Hebahan

Sunday, February 28, 2010

Carta Februari menJADI Hangat gara-gara... ?

10. Penemuan

Ada dua penemuan, iaitu penemuan yang ada kaitan dengan purbaraya di mana sekumpulan arkeologis dari UKM telah menemui bukti kehidupan masyarakat mesolitik di Gua Bewah, Tasik Kenyir. Tidak begitu pelik sangat berita ini. Kedua, penemuan juga tetapi bertemu kembali benda yang tak patut hilang. Enjin F5-E yang suatu ketika kecoh telah hilang akhirnya... telah ditemui di Uruguay! Motif??

9. Bola Sepak

Uruguay ya? Nah Slovakia! Ambik kau~ skuad Harimau Muda menyertai Liga Slovakia serta pelantikan rakyat Malaysia bernama Subkhiddin Mohd Salleh yang telah tersenarai antara Pengadil Utama Piala Dunia di Afrika nanti.

8. Penghargaan

Berita baik buat bekas johan qari dan qariah tilawah al-Quran. Mereka akan menerima imbuhan bulanan sebanyak RM2000 sepanjang hayat mereka. Kira macam pencen lah. Bagus dan prihatin sungguh kerajaan ya. Nasib rakyat marhaen terbela. Kerana bukan tu saja, gaji abang-abang polis yang menjaga keamanan negara pun dinaikkan~ Rujuk sumber ini.

Emm.. macam mana pulak untuk mereka yang jadi Al-Hafiz @ Al-Hafizah??

7. Pilihanraya Kampus

Pilihanraya kampus (PRK) melanda seluruh universiti di Malaysia. Nampak gayanya sistem baru PRK iaitu e-voting menjadi isu hangat untuk diperdebatkan. Sejauh manakah ketelusannya??


6. Pengiktirafan

Azizulhasni Awang dipilih Atlit Terbaik oleh Penulis Sukan Malaysia(SAM), Norman Abdul Halim pula dilantik sebagai Pengetua Akademi Fantasia 8. Manakala Tom diangkat menjadi Juara realiti My-Starz LG musim ketiga. Tasha dan Wana juara terdahulunya di mana? Wana, muncul juga dalam teater Antara.

5.Teater

Ada 2 teater bulan Februari yang hangat diperkatakan. Pertama tetater ANTARA.. arahan Erma Fatima (asalnya arahan Ellie Suriati tetapi ada isu 'antara' dalaman katanya). Tahun lalu dengan teater muzikal Sirah Junjungan Tahajjud Cinta, kali ini pula Antara menjadi judulnya. (Judul asal teater ini sepatutnya Jika Tiada Syurga dan Neraka, Masihkah Kita Menyembah Tuhan?, namun apabila ada yang mempertikaikan ia boleh merosakkan akidah, telah diubah menjadi Antara Syurga dan Neraka. Tiba-tiba.. perkataan Antara saja yang tinggal). Kedua, teater arahan Namron (salah seorang daripada 6 pengarah di bawah projek KoKEN) berjudul TANDA yang ditunda. Cuba bayangkan, ibu yang melahirkan anaknya, sanggup menghalau anak keluar. ASWARA yang telah melahirkan aktivis teater seperti Namron dan sebilangan ahli produksinya telah dihalang daripada bereksperimentasi di Panggung Eksperimen, Aswara. Namun, akhirnya berjaya dipentaskan semula. Emm, aku lama juga meninggalkan pentas teater ni. Tidak berkesempatan.



4. Bahasa Melayu

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star kini menampilkan sisipan pertama edisi BAHASA MELAYUnya, iaitu Mingguan MStar. Wah, makin hangat MSTAR online lepas ni. Keutamaan Lagu Bahasa Melayu diputarkan dengan lebih kerap bermula Mac ini dalam tempoh tertentu dan ianya mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 supaya stesen radio mempromosikan lagu tempatan. Maknanya WAJIB PUTAR, lagu baru lah. Ala-ala wajib tayang gitu. Radio swasta tak perlu format retro lagi.

Macam mana pula nasib tulisan JAWI?? Dan bagaimana pula nasib lagu-lagu asli dan berentak etnik, irama Malaysia??

3. Skandal

Mangsa terkini sesudah Tiger Wood ialah kapten John Terry dan Ashley Cole. Kedua-duanya daripada Chelsea. Menggegar dunia betul~ Terry kantoi dengan bekas kekasih rakan senegara, Wayne Bridge. Kemuncaknya, ketika perlawanan Chelsea - Manchester City, Terry yang nak bersalam dengan Bridge tidak diendahkan. Bo layan~ Kalah kena belasah 4-2 pulak tu.

2. Kes Mahkamah

Siapa MB Perak yang sah! Dan bicara kes liwat DSAI-SBA. Kemuncaknya campur tangan daripada Ahli Parlimen Australia. Yang peliknya, ulama terkenal yang diiktiraf Tokoh Maal Hijrah 1431 baru-baru ini merangkap Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie. Tak percaya? Baca sini.

Lebih hangat lagi, isu sebat Kartika masih belum selesai, alih-alih muncul 3 wanita mengaku telah disebat mengikut hukum syariah. Kiranya, hasrat Kartika menjadi wanita pertama disebat mengikut hukum syariah telah dicaras. Boleh? Ada Kartika kisah dia pertama ke terakhir?? Yang penting Kartika mengaku bersalah dan rela disebat tetapi hukuman digantung tak bertali diterima. Pulak dah, NGO berangan macam SIS tu nak buat kecoh konon penganiayaan hak asasi manusia, akan menjatuhkan martabat wanita. Habis tu, wanita tu ber'mukah' tak jatuh maruah ke?

1. Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat

Menteri Besar negeri Pakatan Rakyatterus ditekan tubi. Tok Guru Nik Aziz dah 20 tahun diberi tekanan, digambarkan 'gagal' menguruskan negeri dengan baik. Kini tiba giliran MB Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang pula. Tan Sri Khalid Ibrahim dengan isu UiTM Rawang yang berpindah lokasi ke Melaka, isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) manakala isu 'karisma' Ketua Menteri PP, Lim Guan Eng yang menyebabkan ramai YB daripada PR sendiri yang tak puas hati. Alih-alih Ahli Parlimen Bayan Baru keluar PKR. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu pula dikenakan hukuman oleh parti kerana banyak 'lepas cakap'. Pendek kata, usaha mencemar nama baik PKR berjayalah kiranya kan. Ops, nampak gayanya tiada isu besar yang melanda MB Kedah, Ustaz Azizan. Usaha lagi kepada yang berkenaan..

Hakikat sebenar, Februari paling banyak MENJUARAI isu 'kematian' disebabkan oleh kemalangan, bayi dibuang merata-rata macam sampah, dan ada kanak-kanak (adik Syafia Humaira) yang disepak terajang macam bola sehingga maut! Tu aku malas nak ulas... Kebejatan moral sungguh! Memalukan! Kita kembali ke zaman primitif kah, tidak bertamadun langsung! Sorang lagi 'Anak Pontianak' yang tak pasal-pasal glamor sebab dadah. Apa kejadah?

Apa dah JADI? Apa nak JADI?

Ini bukan kisah jadi tak jadi kahwin ya. Macam lagu SM Salim, Apa nak jadi? Sampai sekarang tak kahwin lagi. Juga bukan versi Ali Mamak yang telah diubah liriknya sama sekali. Apa dah jadi? Apa nak jadi dengan DUNIA yang FANA ini?

Apa yang telah terjadi? Suatu hari, aku terbaca berita ini.

PATCHOGUE 13 Jan. — "Saya seorang Islam. Saya tidak boleh terima ganjaran ini''. Itulah kata-kata yang diluahkan oleh seorang pemandu teksi di New York apabila dia ditawarkan ganjaran atas kejujurannya.

Mohammad Mukal Asadujjaman adalah seorang pemandu teksi warga Bangladesh di New York turut menerima pujian atas kejujurannya memulangkan semula wang tunai berjumlah $21,000 (RM66,960) milik seorang pelawat dari Itali.

Fellicia Lettieri,72, tertinggal dompetnya, yang mengandungi wang miliknya dan enam ahli keluarganya ketika menaiki sebuah teksi di Manhattan sehari sebelum perayaan Krismas lalu.

Polis sebelum itu telah memaklumkan kepada pelancong Itali itu agar mereka tidak menaruh harapan untuk menjumpai semula beg duit berkenaan

Bagaimanapun, Mohammad Mukal telah memandu teksinya sejauh kira-kira 80 kilometer untuk pergi ke Long Island berdasarkan alamat yang terdapat di dalam beg duit berkenaan untuk memulangkan dompet itu kepada tuannya.

Namun begitu, ketika dia tiba di alamat berkenaan, tidak ada sesiapa berada di rumah berkenaan dan Mohammad Mukal terpaksa meninggalkan nombor telefonnya dan kemudian kembali semula untuk menyerahkan wang berkenaan.

Pemandu teksi berusia 28 tahun itu ditawarkan ganjaran atas kejujurannya, namun dia berkata, sebagai seorang penganut Islam, dia tidak boleh menerima ganjaran tersebut. - AP

Sumber asalnya di sini.

Apa nak jadi? Apa sahutku? Apa timbal balasnya? Suap baliknya ialah KLISE TAPI BERKESAN! Method dakwah TERBAIK... mencerminkan imej Islam yang bersih. Secara tiba-tiba teringat pepatah " Orang tamak selalu rugi, bagai anjing dan bayang-bayang~"

Benda biasa kita dengar, macam klise tapi itulah nasihat TERBAIK. Membaca jambatan ilmu. Rajin usaha tangga kejayaan. Ilmu pelita hidup. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Man jadda wa jada! Dah biasa dengar. Macam bosan, tapi begitulah hakikatnya.

Rasa macam baca karangan budak darjah 1 tetapi mesejnya besar dan jelas. Apa sudah JADI dengan imej ISLAM yang semakin hari digambarkan sebagai "terror" atau pengganas?? Orang kita bila sebut "terror" yang bermain di minda, orang tu hebat! Ore Klate kato.. biso molek~

Tapi ini definisi "terror" yang menyimpang jauh. Pengertian yang sangat negatif. Adakah benar puak-puak Taliban, Abu Sayyaf dan sebagainya yang membawa 'imej Islam' itu sememangnya ganas melalui kaca mata Amerika?? Tepuk dada lah... selera anda menjawabnya.


Mungkin, ada sahabat mengatakan "My name is Khan" ada menyelitkan mesej tersebut. (Alamak, tak sempat nak tengok!)Benarkah?? Apa nak jadi? Apa dah jadi? Dunia ini masih ada orang yang suci. Putih dan bersih. Bukannya hitam kelam seperti yang kita bayangkan. Hitam putih kehidupan~

Thursday, February 25, 2010

Setahun menJADI Blogger


Tahun lepas, kala usia aku genap 25 tahun aku melancarkan blog ini yang menjayakan MISI aku selaku si Tukang Tulis. Hitam-Putih kehidupan~ Kini SETAHUN usianya. Alhamdulillah. Sebanyak 152 entri telah aku coretkan. Dan pelayar blog ini sudah melebihi 5000 pembaca. Kalau merujuk kepada bahagian paling bawah blog ini lah! (p/s : Blog ini memang tak kejar rating! Tetapi itu petanda ada pengikutnya yang tersendiri) Inilah bayi milikku... blog si tukang tulis.

Moga sedikit sebanyak apa yang aku coretkan, apa yang telah blog ini utarakan, apa yang telah diusulkan, dicadangkan dan dikomentarkan membolehkan sesiapa saja mendapat manfaatnya samada secara langsung atau tidak langsung. Banyak respon yang diberikan menerusi emel dan juga ruangan komen. Aku sangat hargainya, terima kasih!

Memang banyak 'pandangan peribadi' diberikan terutama bab 'politik' tetapi perjalanan masih jauh lagi dengan harapan suasana politik di dalam negara ini semakin matang! Begitu juga kisah sepak terajang 'bola sepak', selaku penyokong Merah-Putih (Arsenal dan Kelantan) pastinya membuatkan penyokong pasukan lain berasa sedikit ralat. Kan?


Dunia hiburan pula..lagilah macam-macam kisahnya. Apa pun yang terjadi, blog ini juga sedikit sebanyak mencoretkan kisah cinta 'kami'. Aku dan dia. Blog ini yang menyatukan semula hati yang telah dipisahkan Laut CINTA Selatan..eh, Laut CINA Selatan! Lembahan cinta, limpahan kurnia rahmat dari Yang Esa.

Kisah terpencil?? Itulah kisah yang telah aku lalui. Pengalaman, guru terbaik dalam hidup.
Experience is the best teacher! Moga aku diberikan kekuatan untuk terus menulis dari semasa ke semasa. Secara puratanya 12 entri sebulan termasuk 2 carta (yang perasan tak hengat, very the syok sendiri)! Bi iznillah~ Jom potong kek!


Selamat Hari JADI ~

Alhamdulillah! Aku genap 26 tahun. Semoga kematangan mengiringi usia hendaknya, dan semoga tahun ini menJADI lebih baik daripada tahun sudah-sudah.

Apa matlamat seterusnya? Aku sudah memiliki segulung ijazah, sudah bertunang dan menuju ke gerbang perkahwinan. Aku juga sudah ada 'tapak' kareer yang boleh dikembangkan potensinya. Alhamdulillah. Syukur dengan apa yang ada. Moga urusan lain dipermudahkan-Nya.

Banyak lagi yang berlegar di minda. Kereta idaman? Rumah idaman? Anak-anak? Keluarga yang bahagia. Nak sambung Master? Dan paling penting, mahu jadi Hamba Allah yang semakin tawadhu' dan anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya. Amiiiin~

p/s : Sangat terharu apabila ramai pulak yang ucap selamat dengan menconteng dinding Fesbuk dan memberi hadiah ilusi optik! Haha

Monday, February 22, 2010

JADI tak JADI

JADI tak JADI! Begitulah tajuk entri kali ini.

Apa ceritanya pula? Ceritanya mengenai cabaran dan harapan. Cabaran yang perlu disahut setelah ramai orang sekeliling meletakkan harapan. Bermain dengan harapan adakalanya mengundang rawan. Bisa membawa kekecewaan bersama. Namun, sekiranya kita berjaya mengatasi setiap halangan, itulah dia namanya kejayaan.

Siapa yang berjaya? Bagaimana caranya kita berjaya? Apakah makna kejayaan? Adakah kejayaan itu menjamin kebahagiaan dan keberkatan hidup?? Berjaya itu subjektif. Kita akan berjaya, dengan cara kita sendiri. Kita akan berjaya melalui mata yang melihat dan menilai diri kita. Persoalannya ialah MATA SIAPA? Mata sendiri atau mata orang lain? Jelas, berjaya itu subjektif.



Macam-macam definisi berjaya. Semua orang akan berjaya, tetapi bukan dalam semua bidang yang diceburinya. Mungkin seseorang itu dilihat berjaya dari sudut akademik ataupun kareer, tetapi mungkin gagal dalam percintaan, perkahwinan atau membina institusi kekeluargaan. Ada orang bergelut untuk berjaya mendapat kerja yang stabil/kukuh, tapi mungkin berjaya meraih cinta sejati seterusnya berjaya membawa percintaan tersebut ke kemuncaknya.

Mungkin juga ada mereka yang berjaya dalam kedua-duanya, kareer dan keluarga, tetapi mungkin gagal dalam aspek kesihatan seperti menderita penyakit kronik dan sebagainya. Itulah ujian Allah untuk hamba-Nya. Sudah terang lagi bersuluh, di dalam Surah Al-Mulk, ayat kedua yang bermaksud "DIA yang menjadikan HIDUP dan MATI untuk menguji di kalangan kamu siapakah yang PALING BAGUS/ELOK amalannya"

Berbicara mengenai cabaran dan harapan. Ramai yang mengaku kalah awal-awal. Belum apa-apa lagi sudah kecundang! Apa maknanya ini? Begini, aku selaku bekas pelajar sekolah agama telah melalui pengalaman sebegini. Begitu juga sahabat-sahabat Ma'ahad yang turut mengalami peristiwa yang sama.

Mentang-mentang kami lepasan sekolah agama, maka harapan masyarakat ialah yang elok-elok saja. Yang baik-baik saja. Yang mengharumkan nama sekolah, bukan sebaliknya. Realitinya, bukan semua orang mampu menjadi yang terbaik, tetapi hanyalah sekadarnya (ore klate kata sekodar jah) malah lebih teruk lagi ada yang langsung tak mencerminkan lepasan budak sekolah agama.

Bukan salah institusi agama, bukan juga salah 'nama' sekolah yang terpaksa dibawa, tetapi kini tibalah masanya kita berdiri atas kaki sendiri. Bebas, tidak terikat dengan peraturan yang menjadi rutin harian suatu ketika dahulu. Ilmu di dada masih belum cukup tetapi sudah mampu menjadi bekalan apabila membawa diri keluar daripada kepompong 'peraturan sekolah'. Bebas daripada pantauan ibu bapa di rumah.

Inilah pesanan orang tua aku tiap kali mahu berangkat 'keluar dari rumah'. Ketika menuju ke sekolah, ketika menghala ke asrama, ketika melangkah kaki ke gerbang menara gading, ketika memasuki alam pekerjaan. Jaga diri, jaga maruah diri, jaga nama baik keluarga!

Setiap kali kita melakukan kesalahan, sejenak saja kita melakukan kemungkaran, sejurus saja kita melakukan kerosakan di muka bumi ini dengan tangan sendiri, kita bukan saja memalukan diri sendiri, TETAPI dalam masa yang sama, kita telah menjatuhkan nama baik keluarga apabila orang tanya "Hang anak siapa?". Kita juga memalukan guru-guru kita, dan mencemar dan mencalari imej baik sekolah apabila orang tanya "Ngaji mano? Oh.. sekoloh ma'ahad.. sekoloh arab, tapi tokleh harap"

Betapa besarnya menyahut cabaran! Cabaran untuk mengeheret sama 'nama orang sekeliling' kita ke mana saja kita berada. Ke mana saja hala tujunya.. tak kira di mana destinasinya. Apa maknanya? Definisi 'nama orang sekeliling' kita merupakan 'nama-nama' yang kita perlu jaga air muka mereka. Jangan sesekali menconteng arang ke muka sendiri, kelak 'nama' orang lain busuk sama umpama orang menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri.

Kita membawa harapan nama-nama orang sekeliling kita. Lebih berat lagi jika kita membawa nama-nama yang dianggap besar. Kau budak sekolah agama! Kau anak Tok Imam! Kau anak YB! Kau anak Tok Penghulu! Kau anak ketua kampung! Kau anak Doktor, pakar motivasi! Kau anak peguam yang disegani! Kau budak universiti! Kau budak UIA! Kau budak MCKK! Kau budak TKC! Kau anak... bla..bla..bla.. Jika diperhalusi ayat mereka, kita hanyalah 'anak' kecil yang masih belajar daripada kesilapan.

Segala asal-usul kita akan dikorek semahu-mahunya, dan perkara yang paling memalukan ialah apabila kita menjatuhkan maruah agama Islam! Pakai tudung, tetapi 'kantoi' bersekedudukan. Pakai kopiah, tetapi kena tangkap mencuri. Namanya Islam, selalu nampak solat jemaah, rupa-rupanya... Dulu belajar sekolah tahfiz,tetapi sekarang bukan sekadar tak pakai tudung, tapi tak cukup kain! Adakah ini salah agama Islam? Adakah ini salah orang tua kita? Adakah ini salah sekolah kita? Salah cikgu kita?

Manusia memang cepat menjatuhkan hukuman. Lekas benar mengadili orang dengan sebelah mata. Hakikatnya, Islam tak pernah salah kerana Islam itu indah. Islam itu nasihah. Yakni teguran.. bersifat mendidik. Islam itu bagus, baik, cuma penganutnya saja belum cukup bagus dan baik, kerana semulajadi manusia itu bukan sempurna.

Maka hal ini lah menyebabkan segelintir 'kawan-kawan yang kita suka', orang sekeliling kita, tak berani. Jadi pasif. Ramai yang rela menyepikan diri. Aku ambil contoh sahabat-sahabat Ma'ahadku. Kalau di Kelantan, sebut saja nama sekolah Ma'ahad (walaupun Ma'ahad ni perkataan Arab yang bermaksud sekolah! Sekolah sekolah! Haha), semua orang tahu sekolah yang terletak di Kota Bharu itu, semua orang kenal sekolah agama yang menghasilkan produk yang baik itu, semua orang mahu masukkan anak-anak mereka ke situ dengan 'harapan', semua orang meletakkan 'harapan' yang tinggi kepada sekolah Ma'ahad.

Umpama kilang.. yang menghasilkan produk yang gah! Namun tetap ada calar-balarnya, masih ada cacat-cela nya. Kami produk-produk Ma'ahad, ada yang menjadi 'toyyib'.. tetapi ada juga yang kurang menjadi. Tetapi ramai yang memilih untuk menjadi yang sedang-sedang saja, biasa biasa aja. Pendek kata, ramai yang menjadi daripada tak menjadi. Menjadi apa? Menjadi orang lah.. jadi manusia.. hidup dengan tenang, aman damai.

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, namun masih ada sahabat-sahabat yang sepi. Tak mahu bercampur-gaul dah dengan budak-budak Ma'ahad. Tak mahu 'kecek Klate' sudah. Agas! Memang ada yang agas tetapi perlu diingatkan, ada juga yang malu. Malu nak mengaku budak sekolah agama. Sebabnya.. 'harapan', persepsi atau orang putih kata 'expectation'! "Sekarang aku dah lain. Tak macam dulu. Jauh berubah" Tak menjadi!

Kata mereka (segelintir), "aku mahu melupakan zaman Ma'ahad, dulu aku budak nakal, kena buang sekolah, lepas tu, kalau jumpa kawan-kawan, aku rimas dengan 'intebiu', suka soal macam-macam, aku sambung belajar kat mana, sekarang buat apa, kerja apa, perkembangan terkini, kenapa tak buat Fesbuk dll? Aku tak menjadi seperti semua orang harapkan"

Aku cuma nak bagi satu pandangan saja buat sahabat-sahabat aku yang berfikiran sebegini, apa jua yang berlaku, yang telah berlaku, kita tutup buku lama, sekarang kita buka lembaran baru, tak kira dah walau di mana saja kau berdiri sekarang, apa saja kau buat sekarang, kita telah cukup matang. Masing-masing dah besar..dah boleh fikir semasak-masaknya. Jadi tak jadi bukan lagi persoalannya.

Usah ditangisi masa silam, jangan takut menghadapi masa depan. Sebab kita hanya merancang, DAN ALLAH itu sebaik-baik perancang. Manusia berubah. People changed. Dulu kita tengok dia alim, tetapi kini 'zalim' kepada diri sendiri. Dah tak macam orang. Dulu nakal tahap gaban. loni warak tahap wali. Ada yang dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Fizikal mahupun Perangainya. Dulu kurus saja.. sekarang macam bapa orang sudah. Dulu 3G, sekarang dah slim macam Aizat.

Apa-apa pun inilah manisnya iman, indahnya hidup bersaudara, kita berkawan menjadi sahabat, bertemu dan berpisah kerana ALLAH! Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah! Terus-terang cakap, zaman kita mula akil baligh menujadi dewasa, membesar bersama-sama selama 6 tahun, itulah zaman paling terbaik di bumi Ma'ahad mengajar aku erti hidup. Membuka mata seluas-luasnya, aku tak menyesal walaupun kena masuk Peralihan setahun!

Gambar tahun 1997 - AMML

Gambar terkini - 2010 - X-MML

Jadi tak jadi bukan soalnya. Apa yang penting ialah apa yang masih melekat di ingatan AKU ialah kenangan di Asrama MML contohnya. Setiap kali menjelang cuti sekolah, pihak AJK asrama akan membuat majlis Wida' pada malam terakhir di asrama sebelum masing-masing balik keesokan harinya. Semua orang buat halaqah(bulatan) di dalam masjid. Seterusnya berselawat, bersalam-salaman, bermaaf-maafan antara satu sama lain. Ada yang dah dekat satu semester tak bertegur sapa akhirnya keadaan pulih, kembali normal. Biduk berlalu, kiambang bertaut. Lebih manis lagi, lagu Doa Perpisahan menjadi iringan. Sangat nostalgik~ Banyak lagi peristiwa di Ma'ahad yang masih segar di ingatan aku selaku pelajar SPM batch 2002!




Sunday, February 21, 2010

JADI mangsa :(

Kalau lah malang itu boleh dibau... dihidu... maka aku boleh elakkannya daripada berlaku. Justeru, benarlah pepatah malang tak berbau.

Apa yang malang ni? Malang... Bukan gaya orang Terengganu menyebut 'malam' ya. Tetapi, malang merupakan nasib kurang baik, iaitu inilah qada' dan qadar Allah. Percayakan rukun iman yang keenam, Qada' bermaksud ketentuan, dan Qadar bermakna pelaksanaan, maka apa yang telah ditentukan Allah, telahpun dilaksanakan-Nya buat insan kerdil serba daif ini.

Aku manusia... yang sering diuji. Selalu diduga. Apakah kita sentiasa mengingati-Nya setiap masa? Adakah kita bersyukur dengan segala nikmat, dan bersabar dengan segala musibah yang melanda. Dush~ Sakit juga satu nikmat. Sakit juga merupakan kifarah.. menebus dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Aku sebenarnya bukan bernasib malang, bukan juga bernasib kurang baik, cuma mungkin aku telah tersalah memilih jalan ketika di persimpangan. Mahu ke kiri atau ke kanan?? Putih atau hitam?? Dosa atau pahala?? Syurga atau neraka?? Itulah soalan 'objektif' yang perlu dijawab. Ya atau Tidak?? Orang puteh kata close-ended questions.

Hidup ini memang banyak pilihan. Bezanya kita bijak atau tidak membuat pilihan. Banyak ruang dan peluang untuk kita ubah diri kita, tetapi mengapa jalan sempit juga yang menjadi pilihan? Adakah minda kita telah disempitkan dengan SATU matlamat??

Terngiang-ngiang di telinga ini, bait-bait lirik lagu Suratan atau kebetulan "walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati"

Al-kisahnya, aku mahu berkahwin, tetapi masih tercari-cari kerjaya yang sesuai, yang kena dengan jiwa. Duit masih belum mencukupi bagi menampung 'belanjawan' untuk hari pernikahan. Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ (ingat skrip 'astro' ini)

Maka, aku telah 'menyempitkan' fikiran aku dengan SATU matlamat saja, iaitu DUIT. Aku dah tak kisah kerja apa, janji halal, janji dapat duit. Maka aku dengan penuh konfidennya menolak mentah-mentah peluang bekerja dengan VADS (tahun 2008) lalu rela menjadi research assistant (RA) atau istilah yang lebih tepat rileks ajer. Konon nak buat Master, alih-alih tak jadi.

Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Mahu cari kerja tetapi masih tak dapat sebab tiada pengalaman, maka aku dihubungi orang Career Excel yang menawarkan aku menjalani kursus di bawah Khazanah, iaitu program GEMS batch pertama. Tak pasal-pasal, hasil resume yang aku 'campak' ke merata tempat mendapat respon.

Aku mendapat panggilan bekerja secara kontrak(sambilan) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Maka aku menolak mentah-mentah program GEMS itu. Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Maka, aku mula bekerja di KKM. Gaji memang mahsyuk. Maka tercapailah matlamat aku mahu kumpul duit untuk kahwin. Alhamdulillah.

Kusangka hujan di tengahari, rupanya hujan di pagi hari lagi. Kontrak aku habis atas sebab-sebab tertentu. Maka, mula meracau~ merayau mencari kerja demi sesuap nasi. Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Aku sekali lagi mendapat tawaran mengikuti program GEMS, tetapi batch ketiga sudah.

Maka aku mula menjalani hari-hari yang tenang, penuh indah bersama budak-budak GEMS. Seronok bersama Red Spicy, kelas BI dan semua peserta. Habis bahagian pertama, aku akan ditempatkan di sebuah kilang di Kota Damansara selama 6 bulan. Dalam masa yang sama, aku juga mendapat tawaran bekerja dengan JIM (dapat RM 1500 sebulan tu) tetapi gara-gara kononnya aku mahu fikir matlamat jangka masa panjang iaitu DUIT juga, mungkin aku akan diserap bekerja tetap di kilang itu sebagai engineer dengan gaji yang lebih daripada RM 1500, maka aku menolak JIM mentah-mentah.

Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Aku dengan yakinnya mencari rumah sewa sekitar Damansara secepat mungkin, dan akhirnya dapat sewa bilik di Flora Damansara RM240 sebulan(termasuk bil api+air). Tiba-tiba semangat nak jadi engineer walaupun masa GEMS menolak, dan menafikan sekeras-kerasnya, mahu kerja admin katanya. Hakikatnya aku memang tahu aku tak akan dapat jadi engineer. Alih-alih, enjin pun aku tak dapat. Near saja yang dapat. Dekat saja. So near yet so far.

Rupa-rupanya company itu, Innopeak langsung tak tahu-menahu akan menerima budak GEMS di tempat mereka. Dalam erti kata yang lain, GEMS Malaysia macam tak buat kerja. Lepas tangan. Innopeak pula terus-terang bahawa mereka tak akan serap kami (5 orang) kalau ya pun placement(on job training) di situ. Maka sekali lagi guna senapang. Mahu berburu. Tapi bukan masuk hutan, sebaliknya meredah masuk aka walk-in interview saja di mana-mana. Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Aku tak kisah kerja apa, janji halal, janji dapat duit.

Maka aku dipanggil oleh satu syarikat untuk ditemuduga. Di Plaza Sentral, sebelah KL Sentral. Nama syarikat itu, Gorgeous Chain Sdn. Bhd. (nama tak mahu kalah, tapi penipu! Sabar, nak cerita lah ni). Prosedur temuduga berjalan dengan lancar, aku berbahasa Inggeris dengan penuh keyakinan. Memang ramai yang datang untuk temuduga. Tempat temuduga pun banyak macam gambar bawah ni.


Class kan? Selang 2 ke 3 hari, aku dihubungi lagi. Aku BERJAYA. Katanya.. walaupun sekadar HARAPAN PALSU! Rupa-rupanya yang interview aku hari itu General Manager, Kak Zura namanya. (Harap muka saja cantik tapi menipu). Aku teringat soalan cepumasnya ketika ditemuduga, apa yang anda tahu pasal syarikat ini, Gorgeous Chain Sdn. Bhd? Aku dah Google sebelum tu, tapi memang TIADA maklumat! Aku mengaku saja lah. Tak sempat.

Katanya, syarikat ini merupakan syarikat kewangan (financial company) jadi konsultan untuk individu ataupun mana-mana syarikat. Maka aku bertambah yakin, inilah tempatnya aku boleh kembangkan kareer. Aku mula bekerja pada 5 Januari 2010, hari Selasa. Aku dimasukkan ke dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. Aku, Linda, Lyn, Herman, Ijan dan Lei Fong (yang diminta supaya ada nama English). Kami ada seorang ketua ataupun Senior manager bernama Puan As. Tapi dia suruh panggil Kak As saja. Sebagai Senior Manager, Kak As ni memang (bajet) baik, nak lunch sama-sama konon, tetapi dia sebenarnya mengawasi pergerakan kami. Apa yang kami bualkan, apa yang kami diskus terutama keraguan kami mengenai 'status' kami.

Pelik! Kami masih tak dapat offer letter yang menyatakan gaji pokok kami, ada EPF ke tak dan sebagainya. Kena hold. We have better scheme, katanya. Kami diberi jawatan Admin Executive, tetapi tugasnya ialah membaca graf setiap hari yang ada sell new, sell closed, buy new, buy close, uptrend, downtrend, sideway yang merepek-repek tiada kaitan langsung dengan kerja Admin! Lepas tu ada satu monitor tunjuk pergerakan graf, belajar predict market, kalau naik dapat profit, turun pun dapat profit. Two-way market katanya!

Rupa-rupanya Gorgeous Chain merupakan syarikat yang berbisneskan air liur! Buat foreign exchange ataupun forex tetapi secara illegal! Patut pun website tiada. Nak google pun tak dapat. Diorang ada tunjuk lesen fotostat diorang berdaftar dengan SSM(suruhanjaya syarikat malaysia) tetapi bila aku tanya lesen daripada BNM(Bank Negara Malaysia), terkedu pula mereka. Moga pendedahan ini dapat MEMBANTU mereka yang sedang ditipu dan akan tertipu nanti. Moga-moga, bila anda google, anda ketemu blog yang mendedahkan penipuan ini.


Inilah pintu masuknya. Passwordnya ialah tekan nombor 1 enam kali. Mereka hanya mahukan investor semata-mata. Setiap hari ada interview di syarikat itu yang berpangkalan di tingkat 18, blok 2A, Plaza Sentral. Mereka hanya mahukan potential investor. Setiap hari mahu update perkembangan terkini. Ada tak orang berminat nak invest dalam forex! Aku pun sedap juga lah goreng si As tu, kata kawan anak Datuk lah, saudara mara kat kampunglah, bajet nak dapat TF! TF tu macam elaun tambahan, umpan baik punyalah kiranya. Kalau anda dapat seorang, anda akan terus dinaikkan pangkat sebagai Manager. Itu semua penipu.

Si As tu harap saja pakai tudung, tetapi menjatuhkan maruah dan mencalar imej orang bertudung. Kau memang ratu propa. Semua ayat dia setiap hari tertulis dalam skrip. Scripted! Mereka dah biasa buat kerja ni. Modus operandinya sama. Putar alam saja. Sudah-sudahlah menipu orang. Aku berjaya menarik semua ahli kumpulan aku agar berhenti. Moga-moga mereka yang dapat offer ke syarikat itu dan yang seangkatan dengannya seperti Elegant Destiny(masing-masing nama tak mahu kalah!) di Menara Ambank, Bangsar pun sama. Tunggu masa saja kena ambush dengan SSM! Kami ada bukti.

Terima kasih tidak terhingga kepada housemate aku, Pian yang memberi petanda awal aku akan kena tipu. Tidak lupa juga Awin(RS GEMS) dan Suzie(Prime House, GEMS) sekaligus menyuruh aku lari dan daftar diri dengan syarikat Kelly Services.

Sudah! Aku ulang-alik ke sana 8 hari saja. Tiada gaji! Habiskan minyak motor, habiskan duit beli lunch yang mahal, habiskan tenaga. Lei Fong lagi kesian, kena bayar parking RM 48 setiap hari. Banyak lagi bukti penipuan mereka tetapi cukuplah sampai di sini. Aku harap pendedahan ini mampu menyelamatkan mereka daripada terus tertipu. Lagi banyak yang tertipu, maka lebih banyak yang menjadi mangsa seperti aku.

Aku telah menjadi mangsanya. Aku mengaku kalah. Aku pasrah. Tetapi ada aku kisah?? Sebab aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Alhamdulillah. Kelly Services mengaturkan temuduga, bertulis dan oral. Dan kini, aku bekerja dengan VADS. 100% syarikat bawah TM. Aku nampak masa depan aku di sini. Aku nampak potensi aku untuk mengembangkan kareer aku di sini. Alhamdulillah. Bila renung-renung balik. Macam putaran roda, aku kembali ke cerita asal tahun 2008.

Kalaulah aku kerja VADS sejak dari awal lagi?? Betul, adakalanya makin jauh kita lari dari sesuatu benda, makin dekat ia menghampiri kita. Percaya tak? Selama mana kita berlari, selagi kita tak berhenti dan berdepan dengannya, ia takkan selesai. Walaupun Amin(contoh) tak suka Matematik, tetapi dapat tawaran universiti belajar Akaun! Walaupun aku tolak VADS mentah-mentah pada awalnya, tetapi aku kini bersama VADS. Walaupun aku menolak GEMS batch pertama, tetapi akhirnya aku join GEMS batch 3. Walaupun aku tak mahu jadi engineer, tetapi akhirnya aku juga akan menjadi seorang engineer! Boleh??

Aduhai~ Tak baik mengeluh. Jangan ada perkataan "kalau"! Jangan SEMPITKAN minda dengan SATU matlamat semata-mata iaitu DUIT. BUKA seluas-luasnya peluang dan ruang memperkasakan diri supaya berada di kelas/liga tersendiri. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan. Cukup rasanya sampai di sini. Walaupun aku jarang membuat pilihan yang tepat dalam memilih kareer, tapi besar harapanku agar bakal isteri aku kelak merupakan pilihan TERBAIK. Bawaku terbang merentas Laut Cina Selatan.

Tuesday, February 16, 2010

JADI dilema ni..

Dilema?? Dilema apa pulak dah ni?? Cuba perhatikan gambar di bawah, apa yang anda nampak? Apa yang anda boleh baca?


SAF KANAK-KANAK BERMULA DARI SINI.

Itulah yang tertera di atas papan warna putih itu. Ini merupakan suasana dalam sebuah masjid di TTDI.

Jadi, apa yang dilemanya??

Dilemanya ialah, wajar atau tidak memisahkan kanak-kanak daripada jemaah. Kalau wajar, sejauh mana penguatkuasaannya? Setakat mana keberkesanannya.

Aku teringat masa aku kanak-kanak dulu. Setiap kali datang ke masjid, Papa tak suruh pun aku duduk bersama kanak-kanak lain. Papa terus meluru ke depan tanpa menoleh ke belakang. Membiarkan aku terkulat-kulat, terkontang-kanting tiada arah. Nasib baik ada Cici.

Lambat laun, lama kelamaan aku semakin biasa. Semakin berani dengan apa yang ada di sekeliling. Kalau kena kurung luar rumah, aku semakin berani dengan gelap. Nak takut apa dengan kegelapan di luar rumah? Hantu?? Begitulah caranya Papa membina keberanian dan keyakinan anak-anak lelakinya. Kalau tiba-tiba black-out (rumah lama kami di Taman Jasa, Sungai Tua, Gombak memang kerap berlaku black-out. Tak macam Putrajaya), aku boleh berlagak cool pulak.

Apa kaitannya dengan gambar di atas??

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. orang kata. Mendidik isteri biarlah dari malam pertama lagi =P Mendidik anak biarlah dari kecil. Umpama orang mengukir di atas batu, bukannya mengukir di atas air. Baru ada kesannya.

Ada sesetengah bapa/ayah/papa mengajar anak-anak (lelaki terutamanya) supaya menjadi kaki masjid. Biasa dengan masjid. Tak malu jejakkan kaki ke masjid. Anak-anak akan diminta supaya menderma ke tabung masjid, supaya terbiasa dengan amalan bersedekah. Berjimat-cermat. Belajar menabung tetapi dalam masa yang sama tak mementingkan diri sendiri. Bukankah tangan yang memberi itu lebih mulia? Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.


Niat baik itu adakalanya disalahertikan. Bukan semua kanak-kanak berani. Semuanya melibatkan masa. Ada anak-anak yang tak rela berenggang daripada ayahnya ketika di luar. Inilah DILEMA yang sebenarnya. Mahu bawa anak di sisi setiap masa ATAU pisahkan saja, biarkan mereka sendiri. Pandai-pandailah nak hidup! Kejam tak??

Benda ni akan lebih jelas setiap hari Jumaat atau Ketika sembahyang hari raya. Kalau di Masjid Sungai Tua, ada seorang pakcik tua yang sangat famous di kalangan kanak-kanak. Kerjanya ialah memisahkan kanak-kanak daripada bapanya. Dia memang tak peduli. Pakai tarik je anak orang supaya kanak-kanak dikumpulkan di satu tempat.


Tujuannya, supaya kanak-kanak ni tak berborak, atau bersembang bagai nak rak ketika khatib sedang berkhutbah. Siap bawa rotan lagi. Pakcik ni memang akan dibenci oleh kanak-kanak seusia mereka. Macam budak sekolah menyampah dengan cikgu disiplin, macam budak U menyampah dengan Pak Gad, Mak Gad suruh tayang kad matrik. Lebih kurang begitulah.

Selain itu, budak-budak tu kena jawab soalan cepumas "Kau dah bersunat belum??" TEET!

Kena asing pula yang dah bersunat, dengan yang masih berkulup. Haha. Begitulah ceritanya. Hukum?? Aku pun tak berani nak keluarkan fatwa. Sebab sepanjang aku belajar, tak pernah dengar pulak, kanak-kanak yang belum bersunat lagi, tak boleh berdiri satu saf dengan jemaah lain. Sampai boleh batalkan solat ke?? Tapi, cuba kita fikir, kenapa muallaf atau orang yang baru memeluk Islam 'kena potong'??

Budak-budak... tahu apa kan?? Tahu nak seronok saja.


Inilah DILEMA yang kedua. Bila kanak-kanak bersatu. Berkumpul di satu tempat. Kanak-kanak lelaki pulak tu, memang kerjanya buat bisinglah. Main saja kerjanya. Khatib sedang berkhutbah, bapa-bapa lena diulit mimpi, budak-budak pulak kecoh. Habis~ Sedar tak.. Mendengar khutbah itu SYARAT SAH solat Jumaat. Macam mana yang datang lambat?? Tak datang langsung?? Yang minggu ni pergi, minggu depan tak pergi macam kerja shift? Pandai-pandai pula keluarkan fatwa pujangga "Aku baru dua kali tak sembahyang Jumaat.." Sengal~

Ingat senang nak masuk syurga Allah??

Kita kembali ke persoalan utama. Perlu atau tidak asingkan kanak-kanak mengikut saf yang berbeza. Menurut cerita seorang sahabat yang berada di bumi Anbiya', suasana masjid di sana amat berbeza. Kanak-kanak selamba saja di celah-celah mak bapak masing-masing. Entahlah. Dilema betul.

Orang Mukmin di dalam masjid umpama ikan di dalam air. Manakala orang Munafik di dalam masjid umpama burung di dalam sangkar!

JADI alas perut~

Ada rakan menegur.. "Eh, kenapa kau makin kurus? Diet nak kahwin ek??"

Lepas tu, seorang budak ma'ahad pula tegur "Bila nak besar ni??" TEET!

Emm.. apa aku nak jawab. Aku kata mungkin sebab selalu puasa sunat kot. Isnin dan khamis. Bila masa nak bersenam kalau siang malam sibuk dengan kerja. Banyak juga faedah puasa sunat ini. Selain ianya ibadah, puasa juga mendidik nafsu kita. Dan bonusnya ialah kita berdiet secara tidak langsung.

Akan tetapi, semenjak dua menjak ni, akhir-akhir ni, dewasa ini, kebelakangan ini, jadual makan aku memang tak teratur. Jadual tidur aku memang tak teratur. "Jam biologi" aku sudah mula "biol". Gara-gara aku bekerja mengikut waktu shift sekarang. Aku boleh adapt atau serap dengan cepat suasana dan gaya baru ini TAPI ia memakan masa.

It takes time to adapt with new culture & environment. Nasib baik tak culture-shocked saja. Kadang-kadang aku terskip meal yang sememangnya tak baik untuk kesihatan. Boleh jadi gems balik ni kalau makan tak mengikut jadual. Kan? Maka inilah jawapannya...


Roti feberet aku. BEE'S. Lagi best daripada roti Gardenia atau High5 yang harga 60 sen tu. Alaa.. yang ada perisa vanila, coklat, jagung dll tu. Roti ni pun banyak pilihan perisa. Paling best semestinya perisa coklat, kopi putih dan strawberi. Sudahlah sedap.. murah pulak tu. Samah jah! Jimat pun jimat.. kawe kena taruh duit dale tabung nok menikoh esok luso~ My best friend when i have to skip meal time...

Sunday, February 14, 2010

Carta menJADI

Chop! Tweet! Tunggu sat..

Kasi briefing sket. Apa kes ni??

Ok laa.. staright to the point. Terus ke isi penting. Jika sebelum ni, blog ini ada carta HANGAT setiap kali hujung bulan, maka sempena ulangtahun kelahiran PERTAMA blog Hitam Putih Kehidupan - misi si tukang tulis, ada hadiah istimewa untuk pelayar-pelayar di lautan siber ini.

Hadiah baik punya... besar punya. Itulah dia carta MENJADI, yang akan muncul setiap pertengahan bulan, insya allah. Carta apa?? Carta lagu-lagu yang menjadi~ dalam erti kata yang lain, lagu-lagu yang menjadi 'lagu wajib' si tukang tulis.

Mungkin ada (macam ada) yang nak tahu apa lagu kegemaran aku yang selalu diulang pasang sepanjang bulan ini, maka inilah lagu-lagunya. Inilah dia lagu yang baru masuk 'library mp3' yang sedap dan enak dilayan sebegitu saja. Sebanyak 15 lagu yang tiada nombor, disusun secara rambang, secara rawak. Lagu-lagu yang berpotensi jadi best TAPI takde can kita nak dengar di stesen-stesen radio yang memutarkan lagu-lagu klise! Cewah~ Laser nampak??

Betul.. itulah hakikatnya. Hot.FM takkan pasang lagu nasyid punya. Trend sekarang, banyak radio sudah mula terhegeh-hegeh main balik lagu rock kapak yang famous di karaoke jamban. Katanya muzik terbaik.. katanya muzik terkini.. katanya lebih hangat daripada biasa. Kalau mahukan kelainan, dengarlah Muzik.FM... X.FM 100% buatan Malaysia, dan dengarkan juga 89.9 FM.. iaitu Bizz.FM.

Ada 15 lagu?? Kenapa 15?? Suka hati lah.. hehe =P

Sebabnya carta MENJADI disiarkan setiap kali pertengahan bulan, lebih kurang 15 haribulan kan?? Maka 15 lagulah. Sekejap! Tapi hari ni 14 haribulan kan?? Jawapannya, Februari ada 28 hari kan??

Sudah lah.. layan saja carta MENJADI ni;

Maher Zain - For the rest of my life
Lady Antebellum - I run to you

Saujana - Jalan Sehala

Nowseaheart - Inspirasi

Daughtry - Tennessee Line

Gavin de graw - Cheated on me

The times - Picagari

Adam Lambert - Whataya want from me

Muse - Undisclosed desires

Ramlah Ram - Radang Rindu

Naizle - Pendeta

Lenka - Trouble is a friend

Mawi & Diana Danielle - Penyembuh rindu

Hujan - Kau harus ada

Datuk CT - Tahajud Cinta


14 Februari - JADI ingatan, JADI sambutan??

14 Februari?? Perlu ke?? Apa yang mahu diingat, apa yang mahu disambut?? Motif~

Memang setiap tahun aku dan keluarga meraikan tarikh 14 Februari. Ya! TAPI bukan sebab Valentine yang entah apa-apa (macam orang bodoh pun ada bagi mereka yang menyambutnya tanpa pakaian dalam). Bukan juga kerana sambutan Tahun Baru Cina, sebab kebetulan tarikh 14 Februari 2010, sama dengan Tahun Baru Cina, Tahun Harimau! Auuum~



TAPI, hakikat sebenarnya, kami sekeluarga meraikan tarikh 14 Februari sempena ulangtahun perkahwinan Mama dan Papa kira-kira 27 tahun yang lalu. Tahun 1983, ada ke acara Valentine bagai ni?? Semuanya kebetulan...

Kan?? Kiranya Februari ni banyak tarikh penting (3 Februari hari jadi adik Ya) termasuk ulangtahun kelahiran aku, 25 Februari nanti. Oh, ya.. 25 Februari nanti juga genap SETAHUN usia blog ini. Hehe. Alhamdulillah, bertahan juga blog ini selama setahun. Blog ini ada nilai estetikanya.. ada nilai sentimental yang tersendiri. Sebabnya, blog inilah salah satu punca yang menghubung dan merapatkan hubungan antara dua jiwa, aku dan dia. Ada kisahnya.

