Carta Darjah Celcius(CDC) kembali lagi. Oktober kali ini memang meriah seperti tahun-tahun sudah. Banyak tragedi Oktober. Tak kira tragedi berdarah sampai parah ataupun tragedi buah epal. Pelbagai kisah yang rencam.. mengancam..dan macam-macamlah. Kehangatannya mula memuncak.. Nah~ layan saja.
Sukan
1. Piala Malaysia edidi ke-44 milik Kelantan.
Akhirnya.. setelah 4 kali mencuba. Walaupun skrip tahun lalu hampir berulang apabila N9 mendahului 1-0, namun semangat juang yang ditunjukkan pemain Wira Merah ternyata kental. Hairuddin Omar menanduk masuk gol penyamaan, dan gol kemenangan jaringan anak jati Kelantan, Piya atau Badri Razi. Sejarah tercipta, dendam terbalas. Lautan merah memenuhi stadium. Yang penting, pengadil paling glamor di Malaysia, Subkhiddin Salleh yang mengadili perlawanan. Pemain baju kuning dapat lebih banyak kad kuning.
2. Sukan Komanwel 2010 New Delhi
Tahniah kontijen Malaysia di kejohanan Sukan Komanwel New Delhi, berjaya pecah rekod 1998 di Kuala Lumpur setelah memungut 12 pingat emas. Untuk mengetahu jumlah pungutan pingat secara keseluruhan, sila klik
di sini.
3. Jorge Lorenzo
Inilah dia, wajah Juara Dunia Moto GP 2010. Jorge Lorenzo (Fiat Yamaha) biarpun pertandingan akhir di Kuala Lumpur dimenangi oleh Valentino Rossi, rakan sepasukan di Fiat Yamaha.
Tukang tulis - Piala Malaysia dibawa pulang ke Kota Bharu, hadiah kepada Sultan Muhammad ke-V dan juga sempena 20 tahun pemerintahan kerajaan Pas. Selamat Maju Jaya buat atlit negara yang berjuang di Sukan Asia 2010 di Guongzhou.
Politik
1. Bajet 2011 telahpun dibentangkan oleh YAB PM
Dengan jumlah RM 212 bilion diperuntukkan. Guru KAFA, pengawal kselamatan untung. Ibu-ibu yang bersalin juga diberi 90 hari cuti dengan gaji penuh. Aik, tiru kerajaan Kelantan nampak. :P
Kakitangan awam (gred 54 ke bawah) hanya dapat RM 500 sebab defisit besar bila perbelanjaan melebihi pendapatan. Tapi tetap nak buat Menara Warisan 100 tingkat berharga RM 5 billion yang akan dilaksanakan PNB sebagai mercu negara maju menjelang 2020.
Tukang tulis - Kenaikan pangkat tidak lagi ditentukan melalui PTK yang dimansuhkan.
2. Muhamad Rahimi Osman & Mohd Rasid Rosdi. .
2 individu ini pernah menjadi pembantu Ketua Umum PKR, DSAI dan kini nama mereka berdua tiba-tiba meletup gara-gara dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah. Siap buat laporan polis gitu. Dalam masa yang sama kes mahkamah Anwar-Saiful bersambung. Siap bincang pasal penetrasi lagi. Isy~
Tukang tulis - Perbicaraan kes pembunuhan adik Aminul Rashid telah dimulakan. Dan.. ada 2 PRK lagi. Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas yang sedang menanti
3. Melaka Maju 2010
Bermula tarikh 20 Oktober 2010 (20.10.2010) Melaka diiktiraf negeri maju. Emm..Melaka dah maju sekarang.
Kedah Maju 2010, bawah kerajaan PAS kah?
Tukang Tulis - Suka main dengan angka ya. Susun cantik-cantik.Tarikh 10.10.10 bermakna genap 3 tahun Angkasawan Negara, Datuk Dr SMS ke ISS dan lebih bersejarah beliau melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut. Siap ada kek bentuk Soyuz lagi.
Hiburan
1. FFM 23 kecoh
Adatlah bertanding. Ada menang, ada yang kalah. Yang menang ada rezeki, yang kalah terimalah dengan hati terbuka. Apa boleh buat, hanya jauhari mengenal manikam. Telah diulas oleh tukang tulis
entri sudah.
Tukang tulis - Artis Cina di Malaysia sekarang dah ada anugerah sekarang, Golden Globe yang telahpun bersiaran di NTV7. Bulan depan ada Shout!Awards pulak.
2. Sinar FM no. 1 lagi
Tak payah cakap banyak. Kita tengok siapa yang terduduk-duduk.. berdasarkan sumber
ini. Rancangan pagi nombor 1 juga terus kekal milik Krill..SY & KE, slot Sinar Pagi.
