Hebahan

Monday, December 20, 2010

Deretan cerita

Berbaris panjang.. semata-mata nak tengok cerita kegemaran di panggung wayang. Cerita Melayu pulak tu. Berbaloikah?? Aku sanggup.

Berduyun-duyun orang. Berpusu-pusu dan meriahnya macam pasar yang ada jualan murah. Masing-masing dengan teman, kenalan dan pasangan. Tapi aku sendirian. Keseorangan dan tak mahu berteman.Aku juga sanggup!

Kenapa? Itu antara aku dan dia. Aku tak mahu memaksa dan merumitkan lagi keadaan. Lebih-lebih lagi keadaannya yang berbadan dua. Dia tak mahu ajar anak-anak kami nanti suka berhibur tak tentu hala, dan melepak di tempat hiburan. Kira pantang-laranglah. Lagipun kami berdua sudah jelas hal ini semenjak awal perkahwinan. Aku tak memaksa, dia tak dipaksa. Tapi dia untukku sampai bila-bila untuk dicintai :)

Aku bukan kata wayang tu tempat yang tak baik. Dan aku juga tak kata tempat yang aku selalu kunjungi (wayang, karaoke, bowling contohnya) merupakan tempat yang baik. Semuanya bergantung kepada individu yang pergi. Dengan siapa dia pergi. Buat apa di situ. Berapa lama di situ. Dan apa NIAT utama ke tempat macam tu.

Ingat! Suatu hari nanti, tangan dan kaki akan berkata-kata kala mulut kita bisu. Kalau niat sekadar nak seronok-seronok, nak release tension kononnya, maka itulah yang jadi. Kalau niat buruk, nak buat maksiat, tak kira tempat, tempat gelap atau terang, malam atau siang, hatta dalam masjid pun ada yang sanggup buat dosa. Jadi, kalau nak kumpul dosa, buatlah di tempat yang ALLAH TAK BOLEH NAMPAK! Kau mampu?

Tutup cerita wayang. Sambung cerita lagi. Emm, adakah aku masih seronok nak berhibur, sentiasa jejakkan kaki tempat-tempat hiburan walaupun bakal menjadi bapa tak lama lagi. Jawapan tulus ikhlas dariku, aku akan cuba kurangkan, tak terlalu drastik sebab aku tak mahu jadi plastik. Inilah fitrah aku. Hebat betul agenda Yahudi Nasrani sampai aku susah nak "lepaskan hiburan yang jadi kebiasaan" yang telah sebati dipupuk sejak sekian lama, tertanam di sanubari. Aku hanya mampu berdoa, moga esok aku menjadi lebih baik. Mana tahu, dengan kehadiran si kecil, si manja bisa menjadikan aku LEBIH MATANG. Amin :)

Empat filem aku tengok. Gara-gara aku minat filem Melayu. Peduli apa aku cerita Mat Saleh. Kecuali yang betul-betul kebabom lah macam Avatar dan Inception. Nampak gayanya filem Melayu amat meriah menjelang akhir tahun ini. Tiap-tiap minggu banyak filem baru masuk.

Namun, dalam banyak-banyak filem Melayu itu, aku tak semberono tengok saja. Mesti yang ada kualiti supaya tak menyesal. Maka, hanya 4 filem yang menjadi pilihan. Ngangkung-Appalam-Aku Tak Bodoh- Hantu Kak Limah Balik Rumah.

2 filem seram-komedi yang meletup sekarang ni. Berjuta-juta untung yakni Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. 2 lagi filem adaptasi filem Papadom dan I Not Stupid menerusi filem Appalam dan Aku Tak Bodoh. Secara keselurhannya sangat berbaloi, dan puas hati.

Ngangkung. Tarikan utamanya Shaheizy Sam sendiri. Bagi aku, Adnan sempit lebih lawak. Mungkin sebab ada unsur didaktik dalam filem Ngangkung. Tapi dari sudut mesej dan nilai moral, Ngangkung ada kelebihan sebab mengetengahkan isu gugur anak, dan berjudi secara bersahaja. Namun, adakah selepas ini kadar pengguguran bayi dan orang berjudi semakin bertambah setelah filem ini ditayangkan?? Sebabnya ada orang kaitkan kegiatan merempit berleluasa berpunca daripada filem yang mengangkat tema sedemikian. Fikirkan?



Hantu Kak Limah Balik Rumah! Cuba cakap laju-laju 5 kali. sebut tajuk saja dah buat kita tergelak. Cuba cerita.. cer cite~ Sebab aku pernah promosi bukan main lagi filem Estet, maka takde maknanya aku kena buat promosi besar-besaran bagai nak rak di sini. Khalayak telah membuktikan, lawak kampung Mamat Khalid sudah diterima. Penerimaan masyarakat bersama keuntungan berjuta-juta yang dikaut Tayangan Unggul mebuktikan Mamat Khalid berada di kelas tersendiri. Tak nak ulas panjang, sebab anda akan mula gelak dari awal sampai habis terutama watak Johan, Shy8, Zami Ismail dan Kamarool yusof (bomoh siam). Awie selaku hero memang herolah. Yang penting Cik Kiah yang ke Sukan Komanwel jadi Kak Limah. Haha. Zainuri Misfar, wartawan yang anjurkan ABP pun berlakon ya! Bala.. bala..


Aku Tak Bodoh! Kau?? Haha. Bagi aku, daya tarikan utamanya sebab Amy Mastura. Boleh? Serius sebab dia memang kelakar. Tapi ternyata, watak 3 orang budak, Rohaizat, Ijat dan Aeril Zafril ternyata mampu menenggelamkan Amy dan Riezman sekaligus. Nasib baik lakonan Namron dan Adibah Nor meletus~ Filem ini sesuai bagi aku, yang akan ada tanggungjawab. Benar sekali, anak itu AMANAH ALLAH. Anak umpama kain putih, ibu bapa yang mencoraknya hitam atau kelabu. Adaptasi filem Jack Neo  ini secara keseluruhannya menghiburkan, cuma apa yang perlu ditegur ialah "kajian" mereka supaya kena dengan budaya tempatan!


Perkara inilah yang membezakannya dengan Appalam. Semua sedia maklum, Papadom menang besar dan Afdlin benar-benar buat homework! Apa yang perlu ditiadakan, memang takde langsung. Kajian mengani masyarakat India yang gemarkan tarian juga patut dipuji sebab cerita asal Papadom pasal filem. Paling kelakar adegan di restoran, ketika polis ambush dan kena nyanyi Negaraku! Heroinnya orang Melayu, Raja Ilya yang fasih bertutur Tamil. Jaclyn semakin terserlah bakatnya. Dan komposer Iman Wan juga real~ Yang penting, Appalam lokasinya di UPM tercinta!

 

No comments:

Post a Comment