Hebahan

Tuesday, February 1, 2011

CDC Januari 2011

Jendela 2011 dibuka dengan pelbagai isu, kontroversi dan penuh spekulasi. Semoga ekspresi, persepsi dan reaksi yang senada mahupun berbeza bunyinya membolehkan kita menjadi insan yang lebih matang, cekal, dan bijak d masa hadapan. Ini dia, berita yang menghangatkan Januari ini. Terimalah Carta Darjah Celcius (CDC) Januari 2011 secara rasminya. 

1. INTERLOK


Novel Interlok, karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang kini berusia 91 tahun. Semuanya gara-gara ada perkataan "pariah" yang dikatakan menghina kaum India dan beberapa perkataan sensitif lagi. Dan secara tidak langsung novel ini didakwa menghina orang Melayu juga. Ada usul supaya novel ini ditarik daripada menjadi buku teks Komponen Sastera Subjek Bahasa Melayu Tingkatan 5.


Setelah beberapa rundingan "meja bulat", kata putusnya Kementerian Pelajaran Malaysia mengekalkan novel tersebut cuma perlukan pindaan. Pindaan?? Macam mana tu?

Tukang Tulis : Tak pernah baca novel Interlok, tetapi secara rasionalnya, sebagai individu berusia 27 tahun, rasanya tiada masalah untuk memahami. Cuba bayangkan adik-adik di usia 17 tahun membacanya, mungkin boleh jadi bahan ejekan sesama mereka. Perkataan "P" itu menjadi modal besar, mungkin~ 

2. Protes Rakyat di Negara Timur Tengah

Presiden Tunisia, Zine Al Abidin Ben Ali digulingkan rakyat! Beliau dilaporkan meninggalkan negara itu dengan membawa 1,5 ton emas bernilai lebih dari 45 juta euro. Dalam beberapa minggu terakhir, telah terjadi protes jalanan besar-besaran di Tunisia terhadap apa yang telah digambarkan sebagai pencurian kekayaan Tunisia dan kurangnya kesempatan kerja bagi warga masyarakat.

Banyak anggota keluarga Ben Ali telah meninggalkan negara Afrika itu kerana takut akan keselamatan peribadi mereka. Pemerintahan Ben Ali selama 23-tahun telah berakhir setelah berminggu-minggu protes jalanan terjadi di seluruh negara Afrika Utara tersebut.


Leila Trabelsi, isteri presiden dikatakan telah pergi ke Bank of Tunisia untuk mengambil emas batangan. Namun Direktor bank menolak, isteri Ben Ali kemudian memanggil suaminya, tapi Direktor bank juga awalnya menolak, namun akhirnya bersetuju, menurut sumber.


Mesir - rusuhan dan tunuk perasaan secara besar-besaran berlaku kerana menggesa Presiden Hosni Mubarak berundur. Protes juga di sebabkan tekanan kehidupan di Mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yang sangat rendah, berbeza dengan golongan kaya yang makin meningkat pendapatan mereka.


Hakikatnya - rakyat marhaen makin tertekan, kemampuan untuk membeli barangan keperluan dan makanan makin mengecil! Bukan saja kadar pengangguran makin naik,  malah harga rumah di sana di paras yang takkan termampu dimiliki oleh orang miskin dan golongan pertengahan

 Dan berita paling mengejutkan bahawa kira-kira 6000 banduan terlepas dari penjara. Antara kes prison break terbesar setakat ini dan agak-agaknya apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk. Itulah yang paling mengejutkan sebab ada beberapa kes jenayah seperti rogol telah berlaku. Runsing gadis Malaysia akan dan telahpun menjadi mangsa. Terpaksa berkurung di dalam rumah. Macam mana nak makan ya?


Rakyat Mesir memprotes kerajaan yang dimulakan dengan "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage). Kerajaan Mesir kemudiannya menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.

