Hebahan

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari ~



Ada sesiapa yang sambut hari lahir hari ini? 29 Februari 2012. Ataupun ada sesiapa yang lahir hari ini? Sudah pasti 4 tahun akan datang, anda akan bertemu kembali tarikh 29 Februari. Dalam erti kata yang lain.. anda akan menyambut ulangtahun kelahiran  4 tahun sekali, ketika umur 4,8,12,16,20,24 tahun. da seterusnya. Walaupun sudah 24 tahun, tapi anda baru menyambutnya sebanyak 6 kali. Istilah leapling digunakan untuk mereka yang berkenaan.


2012 tahun lompat! Kenapa? Cuba bahagikan 2012 dengan 4. Jika tiada baki.. maka tahun itu tahun lompat. Itu syarat pertama. Syarat kedua, nombor itu boleh dibahagi dengan 40.Sebab tu, tahun 2000, tahun lompat. Tetapi tahun 1900 bukan tahun lompat. Tengok kiraan di bawah:

2012/4 = 503, maka tahun lompat
2010/4 = 502.5, maka bukan tahun lompat
2000/400 = 5
1900/400 = 4.75

Jika kita tengok syarat pertama.. kenapa nombor 4? Sebab itu tahun lompat berlaku setiap 4 tahun. Dinamakan tahun lompat kerana di luar kebiasaan, 1 tahun ada 365+1 hari. 366 hari. Kenapa kena tambah 1 hari?

Baiklah, sebelum kita terus ke jawapan, kita 'gali' sejarah terlebih dahulu. Tahun lompat sebenarnya dicetuskan oleh tokoh Greek, Julius Caesar. Dan disebabkan Februari ada 28 hari sahaja, maka Februari terpilih untuk ditambah harinya.

Kenapa 1 hari? Sebab secara anggarannya, bumi lengkap mengelilingi matahari selama 365 hari atau setahun. sebenarnya, nilai atau angka yang lebih tepat, 365.25 hari. Maka, 1/4 atau 0.25 itu jika didarabkan dengan 4, maka kita akan dapat 1 hari lebih.

Ya.. ini dia tajuk science fact aku bulan Februari 2012. Tapi, Fakhrin pun ambil tajuk yang sama! Apa kes? Apa-apa pun, suka layan lagu Zee Avi, 31 days in June.

Tuesday, February 28, 2012

AZURA 2012 - satu kegagalan?



Itulah persoalan yang timbul sejurus tamat menonton filem pembikinan semula, Azura 2012. Dan secara tidak langsung, sesiapa saja akan membuat perbandingan dengan versi asal Azura, lakonan hebat Ogy Ahmad Daud dan Jamal Abdillah arahan Deddy M Borhan yang ditayangkan pada tahu 1984.


Adakah roh Azura lakonan Ogy berjaya menyelinap ke dalam tubuh, jiwa dan raga pendukung Azura 2012, Neelofa? Adalah suatu perkara yang tidak adil jika kita membuat perbandingan secara terus antara kedua-dua aktres ini memandangkan ini adalah lakonan kali pertama Neelofa, 3 tahun lepas sebelum bergelar juara Dewi Remaja 2009, manakala ini adalah filem ke-5 Ogy Ahmad Daud.

Jika diimbas kembali, Ogy juga mengambil masa untuk keluar daripada bayangan 2 nama besar orang tuanya namun atas usaha mahu berdiri atas bakat sendiri, Ogy telahpun berjaya di kelas tersendiri seperti hari ini. Azura boleh dikatakan sebagai satu penanda aras bagi Ogy yang seterusnya cemerlang menerusi filem berikutnya, Ali Setan dan Puteri yang membolehkan beliau mengenggam trofi aktres terbaik dua tahun berturut-turut.

Jadi, berilah peluang kepada Neelofa seadilnya. Bintangnya cerah.

Wah, cuba mempertahankan nama Neelofa nampak! Kenapa? Sebab dia cantik ke? Bagi TT.. itu sudah jatuh nombor 3, 4 atau 5. Sebab utama TT menyokong kerjaya seni insan bernama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini kerana dia seorang yang bijak. Cantik satu bonus, tapi Lofa ni bijak orangnya. Bukan saja terbukti genius menerusi deretan A dalam peperiksaan UPSR, PMRdan SPM, malah bekas pelajar MRSM Langkawi ini sedang menyiapkan ijazah berkembar (double degree) di samping bijak buat duit melalui bisnes kasut secara atas talian (online).


