Hebahan

Friday, December 31, 2010

Lagu-lagu Menjadi 2010

Tahun lepas aku telah senaraikan 25 Lagu Terbaik Pilihan Tukang Tulis 2009. Kali ni, aku akan senaraikan lagi  25 lagu yang terbaik dari kaca mata aku selaku si tukang tulis sepanjang tahun 2010. Kalaulah aku tokey stesen radio, lagu-lagu ini akan kerap aku mainkan. Kalau aku penerbit album, lagu-lagu ini akan dikompilasikan sebagai album YANG TERBAIK.

Diulangi sekali lagi, 25 lagu PILIHAN HATIKU atas sebab-musabab yang tertentu, samada dari segi melodinya yang indah, liriknya yang puitis dan romantis mahupun kesegaran lagu ini yang diulang putar berulang-ulang kali. Mungkin sesetengah lagu ini akan masih mendapat perhatian pendengar dan penggemar muzik bagi tahun 2010. Terimalah seadanya~

Monoloque ft Atilia - Kekanda Adinda
Shohaimi Meor Hassan ft Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran
Aizat - Sungai Lui
Tomok - Bagaikan Bidadari
Faizal Tahir - Hanyut
Malique ft. Najwa - Senyum
Adzrin Azhar - Pujaan Malaya
6ixth Sense - Menyesal
Anuar Zain - Kuberjanji Karna Cinta
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Yuna - Penakut
Azfar - Akan Kujumpa
Aidil ft Hafiz Hamidun - Kuyakin Berlaku
Atilia - Indah
Mizz Nina ft Noh Hujan - Kurnia
Hujan - Mencari Konklusi
Fiq ft Mirwana - Manifestasi Cinta
Mirwana ft Hujan - Tika Masanya
Alif Satar - Cukup Indah
Black - Sofe Jane
Spider - Kita Satu
Noryn Aziz ft Christian Bautista - Anugerah Cinta
Datuk Sheila Majid - Dengarkanlah
Ezad Lazim - Bertemu Cintaku
Sofaz - Dan Bila Esok

Wednesday, December 29, 2010

Berwajah baru...

Ya! Jangan terperanjat. Sempena tahun 2011, dan bermakna hampir 2 tahun aku bergelar wartawan indie also known as (a.k.a) blogger. Moga tahun 2011 nanti, penulisan aku bertambah matang, pengisian lebih mantap, tidak terlalu beremosi namun tetap menyentap perasaan. TOING~

Semoga pembaca mendapat inspirasi, ilham dan manfaat di samping menyerlahkan lagi aura yang positif, mendidik kalbu santapan rohani. Cewah~ Itulah dia visi, misi dan resolusi si tukang tulis bagi tahun 2011 (sebut dua puluh sebelas). 


Walaupun blog ini berjudul HITAM-PUTIH kehidupan, tapi tu tak bermakna kita hanya ada 2 pilihan warna sahaja. Perubahan demi kebaikan. Moga wajah baru, warna yang ceria ini menaikkan lagi 'seri dan aura' blog ini sekaligus membuatkan pembaca tenang, melekat dan rajin berkunjung ke mari.

Dan 2010 yang akan berlalu meninggalkan kita, moga yang baik bertambah bagus. Yang buruk tak semakin teruk. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Segala reaksi, ekspresi dan persepsi pasti seiring bergantung kepada situasi, posisi dan kondisi.

Bagi tukang tulis, tahun 2010 tahun yang paling indah. Sudah berumahtangga walaupun belum ada rumah. Punyai kerjaya yang stabil, bakal bergelar bapa dan tak perlu lagi tinggal berjauhan dengan isteri tercinta setelah dapat bertukar sekolah di Selangor. Selamat kembali ke sekolah adik-adik :)

Tuesday, December 28, 2010

Kisah Murah Rezqi 3

Labuan-Putrajaya! Apa bezanya? Kedua-duanya di bawah naungan Wilayah Persekutuan. Kalau pilihan raya hanya kerusi Parlimen disediakan. Putrajaya dulunya kawasan ladang kelapa sawit. Prang Besar nama lamanya manakala Labuan merupakan pulau bebas cukai, dekat dengan negeri Sabah dan negara Brunei.

