Bagi menghyati watak yang diberikan, apa saja sanggup dilakukan peserta, asalkan watak itu nampak hidup. Ada paru-paru dan jantung, kata Dr. Abu Hassan Hasbullah! Itulah ayat yang melekat jika anda tak pernah gagal menyaksikan rancangan Pilih Kasih.
Secara peribadi, aku melihat rancangan Pilih Kasih lebih menghiburkan berbanding Anak Wayang. Kerana apa? Bukan kerana publisiti Anak Wayang begitu gah... tetapi hasilnya tak boleh nak bermegah. Tetapi disebabkan rancangan Pilih Kasih lebih menampakkan elemen-elemen yang kita cari dalam diri seseorang PELAKON ataupun pemeran.
Walaupun.. pilih kasih memang berlaku dalam PILIH KASIH, di mana Rosyam yang ada kuasa ala-ala Ronald Trump benar-benar pilih bulu samada mahu kekalkan peserta yang berada di zon penyingkiran hatta mengangkat peserta yang mendapat SMS terendah sebagai juara sekalipun!
Aku berpeluang menyaksikan kedu-dua rancangan ini di peringkat akhir. Kesimpulannya, 5 orang TERAWAL yang tersingkir dalam rancangan Pilih Kasih 'boleh pukul habis' 5 peserta TERAKHIR Anak Wayang! Propa tak ayat?? Bukan propa, tapi memang ada kebenarannya.
Sebabnya silap 'format' rancangan itu sendiri. Hakikatnya sama saja pesertanya. Peserta kedua-dua rancangan memang amatur. Bukan profesional, tetapi bagaimana cara pihak ASTRO ataupun pihak Rosyam Nor menggilap dan menyerlahkan sisi lakonan peserta, itu yang berbeza.
Anak Wayang lebih terikat kepada format asalnya. Maka hasilnya, daripada 25 peserta, hanya 5 orang yang benar-benar menyerlah! Hanya 5 orang yang mendapat watak dalam drama Kecuali Cintamu saja yang mendapat peluang kedua. Peluang untuk terus membuktikan watak, untuk menyerlahkan lagi bakat mereka, untuk membuktikan lagi apa yang mereka dapat beri kepada juri dan penonton.
Buktinya, Hafiz yang mendapat watak 'konco samseng' dalam drama Kecuali Cintamu. Pada awalnya, dirasakan watak itu kurang sesuai dan kurang melekat di hati penonton, tetapi akhirnya... bakat Hafiz semakin menyerlah setelah diberi peluang demi peluang sehingga mampu menggugat Hairi, peserta 'favourite' yang dinobatkan sebagai juara.
Pentas Anak Wayang peringkat akhir hanya ada 2 peserta, 2 H, Hairi dan Hafiz. Diacarakan oleh Rusdi Ramli yang siap nyanyi lagu Kasih Tercipta lagi, bersama siapa lagi kalau bukan Faz Da Vazz. Sepatutnya, bila sampai ke kemuncak sesuatu pertandingan, bahang kehangatan pasti terasa. Tetapi darjah kehangatan Pentas Akhir Anak Wayang hanya suam-suam kuku.
Maaf untuk diperkatakan, kerana dengan kelewatan waktu bersiaran lagi (pukul 10 malam mula ya, dan mengambil masa kira-kira 3 jam) membuatkan aku berasa tidak selesa sekali di tempat duduk. Ternyata, Hafiz lebih menyerlah malam itu, terutama segmen atas pentas yang melibatkan skrip sendiri ataupun ad-lib, contohnya bersama Din Beramboi yang sangatlah amboi... amboi...amboi... macam dia saja yang betul.
Hairi mungkin dah kumpul markah banyak-banyak dan secukupnya sejak awal-awal lagi. Memang Hairi menyerlah terutama wataknya dalam Kecuali Cintamu. Ketika lakonan yang melibatkan 'rakaman' aka menembak( shooting) juga berpihak kepada Hairi. Secara peribadi, aku mahu 3 orang peserta di peringkat akhir. Siapa seorang lagi?? Rubi!
