Hebahan

Tuesday, August 25, 2009

Menyambut Ramadhan Mubarak

Tahun 1430 Hijrah~ sudah masuk ke bulan ke-9 iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah... dapat juga aku bertemu bulan yang penuh keberkatan ini. Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan. Mabruk a'alainaa. Mungkinkah ini Ramadhan kita yang terakhir?? Ayuh kita manfaatkan peluang 'terakhir' ini sepenuhnya. Selagi berkesempatan.. untuk beramal mengumpul pahala & memohon ampun atas segala dosa.

Aku bercakap dalam konteks aku sebagai seorang yang boleh fokus terhadap Ramadhan. Aku telah bebas, setelah tamat belajar, dan dalam masa yang sama bekerja secara 'freelance'! Sepatutnya aku boleh fokus sepenuhnya terhadap amal ibadat sempena Ramadhan ini. Ambil kesempatan sepenuhnya, ketika pahala amalan sunat umpama amalan wajib, manakala pahala amalan wajib digandakan berkali-kali ganda. Inilah rahmat Ramadhan.

Ramadhan... ejaan arabnya RA-MIM-DHAD,ALIF,NUN- Huruf Ra' yang pertama mewakili 10 hari pertama yang penuh Rahmat. Mim pula mewakili Maghfirah bagi 10 hari yang kedua. Pada 17 Ramadhan diturunkan Al-Quran. Manakala Dhad-Aliff-Nun pula singkatan kepada dhaman anin naar, yang bermaksud jaminan terlepas daripada api neraka, iaitu ketika 10 hari terakhir. Simboliknya, sepanjang 10 hari terakhir inilah beratnya berlaku malam 1000 bulan, malam Lailatul Qadar.

Tahun ini, 1430 H, ataupun 2009, awal Ramadhan yakni 2 hari pertama jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Sangat cantik. Mood untuk mengekalkan momentum 2 hari pertama sangat likat. Pekat dan likat semoga kita terus melekat beramal ibadat. Malam pertama Tarawikh, aku ke Masjid 'Besi', yang dirasmikan malam itu juga. Kenapa Masjid Besi namanya.. aku pun tak tahu, sebab namanya Masjid Sultan Mizan. Bagi aku, lebih sesuai masjid ini diberi nama Masjid Al-Hadid.. Haha~

Azam Ramadhan tahun ini, nak solat tarawikh 20 rakaat & tak tinggal witir. Tahun-tahun sebelum ni, banyak sangat tak buat witir. Konon nak bangun tengah malam, buat tahajjud segala, tetapi akhirnya lena tak sedar. Tu lah.. siapa kata azam baru hanya untuk tahun baru atau awal-awal tahun. Apa salahnya kita tetapkan azam dan matlamat yang mahu disasarkan sempena awal Ramadhan. Kan??

Kenapa beria-ia nak buat 20 rakaat? Sunat saja kan?? Ya.. hukumnya sunat muakkad, yakni sunat yang dituntut dan amat digalakkan tetapi hanya dalam bulan Ramadhan SAHAJA kita boleh solat sunat Tarawikh. Kan?? Lagipun, aku rasa banyak yang tak kena dengan apa yang aku lakukan Ramadhan sudah-sudah. Nak Tarawikh 8 rakaat saja.. dan yang paling cepat.

Aku tak nafikan, masa belajar dulu.. aku juga pernah diberi kesempatan mengimamkan jemaah. Solat isyak dan Tarawikh, dan aku menjadi imam sebaik mungkin dari segi bacaan mahupun gerak-geri, tak terlalu cepat bagi orang tua, tak terlalu lambat bagi orang muda DAN seboleh-boleh nak siap-siapkan secepat dan sesegera mungkin! Pernah dulu sebelum pukul 9 dah habis Tarawikh 8 rakaat siap witir sekali. Walaupun aku tak baca surah lazim, sebaliknya baca surah-surah besar tetapi dengan bacaan ala-ala budak tahfiz yang mengimamkan solat Tarawikh 20 rakaat. Baca Surah Al-Fatihah dengan hanya 4 kali nafas... bayangkan betapa cepatnya, dan itulah yang jemaah suka sebenarnya.

Aku rasa makmum tiada masalah dengan hal ini kerana kebanyakannya orang muda yang masih belajar yang banyak benda yang mahu dikejarkan. Tetapi kini, aku rasa lain macam. Berat sebenarnya tugas mengimamkan solat jemaah ni. Ini bukan kerja mudah, suka-suka, saja-saja mengisi masa lapang! Kalau salah kita kena tanggung sepenuhnya, kesemuanya. Ingat senang ke nak jadi imam? Bacaan kita kena jaga, agar tak selah, kena hukum tajuidnya. Kini setelah bekerja, bersolat jemaah bersama 'orang kampung', dah tak ada orang yang menolak aku ke hadapan lagi.

Maka, dengan itu, aku kini rasa lebih tenang dan senang menjadi makmum saja. Aku tak rasa ralat lagi biarpun adakalanya rasa lain macam dengan bacaan imam ssebuah qaryah. Sebab tu aku kata, bukan senang jadi imam ni. Paling aku seronok kalau sesebuah masjid mengupah iamam di kalangan budak-budak tahfiz. Rasa tenang dengan bacaan mereka. Mungkin jiwa mereka suci bersih dan hati mereka cerah disinari cahaya Al-quran Al-Karim. Sebab aku rasa aku sangat plastik apabila membaca surah-surah besar seperti Ar-Rahman, Al-Mulk dan sebagainya. Walaupun ada makmum yang suka akan bacaan aku, mereka rasa tenang dengan apa yang aku baca, tetapi itu bukan apa yang aku rasa sebenarnya. Betapa gementarnya, menggigilnya kepala lutut ini ketika menuturkan ayat-ayat Allah.

Baiklah, kita tutup cerita itu, kembali ke situasi terkini. Ramadhan kali ini, Masjid 'Al-hadid' menjadi medan wajib aku bersolat tarawikh. Pernah sekali pergi bersama kawan semaahad. Siapa dia?? Ini dia Mohd Hafiz Atan, kawan semaahad dan sematrikulasi. Banyak juga Mamat ni simpan rahsia aku. Haha.



Dan ini pula sebahagian foto menarik dari dalam Masjid Besi. Eksklusif tau... Haha







Ramai jemaah yang hadir..




Namun, sejurus tamat 8 rakaat tarawikh..ini yang tinggal..




Perumpamaan, orang mukmin ketika berada dalam masjid umpama ikan di dalam air, manakalan perumpamaan orang Munafiq ketika berada di dalam masjid umpama burung di dalam sangkar.

Oh ya, masjid ini menyediakan juadah untuk berbuka dan moreh setiap hari..




Sekarang, kita sama-sama renung beberapa hadith untuk dihayati dan diamalkan~


Abu Hurairah radhiallahu 'anh menerangkan bahawa: Rasulullah SAW menganjurkan pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda: Sesiapa beribadah pada malam Ramadhan kerana... iman (yang teguh) dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah SWT membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu - Riwayat Muslim

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda bermaksud “Ramai orang yang mendirikan sembahyang tetapi hasilnya ialah penat dan lelah sahaja''. (Riwayat: Ibn Majah). Manakala dalam ibadat puasa pula, Rasulullah telah memberi peringatan sabdanya bermaksud “Ramai umat Islam berpuasa tetapi hasilnya ialah lapar dan dahaga saja!''. (Riwayat: Ibn Majah dan Nasai).

