Apabila harus memilih, kedua-dua pilihan di atas tak akan menjadi pilihan. Orang putih kata, Neither... nor. Tetapi kalau kes terpaksa, tak dapat tidak kita kena buat pilihan juga. So, EITHER you choose dishonesty to be happy OR you are happy with dishonesty.
Sama saja maksudnya. Suasana yang sama, situasinya yang berbeza. Pokok pangkalnya tetap MENIPU! Kenapa secara tiba-tiba aku bangkitkan isu ini? Adakah aku telah menipu? Atau ditipu? Ya! Kedua-duanya sekali aku pernah biarpun hanya sekali seumur hidup. Biarpun ada kita dengar istilah 'bohong sunat' tetapi itu tetap suatu PEMBOHONGAN!
Sebenarnya, aku dikejutkan dengan soalan cepumas yang terpacul daripada mulut adik perempuan aku yang comel, Sufia. Soalnya tiba-tiba,
" Abe, apa cita-cita Abe?? " Teet!
Wow! Ganas juga soalan ni. Toing~ Aku memerah otak. Selalunya budak-budak kena tanya masa kecil apabila besar nanti mahu jadi apa? Ini sebaliknya. Orang dewasa ditanya oleh kanak-kanak apakah cita-citanya.
" Err.. macam Ya tengok sekarang ni lah. Inilah cita-cita Abe " cuba berkalih pula aku... walaupun...
" Ya tanya apa cita-cita Abe. Cita-cita ni macam cikgu ke... Doktor ke.. Macam abg Cici, akauntan. Ya nak jadi doktor. Abe?? "
Wah, aku tak dapat mengelak. Mahu tak mahu, kena jawab juga ni...
" Nanti, bila Ya besar suatu hari nanti, Ya akan faham. Kalau cikgu, kita tengok dia mengajar di sekolah kan? Kalau doktor merawat orang sakit. Tapi kalau cakap engineer atau jurutera, Ya tahu tak kerja dia macam mana? "
" Tak! Oh, jadi cita-cita Abe engineer lah?"" TEET sekali lagi!
" Ya lah. Sebab Abe belajar engineering. Macam abg Min " Fuh, lega akhirnya... dengan menipu!
Kenapa menipu? Sebab bila berbicara pasal cita-cita, tak bermakna apa yang kita belajar, itulah cita-cita kita. Walaupun, masa kecil-kecil dulu, masa orang tanya nak jadi apa bila besar nanti, dengan penuh yakin aku menjawab DOKTOR! Dan akhirnya cita-cita itu kandas dan terkubur di Matrikulasi.
Ah, bodohnya aku~ Lagi baik aku bagi jawapan macam ni dekat adik Ya kan??
" Abe sebenarnya nak jadi seorang doktor. Tapi tak dapat. Jadi Ya kena sambung dan teruskan cita-cita Abe supaya dalam keluarga kita ada seorang doktor! " Wah... ini jawapan yang cukup bernas sekali. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata beginilah jadinya.
Menyesal sebab menipu. Menipu untuk bahagia ATAU bahagia dengan menipu?? Konon rasa malu sebagai seorang abang yang GAGAL mencapai cita-citanya. Aku rasa malu sebab sebagai abang sulung tak dapat berikan contoh terbaik kepada adik bongsunya. Yang aku banggakan depan Sufia hanyalah trek kecemerlangan sekolah rendah aku yang sentiasa Top 3 dan mendapat 'Straight A' bagi peperiksaan UPSR dan PMR sahaja!
Walaupun... SPM hanya separuh daripada 11..tapi aku cuba berdalih... aku dapat masuk universiti jugak dan dapat ijazah akhirnya. Soalnya, adakah memasuki universiti dan dapat segulung ijazah suatu kebahagiaan?? Baru aku terfikir, kalau kita tersalah langkah sekalipun, itu juga suatu pengajaran untuk orang lain. Pengajaran supaya langkah kita yang tersalah tidak diikuti mereka. Maknanya. kalau aku gagal...maka mengakulah AKU GAGAL! Dan jangan jadi macam Abe! Jangan tiru Abe! Ya kena jadi lebih baik daripada Abe.
Macam seniman Jamal Abdillah. Beliau kata, jalan 'hitam' yang pernah dilaluinya menjadi pengajaran kepada semua orang. Aku teringat seorang bapa peranakan aku di Kelantan yang hanya bekerja sebagai pemandu kereta sewa. Belajar tak tinggi manapun. Sekarang, beliau mengusahakan bisnes menyewa kereta pula. Anak ada 10 orang! Tetapi lihat bagaimana caranya memotivasikan anak-anak supaya berjaya..lebih kurang beginilah katanya...
" Kalu mu tokse hidup susoh mace aku..tokse jadi serupo aku...ngaji bbenar "
Maknanya " if u don't wanna live hardly like me, or u don't wanna be like me( don't have good job with big salary), please do well in your study "
Nah! Kata-kata motivasi yang begitu hebat. Anak sulungnya sorang pelajar perubatan. Anak keduanya menyiapkan ijazah perakaunan. Dan anak ketiganya juga berjaya memasuki universiti.
Aduhai...~ Tiba-tiba...
" Ya tengok Abe dah lama tak pergi kerja. Abe ada kerja ke tak? "
" Huh? Oh.. Abe kan demam. Abe dapat cutilah Ya..." (walaupun hakikatnya kontrak kerja aku dah habis, dan tawaran kerja daripada sebuah syarikat swasta secara HITAM PUTIH masih belum sampai ke rumah biarpun dah lapor diri dan tiba-tba diserang demam pulak)
Menipu lagi!! Mama yang hanya mendengar dan memerhati di meja makan menjeling ke arah aku.
" Sebenarnya...kerja Abe dah nak habis.."
Haha.. Jawapan yang ikhlas...tulus lagi mulus. Tak sanggup nak berdolak-dalik lagi. Lambat-laun Ya akan tahu juga. Dan semua orang akan tahu juga.
Hidup ini... adakalanya kita lalui dengan penuh berhati-hati. Tak nak tergelincir. Gara-gara terlalu nak menjaga hati semua orang, kita sanggup menipu demi melihat kebahagiaan orang lain walaupun hati kita yang terluka. Orang kecil hati kita tak suka. Orang besar hati kita rasa bangga.
Manusia dan hati. Hati dan kehidupan. Saling memerlukan. Umpama aur dan tebing. Betapa terpaksanya kita melakukan sesuatu benda kerana nak ambil hati kawan-kawan. Takut terasa hati pulak nanti kan? Siapa yang susah? Susah hati nanti... Akhirnya, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Ikut saja kata hati. Apa kata hati? Hati ini atau hati mereka? Rambut sama hitam, hati lain-lain. Hati menangis siapa yang tahu kan??
Ah, serabutnya fikiran! Betapa tak terurusnya diri. Memang aku demam pun. Sebagaimana diri ini yang tampak tak terurus, begitulah juga blog ini. Tiada sebarang update kan?? Post-morterm FFM... Kemuncak Anak Wayang dan Pilih Kasih Akhir tak buat lagi. Ulasan mengenai PPSMI yang sudahdimansuhkan.. demonstrasi... isu politik tanahair... EPL yang akan bermula minggu ini. Community Shield yang dimenangi The Blues! Setan merah kalah. Dan macam-macam lagi...
Soalannya...WAJIB ke aku nak buat ulasan post-morterm, pasca segala?? Adakah orang nak baca?? Eh, ada ya. Jangan kata tak ada. Tetap ada yang setia menanti walaupun hanya 1 orang pembaca. Haha. Sebab ini bukan portal hiburan.. bukan juga buletin sukan... bukan juga medan politikus.. tetapi hanya blog seorang manusia bernama Mustakim bin Bahrudin. Berkongsi kisah hidup yang aku jalani. Sebab tu aku tak pernah cerita bab-bab bisnes...kegilaan terhadap gajet-gajet atau motokar, kerana itu bukan aku!
Maka, apa yang aku boleh katakan, aku hanyalah MANUSIA. Bukan mesin! Bukan semua benda kita boleh cerita dalam satu masa. Bukan semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Bila Allah uji dengan demam.. seluruh saraf tak berfungsi dengan sempurna. Nak karoke sudah tentu "pitching ke bulan-bintang-matahari". Serius, sejak malam anugerah FFM, memang tak sedap badan.
Demam.. Batuk dan selsema. H1N1?? Gementar juga tubuh badan ketika ke klinik kelmarin dulu untuk pemeriksaan. Siap kena ambil darah lagi. Alhamdulillah. Doktor kata demam biasa saja. Kena ambil antibiotik. Dah dekat seminggu demam. Dekat seminggu tak pergi kerja. Merasa nikmat MC. Kita hanya merancang... tetapi Allah itu sebaik-baik perancang. Wa makaruu... wa makarallah... wallahu khairal maaakiriin. Dan mereka membuat tipu-daya. Dan Allah membuat tipu-daya juga. Maka Allah itu yang lebih baik tipu-daya-Nya. Surah Ali-Imran:54
orang kata :
ReplyDeletesejujur2 manusia ialah kanak2..
dorang tak pandai menipu..
hikhikhik...
orang kata la...
ya..betul! setuju sangat
ReplyDeletesiakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri
pantun yg sinonim dgn budak2..org dewasa??