Hebahan

Tuesday, February 28, 2012

AZURA 2012 - satu kegagalan?



Itulah persoalan yang timbul sejurus tamat menonton filem pembikinan semula, Azura 2012. Dan secara tidak langsung, sesiapa saja akan membuat perbandingan dengan versi asal Azura, lakonan hebat Ogy Ahmad Daud dan Jamal Abdillah arahan Deddy M Borhan yang ditayangkan pada tahu 1984.


Adakah roh Azura lakonan Ogy berjaya menyelinap ke dalam tubuh, jiwa dan raga pendukung Azura 2012, Neelofa? Adalah suatu perkara yang tidak adil jika kita membuat perbandingan secara terus antara kedua-dua aktres ini memandangkan ini adalah lakonan kali pertama Neelofa, 3 tahun lepas sebelum bergelar juara Dewi Remaja 2009, manakala ini adalah filem ke-5 Ogy Ahmad Daud.

Jika diimbas kembali, Ogy juga mengambil masa untuk keluar daripada bayangan 2 nama besar orang tuanya namun atas usaha mahu berdiri atas bakat sendiri, Ogy telahpun berjaya di kelas tersendiri seperti hari ini. Azura boleh dikatakan sebagai satu penanda aras bagi Ogy yang seterusnya cemerlang menerusi filem berikutnya, Ali Setan dan Puteri yang membolehkan beliau mengenggam trofi aktres terbaik dua tahun berturut-turut.

Jadi, berilah peluang kepada Neelofa seadilnya. Bintangnya cerah.

Wah, cuba mempertahankan nama Neelofa nampak! Kenapa? Sebab dia cantik ke? Bagi TT.. itu sudah jatuh nombor 3, 4 atau 5. Sebab utama TT menyokong kerjaya seni insan bernama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini kerana dia seorang yang bijak. Cantik satu bonus, tapi Lofa ni bijak orangnya. Bukan saja terbukti genius menerusi deretan A dalam peperiksaan UPSR, PMRdan SPM, malah bekas pelajar MRSM Langkawi ini sedang menyiapkan ijazah berkembar (double degree) di samping bijak buat duit melalui bisnes kasut secara atas talian (online).


Neelofa juga bijak membawa diri dan berdepan kontroversi sebagai contohnya isu perang Tweet "katik" dengan Fazura, dan langkah Lofa untuk mendiamkan diri merupakan satu langkah yang bijak dan matang. Cuma satu saja yang aku kurang berkenan..yakni lebih spesifik lagi, soal berpakaian. Mungkin mek Klate
ni mahu tampil jangok tapi "menyeksi" itu menyeksa diri. Tak pasal-pasal bahagian dada ditutup oleh TV9 ketika muncul di Galaksi. Tak payah nampak kena eksploitasi batang tubuh sangatlah kan. Hmm.. bab ni Lofa kena lebih bijak. Kot~

Berbalik kepada Azura 2012 arahan Aziz M.Osman ini, adakah sudah hilang sentuhan magisnya? Jika Fenomena, Femina, XX Ray, Leftenan Adnan, jenama filem Senario & Puteri Impian telah membawa nama Aziz ke satu tahap, apakah pencapaian Azura 2012 membawa Aziz ke mana-mana? Teruk sangatkah Azura 2012 di tangan Aziz ni? Inspirasi dan jiwa Azura masih ada. Belum hilang.. cuma, plot cerita sedikit bercelaru. Itu kelemahan yang gagal disembunyikan. Dan agak mengganggu konsentrasi.

Muzik/ Lagu-lagu


Walaupun gagal menandingi kehebatan lagu Azura dan Sandarkan Pada Kenangan versi asal, namun lagu Nora J- Tulus dianggap penyelamat. DAN, TT suka lagu Liyana Fizi - Jatuh! Amat comel~

Lakonan?

Lakonan Shahrizal Jaszle selaku Zack (Zakaria Puteh) lebih dominan berbanding Neelofa. Cuma.. TT rasa, ada sedikit jiwa "Asmara" dalam diri Shahz Jaszle ini. Membawa watak anak orang kaya yang spoilt. Very pampered. Adakalanya nampak merengek tapi kadar kecomelan terkawal. Jelas, kebergantungan hidup Zack terhadap Azura dan sewaktu kehilangan Azura... kita turut rasa mahu tolong carikan Azura.

Neelofa? Sudah diulas di awal-awal perenggan di atas. Cuma dalam konteks watak Azura, Neelofa telah memberikan warna baru. Kurang berkesan tapi meyakinkan. Gambaran wanita tabah di alaf baru. Kehilangan kedua-dua orang tuanya. (penampilan khas Faizal Hussein & Ogy Ahmad Daud). Bijak cari wang saku, di samping bijak belajar (kelas pertama & fasih berbahasa Perancis & Arab).


Bahagian paling TT suka, ada 3. Pertama, dalam banyak-banyak lagu, Azura suka lagu Malaysia Berjaya.  (sebab ada kritikan sosial sikap segelintir masyarakat malaysia). Kedua, setelah terminum air yang ada pil khayal, Azura masih ada kekuatan untuk melawan dan selamat daripada dinoda. Ketiga, adegan Zack naik ke atas cari Azura, rupa-rupanya Azura sedang bersolat!

Adakah kedua-dua mereka ada ikatan kimia (chemistry) yang baik? Walaupun gagal menarik penonton ke panggung? Hehe. Nak kata boleh tercalon kategori terbaik? Emm.. tak mungkin rasanya. Mungkin kedua-dua mereka boleh sangkut kategori pelakon harapan.


Lakonan orang lain macam mana? TT paling suka watak Afdlin Shauki. Dan Bonda Afida Es. Jarang melihat Afdlin membawa watak antagonis yang licik. Tak menyampah tapi meluat! Nini Marlini selaku kakak Zack, Wanda juga 'hidup'. Tidak lupa.. watak Mak Su, lakonan Eirma Fatima yang menjadi mangsa MLM.

Sinematografi

Berlokasikan kota romantik, Paris dan semestinya berlatarbelakangkan Menara Eiffel. Cakap 2012, tapi nampak gerak kameranya ala-ala 90-an sikit. Ya ke?


Filem paling dekat untuk buat perbandingan dengan genre yang sama. 

Cuba teka? Nur Kasih The Movie(NKTM).
  • Plot cerita yang kurang kemas & teratur. 2x5 = 5x2 saja kedua-dua filem ini.
  • Kisah ketabahan Nur Amina & ketabahan Azura
  • Afida Es ada dalam kedua-dua filem. Memang ada class lakonan bonda.
  • NKTM kutip berjta-juta. Azura 2012 tak cecah satu juta pun. (Kutipan Azura 1984 melebihi RM1 juta ironinya). Rujuk laman web FINAS di sini.
  • Lakonan kali pertama Tiz Zaqyah dan Neelofa di layar perak. Tiz Zaqyah tak tercalon pun masa FFM. Adakah Lofa akan ikut jejak langkah? TEET~
  • Ada selit bahasa asing. NKTM ada bahasa Arab. Azura 2012 ada bahasa Perancis & Arab sikit. Cuba teka kenapa tema Azura berwarna biru?
  • Penggambaran di Jordan vs Penggambaran di Kota Paris
Justeru, kita balik kepada soalan asal entri kali ini. Adakah Azura 2012 satu kegagalan? Jika bersandarkan kepada kutipan yang berjaya dikumpul, ternyata filem ini gagal di atas kertas. Sekaligus hal ini bermakna filem ini juga gagal dari sudut populariti dan publisiti. Tapi jika diterjemahkan dari sudut seni atau nilai estetika, Aziz M.Osman seakan-akan sudah hilang sentuhan emasnya tetapi masih meninggalkan kesan.

TT : Emm.. Neelofazura~ Azura 2012 kini boleh ditonton melalui Astro First. Wah, iklan percuma!

No comments:

Post a Comment