Hebahan

Wednesday, February 1, 2012

CDC Januari 2012

Sekejap saja. Pejam celik pejam celik sudah sebulan. Sebentar saja rasanya. Dan dalam masa sebulan pun macam-macam berita hangat ada. Tanpa buang masa, terimalah Carta Darjah Celcius (CDC) Januari 2012:

1. Peristiwa 901


Inilah berita paling hangat bulan ini. Kerana pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi akan mengumumkan keputusan kes Anwar-Saiful. Walaupun ada spekulasi menyatakan bahawa DSAI sekali lagi akan dihumban ke dalam penjara, namun itu tidak berlaku realitinya.

Beliau bebas, dan dilepaskan daripada tuduhan. Cuma... pihak Saiful diberi peluang untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Ingat lagi tak peristiwa MB Perak, Datuk Seri Nizar diumumkan Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Rayuan menafikannya. Adakah skrip sama akan berulang lagi? Kita tunggu...



TT : Negara Nigeria diisytiharkan darurat? Sebab ada isu ketegangan agama antara Islam dan Kristian. Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan telah mengumumkan bahawa negeri Yobe dan Borno di bahagian timur laut serta negeri Plateau dan Niger di bahagian tengah negaranya yang mengalami beberapa serangan keganasan baru-baru ini telah diisytihar dalam keadaan daurat pada masa ini, dan pintu sempadan keempat-empat negeri tersebut juga ditutup buat sementara waktu.

2. Suara Kampus... gelombang muda~


Ada orang kata.. guna dulu hak berfikir sebelum menggunakan hak bersuara. Soalnya, mereka sudah habis fikir semasak-masaknya, sudah tiada jalan lain untuk "menghukum" atau bahasa yang lebih diplomatik, menarik perhatian kerajaan dan sesiapa saja piak yang berkenaan, bahawasanya, tampuk kepimpinan negara akan diwarisi kepada mereka golongan muda yang berdaya saing dan tidak gentar dengan gertakan.

Hasilnya?? Emm.. inilah hasilnya. Pembukaan 2012 disambut secara "liar" di UPSI. Semua penggerak mahasiswa pro pembangkang termasuk Adam Adli (individu yang paling dikehendaki kerana menurunkan bendera yang ada gambar PM) berkampung di Tanjung Malim. Boleh kata, itulah markaznya bagi menjayakan demonstrasi hapuskan AUKU.

Dan.. Adam Adli telah ditahan bersama 19 yang lain, manakala saudara Muhammad Safwan Anang dikatakan telah menjadi "mangsa" kerakusan pihak berkuasa. Benarkah? Hanya Tuhan saja yang tahu kebenarannya.


TT : Terus terang cakap, tak minat sangat politik kampus. Ambil tahu pasal politik tapi tak mahu terlibat sehinggalah jika dipanjangkan nyawa ke usia 40 tahun.. mungkin baru bersedia terjun ke kancah politik.

3. Amalina Che Bakri

Tak perlu rasanya letak gambar tersebut di sini. Ramai dah tengok kot. Siap keluar akhbar lagi. Semuanya bermula dengan fitnah, Amalina balik Malaysia senyap-senyap. Sebab kandas, tak menghabiskan pengajian. Puncanya? Sebab kehidupan sosial.


Lalu, ibu Amalina tampil membela anaknya dan memperbetulkan keadaan. Siap jemput media untuk buat press conference ok termasuklah sidang video Skype antara Amalina dan ibunya. Jadi, apakah isu besarnya? Isunya..Amalina dulu glamor terkanal satu Malaysia sebab dapat 1A dalam kesemua 17 pelajaran sewaktu keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Pernah dengar cerita Sofiah, budak genius yang dikatakan menjual diri? Mungkin skrip yang lebih kurang sama. Cuma suasana dan situasi saja yang berbeza. Itulah tipikal orang Melayu. TT bukan mahu membela Amalina dan mengatakan apa yang telah 'dihijrahkannya' itu betul dan bertepatan dengan kehendak agama, cuma merasakan masyarakat kita terutama orang Melayu suka memperbesarkan perkara remeh.

