Membantah. Maknanya kita membangkang... tanda tidak bersetuju. Membantah tanda tidak menyokong sesuatu usul atau perkara. Bagaimanacara kita membantah? Ada yang membantah dengan cara mencegah atau lebih tepat lagi menghalang.
Sabda Nabi "Apabila seseorang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya(yakni kuasa), maka sekiranya dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah/lisannya (yakni memberi teguran / nasihat). Dan sekiranya itu juga dia tidak mampu, maka ubahlah ia dengan hati (iaitu membencinya) Dan demikian itu selemah-lemah iman. Au kama qaala. (Riwayat Muslim)
Dalam konteks ini, telah jelas bahawa politik dan agama itu SATU. Tak terpisah. Sebab perkara PERTAMA sekali yang perlu dilakukan apabila melihat kemungkaran atau maksiat di depan mata, kita kena mencegahnya dengan segala kuasa yang kita ada. Balaghah kepada 'tangan' iaitu kuasa tidak akan kita miliki kecuali dengan kuasa memerintah melalui politik.
Sebagai contoh, isu PPSMI. Siapa yang cuba 'melacurkan' sistem pendidikan anak bangsa kita di masa hadapan dengan memperkenalkan sistem ini. Alih-alih apabila terbukti sistem ini gagal (sila rujuk sini), sewenang-wenang sistem ini dihapuskan. Mulai 2012, mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajarkan kembali menggunakan bahasa ibunda! Diulangi sekali lagi... BAHASA IBUNDA ya. BUKAN BAHASA MELAYU.
Ewah-ewah... penat-penat orang Melayu berdemonstrasi di sini sana. Tiba-tiba nak guna bahasa ibunda. Maknanya, SRKJ(C) akan menggunakan bahasa Mandarin, dan SRJK(T) akan menggunakan bahasa Tamil ketika mengajar subjek Matematik dan Sains kelak. Aku bukan anti sekolah vernakular, cuma tertanya-tanya, tujuan pemansuhan PPSMI, supaya Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa ilmu, tetapi setakat mana, sejauh mana daulat Bahasa Melayu dimartabatkan??
Itu satu hal. Kesan pemansuhan PPSMI bermula tahun 2012, sudah tentu mangsanya adik perempuan aku. Tahun 2012, dijangka Sufia berada di Tingkatan 2. Maka, ketika Sufia di Tingkatan 4 nanti iaitu tahun 2014, Sufia akan belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu setelah 9 tahun belajar dalam Bahasa Inggeris! Ingat adik aku ni tikus makmal apa?? Nasib baik, TPM bertindak bijak. Terima Kasih kepada Tan Sri TPM yang merangkap Menteri Pelajaran kerana membenarkan adik aku dan mereka yang senasib dengannya meneruskan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Kesimpulannya, sia-sia saja duit dan segala pelaburan demi memenuhi dan menjayakan PPSMI sebab sistem PPSMI terbukti gagal dan memberikan kesan buruk kepada anak-anak dan adik-adik kita terutama sekali di ceruk pedalaman sana. Kita buka soalan secara umum, siapa punya cadanganlah nak buat PPSMI ni?? TEET!
Yang penting, orang kata PPSMI dimansuhkan setelah demonstrasi dianjurkan GMP boleh dianggap 'berjaya' walaupun... katanya, kerajaan dah buat kajian terperinci. Bukan suka-suka nak mansuhkan PPSMI ni. Tak kisahlah siapa yang menang, siapa yang kalah. Yang menang jadi abu. Yang kalah jadi arang. Nasib anak bangsa telah menjadi taruhan.
Kita tengok... bagaimana mereka mahu pertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Bagaimana Bahasa Melayu akan terus didaulatkan. Tulisan jawi..dan kesusateraan Melayu itulah hati dan denyut nadi Bahasa Melayu.
1 Ogos baru-baru ini, sekali lagi orang Melayu secara majoritinya berdemonstrasi di kawasan majoriti Melayu berniaga (Jalan TAR). Katanya, perhimpunan HARAM! Tiada permit. Ya lah!!! Perhimpunan yang mereka anjurkan sajalah perhimpunan AMAN. Kan?? Walaupun dalam masa yang sama, dengar kata ada2 Kumpulan. Satu kumpulan menggesa memansuhkan ISA,pakai baju merah dan satu kumpulan lagi menyokong supaya meneruskan ISA, pakai baju putih. Kira Merah lawan Putih lah ni. Hello..ingat ni cerita Merah-Puteh ke?? Haha.
Dan dengar cerita...pasukan putih tak mendapat sambutan. Terus angkat bendera putih. Tak cukup orang. Tapi lapor media-media seperti X pasukan putih 'akur' dengan arahan polis... walaupun.. Apa-apa sajalah. Soalnya, perhimpunan itu asalnya memang perhimpunan aman.
Cakap negara Malaysia mengamalkan demokrasi, tetapi sebab tak dapat kerjasama pihak tertentu, maka perhimpunan itu digambarkan sangat menakutkan!
Terus-terang aku cakap..jangan harap aku nak turun demonstrasi. Bermandi gas pemedih mata. Dengan virus selesema B4B1 melanda lagi, Bagi aku sangat tak berbaloi nak berdemo segala. Ini pandangan peribadi. Bukan menjatuhkan hukum ya. Sebagaimana aku bersetuju orang Palestin
mengaplikasi pengeboman berani mati TETAPI aku tak berapa setuju dengan pengeboman berani mati di luar Paletin seperti di Bali dan Jakarta, Indonesia contohnya.
Begitu juga demonstrasi. Hati aku belum terbuka nak turun mana-mana demonstrasi sebagaimana hati aku tak terbuka nak pangkah parti X dalam mana-mana pilihanraya. Nak buat macam mana. Orang perli aku..."Eleh...orang sembur sikit dah penakut. Macam mana nak pertahankan negara Malaysia kalau tiba-tiba kena serang. Nak keluar rumah pun takut. Takde semangat berjuang langsung! Macam mana nak sambut seruan berjihad di jalan Allah??"
Katalah apa saja...aku ni penakut ke..tak berani ke... Aku tak sekuat mereka. Mungkin iman aku tak sekental mereka yang mahu berjuang, berjihad, sedangkan aku nak berjihad menentang hawa nafsu pun boleh terumbang-ambing, inikan pula...(sambung ayat sendiri) Yang penting lihat saja kesannya. Kesesakan lalu-lintas yang amat luar biasa. Tak pernah KL sesak seperti tu. Beberapa jalan utama ditutup. Naik keretapi, takkan dapat berhenti di Masjid Jamek punya. Ketika ramai bangsa Melayu dan saudara seagama sibuk berdemonstrasi di kawasan Melayu berniaga, cuba kita lihat apa yang berlaku di KLCC.
Ada PC Fair. Bangsa mana yang ramai? Bangsa mana yang berniaga? Bangsa mana yang untung sebenarnya? Sedangkan ISA bukan tahan orang Melayu saja ya. Warga asing pun ada ditahan ISA. Nanti, penat-penat orang Melayu berdemo dengan bersusah-payah, KALAU kerajaan mansuhkan ISA, semua dibebaskan. SEMUA ya. Tak kira bangsa apa.
Aku cukup tak suka benda ni. Di Perak dulu, ketika Perak di bawah PR, orang PAS yang berusaha keras mempertahankan kerajaan negeri siap baring atas jalanraya nak halang Sultan lagi. PERSOALAN UTAMA, kenapa orang Melayu??? Kalau bab berdemo macam ni, ini kerja orang Melayu. Bila ada tahanan polis berbangsa India yang mati, baru nampak mereka bersuara. Bila ada kes kematian orang Cina kerana terlibat dengan siasatan SPRM, baru nampak batang hidung mereka. Kan??
Bila arak mahu dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam, pihak PBT merampas, tiba-tiba Exco non-Muslim masuk campur supaya serahkan balik arak itu, kenapa kita hanya mampu bercakap tapi tak mampu bersuara?? Sampah! Di Kedah, bukan main 'agas' lagi, walaupun 1 kerusi saja, bukan main lagi lagaknya mengugut nak keluar pakatan gara-gara penutupan tempat penyembelihan B4B1.
Betul kata Tun Dr. M. "saya rasis... Anda juga rasis!" Haha. Bagi aku rasis perkara no. 2,3, 4 atau 10. Sebab perkara UTAMA ialah ISLAM sepatutnya di puncak. Islam itu di atas dan tiada yang lain berada di atasnya. Islam.. ya'aluu wa laa yu'laa a'laih!
Politikus.. sebegitulah...yang menyebabkan kita rugi. Gigit jari. Apa kata lain kali, adakan demonstrasi di Petaling Street ke contohnya. Brickfield ke? Lepas tu, penglibatan kaum lain juga kena ada. Sama rata. Bukan orang Melayu saja yang berdemonstrasi. Kita nak hapuskan mindset orang Melayu sinonim dengan malas, goyang kaki dan suka demonstrasi.
Kalau ya pun nak jadi pembangkang, jadilah pemangkang yang bijak. Jangan semberono. Pemimpin suruh terjun lombong, maka nak ikut juga terjun lombong macam si Luncai bersama labu-labunya. Kalau ya pun pro-Kerajaan, kita kena terima hakikat apa yang rakyat mahukan. Jangan nafikan hak rakyat dengan pelbagai alasan yang meragukan. Kalau rakyat nak kata ISA itu zalim... sebab menahan seseorang tanpa peluang untuk dibicarakan di mahkamah, maka apa yan harus kerajaan buktikan??
No comments:
Post a Comment