Neelofa juga bijak membawa diri dan berdepan kontroversi sebagai contohnya isu perang Tweet "katik" dengan Fazura, dan langkah Lofa untuk mendiamkan diri merupakan satu langkah yang bijak dan matang. Cuma satu saja yang aku kurang berkenan..yakni lebih spesifik lagi, soal berpakaian. Mungkin mek Klate
ni mahu tampil jangok tapi "menyeksi" itu menyeksa diri. Tak pasal-pasal bahagian dada ditutup oleh TV9 ketika muncul di Galaksi. Tak payah nampak kena eksploitasi batang tubuh sangatlah kan. Hmm.. bab ni Lofa kena lebih bijak. Kot~

Berbalik kepada Azura 2012 arahan Aziz M.Osman ini, adakah sudah hilang sentuhan magisnya? Jika Fenomena, Femina, XX Ray, Leftenan Adnan, jenama filem Senario & Puteri Impian telah membawa nama Aziz ke satu tahap, apakah pencapaian Azura 2012 membawa Aziz ke mana-mana? Teruk sangatkah Azura 2012 di tangan Aziz ni? Inspirasi dan jiwa Azura masih ada. Belum hilang.. cuma, plot cerita sedikit bercelaru. Itu kelemahan yang gagal disembunyikan. Dan agak mengganggu konsentrasi.

Muzik/ Lagu-lagu


Walaupun gagal menandingi kehebatan lagu Azura dan Sandarkan Pada Kenangan versi asal, namun lagu Nora J- Tulus dianggap penyelamat. DAN, TT suka lagu Liyana Fizi - Jatuh! Amat comel~

Lakonan?

Lakonan Shahrizal Jaszle selaku Zack (Zakaria Puteh) lebih dominan berbanding Neelofa. Cuma.. TT rasa, ada sedikit jiwa "Asmara" dalam diri Shahz Jaszle ini. Membawa watak anak orang kaya yang spoilt. Very pampered. Adakalanya nampak merengek tapi kadar kecomelan terkawal. Jelas, kebergantungan hidup Zack terhadap Azura dan sewaktu kehilangan Azura... kita turut rasa mahu tolong carikan Azura.

Neelofa? Sudah diulas di awal-awal perenggan di atas. Cuma dalam konteks watak Azura, Neelofa telah memberikan warna baru. Kurang berkesan tapi meyakinkan. Gambaran wanita tabah di alaf baru. Kehilangan kedua-dua orang tuanya. (penampilan khas Faizal Hussein & Ogy Ahmad Daud). Bijak cari wang saku, di samping bijak belajar (kelas pertama & fasih berbahasa Perancis & Arab).


Bahagian paling TT suka, ada 3. Pertama, dalam banyak-banyak lagu, Azura suka lagu Malaysia Berjaya.  (sebab ada kritikan sosial sikap segelintir masyarakat malaysia). Kedua, setelah terminum air yang ada pil khayal, Azura masih ada kekuatan untuk melawan dan selamat daripada dinoda. Ketiga, adegan Zack naik ke atas cari Azura, rupa-rupanya Azura sedang bersolat!

Adakah kedua-dua mereka ada ikatan kimia (chemistry) yang baik? Walaupun gagal menarik penonton ke panggung? Hehe. Nak kata boleh tercalon kategori terbaik? Emm.. tak mungkin rasanya. Mungkin kedua-dua mereka boleh sangkut kategori pelakon harapan.


Lakonan orang lain macam mana? TT paling suka watak Afdlin Shauki. Dan Bonda Afida Es. Jarang melihat Afdlin membawa watak antagonis yang licik. Tak menyampah tapi meluat! Nini Marlini selaku kakak Zack, Wanda juga 'hidup'. Tidak lupa.. watak Mak Su, lakonan Eirma Fatima yang menjadi mangsa MLM.

Sinematografi

Berlokasikan kota romantik, Paris dan semestinya berlatarbelakangkan Menara Eiffel. Cakap 2012, tapi nampak gerak kameranya ala-ala 90-an sikit. Ya ke?


Filem paling dekat untuk buat perbandingan dengan genre yang sama. 

Cuba teka? Nur Kasih The Movie(NKTM).
  • Plot cerita yang kurang kemas & teratur. 2x5 = 5x2 saja kedua-dua filem ini.
  • Kisah ketabahan Nur Amina & ketabahan Azura
  • Afida Es ada dalam kedua-dua filem. Memang ada class lakonan bonda.
  • NKTM kutip berjta-juta. Azura 2012 tak cecah satu juta pun. (Kutipan Azura 1984 melebihi RM1 juta ironinya). Rujuk laman web FINAS di sini.
  • Lakonan kali pertama Tiz Zaqyah dan Neelofa di layar perak. Tiz Zaqyah tak tercalon pun masa FFM. Adakah Lofa akan ikut jejak langkah? TEET~
  • Ada selit bahasa asing. NKTM ada bahasa Arab. Azura 2012 ada bahasa Perancis & Arab sikit. Cuba teka kenapa tema Azura berwarna biru?
  • Penggambaran di Jordan vs Penggambaran di Kota Paris
Justeru, kita balik kepada soalan asal entri kali ini. Adakah Azura 2012 satu kegagalan? Jika bersandarkan kepada kutipan yang berjaya dikumpul, ternyata filem ini gagal di atas kertas. Sekaligus hal ini bermakna filem ini juga gagal dari sudut populariti dan publisiti. Tapi jika diterjemahkan dari sudut seni atau nilai estetika, Aziz M.Osman seakan-akan sudah hilang sentuhan emasnya tetapi masih meninggalkan kesan.

