Ya! Sejurus aku ambil keputusan nekad tak mahu sambung kontrak dengan Vads Bhd, aku agak kelam-kabut. Apa tak nya... Wang simpanan semakin susut. Duit dalam poket semakin menipis hari ke hari. Umpama bukit, kalau ditrah setiap hari, akan 'botak' juga akhirnya.
Aku bersyukur memiliki isteri yang memahami. Tak banyak merungut, terutama soal kewangan. Semenjak dari alam pra-perkahwinan lagi telah sedia maklum, aku bukan lelaki yang dapat 'membeli' segalanya. Cuma aku mampu memberi. Berikan yang terbaik biarpun diri tak cukup sempurna, berikan yang terhebat biarpun tetap ada cacat-cela serba-serbi kekurangannya.
Aku insan biasa, yang berusaha secara luar biasa. Selaku suami, anak dan abang. Itu yang aku sematkan setiap hari. Tanamkan setiap hari semoga lebih bermotivasi. Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Dan moga esok lebih baik daripada hari ini.
Semalam, aku di Vads, bekerja selaku agen call centre, namun hari ini (kini tidak lagi) aku telah diterima bekerja di Pusat Sains Negara (PSN), tanpa sebarang temuduga. Aku diterima bekerja sebagai sukarelawan hanya melalui panggilan telefon daripada En. Aziz.
Tanpa perlu banyak soal bicara, aku menerima tanpa ragu-ragu. Bermula dari bawah semula, bina kembali kareer ku yang sudah 'hancur'. Hancur dari segi gaji, senioriti, posisi dan politikus. Aku tak kisah kerja apa yang bakal menanti. Niat aku cuma satu, Ramadhan yang menjelang.. aku akan manfaatkan sepenuhnya.
Tak sangka, dalam tempoh kira-kira 10 minggu, banyak penglaman yang aku kutip. Tak ternilai harganya, biarpun gajiku dibayar RM5/sejam. Ok lah tu kalau hidup bujang. Tapi, dalam konteks aku yang sudah berkeluarga?? Memang aku akan berundur juga satu hari nanti.
Cepat atau lambat saja bezanya. Tak dapat tidak, aku akan melangkah dan meneruskan kehidupan. Terima kasih PSN atas segala peluang dan kesempatan aku mengembangkan kerjaya. PSN tak menafikan hak aku untuk pergi temuduga di tempat lain. Hak aku mendapat cuti raya satu minggu juga tak dinafikan, yang sudah tentu aku takkan dapat nikmatinya jika masih di Vads.
Tanggal 1 Ramadhan, temuduga pertama aku di Petrosains, KLCC. Wah, mahu bekerja di situkah? Nanti aku akan buat entri khas mengenai Petrosains. Alhamdulillah, berkat Ramadhan, berkat doa, mengadu, menangis, mengharap kepada-Nya dan setelah 3 kali proses temuduga berlangsung, aku diterima. Rezeki anak orang kata. Alhamdulillah.
Namun, jasa PSN takkan aku lupa. segala kenangan, pengalaman dan pengetahun yang ditimba takkan aku lupa. Ada kredit yang harus diberikan sementelah jenama PSN ada extra mark ketika proses temuduga di Petrosains. Ya! Tak aku nafikan juga, gara-gara bekerja di Vads, resume aku 'lebih cantik' dan ada nilai untuk dipandang dengan dua belah mata :)
Terima kasih PSN. Paling takkan kulupa, sukarelawan paling senior di PSN, Dolah aka Abg Dol (yang lebih muda 2 tahun daripada aku). Banyak membuka mata. Dialah kawan, cikgu, kawan nak perang mulut, kena usik, kena ejek dan macam-macam lagi yang telah dilalui.
Buat staf PSN, terutama En Aziz selaku bos para sukarelawan, staf PSN seperti Kak Ita, Kak Zarina, Kak Maz, Kak Ros, Kimi, abang Meor, geng-geng technician (abang Azli, abang Ali Nafiah, abang nizam dll) termasuklah Ahmad bos sekuriti, bersama Nadia, Firdaus, Dafi hatta supervisor cleaner, Viknor bersama pasukannya (Sulaiman, Suleha dll) sekalipun, kalian takkan dilupakan. Tak cukup senarai kalau mahu dibariskan satu persatu.
Impak Van De Graf |
No comments:
Post a Comment