"Syurga mempunyai lapan pintu, satu daripada pintu-pintunya dinamakan Pintu Rayyan, pintu ini tidak dimasuki kecuali oleh orang-orang yang berpuasa." ( Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim )


Sabda Nabi (SAW) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa
menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

"Barangsiapa yang membaca satu ayat Al-Quran di bulan Ramadhan ganjarannya bersamaan dengan sekali mengkhatam Al-quran pada bulan yang lain."

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan sunat di bulan Ramadhan ganjarannya bersamaan dengan mengerjakan amalan wajib di bulan yang lain."

Sabda Nabi (SAW) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat :

Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah – Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

Kemuliaan orang yang berpuasa di sisi Allah berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain, sehingga pahala orang yang berpuasa ditulis sendiri oleh Allah ‘Azza wa-Jalla: "Setiap amal kebaikan Bani Adam (ditulis oleh malaikat) pahlanya, kecuali orang ya...ng berpuasa sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang memberinya pahala puasanya. Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi"

“Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan.”

“Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api.”

“Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun”

Sabda Nabi (SAW) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari

Sabda Nabi (SAW) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan

Sabda Nabi (SAW) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan.

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab Rasullullah, kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?!

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banya, dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir “AllahuAkbar” sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya, tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.

Hadith Nabi Muhammad SAW.: maksudnya

“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang sempat umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan dia tidak mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah supaya mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Siti Aisyah r.a ingin sangat untuk bertemu peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi mengajarkan doa di bawah kepada Siti Aisyah r.a.




Maksudnya:

"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku."



Menonton..menyaksikan..melihat...~



Filem pendek arahan Linus Chung ini sangat menyentuh perasaan. Mungkin ini realiti di Malaysia?



Potong Saga by Ho Yuhang. So hilarious! Namewee pun ada~



The best so far.. from Amir Muhammad, The Tree featuring my beloved MB as Kelantanese~



Antara karya terakhir (mungkin juga terakhir) Yasmin Ahmad. Amani jadi budak sekolah agama.

Nak lagi?? Tunggu.. semua ada 15 filem pendek ini. Jangan cari di sini, tapi klik sini.

Thursday, August 20, 2009

Menyerlah di awal musim.

Itulah kata-kata yang paling tepat buat pasukan kegemaran aku, Arsenal. Go Gunners! Sudah dua musim berturut-turut Arsenal menyerlah di awal musim. Elok-elok mendahului carta liga, namun menjelang Januari akan datang, segalanya seakan berubah.

Musim terbaru, skrip yang sama nampak seperti mahu dikitar semula. BPL secara rasminya telah dimulakan. Sejarah tercipta, tiada perlawanan yang seri! Menang atau kalah, itu saja yang ada. Tatkala Chelsea mendapat kemenangan minit ke-90, MU menang tipis 1-0, dan Liverpool kalah mengejut kepada Tottenham Hotspurs, alih-alih Arsenal pasukan yang diramal tersingkir Top 4 menjadi pilihan utama merangkul EPL!

Semuanya gara-gara kemenangan besar 6-1 ke atas Everton, finalis Piala FA dan mendapat tempat kelima musim lalu. Lepas tu, Arsenal menang lawan Celtic, kelayakan ke Champion League, dan tiba-tiba MU pulak rebah menentang Burnley! Pasukan yang baru saja naik taraf.

Nah~ aku dah jumpa pasukan ala-ala Wigan, Reading dan Hull seperti musim lepas-lepas. MU memang tempang tanpa CR7 dan Tevez. Liverpool tak biasa nampaknya tanpa kelibat Xabi Alonso. Chelsea mungkin perlukan masa bersama pengurus baru, Ancelotti setelah Hiddink memberikan sentuhan midasnya.

Soalnya Gunners! Wenger masih tak mahu beli pemain. Merasa cukup dengan apa yang ada. Musim lepas, pembelian Arshavin sangat berbaloi. Musim ini, Thomas Vermaelen pula. Wah, memang berbaloi. Mungkin Wenger membuktikan membeli dengan berjimat-cermat sangat menguntungkan.


Thomas Vermaelen, bekas kapten Ajax yang bermain di posisi pertahanan. Perlawanan pertama dah jaring gol! Gol debut oleh pemain bek tu. Sebijik gaya Nemanja Vidic! Adik-beradikkah?? Vidiv orang Serbia, manakala Vermaelen orang Belgium. Sama seperti Fellaini, pemain Everton rambut gerbang itu~


Walaupun Adeboyor sudah ke City, namun Van Persie, Bendtner, Eduardo dan Walcott masih ada. Toure sebagai bek turut ke City, siapa pemain bek yang tinggal? Clichey, Sagnia dan Gallas. Nah~ ambik kau Vermaelen! Pemain ini akan menyerlah musim ini. Awas!



Adakah skrip yang sama seperti dua musim sudah akan berulang lagi? Hanya kapten, Fabregas dan rakan-rakan akan menentukan. Sebagai penyokong, kita hanya menyaksikan. Mereka yang menjanjikan perlawanan yang hebat di awal musim. Permulaan yang baik, tak bermaknan pengakhirannya juga menarik!

Menuju ke Daerah 9!


District 9! Itu cerita terbaru aku tengok di pawagam, Panggung wayang gambar! Peter Jackson memang takkan mengecewakan. Kualitinya dijaga. Sebagaimana aku suka dengan kualiti yang dijaga pengarah seperti Kabir Bhatia, arwah Yasmin, Mamat Khalid dan juga kualiti yang dihasilkan penerbit seperti Habsah Hassan, Mohd Noor Kadir dan Sheila Rusly.

Kualiti itu yang sangat bererti. Ada citarasa. Jadi penonton seperti aku rasa berbaloi. Rasa macam nak tengok kali kedua! Mungkin rasa ini wujud sebab aku pergi dengan otak yang kosong. Tak baca sinopsis langsung! Sebab bila aku baca sinopsis, kadang-kadang benda yang tak patut tahu, aku dah tahu. Macam Talentime, aku dah tahu awal-awal lagi Mahesh itu bisu. Sepi, aku dah tahu awal-awal lagi watak Pierre sudah mati.


Maka, bagi mengelakkan mood sepeti itu mengganggu, aku tak mahu baca sinopsis. Yang aku tahu... Peter Jackson! Trilogi LOTR dan remake King Kong tak mengecewakan aku. Lebih-lebih lagi aku terbaca status Ajami di Fesbuk memberi kredit terhadap cerita ini. Mungkin selera kami
sama. Dia suka Anak Halal, Kami, Budak Kelantan dan Talentime. Begitu juga aku!

Sama halnya kepuasan aku menonton Drag Me To Hell (sebab terbaca status Aziz M.Osman di Fesbuk juga yang katanya cerita ni macam naik roller-coaster) Maka, aku pergi dengan otak kosong, tetapi sangat enjoy walaupun menampilkan pelakon tak terkenal. Begitu juga cerita District 9 ini. Menampilkan pelakon Afrika Selatan, Sharlto Copley sebagai watak utama. Wah, mentang-mentang set penggambaran di Johannasburg. Haha! Tetapi lakonannya sangat berkesan.

Sangat berbaloi lah! Sampai mengharap sequelnya, District 10 akan ada. Malas nak cerita panjang, sebab aku mahu orang lain rasa juga seperti apa yang aku rasa. Tak mahu bagi sinopsis. I don't want to spoil the mood. Kalau kelapangan, tengoklah cerita ini. Rasa berbaloi tak tengok G.I Joe! Haha. Ya lah..aku kalau bab-bab cerita alien ke... robot-robot macam Transformers, Terminator Salvation selalu pergi menonton dengan high-expectation! Tetapi, kali ni... rasa yang berbeza. Itu saja~

Menjadi Anak Wayang @ pentas AKHIR Pilih Kasih

Ambik! Terima saja... Kedua-dua reaiti TV ini telah menamatkan pencarian mereka. Rancangan realiti yang mahu melahirkan dan menghasilkan 'plastik'! Nak jadi pelakon memang kena plastik kan?? Haha.

Bagi menghyati watak yang diberikan, apa saja sanggup dilakukan peserta, asalkan watak itu nampak hidup. Ada paru-paru dan jantung, kata Dr. Abu Hassan Hasbullah! Itulah ayat yang melekat jika anda tak pernah gagal menyaksikan rancangan Pilih Kasih.

Secara peribadi, aku melihat rancangan Pilih Kasih lebih menghiburkan berbanding Anak Wayang. Kerana apa? Bukan kerana publisiti Anak Wayang begitu gah... tetapi hasilnya tak boleh nak bermegah. Tetapi disebabkan rancangan Pilih Kasih lebih menampakkan elemen-elemen yang kita cari dalam diri seseorang PELAKON ataupun pemeran.

Walaupun.. pilih kasih memang berlaku dalam PILIH KASIH, di mana Rosyam yang ada kuasa ala-ala Ronald Trump benar-benar pilih bulu samada mahu kekalkan peserta yang berada di zon penyingkiran hatta mengangkat peserta yang mendapat SMS terendah sebagai juara sekalipun!

Aku berpeluang menyaksikan kedu-dua rancangan ini di peringkat akhir. Kesimpulannya, 5 orang TERAWAL yang tersingkir dalam rancangan Pilih Kasih 'boleh pukul habis' 5 peserta TERAKHIR Anak Wayang! Propa tak ayat?? Bukan propa, tapi memang ada kebenarannya.

Sebabnya silap 'format' rancangan itu sendiri. Hakikatnya sama saja pesertanya. Peserta kedua-dua rancangan memang amatur. Bukan profesional, tetapi bagaimana cara pihak ASTRO ataupun pihak Rosyam Nor menggilap dan menyerlahkan sisi lakonan peserta, itu yang berbeza.

Anak Wayang lebih terikat kepada format asalnya. Maka hasilnya, daripada 25 peserta, hanya 5 orang yang benar-benar menyerlah! Hanya 5 orang yang mendapat watak dalam drama Kecuali Cintamu saja yang mendapat peluang kedua. Peluang untuk terus membuktikan watak, untuk menyerlahkan lagi bakat mereka, untuk membuktikan lagi apa yang mereka dapat beri kepada juri dan penonton.

Buktinya, Hafiz yang mendapat watak 'konco samseng' dalam drama Kecuali Cintamu. Pada awalnya, dirasakan watak itu kurang sesuai dan kurang melekat di hati penonton, tetapi akhirnya... bakat Hafiz semakin menyerlah setelah diberi peluang demi peluang sehingga mampu menggugat Hairi, peserta 'favourite' yang dinobatkan sebagai juara.

Pentas Anak Wayang peringkat akhir hanya ada 2 peserta, 2 H, Hairi dan Hafiz. Diacarakan oleh Rusdi Ramli yang siap nyanyi lagu Kasih Tercipta lagi, bersama siapa lagi kalau bukan Faz Da Vazz. Sepatutnya, bila sampai ke kemuncak sesuatu pertandingan, bahang kehangatan pasti terasa. Tetapi darjah kehangatan Pentas Akhir Anak Wayang hanya suam-suam kuku.



Maaf untuk diperkatakan, kerana dengan kelewatan waktu bersiaran lagi (pukul 10 malam mula ya, dan mengambil masa kira-kira 3 jam) membuatkan aku berasa tidak selesa sekali di tempat duduk. Ternyata, Hafiz lebih menyerlah malam itu, terutama segmen atas pentas yang melibatkan skrip sendiri ataupun ad-lib, contohnya bersama Din Beramboi yang sangatlah amboi... amboi...amboi... macam dia saja yang betul.

Hairi mungkin dah kumpul markah banyak-banyak dan secukupnya sejak awal-awal lagi. Memang Hairi menyerlah terutama wataknya dalam Kecuali Cintamu. Ketika lakonan yang melibatkan 'rakaman' aka menembak( shooting) juga berpihak kepada Hairi. Secara peribadi, aku mahu 3 orang peserta di peringkat akhir. Siapa seorang lagi?? Rubi!

Dengan ilmu yang ditimba secara formal diAustralia lagi, Rubi ada faktor X. Sebagai peserta bukan Melayu lagi, Rubi berada di kelas tersendiri. Dayana? Yang muka macam Scha itu.. watak garang, bengis, marah-marah bolehlah. Tiba-tiba teringat aku kepada seorang pelakon, Bee Gaik! Siapakah?

Seorang lagi peserta... Afzan! Maka hasilnya, 5 orang ini saja yang memberikan kesan kepada program pencarian Anak Wayang. Lagi 20 peserta... nama pun tak tahu. Rupa pun tak ingat. Yang hanya mampu diingat hanyalah mereka yang kurang berbakat seperti...M... Haha. Cukup!

Pilih Kasih formatnya berbeza. Tak terikat dengan format asal. Lebih segar sebab ideanya bermula dengan Bade dan Rosyam yang mahu mencari gandingan buat Rosyam dalam filem Kekasih. Maka, dari situ, idea diolah, dan hasilnya boleh dikatakan kesemua 20 peserta itu menyerlah.

Menyerlah ke?? TEET! Hello.. Lebih banyak nama peserta yang akan melekat di hati penonton jika anda menonton Pilh Kasih dari awal lagi. Yang minat rancangan ala-ala diari.. iaitu Kisah Pilih Kasih yang dikelolakan oleh Pasha yang sangat happenning. Jangan risau, kalau terlepas, layari wwww.hypp.tv. Wah, siap promot lagi ni!

Ya lah..kalau tak percaya tengok sendiri. Kesemua 20 peserta Pilih Kasih ada karaktor tersendiri. Kesemua diberi peluang, dan kesempatan untuk menonjolkan bakat masing-masing secukupnya. Hasilnya, peserta seperti Zulin Aziz, Wanina Zaki, Ahdan dan Sofian Bujang menyerlah.

Rosyam Nor bersama kesemua 20 peserta Pilih Kasih yang telah melabuhkan tirainya.

Bukan yang lain tak menyerlah. Tetapi itu yang menonjol dan mendapat publisiti percuma. Sebenarnya aku sedikit ralat bila pserta lelaki itu menjadi juara. Ingatkan Rosyam nak cari heroin dalam filem Kekasih, tetapi sebaliknya. Bukan menidakkan bakat yang dia miliki, tetapi setelah menyaksikan dia pernah ke uji bakat AF, berlakon beberapa drama di Astro dan siap buat iklan Anak Wayang lagi.

Maka, aku lebih suka tengok muka-muka yang baru dan lebih segar. Siapa sangka, Ahdan kumpulan Flava, yang pernah menyertai Gangstarz, serta Ray Redzuan, juara koreografer Sehati Berdansa mempunyai bakat sebagai pelakon. Tetapi, entah mengapa mereka berdua tersingkir lebih awal, sedangkan itulah ciri hero atau juara yang dicari.

