Hebahan

Thursday, September 15, 2011

TOP 5 AIM 18



Anugerah Industi Muzik 18 akan diadakan pada Sabtu, 12hb November 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam. Jom tengok mereka yang telah tersenarai ke peringkat  Top 5 Anugerah Industri Muzik 18 :
(p/s : yang telah dibold pilihan TT)

Artis Baru Terbaik

   1. James Baum
   2. Kyoto Protocol
   3. Najwa
   4. Project Pistol
   5. Reza Salleh

TT: Shahir? Black? Adira? Nubhan? Nashrin? Tom Raja Farah? Ana Raffali? Sabhi Sadhi?

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki

   1. Anuar Zain – Sedetik Lebih
   2. Azlan & The Typewriter – Jeritan Batinku
   3. Black – Sofea Jane
   4. Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure
   5. Tam Spider – KitaSatu

TT: Hafiz - Awan Nano/Noktah Cinta? Shahir - Luar Biasa? Nubhan?

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita

   1. Anita Sarawak – Asmara
   2. Jaclyn Victor – Noel
   3. Najwa – How Long Must I Wait
   4. Yuna – Penakut
   5. Yuna – Gelora Jiwa

TT: Alyah - Kisah Hati? Adibah Nor? Atilia - Indah? Sheila Majid? Misha Omar- Berlalu? Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali? Adira - Illusi?

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (duet/kumpulan)


   1. Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan
   2. A.P.I – Pelita
   3. Caipifruta – Menceceh Bujang Lapuk
   4. Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
   5. In Team – Salamun Salam 2

TT : Kalau Berpacaran? Kekanda Adinda? Mirwana & Fiq?

Kulit Album Terbaik – Pereka

   1. Urusan Aizat Amdan – Aizat
   2. Lonely Boy Soldier – Hujan
   3. Bumi Akhir Usia – Mirwana
   4. Cherry Blossom Love – Pop Shuvit
   5. Decorate – Yuna


Rakaman Album Terbaik – Jururakam

   1. Urusan Aizat Amdan – Aizat
   2. Indah – Atilia
   3. Lonely Soldier Boy – Hujan
   4. Dewa – Ning Baizura
   5. Realize – Reza Salleh

Video Muzik Terbaik – Pengarah

   1. Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan
   2. DJ CZA – Kotarayaku oleh Altimet & Noh Hujan
   3. Yusry Abdul Halim – Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
   4. Tan Chee Meng – Karma oleh Faizal Tahir
   5. Ahmad Farish – Inspektor Remos oleh Hujan

TT: Najwa - Got To Go? Kisah Hati?

Lagu Pop Etnik Terbaik

   1. Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor
   2. Katakanlah – Amirah Ali
   3. Santun Berpesan – Castury feat Ayati Tasrip
   4. HambaMu – Mawi & Akhil Hayy
   5. Falsafah Laksamana – Zali Redang

TT: Jarang dengar. Tapi Noraniza Idris ada album baru kan?

Lagu Nasyid Terbaik

   1. Hadirnya Cahaya SAW – Abdul Halim Ahmad – Devotees
   2. Permata Hati – Syah InTeam – Nazrey Johani
   3. Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU
   4. Bebas Palestin – Nazrey Johani – Rabbani, InTeam, Saujana & Nowseeheart
   5. Pahlawan Gaza – Frizdan – Saujana

TT: Mirwana? Far East? Uniq? Hafiz Hamidun? Seluruh Mahabbah - Amer Munawer?


Lagu Rock Terbaik

   1. Pelita – Loque & API
   2. Estravaganza – Sam – Bunkface
   3. Pokok – Taja – Meet Uncle Hussain feat Hazama
   4. Wanita Seluruh Dunia – Boy Clifford – Project Pistol
   5. Kita Satu – Tam – Spider

TT :  Estranged? Menyesal - 6ixth Sense? Sofazr? Hujan - Kotak Hati?

Lagu Pop Terbaik

   1. Beribu Sesalan – Kevin Chin – Tinta – 3 Suara Ning, Jaclyn Victor & Shila Amzah
   2. Sungai Lui – Aizat & Anas – Aizat & Anas – Aizat Amdan
   3. Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
   4. Dengarkanlah – Acis & Sheila Majid – Sheila Majid
   5. Penakut – Yuna Zarai – Yuna

TT: Alyah - Kisah Hati? Hafiz - Awan Nano? Berlalu / Detik Antara Waktu - Misha? Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku?