TT : Emm.. Neelofazura~ Azura 2012 kini boleh ditonton melalui Astro First. Wah, iklan percuma!

Saturday, February 25, 2012

Misi 30

Ini bukan rancangan Misi 12 di Astro Ria yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad.

Tapi ini Misi 30. Oleh "misi si tukang tulis" sempena ulangtahun kelahiran ke-28, yang mahu dijayakan sebelum mencecah usia 30 tahun!

Misi 30 = 2 tahun(3 T x 5 K)

Mengaplikasi

1. Taqwa
2. Tekun
3. Tabah

Demi

1. Kendiri
2. Keluarga
3. Kerjaya
4. Kesihatan
5. Kebahagiaan

BERLIPAT GANDA! JANGAN MUDAH PUTUS ASA~
SEPANJANG 2 TAHUN SEBELUM USIA 30 :)

Terperinci lagi? Kita akan kupas satu persatu jika ada masa dan kelapangan. TAPI, jika tidak berkesempatan, kata-kata kunci di atas sudah memadai rasanya...

28 = 3 ! Alhamdulillah :)

ALHAMDULILLAH!

Syukur.. terus diberi peluang oleh-Nya untuk terus bernafas di muka bumi ini. Bermakna masih diberi ruang dan kesempatan untuk membuat persiapan sebelum kembali kepada-Nya. Pergi tak kembali.


28 tahun... menjadi khalifah di dunia, yang merupakan persinggahan sementara sebelum menuju akhirat yang abadi. Memang adakalanya aku hanyut dengan arus dunia yang deras mengalir, merentas masa, menyelinap zaman.

Lagi 2 tahun menghampiri angka 30-an. Moga-moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah. Dan tahun mendatang lebih cemerlang dan gemilang berbanding tahun ini.



28 = 3 ! Itu dia formula "misi si tukang tulis". Bermaksud sudah 3 tahun aku menjayakan misi selaku tukang tulis. Apakah misi tersebut? Sudah terlaksana atau sebaliknya? Semuanya telahpun terjawab sepanjang 3 tahun "bersiaran" di alam maya.

Jom kita kembangkan lagi formula 28 = 3;

Jika 3 tahun = 55,000 capaian hits,
maka 1 tahun = 18,333 pembaca klik,
maka 1 bulan = 1,527 pelayar blog Hitam Putih Kehidupan,
maka 1 minggu = 381 orang masuk ke sini,
maka 1 hari = 54 pembaca setia hadir,
maka 1 jam = 2 orang peminat misteri katanya...

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pembaca blog, tak kira pembaca setia, singgah sementara, pengintip(stalker), mahupun pembenci(haters). Teruskan memberi sokongan dengan membaca. Tanpa kalian, blog ini tiada warna dan tidak bermakna!

Tuesday, February 21, 2012

JM :Penjaga Hati Permata Hati

Ini adalah segmen baru.. Jurnal Maya(JM) yang berkonsepkan petua keibubapaan hasil pengalaman TT sebagai bapa muda. (Muda lah juga kan.. walaupun menghampiri usia 30-an)

Khusus buat puteriku, Sumayyah Hannani binti Mustakim,




Anakku, atau nama manjanya dalam keluarga, Maya.. anak Walid dan Ummi. Siapa yang jaga Maya masa Walid dan Ummi kerja ya?

Cuti bersalin.. Ummi ambil cuti selama 3 bulan untuk jaga Maya. Kemudian, Walid mencadangkan  Maya dijaga oleh Cik Ti, mak saudara walid, yakni adik kepada Onny Maya yang biasa menjaga anak kecil. Dan.. ALHAMDULILLAH.. kami sangat berpuas hati hasil jagaan Cik Ti selama 2 bulan setengah.

Kemudian cuti sekolah, maka Ummi menjaga Maya sepenuh masa. Dan bermula Disember 2011 kita sekeluarga berpindah rumah. Menyewa rumah teres satu tingkat di Desa Pinggiran Putra, idea Ummi. Memang tiba masanya hidup berdikari.

Masa paling sesuai untuk mengurus rumahtangga sendiri, sementelah Maya semakin lasak dan ligat. Maya anak yang sangat aktif. Semenjak dari alam rahim lagi. Walid masih ingat lagi sewaktu doktor buat proses imbasan (scanning), Maya memang tak boleh duduk diam. Asyik menendang, menyiku perut Ummi.

