Hebahan

Tuesday, September 13, 2011

Siapa Manusia Putih?

Mungkin entri ini agak kontroversi atau bikin panas. Ker??

Mungkin juga entri ini akan memecah kebuntuan suatu hari nanti.


Sebabnya kita akan bermain dengan teka-teki. Pernah tengok KAMI The Movie?? Semua orang ada rahsia. Dan ada sebabnya mengapa kita mahu berahsia. Dan menerusi filem berkenaan juga ada nama pena "teka-teki" yang mencetuskan tanda tanya, huru-hara dan mala petaka sehingga terconteng ke dinding melepaskan geram dengan kata-kata penuh kekerasan, Teka teki *@K!

Berbalik kepada entri ini.. mengapa Manusia Putih menjadi titik persoalan? Siapakah dia? Beliau? Sebagai salam perkenalan, cuba nikmati dulu karya Manusia Putih ini.

Karya Pertama (mungkin akan jadi masterpiece)

Karya Kedua ( OST Mata Anyer)


Justeru, apa masalahnya? Ya lah.. agak misteri juga siapa yang menggunakan nama pena Manusia Putih ini. Memang tak dinafikan, dalam berkarya, sesetengah orang gemar guna nama pena/samaran. Contoh, arwah Loloq pernah guna nama Nurbisa, Zul 2By2/Aiman, Isman Hijjaz/Manis Helma,Manis Alia. Kuncidemak? Rudi Muhammad (yang ada buat lagu Misha Omar dan budak-budak AF). Dan beberapa nama lagi.

Tapi siapa dia Manusia Putih ni? Dahlah buat lagu sedap-sedap. Tertanya-tanya juga siapa orangnya. Sebab pasangan yang baru nak kahwin pelakon Eira-Azad pun siap nak nyanyikan lagu duet ciptaan Manusia Putih ini. Dan beberapa penyanyi lain juga bakal menyusul dengan lagu ciptaan Manusia Putih ini. Misteri kan? Ayuh kita rungkaikan rahsia ini.

Rahsianya.. Biarlah Rahsia ciptaan Melly Goeslow. Datuk CT yang nyanyi. Maka tak dapat masuk pertandingan AJL/AIM tapi menang Lagu Terbaik APM. Anuar Zain pun banyak nyanyikan lagu gubahan karya seberang. Lelaki Ini nukilan Numata contohnya. Dan gara-gara terlalu banyak lagu ciptaan dari seberang maka Anuar Zain akur albumnya tak boleh dipertandingkan dalam AIM.

Maka, ada desas-desus menyatakan bagi mengelakkan lagu yang tengah meletup kebabom ini gagal dipertandingkan atau disqualify sebab isu hak cipta, maka jalan yang dipilih dengan menggunakan nama pena atau nama samaran sebab Manusia Putih dikhabarkan bukan rakyat Malaysia. Nanti pengkarya sejati anak Malaysia terasa hati atau tak puas hati sebab penganjur tak tegas dan tak tetap pendirian.

Mungkin dah tiba masanya pihak penganjur & peserta pertandingan perlu lebih bersikap terbuka dalam isu ini. Kerana mungkin beberapa karya tetangga kita yang dihasilkan oleh rumpun bangsa kita; M.Nasir dan Imran Ajmain dari Singapura contohnya. Karya mereka diterima baik. Berapa banyak lagu Melly Goeslow dinyanyikan orang luar Indonesia. (Siti, Nora misalnya)

Aizat juga mendapatkan khidmat komposer Taufik dari Indonesia yang memperkenalkan lagu keramatnya, Hanya Kau Yang Mampu (juga lagu Sahabat). Ironinya, Aizat mempertaruhkan Lagu Kita, ciptaannya sendiri yang membawa tuah dan membuka mata banyak pihak (yakni menjadi finalis AJL dan menang Vokal Terbaik AIM).

Jadi, ada yang menilai dari sudut keadilan atau ketelusan sesuatu pertandingan. Lagu-lagu ciptaan Manusia Putih layakkah dipertandingkan?? Dalam konteks ini, ANDAI benar, status Manusia Putih itu menjadi tanda tanya (samada bukan warga Malaysia atau dalam proses atau...), tetapi memandangkan proses rakaman dan penerbitan lagu itu dilakukan di Malaysia karya Manusia Putih wajar diberi peluang.

Kalau nak diikutkan sebelum Manusia Putih meletup dengan lagu Kisah Hati, sebenarnya lagu itu telah ditolak/ reject penyanyi lain. Pandang pun sebelah mata. Kes sama seperti lagu Izinku Pergi dendangan Kaer yang pernah ditolak penyanyi lelaki popular. Dan kini giliran lagu Kisah Hati telah menjadi berhantu di tangan Alyah. Dan seterusnya penangan Manusia Putih menjadi-jadi sampai masuk senarai LLJ blog ni.

Lagipun Manusia Putih telah berjaya membuktikan bersama bandnya menerusi karya-karya memukau yang menghiasi banyak drama selaku lagu tema. Dan kemuncaknya mereka menang anugerah popular membuktikan mereka telah bersedia masuk gear 4 atau 5. Alamak! Kantoi kah identiti Manusia Putih?? Betulkah? Biarkan ia menjadi misteri seketika. Kita tunggu.. AIM dan AJL akan datang.

Adakah misteri pencipta lagu Isabella terjawab sudah?? TEET~ Bob Lokman tahu jawapannya.

TT - Tiada rahsia siapa dia Tukang Tulis.. Kan?

2 comments:

  1. Mahu tahu jawapan teka-teki ini, baca entri terbaru, http://misisitukangtulis.blogspot.com/2012/03/akhirnya-terjawab-siapa-manusia-putih.html

    ReplyDelete
  2. Hitam Putih Kehidupan: Siapa Manusia Putih? >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Hitam Putih Kehidupan: Siapa Manusia Putih? >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Hitam Putih Kehidupan: Siapa Manusia Putih? >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete