Hebahan

Sunday, July 5, 2009

Cerita MJ : 'Legenda' dan Islam ~

Kita dikejutkan dengan kematian Raja Pop, Michael Jackson(MJ). Semua orang macam terkejut. Semua orang dapat merasakan kehilangannya. Tiada lagi teka-teki lawak jenaka <"Siapa dia masa kecik dulu dia hitam, bila besar dia jadi putih">. Tiada lagi tarian trademark "moonwalk" beliau yang menjadi kegilaan suatu ketika dulu.

Yang tak berapa nak kenal MJ, baru terhegeh-hegeh nak dengar balik lagu-lagu MJ. Siap hafal lirik dan tarian lagi. Minggu lepas, tukang tulis berjalan-jalan ke OU, untuk mengambil telefon bimbit yang sudah siap dibaiki (akhirnya...setelah 2 minggu henfonku masuk wad). Secara kebetulan di OU masa tu ada konsert "tribute to MJ".

Bila pusing-pusing satu OU, setiap kali lalu di depan TV, atau lebih tepat lagi, kedai muzik yang jual DVD, album dan sebagainya, masing-masing sibuk nak tayang video klip ataupun rakaman konsert MJ yang agak thriller. Satu kesimpulan aku dapat, harimau yang mati meninggalkan belang, manusia pula mati meninggalkan nama. Tak kira...nama kau kecil atau besar. Nama kau gah atau rebah ataupun orang tak kisah.

Janji..selepas kau tiada, ada perkara atau benda pasal kau orang akan ingat. Orang akan kenang. Begitu juga halnya dengan MJ. Aku tak mahu cerita pasal kisah hidup beliau seperti pembedahan plastik itu... album Thriller yang laku itu, kisah perkahwinan beliau yang mendapat 3 cahaya mata, kisah skandal bersama "kanak-kanak", kontroversi hayun anak di balkoni hotel dan sebagainya. Cerita tu semua orang boleh korek sendiri. Google sendiri. Sebab di sebalik kontroversi-kontroversi itu, ada yang terlupa bahawa MJ juga banyak membantu mereka yang memerlukan seperti kanak-kanak dll. Justeru..beliau memang layak diangkat sebagai "Legenda".

Legenda?? Menurut Kamus Dewan, ada 2 maksud Legenda. 1. Cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (seperti peta, carta, ilustrasi, dll). Maka.. bolehlah diklasifikasikan sebagai "Legenda" sebagaimana Tan Sri Dr. P.Ramlee ~

Cuma aku tertarik dengan satu artikel yang aku baca di sini. Persoalan mengenai keislaman MJ. Benarkah dia telah memeluk Islam dengan nama Islamnya Mikaeel. Yalah, di facebook ada kawan-kawan yang menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Persoalannya, benarkah beliau mati di dalam islam?? Kerana ada ura-ura di sini mengatakan pula mayat beliau akan diawet. Akasnya, ada yang mengatakan mayat beliau dimasukkan ke dalam keranda dan ditutup dengan kain putih dan akan dikebumikan selaku orang Islam menurut sumber yang agak mutakhir ini. Yakni pada hari Selasa ini(7 Julai 2009). Kalau benar beliau mati sebagai Islam, bayangkan betapa terseksanya beliau kerana mayat beliau ditangguhkan perkebumiannya.. Kan??

Nah! Baca saja artikel tulisan Siti Aniza Kamsari ini.

SEHINGGA rencana ini ditulis, sukar untuk kita perkatakan mengenai apa kesudahan urusan jenazah Raja Pop Dunia, Michael Jackson yang meninggal dunia baru-baru ini.

Ia berikutan artis pujaan jutaan peminat di seluruh dunia itu dikatakan telah memeluk Islam pada 20 November 2008 dengan panggilan nama yang baru iaitu Mikaeel.

Begitu pun menerusi sebuah laman blog, penulisnya Daniel Pipes berkata adalah tidak menghairankan jika Raja Pop itu memeluk Islam. Ia sebagaimana yang banyak berlaku kepada penduduk kulit hitam (African American) di Amerika lain yang akan memeluk Islam semata-mata bagi mengembalikan reputasi diri yang selama ini telah hilang atau rosak akibat perbuatan mereka sendiri.

"Jika benar Jackson turut memeluk Islam maka dia juga sebagai Afro American lain menyertai Nation of Islam (Islam) kerana agama itu menawarkan kepada mereka ketenangan dan bantuan.

"Fenomena ini lazimnya berlaku ketika mereka menjalani hukuman di penjara apabila begitu ramai kaum kulit hitam ini sejak lewat 1940-an telah menukarkan agama mereka kepada Islam," katanya.

Menurut Pipes, kini tidak sahaja yang sedang menjalani hukuman penjara, kalangan kulit hitam memeluk Islam juga akibat mengalami konflik dan krisis dalam hidup mereka.

Antaranya seperti:

1) Tawana Brawley memeluk Islam selepas dakwaan beliau dirogol oleh sekumpulan lelaki kulit putih yang mendapat liputan meluas negara dan didapati beliau sebenarnya menipu terhadap dakwaan itu.

2) Mike Tyson juara tinju Heavyweight yang memeluk Islam ketika dipenjara setelah didapati bersalah melakukan jenayah rogol.

3) Benjamin Chavis memeluk Islam setelah diusir dari sebuah pertubuhan National Association for the Advancement of Colored People.

4) Kenny Gamble seorang penerbit Muzik yang mengalami kejatuhan dalam hidupnya akibat menghadapi tuduhan dalam Siasatan Payola pada tahun 1975.

Apa yang cuba diberitahu oleh Pipes bahawa Jackson memeluk Islam semata-mata kerana menghadapi konflik yang teruk dalam hidupnya.

Iaitu sebagaimana individu kulit hitam yang lain memeluk Islam semata-mata sebagai satu pelarian 'sementara', bukannya kerana keikhlasan atau minat yang mendalam untuk memeluk Islam.

Walau apapun kritikan Pipes dalam usaha beliau untuk memperlekehkan pengislaman seseorang itu, beliau tidak menyedari betapa dunia semakin menuju dan mencari ke arah Islam.