Justeru, bagi membuktikan lagi keteguhan cinta kami, di samping merakam momen terindah kami bersama, aku mendedikasikan DUA buah lagu yang romantik ini untukmu sayang nun jauh di Boerneo sana. Lagu pertama, dendangan Maher Zain, For the rest of my life,




For The Rest Of my Life


I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


Lagu kedua, Lady Antebellum - I run to you.. Lagu country maaa..~



I run to you

I run from hate
I run from prejudice
I run from pessimists
But I run too late

I run my life
Or is it running me?
Run from my past
I run too fast
Or too slow it seems

[Bridge]
When lies become the truth
That's when I run to you

[Chorus]
This world keeps spinning faster
To a new disaster, so I run to you
I run to you, Baby

When it all starts coming undone
Baby, you're the only one I run to
I run to you

We run on fumes
Your life and mine
Like the sands of time
Slippin' right on through

[Bridge]
Our love's the only truth
That's why I run to you

[Chorus]
This world keeps spinning faster
To a new disaster, so I run to you
I run to you, Baby

When it all starts coming undone
Baby, you're the only one I run to
I run to you

Oh oh, oh I run to you

[Chorus]
This world keeps spinning faster
To a new disaster, so I run to you
I run to you, Baby

When it all starts coming undone
Baby, you're the only one I run to
I run to you, I run to you
Yeah

Oh oh, oh I run to you
I'll run to you girl
Oh Oh


Lagu ketiga?? TEET~ Aku telah menulis sebuah lagu istimewa menjelang hari perkahwinan kami. Ewah.. ewah.. tak nak kalah. Nak lawan Siti Nurhaliza ke?? TEET~ Takde maknanya. Dah ilham tu datang mencurah-curah, apa salahnya. Memang ini projek syok sendiri pun =)

Nak dengar?? Nantikan... susunan muzik Wan MS. Lembahan cinta!

Sunday, February 7, 2010

JADI perhatian.. JADI tumpuan..??

Oh.. 2 minggu menghilang. Penat dengan kehidupan?? Leka dengan kehidupan?? Bosan?? Itulah warna kehidupan. Hitam putih kehidupan. Namun kita masih ada upaya mewarnainya dengan warna yang lebih ceria. Kita mampu mencoraknya mengikut bentuk yang kita suka.

Aku sendiri tak pasti, sejak kebelakangan ini banyak perkara yang sangsi menjadi teka-teki. Nak main teka silang kata?? Jigsaw puzzle?? Isikan tempat kosong dengan jawapan yang BETUL. Adakalanya kita terhibur.. tapi mungkin tidak.

Sama juga halnya dengan peristiwa DUA anugerah yang besar ini. Besar di mata industri, mungkin kecil pada pandangan sesetengah orang. Mungkin jika anda seorang aktivis atau penggiat seni, ataupun pemerhati dan pengikut perkembangan semasa, maka anugerah ini menjadi perhatian, menjadi tumpuan dan menjadi kayu pengukur kepada tahap keupayaan 'karya' sendiri. Sumber inspirasi...

Adakalanya ia dicedok 100% tanpa melibatkan sebarang kajian terperinci. Membuta tuli sahaja usahanya. Hasilnya, maka lahirlah karya 'ala-ala' atau lebih tepat lagi dengan istilah 'copycat'. Wujudnya istilah Michael Jackson Malaysia, Julia Roberts Malaysia, Johnny Depp Malaysia, Norah Jones Malaysia, Beyonce Malaysia, dan macam-macam lagi termasuk Miley Cyrus Malaysia.. walaupun... lagu sebijik Avril Lavigne. Haha.

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) diinspirasikan daripada Anugerah Grammy yang mengiktiraf karya muzik. Kalau di sebelah sana(Hollywood) ada Anugerah Oscar, maka di sebelah sini(Malaysia), anugerah ala-ala Oscaranya ialah Festival Filem Malaysia yang mengiktiraf karya perfileman. Anugerah Golden Globe pula ala-ala Anugerah Skrin. Eh, silap! Anugerah Skrin itu ala-ala Anugerah Golden Globe! Baru betul.

Nampak sangat hala tuju industri berkiblatkan Hollywood. Sejauh mana tahap peningkatan mutu, atau penambahbaikan yang berkembang?? Tepuk dada, tanya selera. Sekurang-kurangnya kewujudan anugerah ini mengiktiraf mereka yang TERBAIK, yang mempertaruhkan BAKAT, yang dinilai oleh JURI. Bukan sekadar mempertaruhkan RUPA, dan mendambakan POPULAR semata-mata, walaupun itulah yang dimahukan PEMINAT.

Jom kita lihat antara pemenang Anugerah Grammy baru-baru ini yang telah didominasi oleh Beyonce, Taylor Swift dan Lady Gaga. (p/s: ada ulasan mengatakan Anugerah Grammy mengejar rating, maka pemenangnya yang popular saja. Benarkah??)


Record Of The Year
Award to the Artist and to the Producer(s), Recording Engineer(s) and/or Mixer(s), if other than the artist.

Winner
Use Somebody
Kings Of Leon
Jacquire King & Angelo Petraglia, producers; Jacquire King, engineer/mixer
[RCA Records]

Album Of The Year
Award to the Artist(s) and to the Album Producer(s), Recording Engineer(s)/Mixer(s) & Mastering Engineer(s), if other than the artist.

Winner
Fearless
Taylor Swift
Colbie Caillat, featured artist; Nathan Chapman & Taylor Swift, producers; Chad Carlson, Nathan Chapman & Justin Niebank, engineers/mixers; Hank Williams, mastering engineer
[Big Machine Records]

Song Of The Year
A Songwriter(s) Award. A song is eligible if it was first released or if it first achieved prominence during the Eligibility Year. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.

Winner
Single Ladies (Put A Ring On It)
Thaddis Harrell, Beyoncé Knowles, Terius Nash & Christopher Stewart, songwriters (Beyoncé)
Track from: I Am... Sasha Fierce
[Music World Music / Columbia; Publishers: Songs of Peer/March 9th Publishing, 2082 Music/WB Music Publishing, Sony/ATV Tunes, Suga Wuga Music, B-Day Publishing/EMI April Music.]

Best New Artist
For a new artist who releases, during the Eligibility Year, the first recording which establishes the public identity of that artist.

Winner
Zac Brown Band

Best Female Pop Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.

Winner
Halo
Beyoncé
Track from: I Am... Sasha Fierce
[Music World Music / Columbia]

Best Male Pop Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.

Winner
Make It Mine
Jason Mraz
Track from: We Sing. We Dance. We Steal Things.
[Atlantic]

Best Pop Performance By A Duo Or Group With Vocals
For established duos or groups, with vocals. Singles or Tracks only.

Winner
I Gotta Feeling
The Black Eyed Peas
Track from: The E.N.D.
[Interscope Records]

Best Pop Collaboration With Vocals
For a collaborative performance, with vocals, by artists who do not normally perform together. Singles or Tracks only.

Winner
Lucky
Jason Mraz & Colbie Caillat
Track from: We Sing. We Dance. We Steal Things.
[Atlantic]

Best Pop Instrumental Performance
For solo, duo, group or collaborative performances, without vocals. Singles or Tracks only.

Winner
Throw Down Your Heart
Béla Fleck
Track from: Throw Down Your Heart: Tales From The Acoustic Planet, Vol. 3 - Africa Sessions
[Rounder]

Best Pop Instrumental Album
For albums containing 51% or more playing time of INSTRUMENTAL tracks.

Winner
Potato Hole
Booker T. Jones
[Anti]

Best Pop Vocal Album
For albums containing 51% or more playing time of VOCAL tracks.

Winner
The E.N.D.
The Black Eyed Peas
[Interscope Records]

Best Dance Recording
For solo, duo, group or collaborative performances. Vocal or Instrumental. Singles or tracks only.

Winner
Poker Face
Lady Gaga
RedOne, producer; Robert Orton, RedOne & Dave Russell, mixers
Track from: The Fame
[Streamline/Interscope/Konlive/Cherrytree]

Best Electronic/Dance Album
For vocal or instrumental albums. Albums only.

Winner
The Fame
Lady Gaga
[Streamline/Interscope/Konlive/Cherrytree]

Best Traditional Pop Vocal Album
For albums containing 51% or more playing time of VOCAL tracks.

Winner
Michael Bublé Meets Madison Square Garden
Michael Bublé
[143/Reprise]

Best Solo Rock Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.

Winner
Working On A Dream
Bruce Springsteen
Track from: Working On A Dream
[Columbia]

Best Rock Performance By A Duo Or Group With Vocals
For duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.

Winner
Use Somebody
Kings Of Leon
[RCA Records]

Best Hard Rock Performance
For solo, duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.

Winner
War Machine
AC/DC
Track from: Black Ice
[Columbia]

Best Metal Performance
For solo, duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.

Winner
Dissident Aggressor
Judas Priest
Track from: A Touch Of Evil - Live
[Epic]

Best Rock Song
A Songwriter(s) Award. Includes Rock, Hard Rock & Metal songs. For Song Eligibility Guidelines see the Song Of The Year award. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.

Winner
Use Somebody
Caleb Followill, Jared Followill, Matthew Followill & Nathan Followill, songwriters (Kings Of Leon)
[RCA Records; Publishers: Martha Street Music/Songs of Combustion Music/Music of Windswept, Followill Music/Songs of Combustion Music/Music of Windswept, McFearless Music/Bug Music, Coffee, Tea or Me Publishing/Bug Music.]

Best Rock Album
Vocal or Instrumental. Includes Hard Rock and Metal.