Andai kumampu..?
Labuan-Putrajaya~ dipisahkan Laut Cina Selatan. Mahu ke sana hanya dengan kapal terbang sahaja. Boleh nak naik kapal tapi mesti makan masa yang panjang. Kan? Begitulah kisahnya, kami suami isteri yang terpisah dek LautCina Selatan tapi tetap ada jodoh.

Setelah selamat berkahwin, memang sasaran utama mahu bawa isteri aku balik ke Semenanjung. Lebih tepat lagi KL atau Selangor. Lebih khusus lagi, Sabak Bernam, kata ayah mertuaku. Tak kisahlah.. janji dapat pindah. Tak perlu runsing memikirkan apa nasib orang tercinta nun jauh di sana.

Maka, pada 1 September 2010, telah dibuka permohonan pertukaran secara atas talian (online) bagi semua guru yang mahu bertukar. Perancangan asalnya memang mahu pilih Selangor. Bukan KL atau Putrajaya. Entah macam mana setelah perbincangan terperinci bersama ahli keluarga, sanak saudara, kami sepakat memilih Putrajaya pulak.

Pada tarikh 15 November 2010,hari Isnin, keputusan telah diumumkan. Alangkah sedihnya, menangis tak berlagu dibuatnya apabila permohonan tidak diluluskan. Aduhai.. mengenang nasib badan. Nanti berpisah jauh dengan isteri. Sayangku yang berbadan dua pastinya berduka-lara memikirkan nasib badan.

Huh~ Mengeluh?? Jalan buntu.. Kelam! Rasa nak pitam. Aku masih tak nampak jalan keluarnya. Terperangkap. Tak boleh fikir dah apa nak buat. Maka otak telah memulakan sessi brainstorming. Memikirkan plan kontigensi. Plan B ataupun back-up plan...

Apa perlu dibuat sekarang?? Rayuan?? Kalau tak dapat rayuan, apa perlu dibuat?? Maka, langkah pertama ialah kena buat rayuan. Kena tulis surat bagai, pastu naik turun mahkamah, eh, naik turun kementerian! Kabel?? Kabel telefon kah??

Sayang sekali, memang tak kenal sesiapa di Kementerian Pelajaran. Ada juga tanya kawan-kawan tapi sekadar kawan atas kawan. Senang cerita, kabel tak cukup kuat. Maka, kami hanya berserah. Berdoa dan tawakkal, buat solat hajat sendirian dan berjemaah.

Tapi, jauh di sudut hati mengatakan macam takde harapan. Dah fikir macam-macam dan fikir bukan-bukan. Wify akan balik bulan satu, lepas tu aku pulak ke sana bulan 2. Sampai tahap terfikir nak ambil cuti tanpa gaji 2 bulan awal sebelum due bersalin.

Akhirnya keputusan rayuan keluar pada 24 Disember 2010. Bersedia?? Nah~


Gembira tak terkata. Bersyukur sangat-sangat. Inilah rezeki anak, macam orang kata. Alhamdulillah. Aku bersyukur atas segalanya Ya Allah :)



Perhatian - sepatutnya rezeki bukan rezqi..tetapi sengaja dibiarkan ejaan sebegitu simbolik murahnya rezeki. Lagipun ejaan arabnya huruf Qaf, bukan Kaf.

Kisah Murah Rezqi 2

Sebelum aku lapor diri di Petrosains pada 1 November 2010, aku dah siang-siang lagi bagi notis dekat PSN. Nak berhenti kerja. Dah PSN tak buka peluang untuk sebarang jawatan, maka hidup perlu diteruskan. Aku ada tanggungan dan perlukan wang untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

14 Oktober 2010, tarikh akhir aku berkhidmat di PSN selaku sukarelawan. Ya! Tarikh yang amat bermakna bagi isteriku yang tercinta. Ulanngtahun kelahirannya yang ke-26. Apakah hadiah? Apakah kejutan? TEET~

Hadiah? Rasanya kandungan yang sudah masuk 5 minggu merupakan anugerah yang tak ternilai harganya. Kami akan dapat anak sulung, insya allah. Kejutan yang bukan kejutan? Keesokan harinya, 15 Oktober sehingga 17 Oktober 2010 aku akan ke Kota Kinabalu.