Sekalipun seseorang itu telah mempunyai keimanan yang kental dan kukuh lebih-lebih lagi jika dia beragama Yahudi.

Agama yang kononnya untuk bangsa terpilih sahaja kerana mereka mendabik dada sebagai umat pilihan tuhan. Namun apabila kebenaran telah datang, maka pengislaman tidak dapat disekat-sekat lagi.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pendita atau Rabbi Yahudi terkenal di Turki, Aaron Cohen, 46, yang akhirnya memeluk Islam. Peristiwa itu dikatakan berlaku pada Oktober 2008 di mana beliau lafazkan kalimah syahadah di hadapan Mufti Syaikh Bey Oglu di Istanbul.

Akhbar harian Turki yang berbahasa Arab, Akhbaralaalam hanya dapat melaporkan sebulan selepas pengislaman bekas pendita itu apabila Cohen sendiri akhirnya secara terbuka mengaku telah memeluk Islam.

"Saya sangat menghormati ketiga-tiga agama samawi iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Hormat saya bermakna kerana agama itu sama sekali bukan rekaan manusia, tetapi agama Maha Pencipta Allah dan Islam itu adalah agama yang menyempurnakan kesemua agama-agama itu.

"Segala kebenaran dan ketepatan dari ajaran Yahudi dan Nasrani itu ada terkandung semuanya di dalam al-Quran.

"Ini membuatkan saya tidak perlu terasa saya seperti memeluk agama yang baru tetapi saya hanya menyempurnakan apa yang selama ini saya iktikad dan percaya mengenai soal ketuhanan, kenabian dan lain-lain aspek pengajaran dan ajaran dalam agama Yahudi," katanya.

Menurutnya, ajaran dan syariat agama Islam benar-benar menepati, melengkapi dan menyempurnakan syariat agama-agama Samawi sebelumnya.

"Dalam kitab suci al-Quran itu sendiri misalnya, sesungguhnya telah terkumpul ajaran-ajaran mulia agama-agama sebelumnya. Malah melalui al-Quran itu segala apa yang selama ini diselewengkan dalam kitab Taurat dan Injil diperbetulkan tanpa sebarang prejudis," kata Cohen.

Selama ini iaitu hampir 20 tahun lamanya Cohen tidak sekadar menjadi pendita yang mempertahan dan memastikan ajaran Yahudi itu kukuh dalam pegangan penduduk Yahudi di Turki.

Namun, selama beliau berada di Sinagog, rumah ibadat Yahudi di Istanbul beliau sebenarnya mengkaji secara mendalam antara akidah dan syariah agama Yahudi, Kristian dan Islam.

"Kesempatan berada di Sinagog itu memberi saya satu peluang yang sangat baik untuk mendalami ketiga-tiga agama ini. Walaupun ia menimbulkan konflik yang sangat besar pada diri saya tetapi 20 tahun sudah menjadi satu tempoh yang cukup untuk saya menemui kebenaran dan kini saya berasa seolah-olah seperti wira yang berjaya di medan tempur," jelas beliau.

Cohen akhirnya memutuskan untuk menerima Islam kerana beliau dan keluarga ingin mendapatkan kebahagiaan hidup yang sejati lagi murni.

Malah beliau juga berjaya mengajak isteri, Filori dan anak mereka untuk turut sama memeluk Islam.

Tindakannya memeluk Islam pastinya mengundang kecaman dan kemarahan oleh pelbagai pihak. Lebih-lebih lagi dari pihak Sinagog dan komuniti Yahudi yang ada di Turki itu.

"Saya banyak menerima kritikan dan kecaman dari saudara-saudara Yahudi saya tetapi saya tabah dan tidak begitu ambil peduli akan apa juga reaksi dari mereka kerana apa yang jauh lebih penting saya kini menikmati kedamaian dalam hati," katanya.

Bagi menambahkan lagi kedamaian di hatinya, Cohen menjalankan tanggungjawab yang paling murni iaitu mendekati dan membantu golongan yang miskin dan malang atau lebih tepat yang kebuluran.

Beliau sering ke negara-negara malang tersebut sebagai usaha meringankan penderitaan dan mengambil berat dan mencurahkan kasih yang tidak berbelah bahagi walaupun mereka berbeza warna dan kulit.

Beliau benar-benar bertindak seperti seorang duta dan sangat bersyukur kerana Islam menjadikan beliau semakin prihatin, bertimbang rasa dan mengasihi sesama insan.

Secara ringkas, negara Turki tercatat sebagai negara Muslim yang memiliki sejarah gemilang yang berkait rapat dengan umat Yahudi. Iaitu sebuah umat yang diterima masuk dan kebanyakan mereka menetap di Istanbul dan Armenia (bersempadan dengan Iran) setelah mengalami pengusiran di Sepanyol dan Portugal terutama pada abad ke 16 Masihi.

Mereka diterima masuk ke Turki setelah negara-negara Eropah yang lain enggan menerima mereka dan atas dasar sikap terbuka pemerintah Uthmaniah mereka membuka pintu untuk menolong kaum ini.

Dianggarkan seramai 500,000 penduduk Yahudi (Sephardic) menetap masuk ke Turki dan sehingga kini jumlah mereka dikatakan masih signifikan. Mereka tergolong sebagaimana Yahudi yang menetap di negara-negara bukan Eropah dan Asia Barat atau dikenali sebagai Yahudi Timur.

Sekian buat renungan~

Tuesday, June 30, 2009

Maut itu misteri tetapi pasti ~

Alhamdulillah. Pagi ini kita mampu celikkan mata kembali setelah tidur di malam hari. Kita mandi sendiri. Ambil wudhu' sendiri. Pakai baju sendiri ikut warna apa saja yang kita suka. Solat buat sendiri. (Itupun kalau bangun Subuh tadi. Samada Subuh jemaah, subuh dinosaur atau tak solat langsung). Semua kita buat sendiri.

Sedarkah kita, suatu hari nanti. Kita akan tidur untuk selamanya. Tak celik-celik mata lagi. Orang lain yang akan mandikan kita. Orang lain yang akan sucikan diri kita. Orang lain yang akan kafankan diri kita dengan kain kafan warna putih.

Seterusnya, orang lain yang akan sembahyangkan jenazah kita. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Ayat nasihat yang sangat biasa kita dengar, tetapi membawa mesej yang amat besar. Justeru, SILAP BESAR siapa yang berpendirian, bila dia mati kelak, dia tak akan menyusahkan orang lain. Kubur masing-masing ujarnya...~

Mati itu pasti. Akan berlaku. Laa yastakhiruuna saatan wa laa yastaqdimuun. Takkan lambat walau sesaat, takkan cepat walau sesaat. Lihat?? Itu janji Allah yang pasti. Adakah kita akan mati dalam Islam? Adakah kita akan mati dalam iman?

Adakah kita akan mati dengan 'muflis'? Muflis dari sudut amal kebajikan. Kalau kita ada amal di dunia, kita tak sempat bayar hutang, apa maknanya. Jika kita ada buat salah/dosa dengan orang lain dan tak sempat nak minta maaf, bagaimana gambarannya??

Kita yang akan pilih, kita nak mati macam mana. Kan?? Nak mati dengan mudah. Atau seksa ketika sedang nazak tatkala malaikat sakaratul maut telah datang. Husnul khatimah. Kematian yang baik. Ataupun su'ul khatimah. Pengakhiran yang buruk. Bersedialah..menuju ke alam kubur.

Sudah pasti..ada bebanan dan himpunan koleksi dosa kecil mahupun besar yang kita tanggung. Ingatlah...sebaik-baik orang yang berdosa ialah mereka yang sempat bertaubat dan kembali kepada Tuhan. Maka rugilah mereka yang melakukan dosa tetapi tak sempat memohon keampunan. Itulah pengakhiran yang buruk.

Alam barzakh. Rumah kata pergi. Kubur kata mari. Mari singgah seketika sebelum menuju akhirat yang abadi. Mengingati mati..gambaran kita bersedia untuk akhirat. Tak bermakna kita mengabaikan terus nasib kita di dunia. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran.

Sewaktu kita di alam rahim, kita merasakan dunia itu sudah cukup luas. Begitu juga ketika hidup di dunia. Walaupun hanya tempat persinggahan. Biarpun hidup hanya sementara, kita tetap seronok meneroka dan menakluk dunia yang kita rasa sangat luas sehingga lupa diri. Tak sedar bahawa hidup di dunia begitu singkat.

Kita lahir ke dunia disambut dengan azan/iqamat. Kita meninggalkan dunia diiringi dengan solat. Betapa singkatnya tempoh antara azan/iqamat dengan solat... begitulah singkatnya hidup kita di dunia~

Ingatlah.. alam barzakh. Alam kubur itu akan menjadi salah satu taman-taman syurga ataupun menjadi salah satu lubang neraka buat kita. Malaikat Munkar Nakir akan menjalankan tanggungjawab. Masa itulah kita akan sibuk menjawab.

Menjawab soalan yang dah bocor. Kita sendiri sudah tahu apa soalannya. Siap hafal lagi. Siapa Tuhan kamu? Siapa imam kamu? Apa agama kamu? Apa kitab kamu? Semua rasa macam dah tahu jawapannya. Tapi tetap alpa dan leka.

Mengingati bukan untuk menakutkan diri kita. Bukan untuk melunturkan semangat. Kerana dalam Islam, kita diajar begini. Bekerjalah seolah-olah kita akan hidup untuk selamanya. Dan beribadahlah seolah-olah esok kita sudah tiada.

Apa bekalan yang akan kita bawa untuk hidup selamanya. Apa bekalan yang kita perlu andai esok telah tiada. Mengingati mati memotivasikan diri kita agar cakna dan ambil berat akan makna dosa dan pahala. Syurga atau neraka. Hitam atau putih. Kita yang memilih. Samada terpilih atau tersisih, kepada-Nya juga kita beralih.

Mengingati mati juga satu ibadah. Kita pernah lihat orang yang dah lama terlantar sakit, tapi ajalnya masih belum tiba. Kapal terbang terhempas pun masih bernyawa. Berpantang maut sebelum ajal. Alih-alih, orang yang jaga orang sakit itu yang pergi dulu. Orang yang kita tengok sihat walafiat baru lepas bersukan yang ajalnya sampai dulu.

Maut itu misteri tetapi pasti. Rahsia Allah. Jodoh, rezeki, ajal maut ketentuan Allah. Kita manusia hanya merancang, tetapi Allah itu sebaik-baik Perancang.




Friday, June 26, 2009

Kesinambungan . . .

Ada sedikit kesinambungan mengenai DUA perkara berikut :

PERTAMA, pasal fadhilat bulan REJAB. Baca link ini.

Ikuti ulasan dan pendapat seorang bekas mufti. Moga kita mendapat manfaatnya =)

KEDUA, ada sedikit kesinambungan entri aku mengenai hari bapa. Aku terselit cerita wasiat Luqman Al-Hakim kepada anak-anaknya. Nah...baca episod seterusnya.

Marilah kita mengambil iktibar dari kisah Wasiat Luqman Al-Hakim. Siapakah dia? Luqman Al-Hakim merupakan hamba Allah yang dimuliakan darjatnya kerana telah diceritakan didalam Al-Quran mengenai kisahnya. Hidupnya yang banyak beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan, kasih sayang dan khusyu' telah memberikan panduan kepada hamba Allah yang lain untuk menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai insan biasa yang dimuliakan dirinya kerana ibadatnya. Menurut maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w:

"Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan lidahnya"

Surah Luqman didalam Al-Quran banyak menceritakan mengenai perbualannya bersama anaknya yang mengisahkan nasihat-nasihat yang mulia bagi membentuk peribadi yang mulia bagi seorang hamba kepada Allah. Antara perbualannya atau wasiat yang dinyatakan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya itu adalah:

