Hebahan

Wednesday, November 10, 2010

Estet - Ada nilai ESTETika


Aku rasa tidak adil apabila menyaksikan tiada sebarang review atau ulasan mengenai filem Kollywood buatan Malaysia ini di mana-mana media cetak atau elektronik. Kecuali Utusan Malaysia hari ini. Tu pun tiada sebarang komen pasal filem Estet sebaliknya berkisarkan kontroversi yang melanda pengarahnya.

Nama Mamat Khalid sebelum ini sunyi daripada kontroversi. Tapi, gara-gara FFM-23 baru-baru ini, Mamat bersama Farid Kamil dan Ahmad Idham lantang bersuara menyatakan pendapat peribadi dan ulasan mereka samada mengenai keputusan 'juri' secara khususnya mahupun 'industri' filem itu sendiri secara amnya.

Bermula dengan senarai calon 5 terbaik lagi sudah ada desas-desus, soseh-soseh dalam kelambu tak puas hati. Tapi bila keputusan dah diumumkan, barulah bom jangka itu meledak!

Siapakah Mamat Khalid? Kalau kata pemenang besar FFM-21, yang menampilkan karya masterpiece beliau, Kala Malam Bulan Mengambang, mungkin ada yang tak tengok cerita neo-noir, hitam putih tu. Mungkin juga ada yang tidur di tengah jalan cerita. Takpe.

Pernah tonton drama "Rombongan Che Kiah Ke Sukan Komanwel"?? Kagum tak dengan skrip dan jalan cerita Puteri Gunung Ledang?? Tak tahu juga?? Apa nak buat ek.. Tengok AF? AF2 yang paling membuahkan hasil? Ingat juri atau pengkritik yang sarat dengan jenaka?? Kalau tak kenal juga, tak tahulah.

Barangkali ada yang belum mengenali sutradara ini dengan lebih dekat. Mungkin ada yang terus beranggapan Mamat Khalid ni seorang yang hillarious. Suka berjenaka dan kekampungan macam cerita-cerita beliau . Itu mungkin satu sisi yang sesetengah orang nampak pada beliau, namun satu sisi hidupnya lagi.. yang sinikal dan sarkastik dalam jenakanya. Lebih ke hadapan dalam kekampungannya. Dan lebih serius bila berbicara mengenai perjuangan.

Terima kasih kepada Facebook. Gara-gara rangkaian sosial itu, terjalinlah hubungan persaudaraan antara aku dan abang Mamat ni. Diajak menonton Estet daripada draf awal (yang masih kosong tanpa sebarang sentuhan CGI, editing dsb) sehinggalah malam kemuncaknya, Tayangan Perdana Estet. Dah lebih 3 kali aku menontonnya dan masih tak jemu.


Kenapa tak jemu? Aku dibayar untuk mengampu? Dibayar untuk buat publisiti? Jawapannya YA! Aku dibayar dengan harga perkenalan yang telah membawa aku meneroka sesuatu yang baru. Sebelum ni, aku tak pandang pun karya beliau. Jual mahal.. Namun ternyata nilai persaudaraan itu lebih lumayan.

Kita kan sekeluarga! Itulah tema filem ini. Tanpa prejudis.. tanpa meletakkan nama sesiapa selaku hero, filem ini berjaya menyampaikan mesej dengan bersahaja. Ala-ala Shaolin Soccer yang mengangkat subjek sukan bola sepak, selaku medium yang menyatukan kita rakyat Malaysia tanpa mengenal warna kulit dan bangsa.

Tiada siapa yang jadi HERO, sebab semua berganding bahu, bersatu tenaga mempertahankan negara. Farid tak jadi hero sebab 'luka'. Sashi juga bukan hero sebab sudah diculik. Rosyam Nor@Kublai Khan yang diharap-harap jadi hero juga tak boleh harap. Akhirnya, "Monica" juga muncul selaku wira.

Walaupun Mamat Khalid terkenal dengan jolokan 'cerita kampung' macam ramai orang kata, tapi di situlah letaknya nilai. Nilai kejujuran ketika berkarya. Nilai estetika dalam menyampaikan mesej secara halus, umpama menarik rambut dari tepung. Ada orang kata Estet filem yang mengangkat tema 1Malaysia, maka patut menang. Ya ke?

Isi kandungannya relevan setiap masa. Contohnya isu "minyak naik", "minum todi" mana ngam dengan kerajaan 1Malaysia. Takkan sebab cuit kerajaan sikit terus melenting. Banyak lagi isu yang lebih besar sebagaimana Mamat, Idham dan Farid mahu jadi hero begitulah gambarannya watak Farid, Shashi dan pasukan bola Estet Cinta Manis.

Hak selaku "penoreh getah" dinafikan malah dimanipulasi oleh golongan yang bersikap dominan dan diktator. Sama seperti hak mereka bertiga selaku "pengkarya" juga dinafikan. Ada individu tertentu seperti Ponia dan Junna (lakonan hebat Shoffi G) yang menangguk di air keruh. Lebih parah lagi ada individu macam En Yakob yang hanya tahu jaga periuk nasi sendiri.


