Hebahan

Tuesday, October 26, 2010

FFM 23 - realitinya... bukan fantasi.


Kalau aku berfantasi, sudah lama keputusannya jauh berbeza sejak dari senarai pencalonan 5 terbaik lagi. Ini adalah trivia kepada keputusan penuhnya yang boleh dibaca di sini.

- FFM tu apa? Festival Filem Malaysia? Seorang aktor kata Funny Festival Malaysia. Bagi aku, emm, for family members.

- Kemenangan didominasi oleh SKOP dan KRU. Pengacara, Zizan siap bagi nama SKRU. Huhu.

- Kemenangan juga agak seimbang, bak dialog filem P.Ramlee "satu untuk kau, dua untuk aku" - Ajami

- Gandingan pengacara Astro (Zizan), RTM (Hezri), dan 'sapu semua' (Sharifah Shahira yang kali ni tak hamil) menggamatkan suasana.


- Selalunya, Filem Terbaik akan dominasi beberapa Anugerah Perdana. Tapi Magika hanya menang Skor Muzik Asal Terbaik lalu dinobatkan Filem Terbaik. Mungkin sebab dapat 7 anugerah daripada 13 pencalonan yang diterima.

- Magika mencipta sejarah selaku Filem Muzikal Pertama merangkul anugerah Filem Terbaik mengatasi pencabar utama filem pilihan kebanyakan wartawan, Estet.

- Pengarah Estet, Mamat Khalid, kecewa kerana tidak mendapat pencalonan bagi kategori Lagu Tema Asal Terbaik, sebab menurutnya, beliau memang teliti memilih dan menghasilkan lagu. Awie siap nyanyi lagu dalam bahasa Tamil lagi.

- Manakala Edry, Pengarah Magika menyatakan kekesalannya kerana tidak mendapat pencalonan bagi kategori lakonan yang diwakili Diana Danielle dan Mawi. Hanya Ziana Zain tercalon kategori pembantu.

Pasangan Mr & Mrs Belukar ala-ala Mr & Mrs Smith
- Evolusi KL Drift 2 dapat 3 anugerah daripada 9 pencalonan. Sama seperti filem Belukar yang juga dapat 3 anugerah daripada 9 pencalonan. 

- Estet pula  mendapat 10 pencalonan namun hanya menang 2 anugerah termasuk Anugerah Khas Juri. Manakala V3, Samseng Jalanan mendapat 8 pencalonan tapi hanya menang 1 kategori (Penataan Bunyi Terbaik). 

- Haq mendapat 7 pencalonan, dan menang Anugerah Lakon Layar Terbaik yang diwakili penerbitnya, Nanu.

- Nanu tampil dengan fesyen yang mendedahkan sebahagian belakangnya, manakala calon favourite Pelakon Wanita Terbaik bergaya dengan fesyen 'Amani'.

Mukhsin dan makciknya :)
- Pisau Cukur yang mendapat 4 pencalonan, dan Santau (11 pencalonan) hanya pulang tangan kosong.

- Muallaf, satu lagi filem yang dijangka menang besar sebaliknya gagal mendapat sebarang pencalonan hatta satu kategori sekalipun.

- Ironinya, Muallaf yang membawa pulang Anugerah Khas Juri bersama filem Estet, Woo Hoo dan Cinta Ais Kacang.

- Kategori Lakonan menyaksikan dominasi pelakon Lagenda Budak Setan di mana kesemua pelakon utama dan pembantunya tercalon bagi kategori masing-masing menerusi Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar dan Nurfazura.

- Ahadiat Akashah novelis terkenal mendapat Anugerah Cerita Asal Terbaik berdasarkan novel popularnya, Lagenda Budak Setan.

- Rata-rata pemenang adalah golongan muda 20-an dan 30-an 

- Kemenangan Bront dan Shaheizy Sam sudah dijangka, namun kemenangan Lisa dan Yana agak menimbulkan persoalan bagi sesetengah pihak.

Mereka berdua akan berganding dalam filem "Sekali Lagi..." bersama adik Mia
- Kemenangan Lisa Surihani, Yana Shamsudin dan Syamsul Haslam agak mengejutkan kerana dianggap sesetengah pihak masih 'hijau' dan menumbangkan nama besar dan lebih berpengalaman.

- Lisa Surihani meneruskan momentum kemenangan milik orang muda yang dimulai oleh Sharifah Amani dan Liyana Jasmay, (Vee ada terselit sekejap)

- Syamsul agak sebak dan tak menjangka kemenangannya.Inilah namanya rezeki. Dan yang penting ketika membuat persembahan, Syamsul dapat 'caras' Radhi OAG. 

- Tiada pembaharuan ketika segmen persembahan yang menyajikan lagu-lagu tema filem yang bertanding. Lagu Pelita gabungan Angkatan Pemuda Indie(API) dianggap terlalu lewat untuk dipersembahkan.


- Abang Asmara aka Shahz Jaszle menang Pakaian Terbaik Lelaki, manakala Vanida Imran menang kategori wanita.
- Filem yang diuar-uarkan dapat RM 40 juta tak menang pun. Siap kena kutuk lagi masa tayangan premier :P

- Nak tengok lagi fesyen mereka? Kredit buat Budiey

No comments:

Post a Comment