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

   1. Years From Now – Aizat & Anas – Aizat Amdan
   2. Innocence Soul – Najwa – Najwa
   3. Got To Go – Najwa – Najwa
   4. What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure – Reza Salleh
   5. Straccialatella – Reza Salleh

TT: Mizz Nina?

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis

   1. Insyaallah – Maher Zain
   2. Indahnya Cinta – Nidji
   3. Sahabat Selamanya – Padi
   4. Ku Menunggu – Rossa
   5. Bunga Mimpi – Sandy Sandoro

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Penggubah

   1. Helen Yap – Asmara – Anita Sarawak
   2. Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih – Anuar Zain
   3. AG – Jeritan Batinku – Azlan & The Typewriter
   4. Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid
   5. Jenny Chin – Ku Mohon – Sheila Majid

Album Terbaik – Produser

   1. 3 Suara (Jac, Ning, Shila)
   2. Urusan Aizat Amdan - Aizat
   3. Dewa - Ning
   4. The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid
   5. Sayang & Cahaya – Dayang Nurfaizah

TT: Ketika Aku Kecil - Ana Raffali? +-x / 6ixth Sense? Lonely Soldier Boy - Hujan?



TT : Kategori Lagu Hip Hop Terbaik dimansuhkan tahun ini kerana kekurangan penyertaan yang menepati kriteria. Dan paling jelas.. tiada kaegori album bagi setiap kategori sebab ramai keluarkan single saja. Dan salah satu penaja, Celcom memperkenalkan sebuah kategori baru yang dikenali sebagai “Mobile Artiste of the Year Award” untuk memberi pengiktirafan kepada artis yang mendapat jumlah muat turun mobil tertinggi, termasuk pembaharuan, untuk Call Me Tones.

LLJ September 2011

Kebiasaannya Lagu-lagu Jadian (LLJ) membariskan 15 lagu untuk diberikan perhatian. Dan kebiasaannya lagu-lagu tersebut akan diberikan link youtube ataupun video/audionya terpapar di dalam blog ini. Namun kali ini, tiada link secara terus ke "u-tiup". 

Cuma kali ni ada 20 lagu yang baru, segar dan menarik untuk santapan halwa telinga. Yang penting, tiada lagu luar, Indo, K-Pop bagai tak akan masuk senarai. Jadi, macam mana nak dengar lagu-lagu ini? Itu anda usahakan sendiri.. dan pastinya berbaloi-baloi walaupun sesetengah penyanyi itu belum cukup establish tapi lagu-lagunya boleh layan. Hidup muzik Malaysia~

Yuna - Random Awesome
Liyana Fizi - Jatuh
Indiepretasi - Saya Anak Malaysia (cover version/ saduran)
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku (OST Ramadhan Terakhir)
Underheadlights - Jangan Kau Tiada
Gabba Gabba! - Lambat Layu
Pheelers - Aku & Simfoni
They Will Kill Us - Under The Red Sky
Hello! is this the band - Without You
Bedroom Sanctuary (Bo Amir Iqram) - Lagu
Datuk Siti Nurhaliza - Falling In Love
Bunkface - Panik
Dakmie - Cinta Itu Milik Kita (OST Sekali Lagi)
Imam Muda 2 -Pejuang Agama
Tilu - Jangan Cuba-Cuba
Coda - Satu Proksi
Farawahida - Jangan Tanya Aku Lagi
Ezad Lazim - Mengharap Bintang
Ramlah Ram - Sesaat Kau Datang feat. Sleeq
The Azenders - Peribadi

Tuesday, September 13, 2011

Siapa Manusia Putih?

Mungkin entri ini agak kontroversi atau bikin panas. Ker??

Mungkin juga entri ini akan memecah kebuntuan suatu hari nanti.


