Hebahan

Tuesday, February 16, 2010

JADI dilema ni..

Dilema?? Dilema apa pulak dah ni?? Cuba perhatikan gambar di bawah, apa yang anda nampak? Apa yang anda boleh baca?


SAF KANAK-KANAK BERMULA DARI SINI.

Itulah yang tertera di atas papan warna putih itu. Ini merupakan suasana dalam sebuah masjid di TTDI.

Jadi, apa yang dilemanya??

Dilemanya ialah, wajar atau tidak memisahkan kanak-kanak daripada jemaah. Kalau wajar, sejauh mana penguatkuasaannya? Setakat mana keberkesanannya.

Aku teringat masa aku kanak-kanak dulu. Setiap kali datang ke masjid, Papa tak suruh pun aku duduk bersama kanak-kanak lain. Papa terus meluru ke depan tanpa menoleh ke belakang. Membiarkan aku terkulat-kulat, terkontang-kanting tiada arah. Nasib baik ada Cici.

Lambat laun, lama kelamaan aku semakin biasa. Semakin berani dengan apa yang ada di sekeliling. Kalau kena kurung luar rumah, aku semakin berani dengan gelap. Nak takut apa dengan kegelapan di luar rumah? Hantu?? Begitulah caranya Papa membina keberanian dan keyakinan anak-anak lelakinya. Kalau tiba-tiba black-out (rumah lama kami di Taman Jasa, Sungai Tua, Gombak memang kerap berlaku black-out. Tak macam Putrajaya), aku boleh berlagak cool pulak.

Apa kaitannya dengan gambar di atas??

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. orang kata. Mendidik isteri biarlah dari malam pertama lagi =P Mendidik anak biarlah dari kecil. Umpama orang mengukir di atas batu, bukannya mengukir di atas air. Baru ada kesannya.

Ada sesetengah bapa/ayah/papa mengajar anak-anak (lelaki terutamanya) supaya menjadi kaki masjid. Biasa dengan masjid. Tak malu jejakkan kaki ke masjid. Anak-anak akan diminta supaya menderma ke tabung masjid, supaya terbiasa dengan amalan bersedekah. Berjimat-cermat. Belajar menabung tetapi dalam masa yang sama tak mementingkan diri sendiri. Bukankah tangan yang memberi itu lebih mulia? Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.


Niat baik itu adakalanya disalahertikan. Bukan semua kanak-kanak berani. Semuanya melibatkan masa. Ada anak-anak yang tak rela berenggang daripada ayahnya ketika di luar. Inilah DILEMA yang sebenarnya. Mahu bawa anak di sisi setiap masa ATAU pisahkan saja, biarkan mereka sendiri. Pandai-pandailah nak hidup! Kejam tak??

Benda ni akan lebih jelas setiap hari Jumaat atau Ketika sembahyang hari raya. Kalau di Masjid Sungai Tua, ada seorang pakcik tua yang sangat famous di kalangan kanak-kanak. Kerjanya ialah memisahkan kanak-kanak daripada bapanya. Dia memang tak peduli. Pakai tarik je anak orang supaya kanak-kanak dikumpulkan di satu tempat.


Tujuannya, supaya kanak-kanak ni tak berborak, atau bersembang bagai nak rak ketika khatib sedang berkhutbah. Siap bawa rotan lagi. Pakcik ni memang akan dibenci oleh kanak-kanak seusia mereka. Macam budak sekolah menyampah dengan cikgu disiplin, macam budak U menyampah dengan Pak Gad, Mak Gad suruh tayang kad matrik. Lebih kurang begitulah.

Selain itu, budak-budak tu kena jawab soalan cepumas "Kau dah bersunat belum??" TEET!

Kena asing pula yang dah bersunat, dengan yang masih berkulup. Haha. Begitulah ceritanya. Hukum?? Aku pun tak berani nak keluarkan fatwa. Sebab sepanjang aku belajar, tak pernah dengar pulak, kanak-kanak yang belum bersunat lagi, tak boleh berdiri satu saf dengan jemaah lain. Sampai boleh batalkan solat ke?? Tapi, cuba kita fikir, kenapa muallaf atau orang yang baru memeluk Islam 'kena potong'??

Budak-budak... tahu apa kan?? Tahu nak seronok saja.


Inilah DILEMA yang kedua. Bila kanak-kanak bersatu. Berkumpul di satu tempat. Kanak-kanak lelaki pulak tu, memang kerjanya buat bisinglah. Main saja kerjanya. Khatib sedang berkhutbah, bapa-bapa lena diulit mimpi, budak-budak pulak kecoh. Habis~ Sedar tak.. Mendengar khutbah itu SYARAT SAH solat Jumaat. Macam mana yang datang lambat?? Tak datang langsung?? Yang minggu ni pergi, minggu depan tak pergi macam kerja shift? Pandai-pandai pula keluarkan fatwa pujangga "Aku baru dua kali tak sembahyang Jumaat.." Sengal~

Ingat senang nak masuk syurga Allah??

Kita kembali ke persoalan utama. Perlu atau tidak asingkan kanak-kanak mengikut saf yang berbeza. Menurut cerita seorang sahabat yang berada di bumi Anbiya', suasana masjid di sana amat berbeza. Kanak-kanak selamba saja di celah-celah mak bapak masing-masing. Entahlah. Dilema betul.

Orang Mukmin di dalam masjid umpama ikan di dalam air. Manakala orang Munafik di dalam masjid umpama burung di dalam sangkar!

No comments:

Post a Comment