Protes ini secara tidak langsung menjejaskan ekonomi, disebabkan Mesir mengawal laluan minyak melalui terusan Suez, harga minyak akan naik di seluruh dunia dan seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia

Tukang Tulis : Sejarah membuktikan suara rakyat suara keramat! Di Malaysia?? Tunggu PRU-13 nanti. Dan sama-sama kita berdoa nasib rakyat Malaysia di Mesir aman tenteram. Status terkini, nasib pelajar Malaysia di sini.

3. Bola Sepak!


Jepun, jagoan Asia setelah menumpaskan pasukan Australia 1-0 di perlawanan akhir Piala Asia 2011 di Qatar.



Kelantan, The Red Warriors merangkul Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah yang pertama setelah menumpaskan juara Liga Super musim lalu, Selangor 2-0 di Shah Alam. Penjaga gol nombor 1 Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dipilih selaku pemain terbaik perlawanan, Man Of The Match.


Katanya Kelantan menang 2-0 sebab ada 2 orang pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul fahmi Che Mat. Jangan lupa, ikuti perkembangan permata baru, Nurul Azwan Roya, K.Soley (nama Islamnya, Solihin) dan juga Nicholas Chan, anak jati Kelantan yang berlatih di Cardiff City


Tukang Tulis : January Transfer hangat juga. Fernando Torres sah ke Chelsea. Andrew Carol ke Liverpool.

4. Anugerah - 3M (Messi, Mourinho, Marta) Terbaik + Olimpian Malaysia



Lionel Messi (gambar) bersama Barcelona mengatasi kegagalannya di Piala Dunia apabila berjaya memikat juri yang memilih penyerang Argentina itu sebagai Pemain Terbaik Dunia 2010.

Messi menang anugerah Fifa Ballon d'Or buat kali kedua berturut-turut mengatasi dua lagi rakan sepasukan dari Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez. Messi, 23, meledak 58 gol tahun lalu membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan La Liga dan mendahului musim ini. Bagaimanapun, dia gagal menjaringkan sebarang gol di Afrika Selatan menyaksikan Argentina tersingkir di suku akhir. Sebaliknya Iniesta dan Xavi menyinar ketika membantu Sepanyol muncul juara.


Jose Mourinho pula menerima anugerah jurulatih terbaik selepas menjulang Inter Milan menjuarai tiga trofi termasuk Liga Juara-Juara.Mourinho menewaskan Vicente del Bosque yang membawa Sepanyol memenangi Piala Dunia dan Pep Guardiola dari Barcelona untuk menerima penghormatan itu. Jurulatih kelahiran Portugal itu membawa Inter menjulang kejuaraan Serie A Coppa Italia dan Liga Juara-Juara.

Penyerang Brazil, Marta pula menerima anugerah Pemain Terbaik Wanita buat tahun kelima berturut-turut menewaskan pemenang tiga kali dari Jerman, Birgit Prinz dan pemain baru dari Kosovo, Lira Bajramaj. Marta terpilih selepas mempamer aksi hebat dalam Liga Profesional Wanita Amerika Syarikat (AS) bersama pasukan juara, Gold Pride. Dia kini ejen bebas selepas kelab Santa Clara di California itu dibubar.

Olimpian Malaysia milik ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dan jaguh karate R. Puvaneswaren masing-masing dipilih sebagai penerima Anugerah Coca-Cola Olimpian Wanita dan Lelaki 2010 daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan anugerah kepada kedua-dua atlet itu yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 ekoran pemilihan tersebut. 


Tukang Tulis : Akhirnya Anugerah Seri Angkasa akan kembali Februari ini

5. Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor.


Ini dia Datuk Mohd Khusrin Munawi, SUK Selangor yang baru. Namanya meledak dan menjadi tumpuan gara-gara pelatikan beliau oleh Sultan Selangor tidak senada dengan MB Selangor. Khusrin juga dikatakan lompat kedudukan daripada JUSA C terus ke JUSA A tanpa melalui JUSA B. JUSA? Akronim kepada Jawatan Utama Sektor Awam. Masa JUSA C, Khusrin jadi Pengarah JAIS. Banyak juga isu hangat seperti isu makanan halal (sijil palsu), isu tiada tauliah bagi penceramah agama, dan operasi tangkap basah malam tahun baru.