I follow~
Berikut adalah keputusan penuh Pengukuran Pendengar Radio, Liputan 2, 2010 oleh Nielsen:
1. SINAR FM
2. ERA FM
3. HOT FM
4. THR
5. MY FM
6. SURIA FM
7. Hitz.fm
8. 988
9. Klasik nasional
10. Muzik FM
11. KELANTAN FM
12. KEDAH FM
13. IKIM
14. Fly Fm
15. Minnal fm
16. One FM
17. Aifm
18. MIX FM
19. LITEFM
20. PERAKFM
21. TERENGGANU fm
22. XFM
23. Red FM
24. PAHANG FM
25. MUTIARA FM
26. KL FM
27. MELAKA FM
28. Asyik fm
29. JOHOR fm
30. NEGERI FM
31. PERLIS FM
32. SELANGOR FM
33. TraXXfm
34. LANGKAWI.fm Sumber: Nielsen Radio Audience Measurement
Gara-gara itu.. rombakan telah dibuat di Hot.FM mulai hari ini, 1 November. Revolusi katanya. AM Krew yang dibarisi Fafau, FBI & AG bersiaran dari Menara KL, dan masa dlianjutkan 5 jam. Misi pencarian DJ baru "Ikhwan dan DOT DOT DOT" telah memilih Chad & Deen sebagai muka baru mengendalikan Hot.FM Zon. Mampukah Hot.FM memberi cabaran atau terus merudum dipintas Suria.FM? Kita tunggu...
Tukang tulis - TV al-Hijrah juga telah memulakan siaran hari ini 1 November 2010 jam 3 petang
3. Maher Zain
Fenomena Maher Zain melanda seluruh dunia. Fenomena Maher Zain juga melanda radio swasta. Hot.FM yang kononnya tak mahu siar lagu nasyid siap pasang 2 lagu Maher Zain lagi. Sempat juga dengar Maher Zain nyanyi secara langsung di UIA.
Tukang tulis - Banyak artis luar datang. Paramore datang, Adam Lembut pun datang. Ikon gay pulak tu & yang lebih penting, sama tarikh dengan Maher Zain.
Semasa (Dalam & Luar Negara)
1. Pendidikan
Akhirnya rundingan 'meja bulat' Kementerian Pelajaran Malaysia sebulat suara dengan keputusan PMR dimansuhkan, UPSR dikaji semula silibusnya. Manakala Sejarah subjek wajib lulus SPM 2013.
Tukang tulis - Selamat Maju Jaya buat adik-adik yang akan hadapi SPM nanti. Dan
Blackberry tak jadi diharamkan.
2. Bencana Berganda melanda Indonesia.
Gempa bumi, tsunami & letusan Gunung Merapi gunung berapi paling aktif di Indonesia.
Tukang Tulis - Dunia di akhir usia.. kiamat sudah menghampiri kita. Sedarlah wahai diriku yang alpa.
3. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010
Indeks Persepsi Rasuah
(CPI) 2010 yang diumumkan pada 26 Oktober 2010 memperlihatkan skor Malaysia jatuh 0.1 mata dari 4.5 pada 2008 ke skor 4.4. Dari segi kedudukan pula, Malaysia kekal di kedudukan 56 berbanding 178 negara.
Tukang tulis - Proton Inspira akan menggantikan Proton Waja. Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000. Tempahan boleh dibuat di semua cawangan Proton Edar
.
Wanita
1. First Ladiest Summit 2010 @ Kuala Lumpur
Wanita nombor 1 setiap negara yakni isteri kepada Presiden atau Perdana Menteri setiap negara telah berhimpun di Kuala Lumpur. Itu tak mnjai masalah. Lantaklah nak buat himpunan wanita nombor berapa pun takde orang kisah.
Yang jadi isunya, apabila kecoh pasal
Islamic Fashin Festival yang dihadiri pihak berkenaan. Memang tak berkenanlah dengan fesyen itu.
Tukang Tulis - Wanita no. 1 USA,
Michelle Obama wanita paling berpengaruh di dunia. Boleh
celen ke 'r'?
2. Anugerah Ibu Mithali
Puan Hajjah Awiah Awi, telah menerima Anugerah
Ibu Mithali 2010. Rupanya ini sudah tahun ke-10 anugerah ini diadakan. Awiah, dari Kampung Kesang Laut, Muar, Johor ada sembilan anak dan semuanya lelaki. Paling kagum mengenai beliau ialah penubuhan Madrasan Tahfiz Al-Quran An-Nuur. Madrasah ini dibina di atas tanah beliau yang diwakafkan. Ada 200 penuntut di sini. Beliau juga turut membiayai pembelajaran penuntut yang kurang berkemampuan.
Tukang Tulis - Apa cerita Presiden PERKASA ditarik gelaran Datuk oleh Sultan Kelantan, terus terlantar di hospital. Nasib baik dapat pingat Datuk dari negeri lain.
3. Gadis Melayu 3
Oh..dah masuk musim ke-3. Rina, 25 dari Subang Jaya, Selangor dinobatkan selaku juara musim ketiga. Rina atau Norazrina Mohd Salleh membawa pulang RM 30,000.
Sumber.
Tukang tulis - Ada beza.. muslimah & mukminah. Emm..satu lagi, ada pulak usul mahu jadikan Malaysia Hub Hiburan??