Hebahan

Sunday, September 12, 2010

SALAM AIDILFITRI~ Dulu lain, sekarang lain. Kan??

Sekarang ni ada banyak medium bagi mengekspresi kegirangan dan kehangatan sesuatu sambutan perayaan. Tak payah beli kad raya. Tak perlu tulis tangan. Tak kena beli setem. Dan tak usah ke pejabat pos kerana segalanya berada di hujung jari.

Sekarang ada SMS, e-kad, kad raya atas talian (online), Facebook dan macam-macam lagi. Trend  ini sudah mula menular dan bercambah bagai cendawan yang tumbuh mekar selepas hujan. SAMA TAPI TAK SERUPA! Usaha atau effort seseorang menghantar kad raya menjadi begitu mudah.


Amat mudah dan senang sehingga satu tahap orang yang menerima ucapan raya TAK RASA ISTIMEWA(special). Maka orang yang menghantar pun tak rasa dihargai. Dulu sebelum masuk bulan Ramadhan lagi dah beli kad raya. Masuk pertengahan Ramadhan, kad raya dah sampai di muka rumah. Kadang-kadang tu, tak sabar tunggu posmen.

Sekarang, malam raya baru dapat berduyun-duyun SMS, sampai tak sempat nak jawab. Malam raya bukan kerja MEMFORWARD SMS ya! Banyak kerja lagi. Berpantun bagai nak rak. Bermadah pujangga tapi bukan hasil idea sendiri. Bukan hasil yang asli.

Hakikatnya, memberi dan menerima kad raya menyimpan nostalgia klasik buat kami suami isteri. Sememangnya itulah punca apa yang terjadi hari ini. Kami dulu sekelas dari Darjah 4 hingga Darjah 6. Lepas tu, masing-masing bawa haluan sendiri. Aku bersekolah di Kota Bharu, dia di Kuala Selangor. Tapi setiap tahun tak pernah lupa hantar kad raya.

Maka, dari situlah terjalinnya hubungan walaupun tak pernah bersua muka. Jauh di mata, bukan di hati. Di sana terkenang , di sini merindu. Cewah~ Tapi kami tak bercinta pun. Jumpa balik pun pada tahun 2004 setelah zaman telefon bimbit menjelajahi kita.


Akhir kata, apapun medium kita ucapkan Selamat Hari Raya, yang penting ialah keikhlasan, dan keterbukaan hati kita memohon ampun maaf dan memaafkan. Tukang tulis dan pasangan, mengucapkan Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Tahun ni tukang tulis beraya di KB, seterusnya ke rumah mertua di Sungai Besar. Tahun lepas raya seorang diri yakni bujang. Tahun ni, sudah berdua, ada pasangan. Mana tahu, ada rezeki raya bertiga tahun hadapan?? Insya allah :)

No comments:

Post a Comment