Yang terselamat setiap minggu... Zulin Aziz yang disimpan Rosyam sehingga ke akhir,bukanlah isu besar bagi aku. Sebabnya aku memang suka dan mengharapkan dia dikekalkan. Sebabnya, ada ciri-ciri Ellie Suriati dalam diri Zulin, dan jika diberi lebih masa, pasti dia akan ketemu identiti sendiri. Percayalah~

Aku masih ingat lagi, minggu ke-10, seminggu sebelum final. Ada 2 penyingkiran, daripada 5 peserta yang mendapat SMS terendah. Setelah 4 nama diumumkan, Zulin seakan-akan dah bersedia nak melangkah, nampak pasrah, tetapi Zulin terselamat! Itulah detik kemenangan Zulin.. walaupun tak menang apa-apa di peringkat akhir. Dan daripada 20 peserta, 10 yang berjaya ke peringkat akhir seperti di bawah.

Memperkenalkan dari kiri, Bea Rameshan, Nabila Dally, Fiona Bernard, Reza Hasbi, Sofian Bujang, Iqbal Mazlan, Zulin Aziz, Wanina Zaki, Indera Hafiz dan Diwan Nawi.


Drama bersiri, Mangsa Pemburu (asalnya 2 siri yang berbeza, satu tajuk Pemburu, satu lagi tajuk Mangsa, sangat kreatif idea menggabungkan cerita ini), dah boleh agak dah, Rosyam nak bagi markah tinggi dekat siapa. Ya lah, ketandusan hero! Ray minggu kedua dah tersingkir. Ahdan dan Khafi yang boleh jadi teraju utama juga akhirnya tersingkir, maka siapa yang tinggal??

Ceh, bunyi macam tak puas hati je orang tu jadi hero. Haha! Sangat tak puas hati..sebab terasa sangat pilih kasih. Entahlah...mungkin sebab Rosyam ada cakap, markah yang diberi juga berdasarkan disiplin dan sikap peserta. Mungkin juara itu ada disiplin yang bagus di set penggambaran, sikapnya merendah diri walaupun dah jadi artis, ditambah dengan aksi-aksi dan stunt yang sanggup dilakonkan sendiri lagi. Digantung.. dihempas... direndam ke dalam air... sampai koyak-rabak baju dibuatnya. Mungkin itu elemen juara yang Rosyam cari... kita pun tak tahu.

Dah itu namanya rezeqi buat Iqbal! Akhirnya kusebut nama ini. Tahniah! Adik aku, Sufia sokong si Aman Sharoni dan Reza Hasbi! Haha.. Standard lah...budak perempuan. Suka lelaki yang comel. Haha! Tetapi, secara peribadi, Reza Hasbi yang mengungguli SMS tertinggi dan dapat nombor dua, bagi aku dia boleh pergi jauh.

Sebabnya... pakej! Dengan muka iras-iras Ezani. Adik Ya kata..."Eh, Irfan!". Reza nampak berbakat bila menari. Mungkin cerita ala-ala Step Up sesuai dilakonkan Reza. Macam filem Sayang You Can Dance tu.. tak payahlah ambil aktor Indonesia sebagai hero. Malaysian product sudah ada.

Diwan nawi pula, muka macam Faizal Yusop, suami Siti Nurdiana itu. Pernah jadi hero dalam teater muzikal Azura. Mungkin boleh ke depan jika diberi peluang lagi. Wanina Zaki,pernah menyertai Mentor 2, tetapi siapa sangka, dia ada bakat semulajadi. Tak payah ke kelas lakonan secara formal. Berbaloi mendapat anugerah best actress.

Wanina Zaki dan Sofian Bujang bersama anugerah mereka yang dipilih oleh juri.

Best actor pula milik Sofian Bujang. Peserta ini juga macam Zulin Aziz, sentiasa mendapat SMS terendah. Takut juga kalau dia disingkirkan. Sebabnya, aku nak tengok lagi Sofian dan Zulin. Mungkin kedua-duanya nampak berbakat sebab belajar lakon secara formal. Itulah beza mereka berdua dengan Wanina. Dan ketiga-tiga mereka menjadi pilihan aku andai akulah... Rosyam Nor. Haha!

Hakikatnya, itu hanya anganan kosong. Imaginasi palsu. Aku tetap di sini terus memerhati, dan mereka akan terus terbang meneruskan kerja mereka. Mungkin suatu hari nanti, true colour mereka akan menyerlah! Ada yang benar-benar diva.. ada yang kekal merendah diri...ada yang berjaya sebab bakat, bukan rupa, dan ada yang berjaya buktikan perlu kerja keras walaupun rupa sudah ada. Umpama paku-pakis yang dibebaskan dan membuat rumah sendiri, berada di kelas tersendiri!

Saturday, August 15, 2009

Meniup wisel permulaan - Fweet~

Pengadil telah meniup wiselnya. Permainan telahpun bermula. Secara rasminya minggu lepas, antara Juara Piala FA, Chelsea dan Juara BPL, Manchester United. Kalau di Malaysia, namanya Piala Sumbangsih, sebagai perlawanan pembukaan, dan dikira sebagai salah satu perlawanan Liga Malaysia. Tetapi, ia tidak dikira di England. Maka, walaupun Manchester United telah kalah kepada Chelsea bagi merebut Community Shield, ia bukanlah perlawanan liga.


Perisai itu milik Chelsea. Setelah MU di depan hasil jaringan Nani, Chelsea terus mengasak sehingga mendapat gol penyamaan melalui Carvalho dan seterusnya mendahului dengan gol yang agak kontroversi jaringan Lampard. Namun, ketika Chelsea seakan-akan meraikan kejayaan, mereka leka! Rooney berjaya menjaringkan gol penyamaan saat-saat akhir. Minit ke-90 ya!

Setelah masa tambahan, kedudukan masih terikat. Maka, tendangan penalti telah diambil. Nah, 4-1 kalah menerusi penalti. 1 piala telah terlepas. Kehilangan Ronaldo dan Tevez sangat dirasai. Dan malam ini, kesemua 20 pasukan akan berentap secara rasminya.

Adakah dominasi Top 4 akan berterusan atau berjaya dipecahkan? Oleh pasukan mana? Manchester City yang belanja besar mendapatkan Tevez, Santa Cruz, Barry, Adebayor dan Toure sudah pasti menjadi ancaman utama bukan? Ditambah dengan pemain sedia ada seperti Robinho, Bellamy, Stephen Ireland dll yang cemerlang aksi mereka pada musim lalu. Cemerlangkah Man. City musim lalu? Pernah berada di Bottom 3 dan sekadar berada di tangga ke-10 akhirnya.

Everton dan Aston Villa juga mungkin menghadirkan ancaman dan tentangan yang hebat! Kita nantikan... Bagi pasukan yang baru dinaiktaraf menyertai BPL, Burnley, Wolves dan Birmingham, pasukan mana yang akan membuat kejutan sebagaimana yang dilakukan Wigan, Reading dan Hull di musim yang sudah-sudah.

Selain MU, yang kehilangan CR7 dan Tevez, Arsenal yang kehilangan Adebayor dan Toure, Liverpool pula kehilangan Xabi Alonso. Cuma Chelsea yang tak merasa kehilangan. Padahal mereka hampir kehilangan Kapten mereka, Terry yang cuba dipancing City. Sebaliknya Chelsea terus dikuatkan pemain Russia, Zhirkov. Ya.. kemasukan pemain kebangsaan Russia yang ketiga selepas Pavlyuchenko dan Arshavin.

Siapakah pemain yang akan menyerlah di dalam BPL musim 2009/10 ini?? Menurut Jamie Redknapp berikut pilihan beliau :

1. Jack Whilshere - Arsenal


2. Drogba - Chelsea
3. Barry - Man. City

v
4. Jack Collison - West Ham
5. Valencia - MU
6. Fabian Delph - Aston Villa
7. Wade Elliott - Burnley
8. Torress - Liverpool

9. Owen - MU
10. Luka Modric - Tottenham

Haha. Banyak juga antara pemain ni yang aku pilih dalam game-fantasy. Kat Fesbuk dan stadiumastro! Haha. Kita tengok siapa yang kena musim ini... Dan aku masih bersama Arsenal. Go Gunners~ Arshavin-Fabregas akan menggerakkan jentera tengah. Haha

Membantah - membantu atau membantut ??