1.Janganlah mempersekutukan Allah (Luqman,13)
2.Allah maha mengetahui segala-galanya (Luqman,16)
3.Dirikan solat (Luqman,17)
4.Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran (Luqman,17)
5.Sabar dengan bala yang menimpa diri (Luqman,17)
6.Jangan berjalan dibumi ini dengan sombong (Luqman,18)
7.Jangan memandang rendah orang lain (Luqman,18)
8.Rendahkan suara ketika berkata-kata (Luqman,19)

dan banyak lagi.Terdapat juga wasiat Luqman Al-Hakim yang termaktub didalam Kitab-kitab Tafsir. Antaranya:

1.Siapa yang menjadi penasihat bagi dirinya sendiri, maka Allah akan menjadi penasihat bagi dirinya.
2.Kepayahan dan kesusahan didalam ketaatan adalah lebih dekat daripada kesenangan dan kemewahan didalam kemaksiatan.
3.Pukulan(didikan) bapa kepada anaknya ibarat air untuk tanaman.
4.Sesiapa yang berdusta maka hilanglah air mukanya.
5.Sesiapa yang banyak berdusta maka banyak kesengsaraannya.
6.Bermesyuaratlah dengan ulama dalam urusanmu.
7.Berlemah-lembut adalah pokok segala hikmah.
8.Sesungguhnya kejahatan itu mencipta kejahatan yang lain.

Terdapat banyak wasiat yang dinyatakan Luqman Al-Hakim di dalam Kitab-kitab dan Al-Quran. Wasiat yang di nyatakan olehnya bukanlah hanya kepada anaknya semata-mata, kerana sebagai umat Islam kita hendaklah mengambil ilmu, hikmah dan teladan yang telah dinyatakan oleh Luqman Al-Hakim.

Maka, sebagai hamba kepada Allah kita hendaklah menjadikan Luqman Al-Hakim ini sebagai contoh teladan yang baik bagi merubah kehidupan kita daripada buruk ke baik dan baik kepada yang lebih baik lagi. Oleh itu marilahkita baca akan satu wasiat Luqman Al-Hakim yakni Wasiat Luqman Buat Ibu Bapa: Suatu Renungan untuk semua Ibu dan Bapa dan 'bakal bapa' seperti saya dan 'bakal' isteri saya. =)

Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.

Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu, wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!
Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':

"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya, cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Mungkin di sini gelaran "Al-Hakim" wujud. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.

U/P :
Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas. Untuk memudahkan anda, sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.

Permasalahan Pertama:

Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!

Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!

Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!

Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:

"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

Permasalahan Kedua:

Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.

Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".

Permasalahan Ketiga:


Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.

Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"

Permasalahan Keempat:

Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.

Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"

Permasalahan Kelima:

Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!

Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu "

Permasalahan Keenam:

Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

Permasalahan Ketujuh:

Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.

Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:

"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"

Permasalahan Kelapan:

Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "

Permasalahan Kesembilan:

Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi. Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"

Permasalahan Kesepuluh:

Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta,suami isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa. Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"

Permasalahan Kesebelas:

Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia. Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang baik.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:

"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"

Permasalahan Kedua Belas:

Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'. Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"

Permasalahan Ketiga Belas:

Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan sihat.Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan besederhanalah dalam berjalan"

Permasalahan Keempat Belas:(terakhir)

Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak. Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar"

Artikel ini diambil dari sumber ini.

Semoga wasiat atau nasihat ini menjadi pedoman kita untuk menjadi insan yamg mulia disisi Allah swt dan juga memberikan kekuatan kepada kita untuk mengajak seluruh umat untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Apa yang baik itu adalah dari Allah swt jua dan apa yang kurang itu dari Allah juga tetapi disandarkan kepada kejahilan dan ketidakupayaan saya sendiri.

Waallahua'lam.

Tuesday, June 23, 2009

REJAB ~ =)

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab datang, pergi dan kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya. Antara amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat.

2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya.

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotmustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis).

6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis).

7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis).

8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis).

9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis).

10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis)

11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis)

13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis)

14. Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis)

15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis)

16. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis)

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis).

18. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya.
Maka akan berseru dari langit :
Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis)

19. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

20. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis).

21. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan.
(Al-Hadis)

22. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).

23. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)

24. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?" Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH, Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz.
(Zuhratur Riyad)

25. Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.”

Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.


Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:
- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,

- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya
- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Saturday, June 20, 2009

SELAMAT HARI BAPA kepada BAPA-BAPA seluruh Malaysia~

Sebenarnya secara peribadi, kita tak perlu hari khusus untuk meraikan ibu atau bapa kita kerana memang wajib bagi seorang anak mematuhi dan mendengar kata ibu bapanya setiap hari. Redha allah terletak pada redha ibu bapa kita. Hal ini sudah terang lagi bersuluh di dalam Al Quranul Karim. Walaupun aku sudah berusia lebih 18 tahun, boleh ke mana saja tanpa pengawasan ibu bapa, tetapi ibu bapa kita tetap ada HAK untuk mengetahui segala rutin harian kita.

Bukan berada di bawah ketiak ibu bapa, tetapi itulah tanda cakna, prihatin dan kasih sayang seorang ibu atau bapa. Jangan rasa diri terkongkong, tak boleh keluar malam gara-gara mendapat SMS atau panggilan daripada ibu bapa kita jam 2 pagi. Percayalah... kerana suatu hari nanti, kita akan bergelar ibu dan bapa juga. Hargailah mereka. Berbaktilah kepada kedua-dua mereka selagi ada kesempatan sebelum terlambat. Demi masa,manusia itu kerugian.

Buat Papa, selaku ketua keluarga, terima kasih kerana menjadikan rumah kita tempat yang paling selamat. Aman dan tenteram. Jauh dari malapetaka dan musibah yang tidak diingini. Papa telah menjadi nakhoda kapal yang cekap dan telah membawa kami ke destinasi dan landasan yang sepatutnya. Selamat Hari Bapa, Papa~

Papa telah memberikan pendidikan (dunia dan akhirat), melengkapi hidup ini dengan keperluan-keperluan yang sepatutnya. Bila Mama strict bab belajar dan menghadap buku, Papa kurangkan tekanan itu dengan membelikan kami video game dan sebagainya. Papa dan mama saling melengkapi. Bila papa bising, mama senyap. Bila Mama pula membebel, Papa hanya mendengar. Rasanya itulah rahsia mereka selama 26 tahun. Saling melengkapi.

Ayuh, aku mahu bercerita kisah hidup seorang anak lelaki sulung dengan ayahnya. Aku dan Papa. Walaupun aku lebih rapat dan banyak mencurah masalah dengan mama, tetapi itu tak bermakna aku membelakangi Papa. Kerana hakikatnya setiap butir bicara apa jua perbincangan aku dan Mama mesti Papa tahu. Walaupun aku keluar rumah bagitahu Mama, tapi mesti Papa tahu.

Yang kelakarnya, kadang-kadang papa nak marah kami adik beradik melalui Mama. Maknanya tak kena sound direct. Mama yang jadi penyampai kalau Papa ada tak puas hati apa-apa. Contohnya papa bising kat Mama, kenapa Min keluar pergi Alamanda bawa Honda Stream?? Kesian mama pula kena marah sebab kami... Haha.

3 perkara akan kukenang sampai bila-bila

a. Panda - cerita klise lagi. Sudah-sudahlah cerita Panda. Semua dah tahu. Kan?? Haha

b. Masa depan - Mama jaga kebajikan kami ketika pra-pembelajaran. tetapi bila pasca-pembelajaran, Papalah orangnya. Aku ingat lagi bila habis SPM, berapa banyak borang Papa suruh isi. Nak biasiswa dll. Begitu juga bila dah dapat degree, macam papa pula yang nak cari kerja.

c. Kasih sayang - Papa bukan kaya harta, tapi kaya kasih sayang. Inilah benda yang tiada nilainya. Papa tak limpahkan kemewahan. Papa tak ajar anak hidup senang walaupun layak merasa sedikit mewah. Masa aku Tahun Satu di UPM, aku ada bawa Kancil. Tapi akhirnya Kancil itu ditarik dibawa ke Kelantan untuk papa bagi kat adik papa buat bisnes kereta sewa. Mulai saat itu, aku benar-benar membuka mata dan menghargai Panda.

Nak bukti lagi?? Papa ni bukan sekadar bapa. Tetapi juga macam kawan-kawan. Boleh ajak bermain dan bergurau senda. Papa boleh jadikan aku bahan lawak depan adik-adik ketika bermain Ping-pong. Ping-pong dan Karom- itulah yang mengeratkan kami dan menjadikan suasana rumah meriah dengan gelak tawa. Bercanda bergurau senda.

Papa juga boleh berubah wajah. Berubah nada menjadi lebih tegas. Aku anak sulung selalu kena beralah dengan adik walaupun adik yang salah. Mungkin begini cara papa dididik arwah Tok Ayah. Papa juga boleh diajak menjadi kawan berbual dan bertukar pendapat. Topik kegemaran kami anak-beranak melibatkan isu politik tanahair, isu negara, sukan, hiburan dll. Papa bila tengok berita atau baca akhbar, akan cerita balik dekat semua orang di dalam rumah apa yang telah melekat di fikiran. Sebab tu ingatan papa masih boleh tahan di usia ni.

Boleh hafal Surah Ar-Rahman, Al-Waqi'ah dll. Yang penting, kadang-kadang papa tak sedar buat siaran ulangan. Dah nak dekat 3 kali Papa cerita pasal kawan baik Papa. jadi, faham-fahamlah sendiri kenapa ada kawan-kawan panggil aku "ASTRO". Ke mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi?? TEET!

3 nasihat Papa untuk anaknya.

Walaupun tak boleh lawan nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya, tetapi kata-kata azimat yang pernah keluar dari mulut papa ini akan terngiang-ngiang di telinga:

1. Jangan tinggal solat + jangan lupa doakan kedua ibu bapa kita ba'da solat - berkat & bahagia hidup

2. Orang pertama yang bagi sokongan dan nak sara pengajian 'pasca-siswazah' aku. Papa bagi nasihat 'life is non-stop learning' samada belajar secara formal atau tidak kita akan belajar benda baru setiap masa. Contohnya aplikasi teknologi terkini.


3. Papa, kata nak buat apa-apa, fikirkan kesannya di masa depan. Dan jaga nama baik keluarga serta hidup ni jangan hanya susahkan orang


3 perkara "Like father like son."

1. Senyuman. keceriaan itu kerana lahir dari rumah. Satu keluarga kami pakai "spek" dan kesemuanya kuat senyum, sengih dan ceria.

2. Diplomasi - orang jarang tengok Papa marah. Begitu juga aku. Tapi awas, jangan kata aku tak pernah bagi amaran. Orang yang jarang kita lihat mengamuk...bengis dan sebagainya, bila dah "naik darah" sesuatu yang menakutkan akan berlaku. Orang akan ingat sampai bila-bila tatkala berlaku saat itu.

Bagi aku..aku jenis bagi muka. Nak pijak bahu boleh lagi...tapi kalau kau pijak kepala aku, siaplah kau. Kelak kau tahu tinggi ke rendah langit itu. Mungkin papa juga begitu. Papa orang yang penuh diplomasi. Boleh dibawa berunding, boleh dibawa berbincang.

Papa jadi pakar rujuk masalah. Arwah Tok Ayah pernah jodohkan orang. Begitu juga Papa. Papa pernah damaikan sepasang suami isteri yang nak bercerai. Alhamdulillah, tak jadi. Aku? Aku tak pernah 'kenen'kan orang, dan tak pernah selamatkan masjid orang. Kalau tempat mengadu masalah...itu ya! Masalah cinta walaupun... bukan 'player'..masalah peribadi walaupun diri ini taklah hebat serba-serbi termasuk masalah kewangan walaupun aku bukan orang kaya.

3. Arwah Tok Ayah dulu kerja sendiri. Bukan kerja kerajaan. Tiada pencen. Sebelum meninggal, arwah sempat siapkan 3 buah rumah untuk disewakan. Maka, Tok Mek tetap ada pendapatan setiap bulan walaupun Tok Ayah tiada pencen. Arwah juga yang nasihatkan Papa, nak kahwin nanti, pilih isteri yang bekerja. Nah. Mama jodoh Papa dan mereka saling melengkapi berkongsi kehidupan. Papa kata nak buat apa-apa, fikirkan kesannya di masa depan. Arwah memandang masa depan. Papa juga. Dan harap aku juga begitu.