Winner
21st Century Breakdown
Green Day
[Reprise]

Best Female R&B Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.

Winner
Single Ladies (Put A Ring On It)
Beyoncé
Track from: I Am... Sasha Fierce
[Music World Music/Columbia]

Best Male R&B Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.

Winner
Pretty Wings
Maxwell
Track from: Blacksummers' Night
[Columbia]

Best R&B Performance By A Duo Or Group With Vocals
For duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.

Winner
Blame It
Jamie Foxx & T-Pain
[J Records]

Best R&B Song
A Songwriter(s) Award. For Song Eligibility Guidelines see the Song Of The Year award. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.

Winner
Single Ladies (Put A Ring On It)
Thaddis Harrell, Beyoncé Knowles, Terius Nash & Christopher Stewart, songwriters (Beyoncé)
Track from: I Am... Sasha Fierce
[Music World Music / Columbia; Publishers: Songs of Peer/March 9th Publishing, 2082 Music/WB Music Publishing, Sony/ATV Tunes, Suga Wuga Music, B-Day Publishing/EMI April Music.]

Best R&B Album
For albums containing 51% or more playing time of VOCAL tracks.

Winner
Blacksummers' Night
Maxwell
[Columbia]

Best Rap/Sung Collaboration
For a Rap/Sung collaborative performance by artists who do not normally perform together. Singles or Tracks only.

Winner
Run This Town
Jay-Z, Rihanna & Kanye West
[Roc Nation]

Best Rap Song
A Songwriter(s) Award. For Song Eligibility Guidelines see the Song Of The Year award. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.

Winner
Run This Town
Jeff Bhasker, Shawn Carter, Robyn Fenty, Kanye West & Ernest Wilson, songwriters (Athanasios Alatas, songwriter) (Jay-Z, Rihanna & Kanye West)
[Roc Nation; Publishers: EMI April Music, Carter Boys Music/Please Gimme My Publishing/EMI Blackwood/Chrysalis Songs/No ID Music/All The Above Publishing/Sony ATV/Annauhi Music/Athanasios Alatas Publishing.]

Best Female Country Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.

Winner
White Horse
Taylor Swift
Track from: Fearless
[Big Machine Records]

Best Male Country Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.

Winner
Sweet Thing
Keith Urban
Track from: Defying Gravity
[Capitol Records Nashville]

Best Country Performance By A Duo Or Group With Vocals
For established duos or groups with vocals. Singles or Tracks only.

Winner
I Run To You
Lady Antebellum
Track from: Lady Antebellum
[Capitol Records Nashville]

Best Country Collaboration With Vocals
For a collaborative performance, with vocals, by artists who do not normally perform together. Singles or Tracks only.

Winner
I Told You So
Carrie Underwood & Randy Travis
[19/Arista Nashville]

Best Country Song
A Songwriter(s) Award. For Song Eligibility Guidelines see the Song Of The Year award. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.

Winner
White Horse
Liz Rose & Taylor Swift, songwriters (Taylor Swift)
Track from: Fearless
[Big Machine Records; Publishers: Sony/ATV Tree Publishing, Taylor Swift Music/Sony/ATV/Care Taker Music/ole]

Best Country Album
Vocal or Instrumental.

Winner
Fearless
Taylor Swift
[Big Machine Records]

Best Compilation Soundtrack Album For Motion Picture, Television Or Other Visual Media
Award to the Artist(s) and/or Producer(s) of a majority of the tracks on the album, or to the individual(s) actively responsible for the concept and musical direction and for the selection of artists, songs and producers, as applicable.

Winner
Slumdog Millionaire
(Various Artists)
A.R. Rahman, producer
[N.E.E.T./Interscope Records]

Best Score Soundtrack Album For Motion Picture, Television Or Other Visual Media
Award to Composer(s) for an original score created specifically for, or as a companion to, a current legitimate motion picture, television show or series or other visual media.

Winner
Up
Michael Giacchino, composer
[Walt Disney Records]

Best Song Written For Motion Picture, Television Or Other Visual Media
A Songwriter(s) award. For a song (melody & lyrics) written specifically for a motion picture, television or other visual media, and released for the first time during the Eligibility Year. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.

Winner
Jai Ho (From Slumdog Millionaire)
Gulzar, A.R. Rahman & Tanvi Shah, songwriters (A.R. Rahman, Sukhvinder Singh, Tanvi Shah, Mahalaxmi Iyer & Vijay Prakash)
Track from: Slumdog Millionaire - Music From The Motion Picture
[N.E.E.T./Interscope Records; Publisher: KM Musiq.]

Macam-macam kategori lagi ada. Genre yang sangat variasi. Dari rock ke jazz dan tradisional, klasikal, reggae ke runut bunyi ataupun soundtrack. Yang tak pernah dengar pun ada macam New Age, Gospel. Instrumental pun boleh bertanding. Macam-macam lagi. Nak tahu lagi senarai penuh bersama senarai Top 5, klik lah di sini.

Sekarang kita tengok pula senarai akhir Top 5, (Top 10 untuk Filem Terbaik @ Best Picture) bagi Anugerah Oscars :



Best Picture

-Avatar-
-The Blind Side-
-District 9-
-An Education-
-The Hurt Locker-
-Inglourious Basterds-
-Precious-
-A Serious Man-
-Up-
-Up in the Air-

Best Director

Kathryn Bigelow, -The Hurt Locker-
James Cameron, -Avatar-
Lee Daniels, -Precious-
Jason Reitman, -Up in the Air-
Quentin Tarantino, -Inglourious Basterds-

Best Actor

Jeff Bridges, -Crazy Heart-
George Clooney, -Up in the Air-
Colin Firth, -A Single Man-
Morgan Freeman, -Invictus-
Jeremy Renner, -The Hurt Locker-

Best Actress

Sandra Bullock, -The Blind Side-
Helen Mirren, -The Last Station-
Carey Mulligan, -An Education-
Gabourey Sidibe, -Precious-
Meryl Streep, -Julie & Julia-

Best Supporting Actor

Matt Damon, -Invictus-
Woody Harrelson, -The Messenger-
Christopher Plummer, -The Last Station-
Stanley Tucci, -The Lovely Bones-
Christoph Waltz, -Inglourious Basterds-

Best Supporting Actress

Penelope Cruz, -Nine-
Maggie Gyllenhaal, -Crazy Heart-
Vera Farmiga, -Up in the Air-
Anna Kendrick, -Up in the Air-
Mo’Nique, -Precious: Based on the Novel ‘Push’ by Sapphire-

Original Screenplay

-Inglourious Basterds-
-The Hurt Locker-
-The Messenger-
-A Serious Man-
-Up-

Adapted Screenplay

-District 9-
-An Education-
-In the Loop-
-Precious-
-Up in the Air-

Best Animated Feature

-Coraline-
-Fantastic Mr. Fox-
-The Princess and the Frog-
-The Secret of Kells-
-Up-

Best Foreign Language Film

-Ajami- (Israel)
-El Secreto de Sus Ojos- (Argentina)
-The Milk of Sorrow- (Peru)
-Un Prophete- (France)
-The White Ribbon- (Germany)

Art Direction

-Avatar-
-The Imaginarium of Doctor Parnassus-
-Nine-
-Sherlock Holmes-
-The Young Victoria-

Cinematography

-Avatar-
-Harry Potter and the Half-Blood Prince-
-The Hurt Locker-
-Inglourious Basterds-
-The White Ribbon-

Costume Design

-Bright Star-
-Coco Before Chanel-
-The Imaginarium of Doctor Parnassus-
-Nine-
-The Young Victoria-

Documentary (Feature)

-Burma VJ-
-The Cove-
-Food, Inc/-
-The Most Dangerous Man in America: Daniel Ellsberg and the Pentagon Papers-
-Which Way Home-

Documentary (Short Subject)

-China’s Unnatural Disaster: The Tears of Sichuan Province-
-The Last Campaign of Governor Booth Gardner-
-The Last Truck: Closing of a GM Plant-
-Music by Prudence-
-Rabbit a la Berlin-

Film Editing

-Avatar-
-District 9-
-The Hurt Locker-
-Inglourious Basterds-
-Precious: based on the Novel ‘Push’ by Sapphire-

Makeup

-Il Divo-
-Star Trek-
-The Young Victoria-

Music (Original Score)

-Avatar-
-Fantastic Mr. Fox-
-The Hurt Locker-
-Sherlock Holmes-
-Up-

Music (Original Song)

-Almost There- from -The Princess and the Frog-
-Down in New Orleans- from -The Princess and the Frog-
-Loin de Paname- from -Paris 36-
-Take It All- from -Nine-
-The Weary Kind- from -Crazy Heart

Short Film (Animated)

-French Roast-
-Granny O’Grimm’s Sleeping Beauty-
-The Lady and the Reaper-
-Logorama-
-A Matter of Loaf and Death-

Short Film (Live Action)

-The Door-
-Instead of Abracadabra-
-Kavi-
-Miracle Fish-
The New Tenants-

Sound Editing

-Avatar-
-The Hurt Locker-
-Inglourious Basterds-
-Star Trek-
-Up-

Sound Mixing

-Avatar-
-The Hurt Locker-
-Inglourious Basterds-
-Star Trek-
-Transformers: Revenge of the Fallen-

Visual Effects

-Avatar-
-District 9-
-Star Trek-

Nak tahu senarai penuhnya klik di sini. Nak tahu siapa pemenangnya kita sama-sama nantikannya Mac 2010 nanti.