Hello.. dekat KL saja bersepah gadis kampung bertudung litup yang culture shock bila menjejakkan kaki ke menara gading. Ada bekas pelajar sekolah agama, tahfiz tapi rambut sudah warna perang. Tudung labuh sudah melayang. Hidayah Allah itu mahal kan? Agak-agaknya kalau adik Adi Putra yang genius Matematik, misal kata kandas subjek Bahasa Melayu, silap haribulan pun boleh jadi bahan berita sensasi. Kot?

TT : Adik Siti Fatimah dan adik Nik Madihah yang juga pelajar cemerlang SPM dari Ma'ahad Muhammadi Perempuan (MMP) Kota Bharu elok-elok saja pengajian mereka bersama penampilan yang tidak berubah.

4. Dr. Hassan Ali


Adun Gombak Setia, bekas EXCO Selangor, YB Dr. Hassan Ali telah dipecat daripada PAS. Mungkin ada kena mengena dengan banyak isu seperti isu kerajaan perpaduan, isu ambush gereja, murtad, HIMPUN dan macam-macam lagi melibatkan IMR (Islam, Melayu, Raja). Namun, dalam konsep berjemaah atau berkumpulan, keputusan syura' yakni mesyuarat mesti diambilkira. Bukan membuta tuli ikut kepala sendiri.


Pemecatan Dr. Hassan Ali sekaligus telah diganti oleh ADUN Sijangkang, YB Dr. Yunus Ahmad Hairi. Beliau akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta Belia dan Sukan. Cuma portfolio Hal Ehwal Islam dipegang sendiri oleh MB, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sekali imbas tiada apa-apa yang janggal kerana exco Selangor yang baru diganti oleh wakil Pas juga. Tetapi persoalan di kalangan ahli Pas ialah, kenapa Dr Yunus? Kenapa bukan Dr Rani yang merupakan Pesuruhjaya Pas di Negeri Selangor?

Apa masalahnya? Adakah jawatan Exco berkaitan Hal Ehwal Islam hanya orang PAS sahaja ataupun orang berpangkat ustaz sahaja yang layak pegang. Kalau nak diikutkan, SPB YDPA merupakan Ketua Rasmi Agama Islam. Perlukah kita mempertikai wibawa atau tahap ilmu baginda?

TT : Tanda-tanda pilihanraya umum semakin hampir; baucer buku rm 200 untuk siswa menara gading. BR1M RM 500 untuk isi pendapatan rumah kurang RM 3K telah mula diberi.


5. Atlit sukan di puncak dunia...

a. Lionel Messi


Lionel Messi - pemain antarabangsa Argentina dan kelab Barcelona diiktiraf FIFA selaku pemenang Ballon d'Or selama 3 tahun berturut-turut. Apa itu Ballon d'Or? Kalau kita terjemahkan ke Bahasa Inggeris maknanya The Golden Ball atau istilah yang lebih tepat, European Footballer of the Year. Ada faham? Hehe. Sumber 

TT : Walaupun pertarungan el-classico Real-Barca sering dimenangi Barcelona, hakikatnya kini Real Madrid menerajui La Liga dengan kelebihan 7 mata.

b. Datuk Lee Chong Wei


Datuk Lee Chong Wei akhirnya berjaya menamatkan badi Lin Dan & Chen Long yang membelenggu dirinya. Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia milik Datuk LCW. Tahniah ! Lagu SMASH, dendangan Johara, parody lagu Price Tag! Dengar di sini.