Extra added value : Markah buat bonus buat papa yang tak merokok, tak suka keluar malam dan bukan ada title "kaki" yang kurang menyenangkan.

Akhir kata, Jangan terlalu memandang kesempurnaan, kerana adakalanya kekurangan itu yang membuatkan kita tahu erti syukur dan dapat mengecap nikmat kebahagiaan. Adakah kita layak mendapat ayah yang baik dengan tingkah laku kita, dan tindak tanduk kita sebagai seorang anak sekarang. Kita soal diri kita, suatu hari nanti bila kita jadi ibu atau bapa, kita nak anak-anak kita nanti layan kita macam mana. Hormat kita macam mana. Renungkan bersama~

Terimalah lagu buat Papa berjudul "AYAH" dendangan Ariel dan Candil tetapi perkataan Ayah di dalam lagu ini diganti dengan Acheh ketika Tsunami melamnda di Acheh:



Tuesday, June 16, 2009

Yassiruu wa laa tu'assiruu~


Yassiruu wa laa tu'assiruu, wa bash-shiruu wa laa tunaffiruu~. Ini merupakan sabda Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Permudahkanlah, jangan kamu menyusahkan, dan berikanlah khabar gembira, dan jangan membuat mereka lari (kerana ketakutan/terancam dengan berita buruk)" Au kama qala-

Dalam konteks ini, hadith ini menyeru semua umat Islam agar memudahkan dalam melakukan sesuatu, melaksanakan sesuatu ataupun apa jua kerja dalam apa juga keadaan. Jangan susahkan diri, jangan bebankan diri, jangan beratkan bahu yang memikul masalah itu.

Memudahkan di sini tak bermaksud mengambil mudah, ataupun mengambil sikap sambil lewa, sebaliknya memudahkan dari segi bagaimana permasalahan itu terbentuk. Macam mana masalah itu tercipta. Jangan mengusutkan lagi masalah yang sedang melanda. Jangan burukkan lagi keadaan dan usah menangguk di air keruh.

Berkaitan dengan hadith ini, seorang kenalan telah mengaitkan mafhum hadith ini dengan isu orang muda atau lebih tepat lagi... orang bujang. Hidup membujang, dan meninggalkan fasa ini melalui dunia baru iaitu hidup bersuami isteri dan melengkapkan sebahagian iman.

Segalanya bermula apabila aku dilayangkan kad walimatul urus seorang hamba allah. Selalu macam ni tau. Terutama musim cuti sekolah. Masa cuti sekolah 2 minggu baru ni, ada lebih kurang 5 kad kahwin kawan-kawan. Seorang anak jiran, seorang anak kawan baik Mama dan Papa, seorang budak pejabat, sorang kawan universiti, dan seorang kawan yang dulu sama-sama berhingus dah nak kahwin. Siap bagi tangan lagi dan aku nak pergi sangat ke Melaka. Tapi apakan daya, bawa kereta tak sempat masuk masuk tol dah mati enjin. Masalah betul!

Kembali kepada cerita tadi, aku dapat kad kahwin daripada kawan aku yang semaahad dulu(kantoi bagi hint). Dia usik aku, asyik pergi kenduri kahwin orang saja. Asyik dapat kad kahwin orang saja. Asyik makan nasi minyak orang saja. Sendiri punya bila?? TEET!

Kebetulan pada masa itu, aku masih menganggur. Ya seorang penganggur yang tak goyang kaki. Penganggur yang tiada kerja. Tiada duit sebab tiada sumber pendapatan. Kau ingat senang nak kahwin? Kau ingat senang nak tanggung hidup anak dara orang? Kau ingat duit tu macam daun? Begitulah soalan-soalan yang aku lemparkan.

Sinis dan bersahaja. Sangat sarkastik. Begini jawapan yang aku terima. Lebih baik jadi pengantin daripada jadi penganggur. Calonkan dah ada? Belajar pun dah habis? Kan? Jangan jadikan duit sebagai alasan tak mahu kahwin.

Kita kahwin bukan suka-suka. Kita nak jaga maruah kita. Nak jaga kehormatan kita. Nak elakkan diri daripada fitnah. Ramai saja sahabat-sahabat kita di UIA yang sudah berkahwin. Kahwin muda dan masih belajar.

Elok saja. Takde masalah pun. Sebab di UIA, ada peraturan "No Coupling". Tetapi jika mahu berkahwin, digalakkan dan dapat elaun. Elok saja mereka belajar. Pointer ok saja. Siap dapat dean list lagi.

Ini bukan teori kawe! Tetapi ini teori Allah benar. Ujarnya~ (asyik-asyik 'katanya' je..klise~) Tak percaya? Buka Al-Quran baca Surah An-Nur ayat 32 dan 33.

[Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang soleh di kalangan hamba-hamba kamu (lelaki atau perempuan). SEKIRANYA MEREKA MISKIN, NESCAYA ALLAH AKAN MENGURNIAKAN KEPADA MEREKA GANJARAN(kekayaan dari kemurahan-Nya). Sesungguhnya Allah itu Maha Luas (pemberian-Nya) dan Maha mengetahui]

Islam menggalakkan berkahwin dari hidup membujang. Janganlah terlalu takut menghadapi kesulitan/kepayahan melayari bahtera rumahtangga samada dari sudut kewangan... persefahaman.. kebahagiaan.. kesetiaan.. kepercayaan dsb

Sambungan ayat 33...
[ Dan orang yang tidak sanggup berkahwin hendaklah menjaga kehormatannya, sampai Allah mengurniakan ganjaran kepada mereka dari kemurahan-Nya]

Kemudian...menyusul pula sepotong hadith tadi. Yassiruu wa laa tu'assiruu. "Permudahkanlah, jangan kamu menyusahkan" Islam itu mudah. Islam itu tak mahu menyusahkan penganutnya. Kerana Islam itu indah. Umur macam kita ni. 20-an. Memang usia kahwin. Larat ke nak lawan nafsu? Sebab tu orang dulu-dulu kahwin awal. Ada hukum wajib berkahwin, jika seseorang tak mampu mengawal nafsunya sampai tahap "rasa tak boleh tahan nak merogol orang".