Sebabnya kita akan bermain dengan teka-teki. Pernah tengok KAMI The Movie?? Semua orang ada rahsia. Dan ada sebabnya mengapa kita mahu berahsia. Dan menerusi filem berkenaan juga ada nama pena "teka-teki" yang mencetuskan tanda tanya, huru-hara dan mala petaka sehingga terconteng ke dinding melepaskan geram dengan kata-kata penuh kekerasan, Teka teki *@K!

Berbalik kepada entri ini.. mengapa Manusia Putih menjadi titik persoalan? Siapakah dia? Beliau? Sebagai salam perkenalan, cuba nikmati dulu karya Manusia Putih ini.

Karya Pertama (mungkin akan jadi masterpiece)

Karya Kedua ( OST Mata Anyer)


Justeru, apa masalahnya? Ya lah.. agak misteri juga siapa yang menggunakan nama pena Manusia Putih ini. Memang tak dinafikan, dalam berkarya, sesetengah orang gemar guna nama pena/samaran. Contoh, arwah Loloq pernah guna nama Nurbisa, Zul 2By2/Aiman, Isman Hijjaz/Manis Helma,Manis Alia. Kuncidemak? Rudi Muhammad (yang ada buat lagu Misha Omar dan budak-budak AF). Dan beberapa nama lagi.

Tapi siapa dia Manusia Putih ni? Dahlah buat lagu sedap-sedap. Tertanya-tanya juga siapa orangnya. Sebab pasangan yang baru nak kahwin pelakon Eira-Azad pun siap nak nyanyikan lagu duet ciptaan Manusia Putih ini. Dan beberapa penyanyi lain juga bakal menyusul dengan lagu ciptaan Manusia Putih ini. Misteri kan? Ayuh kita rungkaikan rahsia ini.

Rahsianya.. Biarlah Rahsia ciptaan Melly Goeslow. Datuk CT yang nyanyi. Maka tak dapat masuk pertandingan AJL/AIM tapi menang Lagu Terbaik APM. Anuar Zain pun banyak nyanyikan lagu gubahan karya seberang. Lelaki Ini nukilan Numata contohnya. Dan gara-gara terlalu banyak lagu ciptaan dari seberang maka Anuar Zain akur albumnya tak boleh dipertandingkan dalam AIM.

Maka, ada desas-desus menyatakan bagi mengelakkan lagu yang tengah meletup kebabom ini gagal dipertandingkan atau disqualify sebab isu hak cipta, maka jalan yang dipilih dengan menggunakan nama pena atau nama samaran sebab Manusia Putih dikhabarkan bukan rakyat Malaysia. Nanti pengkarya sejati anak Malaysia terasa hati atau tak puas hati sebab penganjur tak tegas dan tak tetap pendirian.

Mungkin dah tiba masanya pihak penganjur & peserta pertandingan perlu lebih bersikap terbuka dalam isu ini. Kerana mungkin beberapa karya tetangga kita yang dihasilkan oleh rumpun bangsa kita; M.Nasir dan Imran Ajmain dari Singapura contohnya. Karya mereka diterima baik. Berapa banyak lagu Melly Goeslow dinyanyikan orang luar Indonesia. (Siti, Nora misalnya)

Aizat juga mendapatkan khidmat komposer Taufik dari Indonesia yang memperkenalkan lagu keramatnya, Hanya Kau Yang Mampu (juga lagu Sahabat). Ironinya, Aizat mempertaruhkan Lagu Kita, ciptaannya sendiri yang membawa tuah dan membuka mata banyak pihak (yakni menjadi finalis AJL dan menang Vokal Terbaik AIM).

Jadi, ada yang menilai dari sudut keadilan atau ketelusan sesuatu pertandingan. Lagu-lagu ciptaan Manusia Putih layakkah dipertandingkan?? Dalam konteks ini, ANDAI benar, status Manusia Putih itu menjadi tanda tanya (samada bukan warga Malaysia atau dalam proses atau...), tetapi memandangkan proses rakaman dan penerbitan lagu itu dilakukan di Malaysia karya Manusia Putih wajar diberi peluang.

Kalau nak diikutkan sebelum Manusia Putih meletup dengan lagu Kisah Hati, sebenarnya lagu itu telah ditolak/ reject penyanyi lain. Pandang pun sebelah mata. Kes sama seperti lagu Izinku Pergi dendangan Kaer yang pernah ditolak penyanyi lelaki popular. Dan kini giliran lagu Kisah Hati telah menjadi berhantu di tangan Alyah. Dan seterusnya penangan Manusia Putih menjadi-jadi sampai masuk senarai LLJ blog ni.

