Hebahan

Saturday, January 22, 2011

BOX OFFICE



Box-Office? Apakah? Oh.. istilah yang digunakan bagi kutipan yang 'pecah panggung'. Apa makna pecah panggung pula? Kiranya orang ramai kasi panggung pecahlah macam tu. Berasak-asak, bergasak dan menapak menonton wayang. Boleh? Penerbit senyum sampai telinga, untung berjuta-juta. Pengarah dipuji melangit sebab mampu hasilkan filem yang kena dengan citarasa penonton. Pelakon pula akan jadi rebutan bagi filem-filem yang akan datang, tak kira sequel atau filem berlainan.


Soalannya?? Adakah filem yang popular, sebab mencapai tahap box-office itu filem yang terbaik? Terbaik dari segi penyampaian mesej, nilai seni dan estetika, mahupun sinematografi yang indah nian atau sekadar "terbaik dari ladang", umpama jaguh kampung yangs sekadar gah di tempat sendiri. Ayuh kita lihat, sepanjang 2010, filem-filem yang telah ditayangkan bersama jumlah kutipannya.



1.     Adnan Sempit
    KOMEDI / DRAMA     1.50 juta     14.01.2010     7.66 juta /61 pawagam

2.     2 Hati 1 Jiwa
    DRAMA     0.98 juta     28.01.2010     0.40 juta /44 pawagam

3.     Lu Pikirlah Sendiri The Movie
    KOMEDI     1.73 juta     11.02.2010     2.15 juta/49 pawagam

4.     Niyang Rapik
    SERAM     1.64 juta     25.02.2010     3.72 juta/60 pawagam

5.     V3: Samseng Jalanan
    AKSI     1.72 juta     11.03.2010     3.88 juta/ 62 pawagam

6.     KL Drift 2
    AKSI     1.92 juta     25.03.2010     5.67 juta/ 65 pawagam

7.     Semerah Cinta Stilleto
    AKSI     1.50 juta     08.04.2010     2.13 juta/53 pawagam

8.     Hooperz
    KOMEDI     1.27 juta     22.04.2010     0.29 juta/42 pawagam

9.     Belukar
    AKSI / DRAMA / CINTA     2.10 juta     06.05.2010     0.30 juta /40 pawagam

10.     Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami
    KOMEDI / CINTA     0.98 juta     20.05.2010     0.56 juta/48 pawagam

11.     Lagenda Budak Setan
    DRAMA / CINTA     1.36 juta     03.06.2010     4.28 juta /51 pawagam

12.     Kecoh Betul
    AKSI / KOMEDI     1.85 juta     03.06.2010     2.03 juta/ 53 pawagam

13.     Kapoww!!
    AKSI / KOMEDI     1.98 juta     17.06.2010     0.27 juta /42 pawagam

14.     Zoo
    AKSI / KOMEDI         01.07.2010     2.17 juta/60 pawagam

15.     Mantra
    SERAM     1.82 juta     15.07.2010     2.74 juta/61 pawagam

16.     Senario Asam Garam
    KOMEDI / CINTA     1.70 juta     09.09.2010     2.47 juta/60 pawagam

17.     4 Madu
    KOMEDI / CINTA         09.09.2010     1.82 juta/ 64 pawagam

18.     Magika
    MUZIKAL / FANTASI     2.40 juta     23.092010     3.14 juta/60 pawagam

19.     Jangan Pandang Belakang Congkak 2
    KOMEDI / SERAM     1.80 juta     07.10.2010     4.23 juta/56 pawagam

20.     Cuti-Cuti Cinta
    AKSI / DRAMA / CINTA     1.20 juta     21.10.2010     3.17 juta/57 pawagam

21.     Estet
    AKSI / KOMEDI     1.97 juta     04.11.2010     0.35 juta/47 pawagam

22.     Crayon
    DRAMA     1.31 juta     11.11.2010     0.053 juta /25 pawagam

23.     2 Alam
    DRAMA     1.51 juta     18.11.2010     0.44 juta/83 pawagam

24.     Ngangkung
    KOMEDI / SERAM     1.82 juta     25.11.2010     8.18 juta */ 59 pawagam

25.     Aku Tak Bodoh
    KOMEDI / KELUARGA     1.62 juta     02.12.2010     0.74 juta /58 pawagam

26.     Hantu Kak Limah Balik Rumah
    KOMEDI / SERAM / MISTERI     1.42 juta     09.12.2010     7.74 juta */39 pawagam

27.     Aku Masih Dara
    CINTA     1.50 juta     09.12.2010     2.05 juta /56 pawagam

28.     Janin
    SERAM     1.54 juta     23.12.2010     1.42 juta /52 pawagam

29.     Damping Malam
        1.82 juta     30.12.2010     1.65 juta */62 pawagam

*Kutipan terkini sehingga 19 Januari 2011
Dikemaskini Pada 19/01/11 11:05 AM (Sumber: FINAS)

Jadi, kalau disenaraikan 5 filem paling laris berdasarkan kutipan :

Ngangkung - 8.18 juta 0.14 juta/pawagam
Hantu Kak Limah Balik Rumah - 7.74 juta 0.2 juta/pawagam
Adnan Sempit - 7.66 juta 0.13juta/pawagam
Evolusi KL Drift 2 -  5.67 juta 0.09 juta/pawagam
Lagenda Budak Setan - 4.28 juta 0.08 juta/pawagam