Nah.. sekarang Maya berada di depan mata kami. Anak yang sihat dan cergas. Maka, ada satu perkara yang perlu difikirkan. Setelah berpindah, memang agak payah untuk menghantar Maya di bawah jagaan Cik Ti. Pertama, faktor jarak. Dan kedua, faktor kekangan masa.

Maka, tidak dapat tidak, memang kena cari nurseri berdekatan. Dan Walid sendiri jumpa satu pamplet iklan nurseri berdekatan rumah kita. Dan Ummi telah menghubungi pemilik nurseri itu bagi menyatakan hajat kami yang memerlukan penjaga Maya.

Waktu pertama kali menghantar Maya di sana, macam-macam rasa ada. Walaupun runsing, hati tak keruan, namun setelah beberapa rundingan, perbandingan, pertimbangan sewajarnya, Walid dan Ummi bersetuju dan tawakkal kepada Allah mengatasi segala-gala hendaknya.

Ternyata.. telahan kami silap. Sepanjang sebulan Maya dijaga di sana bersama 4 rakan bayi perempuan yang lain, sudah 4 kali bertukar pengasuh. Dan setiap kali bertukar penjaga, maka jenuhlah Ummi menyiapkan senarai semak (checklist) baru.

Dan perkara yang lebih merumitkan... setiap kali Ummi ambil Maya di nurseri, Maya mesti comot. Ada rambut melekat di siku. Baju kotor.  Kadang-kadang dimandikan terlalu awal seawal jam 3 petang. Alasan mereka.. Maya lasak. Tak boleh duduk diam.

Adatlah kan.. anak kecil. Apa yang mereka tahu sekecil 8 bulan. Segala benda yang dikutip, pasti masuk mulut. Bahaya kan kalau tak diawasi sepenuhnya. Silap haribulan perkara tak diingini boleh berlaku dan telahpun berlaku.



Ya! Telah pun berlaku. Satu malam.. Ummi tunjukkan kulit Maya beruam. Merah-merah. Maka, kami sapu losyen Calamine. Raya Cina baru-baru ini, kita balik Kelantan jumpa Tok Mek, Mok Tok dan saudara-mara yang lain, tiba-tiba muka Maya bengkak-bengkak.

Maya dibawa ke klinik. Doktor beri ubat. Rasa-rasanya kulit Maya sensitif. Kulit putih katakan. Merah sedikit dah nampak menyala. Orang Kelantan kata "cemar peluh". Ini semua gara-gara nurseri itu. Masa Cik Ti jaga dulu takde masalah pun...

Itulah keluhan ibu bapa kan?? Mahu yang terbaik untuk anaknya... walaupun nurseri itu tak salah 100%. Dan terpaksa hantar Maya ke nurseri tersebut lagi sejurus tamat cuti sekolah seminggu sempena CNY.

Keadaan bertambah keruh. Dalam masa 2 hari saja, kulit Maya makin merah. Macam melepuh. Ummi bawa Maya ke klinik panel Petrosains. Doktor bagi ubat termasuk ubat antibiotik.Yang peliknya.. selepas makan ubat, tak sampai sehari, seluruh badan Maya kecuali perut kemerah-merahan. Ini bukan ruam dah.

Pergi klinik lagi.. kali ni doktor kata, "Sah! Ini sakit kaki, tangan, mulut taupun HFMD (hand, foot, mouth disease). Pulak dah! Maka, kami nekad, tak mahu hantar Maya ke nurseri itu lagi. Bulan 2 tak payah bayar. Jadi, masalahnya sekarang.. siapa nak jaga Maya?? Err.. cuma satu saja yang pelik, kalu betul doktor cakap HFMD, sepatutnya tapak tangan, tapak kaki, bibir dan pelipat yang teruk. Macam contoh di bawah.


Tapi Maya tak macam tu pun.. Yang teruk bhagian betis, lengan dan pipi. Aduhai~ Rumit kan? Takpe lah.. bawa Maya blik kampung Sungai Besar. Mana tahu.. atuk dan mak tok ada ikhtiar ubat cara kampung. Atuk dah bagi air yang telah dibaca ayat suci al-quran. Kesiannya tengok  anak walid ni. Sampai walid tak tergamak nak kongsikan gambarnya dengan orang lain.

Onny dan Tok Pa pun dah datang jenguk cucu sulung mereka. Pak Lang Min yang tengah sakit pun datang sebelum Maya balik kampung. Walid tak dapat ikut.. sebab kerja. Maya duduk dengan Ummi ya. Di sana, Ummi Maya khabarkan doktor di kampung cakap berkemungkinan ada masalah kulit atau lebih spesifik lagi.. kayap! Hah?!?! Tak masuk akal kan? Betul ke boleh percaya cakap doktor ni?

Setiap kali jumpa doktor, mesti macam-macam perkara didengari. Kurang enak di telinga namun ia tetap mengundang resah. Setiap kali bawa Maya ke klinik pasti ada ubat baru! Ingat apa??Maya yang tak sampai 9 bulan ni bahan eksperimen ker?

Walid rasa.. keadaan Maya makin teruk mungkin disebabkan ubat. Alergi dengan ubat antibiotik kot. Dan sebagai langkah terakhir, Walid dan Ummi nak bawa Maya jumpa doktor pakar. Dr. Mohd Noh di Hospital Tawakkal, seorang pakar kulit.

Walaupun perlu berhabis.. tapi alhamdulillah. Keadaan Maya bertambah baik. Dr. Noh kata, mungkin kulit Maya sensitif sebab eczema atopik, yakni masalah kulit disebabkan keturunan. Mungkin diwarisi melalui gen sebelah Walid atau Ummi yang ada athma, alergi dan sebagainya.

Alhamdulillah..ujian ini dapat ditempuhi bersama kita satu keluarga. Yang pasti, ujian ini lebih merapatkan kita lagi serapat-rapatnya. Saling memahami, tolak ansur dan bertimbang rasa. Ujian yang menguji rumahtangga Walid dan Ummi. 

Alhamdulillah.. hasil perbincangan, sessi hati ke hati antara kami berdua, kami akhirnya berjaya menemui orang yang boleh diharapkan menjaga Maya. Tak jauh dari tempat nurseri hari tu, ada seorang kakak, lingkungan usia 30-an, Kak Azi namanya yang sudi menjaga Maya.

Rumah Mama Azi tiada permaidani dan perabot yang boleh memberi "ancaman" kepada kulit, dan seluruh fizikal, mental, jiwa dan raga Maya. Ruang lantai di dalam rumah Mama Azi sentiasa dimop dan dipastikan kebersihannya. Satu kelegaan.. sebab kami tak perlu demand!

Anakku Sumayyah Hannani..moga ALLAH selalu menjagamu, sentiasa melindungimu dalam apa jua keadaan. Sukar atau senang. INSYA ALLAH. Biiznillah~

Monday, February 20, 2012

JIKA ANAK-ANAK...

If children live with criticism, they learn to condemn
If children live with hostility, they learn to fight
If children live with ridicule, they learn to be shy
If children live with shame, they learn to feel guilty
If children live with tolerance, they learn to be patient
If children live with encouragement, they learn confidence
If children live with praise, they learn to appreciate
If children live with fairness, they learn justice
If children live with security, they learn to have faith
If children live with approval, they learn to like themselves
If children live with acceptance and friendship, they learn to find love on the world

DOROTHY LAW NOLTE

Amboi! Berpuisi mat saleh nampak. Andai.. Jikalau... Sekiranya.. aku bersuara, pasti akan ada yang terasa. Jikalau aku yang jadi mangsa..tidak mengapa, asal bukan anakku. Andai aku yang teraniaya, juga tidak mengapa asalkan puteriku bukan mangsanya. Sekiranya dapat kuundurkan masa... pasti yang terbaik dijanjikan untuk anak isteri. Bukannya masalah atau musibah

Wah, apa kes ni? Memang ada kisah yang mahu diceritakan. Nantikan.. entri akan datang. Kisah yang lebih matang... naluri seorang bapa. Cewah~

Friday, February 17, 2012

Hiburan alaf baru, gaya baru, fesyen baru?

Inilah hiburan yang mengikut arus kaedahnya. Siapalah yang sanggup menghadap PC lama-lama semata-mata nak siapkan suntingan (editing) sebegini. Tak kira samada ianya gambar ataupun video. Memang betul-betul kelakar.






Fesyen apo? Inilah istilah yang digunapakai. PARODY~ Tak kira topik apa yang mahu dikupas samada politik, hiburan, sukan, mahupun berita ekonomi sekalipun, pastinya kita tak mampu tahan gelak. Tak kering gusi dibuatnya. Jom kita layan versi video pula.

Sebenarnya banyak lagi yang lebih kelakar daripada yang tersenarai di sini kan? Tapi inilah medium hiburan alaf baru. Semua orang amat kreatif untuk berfikir di luar kotak! Kreativiti tak terbatas untuk berkarya :)
 

Tuesday, February 14, 2012

LLJ Februari 2012

Tanpa buang masa.. nah layan saja lagu-lagu jadian bulan Februari 2012 :

Adi Putra - Dia Untukku (OST Tentang Dhia)
Sofazr - Pencinta Terbaik
Yuna - KL Kita feat. Qi
Akim & Adira - La La La (OST Elly & Epyt)
Awi Rafael - Bukankah Aku (OST Pelangi Kasih)
Hafiz - Kuakui
Mawi - Barangkali
Aliff Satar - Abdul
Sabhi Sadhi - Waktu
Subculture - Menari Di Angkasa feat. Mira Tilu
Abstrak Hingga Ke Bulan - Di Pintu Syurga
Zizan - Bawaku Pergi feat. Kaka
Zee Avi - 31 Days In June
Taufik Batisah & Rossa - Aku Bersahaja
Ungu - Kupinang Kau Dengan Bismillah feat. Rossa

Sunday, February 12, 2012

Noktah!

Aku mahu berhenti menulis. Noktah!

Muktamadkah?

Atau hanya propaganda semata-mata.

Aish!

Serius kot...

Adakalanya memang rasa itu sempat singgah. Sambil lewa saja melewati keresahan hati yang membungkam. Cewah~

Apa kes?

.......................................................

Aku mahu berhenti menulis. Noktah!

Itu satu kenyataan kah? Atau hanya satu ayat seruan?

Menyeru orang ramai supaya terus melekat dan mengikuti perkembangan blog ini...

Walaupun....

Ah! Aku pesimis. Dan aku juga optimis.

..........................................................

Aku mahu berhenti menulis. Noktah!

Noktah bertindih :

Maknanya masih ada lagi keraguan. Kesamaran yang menghantui diri si tukang tulis.

Aneh? Mana misinya? Atau sudah ada resolusi terkini.. baru lagi.

Aku terkesima..terjerat lagi oleh rasa sangsi.

Tiada pendirian!

.........................................................

Aku mahu berhenti menulis. Noktah!

Eh, silap! Koma,

Aku mahu berhenti menulis, buat seketika saja

Sejurus hati rawan melayan karenah perasaan

Penangan yang berpanjangan.. tiada kesudahan.

Tapi sampai bila?

Menanti sampai mati.. ATAU 

menunggu macam dungu

.......................................................

Aku mahu berhenti menulis. Noktah!

Sebab boleh mula perenggan baru

Fasa hidup lama ditinggalkan

Transisi bagi meneruskan legasi

Transkripsi buat pencetus revolusi

Yang ternyata bukan ilusi

Sebaliknya persepsi itu berubah

Demi harga digniti diri.

...........................................................

Aku mahu berhenti menulis. Noktah!

Ada aku kisah?

Ini dia noktah terakhir

.

Nah kau

.

.

.

Rukhsah dalam solat

Kalau anda pembaca setia, pasti anda masih ingat lagi entri Tayammum kan? Pasal rukhsah dalam solat. Dan entri kali ni, masih lagi berkisarkan rukhsah atau keringanan dalam mendirikan solat. Situasi dan keadaan ini amat tepat dan kena sekali dengan apa yang aku dan bapa-bapa beranak kecil di luar sana alami. 

Jika tiada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga anak kita, maka ini adalah salah satu jalan keluarnya.. yakni bersolat bersama-sama anak sambil mengendong. Betapa indahnya Islam...lihatlah kaifiyatnya sepertimana gambarajah di bawah ini. Selamat beramal :)




Wednesday, February 1, 2012

CDC Januari 2012

Sekejap saja. Pejam celik pejam celik sudah sebulan. Sebentar saja rasanya. Dan dalam masa sebulan pun macam-macam berita hangat ada. Tanpa buang masa, terimalah Carta Darjah Celcius (CDC) Januari 2012:

1. Peristiwa 901


Inilah berita paling hangat bulan ini. Kerana pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi akan mengumumkan keputusan kes Anwar-Saiful. Walaupun ada spekulasi menyatakan bahawa DSAI sekali lagi akan dihumban ke dalam penjara, namun itu tidak berlaku realitinya.

Beliau bebas, dan dilepaskan daripada tuduhan. Cuma... pihak Saiful diberi peluang untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Ingat lagi tak peristiwa MB Perak, Datuk Seri Nizar diumumkan Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Rayuan menafikannya. Adakah skrip sama akan berulang lagi? Kita tunggu...



TT : Negara Nigeria diisytiharkan darurat? Sebab ada isu ketegangan agama antara Islam dan Kristian. Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan telah mengumumkan bahawa negeri Yobe dan Borno di bahagian timur laut serta negeri Plateau dan Niger di bahagian tengah negaranya yang mengalami beberapa serangan keganasan baru-baru ini telah diisytihar dalam keadaan daurat pada masa ini, dan pintu sempadan keempat-empat negeri tersebut juga ditutup buat sementara waktu.

2. Suara Kampus... gelombang muda~


Ada orang kata.. guna dulu hak berfikir sebelum menggunakan hak bersuara. Soalnya, mereka sudah habis fikir semasak-masaknya, sudah tiada jalan lain untuk "menghukum" atau bahasa yang lebih diplomatik, menarik perhatian kerajaan dan sesiapa saja piak yang berkenaan, bahawasanya, tampuk kepimpinan negara akan diwarisi kepada mereka golongan muda yang berdaya saing dan tidak gentar dengan gertakan.