Ada juga hukum kahwin yang makruh..harus..haram dsb. Sebab itu Islam ajar kalau tak tahan sangat..PUASA! Cuba buka balik kitab munakahat. Semak balik. Google pun boleh. Justeru, soalan yang dilemparkan oleh sahabat aku tadi... Calon sudah ada. Calon? Siapakah? Haha.. Sebenarnya, aku soorang lelaki yang agak mudah. Maknanya, aku tak memilih sangat soal siapa yang akan jadi soulmate aku. Siapa yang akan jadi "roommate" aku.. Haha

Kalau tak silap aku pernah baca buku ataupun pernah mendapat nasihat bagaimana mahu memilih bakal isteri. Ujarnya... carilah isteri yang kita boleh ajak berbual. Berbicara. Bersembang. Bercerita hati ke hati. Kerana apa...kalau kita memandang kecantikan..kecantikan akan pudar dimamah usia. Jika kita memandang kekayaan, harta akan menyusut juga nilainya suatu hari nanti.

Jika kita memandang keturunan, keturunan kita akan ada noktahnya suatu hari nanti. Dan jika kita memandang ketaqwaan..itulah yang terbaik sebenanrnya. Biarpun pada hakikatnya, hidayah Allah yang singgah itu boleh berpindah-randah dan berubah. Sebab apa aku mahu mencari orang yang aku 'selesa' untuk berbual.. untuk diajak berbincang merencana masa depan?? Kerana itulah namanya "komunikasi".

Komunikasi perkara yang paling mustahak dalam sesuatu perhubungan. Tanpa komunikasi, maklumat dan pesanan tidak kesampaian. Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mendirikan rumahtangga juga ada cara mereka tersendiri bagaimana mereka berkomunikasi. Pernah tengok filem Talentime?? Bagaimana orang pekak bercinta dengan orang biasa macam kita.

Aku telah menemui orang yang aku "selesa" untuk berbual..bergurau mesra (yang biasa-biasa saja ya!). Sebab aku jenis orang yang tiada ramai kawan perempuan. Kawan perempuan aku terhad kepada rakan-rakan sekolah rendah, matrikulasi dan universiti. Bukan terlalu memilih, tetapi memang kalau boleh kita mahu yang terbaik buat diri kita. Yang boleh buat kita tersenyum bahagia. Terbaik tak bemakna sempurna.

Aku bukanlah mencari wanita yang sempurna. Lengkap serba-serbi. Cantik-Kaya-Keturunan baik-Dan beragama. tetapi, cukuplah orang itu menyejukkan mata. Menyerikan lagi hidup ini. Qurrota a'ayun. Sebab aku sedar, aku hanyalah lelaki yang ada seperti kebanyakan lelaki yang ada. Tiada apa-apa keistimewaan. Tiada apa-apa kelebihan.

Tidak kacak. Dan tidak tampan. tetapi ada sisi yang menawan. Tidak tinggi. Orangnya rendah. tetapi mempunyai kisah hisup yang indah. Aku bukan lelaki yang tahu segala-galanya, namun adakalanya tetap buntu tetapi tidak dungu. Itulah aku kepadamu~ permaisuriku. Terpatri cinta abadi dengan restu ilahi. Sekiranya dia tercipta untukku, jadikan kami orang yang berkahwin kerana mengharapkan redha-Mu.

Kalau jodoh kami kuat..insya allah dipermudahkan urusan. Akan kulemparkan kad jemputan sebagai undangan perkahwinan. Itulah keputusan kami..kalau ada jodoh..insya allah. Ikan di laut asam di darat. Dalam periuk bertemu juga. Seorang di semenanjung, seorang di Borneo... kalau sudah jodoh..tidak ke mana. Hehe... Mesti si dia baca punya dan tersenyum sinis~

Sunday, June 14, 2009

AWUNDI x PKUNDI = ACTORS

Klise~ Sikit-sikit realiti TV bertujuan melahirkan penyanyi. Konon-konon nak guna istilah yang lebih nampak gah... nak lahirkan penghibur. International superstar. Itulah alasannya. Realiti TV yang ada 'kualiti', yang masih belum hilang serinya...yang berada di kelas yang tersendiri hanya dapat dibilang dengan jari.

Kenapa aku cakap macam tu? Kita tengok era pasca-realiti itu... Ke mana mereka pergi setelah kembali ke bumi realiti. Fikir sendiri, apakah rancangan yang benar-benar memberi impak... dan apakah rancangan yang memerlukan suntikan! Suntikan?? Suntikan modal... ataupun suntikan semangat agar roh dan jiwa rancangan itu 'ada rasa'.

Buat pertama kalinya di Malaysia, rancangan realiti yang 'memfokuskan' melahirkan seoarang PELAKON telah muncul serentak. Dua program sekaligus. Sebelum ni, ada program AUDITION di NTV7 selama 2 musim. Tapi itu realiti nyanyian walaupun ada merit dari segi lakonan.

Raja Lawak di ASTRO yang telah masuk 3 musim juga ada unsur-unsur lakonan. Tetapi, lakonan untuk genre komedi semata-mata selain melahirkan stand-up comedian. Maka, kita isytiharkan saja 2 program realiti ini sebagai rancangan realiti TV pertama melahirkan aktor berwibawa. Mempersembahkan... ANAK WAYANG(AW) di ASTRO dan PILIH KASIH(PK) di RTM. Maka wujudlah tajuk entri di atas. AWUNDI & PKUNDI.

Apa bezanya?? Apa yang sama?? Apa yang sama tapi tak serupa?? Kau ingat senang nak cari dan jadi pelakon yang baik?? Maka, matlamat ataupun objektif (bahasa Arabnya kita sebut al-ahdaf) kepada program ini...bertujuan melahirkan individu yang 'plastik'! Betullah.. berlakon tu plastik lah kan?? Haha..

