara, Pope yang menganggap Scofield seperti anaknya sendiri.
Yang sedihnya, Scofield terpaksa "mengkhianati bapa"nya dan akhirnya 9 orang terlepas dari penjara. Dan Season 1 berakhir di mana kapal terbang yang disediakan oleh orang Abruzi, gengster mafia, telah terlepas. Dan mereka semua terpaksa menjadi pelarian.
Season 2 pula banyak bercerita mengenai 'teknikal' cerita ini. Kisah tattoo yang ada di segenap tubuh Scofield, duit yang di"hijack" DB Cooper, dan paling menarik sekali "bahasa UNIK" antara Sara dan Scofield. Sara ditahan polis untuk siasatan kerana sengaja tidak mengunci bilik doktor kerana Sara yakin Scofield tdak bersalah.
Ayahnya, Gabenor Tancredi akhirnya dibunuh, dan Sara juga diburu dan menjadi pelarian. Kesemua 9 orang banduan Fox River menjadi "The most WANTED man in America" dan diburu oleh polis dan ejen FBI. Bellick warden yang dipecat jawatannya turut ingin membalas dendam. Akhirnya seorang demi seorang banduan mati dibunuh oleh Ejen FBI bernama Alex Mahone yang segenius Scofield.
Setiap plan, dan rancangan Scofeld samada melalui Tattoo atau Bahasa Uniknya bersama Sara dapat dihidu klu dan jawapannya. Scofield melarikan diri ke Panama bersama Sara, manakala abangnya Lincon berjaya menemui anaknya LJ yang sekian lama menjadi pelarian turut ke Panama. Vice presiden USA yang baru akhirnya berjaya dijejaki, dan adiknya yang "dibunuh" berjaya dijumpai oleh Veronica.
Tetapi sayangnya, awal-awal episod Season 2 lagi watak Veronica dimatikan. Dan aku merasakn kemuncak cerita ini apabila Terrence Stedtman yang "dibunuh" Lincon akhirnya mati. Dan plot cerita mula berubah. Di sini twisternya. Cerita mula berkisah kepada Ejen FBI dan "company" yang mendalangi setiap kejadian yang dirancang dengan teliti.
Berbalik kepada cerita Musim kedua, akhirnya, Bellick yang turut mengejar mereka ditangkap polis Panama. Begitu juga seorang lagi banduan yang menjengkelkan iaitu T-Bag,yang sangat psiko. Sara telah menembak mati Ejen FBI, bernama Kim. Tetapi Scofield pula mengaku membunuh Kim bagi memastikan Sara tidak dipenjarakan.
Scofield dimasukkan ke Sona, sebuah penjara dahsyat di Panama. Dan di situ, Alex yang menghadapi masalah ketagihan dadah juga dimasukkan ke Sona. Kellerman yang memburu nyawa Sara, akhirnya mengaku bersalah dan terlibat dengan konspirasi pembunuhan adik Vice President USA, dan Lincon bebas akhirnya,maka Season 2 berakhir.
Season 3 bermula. Mengenai kisah penjara bernama Sona di Panama, penjara paling ngeri katanya.. kerana tiada guard yang mengawal suasana di dalam. Hanya di luar pagar. Orang kata Musim ni tak ada pun takpe. Kan?? Saja nak panjangkan cerita.. Saja nak buat giliran Lincon pula menyelamatkan Scofield. Aku setuju. Agak buang masa juga Musim 3 ini. Episod yang paling pendek 13 episod saja. Dengar-dengar drama bersiri lain seperti Heroes juga lebih kurang 11,12,13 episod juga. Sebabnya penulis skrip di US memboikot sebab apa entah. Wah, hebat juga "politik" orang seni di sana.
Satu lagi aku kureng dengan Season 3 sebab watak Sara "dimatikan". Walhal, Sara tu mengandung dan melahirkan anak di dunia realitinya. Tapi minat punya hal...layanlah juga. Sebab ada watak baru. Lechero yang konon berkuasa macam Bellick di Fox River dulu. Dan watak misteri... James Whistler.. yang bijak setanding Scofield dan Mahone. Sayang sekali, watak Whistler tak dikembangkan. Dan buat semak saja watak Sophia, kekasih Whistler di luar penjara Sona. Alaa.. dah agak dah dia akan jadi heroin Lincon.
Satu lagi watak yang menjengkelkan ialah Susan B aka Gretchen. Sangat memualkan. Cuma yang menarik pasal musim 3 ni dia ada banyak plan macam mana nak lari dari Sona. Guna helikopterlah. Bangunan menaralah.. Dan sisi kebijakan Lincon juga menyerlah di sini. Paling mendebarkan ketika Lincon bawa bas nak matikan elektrik satu penjara Panama.