Dan, kalau disenaraikan 5 filem paling laris berdasarkan kutipan/pawagam:

Hantu Kak Limah Balik Rumah - 0.2 juta/pawagam
Ngangkung - 0.14 juta/pawagam
Adnan Sempit - 0.13juta/pawagam
Evolusi KL Drift 2 -  0.09 juta/pawagam
Lagenda Budak Setan - 0.08 juta/pawagam

Kalau disenaraikan pula 5 filem tidak untung berdasarkan kutipan :

Crayon
Hooperz
Kapoow!
Belukar
Estet

Jika disenaraikan filem yang laris dan menang anugerah (FFM/ASK) - sebab selalunya Filem Terbaik tak boleh jual :

Magika
Papadom
KL Menjerit
Cinta
Pontianak Harum Sundal Malam 2
Evolusi KL Drift 2
Soal Hati

Contoh filem kurang mendapat sambutan tapi menyerlah di anugerah (FFM/ASK) :

Paloh
Muallaf
Wayang 
Jogho
Kala Malam Bulan Mengambang
Sayang Salmah
Belukar


* Filem Crayon, Ngangkung, Aku Tak Bodoh, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Aku Masih Dara ?, Damping Malam, Janin bertanding FFM akan datang. Estet tak masuk ASK lagi. Dan ini pula 20 filem paling laku dalam sejarah industri perfileman tanahair :

1. Ngangkung/ MIG PRODUCTION SDN.BHD. - 8.12j (2010)
2. Adnan Sempit/ MIG PRODUCTION SDN.BHD.- 7.66j (2010)
3. Hantu Kak Limah Balik Rumah/ TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD.- 6.89j (2010)
4. Lagi-lagi Senario/ GRAND BRILLIANCE SDN.BHD - 6.33j (2001)
5. Geng : Pengembaraan Bermula/ LES' COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD. - 6.20j (2009)
6. Sembilu 2/ SKOP PRODUCTION SDN. BHD.- 6.10j (1995)
7. Jangan Pandang Belakang Congkak/ MIG PRODUCTION SDN.BHD. - 6.09j (2009)
8. Jangan Pandang Belakang/MIG PRODUCTION SDN.BHD. - 5.78j (2007)
9. KL Drift 2/SKOP PRODUCTION SDN. BHD.  -  5.67j (2010)
10.Cicakman/KRU COMMUNICATION SDN.BHD.  - 5.15j (2006)
11.Maria Mariana/SKOP PRODUCTION SDN. BHD. - 4.72j (1996)
12.Duyung/KRU COMMUNICATION SDN.BHD. - 4.67j (2008)
13.Senario The Movie/GRAND BRILLIANCE SDN.BHD - 4.58j (1999)
14.Gerak Khas The Movie/SKOP PRODUCTION SDN. BHD. - 4.40j (2001)
15.Sembilu/SKOP PRODUCTION SDN. BHD.- 4.39j (1994)
16.Senario Lagi/GRAND BRILLIANCE SDN.BHD  -   4.37j  (2000)
17.Lagenda Budak Setan/ASTRO SHAW SDN. BHD. -  4.28j (2010)
18.Senario The Movie : Episod 1/MIG PRODUCTION SDN.BHD. -  4.26j (2008)
19.Jangan Pandang Belakang Congkak 2/MIG PRODUCTION SDN BHD  - 4.23j (2010)
20.Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam/SKOP PRODUCTION SDN. BHD. - 4.14j (2009)

Dapat disimpulkan bahawa genre komedi (4 tempat teratas), seram, dan aksi merupakan genre filem yang boleh 'buat duit'. Dan harus diingatkan harga tiket wayang ketika tahun 90-an kira-kira RM 5 atau lebih murah. Jadi bayangkan volume penonton yang berkunjng. Emm, nasib baik filem Razak Mohaideen tak tersenarai di situ. Eh, ada jugalah.. Duyung :P

Ada 3 filem Shaheizy Sam (Adnan Sempit,Ngangkung & Jangan Pandang Belakang Congkak), 4 filem Awie (Sembilu, Sembilu 2, Hantu Kak Limah Balik Rumah & Duyung) dan 5 filem lakonan Apek (Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-lagi Senario, Duyung, Cicakman) paling banyak tersenarai di atas. Heroin pula milik Intan Ladyana? (2 filem, Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit), Erra Fazira (Gerak Khas The Movie, Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana) Penerbit, MIG dan Skop Production merupakan gergasi perfileman kaut paling banyak keuntungan.

Dan ini pula filem-filem yang bakal muncul pada suku pertama tahun 2011:

1.     Khurafat - 13.01.2011        
2.     HAQ - 27.01.2011        
3.     Sini Ada Hantu - 10.02.2011        
4.     Kembar Siang - 1.64 juta     24.02.2011        
5.     Hikayat Merong Mahawangsa - 10.03.2011        
6.     Ratu The Movie - 17.03.2011        
7.     Cun - 31.03.2011        
8.     Di Larang Masuk - 1.10 juta     07.04.2011        
9.     Senjakala - 14.04.2011        
10.    ... Dalam Botol - 24.03.2011

No comments:

Post a Comment