Hebahan

Sunday, January 30, 2011

Google - 10 nama paling dicari sepanjang 2010


GOOGLE! Dulu, masa mula-mula berjinak-jinak dengan IT, aku paling suka Yahoo! Buat e-mel pun e-mel Yahoo! Yahoo! Seronoknya ada e-mel. Tapi, situasi sudah berubah 360 darjah. Muncul ejen pencarian baru yang lebih mudah dan mesra pengguna.

Itulah dia penangan Google. Google Malaysia telah dibuka cawangannya di Kuala Lumpur. Sebut pasal Google, ia merupakan salah satu ejen penyelesaian masalah. Jika kita tak tahu bagaimana mahu baiki PC, taip saja "how to repair PC" contohnya, sekali klik saja, bermacam-macam pilihan ada.

Anda tak kenal siapa itu Paul the Octopus? Google saja.. Maka berderet-deretlah maklumat mengenainya. Sepanjang tahun 2010, ada beberapa nama yang digoogle oleh rakyat Malaysia. Mengikut rekod, 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia seperti berikut :

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)


Siapakah Hanis Zalikha?? Paul Tan?? Anda Google sendiri.. ketemui jawapannya. Siapakah individu paling dicari bagi tahun 2011?? Kita tunggu~ Mahu berspekulasi?? Aku mahu senaraikan HANA TAJIMA.  NEELOFA MOHD NOOR dan SYAKILA NISHA JAHANGIR KHAN. Siapakah?? Google lah sendiri.

No comments:

Post a Comment