Dan sudah tentu...kesetiaan Sucre selaku sahabat sejati Scofield terserlah. Sanggup berkorban apa saja, sehingga hampir meragut nyawanya. Nah..akhirnya berjaya juga mereka berempat keluar dari Sona. Dan musim 3 berakhir di mana Scofield tertanya-tanya adakah Sara sudah mati. Dan Scofield nak balas dendam.
Inilah cerita... namanya. Yang dah mati... yang dah kena sembelih kepala..rupa-rupanya kepala orang lain. Sara kembali ke musim terakhir musim keempat. Dan aku suka... Akhirnya..mereka berdua bersatu akhirnya. Dan musim keempat ini lebih menekankan kisah "company" yang selama ini menghantui keluarga mereka. Macam cerita Ocean 11, 12, 13 pun ada.
Ya! Keluarga mereka. Ayah mereka...dan tiba-tiba muncul...emak mereka, Christina Rose yang sekian lama menghilangkan diri muncul ke dalam hidup mereka. Musim keempat bermula di mana kesmua watak utama ditangkap dan akan dimasukkan ke penjara. Tetapi, mereka telah "dilarikan" oleh seorang lagi Ejen FBI, Ejen Self yang bertekad mahu menjatuhkan "the company" yang dikepalai kepala botak, General Krantz, yang memiliki perempuan simpanan, Gretchen.
Manakala kisah di Sona, Bellick, T-Bag dan Sucre yang terpenjara di sana tiba-tiba bebas pulak. Ini yang kelakar sebenarnya. Haha. Banduan bakar penjara. Kalau macam ni Musim ketiga tu buang masa je kan?? Sudahlah watak James Whistler awal-awal lagi dah kena tembak dengan Wyatt. Wyatt menjayakan watak seorang lagi ejen FBI dengan berkesan sekali. Sayangnya watak itu tak kekal lama. Aku paling tak puas hati watak LJ ada episod 1 je.
Jadi mengikut turutan,season paling best sudah tentu Season 1 diikuti 4, 2 dan 3.
Kesimpulannya...mengenai watak-watak terbabit. Berikut watak-watak yang membuatkan aku melekat di depan PC setiap kali habis download episod baru. Pertama, sudah tentu aku mahu bijak seperti Scofield. Tapi aku tak nak hidup seperti dia. Ada ibu yang tak layak dipanggil ibu. Walaupun Scofield berkorban untuk orang yang tersayang, banyak lagi benda yang terpaksa dikorbankan. Gara-gara menjadi pelarian.. Scofield terpaksa mencuri... memeras ugut d.s.b. Tak best.
Lincon pula walaupun jiwanya keras..hatinya kering... tetapi dia tetap mahu mempertahankan anaknya, LJ yang pada mulanya memprotes dek keliru dengan imej ayahnya. Begitu persepsi sekali. Lincon yang bertuah ada adik seperti Scofield hatta sikap mereka berdua bagai langit & bumi. Sewaktu Season 1... Lincon nampak pasrah.. tetapi setelah berjaya keluar penjara... warna sebenar keganasannya memang dahsyat.
Fernando Sucre dan Alex Mahone... orang yang paling Scofield harapkan. Sucre memang teman sejati sejak awal lagi. Manakala watak Mahone sangat dinamik. Bermula sebagai musuh, tetapi akhirnya kedua-dua otak mereka yang genius itu berjaya menghasilkan sesuatu yang sangat impak. Tatkala Scofield buntu...Mahone ada jalan keluarnya. Macam Goku dan Bezita sangat kan?
Sara Tancredi...pada awalnya sangsi akan Scofield yang berada di pihak yang benar. Namun setelah insiden Sara membiarkan pintu itu tidak berkunci, segala peristiwa yang berlaku selanjutnya membuktikan apa yang dibuat oleh Sara itu benar-benar berbaloi~
Dan akhir sekali...Brad Bellick! Haha. Pada mulanya aku memandang enteng watak ini. Begitu meluat dan menyampah. Namun aku mula memandang watak ini ketika di Sona iaitu Musim Ke-3. Kesian.. Geram.. Menyampah.. macam-macam ada. Karaktornya yang seperti lalang kerana itulah pendiriannya. Tetapi pengorbanannya berbaloi ketika Season 4. Aku rasa sebak juga watak dia mati...walaupun...dia bukan hero yang layak diangkat.
Demikian serba sedikit mengenai cerita Pecah Penjara. Takkan habis kalau nak cerita dan hurai satu per satu. Yang pasti..aku tetap enjoy menonton kembali cerita ini non-stop.. dari Musim pertama hingga ke episod akhir The Final Break!

mesti byk collection ni kan.. :)
ReplyDelete