Membantah. Maknanya kita membangkang... tanda tidak bersetuju. Membantah tanda tidak menyokong sesuatu usul atau perkara. Bagaimanacara kita membantah? Ada yang membantah dengan cara mencegah atau lebih tepat lagi menghalang.

Sabda Nabi "Apabila seseorang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya(yakni kuasa), maka sekiranya dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah/lisannya (yakni memberi teguran / nasihat). Dan sekiranya itu juga dia tidak mampu, maka ubahlah ia dengan hati (iaitu membencinya) Dan demikian itu selemah-lemah iman. Au kama qaala. (Riwayat Muslim)

Dalam konteks ini, telah jelas bahawa politik dan agama itu SATU. Tak terpisah. Sebab perkara PERTAMA sekali yang perlu dilakukan apabila melihat kemungkaran atau maksiat di depan mata, kita kena mencegahnya dengan segala kuasa yang kita ada. Balaghah kepada 'tangan' iaitu kuasa tidak akan kita miliki kecuali dengan kuasa memerintah melalui politik.

Sebagai contoh, isu PPSMI. Siapa yang cuba 'melacurkan' sistem pendidikan anak bangsa kita di masa hadapan dengan memperkenalkan sistem ini. Alih-alih apabila terbukti sistem ini gagal (sila rujuk sini), sewenang-wenang sistem ini dihapuskan. Mulai 2012, mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajarkan kembali menggunakan bahasa ibunda! Diulangi sekali lagi... BAHASA IBUNDA ya. BUKAN BAHASA MELAYU.

Ewah-ewah... penat-penat orang Melayu berdemonstrasi di sini sana. Tiba-tiba nak guna bahasa ibunda. Maknanya, SRKJ(C) akan menggunakan bahasa Mandarin, dan SRJK(T) akan menggunakan bahasa Tamil ketika mengajar subjek Matematik dan Sains kelak. Aku bukan anti sekolah vernakular, cuma tertanya-tanya, tujuan pemansuhan PPSMI, supaya Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa ilmu, tetapi setakat mana, sejauh mana daulat Bahasa Melayu dimartabatkan??

Itu satu hal. Kesan pemansuhan PPSMI bermula tahun 2012, sudah tentu mangsanya adik perempuan aku. Tahun 2012, dijangka Sufia berada di Tingkatan 2. Maka, ketika Sufia di Tingkatan 4 nanti iaitu tahun 2014, Sufia akan belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu setelah 9 tahun belajar dalam Bahasa Inggeris! Ingat adik aku ni tikus makmal apa?? Nasib baik, TPM bertindak bijak. Terima Kasih kepada Tan Sri TPM yang merangkap Menteri Pelajaran kerana membenarkan adik aku dan mereka yang senasib dengannya meneruskan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, sia-sia saja duit dan segala pelaburan demi memenuhi dan menjayakan PPSMI sebab sistem PPSMI terbukti gagal dan memberikan kesan buruk kepada anak-anak dan adik-adik kita terutama sekali di ceruk pedalaman sana. Kita buka soalan secara umum, siapa punya cadanganlah nak buat PPSMI ni?? TEET!

Yang penting, orang kata PPSMI dimansuhkan setelah demonstrasi dianjurkan GMP boleh dianggap 'berjaya' walaupun... katanya, kerajaan dah buat kajian terperinci. Bukan suka-suka nak mansuhkan PPSMI ni. Tak kisahlah siapa yang menang, siapa yang kalah. Yang menang jadi abu. Yang kalah jadi arang. Nasib anak bangsa telah menjadi taruhan.

Kita tengok... bagaimana mereka mahu pertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Bagaimana Bahasa Melayu akan terus didaulatkan. Tulisan jawi..dan kesusateraan Melayu itulah hati dan denyut nadi Bahasa Melayu.

1 Ogos baru-baru ini, sekali lagi orang Melayu secara majoritinya berdemonstrasi di kawasan majoriti Melayu berniaga (Jalan TAR). Katanya, perhimpunan HARAM! Tiada permit. Ya lah!!! Perhimpunan yang mereka anjurkan sajalah perhimpunan AMAN. Kan?? Walaupun dalam masa yang sama, dengar kata ada2 Kumpulan. Satu kumpulan menggesa memansuhkan ISA,pakai baju merah dan satu kumpulan lagi menyokong supaya meneruskan ISA, pakai baju putih. Kira Merah lawan Putih lah ni. Hello..ingat ni cerita Merah-Puteh ke?? Haha.

Dan dengar cerita...pasukan putih tak mendapat sambutan. Terus angkat bendera putih. Tak cukup orang. Tapi lapor media-media seperti X pasukan putih 'akur' dengan arahan polis... walaupun.. Apa-apa sajalah. Soalnya, perhimpunan itu asalnya memang perhimpunan aman.
Cakap negara Malaysia mengamalkan demokrasi, tetapi sebab tak dapat kerjasama pihak tertentu, maka perhimpunan itu digambarkan sangat menakutkan!

Terus-terang aku cakap..jangan harap aku nak turun demonstrasi. Bermandi gas pemedih mata. Dengan virus selesema B4B1 melanda lagi, Bagi aku sangat tak berbaloi nak berdemo segala. Ini pandangan peribadi. Bukan menjatuhkan hukum ya. Sebagaimana aku bersetuju orang Palestin
mengaplikasi pengeboman berani mati TETAPI aku tak berapa setuju dengan pengeboman berani mati di luar Paletin seperti di Bali dan Jakarta, Indonesia contohnya.


Begitu juga demonstrasi. Hati aku belum terbuka nak turun mana-mana demonstrasi sebagaimana hati aku tak terbuka nak pangkah parti X dalam mana-mana pilihanraya. Nak buat macam mana. Orang perli aku..."Eleh...orang sembur sikit dah penakut. Macam mana nak pertahankan negara Malaysia kalau tiba-tiba kena serang. Nak keluar rumah pun takut. Takde semangat berjuang langsung! Macam mana nak sambut seruan berjihad di jalan Allah??"

Katalah apa saja...aku ni penakut ke..tak berani ke... Aku tak sekuat mereka. Mungkin iman aku tak sekental mereka yang mahu berjuang, berjihad, sedangkan aku nak berjihad menentang hawa nafsu pun boleh terumbang-ambing, inikan pula...(sambung ayat sendiri) Yang penting lihat saja kesannya. Kesesakan lalu-lintas yang amat luar biasa. Tak pernah KL sesak seperti tu. Beberapa jalan utama ditutup. Naik keretapi, takkan dapat berhenti di Masjid Jamek punya. Ketika ramai bangsa Melayu dan saudara seagama sibuk berdemonstrasi di kawasan Melayu berniaga, cuba kita lihat apa yang berlaku di KLCC.

Ada PC Fair. Bangsa mana yang ramai? Bangsa mana yang berniaga? Bangsa mana yang untung sebenarnya? Sedangkan ISA bukan tahan orang Melayu saja ya. Warga asing pun ada ditahan ISA. Nanti, penat-penat orang Melayu berdemo dengan bersusah-payah, KALAU kerajaan mansuhkan ISA, semua dibebaskan. SEMUA ya. Tak kira bangsa apa.

