Hebahan

Tuesday, November 30, 2010

Kenangan Di Pusat Sains Negara - Bahagian 3

Ada 3 projek besar sepanjang 3 bulan aku di sana meraih pengalaman, menambah pengetahuan. Projek tersebut ialah Energy Month, Science Kids dan Persidangan Negara NAM. Sementelah membuat Science Show merupakan tugasan wajib bagi setiap sukarelawan, maka rutin harian aku digunakan sepenuhnya bagi menmpertingkat dan memajukan diri.

Kemahiran berkomunikasi terutama bab speaking boleh dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Manakala kepakaran ketika on stage juga boleh digilap sebaik mungkin. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.




Sekarang yang tinggal hanya kenangan. Beberapa keping gambar yang bisa menggamit memori, moga tak pudar dari ingatan. Termasuklah kesempatan bersama Pleo, si robot dinosaur, dari Jepun yang harganya beribu ringgit.




Apa-apapun, hidup perlu diteruskan. Kalau ikutkan hati, aku mahu saja terus berkhidmat di PSN, tetapi selaku manusia biasa, kita ada kehidupan tersendiri. Masing-masing ada kisah & tanggungjawab. Just go with the flow~

2 comments: