Hebahan

Thursday, August 20, 2009

Menuju ke Daerah 9!


District 9! Itu cerita terbaru aku tengok di pawagam, Panggung wayang gambar! Peter Jackson memang takkan mengecewakan. Kualitinya dijaga. Sebagaimana aku suka dengan kualiti yang dijaga pengarah seperti Kabir Bhatia, arwah Yasmin, Mamat Khalid dan juga kualiti yang dihasilkan penerbit seperti Habsah Hassan, Mohd Noor Kadir dan Sheila Rusly.

Kualiti itu yang sangat bererti. Ada citarasa. Jadi penonton seperti aku rasa berbaloi. Rasa macam nak tengok kali kedua! Mungkin rasa ini wujud sebab aku pergi dengan otak yang kosong. Tak baca sinopsis langsung! Sebab bila aku baca sinopsis, kadang-kadang benda yang tak patut tahu, aku dah tahu. Macam Talentime, aku dah tahu awal-awal lagi Mahesh itu bisu. Sepi, aku dah tahu awal-awal lagi watak Pierre sudah mati.


Maka, bagi mengelakkan mood sepeti itu mengganggu, aku tak mahu baca sinopsis. Yang aku tahu... Peter Jackson! Trilogi LOTR dan remake King Kong tak mengecewakan aku. Lebih-lebih lagi aku terbaca status Ajami di Fesbuk memberi kredit terhadap cerita ini. Mungkin selera kami
sama. Dia suka Anak Halal, Kami, Budak Kelantan dan Talentime. Begitu juga aku!

Sama halnya kepuasan aku menonton Drag Me To Hell (sebab terbaca status Aziz M.Osman di Fesbuk juga yang katanya cerita ni macam naik roller-coaster) Maka, aku pergi dengan otak kosong, tetapi sangat enjoy walaupun menampilkan pelakon tak terkenal. Begitu juga cerita District 9 ini. Menampilkan pelakon Afrika Selatan, Sharlto Copley sebagai watak utama. Wah, mentang-mentang set penggambaran di Johannasburg. Haha! Tetapi lakonannya sangat berkesan.

Sangat berbaloi lah! Sampai mengharap sequelnya, District 10 akan ada. Malas nak cerita panjang, sebab aku mahu orang lain rasa juga seperti apa yang aku rasa. Tak mahu bagi sinopsis. I don't want to spoil the mood. Kalau kelapangan, tengoklah cerita ini. Rasa berbaloi tak tengok G.I Joe! Haha. Ya lah..aku kalau bab-bab cerita alien ke... robot-robot macam Transformers, Terminator Salvation selalu pergi menonton dengan high-expectation! Tetapi, kali ni... rasa yang berbeza. Itu saja~

No comments:

Post a Comment