Aku cukup tak suka benda ni. Di Perak dulu, ketika Perak di bawah PR, orang PAS yang berusaha keras mempertahankan kerajaan negeri siap baring atas jalanraya nak halang Sultan lagi. PERSOALAN UTAMA, kenapa orang Melayu??? Kalau bab berdemo macam ni, ini kerja orang Melayu. Bila ada tahanan polis berbangsa India yang mati, baru nampak mereka bersuara. Bila ada kes kematian orang Cina kerana terlibat dengan siasatan SPRM, baru nampak batang hidung mereka. Kan??

Bila arak mahu dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam, pihak PBT merampas, tiba-tiba Exco non-Muslim masuk campur supaya serahkan balik arak itu, kenapa kita hanya mampu bercakap tapi tak mampu bersuara?? Sampah! Di Kedah, bukan main 'agas' lagi, walaupun 1 kerusi saja, bukan main lagi lagaknya mengugut nak keluar pakatan gara-gara penutupan tempat penyembelihan B4B1.

Betul kata Tun Dr. M. "saya rasis... Anda juga rasis!" Haha. Bagi aku rasis perkara no. 2,3, 4 atau 10. Sebab perkara UTAMA ialah ISLAM sepatutnya di puncak. Islam itu di atas dan tiada yang lain berada di atasnya. Islam.. ya'aluu wa laa yu'laa a'laih!

Politikus.. sebegitulah...yang menyebabkan kita rugi. Gigit jari. Apa kata lain kali, adakan demonstrasi di Petaling Street ke contohnya. Brickfield ke? Lepas tu, penglibatan kaum lain juga kena ada. Sama rata. Bukan orang Melayu saja yang berdemonstrasi. Kita nak hapuskan mindset orang Melayu sinonim dengan malas, goyang kaki dan suka demonstrasi.

Kalau ya pun nak jadi pembangkang, jadilah pemangkang yang bijak. Jangan semberono. Pemimpin suruh terjun lombong, maka nak ikut juga terjun lombong macam si Luncai bersama labu-labunya. Kalau ya pun pro-Kerajaan, kita kena terima hakikat apa yang rakyat mahukan. Jangan nafikan hak rakyat dengan pelbagai alasan yang meragukan. Kalau rakyat nak kata ISA itu zalim... sebab menahan seseorang tanpa peluang untuk dibicarakan di mahkamah, maka apa yan harus kerajaan buktikan??

Membawa ke persada dunia??

Filem Malaysia membawa ke persada dunia. Itulah temanya. Seminggu telah berlalu. Keputusannya semua dah tahu. Siapa yang menang, siapa yang pulang tangan kosong. Itu bukan halnya..



FILEM TERBAIK

Maut
TALEnTIME
Papadom
Setem
Syurga Cinta

Mula-mula sekali nak ulas mengenai 5 calon akhir. Nampaknya di sebalik nama-nama BESAR di atas, ada nama kecil yang boleh berkembang telah diikat kepak sayapnya. KAMI HISTERIA dengan BUDAK KELANTAN. Ataupun KAMI BUDAK KELANTAN yang HISTERIA. Ada 3 judul filem yang sepatutnya boleh mencelah kategori ini. Dan mana-mana lagi kategori yang dipertandingkan. Sayangnya.. hanya kategori HARAPAN sesuai untuk mereka.

Malam Afdlin Shauki! Itu saja. Tapi memang layak pun. Baik hargaihasil kerja beliau sebelum beliau pergi dahulu. Los N Faun jadi Filem Komedi Terbaik. Boleh zip terus mulut produser yang kata Afdlin buat cerita komedi ala Mat Salih. Tak sesuaiditonton oleh orang kampung. Sekarang, siapa yang lebih kampung?

Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) terus unggul menghasilkan filem berkualiti. Tahniah. Itu saja. Jika KL Menjerit menjadi Filem Terbaik yang mendapat kutipan BOX-OFFICE. Jarang Filem Terbaik yang dapat kutipan pecah panggung. Kala Malam Bulan Mengambang pula sebaliknya. Tak pulang modal. Kali ni TUSB menang Filem Terbaik lagi sekali. Rekod kali ketiga dan buat pertama kalinya, Filem Terbaik tak pernah dipertontonkan kepada umum. Wah, satu publisiti yang cukup hebat. 8 Oktober 2009. Tunggu saja ~

PENGARAH FILEM TERBAIK

Pierre Andre - Jangan Tegur
Bade Hj. Azmi - Maut
Afdlin Shauki - Papadom
Ahmad Idham - Syurga Cinta
Yasmin Ahmad - Talentime

Dah agak dah. Satu-satunya anugerah yang arwah tak pernah dapat. Akhirnya.. dapat anugerah Pengarah Terbaik di dalam festival negara sendiri.

PELAKON LELAKI TERBAIK

Que Haidar - Maut
Afdlin Shauki - Papadom
Rashidi Ishak - Setem
Awal Ashaari - Syurga Cinta
Mahesh - Talentime

Betul. Seperti yang dijangka. Walau tak tengok lagi ceritanya, Afdlin memang memberi jaminan anda takkan dikecewakan. Saingan sengit sudah tentu dari Rashidi Ishak. Kawan Afdlin juga dalam Setem. Que Haidar wataknya sikit. 1 cerita saja. Maut tu macam gabungan 3 cerita pendek dan cerita Que Haidar yakni cerita bulan Syawal itu yang aling menonjol. Bagi Awal dan Mahesh.. anda suda tercalon juga satu kemenangan.

Tapi pelik Asrulfaizal yang jadi Jaha dalam Budak Kelantan tak tercalon terus. Apa kes?

PELAKON WANITA TERBAIK

Nabila - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Nadia Mustafar - Jangan Tegur
Liyana Jasmay - Papadom
Sharifah Amani - Sayang
Heliza Helmi - Syurga Cinta

Mula-mula aku yakin LJ akan menang mudah, tapi gusar pula sebab bukan dari cerita KAMI atau Histeria. Rupa-rupanya dalam cerita Papadom LJ jadi budak baik. Ya lah, asyik berlakon watak gadis bermasalah saja kan? Nak bagi saingan dekat LJ sudah tentu Nabila yang membawa watak Bohsia dengan berkesan. Yang penting, Heliza juga tercalon. Tak kisah kalah, janji pernah tercalon Top 5 macam Fazura. Haha.

LAKON LAYAR TERBAIK

Afdlin Shauki - Papadom
Ahmad Idham - Syurga Cinta
Bade Hj. Azmi - Maut
Syamsul Yusof - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Yasmin Ahmad - Talentime

CERITA ASAL TERBAIK

Afdlin Shauki - Papadom
Yasmin Ahmad - Talentime
Fariza Azlina - Kami The Movie
Bade Hj. Azmi - Maut
Nor Shuhadatul Ain - Syurga Cinta

SINEMATOGRAFI TERBAIK

Madnor Kassim - Setem
Mohd Filus - Cicakman 2: Planet Hitam
Omar Ismail - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Mohd Helmi - Histeria
Soon Keong - Talentime

PENYUNTING TERBAIK

Faizul Mohd Noh - Setem
Bade Hj. Azmi - Maut
Affandi Jamaludin - Talentime
Syamsul Yusof - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Cicakman 2: Planet Hitam (2008)

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK

Pete Teo - Talentime
Pacai - Setem
Pacai - Papadom
Edry (KRU) - Cicakman 2: Planet Hitam
Geng: Pengembaraan Bermula (2009)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Shaheizy Sam - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Nas-T - Kami The Movie
Que Haidar - Papadom
Syafie - Talentime
Indi Nadarajah - Setem

Nak Abu yang menang! Kelima-lima calon itu sudah dijangka dari awal. Semuanya sengit, tapi rezeqi untuk adik kita yang akan menghadapi SPM tahun ini.

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Salina Saibi - Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Scha - Histeria
Noorkhiriah - Papadom
Vanidah Imran - Setem
Adibah Noor - Talentime


Bukan mengejutkan. Watak Amy yang dilakonkan oleh Salina itu sangat 'psiko'.. kaki gaduh dengan Nabila Huda dalam cerita Bohsia. Tetapi, dalam masa yang sama, ada punca mengapa Amy terjerumus menjadi Bohsia. Amy menjadi mangsa bapanya sendiri. Mungkin boleh dicalonkan juga sebagai watak utama. Sebab menonjol sangat. Tetapi jika konteks membantu watak utama, maka ia sesuai. Saingan sudah tentu daripada Adibah Noor. Walaupun watak macam kelakar, tapi serius dan garang juga cikgu ni. Next! Vanida Imran yang jadi kakak Que, dan Norkhiriah orang tak nafikan bakatnya. Scha orang ingat pasal 'kissing' tu aje la. Haha

PENATAAN SENI TERBAIK

Nazrul Asraff - Maut
Nazrul Asraff - Papadom
Nazrul Asraff - Setem
Nick - Talentime
Yusry KRU & Johan Lucas - Cicakman 2: Planet Hitam

LAGU TEMA ASAL TERBAIK

Antoo Fighter (2008)
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008)
Senario The Movie: Episode 1 (2008)
Selamat Pagi Cinta (2008)
Jin Hutan (2009)

PENATAAN BUNYI TERBAIK

Addaudio Ex Sdn. Bhd. - Histeria
Azman Hassan dan Shazrin Kurr - Setem
Azman Hassan - Maut
Mohd Mohsin - Cicakman 2: Planet Hitam

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Hadziq - Syurga Cinta
Nik Adruce - Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
Siti Nayli Yusrina - Momok The Movie
Pathieswaran - Jomlah C.I.U.M

PENGARAH HARAPAN TERBAIK

Effendee - Kami The Movie
Azizi Chunk - Antoo Fighter
Norliana Samsudin - Selamat Pagi Cinta
James Lee - Histeria
Wan Azli - Budak Kelantan

PELAKON HARAPAN LELAKI

Isma Yusof - Setem
Zahiril Adzim - Kami The Movie
Nabil - Sifu & Tongga
Radhi (OAG) - Antoo Fighter
Faizal AF4 - Momok The Movie

Satu komen saja. Mungkinkah nama Faizal Ramlee akan hangat kembali. Jadi vokalis undangan kumpulan Iklim lagi. Kemenangan Bob sudah dijangka. Kalau nak cabar dia pun Isma.

PELAKON HARAPAN WANITA

Ayu - Histeria
Heliza Helmi - Syurga Cinta
Yasmin Khaniff - Jalang
Jaclyn Victor - Talentime
Zalina - Jin Hutan

Bhavani.watak yang dibawa oleh Jac dalam Talentime. Walaupun sikit, tapi Bhavanilah penggerak cerita. Menjadi orang tengah antara ibu yang berang dan adik yang bisu. Semua tertanya-tanya apakah watak yang dibawa Yasmin Khaniff dalam Jalang?

PEREKA KOSTUM / BUSANA

Cicakman 2: Planet Hitam (2008)
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008)
Los dan Faun (2008)
Sifu & Tongga
Antoo Fighter (2008)

Yes. Kalau cek balik entri lama. Kelima-lima finalis aku teka dengan betul. Dan pemenangnya juga aku pilih dengan tepat.

POSTER TERBAIK

Kami The Movie (2008)
Histeria (2008)
Setem (2009)
Rasukan Ablasa (2009)
Cicakman 2: Planet Hitam (2008)

FILEM KOMEDI TERBAIK

Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008)
Sifu & Tongga (2009)
Senario The Movie: Episode 1 (2008)
Cicakman 2: Planet Hitam (2008)
Los dan Faun (2008)

ANUGERAH KHAS JURI

GENG - DAPAT 2 (1 untuk box-office)
TALENTIME
KAMI
HISTERIA

FILEM DIGITAL TERBAIK
Aathma (2007)

FILEM PENDEK TERBAIK
Permata Bonda - USIM

DOKUMENTARI TERBAIK
Bumi Pribumi

Thursday, August 13, 2009

Menipu untuk bahagia ATAU Bahagia dengan menipu ?

Apabila harus memilih, kedua-dua pilihan di atas tak akan menjadi pilihan. Orang putih kata, Neither... nor. Tetapi kalau kes terpaksa, tak dapat tidak kita kena buat pilihan juga. So, EITHER you choose dishonesty to be happy OR you are happy with dishonesty.

Sama saja maksudnya. Suasana yang sama, situasinya yang berbeza. Pokok pangkalnya tetap MENIPU! Kenapa secara tiba-tiba aku bangkitkan isu ini? Adakah aku telah menipu? Atau ditipu? Ya! Kedua-duanya sekali aku pernah biarpun hanya sekali seumur hidup. Biarpun ada kita dengar istilah 'bohong sunat' tetapi itu tetap suatu PEMBOHONGAN!

Sebenarnya, aku dikejutkan dengan soalan cepumas yang terpacul daripada mulut adik perempuan aku yang comel, Sufia. Soalnya tiba-tiba,

" Abe, apa cita-cita Abe?? " Teet!

Wow! Ganas juga soalan ni. Toing~ Aku memerah otak. Selalunya budak-budak kena tanya masa kecil apabila besar nanti mahu jadi apa? Ini sebaliknya. Orang dewasa ditanya oleh kanak-kanak apakah cita-citanya.


" Err.. macam Ya tengok sekarang ni lah. Inilah cita-cita Abe " cuba berkalih pula aku... walaupun...

" Ya tanya apa cita-cita Abe. Cita-cita ni macam cikgu ke... Doktor ke.. Macam abg Cici, akauntan. Ya nak jadi doktor. Abe?? "

Wah, aku tak dapat mengelak. Mahu tak mahu, kena jawab juga ni...

" Nanti, bila Ya besar suatu hari nanti, Ya akan faham. Kalau cikgu, kita tengok dia mengajar di sekolah kan? Kalau doktor merawat orang sakit. Tapi kalau cakap engineer atau jurutera, Ya tahu tak kerja dia macam mana? "

" Tak! Oh, jadi cita-cita Abe engineer lah?"" TEET sekali lagi!

" Ya lah. Sebab Abe belajar engineering. Macam abg Min " Fuh, lega akhirnya... dengan menipu!

Kenapa menipu? Sebab bila berbicara pasal cita-cita, tak bermakna apa yang kita belajar, itulah cita-cita kita. Walaupun, masa kecil-kecil dulu, masa orang tanya nak jadi apa bila besar nanti, dengan penuh yakin aku menjawab DOKTOR! Dan akhirnya cita-cita itu kandas dan terkubur di Matrikulasi.

Ah, bodohnya aku~ Lagi baik aku bagi jawapan macam ni dekat adik Ya kan??

" Abe sebenarnya nak jadi seorang doktor. Tapi tak dapat. Jadi Ya kena sambung dan teruskan cita-cita Abe supaya dalam keluarga kita ada seorang doktor! " Wah... ini jawapan yang cukup bernas sekali. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata beginilah jadinya.