Hasilnya?? Emm.. inilah hasilnya. Pembukaan 2012 disambut secara "liar" di UPSI. Semua penggerak mahasiswa pro pembangkang termasuk Adam Adli (individu yang paling dikehendaki kerana menurunkan bendera yang ada gambar PM) berkampung di Tanjung Malim. Boleh kata, itulah markaznya bagi menjayakan demonstrasi hapuskan AUKU.

Dan.. Adam Adli telah ditahan bersama 19 yang lain, manakala saudara Muhammad Safwan Anang dikatakan telah menjadi "mangsa" kerakusan pihak berkuasa. Benarkah? Hanya Tuhan saja yang tahu kebenarannya.


TT : Terus terang cakap, tak minat sangat politik kampus. Ambil tahu pasal politik tapi tak mahu terlibat sehinggalah jika dipanjangkan nyawa ke usia 40 tahun.. mungkin baru bersedia terjun ke kancah politik.

3. Amalina Che Bakri

Tak perlu rasanya letak gambar tersebut di sini. Ramai dah tengok kot. Siap keluar akhbar lagi. Semuanya bermula dengan fitnah, Amalina balik Malaysia senyap-senyap. Sebab kandas, tak menghabiskan pengajian. Puncanya? Sebab kehidupan sosial.


Lalu, ibu Amalina tampil membela anaknya dan memperbetulkan keadaan. Siap jemput media untuk buat press conference ok termasuklah sidang video Skype antara Amalina dan ibunya. Jadi, apakah isu besarnya? Isunya..Amalina dulu glamor terkanal satu Malaysia sebab dapat 1A dalam kesemua 17 pelajaran sewaktu keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Pernah dengar cerita Sofiah, budak genius yang dikatakan menjual diri? Mungkin skrip yang lebih kurang sama. Cuma suasana dan situasi saja yang berbeza. Itulah tipikal orang Melayu. TT bukan mahu membela Amalina dan mengatakan apa yang telah 'dihijrahkannya' itu betul dan bertepatan dengan kehendak agama, cuma merasakan masyarakat kita terutama orang Melayu suka memperbesarkan perkara remeh.

Hello.. dekat KL saja bersepah gadis kampung bertudung litup yang culture shock bila menjejakkan kaki ke menara gading. Ada bekas pelajar sekolah agama, tahfiz tapi rambut sudah warna perang. Tudung labuh sudah melayang. Hidayah Allah itu mahal kan? Agak-agaknya kalau adik Adi Putra yang genius Matematik, misal kata kandas subjek Bahasa Melayu, silap haribulan pun boleh jadi bahan berita sensasi. Kot?

TT : Adik Siti Fatimah dan adik Nik Madihah yang juga pelajar cemerlang SPM dari Ma'ahad Muhammadi Perempuan (MMP) Kota Bharu elok-elok saja pengajian mereka bersama penampilan yang tidak berubah.

4. Dr. Hassan Ali


Adun Gombak Setia, bekas EXCO Selangor, YB Dr. Hassan Ali telah dipecat daripada PAS. Mungkin ada kena mengena dengan banyak isu seperti isu kerajaan perpaduan, isu ambush gereja, murtad, HIMPUN dan macam-macam lagi melibatkan IMR (Islam, Melayu, Raja). Namun, dalam konsep berjemaah atau berkumpulan, keputusan syura' yakni mesyuarat mesti diambilkira. Bukan membuta tuli ikut kepala sendiri.


Pemecatan Dr. Hassan Ali sekaligus telah diganti oleh ADUN Sijangkang, YB Dr. Yunus Ahmad Hairi. Beliau akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta Belia dan Sukan. Cuma portfolio Hal Ehwal Islam dipegang sendiri oleh MB, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sekali imbas tiada apa-apa yang janggal kerana exco Selangor yang baru diganti oleh wakil Pas juga. Tetapi persoalan di kalangan ahli Pas ialah, kenapa Dr Yunus? Kenapa bukan Dr Rani yang merupakan Pesuruhjaya Pas di Negeri Selangor?

Apa masalahnya? Adakah jawatan Exco berkaitan Hal Ehwal Islam hanya orang PAS sahaja ataupun orang berpangkat ustaz sahaja yang layak pegang. Kalau nak diikutkan, SPB YDPA merupakan Ketua Rasmi Agama Islam. Perlukah kita mempertikai wibawa atau tahap ilmu baginda?

TT : Tanda-tanda pilihanraya umum semakin hampir; baucer buku rm 200 untuk siswa menara gading. BR1M RM 500 untuk isi pendapatan rumah kurang RM 3K telah mula diberi.