Terbang ke Kota Kinabalu menemui isteri tercinta. Berbulan madukah?? Rasanya inilah satu-satunya bulan madu kami. Bulan madu yang bukan berdua tapi bertiga :)

Aku ambil pakej MAS. Bertolak dari KLIA jam 11.30 pagi dan perjalanan ke KK mengambil masa kira-kira 2 jam lebih. Tahu tak siapa dia satu flight dengan aku? Zizan Raja Lawak! Kecoh seketika.. hehe. Ada ujibakat Raja Lawak 5 di 1Borneo katanya.

Isteriku dari Labuan sudah sedia menanti tatkala aku tiba di KKIA(Kota Kinabalu International Airport). Kemudian, kami mendapatkan kereta sewa di mana aku telah sedia berunding sebelum tiba di KK. 

Bergambar dengan Kancil yang disewa
Kemudian, pengembaraan bermula! Jeng jeng jeng~ Apa lagi.. dah sewa kereta mahal-mahal eh murah-murah. Pusing satu KK. Pergi pasar Filipina, beli mutiara-mutiara dan makanan mentah macam ikan bilis dll. Sempat pergi Tanjung Aru, dan Menara Tinjau yang dapat tengok satu KK.
Ini dia Jai@Jaidatul, kawan masa Vads dulu. Sekarang buat bisnes :)
Terima kasih kepada kawan, Jaidatul yang sudi jadi tourist guide tak bertauliah. Hehe. Jai kata KK ni seronok pergi pulau-pulau ke.. pergi Ranau ke.. menghala Gunung Kinabalu ke.. Emm..lain kali lah nampak gayanya.

Ada lagi kawan UPM dari Sabah, Epa, Niza dan Marysia tapi tak kesempatan bertemu. Semua sibuk dengan kerjaya dan urusan masing-masing. Isy, ni macam minta aku ke KK lagi sekali je. Insya allah, suatu hari nanti  aku akan kembali ke KK. Apa-apapun kita layan gambar dulu~


Nampak 1 KK dari pandangan Menara Tinjau

Lunch @ Suria, KK

Tanjung Aru & ikan bakar..


Selama 2 malam di KK, aku amat seronok walaupun suhu agak panas. Kami menginap di Hotel Novotel. Masa nak check in, tiba-tiba pihak pengurusan upgrade bilik. Dapat bilik suite tingkat 16. Murah rezeki~ Sarapan disediakan 2 hari berturut-turut. Bukan itu saja, dapat hadiah benda alah ni.

Terbukti mata sparrow walau dapat 3 arrow~
 
Ini dia bilik Suite
 
 
  
Dari tingkat 16 Hotel Novotel, bersebelahan dengan 1Borneo
Sebelah kanan itulah dia UMS
  
Alhamdulillah, murah rezeki. Sebab 1Borneo sebelah hotel saja, maka boleh shopping di situ juga. Motif?? Shopping di KK? Punya besar KL alih-alih nak membeli-belah di KK. Takpelah, ni maknanya memperuntukkan masa berkualiti dengan isteri tercinta.

Sayangku siap bagitahu, "Kita tak pernah shopping sama-sama macam ni kan, bang selepas kahwin?" Emm.. betul tu. Boleh bilang beberapa kali saja. Sebab kami tinggal berjauhan. Putrajaya-Labuan. Kini, bukan sekadar teman shopping, tapi siap teman jumpa doktor lagi.


Alhamdulillah..rezqi anak namanya. Siap scan lagi. Waktu itu baru masuk 5 minggu lebih kurang. Pelik! Tak tahu doktor kira macam mana. Isteri aku kata hari sebelum ni, doktor lain kata dah masuk 6 minggu. Ah, takpe! Yang penting aku mahukan ibu dan bayinya selamat

Ala-ala Cinderella, tepat jam 12 kena berpisah. Kena balik KL dah
Sekejap saja 3 hari-2 malam berlalu. Masa untuk berpisah balik. Sedih. Huwaa.. Walaupun singkat tapi kami sempat bermesra, bermanja, bermasam muka, merajuk dan sebagainya. Pakej~ Macam pakej MAS ni. Aku amat puas hati. Dapat bilik suite. Dan sekarang, ada satu lagi kejutan MAS. Jeng jeng jeng.. dapat tiket ini.  Fuh~ merasa.. Alhamdulillah, murah rezqi :)

    

Perhatian - sepatutnya rezeki bukan rezqi..tetapi sengaja dibiarkan ejaan sebegitu simbolik murahnya rezeki. Lagipun ejaan arabnya huruf Qaf, bukan Kaf.

Kisah Murah Rezqi 1

Masih segar lagi di ingatan aku. Waktu itu aku buntu tapi aku nekad! Tahun 2010, aku akan berkahwin. Sebab 2009 dah bertunang dan tak mahu lama-lama, maka setelah usaha keras kumpul duit, ikat perut, Alhamdulillah diizinkan-Nya berkahwin. Ternyata rezqi lebih murah selepas kahwin.


Pada mulanya agak sukar. Sebab kerjaya aku tak menentu. Pergi training bukan main lagi tapi hasilnya....??  Tak seperti yang diharapkan. Rasa kecewa tetap ada tapi aku sudah nampak percikan sinar di hujung terowong. Masalah utama dalam perkahwinanku bukannya duit tetapi hubungan jarak jauh. Laut Cina Selatan memisahkan kami. Perhubungan jarak jauh ini benar-benar menguji kepercayaan, kesetiaan dan keutuhan cinta kami.

Tapi itu bukan halangan untuk kami saling berhubung. Lebih-lebih lagi zaman masakini. Telefon ada..boleh call dan SMS. (henfon aku tak boleh MMS :P) Internet pun ada..boleh e-mel, chat atau Fesbuk saja. Dan macam-macam lagi kaedah dan caranya sebagai medium perhubungan. Nampak kan? Duit bukan masalah utama.

Kami merancang.. Bukan merancang anak! Sebab kami memang nak anak secepat mungkin. Tak berani rancang-rancang khuatir tak dapat langsung di kemudian hari. Kami hanya merancang supaya pertukaran isteri aku dari Labuan ke Putrajaya.


Misal kata tak dapat tukar. Aku nekad mahu ke Labuan. Cari kerja di sana, sementelah kerjaya aku di KL tak stabil dan tak menentu. Dan aku tak jemu-jemu hantar resume kelengkapan "berburu". Alih-alih.. isteri aku telah disahkan hamil. Alhamdulillah ~

Sejurus mendapat berita isteriku disahkan hamil, dalam tempoh yang terdekat, aku dapat tawaran di tempat kerja baru. Yang lebih stabil, yang lebih menjamin masa depan, dan segala perancangan kontigensi tadi beralih arah 360 darjah. Nampak kan? Duit bukan masalah utama lagi. Alhamdulillah~

Aku tak boleh pindah ke Labuan. Sebaliknya isteri aku yang 'wajib' balik KL. Dapat pindah Semenanjung pun dah cukup. Dan sebab-sebab mahu berpindah bukan hanya alasan mengikut suami malah isteriku sudah hamil, dan aku tak mahu dia keseorangan di sana. Kesian kan~

Aku kena bekerja keras lagi. Kerja kuat. Penuh dedikasi dan bersemangat. Keringat yang dicurahkan di Vads selama ini berbaloi. Ada nilai tambah dalam resume aku. Lebih berbaloi bila aku diberi peluang bekerja di Pusat Sains Negara seterusnya diterima bekerja di Petrosains.



Tak sia-sia setiap hari belek akhbar (suka cara konvensional juga) nak cari kerja kosong. Tak sangka pulak boleh terbelek muka surat yang menawarkan kerja kosong di Petrosains. Jawatannya, Science Communicator. Aku nekad, inilah peluang terbaik telah terbentang di depan mata.