Filem Estet tak menyeru supaya kita bersatu sebab kita sudah sememangnya bersatu. Bersatu sudah ada di situ. Kita kena zahirkannya dengan lebih jelas dan ketara. Tema cinta?? Tak sah filem kita kalau tiada elemen ini. Ada sedikit suntikan elemen cinta tapi tak keterlaluan antara Farid dan Geetha.


Bab lakonan? Farid Kamil, baik saja, tiada nampak sebarang peningkatan. Jasmine selaku Geetha juga harus diberi lebih pendedahan dan perhatian masa mendatang, kalau tak masakan tercalon top 5 pelakon wanita terbaik. Pujian harus diberikan kepada Sashi (sebab tu menang pelakon harapan), Rosyam Nor, Shoffi Jikan dan "Monica" yang menggamatkan panggung.


Banyak lagi pelakon yang best. David Arumugam "terima kasih" pun ada. Kalau Jaclyn Victor setuju berlakon Estet, dia akan pegang watak isteri David lah. Mislina Mustafa pun ada sebagai mak Farid. Cuma satu soalan saja daripada Ajami, siapakah Mr Laporpo? TEET~ Kalau dapat sambutan, mungkinkah ada sequel?

Elemen wajib "kollywood".. bergaduh dengan tumbukan "deshum-deshum", menari & menyanyi satu estet,dan yang paling penting, HERO mesti menang, JAHAT mesti kalah! Lagu-lagu ciptaan saudara Iqbal juga sedap dan kena pada tempatnya. Awie siap nyanyi lagu Tamil lagi. Kalau perlu pertingkatkan pun CGI lah. Tapi tetap jadi bahan lawak. (sebabnya...? saksikan sendiri) Yang penting jangan cacatkan perjalanan cerita.


Jadi setelah menonton Estet 'lagi' buat kesekian kalinya, maka rasanya agak relevan kenapa Mamat Khalid bising. Beliau bukannya kemaruk nak menang, cuma mahukan justifikasi. Dulu, sewaktu Sepet, Gubra diangkat filem terbaik hanya Raja Azmi yang kecoh sorang-sorang. Masa Kala Malam Bulan Mengambang menang, tak sekecoh kali ini.

Raja Azmi kali ni zip mulut mungkin sebab Muallaf tak tercalon langsung. Sebabnya panel juri FFM-23 siang-siang lagi memaklumkan  3 filem telah DQ@disqualified atau dibatalkan penyertaannya gara-gara kandungan Bahasa Melayunya kurang daripada 50%.

Emm.. macam manalah agaknya nasib filem Hikayat Merong Mahawangsa tahun hadapan ya. Berdasarkan trailer saja dah tahu cerita gempak, taraf dunia. Yang peliknya, Estet yang memaparkan lebih kurang 90% kandungan bahasa Melayu (mungkin tak sampai 10% bahasa Tamil) juga dipandang sipi-sipi saja. Ingat senang ke nak buat filem yang menghimpunkan bintang berbangsa India yang berbahasa kebangsaan. Ini bukan filem Yasmin Ahmad tau.

Kak Ponia eh Kak Pora siap terpekik lagi di Berita Minggu menyatakan hujahnya mengapa Magika dan Syamsul menang. Aku selaku penonton yang menonton 2 filem tu tiada masalah dengan kemenangan mereka. Aku juga dah baca hujahnya tapi yang kelakarnya, Kak Pora siap cabar kalau naskhah Evolusi KL Drift(drama aksi) diberi kepada tangan Mamat Khalid atau Ahmad Idham, belum tentu hasilnya memuaskan macam Syamsul buat.

Kenapa Kak Pora tak ubah sikit soalan tu. Kalau naskhah Evolusi KL Drift(drama aksi) diberi kepada tangan U Wei Shaari, Othman Hafsham, ataupun arwah Yasmin Ahmad, belum tentu hasilnya memuaskan macam Syamsul buat. Kau mampu? Huhu. Anda ada jawapannya. Bernas atau dangkal soalan itu.

Kita ubah lagi soalan. Syamsul mampu ke kalau diberi naskhah Estet? Ahmad Idham mampu ke kalau diberi naskhah Muallaf? Edry mampu ke kalau diberi naskhah Kala Malam Bulan Mengambang? Razak Mohaideen mampu kalau diberi naskhah Budak Kelantan? Setiap pengarah ada citarasa masing-masing. Ada soul atau jiwa yang akan 'disentuh' mereka. Karya kreatif dan artistik sebegini umpama makanan.

Tukang masaknya pengarah. Ramuannya para pelakon. Skripnya resipi. Kalau pengarah tu nak masak pedas, tak perlukan gula. Kalau pengarah tu nak masak masam, jangan taruk sebotol garam. Dan setiap tukang masak ada kepakaran, ramuan resipi dan cara masing-masing. Macam Kak Pora.. pakar ke? Ops..terlebih sudah. Terbongkar siapakah gerangan Kak Pora itu. Siapakah? Lu pikirlah sendiri. Ulasan alternatif.

No comments:

Post a Comment