Tukang Tulis : Secara peribadi tak nampak sangat isu atau agenda pihak tertentu. Jawatan KSU bukan jawatan politik yang perlu usul undi tak percaya

6. PRK TENANG


Status quo kekal. Milik BN juga walaupun hari tu beria-ia mahukan majoriti melebihi 5000. Sekadar melebihi 3000 undi juga gagal menyapu bersih semua peti undi setelah tewas di kawasan majoriti Cina. Adakah orang Cina lebih bijak memilih??

Tukang tulis : Minyak RON 97 naik lagi buat kesekian kalinya.. oh. yeah~ Hadiah tahun baru sempena kemenangan BN di Tenang. Tenang hati dibuatnya... Tapi memang tak dinafikan, memang tenang melihat wajah Cikgu Mala


7. Jurulatih merajuk dan terkilan...


2 jurulatih kebangsaan merajuk. Pertama, Datuk Misbun Sidek  meletakkan jawatan selaku jurulatih perseorangan negara. Hingga kini, beberapa usaha jalan damai telah dilakukan. Nantikan saja kesudahannya. Adakah Datuk Misbun ekal bersama BAM? Kedua, jurulatih Karate kebangsaan, P.Arivalan pula ditamatkan khidmatnya

Tukang Tulis : Terbuka Korea akhirnya menemukan Lin Dan & Chong Wei. Namun, Chong Wei kalah buat kesekian kalinya. Adakah ini badi? Sementara itu satu lagi permainan raket, yakni tenis, menyaksikan tiada lagi final Nadal-Federer yang tewas di pusingan awal. Djokovic muncul juara mengalahkan Murray di kejohanan Terbuka Australia. Sukan berbasikal, Le Tour De Langkawi di Malaysia juga rancak berlangsung.

8. TRILOGI CINTA



Drama bersiri yang diadaptasi daripada trilogi novel Sharifah Abu Salem, Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, Tiada Lagi Mimpi. Lakonan hebat Rosyam Nor, Fouziah Ghaus, Amyza Adnan, Mak Wan, Aida Rahim, Siti Fazurina dan lain-lain.

Sinopsis? Nantikan, review khas Trilogi Cinta di entri akan datang.

Tukang Tulis : Hebat juga trilogi cinta Jejai-Fasha-Nora. Moga-moga berakhir sudah.

9. Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali juara AJL-25


Tak perlu ulas panjang lebar sebab sudah ada entri khas AJL 25 di entri lepas.

Tukang Tulis : 2 FT kalah malam itu. Faizal Tahir dan Fernando Torres (Liverpool kalah dengan M.U)

10. Ariel "peterporn" dihukum

Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan & dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000). Sebelum ini ada pihak yang mahukan Ariel meringkuk 5 tahun di penjara. Namun mahkamah memutuskan 42 bulan selayaknya setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.


Tukang Tulis : Kes Mahkamah mendiang Teoh Beng Hock menemui jalan buntu. Kini sudah ada Suruhanjaya Siasatan.

Berita Bonanza : 

Kampung Baru berusia 111 tahun

Tanggal 6 Januari 2011, kampung Baru berusia 111 tahun. Inilah satu-satunya kawasan orang Melayu di tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Dibayangi KLCC. Dihimpit kemewahan dan kesenangan orang luar yang datang bertandang. Silih berganti, hari berganti hari, terdengar ura-ura tanah di Kampung Baru mahu dilelong. Benarkah?  

 
Tukang Tulis : Tun Dr. M sindir rakyat Singapura, termasuk Melayu Singapura. Jadi "darat" apabila masuk negara Malaysia. Darat?? Dialek Kelantan.. maknanya "Jakun". Jakun tu apa pula? Google lah! Terminal Bersepadu Selatan - Bandar tasik Selatan sudah mula beroperasi. Rekabentuknya persis lapangan terbang

No comments:

Post a Comment