Tapi bukan satu saja resume yang dihantar. Lebih 20 kot. Yang mana sangkut, ada peluang kita sambar. Memang itulah niat asalnya. Sudah tiba masanya aku serius mengembangkan kerjaya. Tak sia-sia aku 'mencantikkan' resume bekerja di Vads Berhad.

Hasilnya, aku dipanggil temuduga oleh beberapa syarikat besar yakni Digi, MDeC(Cyberjaya) dan Petrosains. Dipanggil untuk menghadiri temuduga adalah satu kejayaan. Langkah pertama sudah dimulakan. Namun aku lebih tertarik dengan jawatan yang ditawarkan oleh Petrosains, memandangkan aku memang nak lari daripada customer service yang ditawarkan oleh Digi dan MDeC.

Masih ingat lagi, tarikh 1 Ramadhan 1431. Itulah hari pertama temuduga. Aku siap parking Panda di Masjid Syakirin lalu menapak menuju ke KLCC, bangunan tertinggi di Malaysia. Diiringi lagu pembakar semangat, Insha Allah dendangan Maher Zain benar-benar membakar semangat.

Aku hanya perlu buat yang terbaik dan tawakkal. Dulu aku pernah jejak Menara TM. Kini giliran Menara Petronas pula. Tingkat 33! Lokasi temuduga diadakan. Dari situ nampak bangunan Public Bank di sebelah. Nampak tak 'piramid' di situ?? Siapa ikuti The Arrival pasti cuak~
Pandangan dari Tingkat 33

Ruang menunggu untuk ditemuduga
Nah.. ada ujian bertulis. Lepas tu intebiu. Daripada beratus-ratus permohonan kini yang tinggal 10 orang ya. Aku siapa kena nyanyi 'live' ok. Mungkin berkat bulan Ramadhan. Doa makbul. Allah bagi 'cash'. Selang 2 minggu, aku dipanggil temuduga pusingan kedua. Alhamdulillah..aku mara ke pusingan kedua. Kali ni tinggal 3 orang. 2 lelaki 1 perempuan. Memang nak sorang saja calon bagi mengisi kekosongan. 


Aku benar-benar pasrah, berserah. Memang langsung takde kabel. Tak kenal siapa-siapa. Mungkin jasa baik Pusat Sains Negara(PSN) yang memberikan aku ekstra mark. Sudah tertulis rezqi anak sulung di Petrosains.

Aku tak pernah menyangka akan bekerja di tengah-tengah bandar KL. Aku tak pernah terduga nak bersesak-sesak di jalan raya menuju ke tempat kerja. Aku juga tak pernah terfikir nak berbelanja 'mewah' untuk lunch, bayar parking dan tol!

Langsung tiada dalam perancangan! Tetapi sudah ada plan kontigensi. Benar! Sudah pasti ada perkara yang harus dibayar demi menggapai impian dan kehendak kita. Setiap keputusan yang kita ambil dalam hidup ini ada baik buruknya. Ada untung ruginya. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Segalanya mengikut skrip Maha Esa. Dia Pengarah, kita hanyalah pelakon di pentas dunia :)

Perhatian - sepatutnya rezeki bukan rezqi..tetapi sengaja dibiarkan ejaan sebegitu simbolik murahnya rezeki. Lagipun ejaan arabnya huruf Qaf, bukan Kaf.

Sunday, December 26, 2010

Aku dan lelaki itu...

Aku memilih dia
Sehidup semati
Sebagai teman hidup
Bersuami isteri

Lelaki itu memilihnya
Mencintai dan dicintai
Tanpa ikatan suci
Sudah macam laki bini

Aku punya pelabuhan
Lelaki itu ada persinggahan
Punyai fitrah, nafsu dan keinginan
Tiada syak, tiada keraguan

Aku menikmatinya
Lelaki itu merasainya
Tiada bezanya
Cuma dosa atau pahala
Syurga mahupun neraka

Aku bersyukur
Lelaki itu mennggelupur
Bila si dia sudah hamil
Lelaki itu tak mahu mengaku
Aku mahu bertanggungjawab

Aku berharap
Menggalas amanah
Bakal bergelar ayah
Lelaki itu mengelak
Tak mahu berjumpa
Apatah lagi terserempak

Sudah 4 bulan
Aku berdoa
Moga ibu dan anak selamat
Bertambah zuriat bercambah umat
Lelaki itu tak keruan
Harapkan keguguran
Mendoakan kecelakaan

Aku sanggup
Korbankan ego
Beralah berundur
Moga dia terhibur
Tiada khuatir
Lelaki itu pengecut
Pentingkan nafsu sendiri
Kecut perut
Risau berpanjangan

Aku mahukan anak itu
Tak kira lelaki atau perempuan
Aku tak kisah
Lelaki itu menolak mentah-mentah
Asalkan tidak lahir ke dunia
Atau sekadar jadi mangsa buangan kelak

Aku dan lelaki itu...
Apa bezanya ?
Aku punya isteri
Selalu buat dapat pahala
Lelaki itu tidak berbini
Hatta buat  sekalipun
Dosa melata

Gambar Hiasan semata-mata :)
Tukang Tulis: Ini hanyalah puisi, coretan hati. Jika anda pembaca lelaki, anda boleh memilih menjadi lelaki itu atau sebaliknya. Jika anda pembaca wanita, anda berhak bersama lelaki itu atau sebaliknya. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik - Surah An-Nur ayat 26 :)
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia Tafsiran Ar-Rahman   

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Monday, December 20, 2010

Deretan cerita

Berbaris panjang.. semata-mata nak tengok cerita kegemaran di panggung wayang. Cerita Melayu pulak tu. Berbaloikah?? Aku sanggup.

Berduyun-duyun orang. Berpusu-pusu dan meriahnya macam pasar yang ada jualan murah. Masing-masing dengan teman, kenalan dan pasangan. Tapi aku sendirian. Keseorangan dan tak mahu berteman.Aku juga sanggup!

Kenapa? Itu antara aku dan dia. Aku tak mahu memaksa dan merumitkan lagi keadaan. Lebih-lebih lagi keadaannya yang berbadan dua. Dia tak mahu ajar anak-anak kami nanti suka berhibur tak tentu hala, dan melepak di tempat hiburan. Kira pantang-laranglah. Lagipun kami berdua sudah jelas hal ini semenjak awal perkahwinan. Aku tak memaksa, dia tak dipaksa. Tapi dia untukku sampai bila-bila untuk dicintai :)

Aku bukan kata wayang tu tempat yang tak baik. Dan aku juga tak kata tempat yang aku selalu kunjungi (wayang, karaoke, bowling contohnya) merupakan tempat yang baik. Semuanya bergantung kepada individu yang pergi. Dengan siapa dia pergi. Buat apa di situ. Berapa lama di situ. Dan apa NIAT utama ke tempat macam tu.

Ingat! Suatu hari nanti, tangan dan kaki akan berkata-kata kala mulut kita bisu. Kalau niat sekadar nak seronok-seronok, nak release tension kononnya, maka itulah yang jadi. Kalau niat buruk, nak buat maksiat, tak kira tempat, tempat gelap atau terang, malam atau siang, hatta dalam masjid pun ada yang sanggup buat dosa. Jadi, kalau nak kumpul dosa, buatlah di tempat yang ALLAH TAK BOLEH NAMPAK! Kau mampu?

Tutup cerita wayang. Sambung cerita lagi. Emm, adakah aku masih seronok nak berhibur, sentiasa jejakkan kaki tempat-tempat hiburan walaupun bakal menjadi bapa tak lama lagi. Jawapan tulus ikhlas dariku, aku akan cuba kurangkan, tak terlalu drastik sebab aku tak mahu jadi plastik. Inilah fitrah aku. Hebat betul agenda Yahudi Nasrani sampai aku susah nak "lepaskan hiburan yang jadi kebiasaan" yang telah sebati dipupuk sejak sekian lama, tertanam di sanubari. Aku hanya mampu berdoa, moga esok aku menjadi lebih baik. Mana tahu, dengan kehadiran si kecil, si manja bisa menjadikan aku LEBIH MATANG. Amin :)

Empat filem aku tengok. Gara-gara aku minat filem Melayu. Peduli apa aku cerita Mat Saleh. Kecuali yang betul-betul kebabom lah macam Avatar dan Inception. Nampak gayanya filem Melayu amat meriah menjelang akhir tahun ini. Tiap-tiap minggu banyak filem baru masuk.