Kesimpulannya, kalau nak tahu drama atau filem atau lagu yang berkualiti untuk dimuatturun (download) maka tengoklah LIMA senarai akhirnya. Yang menang belum tentu TERBAIK di mata atau telinga kita. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Monday, February 1, 2010

JADI Hangat Sepanjang Januari 2010~

Walaupun tirai 2010 baru disingkap, dan Januari sebagai 'kunci' pembukanya, namun itu tak bermakna bulan Januari sekadar suram. Siapa kata Januari tak hangat?? Permulaan yang baik?? Permulaan yang baik tak menjamin pengakhirannya juga menarik! Tanpa buang masa, ayuh kita menaiki darjah kehangatan.

Kali ini ada 6 kategori; dan 3 berita terhangat dipilih bagi setiap kategori:

Kategori F (Paling Suam) : Hiburan.


3. Senarai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah diumumkan.


2. Ada 3 orang juara bulan Januari ini. Juara Lagu menjadi milik Aizat dengan lagu ciptaan Pete Teo, lirik oleh Amran Omar bertajuk PERGI diangkat menjadi juara. Adik Dayana, menjadi juara Idola Kecil musim kedua, manakala peserta bukan Melayu, Lakshman Balakrishnan menjadi juara Irama 1Malaysia anjuran RTM.


1. Pemenang kategori ini -> Air mata lelaki, sebak, pasrah, terharu yang sukar dijelaskan maknanya adalah milik pelakon bertubuh sasa, Fahrin Ahmad. Mungkin hatinya bukan lagi terguris, tapi luka yang mendalam buat kesekian kalinya selepas dituduh baran dan kaki pukul.


Kategori E (Suam) : RencAM.

3. Walaupun masih di awal tahun, tetapi maut tak peduilkan itu semua. Kalau sudah tiba ajalnya, itu yang telah tertulis, maka ia takkan awal, takkan lambat walau sesaat sekalipun. Mungkin lebih ramai yang pergi meninggalkan dunia yang fana ini, namun yang mendapat liputan akhbar hanya 6 nama besar ini. Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam, 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Tun Ghazali Shafie(bekas Menteri Dalam Negeri), Dr. Anuar Nor Arai(pengarah Johnny Bikin Filem-filem durasi paling lama dalam sejarah) bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat atau Tok Mat, pada usia 71 tahun, menteri wanita pertama, Tun Fatimah Hashim, dan mantan Presiden Indonesia, Gus Dur Abdul Rahman Wahid(menjelang 2010) juga telah pergi. Al-fatihah.

2. Masih juga isu kematian, tetapi bukan kerana penyakit tetapi 'dibunuh' yakni menjadi mangsa. Peristiwa tragis di Gemencheh, N9, kes bunuh 4 sekeluarga(ayah,adik,nenek dan datuk). Begitu juga jalan raya terus meragut nyawa ekoran 'sikap' pemandu bas (wartawan Utusan telah membuat pendedahan kerakusan pemandu bas ekspress memandu melebihi had laju). Kemalangan tak mengenal mangsa termasuk anak lelaki ADUN Sungai Tiang, YB Suraya.

1.Isu pendidikan. Tahun 2011, takkan ada sesiapa lagi yang akan memecah rekod mengumpul 1A paling banyak kerana sistem terbuka SPM kini diganti dengan sistem 10+2. Bermakna paling banyak pun 12 1A saja. Emm.. bagus juga, jadi adik-adik kita boleh fokus kepada pelajaran yang patut sahaja. Dalam masa yang sama, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumukan 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT). 6 sekolah rendah, 4 sekolah menengah, dan 10 sekolah berasrama tersenarai. Berikut merupakan senarainya :

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
SMS Muzaffar Syah, Melaka.
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
SK Convent Kota, Taiping, Perak.
SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.


Kategori D (Sederhana Suam) : Sukan

3. Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Malaysia buat kali keenam. Beregu Lelaki, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong juga berjaya menjadi Juara Terbuka Malaysia.


2. Selangor menjuarai Piala Sumbangsih selepas menumpaskan Juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan 2-1. Perlawanan ini juga sebagai pembuka Liga Super di Malaysia. Selangor terus gah di carta Liga, manakala pasukan "Manchester City Malaysia", Kelantan pula telah kalah kepada Kedah dan banyak kali seri.



1. Piala Afrika di Angola. Pasukan Egypt telah mempertahankan Piala mereka selepas menumpaskan Ghana 1-0. Sebelum pertandingan bermula, telah tercetus kontroversi 'serangan bunuh' ke atas pasukan kebangsaan Togo. Nasib baik Emmanuel Adebayor terselamat.


Kategori C (Sederhana Hangat) : Dunia


3. Negara UAE mencatat sejarah. Negara Emirate Arab Bersatu ini telah memiliki bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa di Dubai. Ironinya, Dubai bukanlah ibu negara UAE, tetapi Abu Dhabi. Abu Dhabi pun tak nak kalah,sebab di sana ada Ferrari World Abu Dhabi(FWAD) Taman Tema TERBESAR di dunia juga.


2. Viva Palestine. Hidup panjang Palestin. Jangka hayat yang lebih lama untuk Palestin. Konvoi memperjuangkan hak dan nasib Palestin tidak mendapat kerjasama negara Arab yang berjiran dengan Palestin iaitu Mesir yang enggan membuka sempadan. Umat Islam Arab pun tak bersatu hati... umat Islam Melayu di Malaysia pun sama.

1. Negara Haiti digegarkan oleh gempa bumi pada 7 skala ritcher dan mengorbankan banyak nyawa.



Kategori B (Hangat) : Pengguna / Rakyat

3. Isu ini tiada kaitan dengan rakyat Malaysia secara langsung, tetapi ada kaitan dengan keselesaan dan keselamatan rakyat Malaysia. Pasti anda menyedari kebanjiran warga asing di bumi Malaysia kan?? Salah satu puncanya ialah Visa Ketibaan atau Visa On Arriving(VOA) yang banayk diberi kepada warganegara India. Alih-alih hilang.. lenyap.. lesap tak dapat dijejak. Maka, berhati-hatilah memilih kedai 'mapley'. Mungkin mereka tak faham Bahasa Malaysia, bukan beragama Islam dan menjadi tukang masak!

2. Banyak barang naik. Rokok kini berharga RM 6.40 minimum sekotak. Bagus juga, tapi macam mana kalau ada cubaan mendapatkan rokok seludup yang lebih murah. Gula pun naik. Bagus juga, banyakkan manis dalam senyuman dan kurangkan manis dalam makanan/minuman. Minyak pun nak naik?? Dengar kata Mei nanti, tetapi siap ada kategori-kategori pula bergantung kepada CC kenderaan (berat atau ringan). MyKad akan diaplikasi penggunaannya. Banyak perkara perlu dikaji dengan teliti ni.. takut nanti ada pihak yang menangguk di air keruh.

1. Selepas banyak perkara naik, maka kerajaan cover balik dengan pelancaran 1Klinik 1Malaysia. Dengar kata pihak swasta sedikit tergugat, sebab hanya RM 1 dikenakan bagi perkhidmatan(tertentu) untuk seluruh warga Malaysia. Kalau bukan warganegara lima belas hengget! Bagus juga, sebab soal penyakit, ajal maut kadang-kadang dibebankan lagi dengan isu wang ringgit. Jadi, pihak swasta perlu berpada-pada dalam mengenakan bayaran perkhidmatan.

Kategori A (Paling Hangat) : Politik


3. Dua 'selebriti' pembangkang menarik perhatian kembali. Datuk Seri Ir. Nizar terlibat dengan kemalangan tetapi tak sampai meragut nyawa. 9 Februari nanti kita tunggu apa keputusan Mahkamah Persekutuan siapakah Menteri Besar Perak yang sah; Nizar atau Zambry? DSAI pula dengan isu 'bersama' Saiful. Tiba-tiba nama Doktor Pornthip, pakar patologi dari Thailand mendadak popularitinya gara-gara mendedahkan kepada media hasil bedah siasat mayat mendiang Teoh bahawa 80% kebarangkalian Teoh dibunuh.


2. Kelantan. Nak juga kan.. Pemangku Sultan yang berjiwa rakyat, menjadi imam solat telah membuat seluruh rakyat jelata di negeri Kelantan berbangga. Isu Royalti juga hangat. Ku Li, Ahli Parlimen Gua Musang BN juga pengasas Petronas sendiri mendedahkan rakyat Kelantan ada hak! Tok Guru Nik Aziz (TGNA) juga masih diserang kiri kanan atas bawah depan belakang. Isu mahu mengkaji nama makanan tradisi "tahi itik" pun boleh jadi sensasi.



1. Sudah tentu paling hangat sepanjang Januari ini isu kalimah ALLAH. Banyak pihak tak puas hati. Ini lah yang menjejaskan keharmonian dalam negara. Aku tak mahu ulas lebih lanjut, sekarang ni bukan isu main-main. Seorang blogger didakwa kerana menghina kesultanan Johor, seorang pelajar juga ditangkap kerana "mengugut" di Fesbuk isu bom gereja. BUkan gereja saja yang dibom, malah dua buah masjid di Lembah Klang dilempar kepala babi. Apa nak jadi ni?? Semakin haru-biru. Rumah ibadat pula menjadi sasaran. Dalam Islam kalau berperang pun tak boleh bunuh orang dalam gereja.


Isu ini bertambah hangat apabila masing-masing sibuk memberi pendapat dan ideologi masing-masing. Masa dan saat genting sebegini, fikrah atau ideologi hanya mengeruhkan lagi keadaan. Maka itulah yang terjadi. Pertelagahan antara ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu juga gara-gara ideologi. Akibatnya, Ahli Parlimen Shah Alam, digantung manakala YDP Pas Selangor digantung. Perpecahan di kalangan komponen parti Pakatan Rakyat semakin ketara. Masa depan negara di tangan mereka kah?