Lagipun Manusia Putih telah berjaya membuktikan bersama bandnya menerusi karya-karya memukau yang menghiasi banyak drama selaku lagu tema. Dan kemuncaknya mereka menang anugerah popular membuktikan mereka telah bersedia masuk gear 4 atau 5. Alamak! Kantoi kah identiti Manusia Putih?? Betulkah? Biarkan ia menjadi misteri seketika. Kita tunggu.. AIM dan AJL akan datang.

Adakah misteri pencipta lagu Isabella terjawab sudah?? TEET~ Bob Lokman tahu jawapannya.

TT - Tiada rahsia siapa dia Tukang Tulis.. Kan?

Tuesday, September 6, 2011

Syawal 1432

Teruja tak bila bergambar waktu raya baru-baru ni? Apa tak teruja.. kalau tahun ni beraya bertiga. Hehe.. Alhamdulillah!

Emm..tahun ni tak beraya di Kota Bharu. Dah! Jangan banyak bunyi. Tak payah cakap banyak lagi. Layan saja beberapa keping gambar yang telah diabadikan sebagai memori ini. Syawal 1432 Hijrah di Sungai Besar. Raya Panchang Bedena. Baraan youk~ (jadi tak ngomong Jawa?)

Ini gambar beramai-ramai. Bersama mertua, adik-beradik, ipar-duai.
Gambar kandid. "Pang" kata Atuk~
Usrati


Walid dan baby Maya

Kami bertiga :)

Anjang memangku Sumayyah bersama Aqilah & Najiha

Bergambar sebelum pengem"baraan"
Sumayyah Hannani lagi

Ummi yang penyayang :)



Cucu ke-22 dan ke-23; pasangan kembar Muqri (Muqri's')

Iklan Raya 2011

Bukan bermakna iklan yang tersenarai tak bagus cuma inilah dia 3 iklan raya (termasuk 1 filem pendek) yang menjadi pilihan Tukang Tulis. Maklumlah, kebelakangan ini, setiap kali menjelang apa saja perayaan pasti ada iklan yang menjadi galang ganti kepada pihak yang ingin menyampaikan pesanan.

Dan hakikatnya.. iklan-iklan Petronas arahan arwah Yasmin Ahmad masih berbekas di hati. Dan satu lagi iklan TNB pakai helmet sebab naik motor (rupanya tengah parut kelapa). Walaupun patah tumbuh, hilang berganti, namun yang tumbuh masih bertunas.. yang menggantikan masih pucuk muda dalam arena pengiklanan. Tetapi itu tak bermakna hasilnya tidak berkualiti. Yang penting mesej yang mahu disampaikan...




TT : Ada tak sesiapa yang sentap iklan raya PTPTN? Hehe~

Thursday, September 1, 2011

CDC Ogos 2011

1. Tahniah!

Tony Fernandes - Beliau sudah memiliki saham terbesar sekaligus CEO MAS yang baru dan dalam masa yang sama juga pemilik kelab BPL, Queen Park Rangers (QPR). Wow.. hebat!


Safiq Rahim - Telah mendapat tawaran untuk beraksi bersama pasukan Cardiff City, milik warga Malaysia, Dato Chan Thien Ghee. Beraksi di Liga Divisyen Dua England, yakni Liga Kejuaraan bermakna Safiq bakal mencatat sejarah selaku satu-satunya pemain yang berjaya beraksi di peringkat internasional sekiranya terpilih. 3 minggu lagi kita nantikan keputusannya.



Yingluck  Shinawatra



Adik kepada bekas PM Thailand, Thaksin kini mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Thailand selaku PM baru selepas parti pimpinannya menang pilihan raya Julai lalu.

TT : Jepun pun ada PM baru! Siapakah? Jawapannya.. ? Teruskan membaca.

2 .Muhammad Asyraf Haziq Rosli 


Beliaulah salah seorang mangsa rusuhan di Kota London. Kota bertamadun katanya. Riot mat salleh kata. Mangsa amukan gangster London. Video di sini. Ada orang kata punca rusuhan sebab gangster London tak puas hati dengan polis. Ada kes bunuh macam tu. Betul ke?


