Hebahan

Tuesday, December 28, 2010

Kisah Murah Rezqi 2

Sebelum aku lapor diri di Petrosains pada 1 November 2010, aku dah siang-siang lagi bagi notis dekat PSN. Nak berhenti kerja. Dah PSN tak buka peluang untuk sebarang jawatan, maka hidup perlu diteruskan. Aku ada tanggungan dan perlukan wang untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

14 Oktober 2010, tarikh akhir aku berkhidmat di PSN selaku sukarelawan. Ya! Tarikh yang amat bermakna bagi isteriku yang tercinta. Ulanngtahun kelahirannya yang ke-26. Apakah hadiah? Apakah kejutan? TEET~

Hadiah? Rasanya kandungan yang sudah masuk 5 minggu merupakan anugerah yang tak ternilai harganya. Kami akan dapat anak sulung, insya allah. Kejutan yang bukan kejutan? Keesokan harinya, 15 Oktober sehingga 17 Oktober 2010 aku akan ke Kota Kinabalu.

Terbang ke Kota Kinabalu menemui isteri tercinta. Berbulan madukah?? Rasanya inilah satu-satunya bulan madu kami. Bulan madu yang bukan berdua tapi bertiga :)

Aku ambil pakej MAS. Bertolak dari KLIA jam 11.30 pagi dan perjalanan ke KK mengambil masa kira-kira 2 jam lebih. Tahu tak siapa dia satu flight dengan aku? Zizan Raja Lawak! Kecoh seketika.. hehe. Ada ujibakat Raja Lawak 5 di 1Borneo katanya.

Isteriku dari Labuan sudah sedia menanti tatkala aku tiba di KKIA(Kota Kinabalu International Airport). Kemudian, kami mendapatkan kereta sewa di mana aku telah sedia berunding sebelum tiba di KK. 

Bergambar dengan Kancil yang disewa
Kemudian, pengembaraan bermula! Jeng jeng jeng~ Apa lagi.. dah sewa kereta mahal-mahal eh murah-murah. Pusing satu KK. Pergi pasar Filipina, beli mutiara-mutiara dan makanan mentah macam ikan bilis dll. Sempat pergi Tanjung Aru, dan Menara Tinjau yang dapat tengok satu KK.
Ini dia Jai@Jaidatul, kawan masa Vads dulu. Sekarang buat bisnes :)
Terima kasih kepada kawan, Jaidatul yang sudi jadi tourist guide tak bertauliah. Hehe. Jai kata KK ni seronok pergi pulau-pulau ke.. pergi Ranau ke.. menghala Gunung Kinabalu ke.. Emm..lain kali lah nampak gayanya.

Ada lagi kawan UPM dari Sabah, Epa, Niza dan Marysia tapi tak kesempatan bertemu. Semua sibuk dengan kerjaya dan urusan masing-masing. Isy, ni macam minta aku ke KK lagi sekali je. Insya allah, suatu hari nanti  aku akan kembali ke KK. Apa-apapun kita layan gambar dulu~


Nampak 1 KK dari pandangan Menara Tinjau

Lunch @ Suria, KK

Tanjung Aru & ikan bakar..


Selama 2 malam di KK, aku amat seronok walaupun suhu agak panas. Kami menginap di Hotel Novotel. Masa nak check in, tiba-tiba pihak pengurusan upgrade bilik. Dapat bilik suite tingkat 16. Murah rezeki~ Sarapan disediakan 2 hari berturut-turut. Bukan itu saja, dapat hadiah benda alah ni.

Terbukti mata sparrow walau dapat 3 arrow~
 
Ini dia bilik Suite
 
 
  
Dari tingkat 16 Hotel Novotel, bersebelahan dengan 1Borneo
Sebelah kanan itulah dia UMS
  
Alhamdulillah, murah rezeki. Sebab 1Borneo sebelah hotel saja, maka boleh shopping di situ juga. Motif?? Shopping di KK? Punya besar KL alih-alih nak membeli-belah di KK. Takpelah, ni maknanya memperuntukkan masa berkualiti dengan isteri tercinta.

Sayangku siap bagitahu, "Kita tak pernah shopping sama-sama macam ni kan, bang selepas kahwin?" Emm.. betul tu. Boleh bilang beberapa kali saja. Sebab kami tinggal berjauhan. Putrajaya-Labuan. Kini, bukan sekadar teman shopping, tapi siap teman jumpa doktor lagi.


Alhamdulillah..rezqi anak namanya. Siap scan lagi. Waktu itu baru masuk 5 minggu lebih kurang. Pelik! Tak tahu doktor kira macam mana. Isteri aku kata hari sebelum ni, doktor lain kata dah masuk 6 minggu. Ah, takpe! Yang penting aku mahukan ibu dan bayinya selamat

Ala-ala Cinderella, tepat jam 12 kena berpisah. Kena balik KL dah
Sekejap saja 3 hari-2 malam berlalu. Masa untuk berpisah balik. Sedih. Huwaa.. Walaupun singkat tapi kami sempat bermesra, bermanja, bermasam muka, merajuk dan sebagainya. Pakej~ Macam pakej MAS ni. Aku amat puas hati. Dapat bilik suite. Dan sekarang, ada satu lagi kejutan MAS. Jeng jeng jeng.. dapat tiket ini.  Fuh~ merasa.. Alhamdulillah, murah rezqi :)

    

Perhatian - sepatutnya rezeki bukan rezqi..tetapi sengaja dibiarkan ejaan sebegitu simbolik murahnya rezeki. Lagipun ejaan arabnya huruf Qaf, bukan Kaf.

No comments:

Post a Comment