Wah.. dah lama rupanya aku tak buat rebiu pasal filem! Akhir sekali pasal Estet. Lepas tu ada rebiu ringkas 4 filem sekaligus! (Aku Tak Bodoh, Appalam, Ngangkung & Hantu Kak Limah Balik Rumah)
Blur sekejap~
Bukannya aku tak menonton wayang.. ada.. tapi mungkin tiada keinginan besar untuk buat rebiu. Mungkin filem itu belum cukup kuat menggerakkan jari-jemari ini. Kalau terdetikpun hanyalah cerita Cun! dan ... dalam botol! Hahaha. Red Riding Hood walaupun klise tetapi 'teka-teki' serigalanya amat menarik.
Cukup! Kali ni nak cerita pasal Nur Kasih The Movie(NKTM)! Pasti 19 juta orang (seperti yang diuar-uarkan TV3) yang telah menonton drama bersirinya 2 tahun lepas ternanti-nanti apakah kesudahan Adam-Nur. Bahagiakah Aidil? Kat kembalikah? Sarah berubahkah? Bagaimana akhirnya..?
Jangan bimbang.. Beberapa persoalan di atas akan terungkai melalui NKTM. Tetapi lupakan saja pasal Kat, Sarah dan juga keluarga Nur Amina. NKTM hanya berkisarkan kisah Nur bersama suami dan keluarga mertuanya, yakni ibu mertua, abang ipar, biras &.... (anda habiskan senarai ini :P)
Emm.. bagaimana pula kalau tak pernah tengok dramanya tetapi nak tengok NKTM?? Faham tak?? Bagi aku, tiada masalah.. sebab jalan ceritanya berbeza. Sambungan kira-kira 12 TAHUN kemudian sesudah penamat drama Nur Kasih.
Pernah tengok KAMI the Movie?? Kalau anda tak tengok Kami The Series pun boleh layan. Tapi anda kurang arif dengan watak dan karaktor. Ali perangai macam tu.. Abu ni nakal pelik sikit. Sama juga halnya dengan NKTM. Kalau tak tengok drama bersiri.. anda memerlukan masa untuk mengenali watak dengan lebih dekat.
Contohnya watak Adam. Dalam drama, Adam "lebih Hitam". Dalam NKTM macam "kambing hitam". Aidil nampak berkeyakinan dan 'putih' dalam drama, namun kita dapat menyaksikan Aidil yang 'kelabu'! Aidil juga manusia.. pernah kecewa dan dilanda hampa..berputus asa.
NUR?? Nuramina dalam drama, wanita yang tabah. Namun dalam NKTM, Nur lebih cekal..lebih tabah. Senang cerita, NKTM dibuat untuk NUR. Semua pasal Nuramina. NKTM berkisarkan kesabaran, kecekalan dan pengorbanan NUR dan orang-orang di sekeliling NUR.
Sinopsis?? Tak mahu cerita. Cukuplah frasa " NKTM berkisarkan kesabaran, kecekalan dan pengorbanan NUR dan orang-orang di sekeliling NUR." Patutlah pelakon-pelakonnya berahsia sangat pasal sinopsis dan jalan cerita. Itu memang relevan sebab kalau sinopsis penuh didedahkan sebagaimana tersebarnya episod akhir drama Nur Kasih.. pasti tiada elemen kejutan.
Mengapa kejutan?? Sebab kekuatan drama Nur Kasih berpunca daripada watak "hitam" Adam, Sarah dan Kat. Kalau NKTM watak Sarah dan Kat "dimatikan".. manakala Adam sudah kembali ke pangkal jalan.. dari mana watak "hitam" akan datang?? Itulah dia kejutan. Sinopsis dan jalan ceritanya sesuai untuk filem yang skala besar daripada drama.
Lakonan?? Tidak menghampakan.. dan paling membanggakan sudah tentu Tiz Zaqyah. Tak ralat jika kita melihat nama Tiz Zaqyah selaku nominasi Aktres Terbaik. (Isteri aku sebut, kalau kita tak kenal siapa dan bagaimana Tiz Zaqyah di luar, pasti watak Nur lebih mencengkam! Cewah~). Nur Amina begitu semulajadi meresap dalam diri Tiz.
Nuramina yang tabah.. cekal dan rela berkorban, demi Adam. Cuba bayangkan.. 12 tahun bersama Adam, namun tiada cahaya mata. Lantas dikhabarkan berita gembira...tiba-tiba keguguran. Kemudian membawa hati merawat luka di bumi anbiya'.. terpisah dengan suami. Adam matikah?? Alamak.. tercerita pula. Cukup!
Adam?? Bagi aku, Remy Ishak akan dapat nominasi Aktor Terbaik, tetapi melalui watak Atan (Cun!). Watak Adam "tewas" kepada Aidil, lakonan cemerlang Fizz Fairuz. Betul! Pendapat peribadilah.. Aidil lebih menonjol. Maka, Fizz ada potensi jadi calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Lakonan ada emosi terutama rasa "kehilangan".
Watak lain?? Ada 3 watak yang menonjol. Siapa tak kenal Syafie Naswip @ Mukhsin? Watak Jamal hidup di tangannya walaupun beberapa babak.
NKTM juga memperkenalkan pelakon ini.. Sara Ali. Nama ini adalah wajah 2011. Kalau Cun! ada Manis, lakonan Nadia Lisa. NKTM ada Sara Ali sebagai Ju. Sara Ali juga akan bergandingan bersama Syafie Naswip dan Shaheizy Sam dalam filem Songlap.
Tidak lupa watak Mad (Mohamad ke Ahmad entah) lakonan Muniff Isa yang 'berkorban'. Dan watak yang paling mencuti hati dengan karenah, keletah dan kenakalan mereka tentunya dua pelakon cilik ini selaku anak-anak Aidil. Kesian Aidil jadi bapa tunggal.
Sinematografi?? Mantap.. macam tengok iklan. Terutama lokasi di Timur Tengah. Tahniah buat pasukan NKTM, gandingan Kabir-Mira suami isteri dan pasukan Filmscape sangat menjadi. Berbaloi tengok satu famili. Kesimpulannya, kalau anda layan filem Cinta, anda lebih layan NKTM.
Kalau Barat ada Romeo-Juliet, orang India ada Shah Jahan-Mumtaz, orang dulu-dulu ada Laila-Majnun, maka cinta klasik baru tercipta antara Nur-Adam. Pengajarannya, hargailah yang tersayang sebelum rasa terbuang. Semakin banyak ujian menghimpit, semakin rapat rahmat Allah. Memang lebih terasa dekat di hati, dan lebih dramatik menonton bersebelahan yang tercinta.Untung aku tengok bertemankan isteri yang sudah sarat. I love you, sayang.
No comments:
Post a Comment