TT: Liverpool berjaya menundukkan DUA Manchester dalam selang masa seminggu. Tahniah !

c. Victoria Azarenka 



Pemain Belarus, Victoria Azarenka, berusia 22 tahun kini bergelar pemain tenis wanita nombor 1 dunia bermula tanggal 30 Januari 2012. Jeritan atau hembusan nafas sewaktu bermain antara Arazenka dan Maria Sharapova dikatakan menyamai bunyi trak melalui mesin pengesan mencecah 91.4 desibel menyamai bunyi trak yang sedang melintas. Katanya~

TT : Perlawanan el-classico antara Rafael Nadal-Novak Djokovic juga menarik perhatian kerana memakan masa lebih kurang 5 jam 57 minit. WOW! Tuah ternyata milik Djoker.


6. Negeri Sembilan - Juara Piala Sultan Ahmad Shah


Pasukan N9 menjuarai Piala Sumbangsih setelah menewaskan The Red Warriors 2-1, hasil jaringan pemain import mereka yang baru, Jean Emmanuel Effa. Dan hal ini bermakna Liga Super 2012 (Malaysia) pun bermula.

Kelantan sedang menerajui liga. Bagaimana persembahan/pencapaian pemain import? Dengar khabarnya, MB Terengganu merangkap Presiden PBSNT "mengamuk" dengan FAM sebab tak dapat turunkan ayam tambatan mereka, Francis Forkey Doe menyebabkan mereka kalah perlawanan pembukaan kepada Perak.

TT : Tahniah kepada Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shas sebab tersenarai antara kesebelasan utama skuad Asia berdasarkan undian di www.goal.com. Persoalan yang timbul, adakah rakyat Malaysia ni gila mengundi? Mentang-mentang PRU dah dekat...

7. Awan Nano - Juara Lagu 26



Tiada ragu, lagu ciptaan sifu M.Nasir serta lirik tulisan Budi Hikayat membawa tuah kepada juara AF7 ini. Di samping rendisi Hafiz yang penuh emosi, vokal yang ampuh, kemenangan Awan Nano tak dapat disangkal lagi. Ternyata Lagu Terbaik APM ini boleh menjenamakan nama Hafiz di negara sebarang.

TT: Ingatkan Alyah akan menang besar...sekaligus membongkar identiti Manusia Putih. Sayangnya.. itu tak menjadi kenyataan


9. Dr. Ezani Farhana,  Masterchef Malaysia



Doktor gigi berusia 26 tahun dari Selangor ini berjaya menjadi pemenang Masterchef Malaysia musim pertama setelah mengalahkan pesaing terdekat, Wahidan, pekebun dari Sabah. Siapa kata doktor tak tangkas di dapur?

TT : Alhamdulillah.. masakan isteri sedap, sebab tu suka makan di rumah :)

10. JoHaRa pagi ERA

 
Inilah yang dinamakan penjenamaan semula. 2012 menyaksikan persaingan radio swasta semakin sengit. Era telah kehilangan Aznil dan Reza. Namun diganti oleh Johan dan Zahid. Percaturan meletakkan Johan bersama Hanif dan Ray nampak seperti membuahkan hasil kerana JoHaRa pagi Era boleh mencabar Sinar pagi, I follow~

Sinar.FM? Emm.. Shira tamatkan kontrak jadi DJ waktu pagi (walaupun tersenarai 3 kategori ABP termasuk DJ wanita popular). Maka, Halim Othman kini bertemankan Nabil dan Kenchana Dewi. Zizi berpasangan dengan Myra slot seterusnya.

Hot.FM? Apa perubahan? DJ baru? Tiada. Eh, adalah! Bagi stesen Hot.FM Klate dan Hot.FM Tganu. Memang kenalah.

TT : Alhamdulillah.. dulu ERA dah siar azan. Sekarang Hot.FM pun dah siarkan azan. Sinar.FM radio nombor 1 Malaysia bila lagi? TT sempat dengar Hot.FM Klate sewaktu di KB. Memang kecek Klate. Keno khenak!

No comments:

Post a Comment