Dengan ilmu yang ditimba secara formal diAustralia lagi, Rubi ada faktor X. Sebagai peserta bukan Melayu lagi, Rubi berada di kelas tersendiri. Dayana? Yang muka macam Scha itu.. watak garang, bengis, marah-marah bolehlah. Tiba-tiba teringat aku kepada seorang pelakon, Bee Gaik! Siapakah?
Seorang lagi peserta... Afzan! Maka hasilnya, 5 orang ini saja yang memberikan kesan kepada program pencarian Anak Wayang. Lagi 20 peserta... nama pun tak tahu. Rupa pun tak ingat. Yang hanya mampu diingat hanyalah mereka yang kurang berbakat seperti...M... Haha. Cukup!
Pilih Kasih formatnya berbeza. Tak terikat dengan format asal. Lebih segar sebab ideanya bermula dengan Bade dan Rosyam yang mahu mencari gandingan buat Rosyam dalam filem Kekasih. Maka, dari situ, idea diolah, dan hasilnya boleh dikatakan kesemua 20 peserta itu menyerlah.
Menyerlah ke?? TEET! Hello.. Lebih banyak nama peserta yang akan melekat di hati penonton jika anda menonton Pilh Kasih dari awal lagi. Yang minat rancangan ala-ala diari.. iaitu Kisah Pilih Kasih yang dikelolakan oleh Pasha yang sangat happenning. Jangan risau, kalau terlepas, layari wwww.hypp.tv. Wah, siap promot lagi ni!
Ya lah..kalau tak percaya tengok sendiri. Kesemua 20 peserta Pilih Kasih ada karaktor tersendiri. Kesemua diberi peluang, dan kesempatan untuk menonjolkan bakat masing-masing secukupnya. Hasilnya, peserta seperti Zulin Aziz, Wanina Zaki, Ahdan dan Sofian Bujang menyerlah.
Rosyam Nor bersama kesemua 20 peserta Pilih Kasih yang telah melabuhkan tirainya.
Bukan yang lain tak menyerlah. Tetapi itu yang menonjol dan mendapat publisiti percuma. Sebenarnya aku sedikit ralat bila pserta lelaki itu menjadi juara. Ingatkan Rosyam nak cari heroin dalam filem Kekasih, tetapi sebaliknya. Bukan menidakkan bakat yang dia miliki, tetapi setelah menyaksikan dia pernah ke uji bakat AF, berlakon beberapa drama di Astro dan siap buat iklan Anak Wayang lagi.
Maka, aku lebih suka tengok muka-muka yang baru dan lebih segar. Siapa sangka, Ahdan kumpulan Flava, yang pernah menyertai Gangstarz, serta Ray Redzuan, juara koreografer Sehati Berdansa mempunyai bakat sebagai pelakon. Tetapi, entah mengapa mereka berdua tersingkir lebih awal, sedangkan itulah ciri hero atau juara yang dicari.
Yang terselamat setiap minggu... Zulin Aziz yang disimpan Rosyam sehingga ke akhir,bukanlah isu besar bagi aku. Sebabnya aku memang suka dan mengharapkan dia dikekalkan. Sebabnya, ada ciri-ciri Ellie Suriati dalam diri Zulin, dan jika diberi lebih masa, pasti dia akan ketemu identiti sendiri. Percayalah~
Aku masih ingat lagi, minggu ke-10, seminggu sebelum final. Ada 2 penyingkiran, daripada 5 peserta yang mendapat SMS terendah. Setelah 4 nama diumumkan, Zulin seakan-akan dah bersedia nak melangkah, nampak pasrah, tetapi Zulin terselamat! Itulah detik kemenangan Zulin.. walaupun tak menang apa-apa di peringkat akhir. Dan daripada 20 peserta, 10 yang berjaya ke peringkat akhir seperti di bawah.
Memperkenalkan dari kiri, Bea Rameshan, Nabila Dally, Fiona Bernard, Reza Hasbi, Sofian Bujang, Iqbal Mazlan, Zulin Aziz, Wanina Zaki, Indera Hafiz dan Diwan Nawi.
Drama bersiri, Mangsa Pemburu (asalnya 2 siri yang berbeza, satu tajuk Pemburu, satu lagi tajuk Mangsa, sangat kreatif idea menggabungkan cerita ini), dah boleh agak dah, Rosyam nak bagi markah tinggi dekat siapa. Ya lah, ketandusan hero! Ray minggu kedua dah tersingkir. Ahdan dan Khafi yang boleh jadi teraju utama juga akhirnya tersingkir, maka siapa yang tinggal??
Ceh, bunyi macam tak puas hati je orang tu jadi hero. Haha! Sangat tak puas hati..sebab terasa sangat pilih kasih. Entahlah...mungkin sebab Rosyam ada cakap, markah yang diberi juga berdasarkan disiplin dan sikap peserta. Mungkin juara itu ada disiplin yang bagus di set penggambaran, sikapnya merendah diri walaupun dah jadi artis, ditambah dengan aksi-aksi dan stunt yang sanggup dilakonkan sendiri lagi. Digantung.. dihempas... direndam ke dalam air... sampai koyak-rabak baju dibuatnya. Mungkin itu elemen juara yang Rosyam cari... kita pun tak tahu.
Dah itu namanya rezeqi buat Iqbal! Akhirnya kusebut nama ini. Tahniah! Adik aku, Sufia sokong si Aman Sharoni dan Reza Hasbi! Haha.. Standard lah...budak perempuan. Suka lelaki yang comel. Haha! Tetapi, secara peribadi, Reza Hasbi yang mengungguli SMS tertinggi dan dapat nombor dua, bagi aku dia boleh pergi jauh.
Sebabnya... pakej! Dengan muka iras-iras Ezani. Adik Ya kata..."Eh, Irfan!". Reza nampak berbakat bila menari. Mungkin cerita ala-ala Step Up sesuai dilakonkan Reza. Macam filem Sayang You Can Dance tu.. tak payahlah ambil aktor Indonesia sebagai hero. Malaysian product sudah ada.
Diwan nawi pula, muka macam Faizal Yusop, suami Siti Nurdiana itu. Pernah jadi hero dalam teater muzikal Azura. Mungkin boleh ke depan jika diberi peluang lagi. Wanina Zaki,pernah menyertai Mentor 2, tetapi siapa sangka, dia ada bakat semulajadi. Tak payah ke kelas lakonan secara formal. Berbaloi mendapat anugerah best actress.
Wanina Zaki dan Sofian Bujang bersama anugerah mereka yang dipilih oleh juri.
Best actor pula milik Sofian Bujang. Peserta ini juga macam Zulin Aziz, sentiasa mendapat SMS terendah. Takut juga kalau dia disingkirkan. Sebabnya, aku nak tengok lagi Sofian dan Zulin. Mungkin kedua-duanya nampak berbakat sebab belajar lakon secara formal. Itulah beza mereka berdua dengan Wanina. Dan ketiga-tiga mereka menjadi pilihan aku andai akulah... Rosyam Nor. Haha!
Hakikatnya, itu hanya anganan kosong. Imaginasi palsu. Aku tetap di sini terus memerhati, dan mereka akan terus terbang meneruskan kerja mereka. Mungkin suatu hari nanti, true colour mereka akan menyerlah! Ada yang benar-benar diva.. ada yang kekal merendah diri...ada yang berjaya sebab bakat, bukan rupa, dan ada yang berjaya buktikan perlu kerja keras walaupun rupa sudah ada. Umpama paku-pakis yang dibebaskan dan membuat rumah sendiri, berada di kelas tersendiri!
olahan yg bgus!!
ReplyDeletewalau pun dah lama berlalu, komen saudara begitu telus dan aku menyetujuinya...
ReplyDelete