Menyesal sebab menipu. Menipu untuk bahagia ATAU bahagia dengan menipu?? Konon rasa malu sebagai seorang abang yang GAGAL mencapai cita-citanya. Aku rasa malu sebab sebagai abang sulung tak dapat berikan contoh terbaik kepada adik bongsunya. Yang aku banggakan depan Sufia hanyalah trek kecemerlangan sekolah rendah aku yang sentiasa Top 3 dan mendapat 'Straight A' bagi peperiksaan UPSR dan PMR sahaja!


Walaupun... SPM hanya separuh daripada 11..tapi aku cuba berdalih... aku dapat masuk universiti jugak dan dapat ijazah akhirnya. Soalnya, adakah memasuki universiti dan dapat segulung ijazah suatu kebahagiaan?? Baru aku terfikir, kalau kita tersalah langkah sekalipun, itu juga suatu pengajaran untuk orang lain. Pengajaran supaya langkah kita yang tersalah tidak diikuti mereka. Maknanya. kalau aku gagal...maka mengakulah AKU GAGAL! Dan jangan jadi macam Abe! Jangan tiru Abe! Ya kena jadi lebih baik daripada Abe.

Macam seniman Jamal Abdillah. Beliau kata, jalan 'hitam' yang pernah dilaluinya menjadi pengajaran kepada semua orang. Aku teringat seorang bapa peranakan aku di Kelantan yang hanya bekerja sebagai pemandu kereta sewa. Belajar tak tinggi manapun. Sekarang, beliau mengusahakan bisnes menyewa kereta pula. Anak ada 10 orang! Tetapi lihat bagaimana caranya memotivasikan anak-anak supaya berjaya..lebih kurang beginilah katanya...

" Kalu mu tokse hidup susoh mace aku..tokse jadi serupo aku...ngaji bbenar "

Maknanya " if u don't wanna live hardly like me, or u don't wanna be like me( don't have good job with big salary), please do well in your study "

Nah! Kata-kata motivasi yang begitu hebat. Anak sulungnya sorang pelajar perubatan. Anak keduanya menyiapkan ijazah perakaunan. Dan anak ketiganya juga berjaya memasuki universiti.

Aduhai...~ Tiba-tiba...

" Ya tengok Abe dah lama tak pergi kerja. Abe ada kerja ke tak? "

" Huh? Oh.. Abe kan demam. Abe dapat cutilah Ya..." (walaupun hakikatnya kontrak kerja aku dah habis, dan tawaran kerja daripada sebuah syarikat swasta secara HITAM PUTIH masih belum sampai ke rumah biarpun dah lapor diri dan tiba-tba diserang demam pulak)

Menipu lagi!! Mama yang hanya mendengar dan memerhati di meja makan menjeling ke arah aku.

" Sebenarnya...kerja Abe dah nak habis.."

Haha.. Jawapan yang ikhlas...tulus lagi mulus. Tak sanggup nak berdolak-dalik lagi. Lambat-laun Ya akan tahu juga. Dan semua orang akan tahu juga.


Hidup ini... adakalanya kita lalui dengan penuh berhati-hati. Tak nak tergelincir. Gara-gara terlalu nak menjaga hati semua orang, kita sanggup menipu demi melihat kebahagiaan orang lain walaupun hati kita yang terluka. Orang kecil hati kita tak suka. Orang besar hati kita rasa bangga.

Manusia dan hati. Hati dan kehidupan. Saling memerlukan. Umpama aur dan tebing. Betapa terpaksanya kita melakukan sesuatu benda kerana nak ambil hati kawan-kawan. Takut terasa hati pulak nanti kan? Siapa yang susah? Susah hati nanti... Akhirnya, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Ikut saja kata hati. Apa kata hati? Hati ini atau hati mereka? Rambut sama hitam, hati lain-lain. Hati menangis siapa yang tahu kan??


Ah, serabutnya fikiran! Betapa tak terurusnya diri. Memang aku demam pun. Sebagaimana diri ini yang tampak tak terurus, begitulah juga blog ini. Tiada sebarang update kan?? Post-morterm FFM... Kemuncak Anak Wayang dan Pilih Kasih Akhir tak buat lagi. Ulasan mengenai PPSMI yang sudahdimansuhkan.. demonstrasi... isu politik tanahair... EPL yang akan bermula minggu ini. Community Shield yang dimenangi The Blues! Setan merah kalah. Dan macam-macam lagi...

Soalannya...WAJIB ke aku nak buat ulasan post-morterm, pasca segala?? Adakah orang nak baca?? Eh, ada ya. Jangan kata tak ada. Tetap ada yang setia menanti walaupun hanya 1 orang pembaca. Haha. Sebab ini bukan portal hiburan.. bukan juga buletin sukan... bukan juga medan politikus.. tetapi hanya blog seorang manusia bernama Mustakim bin Bahrudin. Berkongsi kisah hidup yang aku jalani. Sebab tu aku tak pernah cerita bab-bab bisnes...kegilaan terhadap gajet-gajet atau motokar, kerana itu bukan aku!

Maka, apa yang aku boleh katakan, aku hanyalah MANUSIA. Bukan mesin! Bukan semua benda kita boleh cerita dalam satu masa. Bukan semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Bila Allah uji dengan demam.. seluruh saraf tak berfungsi dengan sempurna. Nak karoke sudah tentu "pitching ke bulan-bintang-matahari". Serius, sejak malam anugerah FFM, memang tak sedap badan.

Demam.. Batuk dan selsema. H1N1?? Gementar juga tubuh badan ketika ke klinik kelmarin dulu untuk pemeriksaan. Siap kena ambil darah lagi. Alhamdulillah. Doktor kata demam biasa saja. Kena ambil antibiotik. Dah dekat seminggu demam. Dekat seminggu tak pergi kerja. Merasa nikmat MC. Kita hanya merancang... tetapi Allah itu sebaik-baik perancang. Wa makaruu... wa makarallah... wallahu khairal maaakiriin. Dan mereka membuat tipu-daya. Dan Allah membuat tipu-daya juga. Maka Allah itu yang lebih baik tipu-daya-Nya. Surah Ali-Imran:54

Saturday, August 8, 2009

Membongkar rahsia

Membongkar khasiat solat secara saintifik

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri. Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol. Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah. "Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan. Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna. Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari. Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung. Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma. Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi. Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang. Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan. Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Pergerakan relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud. Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki. Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.


Dipetik dari sumber.

Menghitung diri . . .


















































































































































Barangsiapa mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agamanya. Dan barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya - Hadith riwayat Al-Baihaqi

Membuat 'hantaran' kah ??

Baca tajuk saja...dah tentu ada yang sudah faham apa ceritanya.

Perlu dijelaskan, setiap orang akan melalui juga detik-detik bahagia ini termasuk diri ini. Bezanya cepat atau lambat saja atau tak sempat langsung.

Mula-mula sekali, ambil not wang kertas. Emm.. aku mahu rasmikan not RM 50 yang baru.

















Kemudian lipat dua.














Lepas tu buat camni.















Camnilah.. camnilah...
















Buat lagi















Tiru macam ni..















Teruskan lagi...
















Dan lagi...















Dan lagi...

















Terbalikkan..

Lipat lagi begini

Dan begini..

Betulkan.. bagi nampak bentuk LOVE..

Dan inilah hasilnya... untukmu sayang~

Emm.. boleh buat hantaran ni? Kalau RM 10,000, kena sediakan not RM 50 sebanyak 200 keping ya! Tapi... aku punya kah? Atau bukankah? Tunggu~ Masanya akan tiba jua. Hanya Dia & aku saja yang tahu jawapannya.

p/s - Credit to this couple - Wan & Audrey who teached me this 'origami'. Rasa macam Scofield dah bagi maklumat besar kat Sara pulak! Haha