Namun, dalam banyak-banyak filem Melayu itu, aku tak semberono tengok saja. Mesti yang ada kualiti supaya tak menyesal. Maka, hanya 4 filem yang menjadi pilihan. Ngangkung-Appalam-Aku Tak Bodoh- Hantu Kak Limah Balik Rumah.

2 filem seram-komedi yang meletup sekarang ni. Berjuta-juta untung yakni Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. 2 lagi filem adaptasi filem Papadom dan I Not Stupid menerusi filem Appalam dan Aku Tak Bodoh. Secara keselurhannya sangat berbaloi, dan puas hati.

Ngangkung. Tarikan utamanya Shaheizy Sam sendiri. Bagi aku, Adnan sempit lebih lawak. Mungkin sebab ada unsur didaktik dalam filem Ngangkung. Tapi dari sudut mesej dan nilai moral, Ngangkung ada kelebihan sebab mengetengahkan isu gugur anak, dan berjudi secara bersahaja. Namun, adakah selepas ini kadar pengguguran bayi dan orang berjudi semakin bertambah setelah filem ini ditayangkan?? Sebabnya ada orang kaitkan kegiatan merempit berleluasa berpunca daripada filem yang mengangkat tema sedemikian. Fikirkan?



Hantu Kak Limah Balik Rumah! Cuba cakap laju-laju 5 kali. sebut tajuk saja dah buat kita tergelak. Cuba cerita.. cer cite~ Sebab aku pernah promosi bukan main lagi filem Estet, maka takde maknanya aku kena buat promosi besar-besaran bagai nak rak di sini. Khalayak telah membuktikan, lawak kampung Mamat Khalid sudah diterima. Penerimaan masyarakat bersama keuntungan berjuta-juta yang dikaut Tayangan Unggul mebuktikan Mamat Khalid berada di kelas tersendiri. Tak nak ulas panjang, sebab anda akan mula gelak dari awal sampai habis terutama watak Johan, Shy8, Zami Ismail dan Kamarool yusof (bomoh siam). Awie selaku hero memang herolah. Yang penting Cik Kiah yang ke Sukan Komanwel jadi Kak Limah. Haha. Zainuri Misfar, wartawan yang anjurkan ABP pun berlakon ya! Bala.. bala..


Aku Tak Bodoh! Kau?? Haha. Bagi aku, daya tarikan utamanya sebab Amy Mastura. Boleh? Serius sebab dia memang kelakar. Tapi ternyata, watak 3 orang budak, Rohaizat, Ijat dan Aeril Zafril ternyata mampu menenggelamkan Amy dan Riezman sekaligus. Nasib baik lakonan Namron dan Adibah Nor meletus~ Filem ini sesuai bagi aku, yang akan ada tanggungjawab. Benar sekali, anak itu AMANAH ALLAH. Anak umpama kain putih, ibu bapa yang mencoraknya hitam atau kelabu. Adaptasi filem Jack Neo  ini secara keseluruhannya menghiburkan, cuma apa yang perlu ditegur ialah "kajian" mereka supaya kena dengan budaya tempatan!


Perkara inilah yang membezakannya dengan Appalam. Semua sedia maklum, Papadom menang besar dan Afdlin benar-benar buat homework! Apa yang perlu ditiadakan, memang takde langsung. Kajian mengani masyarakat India yang gemarkan tarian juga patut dipuji sebab cerita asal Papadom pasal filem. Paling kelakar adegan di restoran, ketika polis ambush dan kena nyanyi Negaraku! Heroinnya orang Melayu, Raja Ilya yang fasih bertutur Tamil. Jaclyn semakin terserlah bakatnya. Dan komposer Iman Wan juga real~ Yang penting, Appalam lokasinya di UPM tercinta!