Asyraf seorang yang berjiwa besar.. sebab sanggup menderma apa yang telah didermakan kepadanya. Kalau orang lain.. belum tentu lagi kan?

TT : Apa beza rusuhan di KL(Kota London) dengan Bersih 2.0 di KL(Kuala Lumpur)? Polis di KL sana tak 'seganas' di KL sini.


3.Selangor 

Kerajaan negeri Selangor terus diserang depan belakang, kiri kanan, atas bawah. Terdesak sangat ke??

Pertama, isu gempuran JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara (JAIS vs DUMC). Kalau ya gejala memurtadkan orang Islam berlaku, maka kita wajib mencegahnya. Tapi jangan dipolitikkan sangat perkara ini, ini soal akidah. Apa kata Dr. MAZA? 



Sekarang sudah ditubuhkan Unit Selamat Akidah di bawah Dato' Hassan Ali.  Tujuannya nak basmi gejala "kristianisasi" sekiranya wujud DAN mahu bantu golongan yang patut diberikan pertolongan samada zakat atau apa saja yang berkaitan.

Di dalam Malaysia ni.. orang bukan Islam nak masuk perkarangan masjid pun salah. Bukan main lagi marah. Lepas tu, bila orang Islam masuk gereja atas sebab tertentu pun tak boleh. Dituduh murtad. Jadi, bagaimana pula PM kita yang telah bertemu bapa segala paderi di sebuah gereja?? Takkan  nak tuduh murtad juga kan? Tak ada logika~

TT : Maka TV 3 tersalah sebar info mengenai Surau Al-Musyriqin.. buat malu "kaum" saja.Kini Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu menjadi sasaran terbaru.

Kedua, isu universiti di bawah kerajaan negeri, yakni Universiti Selangor (Unisel). Sebabnya Naib Canselor Unisel dah letak jawatan, maka pelbagai spekulasi timbul. Ah, isu pendidikan pula mahu dipolitikkan.


TT : Siapa dia bekas Canselor Unisel?? TEET~

4. Keldai dadah


Nama ini.. Rosna Shariff. Mungkin salah satu daripada ratusan mangsa (mungkin ribuan??) yang telah terperangkap selaku "orang tengah" mengedar dadah atau istilahnya keldai dadah.

Persoalannya mengapa mangsayang ramai daripada golongan wanita dan pelajar?? Dan modus operandinya, mangsa diberi "nikmat" bercuti di luar negara terlebih dahulu sebelum "ditahan dan disumbat:

TT : Pudu Sentral nama baru Puduraya telah memulakan operasinya. Selamat balik kampung~


5. Brazil menang Piala Dunia bawah 20 Tahun


Jaringan hat-trick Oscar telah membantu Brazil menumpaskan Portugal 3-2. Sementara itu Menyu community shiled setelah mengalahkan tetangga Manchester City 3-2 setelah ketinggalan 2-0. Dalam perlawanan yang dramatik itu, pemain-pemain Menyu memang memiliki mentaliti juara. Tahniah.


TT: Maka musim BPL 2011/12 pun bermula~ Fabregas dan Nasri telah keluar dari Arsenal. Dan hasilnya Arsenal dibelasah Menyu 8-2. Sedey doe~

6. Berundur tak bermakna mengalah?

CEO Apple - Steve Jobs juga letak jawatan.


PM Jepun - Naoto Kan telah meletak jawatan. salah satu sebabnya mungkin rasa bertanggungjawab mengembalikan kesatbilan ekonomi Jepun setelah dilanda tsunami baru-baru ini. Ya lah.. kan siap ada loji nuklear yang bocor. Memang amat bertanggungjawab PM Jepun ni.

Beliau sempat memegang jawatan selama 15 bulan dan kini bekas Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun keenam dalam tempoh lima tahun dengan misi besar untuk memulihkan negara berkenaan daripada bencana alam, krisis nuklear dan meningkatkan tahap ekonomi.


TT : PM negara lain tak malu ke?? Jepun tetap maju ke hadapan walaupun berubah pimpinan atasan.

7. Universiti Sukan Univerisit Dunia 2011(Universiade 2011)


Universiti Sukan Univerisit Dunia 2011(Universiade 2011)bertempat di Shenzen- Pandalela Rinong menang pingat perak dan gangsa (pasangan bersama Mun Yee)


TT : Pasukan bola sekadar menduduki tempat ke-12 dan masih layak untuk edisi seterusnya. Badi Lee Chong Wei, yyakni Lin Dan masih belum berjaya diatasi lagi~


8. KU LI

Bukan kuli buruh tapi ini Tengku Ghazali atau Ku Li yang disebut-sebut  sebagai Ketua Pembangkang yang baru?? Benarkah? Hangat~Emm.. tu pun kalau betul DSAI dipenjarakan. Rumours and hearsay sajo~


TT: Kes DSAI-SB bermula kembali untuk dibicarakan. Tangguh lagi ke? Nasib baik isu iklan 8TV, TV9 tak jadi kes mahkamah. Kan?

9. Putus tunang.


Ada dua kes pada hari yang sama. Kebetulan kot~ Pertama, penjaga gol nombor 1 Malaysia APEX telah putus tunang. Mengapa? Macam-macam spekulasi sehingga mengheret nama Dahlia Teck ke dalam kancah ini. Siapakah Dahlia? Dan kedua, pengacara TV3, Ally Iskandar juga tiada jodoh ke jenjang pelamin bersama bekas peserta Gadis Melayu.

TT: Kesian jejari runcing.. bila kes sudah meruncing..hati runsing.. pening. Tabahkan hati~

10. Azizi Abdullah meninggal dunia


Novelis terkenal, Azizi Abdullah, telah dilaporkan meninggal dunia pada 21 Ogos kira-kira jam 7:50 pagi. Beliau merupakan bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.


Dua novel terbarunya, Anak Belantera dan Badai Cinta baru saja menjengah pasaran merupakan karya terakhir beliau. Moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

TT: Ada 2 orang budak ofis yang kehilangan ayah mereka tak sampai seminggu sebelum raya. Harap mereka tabah.

Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri : Sesuci Ramadhan, Syawal Terindah :)

Ini adalah entri tahun lepas. 

Dan sekarang entri untuk tahun ini. Mungkin lebih kurang sama saja ucapannya atau isi kandungannya saban tahun. Kan??

Apa-apapun TT mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada saya Mustakim, isteri Nurulhuda dan baby Maya.

2009 selaku orang bujang raya sendiri
2010 raya berdua bersama isteri
2011 raya bertiga sudah ada penyeri.. ALHAMDULILLAH :)
Raya berempat?? 201X jika dipanjangkan nyawa~

Tahun lepas balik Kota Bharu raya pertama. Tahun ni memandangkan ada anak kecil, dan pasti sukar  jika berjalan jauh, maka beraya di rumah mertua tahun ini. (Lagipun memang giliran kampung isteri.. hehe). Tahun ni beraya di Sungai Besar. Insya allah Raya Haji balik KB. Nak memperkenalkan Sumayyah Hannani pewaris generasi baru.

Apa kesan Ramadhan terhadap diri kita?? TT telah dapat balik berat sebelum kahwin yakni 53 kg. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Haha. Mungkin tercabar dek isteri tercinta yang dapat balik berat badan sebelum hamil.


Itu dari segi fizikal.. Dari segi mental?? Mungkin cabarannya berpuasa sambil bekerja 8 jam. Tak sama macam belajar dulu-dulu. Dari segi rohani?? Moga kesan tarbiah Ramadhan.. kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Adakah ini Ramadhan kita yang terakhir??

Berdoalah kita moga sempat ketemu Ramadhan lagi. Walaupun kita meraikan kemenangan di bulan Syawal. Lebih-lebih lagi tahun ini kebetulan sehari sebelum Merdeka. Maka, dengan tema Merdeka Raya, siapakah yang sebenarnya merdeka?? Syaitan juga merdeka.. tidak lagi dibelenggu. Kan?



Malaysia merdeka tidak dijajah
Rahmat melimpah di bumi bertuah
Setulus ingatan doa digubah 

Sesuci Ramadhan, Syawal terindah


Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Sekarang ada dapat?? Klasik pantun ni :)