Cinta dan Pengorbanan. Itulah tema sempena Aidiladha. Banyak perkara yang telah kita korbankan demi yang tersayang. Dan yang tersayang juga telah banyak berkorban demi kita. Tak perlu mengungkit dan berbangkit andai pengorbanan itu terpaksa dibuat demi kelansungan hidup.
Ya! Demi kelansungan hidup. Meneruskan kehidupan, dengan tenang, tanpa gangguan. Namun, adakalanya cabaran dan dugaan silih berganti. Selesai satu malapetaka akan muncul pula musibah yang seterusnya. Bezanya cuma masa, keadaan dan tahap kerumitan.
Kesulitan yang dialami.. Setiap masalah yang menimpa. Bukanlah batu penghalang, sebaliknya jadikan ia batu loncatan untuk kita meraih kejayaan. Peluang bagi kita membuka seluas-luasnya pintu rezeki yang membawa kita melalui jalan ketenangaan menjengah gerbang kebahagiaan. Yang pasti, tidak semudah itu!
Di luar jangkauan kita, pasti ada banyak perkara yang kita terlepas pandang dan terpaksa korbankan. Korbankan yang buruk, moga yang baik tidak terkorban. Pengorbanan dibuat untuk yang tersayang namun siapa sanggup berkorban dan siapa sanggup dikorbankan andai yang terkorban tidak dipandang dan dihargai.
Itu saja. Demikian sedikit coretan Tukang Tulis sempena Aidiladha. Pagi ini, sepanjang hari berada di rumah. Hujan. Nasib baik dapat tengok Astro walaupun...... (habiskan sendiri) Maka Astro Oasis ada menayangkan drama yang berkualiti dan bermesej sempena Aidiladha.
Telemovie arahan Shoffi Jikan, lakonan Pierre Andre, Katijah Tan, Wan Hanafisu, Airis Jasmin, Pekin, Khir Rahman, Liza Abdullah dan ramai lagi. Telemovie ini diangkat daripada lagu kumpulan Aidil (sebelum ini dikenali sebagai Ideal yang terkenal dengan lagu Sembahyang) yang berjudul yang sama.
Cuba layan saja di youtube lagu tema ciptaan Hafiz Hamidun, Kuyakin Berlaku.
Dan ini liriknya yang puitis nukilan Ad Samad.
Yang kupanggil kasih
Kukenang selalu
Riang atau sepi
Rindu kupadamu
Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada kulekang
Ingatan yg suci
Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu
c/o;
Di hari yg indah kuyakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
setelah dipisah lama
Di hari yg indah tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat kusama
Mencapai impian
Ulang c/o;
Di hari yg indah kuyakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama
Di hari yg indah tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Bridge;
Kan kupanggil kasih
Dulu & selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini
Ulang c/o;
Di hari yg indah kuyakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
setelah dipisah lama
Di hari yg indah tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Kuyakin berlaku
Kukenang selalu
Riang atau sepi
Rindu kupadamu
Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada kulekang
Ingatan yg suci
Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu
c/o;
Di hari yg indah kuyakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
setelah dipisah lama
Di hari yg indah tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat kusama
Mencapai impian
Ulang c/o;
Di hari yg indah kuyakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama
Di hari yg indah tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Bridge;
Kan kupanggil kasih
Dulu & selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini
Ulang c/o;
Di hari yg indah kuyakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
setelah dipisah lama
Di hari yg indah tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Kuyakin berlaku
No comments:
Post a Comment