5. Atlit sukan di puncak dunia...

a. Lionel Messi


Lionel Messi - pemain antarabangsa Argentina dan kelab Barcelona diiktiraf FIFA selaku pemenang Ballon d'Or selama 3 tahun berturut-turut. Apa itu Ballon d'Or? Kalau kita terjemahkan ke Bahasa Inggeris maknanya The Golden Ball atau istilah yang lebih tepat, European Footballer of the Year. Ada faham? Hehe. Sumber 

TT : Walaupun pertarungan el-classico Real-Barca sering dimenangi Barcelona, hakikatnya kini Real Madrid menerajui La Liga dengan kelebihan 7 mata.

b. Datuk Lee Chong Wei


Datuk Lee Chong Wei akhirnya berjaya menamatkan badi Lin Dan & Chen Long yang membelenggu dirinya. Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia milik Datuk LCW. Tahniah ! Lagu SMASH, dendangan Johara, parody lagu Price Tag! Dengar di sini.

TT: Liverpool berjaya menundukkan DUA Manchester dalam selang masa seminggu. Tahniah !

c. Victoria Azarenka 



Pemain Belarus, Victoria Azarenka, berusia 22 tahun kini bergelar pemain tenis wanita nombor 1 dunia bermula tanggal 30 Januari 2012. Jeritan atau hembusan nafas sewaktu bermain antara Arazenka dan Maria Sharapova dikatakan menyamai bunyi trak melalui mesin pengesan mencecah 91.4 desibel menyamai bunyi trak yang sedang melintas. Katanya~

TT : Perlawanan el-classico antara Rafael Nadal-Novak Djokovic juga menarik perhatian kerana memakan masa lebih kurang 5 jam 57 minit. WOW! Tuah ternyata milik Djoker.


6. Negeri Sembilan - Juara Piala Sultan Ahmad Shah


Pasukan N9 menjuarai Piala Sumbangsih setelah menewaskan The Red Warriors 2-1, hasil jaringan pemain import mereka yang baru, Jean Emmanuel Effa. Dan hal ini bermakna Liga Super 2012 (Malaysia) pun bermula.

Kelantan sedang menerajui liga. Bagaimana persembahan/pencapaian pemain import? Dengar khabarnya, MB Terengganu merangkap Presiden PBSNT "mengamuk" dengan FAM sebab tak dapat turunkan ayam tambatan mereka, Francis Forkey Doe menyebabkan mereka kalah perlawanan pembukaan kepada Perak.

TT : Tahniah kepada Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shas sebab tersenarai antara kesebelasan utama skuad Asia berdasarkan undian di www.goal.com. Persoalan yang timbul, adakah rakyat Malaysia ni gila mengundi? Mentang-mentang PRU dah dekat...

7. Awan Nano - Juara Lagu 26



Tiada ragu, lagu ciptaan sifu M.Nasir serta lirik tulisan Budi Hikayat membawa tuah kepada juara AF7 ini. Di samping rendisi Hafiz yang penuh emosi, vokal yang ampuh, kemenangan Awan Nano tak dapat disangkal lagi. Ternyata Lagu Terbaik APM ini boleh menjenamakan nama Hafiz di negara sebarang.

TT: Ingatkan Alyah akan menang besar...sekaligus membongkar identiti Manusia Putih. Sayangnya.. itu tak menjadi kenyataan


9. Dr. Ezani Farhana,  Masterchef Malaysia



Doktor gigi berusia 26 tahun dari Selangor ini berjaya menjadi pemenang Masterchef Malaysia musim pertama setelah mengalahkan pesaing terdekat, Wahidan, pekebun dari Sabah. Siapa kata doktor tak tangkas di dapur?

TT : Alhamdulillah.. masakan isteri sedap, sebab tu suka makan di rumah :)

10. JoHaRa pagi ERA

 
Inilah yang dinamakan penjenamaan semula. 2012 menyaksikan persaingan radio swasta semakin sengit. Era telah kehilangan Aznil dan Reza. Namun diganti oleh Johan dan Zahid. Percaturan meletakkan Johan bersama Hanif dan Ray nampak seperti membuahkan hasil kerana JoHaRa pagi Era boleh mencabar Sinar pagi, I follow~

Sinar.FM? Emm.. Shira tamatkan kontrak jadi DJ waktu pagi (walaupun tersenarai 3 kategori ABP termasuk DJ wanita popular). Maka, Halim Othman kini bertemankan Nabil dan Kenchana Dewi. Zizi berpasangan dengan Myra slot seterusnya.

Hot.FM? Apa perubahan? DJ baru? Tiada. Eh, adalah! Bagi stesen Hot.FM Klate dan Hot.FM Tganu. Memang kenalah.

TT : Alhamdulillah.. dulu ERA dah siar azan. Sekarang Hot.FM pun dah siarkan azan. Sinar.FM radio nombor 1 Malaysia bila lagi? TT sempat dengar Hot.FM Klate sewaktu di KB. Memang kecek Klate. Keno khenak!