Apakah kelainan setelah berwajah baru?
Ada maklum balas menyatakan bahawa artikel dapat dibaca dengan lebih mudah. Mungkin kerana pilihan warna putih sebagai warna latar utama. Seterusnya ada ruangan baru, yakni apakah entri yang trending atau mencapai carian hit yang dapat dilihat di ruang sebelah kiri blog ini, seperti di bawah.
Maknanya, kita tahu apa yang pembaca mahukan di blog ini. Secara kesimpulannya, kisah TT hampir ditipu oleh syarikat forex merupakan entri paling panas. Mungkin sudah ramai yang telah berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa ekoran pendedahan berani mati TT. Justeru, tidak hairan pelayar yang membaca di blog ini sudah mencecah angka 100 K! (Kiraan itu lambat, jika dirujuk statsitik blogspot, jumlahnya sudah melepasi angka 100 K ok.. ahaks). Dan TT sempat snap ketika ianya berjumlah 89898!
Selain itu, pembaca setia blog ini (anda tahu siapa anda.. yang dari USA, Jerman, dan Russia.. pelik kan? Tapi siapakah anda ya?), anda boleh klik ruangan label bagi memudahkan anda mengesan tajuk atau entri yang seakan sama. Buat masa ini label yang paling hangat ialah Post-Morterm, Library MP3, Congak corak rawak, Kisah Terpencil, CDC dan juga yang terkini dan paling hangat Wajah.
Anda juga seolah-olah dapat membaca "majalah" Hitam Putih Kehidupan dengan mengklik bulan mana yang anda mahukan di ruangan arkib sebelah kiri. Entri tetap setiap bulan melibatkan tajuk berkaitan seperti berikut :
1 hari bulan; CDC (Carta Darjah Celcius)
15 hari bulan; LLJ (Lagu-lagu Jadian)
30 atau 31 hari bulan; Wajah
Entri bergilir melibatkan puisi-puisi yang ditulis TT menerusi segmen Lembahan Cinta, label Sciency banyak melibatkan kisah di pejabat dan segala aktiviti harian di pejabat, tips dan pengalaman seorang ayah dikongsi melalui label Jurnal Maya (class kan? ahaks). Dan juga nantikan segmen Post-Morterm dan Analitik yang mengupas secara terperinci, setiap event yang berlangsung tak kira acara sukan atau hiburan.
Akhir kata, terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca setia, yang tak jemu-jemu melayari blog ini. Harap anda terhibur, dan dapat manfaat daripadanya. Jazakallah~
No comments:
Post a Comment