Plastik yang berkualiti ialah plastik yang melindungi isi kandungan di dalamnya. Orang Kelantan sebut supik rok-rak ataupun supik gelenya. Haha. Itu plastik yang sangat "kodi" ataupun "cikai". Individu yang berjaya menjadi orang lain, menghidupkan kisah hidup orang lain..menyelami jiwa, dan merasai denyut nadi (bukan rakyat saja tau) orang lain yang berada di luar lingkup diri sendiri..itulah seorang 'pelakon sejati' namanya.

Matlamat yang sama tetapi format yang berbeza. AW berdasarkan format rancangan dari luar negara. Negara mana entah. Manakala PK menggunakan format sendiri cetusan idea penerbitnya sendiri agaknya iaitu pelakon handalan dan ternama, Rosyam Nor.

Kedua-dua rancangan ini ada tenaga pengajarnya. Anda Google sendiri kerana tenaga pengajar tersebut merupakan golongan yang arif dan profesional mengenai pementasan, drama ataupun filem. AW dan PK juga ada diarinya. Standard rancangan realiti. AW dihoskan oleh pelakon berbakat dan serba boleh, Nur Fazura Shariffudin. Haha.. dan dan aku memuji Fazura. Tapi memang serius pun sedap dia kendalikan Sesi Anak Wayang. Ala-ala Sarimah kendali Diari Af dengan gaya sendiri. Kita bergelak tawa tanpa kita ketahui Sarimah menyimpan rahsia terbesar dalam hidupnya. Hebat kan?? Inilah contoh lakonan yang menjadi.


Manakala PK punya diari pula dihoskan pengacara baru, Pasha. Kemuncaknya... ada 2 pentas. Pentas Pilih kasih dihoskan oleh Kak Engku (Raja Azura) dan Reza Era. Aisey... RTM dah tak ada pengacara yang berbakatkah bagi menarik khalayak? Haha. Mungkin pihak penerbitan PK yang membuat penetapan dan mahukan promosi melalui Astro secara tidak langsung. Kak Engku DJ Sinar. Reza ERA. Tetapi radio rasminya... Muzik.FM. Wah, begitu hebat promosi, 3 dalam 1 ~

Pentas Anak Wayang pula dikendalikan pelakon versatil, Rusdi Ramli. Aku telah menyaksikan kedua-dua "PENTAS" terbabit dan ternyata, jika anda seorang pelakon yang hebat, pernah menang anugerah terbaik sekalipun...itu bukan jaminan anda pengacara yang baik. Berlakon filem tak sama dengan berlakon drama dan jauh sekali perbezaannya dengan berlakon teater. Kan?? Pengacara pula kena banyak idea spontan, tak bergantung dengan skrip dan sentiasa kena pandang kamera. Itulah bezanya dengan berlakon yang 'pantang' pandang kamera. Haha. Kamera..oh kamera. Kalau anda penyanyi...kamera yang cari anda!

Peserta?? AW ada 25 peserta bagi mendapatkan 5 orang watak ekstra bagi drama bersiri Kecuali Cintamu. 25 orang peserta dipecahkan 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan dapat 1 watak. daripada 5 orang akan disenaraipendekkan menjadi 2 orang yang dipilih juri melalui beberapa tugas seperti berlakon spontan yang dijayakan bersama pelakon yang sudah ada nama sebagai pelakon undangan. Akhirnya akan ditentukan pula melalui SMS siapa yang akan dapat watak ekstra dalam drama bersiri Kecuali Cintamu. Setelah 5 watak dilakonkan, hanya 1 orang pemenang ditentukan dan diberi gelaran ANAK WAYANG.


Logo Anak Wayang. perhatikan betul-betul dengan permainan PC yang berada di bawah. TEET!


Emm..begitulah nampaknya. Sebab cedok dari program luar kan?? Haha.. Sebab aku nampak cara pemilihan juara PK sangat unik. 20 orang peserta ditentukan nasibnya melalui SMS. Dan 3 peserta yang mendapat undian terendah akan ditentukan oleh Rosyam Nor siapa yang harus tersingkir. Wah..ala-ala Trump gitu. The apprentice. Kuasa veto di tangan Rosyam Nor. Ada pro dan kontra benda ni. Takut Rosyam 'pilih kasih' betul...dah ada pemenang yang sudah ditetapkan. Sebab juaranya akan berlakon filem KEKASIH.

Ketika Pentas Pilih kasih, ada 3 tugasan. 20 peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan. Pertama tugasan mingguan yang wajib dirakamkan sebelum Pentas PK iaitu menjayakan 2 drama bersiri. Drama pendek durasi dalam 5-10 minit. 2 kumpulan dan 2 cerita yang berbeza diarahkan 2 pengarah yang berbeza iaitu Aimi Maziah dan Along Kamarudin. Menarik~ Mungkin di hujung rancangan kedua-dua drama bersiri ini akan menjadi SATU drama yang sama?? TEET!

Tugasan kedua... MONOLOG! Wow..ini segmen wajib kalau berlakon teater. Lontaran suara, kawalan vokal.. intosai... ekspresi.. diksi... gerak bibir. Semuanya ada markah ya. Dan akhir sekali tugasa "Teater Muzikal" arahan Erma Fatima. Menarik bukan?? Dengan juri tetapnya Dr Abu Hassan Hasbullah! Alaaa... penganalisis politik yang selalu muncul kat Astro Awani itu.

Jadi, kesimpulannya, kedua-dua rancangan ini menarik. Buat masa ni, 14 jun, watak jururawat dalam Kecuali cintamu menjadi milikmu Dayana yang muka macam Scha itu. Pilih Kasih menggunakan kuasa veto Rosyam Nor telah menyingkirkan satu-satunya peserta bertudung, Shania dan koreografer juara Sehati Berdansa 2, Ray Redzuan. Sayangnya...Ray berbakat tapi mungkin diayang terlalu menonjol menyebabkan Rosyam Nor memilih Ray untuk dikeluarkan. Nak bagi persaingan nampak sengit dan peluang dan ruang kepada peserta lain menonjolkan diri. Shahdan dari Kumpulan Flava itu juga berbakat. Wah..dari nasyid menjadi aktor~ Layan saja benda-benda alah ni. Kan?? Kau ingat senang nak hasilkan rancangan sebegini?